Jumaat, Jun 30, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 189 66:1-12

Rangkaian 10 surah.
Ada ayat mengenai infaq ayat ke 8.
Ada ayat mengenai jihad ayat ke 9.
Berpantang perkara yg halal.
Nabi suka minum madu.
Zainab bt jahsy sentiasa sediakan madu.
Perkara ini dilihat.
Ada 2 team
1.kepimpinan aisyah
2.kepimpinan zainab
Pakatan kata mulut nabi bau busuk bila nabi masuk.
Nabi pula tidak suka bau busuk.
Habsah kata bau busuk
Aisyah pun kata bau busuk juga.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ ۖ
تَبْتَغِي مَرْضَاتَ أَزْوَاجِكَ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu,
(kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu?
(Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura At-Tahrim, Ayah 1
👉

قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ ۚ
وَاللَّهُ مَوْلَاكُمْ ۖ
وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda - kaffarah);
dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu,
dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
-Sura At-Tahrim, Ayah 2
👉Ini hukum yg pertama.

وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا
فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ
وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ
عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ ۖ
فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ
قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَٰذَا ۖ
قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (ingatlah), ketika Nabi memberitahu suatu perkara secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya. Kemudian apabila isterinya itu menceritakan rahsia yang tersebut (kepada seorang madunya),
dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada Nabi,
(maka Nabi pun menegur isterinya itu) lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya)
dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya).
Setelah Nabi menyatakan hal itu kepada isterinya, isterinya bertanya:
"Siapakah yang memberi tahu hal ini kepada tuan? "
Nabi menjawab: "Aku diberitahu oleh Allah Yang Maha Mengetahui, lagi Amat Mendalam PengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan yang tersembunyi) ".
-Sura At-Tahrim, Ayah 3
👉Cerita.

إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ
فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا ۖ
وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ
فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ
وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ
وَالْمَلَائِكَةُ
بَعْدَ ذَٰلِكَ
ظَهِيرٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi,
maka itulah yang sewajibnya),
kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi);
dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya,
(maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya;
dan selain dari itu Jibril
serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.
-Sura At-Tahrim, Ayah 4
👉

عَسَىٰ رَبُّهُ
إِنْ طَلَّقَكُنَّ
أَنْ يُبْدِلَهُ
أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ
مُسْلِمَاتٍ
مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ
تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ
سَائِحَاتٍ
ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, -
yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat,
yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara.
-Sura At-Tahrim, Ayah 5
👉

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ
لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:
manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
-Sura At-Tahrim, Ayah 6
👉Jaga dari neraka dgn ajar wahyu atau agama.
Jika tak ajar bermakna tak jaga.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَعْتَذِرُوا الْيَوْمَ ۖ
إِنَّمَا تُجْزَوْنَ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka): "Hai orang-orang yang kufur ingkar!
Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat).
Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang kamu telah kerjakan".
-Sura At-Tahrim, Ayah 7
👉

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
عَسَىٰ رَبُّكُمْ
أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ
نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ
رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ
إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu
dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi
dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya;
cahaya (iman dan amal soleh) mereka,
bergerak cepat di hadapan mereka
dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita):
"Wahai Tuhan kami!
Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami,
dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
-Sura At-Tahrim, Ayah 8
👉Tabsyir.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ
جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ
وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ
وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik,
serta bertindak keras terhadap mereka.
Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
-Sura At-Tahrim, Ayah 9
👉Bahagian jihad.

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
لِلَّذِينَ كَفَرُوا
امْرَأَتَ نُوحٍ وَامْرَأَتَ لُوطٍ ۖ
كَانَتَا تَحْتَ عَبْدَيْنِ
مِنْ عِبَادِنَا صَالِحَيْنِ
فَخَانَتَاهُمَا
فَلَمْ يُغْنِيَا عَنْهُمَا مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
وَقِيلَ ادْخُلَا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada manfaatnya)
bagi orang-orang kafir (berhubung rapat dengan orang-orang mukmin selagi mereka tidak beriman dengan sebenar-benarnya),
iaitu: perihal isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut;
mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati);
dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing;
maka kedua-dua suami mereka (yang berpangkat Nabi itu) tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah,
dan (sebaliknya) dikatakan kepada mereka berdua (pada hari pembalasan):
"Masuklah kamu berdua ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk (ke situ)".
-Sura At-Tahrim, Ayah 10
👉Keimanan adalah pilihan ,akan selamat bila ada iman.
Khianat dari segi keagama bukan zina.
وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا
لِلَّذِينَ آمَنُوا
امْرَأَتَ فِرْعَوْنَ
إِذْ قَالَتْ رَبِّ ابْنِ لِي عِنْدَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
وَنَجِّنِي مِنْ فِرْعَوْنَ
وَعَمَلِهِ
وَنَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Allah mengemukakan satu misal perbandingan (yang menyatakan tidak ada mudaratnya) kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir kalau tidak terjejas keadaan imannya),
iaitu: perihal isteri Firaun,
ketika ia berkata: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga,
dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas),
serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim";
-Sura At-Tahrim, Ayah 11
👉Amalan=persetubuhan atau amalan kufur.
Contoh ke1
وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ
الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا
فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا
وَصَدَّقَتْ بِكَلِمَاتِ رَبِّهَا
وَكُتُبِهِ وَكَانَتْ مِنَ الْقَانِتِينَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu):
Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh oleh lelaki;
tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) Kami;
dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya
serta Kitab-kitabNya;
dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap taat.
-Sura At-Tahrim, Ayah 12
👉Contoh ke2

Khamis, Jun 29, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 188 65:1-12

Ummul munzimmah bg  ahli tauhid dlm penceraian.
Bercerai adalah darurat.
Ada jumlah iza.
Pernikahan adalah sunat.
Digalakan berkahwin .
Aqad untuk seumur hidup
Bercerai adalah darurat.
Jika tak boleh patuh syariat dibolehkan bercerai.

Ayat 1
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ
فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ
وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ
لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ
وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ ۚ
وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ
لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu),
maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya,
dan hitunglah masa idah itu (dengan betul),
serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.
Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya),
dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ),
kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata.
Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

Ayat 2
فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ
فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ
وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ
وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ ۚ
ذَٰلِكُمْ يُوعَظُ بِهِ
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya,
maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik,
atau lepaskan mereka dengan cara yang baik;
dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya);
dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.
Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat;
dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
👉
Hukum ke6
Hanya yg bertaqwa boleh jaga syariat ketika berkahwin dan juga ketika bercerai.
faedah takut pada allah.

Ayat 3
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ
قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,
maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).
Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.
Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
👉faedah yg ke2,rezeki.
Cabang ke2 setelah jaga syariat.
setelah Jaga syariat,selepas itu baru tawakal apa yg akan berlaku setelah bercerai.
Allah tidak zahirkan lagi taqdirnya.
Lambat atau cepat adalah taqdir allah

Ayat 4
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُم
ْ إِنِ ارْتَبْتُمْ
فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ
وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ
وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ
أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ
يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا

Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid,
jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan;
dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid.
Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.
Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.
👉

Ayat 5
ذَٰلِكَ أَمْرُ اللَّهِ أَنْزَلَهُ إِلَيْكُمْ ۚ
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ
يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
وَيُعْظِمْ لَهُ أَجْرًا

Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu;
dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.
👉

Ayat 6
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنْتُمْ مِنْ وُجْدِكُمْ
وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ
وَإِنْ كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ
فَأَنْفِقُوا عَلَيْهِنَّ
حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ
وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُمْ بِمَعْرُوفٍ ۖ
وَإِنْ تَعَاسَرْتُمْ
فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu;
dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).
Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung,
maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya;
kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya;
dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik.
Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
👉Hukum ke4

Ayat 7
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ
وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ
فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ
سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya;
dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya,
maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.
(Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.
👉Hukum nafkah untuk anak.

Ayat 8
وَكَأَيِّنْ مِنْ قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا
وَرُسُلِهِ
فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا
وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُكْرًا

Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya,
maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi,
serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.
👉Bahagian ke2 surah.

Ayat 9
فَذَاقَتْ وَبَالَ أَمْرِهَا
وَكَانَ عَاقِبَةُ أَمْرِهَا خُسْرًا

Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya,
dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.
👉Didunia lagi

Ayat 10
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَاب
ِ الَّذِينَ آمَنُوا ۚ
قَدْ أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكُمْ ذِكْرًا

Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna
dari kalangan orang yang beriman.
Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan -
👉diakhirat nanti

Ayat 11
رَسُولًا
يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِ اللَّهِ
مُبَيِّنَات
ٍ لِيُخْرِجَ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۚ
وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ
وَيَعْمَلْ صَالِحًا
يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ
قَدْ أَحْسَنَ اللَّهُ لَهُ رِزْقًا

(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran,
supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk).
Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh,
akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.
👉huraian ulil albab

Ayat 12
اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
وَمِنَ الْأَرْضِ مِثْلَهُنَّ
يَتَنَزَّلُ الْأَمْرُ بَيْنَهُنَّ
لِتَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu;
perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi.
(Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu,
dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
👉Dalil aqli
Menafikan nur muhamad
Kalau tidak kerana engkau(nabi muhamad saw)langit bumi diciptakan.
Langit dan bumi untuk hambanya termasuk nabi muhamad kenal allah.
Alamat hadis palsu adalah bercanggah dgn  syariat yg telah jelas atau dgn ayat quran

Dakwa surah at taghabun (64)

Ayat 13
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia;
dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
👉maksud surah atau da'wa surah

Daurah tafsir 2016 sesi 187 64:1-18

Ada 2bahagian.
Bahagian pertama ayat 1-13:penjelasan tentang tauhid.
Bahagian ke2 ayat 13-18:ummul munazimmah,peraturan2 hidup.

Ayat 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ۖ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah;
bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian;
dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 2
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ
فَمِنْكُمْ كَافِرٌ
وَمِنْكُمْ مُؤْمِنٌ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dia lah yang mengaturkan kejadian kamu; maka ada sebahagian dari kamu yang kafir dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan (serta membalas masing-masing).

Ayat 3
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ
وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ ۖ
وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat,
dan Ia menentukan bentuk rupa kamu
serta memperelokkan rupa kamu;
dan kepadaNyalah tempat kembali.
👉

Ayat 4
يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَيَعْلَمُ مَا تُسِرُّونَ وَمَا تُعْلِنُونَ ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi;
dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan
serta yang kamu zahirkan;
dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;
👉Ilmu allah

Ayat 5
أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَبَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ
فَذَاقُوا وَبَالَ أَمْرِهِمْ
وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Bukankah telah sampai kepada kamu berita orang-orang kafir yang telah lalu?
Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan kufur mereka;
dan mereka (pada hari akhirat kelak) beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉takhwif duniawi.

Ayat 6
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُ كَانَتْ تَأْتِيهِمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَقَالُوا
أَبَشَرٌ يَهْدُونَنَا
فَكَفَرُوا
وَتَوَلَّوْا ۚ
وَاسْتَغْنَى اللَّهُ ۚ
وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَمِيدٌ

(Balasan) yang demikian itu, kerana sesungguhnya mereka pernah didatangi Rasul-rasul (yang diutus kepada)
mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata,
maka mereka berkata:" Patutkah manusia (yang seperti kami - menjadi Rasul untuk) memberi petunjuk kepada kami?"
Lalu mereka kufur ingkar serta berpaling (dari kebenaran);
dan Allah pun menyatakan tidak berhajatNya (kepada iman dan ketaatan mereka lalu membinasakan mereka); dan Allah sememangnya Maha Kaya, lagi tetap Terpuji.
👉

Ayat 7
زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ لَنْ يُبْعَثُوا ۚ
قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّي
لَتُبْعَثُنَّ
ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ
وَذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

(Di antara sebab-sebab kufur) orang-orang yang kafir (ialah kerana mereka) mengatakan bahawa mereka tidak sekali-kali akan di bangkitkan (sesudah mati). Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan,
kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan.
Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
👉Takhwif duniawi dan syikayah

Ayat 8
فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ
وَالنُّورِ الَّذِي أَنْزَلْنَا ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan kepada rasulNya
serta kepada penerangan cahaya Al-Quran - yang Kami turunkan.
Dan (ingatlah), Allah Amat Mendalam PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
👉

Ayat 9
يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ۖ
ذَٰلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ ۗ
وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ
وَيَعْمَلْ صَالِحًا
يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّئَاتِهِ
وَيُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu
pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), - itulah hari masing-masing nampak kerugiannya.
Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah
serta mengerjakan amal soleh,
nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya;
yang demikian itulah kemenangan yang besar.
👉Waktu2 yg akan berlaku diakhirat.

Ayat 10
وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ
خَالِدِينَ فِيهَا ۖ
وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
merekalah ahli neraka,
kekalah mereka di dalamnya;
dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 11
مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ
إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ
وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ ۚ
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang)
melainkan dengan izin Allah;
dan sesiapa yang beriman kepada Allah,
Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah),
Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 12
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ ۚ
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَإِنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah;
maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk),
kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
👉

Ayat 13
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia;
dan dengan yang demikian, kepada Allah jualah orang-orang yang beriman wajib berserah diri.
👉maksud surah atau da'wa surah

Ayat 14
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ
وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ ۚ
وَإِنْ تَعْفُوا
وَتَصْفَحُوا
وَتَغْفِرُوا
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu;
oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka.
Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka)
serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu),
kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
👉perkara kedua yg boleh menghalang sesaorang dari taat pada allah.
musuh agama.
Maaf dgn maksud:
Tidak membalas
Tidak mencela
Tidak berdendam

Ayat 15
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ
وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian,
dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.
👉ini khusus pada harta.

Ayat 16
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا
خَيْرًا لِأَنْفُسِكُمْ ۗ
وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu;
dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya)
serta taatlah (akan perintah-perintahNya);
dan belanjakanlah harta kamu
(serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga
serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya,
maka merekalah orang-orang yang berjaya.
👉sifat sayang harta شُحَّ

Ayat 17
إِنْ تُقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
يُضَاعِفْهُ لَكُمْ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۚ
وَاللَّهُ شَكُورٌ حَلِيمٌ

Dan kalau kamu memberi pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas),
nescaya Allah akan melipat gandakan balasanNya kepada kamu.
serta mengampunkan dosa-dosa kamu;
dan Allah amat memberi penghargaan
dan balasan kepada golongan yang berbuat baik,
lagi Maha Penyabar (untuk memberi peluang kepada golongan yang bersalah supaya bertaubat).
👉kelebihan infaq harta

Ayat 18
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
(dan Dia lah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rabu, Jun 28, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 186 63:1-11

Ayat ni turun semasa nabi balik dari tabuk.
Munafikin tak senang hati kejayaan islam.
Sehingga munafikin kata orang mulia akan keluarkan orang yg hina(nabi saw).
Perbuatan dan perbualan ini telah didengari oleh seorang sahabat nabi dan bercadang untuk bg tau kepada nabi saw.
Nabi panggil tetapi mereka munafik telah menafikan sekeras2nya.
Lalu allah turun surah ini.

Ayat 1
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ
قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ
إِنَّكَ لَرَسُولُهُ
وَاللَّهُ يَشْهَدُ
إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad),
mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah".
Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya,
serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.
👉itu perkataan lidah shj.tetapi hati mereka bohong dan allah saksi.

Ayat 2
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً
فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ
إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas),
lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah.
Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
👉

Ayat 3
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ آمَنُوا
ثُمَّ كَفَرُوا
فَطُبِعَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
فَهُمْ لَا يَفْقَهُونَ

(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri,
maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).
👉buruk sebab beriman hanya secara zahir shj.

Ayat 4
وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ
وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ
كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ ۖ
يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ
هُمُ الْعَدُوُّ
فَاحْذَرْهُمْ ۚ
قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ
أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya);
dan apabila mereka berkata-kata,
engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih.
Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki).
Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka.
Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka.
Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya.
(Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?
👉seperti kayu yg disandar=kayu untuk dibakar dan tiada guna
Ilmu dan pemikiran tiada .

Ayat 5
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ
تَعَالَوْا يَسْتَغْفِرْ لَكُمْ رَسُولُ اللَّهِ
لَوَّوْا رُءُوسَهُمْ
وَرَأَيْتَهُمْ يَصُدُّونَ
وَهُمْ مُسْتَكْبِرُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
" Marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu",
mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya;
dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh.
👉memalingkan kerana tak ingin menerima nasihat

Ayat 6
سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ
أَسْتَغْفَرْتَ لَهُمْ
أَمْ لَمْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ
لَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَهُمْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

(Tidak ada faedahnya) kepada mereka, sama ada engkau meminta ampun untuk mereka
atau engkau tidak meminta ampun, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
👉

Ayat 7
هُمُ الَّذِينَ يَقُولُونَ
لَا تُنْفِقُوا عَلَىٰ مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ
حَتَّىٰ يَنْفَضُّوا ۗ
وَلِلَّهِ خَزَائِنُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ
لَا يَفْقَهُونَ

Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin):
"Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)".
Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi
atau menyekat sebarang pemberian
melainkan dengan kehendakNya);
akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya).
👉jawab Syikayah

Ayat 8
يَقُولُونَ
لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ
لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ ۚ
وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ
وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang),
sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)".
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya
serta bagi orang-orang yang beriman;
akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
👉 Syikayah ke2

Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ
وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ
فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian,
maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
👉Ayat tagrib kepada infaq.
Mengingati allah = semua amalan agama.

Ayat 10
وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ
فَيَقُولَ رَبِّ
لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ
فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya:
" Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi,
supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
👉Untuk hilangkan kelalaian.

Ayat 11
وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا
إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا ۚ
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya;
dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
👉Allah bg tau .

Daurah tafsir 2016 sesi 185 62:1-11

Golongan yg allah pilih untuk menghidupkan ugama adalah mujahidin yg pertama dan yg ke2 adalah ulamak
Ini Penjelasan khusus tentang ulamak.

Ayat 1
يُسَبِّحُ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
الْمَلِكِ الْقُدُّوس
ِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah Yang Menguasai (sekalian alam),
Yang Maha Suci,
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 2
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ
رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ
وَالْحِكْمَةَ
وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri,
yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),
dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran)
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak).
Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
👉Asal tugas2 ulamak adalah tugas nabi dan rasul.
Ada 4 tugas utamanya
1. membacakan ayat2 wahyu
2. membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat),
3. mengajarkan mereka Kitab Allah(asas2 agama) dan
4. hikmah atau sunnah(cara penghayatan)

Ayat 3
وَآخَرِينَ مِنْهُمْ
لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang yang lain dari mereka,
yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka;
dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉

Ayat 4
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

(Pengutusan Nabi Muhammad s.a.w, kepada umat manusia seluruhnya) itu (yang menjadi rahmat) adalah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan sememangnya Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉

Ayat 5
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ
ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ
يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ
بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat
tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat,
kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu,
samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya).
Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah;
dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.
👉

Ayat 6
قُلْ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ هَادُوا
إِنْ زَعَمْتُمْ أَنَّكُمْ أَوْلِيَاءُ لِلَّهِ
مِنْ دُونِ النَّاسِ
فَتَمَنَّوُا الْمَوْتَ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang berugama Yahudi,
kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah
tidak termasuk umat-umat manusia yang lain,
maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga),
jika betul kamu orang-orang yang benar!"
👉ayat mubahalah untuk orang yahudi.

Ayat 7
وَلَا يَتَمَنَّوْنَهُ أَبَدًا
بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ۚ
وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ

Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya,
dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.
👉sebab mereka tiada persiapan untuk menghadapi kematian.

Ayat 8
قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ
فَإِنَّهُ مُلَاقِيكُمْ ۖ
ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu,
tetaplah ia akan menemui kamu;
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata,
lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
👉

Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ
فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ
وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,
maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)
dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu);
yang demikian adalah baik bagi kamu,
jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
👉Tanggungjawab belajar dan tabligh zikrulillah.

Ayat 10
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ
فَانْتَشِرُوا
فِي الْأَرْضِ
وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللَّهِ
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Kemudian setelah selesai sembahyang,
maka bertebaranlah kamu
di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing),
dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)
👉Arahan selepas larangan ,hukumnya harus.

Ayat 11
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً
أَوْ لَهْوًا
انْفَضُّوا إِلَيْهَا
وَتَرَكُوكَ قَائِمًا ۚ
قُلْ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ مِنَ اللَّهْوِ وَمِنَ التِّجَارَةِ ۚ
وَاللَّهُ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baharu tiba)
atau (mendengar) sesuatu hiburan,
mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya
dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar - berkhutbah).
Katakanlah (wahai Muhammad:" Pahala - balasan) yang ada di sisi Allah,
lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu;
dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
👉Teguran kepada pelajar.
Rombongan peniagaan dari syam dan yaman datang dibuat paluan kompang.
Mendengar khutbat pada masa itu adalah sunat pada ketika itu.