Isnin, Ogos 15, 2022

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(4)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(4)

¹⁴¹⁴ Abu Hanifah berdalil dengan sabda Rasulullah s.a.w. ini bahawa imam hanya mengucapkan سمع الله حمده sahaja, ma'mum pula hanya mengucapkan ربنا ولك الحمد, sahaja. Demikian juga pendapat Malik dan Ahmad dalam salah satu riwayat yang dinukilkan daripadanya. Syafi'e, Ahmad (dalam salah satu riwayat yang lain daripadanya), Abu Yusuf dan Muhammad bin al-Ĥasan asy-Syaibāni pula berpendapat, imam dan ma'mum kedua-duanya hendaklah mengucapkan kedua-dua ucapan tersebut.

¹⁴¹⁵ Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat disimpulkan daripada hadits ke-688 dan 689 di atas ialah:
(1) Orang sakit dibenarkan tidak menghadiri shalat berjama'ah. Dengan syarat sulit baginya untuk pergi mengerjakannya. Tidak diragukan lagi bahawa ketika Nabi s.a.w. terjatuh dari kenderaan (kuda) yang ditungganginya dan terluka bahagian lambung kanan badan serta terseliuh pula kakinya, Baginda tidak dapat berjalan dan sangat sukar baginya untuk pergi berjama'ah di masjid. Oleh sebab itulah Baginda mengerjakan shalat di rumahnya.

(2) Isyarat tidak membatalkan shalat walaupun ia difahami. Dalilnya ialah Nabi s.a.w. memberikan isyarat kepada mereka supaya duduk. Pendapat yang mengatakan isyarat menggantikan ungkapan bukanlah mutlak. Bahkan dalam beberapa keadaan hukum isyarat tidak sama dengan hukum ungkapan, sebagaimana yang terkandung dalam hadits ini.

(3)Jika imam merasa bahawa ma'mumnya ada melakukan sesuatu kesalahan, maka ia boleh memperingatkan mereka. Bahkan dapat kita katakan bahawa ia seharusnya memperingatkan mereka. Alasannya ialah Rasulullah s.a.w. terus memberikan isyarat kepada para sahabat di belakangnya supaya duduk.

(4) Ma'mum hendaklah bersegera melakukan rukun shalat sebaik sahaja imam melakukannya.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w., “Bila dia ruku'` maka ruku'lah kamu...".Sudut pendalilannya terletak pada sabda Baginda, “maka ruku'lah kamu...”Ia merupakan jawab syarath, sedangkan yang disyaratkan (مَشْرُوْط) mengikuti syarat. Apa lagi apabila disertakan huruf ف  padanya, yang memberi erti mengikuti atau mengiringi.

(5) Ma'mum dilarang ruku' sebelum imam ruku'. Kerana Nabi s.a.w.bersabda, “Sesungguhnya imam dilantik supaya dikuti. "Kemudian Baginda bersabda,“Bila dia ruku'` maka ruku'lah kamu..". Maka jika ma'mum ruku' mendahului imam, bererti ia tidak mengikutinya. Oleh kerana itu ma'mum haram ruku' mendahului imamnya.
Kalau itu dilakukannya dengan sengaja dalam keadaan mengetahuinya dan sedar, maka terbatallah shalatnya.

¹⁴¹⁶ Al-Ĥumaidi adalah guru Imam Bukhari. Dengan mengemukakan pandangan gurunya itu Imam Bukhari mengisyaratkan kepada pandangannya sendiri. Qaedah yang disebut oleh al-Ĥumaidi itu seharusnya menjadi panduan dalam menentu dan memilih hukum sesuatu perkara. Shalat berjama`ah yang imamnya bersembahyang sambil duduk, sedangkan ma'mumnya pula bersembahyang sambil berdiri adalah sah. Walaupun terdapat hadits-hadits yang menyuruh ma'mum juga bersembahyang sambil duduk apabila imam bersembahyang sambil duduk, tetapi hadits itu terbukti terdahulu wurudnya (wurud untuk hadits jika alquran dipanggil asbabulnuzul) berbanding hadits 'Aaishah yang menceritakan peristiwa Rasulullah s.a.w.berjama'ah bersama para sahabat di akhir hayat Baginda. Jelas terbukti dalam peristiwa itu Rasulullah s.a.w. bersembahyang sambil duduk, para sahabat yang menjadi ma'mumnya pula bersembahyang sambil berdiri. Maka hadits terdahulu yang bercanggah dengannya boleh saja dianggap telah mansukh atau ia termasuk dalam hadits-hadits `aam makhsus.

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(3)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(3)
٦٤٨ - (وبه قال) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكِبَ فَرَسًا فَصُرِعَ عَنْهُ فَجُحِشَ شِقُّهُ الْأَيْمَنُ فَصَلَّى صَلَاةً مِنْ الصَّلَوَاتِ وَهُوَ قَاعِدٌ فَصَلَّيْنَا وَرَاءَهُ قُعُودًا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ الْحُمَيْدِيُّ قَوْلُهُ إِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا هُوَ فِي مَرَضِهِ الْقَدِيمِ ثُمَّ صَلَّى بَعْدَ ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَالنَّاسُ خَلْفَهُ قِيَامًا لَمْ يَأْمُرْهُمْ بِالْقُعُودِ وَإِنَّمَا يُؤْخَذُ بِالْآخِرِ فَالْآخِرِ مِنْ فِعْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
689 - `Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Ibni Syihāb daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. pada suatu hari mengendarai kuda lalu terjatuh dan tercalar (mendapat luka kecil) pada bahagian lambungnya yang kanan. Kerana itu Baginda pernah mengerjakan salah satu shalatnya sambil duduk. Maka kami pun bershalat di belakangnya sambil duduk. Setelah selesai bershalat Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti, bila dia bershalat dengan berdiri maka bershalatlah kamu dengan berdiri. Bila dia ruku' maka ruku'lah kamu, bila dia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepalamu.Dan bila dia mengucapkan:سمع الله حمده.(Semoga Allah mendengar orang yang memujiNya), maka ucapkanlah:ربنا ولك الحمد (Ya Tuhan kami, milik Engkau jua segala pujian).¹⁴¹⁴ Bila dia bershalat dengan berdiri maka bershalatlah kamu dengan berdiri,dan bila dia bershalat dengan duduk maka bershalatlah kamu semua dengan duduk.”¹⁴¹⁵ Abu `Abdillah (Imam Bukhari) berkata, Al-Humaidi ('Abdullah bin az-Zubair al-Makki) ketika menerangkan sabda Nabi s.a.w. “Dan bila dia bershalat dengan duduk maka bershalatlah kamu dengan duduk” berkata,“Peristiwa ini berlaku ketika sakit Nabi s.a.w.pada masa yang lampau (pada tahun ke-5 Hijrah).Kemudian setelah itu Nabi s.a.w. bershalat dengan duduk (ketika sakit di akhir hayatnya), sedangkan orang ramai bershalat di belakangnya dengan berdiri, dan Baginda tidak menyuruh pun mereka supaya duduk. Sesungguhnya hukum-hakam agama yang dijadikan sebagai panduan itu adalah berdasarkan apa yang paling akhir dan terakhir daripada perbuatan Nabi s.a.w.”¹⁴¹⁶

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(2)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(2)

¹⁴¹³ Para 'ulama' berbeda pendapat tentang hukum ma'mum yang mampu berdiri mengikut imam yang bersembahyang sambil duduk kerana keuzuran. Berikut adalah perinciannya:
(1)Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf, Syafi'e, Sufyan ats-Tsauri, Abu Tsaur dan jumhur `ulama', termasuk Imam Bukhari, berpendapat, jika kerana keuzuran imam bersembahyang sambil duduk, para ma'mum yang mampu berdiri tidak boleh duduk, mereka sebaliknya hendaklah berdiri, kerana sembahyang fardhu tidak harus dikerjakan oleh orang yang mampu berdiri dengan duduk.
(2)Imam Malik dan Muhammad bin al-Ĥasan asy-Syaibāni berpendapat,orang yang mampu berdiri sama sekali tidak boleh menjadi ma'mum kepada imam yang bersembahyang fardhu sambil duduk kerana keuzuran, sama ada dengan berdiri atau duduk. Keharusan bersembahyang fardhu dengan mengikut imam yang bersembahyang sambil duduk kerana keuzuran itu hanya khusus dengan Rasulullah s.a.w. sahaja.
(3) Imam Ahmad, al-Auzā`i, Daud adz-Dzāhiri dan sekumpulan `ulama' yang lain pula berpendapat, ma'mum yang mengikut imam yang bersembahyang sambil duduk kerana keuzuran hendaklah mengikut imam, iaitu dengan bersembahyang sambil duduk juga.
Bagaimanapun terdapat perincian dalam mazhab Ahmad berhubung dengan masalah ini. Menurut mereka, dalam keadaan biasa orang yang tidak mampu bersembahyang dengan berdiri tidak seharusnya dilantik menjadi imam.
Dalam keadaan telah dilantik sebagai imam yang tetap di sesebuah masjid pula, jika imam itu mengalami keuzuran yang membuatkannya tidak dapat bersembahyang sambil berdiri, tetapi ia boleh bersembahyang sambil duduk, sedangkan keuzurannya itu diharapkan akan sembuh, ia boleh saja menjadi imam dengan bersembahyang sambil duduk. Para ma'mum juga hendaklah bersembahyang sambil duduk di belakangnya.
Menurut satu pendapat, ma'mum wajib duduk. Menurut pendapat yang lain pula, ma'mum hanya mustahab duduk.
Dalam keadaan keuzuran yang dialami imam mungkin berpanjangan, imam seeloknya melantik orang lain sebagai penggantinya untuk memimpin shalat berjama`ah.

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(1)

Sahih bukhari kitab azan 13/8/22(1)

51-Bab:"Sesungguhnya Imam Dilantik 
Untuk Dikuti"باب إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ: 

٦٨٨ - (وبه قال) حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ وَهُوَ شَاكٍ فَصَلَّى جَالِسًا وَصَلَّى وَرَاءَهُ قَوْمٌ قِيَامًا فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ أَنْ اجْلِسُوا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا

688-'Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin 'Urwah daripada ayahnya (Urwah) daripada 'Aaishah Ummil Mu'minin, bahawa beliau berkata, “Rasulullah s.a.w. pernah bershalat di rumahnya ketika sakit dalam keadaan duduk. Dan bershalatlah di belakang Baginda sekumpulan orang dengan berdiri. Maka baginda memberi isyarat kepada mereka supaya duduk. Setelah selesai bershalat, Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu dilantik untuk diikuti, bila dia ruku' maka ruku'lah kamu, bila dia mengangkat kepalanya (daripada ruku` atau sujud) maka angkatlah kepalamu. Dan bila dia bershalat sambil duduk, maka bershalatlah kamu sambil duduk.¹⁴¹³

Jumaat, Ogos 12, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 110 7/8/22ss



Jami ' tirmizi kitab bersuci 7/8/22

٥٨- باب مَا جَاءَ فِي الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ: 
58 - Bab (hadits) Wudhu' Kerana (Memakan) Makanan Yang Dimasak Dengan (diubah oleh)Api.

-perkataanغَيَّرَتِ bermakna (diubah)digunakan.
-perkataan مَسَّتْ digunakan dalam hadits 79 bermakna disentuh.
-disentuh oleh api adalah  bahasa kiasan atau kinayah(yakni ilmu balaghah)
-contoh.
An-Nisa' 4:43  أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا۟ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰٓ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَآءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ ٱلْغَآئِطِ أَوْ لَٰمَسْتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمْ تَجِدُوا۟ مَآءً فَتَيَمَّمُوا۟ صَعِيدًا طَيِّبًا فَٱمْسَحُوا۟ بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا 
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati shalat ketika kamu dalam keadaan mabuk, sampai kamu sadar apa yang kamu ucapkan, dan jangan pula (kamu hampiri masjid ketika kamu) dalam keadaan junub kecuali sekedar melewati jalan saja, sebelum kamu mandi (mandi junub). Adapun jika kamu sakit atau sedang dalam perjalanan atau sehabis buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, sedangkan kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan debu yang baik (suci); usaplah wajahmu dan tanganmu dengan (debu) itu. Sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Pengampun.


٧٤ - حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 الْوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ 
وَلَوْ مِنْ ثَوْرِ أَقِطٍ قَالَ فَقَالَ لَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ الدُّهْنِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ الْحَمِيمِ قَالَ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ يَا ابْنَ أَخِي إِذَا سَمِعْتَ حَدِيثًا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا تَضْرِبْ لَهُ مَثَلًا قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ وأُمِّ سَلَمَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي طَلْحَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَأَبِي مُوسَى قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ الْوُضُوءَ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ عَلَى تَرْكِ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتْ النَّارُ
79 - Ibnu Abi Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Amar daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah, beliau berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Hendaknya(lah ) berwudhu’ kerana (memakan / menggunakan) sesuatu yang disentuh (dimasak dengan) api,⁶⁹¹
 walaupun hanya dengan memakan sepotong keju.”⁶⁶²/⁶⁹² Abu Salamah berkata: Ibnu `Abbaas bertanya kepadanya, “Wahai Aba Hurairah, apakah kita perlu berwudhu’ kerana memakan atau mengguna minyak⁶⁹³ . Dan apakah kita juga perlu berwudhu’ kerana mengguna air panas?”⁶⁶⁴/⁶⁹⁴ Abu Salamah berkata, maka berkatalah Abu Hurairah, “Wahai anak saudaraku, jika engkau mendengar hadits diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w., maka janganlah pula engkau berkata begitu begini.”⁶⁹⁵
Abu Isa berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Ummi Habibah,⁶⁹⁶ Ummi Salamah,⁶⁹⁷ Zaid bin Tsabit,⁶⁹⁸ Abu Thalĥah,⁶⁹⁹ Abu Ayyub⁷⁰⁰ dan Abu Musa.”⁷⁰¹

Abu `Isa berkata lagi, “Sesetengah ahli ilmu (`ulama’) berpendapat wudhu’terbatal kerana menggunakan (memakan dan sebagainya) sesuatu yang dimasak
dengan api, namun kebanyakan ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi s.a.w., tābi`īn dan orang-orang selepas mereka tidak berwudhu’ kerana menggunakan 
sesuatu yang dimasak dengan api.”⁷⁰²


⁶⁹¹ Lafaz riwayat Muslim ialah:  تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api. Ia jelas merupakan 
perintah Rasulullah s.a.w.

*catitan
-Perintah ini sudah turun dari wajib kepada sunat 
Persoalannya, macam mana boleh turun?
Sebab ada hadits lain Nabi tidak berwuduk selepas memakannya atau ada yang berpendapat telah mansukh.
- syarat memansukhkan kena lebih kemudian dari yg dimansukh, jika ini terbukti maka bolehlah dikatakan telah mansukh dan yidak boleh hadits yang mansukh datang kemudian.
-contoh tahajud asalnya wajib tidak mansukh tetapi bertukar jadi sunat.

⁶⁹² Hadits ini merupakan dalil bagi terbatalnya wudhu’ kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api. Itulah pegangan sebahagian ahli 
ilmu. Kebanyakan ahli ilmu pula berpendapat hadits ini tlh mansukh.

⁶⁹³  Kerana minyak juga diperolehi dengan dimasak menggunakan api. Apakah dengan memakan minyak atau memakainya sebagai minyak rambut dsb membatalkan 
wudhu’?

⁶⁹⁴ Kalau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api membatalkan wudhu’, niscaya kita tidak boleh berwudhu’ menggunakan air panas, kerana ia juga dimasak dengan api. Apakah wudhu’ dengan menggunakan air panas tidak sah? Abu Hurairah nampaknya lebih mengutamakan ittibā` Shūri daripada ittibā` Ĥaqīqi. 
Ibnu Abbaas pula memahami sebaliknya.

⁶⁹⁵ Sebaliknya hendaklah engkau mengamalkannya dan diam saja, jangan pula dikatakan begitu dan begini.

⁶⁹⁶ Hadits Ummu Ĥabībah dikemukakan oleh at-Thaĥāwi, Ahmad, Abu Daud dan an-Nasā’i. Teksnya ialah: 
تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ 
(berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api).

⁶⁹⁷ Hadits Ummu Salamah diriwayatkan oleh Ahmad, at-Thabaraani dan al-Bukhari di dalam Tarikhnya. Lafaz riwayat Ahmad adalah seperti di bawah ini:
حدثنا أحمد بن الحجاج ، قال  عبد العزيز بن محمد، عن محمد بن طحلاء، قال: لأبي سلمة (بن عبدالرحمن عوف): إن ظئرك سليما لا يتوضأ مما مست النار. قال: فضرب صدر سليم وقال: أشهد على أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم أنها كانها كانت تشهد أن رسول مست النار
Bermaksud: Daripada Muhammad bin Thaĥlā’, katanya: Aku berkata kepada Abu Salamah (bin `Abdir Rahman bin `Auf), “Sesungguhnya birasmu Sulaim tidak berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.” Kata perawi, “Terus Abu Salamah memukul dada Sulaim sambil berkata, “Aku bersaksikan Ummu Salamah, isteri Nabi s.a.w. sesungguhnya beliau bersaksi “Bahawa Rasulullah s.a.w. 
selalu berwudhu’ kerana memakan sesuatu yang dimasak dengan api.”

Hadits ini sahih. Muhammad bin Thaĥlā’ dikatakan tsiqah oleh Ibnu Hibbaan, Abu Haatim pula berkata, “Tidak mengapa dengannya”. Tidak ada sesiapa pun 
mentajriĥkannya. Tokoh-tokoh utama hadits juga meriwayatkan daripadanya.

⁶⁹⁸ Hadits Zaid bin Tsabit diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz: تَوَضَّئُوا مِمَّا مَسَّتْ النَّارُ
Bermaksud: Berwudhu’lah kamu kerana memakan atau menggunakan sesuatu yang dimasak dengan api.

⁶⁹⁹ Hadits Abu Thalĥah diriwayatkan oleh at-Thaĥāwi dan at-Thabaraani dengan lafaz:
 أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم أَكَلَ أَثْوَارَ أَقِطٍ فِتَوَضِّأَمِنْهُ

Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memakan beberapa potong keju, lalu baginda berwudhu’ kerananya.
 
⁷⁰⁰ Hadits riwayat Abu Ayyub diriwayatkan oleh at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr dengan lafaz:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم كَانَ إِذَا أَكَلَ مِمَا غَيَّرَ تَوَضَّأَ
Bermaksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila makan apa yang diubah oleh api akan berwudhu’.

Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id berkata, “Perawi-perawinya adalah perawi-perawi hadits sahih.”

⁷⁰¹ Hadits Abu Musa diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Ausath dengan lafaz:
 قَالَ رَسُولَ اللهِ صَلَى الله عَلَيْهِ وسلم تَوَضَّئُوا مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ لَوْنَهً
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berwudhu’lah kamu kerana memakan sesuatu yang diubah api warnanya.”

Al-Haitsami di dalam Majma` az-Zawā’id berkata, “Perawi-perawinya terdiri daripada orang-orang yang dikatakan tsiqah.”

⁷⁰² Kata al-Ĥāzimi di dalam Kitab al-I`tibār, “Ahli ilmu berbeda pendapat dalam bab ini. Ada yang berpendapat perlu berwudhu’ kerana memakan atau menggunakan 
sesuatu yang dimasak dengan api. Antara orang yang berpendapat begitu ialah Ibnu `Umar, Abu Thalĥah, Anas bin Malik, Abu Musa, `Aaishah, Zaid bin Tsabit, Abu Hurairah, Abu Ghurrah al-Hudzali, `Umar bin `Abdil `Aziz, Abu Mijlaz Lāĥiq bin Ĥumaid, Abu Qilābah, Yahya bin Ya`mur dan al-Ĥasan al-Bashri.
Kebanyakan ahli ilmu dan fuqaha’ serata negeri pula berpendapat tidak perlu berwudhu’ kerananya. Mereka mengatakan itulah yang terakhir daripada dua perbuatan Rasulullah s.a.w. Antara orang yang berpendapat begitu dari kalangan sahabat ialah Abu Bakar, `Umar, `Utsman, `Ali, Ibnu Mas`ud, Ibnu `Abbaas, `Aamir bin Rabi`ah, 
Abu Umāmah, al-Mughīrah bin Syu`bah dan Jābir bin `Abdillah r.a.
Dari kalangan tabi`in dan tābi` at-tabi`in pula `Abīdah as-Salmāni, salim bin `Abdillah, al-Qasim bin Muhammad di samping fuqaha’ Madinah yang lain. Imam Malik, asy-Syafi`e dan anak-anak muridnya, kebanyakan ulama Ĥijaz, Sufyan ats Tsauri, Abu Hanifah, para ulama di Kufah, Ibnu al-Mubārak, Ahmad dan Ishaq juga berpendapat begitu.”


Bab 59 akan datang pula - Bab Tidak Berwudhu Kerana Memakan Sesuatu Yang Dimasak Dengan Api

Rabu, Ogos 10, 2022

Usul dirayah hadis 0086(10-28) 6/8/22(usul 52)ss



Usul dirayah hadis 6/8/22(usul 52)

Usul (52) Hadits-hadits yang menyatakan Khadhir dikurniakan umur yang panjang dan beliau masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w., malah telah bertemu Baginda s.a.w., semuanya maudhu`. Sama ada pertemuannya ketika Rasulullah s.a.w. masih sihat atau ketika Baginda hampir wafat. Demikian juga dengan hadits yang menyebut tentang kedatangannya untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. yang telah wafat dan mengucapkan ta`ziah kepada para sahabat serta ahli keluarganya. Hadits-hadits yang menyatakan Khadhir hidup hingga ke akhir zaman juga sama keadaannya. 

Di bawah ini dikemukakan tiga contoh bagi usul ke-52 ini:
Contoh Pertama:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان في المسجد فسمع كلاما من ورائه فإذ هو بقائل يقول: اللهم أعنى على ما ينجيني مما خوفتني ، فقال رسول الله صلى الله عليه  وسلم حين سمعة ذلك : ألا تضم إليها فقال الرجل: اللهم 
ارزقني شوق الصالحين إلى ما شوقتهم إليه. فقال رسول الله صلى الله عليه  وسلم لانس بن مالك: إذهب يا أنس إليه فقل له: يقول لك رسول الله صلى الله عليه وسلم يستغفر لي، فجاءه أنس فبلغه فقال الرجل يا أنس  انت رسول الله صلى الله عليه وسلم [وارجع] إلي كما أنت فرجع فاستثبته فقال صلى الله عليه وسلم  قل له نعم . اذهب فقل له: إن الله فضلك على الأنبياء مثل ما فضل به رمضان على الشهور، وفضل أمتك على الأمم مثل ما فضل يوم الجمعة على سائر الأيام، فذهبوا ينظرون فإذا هو الخضر عليه السلام

Bermaksud: Bahawasanya pernah Rasulullah s.a.w. berada di dalam masjid, lalu Baginda mendengar ada orang sedang bercakap di belakangnya. Rupa-rupanya dia sedang berdoa, katanya: “Ya Allah! Tolonglah aku dalam melakukan sesuatu yang dapat menyelamatkanku daripada ancamanMu terhadapku.” Apabila Rasulullah s.a.w. 
mendengar ucapannya itu, Baginda terus bersabda, “Kenapa engkau tidak sambungkan doa itu dengan doa seterusnya?” Maka orang itu meneruskan doanya dengan berkata, “Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku kerinduan orang-orang saleh kepada apa yang Engkau telah buatkan mereka merinduinya.” Mendengar doa itu, Rasulullah s.a.w. lantas berkata kepada Anas bin Malik, “Pergilah engkau kepadanya wahai Anas, dan katakan kepadanya, “Rasulullah s.a.w. meminta supaya engkau beristighfar untuknya.”Maka pergilah Anas menyampaikan pesan Rasulullah s.a.w. itu kepadanya. Orang itu pun berkata, “Wahai Anas, pergilah kembali kepada Raasulullah s.a.w. dan dapatkan kepastian daripadanya”. Lantas Nabi s.a.w. bersabda, “Katakanlah kepadanya, ya.” 
Setelah itu barulah dia berkata kepada Anas, “Pergi dan ceritakanlah kepadanya (Nabi s.a.w.), sesungguhnya Allah telah melebihkanmu daripada nabi-nabi yang lain seperti
Dia telah melebihkan bulan Ramadhan daripada bulan-bulan yang lain, dan Dia melebihkan umatmu daripada umat-umat yang lain seperti Dia melebihkan hari Juma`at daripada segala hari. Mereka kemudiannya pergi (untuk) melihat, rupa-rupanya dia Khadhir a.s.”

Rujukan:
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s 193-194, 
Ibnu `Adi – al-Kāmil Fi Dhu`afā’ ar-Rijāl j.6 m/s 62, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.1 m/s 151-152, adz-Dzahabi
- Mizaanu al-I`tidaal j.3 m/s 408, 
Mulla `Ali al-Qari- al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 443, 
Ibnu `Arraaq al-Kinaani –Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 233, 
Abu Ĥudzaifah Nabīl bin Manshūr al-Kuwaiti – Anīs as-Sāri j.9 m/s 6578-6580.


Komentar
(1) Hadits di atas telah dikemukakan oleh Ibnu al-Jauzi dengan sanad berikut:
أنبأنا محمد بن عبد الملك بن خيرون قال أنبأنا يوسف ابن مسعدة قال أنبأنا حمزة يوسف قال أنبأنا أبو أحمد بن 
عدي قال حدثنا محمد بن يوسف بن عاصم قال حدثنا أحمد بن إسماعيل القرشى  قال حدثنا عبدالله بن نافع عن كثير 
بن عبدالله عن أبيه عن جده

Di dalamnya terdapat dua orang perawi yang sangat bermasalah. 
Pertamanya ialah `Abdullah bin Nāfi` (as-Shā’igh). 
Yahya bin Ma`īn berkata, “Dia langsung tidak bernilai”. 
`Ali bin al-Madīni berkata, “Dia selalu meriwayatkan hadits-hadits mungkar”. 
An-Nasā’i pula berkata, “Dia perawi matrūk”. 
Perawi kedua yang bermasalah di dalam sanad itu ialah Katsīr bin `Abdillah bin `Amar bin `Auf bin Zaid al-Muzani. Yahya bin Ma`īn dan Ahmad bin Ĥambal berkata, “Riwayatnya langsung tidak bernilai. Ia tidak layak ditulis”. Ibnu `Adi berkata, “Kebanyakan riwayatnya tidak ada orang lain yang turut meriwayatkannya”. An-Nasā’i dan ad-Daaraquthni berkata, “Dia perawi matrūk”. Imam asy-Syafi`e dan Abu Daud berkata, “Dia salah satu rukun (tiang seri) dusta”. Ibnu Hibbaan berkata, “Ada satu nuskhah hadits maudhu` diriwayatkannya daripada ayah daripada datuknya. Haditsnya tidak boleh diriwayatkan dan tidak boleh dimasukkan ke dalam kitab-kitab kecuali 
dengan maksud menyatakan kehairanan dan kepelikan.”

(2) Para `ulama’ menyatakan kehairanan mereka terhadap orang-orang seperti as-Suyuthi dan Ibnu `Arrāq yang menghukum hadits ini sebagai dha`if sahaja. Padahal di 
dalam sanadnya ada orang seperti Katsīr itu. Matannya pula jelas menunjukkan ia adalah suatu yang diada-adakan.


(3) Adz-Dzahabi berkata, Imam Tirmidzi meriwayatkan hadits الصلح جائز بين المسلمين   yang diriwayatkan oleh Katsīr dan menghukumnya sebagai hadits sahih. Kerananya 
para `ulama’ hadits menganggap hukum sahih Tirmidzi tidak mu`tamad (tidak boleh dipegang).
(Kena tengok hadits orang lain juga)

(4) Nakārah (perkara ganjil yang bercanggah dengan riwayat-riwayat yang shaĥīĥ dan prinsip-prinsip Syari`at) yang terdapat di dalam matannya jelas sekali. Betapa tidaknya, siapa pun yang ada sedikit sahaja iman di dalam hatinya, akan berasa pelik dengan seseorang yang sempat dengan zaman Rasulullah s.a.w., malah telah berada begitu dekat di belakang Baginda, sehingga suaranya berdoa didengar oleh Baginda, tetapi tidak mengambil peluang untuk bertemunya?! Sebaliknya memakai perantara untuk
bercakap dengan Rasulullah s.a.w.!! Apa yang menghalangnya untuk bercakap dengan Baginda secara berhadapan?!

(5) Rasulullah s.a.w. digambarkan sebagai orang yang berharap kepada Khadhir supaya beristighfar kepada Allah untuknya. Bukankah Allah telah mengisytiharkan 
keampunanNya untuk Rasulullah s.a.w. di dalam beberapa firmanNya? Lihat sebagai contohnya firman Allah di dalam Surah al-Fatĥ:
Al-Fath 48:1إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا 
Al-Fath 48:2 لِّيَغْفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُۥ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَٰطًا مُّسْتَقِيمًا 
Bermaksud: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata, (1) 
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta 
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). (2) (al-Fatĥ:1-2).

Tidak cukupkah lagi perisytiharan itu? Atau ada udang di sebalik batu di belakang cerita yang direka dan diada-adakan ini? 
Udangnya ialah kedudukan Khadhir lebih tinggi lagi di sisi Allah daripada Nabi akhir zaman yang merupakan penutup sekalian nabi a.s. Kalau Khadhir hanya seorang wali bukan nabi, maka daripada kisah ini dapat difaham bahawa Nabi Muhammad pun memerlukan wasilah wali dalam memohon sesuatu kepada Allah.


(6) Antara yang peliknya ialah bagaimana Khadhir dapat bercakap secara berhadapan dengan Anas, tetapi dengan Rasulullah s.a.w. pula tidak! Kiranya Anas telah melihatlah 
Khadhir itu dengan mata kepalanya, tetapi tidak pernah pula di dalam mana-mana riwayat yang sahih Anas menceritakan tentang rupa parasnya.

(7) Mengambil kira riwayat-riwayat (palsu) yang menyebutkan Khadhir sebagai salah seorang anak Nabi Adam, maka saiz tubuhnya sepatutnya jauh lebih tinggi dan lebih besar daripada orang-orang di zaman Rasulullah s.a.w. Bukankah itu sesuatu yang menarik perhatian Anas? Tetapi kenapa tidak ada langsung riwayat Anas tentangnya?

(8) Antara perkara yang pelik juga ialah kenapa biasanya kisah-kisah kemunculan Khadhir menggambarkan beliau selalu menyembunyikan diri dari pandangan orang
ramai. Di dalam kisah ini beliau bukan menyembunyikan diri daripada orang-orang biasa, malah menyembunyikan diri daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Bila diketahui orang dan mereka hendak melihatnya, tiba-tiba saja beliau lari menghilangkan diri!


Contoh kedua
أخبرنا أبو بكر أحمد بن محمد بن بالويه، ثنا محمد بن بشر مطر ، ثنا كامل بن طلحة ، ثنا عباد بن عبد الصمد عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لما قبض رسول صلى الله عليه وسلم أحدق به أصحابه فبكوا حوله، واجتمعوا فدخل رجل أصهب اللحية ،جسيم صبيح، فتخطار، قابهم فبكى ثم التفت إلى أصحاب رسول الله صلى اللهعليه وسلمد فقال: إن في الله عزاء من كل مصيبة، وعوضا من كل فائت،  وخلفا من كل هالك، فالى الله فأنيبوا 
واليه فار غبوا ، ونظرة إليكم  في البلاء فانظروا، فإنما المصاب من لم يجبر وانرف فقال بعهم لبعض تعرفون الرجل؟ فقال أبو بكر وعلى : نعم هذا أخو رسول الله صلى الله عليه وسلم الخضر عليه السلام
Bermaksud: Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: Setelah nyawa Rasulullah s.a.w. diambil, mata para sahabat terpaku pada Baginda. Mereka menangis di sekeliling
Baginda. Tiba-tiba masuk seorang lelaki berjanggut perang, gempal dan cantik wajahnya. Setelah melangkah tengkuk-tengkuk mereka, dia menangis. Kemudian 
berpaling kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Sesungguhnya pada Allah ada penghibur untuk setiap musibah (yang menimpa), pengganti untuk setiap 
yang hilang dan pengganti untuk setiap yang musnah. Kepada Allah hendaklah kamu kembali. KepadaNya jua hendaklah kamu berharap. Ada pengajaran untuk kamu pada bala (ujian yang menimpa) ini. Oleh itu kamu hendaklah mengambil pengajaran (daripadanya). Orang yang ditimpa malapetaka sebenarnya ialah orang yang tidak tertampung kesedihannya. Orang itu pun pergi. Maka sebahagian mereka (sahabat) bertanya kepada sebahagian yang lain, kamu kenalkah orang tadi? Jawab Abu Bakar 
dan `Ali: “Ya”. Itulah saudara Rasulullah s.a.w. al-Khadhir a.s.

Rujukan:
Al-Haakim – al-Mustadrak `Ala as-Shaĥīĥain J. 3, m/s 60, adz-Dzahabi - Mizan al-I`tidaal j.2, m/s 369.


Komentar:
(1) Hadits ini tidak layak dijadikan dalil kerana kedha`ifannya. Di dalam isnadnya terdapat seorang perawi sangat dha`if bernama `Abbaad bin `Abdus Shamad. Dialah yang meriwayatkan hadits itu daripada Anas bin Malik, sahabat Nabi s.a.w. Imam Bukhari berkata tentangnya, dia seorang perawi munkarul hadits. Ibnu Hibbaan 
mengatakan dia lemah. Satu nuskhah hadits telah diriwayatkannya daripada Anas. 
Kebanyakannya adalah maudhu`. Kata Abu Hatim, `Abbaad dha`if sangat. Kata Ibnu `Adi, kebanyakan hadits yang diriwayatkannya adalah berkenaan dengan kelebihan 
`Ali. Dia seorang dha`if dan melampau dalam fahaman Syi`ahnya.

(2) Al-Haakim sendiri selepas mengemukakan riwayat ini berkata: “Hadits ini merupakan syahid bagi hadits yang tersebut sebelumnya. Walaupun `Abbaad bin `Abdus Shamad bukan perawi yang menepati syarat kitab ini.

(3) Sebenarnya hadits `Abbaad bin `Abdus Shamad itu tidak layak pun dijadikan sebagai syahid kerana bersangatan lemahnya. Walaupun adz-Dzahabi tidak membuat 
apa-apa komentar terhadap hadits yang dikemukakan oleh Haakim itu, tetapi beliau menukilkan kata-kata Bukhari dan lain-lain tokoh Rijāl mengenai `Abbaad bin `Abdus
Shamad. Beliau juga menukilkan pendapat Abu Haatim tentangnya bahawa ia seorang yang sangat lemah. Abu Haatim mengemukakan beberapa haditsnya, lalu berkata 
tentang salah satu daripadanya, “Ia menyerupai rekaan tukang-tukang cerita”. Tentang yang lain pula beliau berkata, “Yang ini adalah dusta yang nyata.”

(4) Imam Ibnu Taimiyyah juga pernah terkeliru dengan hadits-hadits seperti itu, sehingga beliau berpendapat Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w. Di dalam
fatwa beliau di peringkat awal, beliau memang berfatwa bahawa Khadhir masih hidup di zaman Baginda. Tetapi di dalam kebanyakan fatwanya yang kemudian, beliau 
dengan jelas mengatakan Khadhir telah mati. Alasannya ialah kalau Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w., wajib dia datang menemui Baginda dan membelanya.

(5) Kalau Khadhir boleh datang setelah Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan penuh misteri seperti tergambar di dalam riwayat di atas, kenapa beliau tidak datang ketika Baginda
masih hidup, ketika Baginda menghadapi bermacam- macam cabaran yang memerlukan pertolongan dan sokongan?

(6) Bagaimana pula Abu Bakar dan `Ali mengetahui itu Khadhir? Adakah mereka pernah melihatnya semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup dan diberitahu oleh Baginda
bahawa itu Khadhir? Bukankan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak pernah bersemuka dengan Khadhir? Jadi bagaimana Baginda akan menunjukkan kepada Abu Bakar dan 
`Ali bahawa itu Khadhir?

(7) Adakah Anas tidak hadhir ketika rumah Rasulullah s.a.w. dan kawasan sekitarnya penuh sesak dengan sanak saudara dan para sahabat yang datang menyaksikan 
kewafatan Nabi s.a.w.? Berdasarkan riwayat contoh pertama, Anas telah pun melihat Khadhir. Kalau begitu kenapa beliau tidak mengenalinya. 

(8) Abu Bakar dan `Ali pula tidak diketahui pernah menemui Khadhir, lalu bagaimana mereka mengenalinya. Kalau mereka mengenalinya, kenapa ia tidak ditegur dan disapa 
oleh mereka dengan ucapan-ucapan tertentu, seperti biasanya apabila orang bertemu setelah sekian lama terpisah?


Contoh Ketiga:
Dibawah باب في صفة الدجال  وتحريم عليه وقتله المؤمن وإحيائه

Imam Muslim dengan sanadnya mengemukakan hadits Abu Sa`id al-Khudri, kata beliau:
حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا حَدِيثًا طَوِيلًا عَنْ الدَّجَّالِ فَكَانَ فِيمَا حَدَّثَنَا قَالَ يَأْتِي وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْهِ أَنْ يَدْخُلَ نِقَابَ الْمَدِينَةِ فَيَنْتَهِي إِلَى بَعْضِ السِّبَاخِ الَّتِي تَلِي الْمَدِينَةَ فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ يَوْمَئِذٍ رَجُلٌ هُوَ خَيْرُ النَّاسِ أَوْ مِنْ 
خَيْرِ النَّاسِ فَيَقُولُ لَهُ أَشْهَدُ أَنَّكَ الدَّجَّالُ الَّذِي حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَهُ فَيَقُولُ الدَّجَّالُ أَرَأَيْتُمْ إِنْ قَتَلْتُ هَذَا ثُمَّ أَحْيَيْتُهُ أَتَشُكُّونَ فِي الْأَمْرِ فَيَقُولُونَ لَا قَالَ فَيَقْتُلُهُ ثُمَّ يُحْيِيهِ فَيَقُولُ حِينَ يُحْيِيهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ فِيكَ 
قَطُّ أَشَدَّ بَصِيرَةً مِنِّي الْآنَ قَالَ فَيُرِيدُ الدَّجَّالُ أَنْ يَقْتُلَهُ فَلَا يُسَلَّطُ عَلَيْهِ
قَالَ أَبُو إِسْحَقَ يُقَالُ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ هُوَ الْخَضِرُ عَلَيْهِ السَّلَام
Bermaksud: Pernah pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bercerita panjang tentang Dajjaal. Antara yang diceritakan oleh Baginda tentangnya ialah kata Baginda: “Ia (Dajjaal) akan datang - Ia tidak akan dapat masuk ke lorong-lorong (jalan-jalan) Madinah - sehingga ke sebahagian kawasan tanah tidak subur dekat Madinah. Maka keluarlah kepadanya pada hari itu seorang lelaki yang merupakan sebaik-baik manusia atau antara manusia terbaik. Lalu lelaki itu berkata kepadanya: “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya engkau adalah Dajjaal yang diceritakan oleh Rasulullah s.a.w.” Kata Dajjaal: “Bagaimana kalau aku bunuh orang ini kemudian aku hidupkannya. Adakah kamu masih ragu tentang da`waanku (sebagai tuhan)?” Jawab orang-orang yang ada di situ: “Tidak”. 
Kata Nabi s.a.w.: “Maka dibunuhnya lelaki itu. Kemudian dihidupkannya. Setelah dihidupkan semula, lelaki itu terus berkata: “Demi Allah! Keyakinanku (tentang kebohonganmu) tidak pernah sekuat sekarang.” Nabi s.a.w. (terus) bercerita, kata Baginda: “Dajjaal hendak membunuhnya (sekali lagi), tetapi tidak mampu.”
Kata Abu Ishaq, dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadits) itu ialah al-Khadhir a.s.

Rujukan:
Muslim – Al-Jāmi` as-Shaĥīĥ j.8 m/s 199, Hafizh Ibnu Hajar – Az-Zahru an-Nadhir Fi Ĥāli Khadhir m/s 131.

Komentar:
(1) Daripada paparan riwayat Muslim yang dikemukakan sebagai contoh ketiga di atas jelas bahawa 
ْقَالَ أَبُو إِسْحَقَ يُقَالُ إِنَّ هَذَا الرَّجُلَ هُوَ الْخَضِرُ عَلَيْهِ السَّلَام
Bermaksud :Kata Abu Ishaq dikatakan lelaki (yang tersebut di dalam hadits) itu ialah al-Khadhir a.s. Itu tidak lebih daripada tambahan berupa komentar Abu Ishaq Ibrahim bin Sufyan (murid Muslim)setelah selesai hadits itu dikemukakan oleh Imam Muslim.

(2) Jelas sekali penetapan lelaki yang tersebut di dalam hadits itu sebagai Khadhir bukan tersebut di dalam hadits Nabi s.a.w. Bukan juga ia kata-kata Muslim.

(3) Apa yang disebut oleh murid Muslim, Abu Ishaq bukan hujah dalam agama. Beliau pun hanya mengemukakannya dengan shighah tamridh sahaja. Ia mengisyaratkan 
kepada kedha`ifan apa yang dikemukakannya itu.

(4) Ketiga-tiga contoh yang dikemukakan di atas merupakan riwayat terbaik yang dijadikan pegangan oleh orang-orang yang percaya Khadhir masih hidup hingga ke hari ini. Hadits pertama dan kedua memang maudhu`. Hadits ketiga sahih. Ia adalah riwayat Muslim di dalam Sahihnya. Tetapi tambahan di hujung hadits itu bukan hadits. Ia hanya apa yang dinukilkan oleh murid Muslim yang merupakan perawi Kitab Sahih Muslim dengan shighah tamridh yang mengisyaratkan kepada kedha`ifannya sahaja.

(5) Jumhur muĥadditsīn tidak dapat menerima hadits-hadits seperti di atas sebagai dalil bagi hidupnya Khadhir hingga ke hari ini, bahkan hingga ke akhir zaman. Mereka sebaliknya percaya bahawa Khadhir telah pun meninggal dunia. Mereka berpegang dengan dalil-dalil yang kuat dan terang berupa ayat-ayat al-Qur’an dan hadits- hadits yang sahih. Antaranya hadits Bukhari berikut:

٥٣١ - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ سَالِمٌ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ قَالَ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً صَلَاةَ الْعِشَاءِ وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ ثُمَّ انْصَرَفَ فَأَقْبَلَ عَلَيْنَا فَقَالَ أَرَأَيْتُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا لَا يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ أَحَدٌ
Bermaksud: `Abdaan (`Abdullah bin `Utsman al-Marwazi) meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah (bin al-Mubaarak) meriwayatkan kepada kami, katanya: Yunus (bin Yazid al-Aili) meriwayatkan kepada kami daripada al-Zuhri (Muhammad bin Musim bin Syihaab), kata Salim (bin `Abdillah bin `Umar): `Abdullah (bin `Umar) 
meriwayatkan kepada saya, katanya: “Rasulullah s.a.w. mengimami kami bersembahyang `Isyaa’ pada suatu malam. Itulah sembahyang yang orang ramai panggil `Atamah. Setelah selesai bersembahyang Baginda s.a.w. menghadapi kami, lalu berkata: “Ingat baik-baik malam ini! Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang hidup
di atas muka bumi pada malam ini akan terus hidup selepas seratus tahun (bermula dari malam ini).
Orang-orang yang mempercayai Khadhir masih hidup hingga sekarang menta’wil hadits ini dengan beberapa ta’wilan. Antaranya: 

(i) Apa yang tersebut di dalam hadits ini ialah orang yang hidup di atas muka bumi pada malam itu. Boleh jadi pada malam itu Khadhir tidak berada di atas muka bumi, tetapi 
beliau berada di atas laut atau di dalam laut. 

(ii) Hadits ini adalah umum makhsus. Ia tidak seharusnya dipakai seumumnya. Malah ada juga yang berada di atas muka bumi pada malam itu terkecuali. Seperti malaikat, 
Iblis, syaitan, jin, Khadhir dan lain-lain. Boleh jadi juga من َyang umum di dalam hadits itu dikhususkan dengan manusia sahaja. 

(iii) Muka bumi yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu bukanlah seluruh muka bumi. Tetapi bumi di mana Baginda s.a.w. berada dan kawasan-kawasan sekitarnya sahaja iaiu Hijaz, Tihamah dan Najd. Penggunaan perkataan الأرض di sini sama seperti penggunaan perkataanالأرض di dalam firman Allah:أَوْ يُنفَوْا۟ مِنَ ٱلْأَرْضِۚ   Bermaksud: atau (mereka) dibuang negeri (al-Maa’idah:33) 
dan di dalam firmanNya:قَالَ ٱجْعَلْنِى عَلَىٰ خَزَآئِنِ ٱلْأَرْضِۖ   Bermaksud: Yusuf berkata: Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir). (Yusuf:55). 

Boleh jadi Khadhir pada malam berkenaan berada di kawasan bumi yang lain. 

(iv) Adanya ramai sangat alim `ulama’ dan orang-orang saleh yang menda`wa telah bertemu dengan Khadhir dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Kalau beliau telah 
meninggal dunia, bagaimana beliau ditemui di serata dunia oleh sekian ramai alim `ulama’ dan orang-orang saleh itu? 
Jelas sekali lemahnya ta’wilan-ta’wilan yang dikemukakan itu. Ia sama sekali tidak layak dijadikan hujah dalam agama yang dapat menolak hadits sahih di atas. Tidak perlu juga rasanya penulis menghabiskan masa untuk menjawabnya.

Kecuali ta’wilan nombor (ii) dan nombor (iii). 
Boleh diterima kalau yang dikecualikan daripada umum orang yang berada di atas muka bumi pada malam berkenaan ialah malaikat, Iblis, syaitan atau jin. Tetapi kenapa Khadhir termasuk dalam kalangan yang terkecuali? Bukankah beliau juga manusia? 
Mana pula dalil yang mengecualikan beliau daripada umum orang yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits di atas? Tidak ada! Kalau diandaikan Khadhir pada malam itu berada di kawasan bumi yang lain, tidak mungkinkah juga ada lagi manusia di atas muka bumi yang lain itu selain beliau? 
Sekurang-kurangnya sebahagian atau beberapa orang daripada mereka juga mungkin ada yang terkecuali daripada sabda Nabi s.a.w. itu? Kenapa ia khusus dengan Khadhir sahaja. Berapa panjang pula umur mereka? Adakah sampai lebih tiga ribu tahun seperti Khadhir? Mana dalil yang kukuh yang boleh dijadikan pegangan untuk terkecualinya mereka? Kalau begitu tidak ada lagi kelebihan dan mu`jizat di dalam sabda Nabi s.a.w. tersebut! 
Apa lagi kalau dilihat kepada hadits Jaabir yang diriwayatkan oleh Muslim. Ia jelas tidak mengecualikan mana-mana manusia yang bernyawa di muka bumi pada malam itu. Lihat hadits Jaabir yang dimaksudkan itu:
حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ حَبِيبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى كِلَاهُمَا عَنْ الْمُعْتَمِرِ قَالَ ابْنُ حَبِيبٍ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي حَدَّثَنَا أَبُو نَضْرَةَ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ ذَلِكَ قَبْلَ مَوْتِهِ بِشَهْرٍ
 أَوْ نَحْوِ ذَلِكَ مَا مِنْ نَفْسٍ مَنْفُوسَةٍ الْيَوْمَ تَأْتِي عَلَيْهَا مِائَةُ سَنَةٍ وَهِيَ حَيَّةٌ يَوْمَئِذٍ
Bermaksud: Jaabir bin `Abdillah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda bersabda begini kira-kira sebulan sebelum kewafatan Baginda: “Tidak ada seorang pun manusia yang bernyawa (hidup) hari ini akan terus hidup selepas seratus tahun akan datang.” 
Nah! Tidak ada di dalam hadits ini qaid “di atas muka bumi”, sehingga boleh dita’wilkan dengan muka bumi tertentu. Sementara sebahagian muka bumi yang lain pula terkecuali! Tidak ada juga di dalamnya isyarat kepada terkecualinya manusia tertentu daripada ramalan Baginda s.a.w. itu. 
Nakirah (نفس )di halaman nafi (ما )dan من الزائدة sebelumnya bahkan menguatkan lagi erti umum setiap orang yang bernyawa. Termasuk juga Khadhir, jika diandaikan beliau 
masih hidup lagi pada ketika itu.
(6) Apa yang boleh disebut sebagai dalil dan hujah agama di pihak orang-orang yang berpendapat Khadhir masih hidup hingga sekarang, sebenarnya satu pun tidak ada.
Yang terbaik daripadanya pun begitu teruk. Bayangkanlah bagaimana yang lain-lain 
lagi!

(7) Golongan `ulama’ yang percaya Khadhir telah mati pula berpegang dengan beberapa dalil lain selain hadits riwayat Bukhari dan hadits riwayat Muslim yang dikemukakan tadi. Sandaran mereka dalam perkara ini ialah al-Qur’an, al-hadits, hasil kajian `ulama’ muhaqqiqin, ijmā` dan logik serta dirayah. Antara dalil al-Qur’an yang menjadi pegangan mereka ialah:
Al-Anbiya 21:34وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ ٱلْخُلْدَۖ أَفَإِي۟ن مِّتَّ فَهُمُ ٱلْخَٰلِدُونَ 
Bermaksud: dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (Wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? (al-Anbiyaa’:34). 

Ayat ini menunjukkan tidak ada seorang pun manusia dapat hidup kekal di dunia atau berumur terlalu panjang seperti dikaitkan dengan Khadhir. Kalau ada, tentulah ia menjadi suatu keajaiban dalam kejadian Allah. Dan tentu sekali ia ada tersebut sama ada di dalam al-Qur’an atau al-hadits sebagai salah satu tanda kebesaran Allah.

(ii)
Aal-e-Imran 3:81
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلنَّبِيِّۦنَ لَمَآ ءَاتَيْتُكُم مِّن كِتَٰبٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِۦ وَلَتَنصُرُنَّهُۥۚ قَالَ ءَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِىۖ قَالُوٓا۟ أَقْرَرْنَاۚ قَالَ فَٱشْهَدُوا۟ وَأَنَا۠ مَعَكُم مِّنَ ٱلشَّٰهِدِينَ 
Bermaksud: dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari nabi-nabi (dengan firmanNya): “Sesungguhnya apa jua kitab dan hikmat yang Aku berikan 
kepadamu, kemudian datang pula kepadamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada padamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): “Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima akan ikatan janjiKu secara yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami beriqrar (mengakui dan menerimanya)”. Allah berfirman lagi: “Jika demikian, maka saksikanlah kamu (wahai para nabi), dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama kamu.” (Aali `Imraan: 81).

Kebanyakan `ulama’ berpendapat Khadhir adalah seorang nabi. Kalau begitu beliau juga terikat dengan perjanjian setia yang tersebut di dalam ayat di atas. Perjanjian 
bahawa bilamana datang seorang rasul bernama Muhammad, mereka akan beriman kepadanya dan menolongnya. 
Jika Khadhir masih hidup di zaman Rasulullah s.a.w.  dalam keadaan beliau bebas pergi ke mana-mana tempat yang dikehendakinya sesuai dengan kepercayaan orang-
orang yang menganggap beliau masih hidup - beliau sepatutnya pergi menolong Baginda s.a.w., sekurang-kurangnya dalam peperangan-peperangan yang dilancarkan oleh Baginda s.a.w. 
Tetapi tidak tersebut di dalam mana-mana ayat al-Qur’an atau hadits bahawa Khadhir pernah ikut serta bersama Rasulullah s.a.w. dalam mana-mana peperangan yang pernah dilancarkan oleh Baginda s.a.w. `Aqal yang sejahtera tidak dapat menerima seorang nabi yang telah membuat perjanjian setia dengan Allah akan memungkiri janjinya!

(8) Para `ulama’ muhaqqiqin seperti Imam Bukhari, Ibrahim al-Harbi, Abu Ja`far Ibnu al-Munaadi, Abu Ya`la bin al-Farraa’, Abu Thahir al-`Abbaadi, Abu Bakar Ibnu al-`Arabi, Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibu al-Qaiyyim, Ibnu Katsir, Hafiz Ibnu Hajar dan lain-lain adalah antara tokoh yang berpendapat Khadhir telah pun mati. Walaupun ada tokoh-tokoh hadits yang berpendapat Khadhir masih hidup hingga sekarang, namun kebanyakan mereka berpendapat beliau telah mati.

(9) Antara tokoh hadits yang menerima Khadhir masih hidup ialah Ibnu as-Shalah dan muridnya an-Nawawi. Ibnu as-Shalah malah telah berkata: 
هو حي عند جمهور العلماء والصالحين والعامة معهم في ذلك وإنما شذ بإنكاره بعض المحدثين
Bermaksud: “Beliau (khadhir) masih hidup menurut jumhur `ulama’. Orang ramai bersama mereka dalam perkara ini. Hanya ada segelintir muhadditsin sahaja yang telah 
terkeluar daripada kumpulan.”
An-Nawawi pula di dalam Syarah Muslim dan Tahzibu al-Asmaa’ wa al-Lughaatnya 
berkata:
Bermaksud: “Menurut jumhur `ulama’, beliau (Khadhir) masih hidup dan ada di kalangan kita. Ini adalah suatu perkara yang disepakati di kalangan orang-orang Sufi, 
orang-orang saleh dan ahli ma`rifat. Cerita-cerita mereka tentang pernah melihatnya, duduk bersama-samanya, belajar sesuatu daripadanya dan bersoal jawab dengannya, beliau berada di tempat-tempat suci dan tempat-tempat berkebajikan tidak terhingga banyaknya dan begitu masyhur, diketahui semua orang.” 
Hairan! Jumhur `ulama’ mana yang dimaksudkan oleh Ibnu as-Shalah dan an-Nawawi itu!!

(10) Pengarang `Aunu al-Ma`bud Syarah Sunan Abi Daud, Maulana Syamsul Haq al-`Azimabaadi membantah kata-kata Ibnu as-Shalah dan an-Nawawi itu dengan katanya:
ما قاله النووي من أن حياة الخضر قول الجمهور ليس بصحيح وقد رد عليه الحافظ بن حجر في اإلصابة
Bermaksud: “Apa yang dikatakan oleh an-Nawawi bahawa jumhur `ulama’ berpendapat Khadhir masih hidup itu tidak sahih. Hafiz Ibnu Hajar telah menolaknya 
di dalam al-Ishaabah.” 

Abu Haiyyaan di dalam Tafsirnya berkata sebaliknya: 
والجمهور على أنه مات     
Bermaksud: 
“Jumhur `ulama’ berpendapat beliau (Khadhir) telah mati.” (Lihat Tafsir al-Bahru al-Muhith j.7, m/s 484). 
Apakah tokoh-tokoh utama hadits seramai yang tersebut di atas sekurang-kurangnya boleh dikatakan golongan yang syaz? “Hanya ada segelintir muhadditsin sahaja yang 
telah terkeluar daripada kumpulan”? Mereka pula berpegang dengan dalil-dalil yang kukuh berupa al-Qur’an dan hadits-hadits yang sahih?!

(11) Menurut hukum `adat, seorang yang hidup di zaman Nabi Musa iaitu kira-kira 2000 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. tidak mungkin hidup sampai ke
hari ini. Apalagi kalau dikatakan ia tidak dimakan usia, bebas ke mana-mana dan 
terlindung pula dari pandangan manusia! Untuk mempercayai kewujudan orang seperti 
itu semestinya kita umat Islam memerlukan dalil yang kukuh.

(12) Imam Bukhari pernah ditanya tentang Khadhir, adakah dia masih hidup? Jawab beliau: “Bagaimana dia akan hidup. Nabi s.a.w. telah bersabda: Bermaksud: “Ingat baik-baik malam ini! Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang 
hidup di atas muka bumi pada malam ini akan terus hidup selepas seratus tahun (bermula dari malam ini).” 
Hadits inilah yang menjadi pegangan Bukhari dalam membuat keputusan tentang Khadhir telah mati.

(13) Abu al-Khatthaab bin Dihyah berkata:
Bermaksud: Para `ulama’ hadits sekata berhubung dengan semua hadits tentang Khadhir masih hidup, bahawa tidak ada satu pun daripadanya yang sahih.

Isnin, Ogos 08, 2022

Sahih bukhari kitab ilmu 0058(82-88) 6/8/22s3

Sahih bukhari kitab  6/8/22(3)

¹¹⁴ Beliau ialah Bisyr bin al-Mufaddhal bin Lāĥiq ar-Raqāsyi al-Bashri. Kuniahnya ialah Abu Isma`il. Bisyr telah mendengar hadits daripada Muhammad bin al-Munkadir, `Abdullah bin `Aun, Ĥumaid at-Thawīl, Khālid al-Ĥaddzā’ dan lain-lain. 
Ahmad bin Ĥambal, Ishaq bin Rāhawaih, Ĥumaid bin Mas`adah, `Ali bin( Abdillah) al-Madīni dan lain-lain pula adalah antara tokoh yang meriwayatkan hadits daripadanya.
Imam Ahmad berkata tentangnya, “Dia adalah kemuncak dalam ketelitian di Bashrah”. Abu Zur`ah dan Abu Haatim berkata, “Dia perawi tsiqah”. Muhammad bin Sa`ad pula berkata, “Dia perawi tsiqah yang banyak meriwayatkan hadits. Beraliran `Utsmani (perawi yang mengutamakan `Utsman daripada `Ali).” Bisyr meninggal dunia pada tahun 186 Hijrah. 

¹¹⁵ Beliau ialah `Abdullah bin `Aun bin Arthabān al-Muzani al-Bashri. Kuniahnya ialah Abu `Aun. Arthabān (datuknya) adalah maula (hamba bebasan) `Abdullah bin Mughaffal (sahabat Rasulullah s.a.w.). Ibnu `Aun sempat melihat Anas bin Malik, tetapi tidak tsabit(tidak terbukti sebagai cerita yang sahih, jika ada hanya khabar2 angin) beliau ada mendengar apa-apa daripadanya. Beliau mendengar dan menerima hadits daripada al-Qāsim bin Muhammad, al-Ĥasan al-Bashri, Muhammad bin Sīrīn dan lain-lain. Orang-orang yang meriwayatkan hadits daripadanya pula terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Syu`bah, ats-Tsauri, Ibnu al-Mubārak dan lain-lain.`Abdur Rahman bin Mahdi berkata, “Tidak ada di `Iraq sesiapa pun yang lebih alim  tentang Sunnah daripadanya (Ibnu `Aun).” Hisyam bin Ĥassān berkata sambil menunjukkan kepada Ibnu `Aun, “Orang yang kedua mataku tidak pernah melihat sepertinya telah meriwayatkan kepadaku”. Abu Haatim, Ibnu Sa`ad, an-Nasā’i, al-`Ijli dan lain-lain mengatakan beliau tsiqah. Riwayatnya terdapat di dalam ke-enam-enam kitab utama hadits dan kitab-kitab hadits yang lain. Ibnu `Aun meninggal dunia pada tahun 151 Hijrah.

¹¹⁶ ats-Tsaqafi al-Bashri. Kuniahnya ialah Abu `Umar. `Abdur Rahman adalah saudara `Ubaidullah, Muslim dan Warrād. Beliau adalah anak orang-orang Islam yang pertama sekali dilahirkan di Bashrah, iaitu pada tahun ke-14 Hijrah. Selain mendengar hadits daripada ayahnya sendiri (Abu Bakrah), `Abdur Rahman juga mendengar hadits daripada `Ali, `Abdullah bin `Amar, al-Asyajj al-`Ashri dan lain-lain.
Abu Bisyr, Ja`far bin Abi Waĥsyiyyah, Khālid al-Ĥaddzā’, `Abdullah bin `Aun dan lain-lain adalah antara orang yang meriwayatkan hadits daripadanya. `Abdur Rahman 
bin Abi Bakrah adalah salah seorang perawi enam kitab utama hadits. Ibnu Sa`ad, al-`Ijli, Ibnu Hibbaan dan adz-Dzahabi mengatakan `Abdur Rahman perawi tsiqah. 
Imam an-Nawawi bahkan berkata, `Abdur Rahman adalah perawi yang disepakati para `ulama’ Rijāl tentang ketsiqahannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 96 
Hijrah.

¹¹⁷ Siapakah nama seseorang yang memegang tali unta Nabi s.a.w. ketika baginda bertanya: “Hari apa hari ini?” di dalam hadits di atas? Para `ulama’ berbeda pendapat 
tentangnya:

(1) Ada yang mengatakan ia adalah Bilāl. Alasannya ialah apa yang diriwayatkan oleh an-Nasā’i daripada saluran riwayat Ummul Ĥushain, kata beliau: “Aku mengerjakan 
haji, aku nampak Bilāl sedang menarik tali unta Nabi s.a.w.”

(2) Ada yang mengatakan ia adalah `Amar bin Khārijah. Alasannya ialah kata-kata beliau sendiri sebagaimana tersebut di dalam Musnad Imam Ahmad, al-Mu`jamu al-
Kabīr at-Thabaraani dan as-Sunan al-Kubra al-Baihaqi, bahawa: 
كُنْتُ آخِذًا بِزِمَامِ نَاقَةِ رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم
Aku memegang tali unta Nabi s.a.w.
Lalu disebutkan sedikit daripada ucapan baginda. Seseorang yang tersebut secara samar di dalam hadits ini 
lebih sesuai dikatakan `Amar bin Khārijah berbanding Bilāl. Kerana beliau dengan jelas telah berkata, “Aku memegang tali unta Nabi s.a.w.” 

(3) Menurut Hafizh Ibnu Hajar, seseorang yang tersebut secara samar di dalam hadits ke-68 itu adalah Abu Bakrah sendiri. Buktinya ialah tersebut di dalam riwayat al-Isma`īli daripada saluran riwayat Ibnu al-Mubārak daripada Ibnu `Aun. Teksnya ialah:
طَبَ رَسُولُ الله صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَمَ عَلَى رَاحِلَتِهِ يَوْمَ النَّحْر وَأَمْسَكْتُ إِمَّا قَالَ بِخِطَامِهَا وَإِمَّا قَالَ بِزِمَامِهَا
Bermaksud: Rasulullah s.a.w. berucap di atas untanya pada Hari Naĥar (hari ke-10 Dzul Ĥijjah), dan aku memegang 
– sama ada beliau berkata tali untanya atau tali kendalinya - . Daripada hadits ini dapat diketahui bahawa perawi yang syak di dalam hadits ini tentang perkataan خطام atau زمام itu bukan Abu Bakrah, tetapi perawi lain di bawahnya. Faedah memegang tali unta ialah supaya unta itu tenang, tidak melompat-lompat. Sehingga meresahkan orang yang mengenderainya. (Lihat Fatĥul Bāri j.1 m/s 158). 

¹¹⁸ Berdasarkan riwayat di bawah Kitab al-Ĥajj, ada juga Shahabat menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Kalau begitu, terdapat semacam pertentangan di antara riwayat di bawah Kitab al-Ĥajj dan riwayat ini (hadits ke-68). Jawapannya ialah riwayat ini menyatakan sekumpulan sahabat diam. Sementara riwayat di bawah Kitab al-Ĥajj pula menyatakan ada juga sahabat berkata, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui”.

¹¹⁹ Seperti peristiwa Nabi s.a.w. ke Yatsrib lalu menamakannya dengan nama Madinah.

¹²⁰ Cara Nabi s.a.w. menarik perhatian dan tumpuan ialah dengan menanyakan soalan dan menimbulkan tanda tanya, kerana ilmu yang disampaikan tanpa persoalan dan 
permintaan tidak akan diingati dengan baik, memang sudah naluri manusia apabila merasakan sesuatu perkara itu kurang penting, ia akan segera melupainya. Cara ini juga bersesuaian dengan apa yang kita telah pelajari pada Bab ke-4 dahulu.

¹²¹ Hadits Abu Bakrah daripada riwayat Musaddad ini makhrūm (ringkas dan tidak disebut sebahagian daripada kandungannya). Tidak tersebut di dalamnya pertanyaan 
Nabi s.a.w. tentang negeri atau tanah apakah ini? Mungkin mana-mana perawi di dalam sanad itu terlupa menyebutkannya. Sedangkan di dalam saluran riwayat Ayyub di bawah Kitab al-Adhāĥi dan saluran riwayat Qurrah di bawah Kitab al-Ĥajj, mereka berdua juga meriwayatkan daripada Ibnu Sīrīn, pertanyaan itu juga tersebut. Ia 
tersebut juga di dalam riwayat Ibnu `Umar dan Ibnu `Abbaas. Malah berdasarkan riwayat Muslim dan lain-lain daripada riwayat Ibnu `Aun sendiri ada juga tersebut 
pertanyaan tentangnya. Bagaimanapun penjelasan Nabi s.a.w. terhadap semua soalan yang dikemukakannya kemudian jelas mengisyaratkan kepada pertanyaan yang tidak tersebut di dalam riwayat ini, iaitu “Sesungguhnya darah-darah kamu, harta benda dan kehormatan- kehormatan kamu adalah haram kepadamu seperti haramnya hari ini, pada bulan ini, di negeri (Mekah) kamu ini”.

¹²² Tasybih (perumpamaan) yang digunakan oleh Nabi s.a.w. di sini adalah “tasybih maqlub” (perumpamaan terbalik). Ia mengandungi da`waan bahawa apa yang 
diumpamakan (musyabbah) lebih sempurna daripada segi sifatnya (wajah syabahnya) berbanding sesuatu yang diumpamakan dengannya (musyabbah bihi).
Tahap keharaman yang berlapis-lapis berupa hari Naĥar, bulan Dzul Ĥijjah dan Tanah Haram Mekah itu dikatakan lebih rendah lagi kedudukannya berbanding keharaman 
darah orang Islam, harta benda dan kehormatannya. 
Sesetengah `ulama’ pula tidak menganggap tasybih itu sebagai tasybih maqlūb, sebaliknya ia hanya tasybih biasa yang mengekalkan kelebihan wajah syabah pada 
musyabbah bihi berbanding musyabbah. 
Alasannya ialah pada pandangan orang-orang `Arab, khususnya orang-orang kafir Mekah, Hari Naĥar, Bulan Ĥaram dan tanah Ĥaram memang terhormat di sisi mereka. Mereka sangat menjaga diri daripada mencerobohinya.
Berbeza keadaannya dengan darah, harta benda dan kehormatan manusia, mereka dengan mudah saja membunuh orang yang tidak bersalah, dengan mudah saja 
merampas harta orang lain, dan dengan mudah saja mencabuli kehormatannya. Kerana itulah Nabi s.a.w. mengumpamakan keharaman penumpahan darah, 
perampasan harta benda dan pencabulan kehormatan sesama muslim dengan keharaman Hari Naĥar, bulan Dzul Ĥijjah dan Tanah Ĥaram Mekah, dengan
mengambil kira apa yang telah tersemat di dalam jiwa mereka. Tujuan disebutkan begini ialah supaya persaudaraan sesama Islam itu terjalin dengan
kukuh dan mendalam sehingga tidak terfikir dan terlintas lagi di hati apa-apa perbuatan jahat terhadap saudara seagama. Peringatan ini pula disebut pada ketika
berihram, supaya ia dapat terus dibawa sehingga kepada keadaan biasa yang tidak berihram, di hari yang tidak haram, di bulan dan tanah yang juga tidak haram.
Harta benda juga termasuk dalam perkara yang diharamkan manusia mencerobohinya. Kewujudan sistem syari`ah bertujuan untuk menjaga urusan manusia bermula dari cara meminjam, berhutang, berjual-beli sehingga kepada urusan-urusan yang lain. Maruah dan kehormatan juga haram dicerobohi, ia dicerobohi dengan tuduhan, ejekan, perli, fitnah, menjatuhkan maruah, memalukan dan lain-lain, dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecilnya.
Apabila dosa melakukan perkara haram ini dikatakan lebih besar berbanding beberapa lapisan perkara haram yang lain, menunjukkan ia adalah dosa besar, walaupun tiada 
darah yang ditumpahkan dan tiada harta yang dirampas.
Para `ulama’ mengatakan, hukuman had kerana pembunuhan dan pencurian ada disebutkan di dalam nas, tetapi hukuman kerana pencerobohan kehormatan pula tidak ada, ini menunjukkan keharusan mengadakan hukuman ta`zir untuknya, kerana tiada beza dosanya dengan dua perkara yang tersebut sebelumnya. Inilah sebenarnya asas bagi keharusan membuat saman malu kerana kehormatan dicabuli yang menyebabkan 
jatuhnya nama baik dan reputasi seseorang, bagaimanapun hukuman ta`zir bergantung sepenuhnya kepada pertimbangan dan kebijaksanaan hakim atau pihak penguasa.


¹²³ Peristiwa ini berlaku pada Haji Wada`(haji perpisahan) iaitu pada tahun ke-10 Hijrah, tidak sampai 100 hari sebelum tibanya hari kewafatan Baginda s.a.w., lebih kurang 80 hari sahaja.

¹²⁴ Ilmu hadits berbeza daripada ilmu-ilmu lain yang juga perlu dijaga, kerana hadits sebenarnya datang dari Allah s.w.t. melalui seorang Nabi, sebagai panduan buat
manusia supaya mereka selamat di dunia dan di akhirat, maka penjagaannya perlulah dilakukan dengan lebih rapi dan cermat. Banyak hadits-hadits yang agak sukar 
difahami jika anda hanya menggunakan neraca fikiran orang-orang dahulu, tetapi disebabkan ia sahih, umat Islam terus-menerus menyampaikannya generasi demi generasi, walaupun mereka tidak memahaminya seratus peratus. Contohnya ialah hadits: 
لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ المَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسْدِ
Bermaksud: Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya tanpa izin Allah), tidak ada kepercayaan sial kerana sesuatu, tidak ada kepercayaan mayat yang
bergentayangan, tidak ada kepercayaan adanya sial pada bulan Shafar, tetapi larilah engkau daripada orang yang kena penyakit kusta seperti engkau lari daripada singa.
(Hadits riwayat al-Bukhari dan Ahmad).

Setelah ilmu perubatan dan sains menjadi semakin maju, hadits ini lebih difahami dari sebelumnya, perintah Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini membawa maksud mesti melarikan diri atau menjaga diri daripada penyakit berjangkit atau mana-mana penyakit yang berbahaya.

Melarikan diri pula tidaklah bermakna melarikan diri sepanjang masa, ia mungkin terhasil dengan hanya berada pada jarak tertentu sahaja daripada orang yang terkena 
serangan penyakit. Perintah melarikan diri itu mengisyaratkan kepada adanya virus atau kuman yang boleh berjangkit kepada orang yang sihat. Berdasarkan kajian seorang profesor Jerman, virus penyakit kusta itu kelihatan seperti singa apabila dilihat melalui mikroskop. 


¹²⁵ Tidak boleh juga terlalu percayakan akal sehingga merasakan semua hadits yang disampaikan daripada Nabi s.a.w. itu semestinya dapat difahami terus menggunakan 
akal semata-mata, kerana hikmat sesuatu perkara yang tersebut di dalam hadits tidak difahami pada sesuatu zaman ialah kerana belum tiba masanya Allah mendedahkan rahsianya kepada manusia. Apabila sampai masanya sesuai dengan hikmat dan kehendak Allah, akan terbukalah pintu rahsia bagi hadits yang tidak difahami itu.
Golongan Mu`tazilah menolak hadits yang bercanggah dengan akal seperti hadits Isra’ Mi`raj, hadits Nabi s.a.w. dibelah dada dan lain-lain. Ahli Sunnah pula menerima 
hadits-hadits itu kerana kesahihannya dan terus menyampaikannya kepada generasi kemudian yang lebih memahaminya.

Antara pengajaran, panduan, pedoman dan hukum-hakam yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah: 
(1) Orang alim (orang yang berpengetahuan) berkewajipan 
menyampaikan ilmu kepada yang belum tahu dan berkewajipan menjelaskannya kepada yang belum mengerti. Itulah perjanjian yang telah termeterai di antara Allah dan alim `ulama’ di kalangan hamba-hambaNya. Allah berfirman
Aal-e-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ...
Bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): “Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu 
menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya,…” (Aali `Imraan:187). 

(2) Di kemudian hari nanti (selepas zaman sahabat) akan ada orang yang lebih mengerti tentang sesetengah ilmu yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w. berbanding sahabat sendiri, walaupun bilangan mereka di setiap zaman tidaklah ramai. Hal ini dapat difahami daripada perkataan  رُبَّ yang
digunakan oleh baginda yang bererti “adakalanya” atau “boleh jadi”. 

(3) Keharusan menerima hadits Rasulullah s.a.w. daripada pembawa-pembawanya (perawi-perawinya), walaupun mereka langsung tidak memahami maksudnya dan tidak
mengetahui pengajaran yang tersirat di dalamnya. 

(4) Antara kewajipan orang alim ialah menjelaskan apa yang diharamkan oleh Allah dan menekankan serta
menegaskan tentang keharamannya seberapa daya yang boleh. 

(5) Keharusan duduk di atas belakang binatang sebagai kenderaan jika diperlukan. 

(6) Keelokan berucap di hadapan orang ramai dalam keadaan berada di tempat yang agak tinggi, supaya semua 
mereka dapat menyaksikannya. 

(7) Nyawa (darah), harta benda dan kehormatan 
orang-orang Islam haram dicerobohi. Di sudut keharaman, semuanya sama sahaja. 

(8) Keharusan membuat perumpamaan dan perbandingan di antara sesuatu dengan sesuatu yang lain supaya lebih jelas hukumnya. 

(9) Hadits perlu disampaikan kepada orang lain walaupun orang itu tidak memahaminya dengan mendalam, kerana ia tetap memberi faedah kepadanya dan kepada generasi kemudian. 

(10) Orang-orang kemudian walaupun tidak ramai, tetapi dengan kajian yang mendalam mampu mengeluarkan khazanah ilmu Islam yang tersimpan di dalam hadits-hadits. 

(11) Adanya hadits larangan menyebarkan hadits palsu menyebabkan penyebaran hadits sahih dilakukan secara ikhlas dan telus, walaupun tidak difahami apa maksud 
sebenarnya, kerana itulah masyarakat Islam menjadi masyarakat berilmu yang bertanggungjawab dan bertamaddun. 

(12) Semiskin-miskin negara sekalipun akan mampu melahirkan alim `ulama’ jika masyarakatnya mempunyai kesedaran tentang kepentingan ilmu dan kepentingan tersebarnya ilmu tentang agama Islam kepada semua orang.





Sahih bukhari kitab ilmu 0058(82-88) 6/8/22s2

Sahih bukhari kitab ilmu  6/8/22(2)
68 - Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr¹¹⁴ meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu `Aun¹¹⁵ meriwayatkan kepada kami daripada Ibnu Sīrīn daripada `Abdur Rahman bin Abi Bakrah (Nufai` bin al-Ĥārits) ¹¹⁶daripada ayahnya (Abi Bakrah) bahawa beliau (Abi Bakrah) menyebutkan, sesungguhnya pernah ketika Nabi s.a.w. telah duduk di atas untanya dan ada seseorang yang memegang tali unta itu.¹¹⁷ (Tiba-tiba) Nabi s.a.w. bertanya: “Hari apa hari ini”? Kami diam¹¹⁸ kerana kami ingat Baginda akan menamakan hari itu dengan nama yang lain.¹¹⁹ Terus Baginda s.a.w. bertanya: “Bukankah hari ini hari Naĥar? Kami menjawab: “Ya”. Nabi s.a.w. bertanya lagi: “Bulan 
apakah bulan ini”? Kami diam kerana kami ingat Baginda akan menamakannya dengan nama yang lain. Nabi saw terus bertanya lagi: “Bukankah bulan ini bulan 
Dzul Hijjah?”¹²⁰ Kami menjawab: “Memang”.¹²¹ Nabi s.a.w. lantas bersabda: 
“Sesungguhnya darah-darah kamu, harta benda dan kehormatan-kehormatan kamu adalah haram kepadamu seperti haramnya hari ini, pada bulan ini, di negeri (Mekah) kamu ini.¹²² Hendaklah orang yang hadhir¹²³ menyampaikan kepada orang yang tidak hadhir, kerana ia (orang yang hadhir ini) diharapkan akan menyampaikannya kepada orang yang lebih mengerti¹²⁴ daripadanya tentang apa yang disampaikannya itu.¹²⁵

Sahih bukhari kitab ilmu 0058(82-88) 6/8/22s1 .


Sahih bukhari kitab ilmu  6/8/22(1)
٦٨»(وبه قال) حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ: حَدَّثَنَا بِشْرٌ قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ ذَكَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَعَدَ عَلَى بَعِيرِهِ، وَأَمْسَكَ إِنْسَانٌ بِخِطَامِهِ- أَوْ بِزِمَامِهِ- قَالَ: أَيُّ يَوْمٍ هَذَا فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ سِوَى اسْمِهِ. قَالَ: أَلَيْسَ يَوْمَ النَّحْرِ. 
قُلْنَا بَلَى. قَالَ: فَأَيُّ شَهْرٍ هَذَا. فَسَكَتْنَا حَتَّى ظَنَنَّا أَنَّهُ سَيُسَمِّيهِ بِغَيْرِ اسْمِهِ. فَقَالَ: أَلَيْسَ بِذِي الْحِجَّةِ. قُلْنَا بَلَى. قَالَ: فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا، فِي شَهْرِكُمْ هَذَا، فِي بَلَدِكُمْ هَذَا. لِيُبَلِّغِ الشَّاهِدُ الْغَائِبَ، فَإِنَّ الشَّاهِدَ عَسَى أَنْ يُبَلِّغَ مَنْ هُوَ أَوْعَى لَهُ مِنْهُ. 

Sabtu, Ogos 06, 2022

KA.000.7 LANGKAH UNTUK TIME IN DENGAN ANAK YANG SEDANG MENGUJI KESABARAN

KA.000.7 LANGKAH UNTUK TIME IN DENGAN ANAK YANG SEDANG MENGUJI KESABARAN
=================================

Alhamdulillah, selesai saya berkongsi 7 steps untuk kendali saat sukar dengan anak kesayangan kita dengan Alumni EHSABAR dalam coaching hangout tadi.

Post sebelum ini, mengapa penting Time In bukan Time Out, ada di sini ya:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=780786102095976&substory_index=0&id=477691842405405

7 Langkah boleh ibubapa cuba setkan framework di dalam diri pabila nak kendali anak dengan tingkahlaku sukarnya ialah:

STEP 1

Adjust Your Mindset
(Sediakan Set Minda Anda)
.

Ini saya mudahkan keyword nya, jaga set minda dengan LUA (law of universal attraction) yang baik, positif, dan yakin.
.

i.    Sebaik sahaja nampak anak sudah ada bunga-bunga nak ‘mencabar’ kesabaran dengan aksi dan emosinya, beritahu diri: “Saya boleh kendalikan anak saya ini” (Jangan lupa tarik nafas dalam dengan niat ‘kuat + tenang’, dan hembus dengan niat ‘lemah dan goyah’).

ii.    Boleh juga buat skrip reasoning untuk yang jenis thinking macam anda: “Anak saya tantrum sebab dia penat, letih tak cukup rest bukan sebab tak dapat mainan semata”.

STEP 2

Listen Actively
(Dengar, dengan Aktif)

i.    Dengar anak, dengan menggunakan telinga, mata dan hati (3 deria ni sangat penting untuk judgement yang tepat).

ii.    Dengar apa dikata, perhati ‘nonverbal’ dia, nilaikan dengan mata hati apa yang sebenarnya dimahukan si anak ini sebenarnya.

iii.    Offer soalan cepumas: “Kakak nampak macam maraaah sangat. Cuba kakak bagitahu mama apa yang kakak marah kan tu, mama nak faham”.

iv.    Ini untuk break dia dari emotional brain terlalu lama dalam mengamuk (contoh menendang, pukul, dan menangis berlamaan) agar hormone stress tidak berlebihan dan move ke ‘rational brain’, mudah nak convert behaviour sukar kepada behaviour kerjasama.

STEP 3

Repeat Their Concern
(Ulangkan Semula Apa Dikehendaki si Anak Ini)

i.    Ucapkan semula dalam ayat mudah dan jelas anda, perkara yang si anak highlightkan isunya tadi. Isu Bimbang? Marah? Penat? Geram? (focus kepada emosi berbanding tingkahlaku sebab emosi sahaja boleh hubungkan manusia dengan manusia lain walau negative atau positif, berbanding fakta di fikiran membuatkan manusia tak berhenti berbalah dan nak menang).

ii.    “Oooh… rupanya Kakak marah sebab tunggu mama lama sangat.. Kakak tunggu sampai semua orang dah balik…”

iii.    Anak akan rasa didengari, difahami, dan diambil berat. 

iv.    Ada juga kes anak tidak beritahu maka Mama akan teka teki teku kan? Heheh, so sebenarnya untuk permulaan, anak jenis ini mahu perhatian dan ‘susahkan’ mama untuk teka sebab dia nak TIME IN dengan anda sebenarnya. Maka boleh solusi di Step 5 untuk akan datang dia mudahkan Mama semudah beritahu apa dia rasa bukan berdingdong lama macam tu ya ;)

STEP 4

Be Empathic & Apologise
(Jadi Empati dan Mohon Maaf Ikhlas Dari Hati, Sungguh-sungguh)

i.    Rasakan apa yang anak rasa JIKA anda di tempatnya.

ii.    Minta maaf siap-siap atas apa jua kesilapan, kekurangan, ke terlepasan pandang kita kepada isu kecil dia (tapi besar pada nya).

iii.    “Maaf sayang Mama… Mama lambat. Jika Mama di tempat Kakak, mesti Mama juga marah sebab tunggu lama sangat… Allahu Akhbar.”

Minta maaf juga boleh jadi dua: satu kita memang silap, kedua atas apa dia rasai kerana perbuatan kita tanpa kita niatkan.  

iv.    Jangan gunakan perkataan Mama faham, Mama tahu, hakikatnya kita takkan tahu dan faham exactly pemikiran kecil mereka. Gunakan ‘Jika Mama di tempat kakak, mama juga… akan rasa… kerana… ‘.

v.    Minta maaf juga banyak melurutkan emosi negatif kepada let go dan maka boleh Move on ke stage seterusnya.

STEP 5

Present a Solution
(Beri Solusi / Penyelesaian)

i.    What you focus will expand, jika anda fokus kepada 1 tingkahlaku negatif kerap anak anda, tingkahlaku ini akan terus berputar-putar di minda dan mindset anda, dan ia akan terusan jadi masalah pada anda.

ii.    Tapi, focus pada penyelesaian, alternatif penyelesaian akan semakin nampak dan bertambah. 

iii.    Berikan solusi berbanding fokus kepada isu anak anda berulang ini, “Haa ni mesti nak ngamuk la ni, bila kita tak beri apa dia nak”. Apa kita fikir, rasa dan ucap adalah doa ya .

iv.    “Mama nampak Kakak lama menangis, mesti penat kan. Apa kata Mama bawa Kakak minum air sejuk / cuci muka Kakak? – solusi sementara.

v.    Ingat, emosi akan switch dengan dua keadaan/syarat sahaja, satu breathing, satu lagi movement. Saya pernah aja minta anak saya bernafas tiga kali semasa dia sedang bising-bising mencabar tu, menjadi sahaja ;) kena masterkan diri skill breathing ni.

vi.    “Baiklah, lain kali Mama akan usaha balik awal, keluar dari ofis awal. Jadi, takdalah Kakak tunggu lama, kan? Mama nak minta kakak beritahu perasaan kakak, iaitu Kakak rasa marah kepada Mama kerana…. Apa, dan lain kali tak perlu bentak-bentak pukul Mama macam tadi tu, boleh anak solehah Mama?

STEP 6
Take Action & Follow Up 
(Ambil Tindakan dan Tanya Susulan)

i.    Lakukan tindakan yang sewajarnya dan perlu.

ii.    Susulan perlu buat dan ambil tahu tindakan yang telah diperbincang dan dipersetujui bersama.

iii.    Ia bertujuan untuk pengukuhan agar tidak berulang sama atau lebih teruk lagi akan datang.

iv.    Esoknya: “Tengok, hari ni Mama berjaya balik awal, ambil Kakak awal sebab Mama ingat kat anak Mama yang baik ni”.

STEP 7

Use the Feedback 
(Gunakan Maklumbalas Diperolehi)

i.    “Alhamdulillah, betul, mood kakak lebih baik la sekarang sejak Mama ambil awal di sekolah. Mama syukur sangat. Selama ni memang Kakak geram sebab tunggu lama sangat. Lepas tu rupanya Kakak gaduh-gaduh dengan kawan sementara tunggu Mama sebab risau Mama lambat sangat ambil ya. Mama gembira sebab Kakak juga gembira”.

ii.    Ini penting untuk wrap up semula semua proses ini untuk pembelajaran bersama.

Selamat berusaha untuk #awareparenting and positive parenting.

Susunan dan Refleksi,
Maznah Ibrahim