Sabtu, Julai 25, 2020

Tafsir asas quran nota 4(043).

Tafsir asas quran nota 4(043).

(c) Nama-nama Surah.

Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama Surah.
(i) Sebahagian besar nama-nama Surah adalah tauqifi Bagaimanapun tdk semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w"
(ii) Banyak daripada nama-nama Surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.
(iii) Sesetengah Surah mempunyai beberapa nama termasuk yg tauqifi.Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad, Nama keduanya ialah al-Qitaal.

(d) Surah-surah, Juzu'-juzu' dan Ruku'-ruku
(i) Di dalam al-Qur'an ada 114 Surah semuanya. Pembahagian Surah-surah kepada 114
adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi. Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur'an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur"an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu'-.juzu' merupakan usaha sia-sia.Ia cuma untuk memudahkan penghafalan untuk solat tarawih.

(ii) Pembahagian al-Qur'an kepada 30 juzuk bukan tauqifi. Ia adalah hasil ulama yang datang kemudian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur'an. Pembahagian al-Qur'an kepada juzu' itu hanyalah pembahagian kuantitatif semata-mata.

(iii) Pembahagian al-Qur'an kepada ruku'-ruku' juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu'-juzu'. merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat,kesesuaian topik juga ada diambil kira.

Di bawah ini dikemukakan carta pembahagian al-Qur'an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada, juzu-juzu'. ruku'-ruku' dan lain-lain.


43

Tiada ulasan:

Catat Ulasan