Khamis, September 29, 2016

Tafsir asas quran sesi 30

Kaedah2 mengesan struktur mikro Ayat2 Quran
Tashrif al-Aayyat

h)istilah'tashrif al aayaat' ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah dlm Al-Quran

Antara lainnya ialah firman allah berikut:
Bermaksud:
Al-Araf:58
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan negeri yg baik (tanahnya)tanam-tanaman nya tumbuh (subur)dgn izin Allah dan negeri yg tidak baik (tanahnya),tidak tumbuh tanaman-tanamannya melainkan dgn keadaan bantut.Demikianlah Kami(🍃tanda2 keluasan) menerangkan tanda2(kemurahandan kekuasaan)Kami dgn berbagai cara bg orang2 yg (mahu)bersyukur.

Didlm Ayat diatas 'tashrif al-aayaat'bererti menerangkan tanda2 kekuasaan ,kemurahan dan sebagainya dgn berbagai cara.

'Tashrif pada asalnya mempunyai beberapa erti.Antaranya memalingkan,pemalingan,memusing-musingkan,memutar2kan,menukarkan,penukaran,mengubah,pengubahan,mengedarkan,mengisarkan dan lain2.

Tashrif al-aayaat yg dimaksudkan disini ialah
Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dgn berbagai2 cara.
Kisah nabi Musa as tersebut beberapa kali didlm Al-Quran.Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.Apa yg diceritakan juga tidak seratus peratus sama.Tentu ada yg berbeza.

Demikian juga dgn kisah nabi Adam as dan iblis..Ia bukan sekali tersebut didlm al Quran.Namun ada sj perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan.
Perbezaan dlm pengisahan sesuatu cerita dan lain2 itulah yg dikatakan 'tashrif al aayaat'.
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan.Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan sj.Padahal sebenarnya bukan.
Alangkah byknya tersirat rahsia dan hikmat disebalik 'tashrif al-aayaat'dlm firman2 Allah SWT didlm Al-Quran al Karim.
Apa yg perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al Quran ialah mesti ada sudut2 tertentu yg hdk  ditekankan oleh allah setiap kali kisah Adam dan iblis misalnya diceritakan.

Perlu bimbingan untuk memahami pada tashrif al-Aayaat.

Kisah Adam ada kalanya diceritakan sebagai ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya,bahawa manusia yg bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya,biar bgmn besar sekali pun kesalahannya,tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yg terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yg telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai allah.
allah sebaliknya telah mengajar Adam  bgmn cara bertaubat kepadaNya.Manusia yg berdosa,tetapi benar2 bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dgn berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran disisiNya.
🌲Bukti Allah terima taubat.
Ada kalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.Asal kejadiannya manusia meskipun hanya drp tanah,namun Allah telah mengurniakan kepadanya  darjat yg tinggi disebabkan keluhuran jiwa (sehingga lebih dari yg lain,malaikat sudah semula jadi,adapun syaitan dan jin juga tak sama dgn manusia yg perlu bersusah payah untuk buat jambatan atau sebgnya,jin boleh lihat disebalik dinding tanpa susah payah dan akan nyata sifat tuhe -kalu tidak ada manusia)dan akhlaknya.
Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam (bukan semua tempat ada cerita ini),Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dgn para malaikat.Akan disebut juga tentang bgmn Adam dapat membantu jawab kesemua soalan yg dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat .
Ketika Allah hdk menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia,Dia akan menyebut juga manusia sebagai khalifah dimuka bumi.
🌿Bukan semua kisah Adam disebut tentang khalifah
Kisah Adam dan iblis atau di sesetengah tempat disebut syaitan,adakalanya diceritakan didlm al Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun temurun nya.Betapa jahat dan liciknya syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yg telah membuat Adam dan Hawa terkeluar dr syurga.Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya syaitan didedahkan sepenuhnya.
Untuk jadi pedoman dan panduan.
🍀ingatan pentingnya berhati2 dari tipu daya syaitan.

Dengan merenung sedikit shj,anda akan sedar bhw tidak ada pengulangan yg sia2 didlm al Quran.Apa yg ada hanyalah 'Tashrif Al Aayaat'yg mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yg cukup bermakna kepada manusia.
Kisah yg dikemukakan ,meskipun sama pada pandangan kasar,namun maksud dan tujuan berbeza.
Demikianlah Allah menerangkan dgn berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebyk mungkin pengajaran dan panduan drpnya.
Sebagaimana al Quran menyatakan bgmn Allah memutar2kan dan memusing2kan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia,ia juga menyatakan bhw Allah memutar2,mengisar,memalingkan dan memusing2kan angin.
Apakah faedahnya memusingkan sesuatu kisah?faedahnya seperti Allah memusingkan angin.pusing angin ada nikmatnya.
Walaupun asalnya cerita Adam dan iblis tapi byk pengajarannya.

Bermaksud:
Al Jaatsiyah,5
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ رِزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yg diturunkan Allah dr langit lalu dihidupkan Nya dgn air hujan itu buku sesudah matinya,dan pada perkisaran  angin terdapat tanda2 (keluasan Allah)bg kaum yg berakal.

Apa pula nikmatnya Allah mengisar dan memutar2 angin?Bukankah angin itu sama jua pd zahirnya?Ya,pada zahirnya memang sama,tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.Kadang2 ia membawa dtg awan.Kadang2 ada bersamanya guruh dan kilat.Kadang2 ia hanya membawa hujan.Kadang2 pula ia tidak berhujan,berguruh dan berkilat.Ia hanya meneduhkan shj.
Manusia ,binatang dan tumbuh2an dibumi sememangnya memerlukan sinar matahari.
Anginlah yg membawa awan pergi sehingga semuanya dpt menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing2 daripadanya.Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.Sinar matahari yg berlebihan mungkin memudaratkan .Anginlah juga yg menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.n nampak sama tapi maksud dan hasil berbeza.

Tashrif al-Aayaat sama dgn tashrif Ar riyaah.Byk maksud dan tujuannya.Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama.a da maksud yg bermacam2.

Peringatan
Tashrif al-Aayaat paling byk terdpt dlm penyampaian kisah2.Dalam penyampaian ayat2 hukum tidaklah begitu byk .Ia paling sedikit digunakan dlm bab aqidah.

Mana contoh dlm bab
Fekah
Aqidah

Baca
Kisah adam,hawa dan iblis dan bgmn tashriful aayat dlm kisah ini.
Surah al baqarah 30-38
Ayat 30
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Ayat 31
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".

Ayat 32
قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Ayat 33
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ

Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".

Ayat 34
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Ayat 35
وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".

Ayat 36
فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ ۖ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Ayat 37
فَتَلَقَّىٰ آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Ayat 38
قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".

Pengajaran sepintas lalu
Nak buat khalifah.apa keistimewaan?Ilmu
Suruh malaikat tidak boleh.
Perkara ini ditempat lain tiada.
Yg sentiasa disebut,tentang permusuhan sentiasa disebut.ini perkara yg sangat penting.adam digelincirkan.dan Adam telah bertaubat.dan Allah telah menerima taubat Adam.kalu Adam tak buat salah macam mana nak terserlah sifat  tuhe.Tuhan bukan musuh manusia.tuhe sangat sayang pada manusia.bagaimanapun dosa akan meninggalkan kesan.manusia diusir ke dunia setelah bersalah.tapi tuhe tidak membiarkan manusia tanpa panduan.selain tu dianugerah kasih sayang dan manusia mendapat bebagai2 nikmat pula hidup didunia.

Surah al araf,11-25
Ayat 11
وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.

Ayat 12
قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Ayat 13
قَالَ فَاهْبِطْ مِنْهَا فَمَا يَكُونُ لَكَ أَنْ تَتَكَبَّرَ فِيهَا فَاخْرُجْ إِنَّكَ مِنَ الصَّاغِرِينَ

Allah berfirman: "Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina".

Ayat 14
قَالَ أَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

Ayat 15
قَالَ إِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)".

Ayat 16
قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;

Ayat 17
ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".

Ayat 18
قَالَ اخْرُجْ مِنْهَا مَذْءُومًا مَدْحُورًا ۖ لَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنْكُمْ أَجْمَعِينَ

Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

Ayat 19
وَيَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

"Dan wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim".

Ayat 20
فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)".

Ayat 21
وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

Ayat 22
فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?"

Ayat 23
قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Ayat 24
قَالَ اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ

Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".

Ayat 25
قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ

Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".

Cuba perhati,byk benda baru dari Ayat surah al-Baqarah.contoh sebelum ni tidak disebut kejadian dr apa.
Minit 45🐂👑👑
Pesanan kepada anak Adam yg tiada dlm surha baqarah.
Iblis berdengki dgn Adam.
Bila Adam langgar,hilang nikmat makan tanpa bersusah payah dan kemudahan  sudah tiada.itulah akibat tidak taat perintah Allah ,Allah tidak akan beri lagi jaminan tanpa tidak susah.kalu nak selamat kena ikut perintah tuhe ,tuhe akan lindungi walaupun hidup didunia.
Adam dan Hawa berdoa رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَini doa yg tuhe ajar.inilah penawar.buat dosa jgn terus buat dosa ,kena berhenti dan minta ampun.tapi sudah tidak boleh hidup di syurga.
dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".
Kita tak tau yg disebalik peristiwa yg berlaku.
Pada dasar  benda yg sama,tapi pengajarannya berbeza.

Surah toha Ayat 115-123
Ayat 115
وَلَقَدْ عَهِدْنَا إِلَىٰ آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا

Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh.

Ayat 116
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud.

Ayat 117
فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ

Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

Ayat 118
إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيهَا وَلَا تَعْرَىٰ

"Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang.

Ayat 119
وَأَنَّكَ لَا تَظْمَأُ فِيهَا وَلَا تَضْحَىٰ

"Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu, dan tidak akan merasa panas matahari".

Ayat 120
فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?"

Ayat 121
فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۚ وَعَصَىٰ آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَىٰ

Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).

Ayat 122
ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَىٰ

Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

Ayat 123
قَالَ اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَىٰ

Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

Kenapa Adam terpedaya?
Sebab ada sifat lupa.
Ada kelebihan dgn kejadian dia tapi ada kelemahan dia.dan sifat lupa ini akan ada pada Nanak cucu Adam selamanya.
نسيmaknanya lupa
Semua bidang jika sampai kemuncak akan jumpa tuhe.
Kepada orang yg alim akan jumpa tanda2 kebesaran Tuhan.
Bahasa Sami ,keturunan nabi Noh
Bahasa aria
Bahasa Arab ,insan
Malaikat yg disuruh sujud kepada Adam
Diberi,syaitan adalah musuh Adam dan isterinya.
Merana يَشْقَىٰjika langgar perintah tuhe
Lapar dan pakaian dijamin tak payah fikir.tak dahaga dan tiada kena panas.
Kulit manusia lembut.
Syaitan membisikkan bisikan jahat kepada Adam shj.bukan Hawa.(ilaihi)
Bila suami terpedaya,isteri ikut. شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَىٰ pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya
Boleh kembali semula ke syurga dgn bersihkan diri dr dosa.
Nabi Adam langgar perintah tuhe ,maka tersasul atau terkeluar dr landasan.
Kemudian tuhe pilih dia dan pimpin dia.dan ikut panduan dia tak akan sesat.
Sesiapa yg berpaling dr petunjuk ku dia akan sempit atau jiwanya menderita.

Ada yg telah disebut dan diulang .ada yg tak pernah disebut.iaitu lupa.kelemahan ini perlu diatasi dgn cara yg ttt
Ikut petunjuk
Itulah tashriful aayaat.
Byk disebut dlm kisah2
Tashriful Ayat dlm ayat hukum ada juga.
Annisa,43
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Ini hukum bila tiada air,iaitu tayamun.

Almaidah,6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.

Dua ayat ini yg serupa pada Ayat ini
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ
jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah.

Ada beberapa tempat dlm ayat ini tashrifulaayaat tak serupa,tuhe tukar2.
Tak boleh solat dlm keadaan tak sedar atau mabuk
Dlm keadaan berjunub tidak boleh masuk masjid.
Saling melengkapkan
Ayat 43 حَتَّىٰ تَغْتَسِلُواannisa  mandi
Ayat 6لِيُطَهِّرَكُمalmaidah bersuci betul2seluruh tubuh

Jika tiada air hendaklah bertayamun.
Ini satu bentuk kembali kepada tuhe.dgn berwuduk iaitu bersuci
مِنْهُmakna sebahagian bukan semua sekali
Nabi suruh gertak dulu debu.supaya tak susah .hakikatnya nak suruh suci dan sempurnakan nikmat tuhe.contoh tak leh buang air.jika tiada pasangan berbeza ada pasangan .kemudian mandi  satu lagi nikmat tuhe iaitu bersyukur.
Mandi untuk menyatakan kesukaan.

Surah al naml Ayat 61
,juzuk 20,tashriful aayaat dlm bab aqidah.

أَمَّنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.

أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِadakah sebarang tuhan selain Allah
Nak beritahu tiada sekutu baginya.bukti lasyarikalah.mengetuk fikiran kita.ada tuhe selain Allah.

Sahih bukhari:kitab mandi sesi 11

Sesi 11
1/12
Bab 21
باب التَّسَتُّرِ فِي الْغُسْلِ عِنْدَ النَّاسِ:
Berlindung (menggunakan tabir) ketika mandi dekat  orangramai

Bab sebelum ni ,sudah tahu jika mandi seorang diri tiada orang yg tengok boleh mandi bertelanjang dan ditunjukkan dgn nabi Ayub dan anabi Musa.
Dan ini bgmn pula jika ditempat orang ramai.
Tidak boleh mandi bertelanjang dimana sj.
Tajuk mandi telanjang ditempat sunyi telah jelas tapi untuk lebih beringat dudtgkan tajuk ini.
Boleh bertelanjang disebalik tabir boleh asal orang tak nampak.
Apa lagi jika ada dinding ,ada pintu dan kunci.

Makna  عِنْدَdekat
Jika mandi tapi dekat orang boleh guna pelindung atau apa yg boleh melindungi dari pandangan orang ramai.
Pernah berlaku ditempat pengajian ugama mandi telanjang beramai2,itu sudah tak betul.
Tabir itu penting agar orang tak nampak orang yg mandi bertelanjang.

2/12
Pengecualian hanyalah isteri.
Pakai kain basahan ,ore boleh tengok bhg tubuh yg tidak aurat.jika lelaki antara  pusat dgn lutut.bg perempuan antara pusat dgn lutut jika sesama perempuan tapi eluk tutup dada.dgn perempuan kafir boleh berkemban.bukan haram tengok.tapi bimbang tidak amanah lalu diceritakan kepada lelaki.p perempuan Islam pun kemungkinan akan menceritakan pada lelaki ,jadi seeluknya jaga adanya tabir dan kain basahan.
Ada orang dudk dlm penjara Singapura ,satu bilik 2 orang.jika nak buang air,yg tidak buang air alihkan pandangan.tengok tetap tak boleh .

Pada pembukaan mekah,Nabi saw mandi dan anaknya menabirinya .dan ummu Hani jawab

3/12
Pengajaran hadis
1.Menutup aurat ketika mandi dihadapan orang
2.Tidak harus mendedahkan aurat tanpa sebarang
3.Tanpa menutup aurat (bukan yg asas)boleh mandi dihadapan mahram
5.harus suami melihat aurat utama isteri ketika mandi
Sebab Allah telah membenarkan yg lebih dr itu ,maka yg ringan tentulah boleh
Pusat dgn lutut ,mahram lain.
6.fathul Mekah th 8h,ummu Hani baru peluk Islam.

«280» حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي النَّضْرِ مَوْلَى عُمَرَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ أَنَّ أَبَا مُرَّةَ مَوْلَى أُمِّ هَانِئٍ بِنْتِ أَبِي طَالِبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أُمَّ هَانِئٍ بِنْتَ أَبِي طَالِبٍ تَقُولُ ذَهَبْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفَتْحِ، فَوَجَدْتُهُ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ تَسْتُرُهُ فَقَالَ: ((مَنْ هَذِهِ)). فَقُلْتُ أَنَا أُمُّ هَانِئٍ.
[أطرافه 357، 3171، 6158، تحفة 18018].

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab dari Malik dari Abu An Nadlr mantan budak 'Umar bin 'Ubaidullah, bahwa Abu Murrah mantan budak Ummu Hani' binti Abu Thalib, telah mengabarkan kepadanya, bahwa ia mendengar Ummu Hani' binti Abu Thalib berkata, "Aku pergi menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam saat pembukaan Kota Makkah, lalu aku dapati beliau sedang mandi dan Fatimah menutupinya. Beliau lalu bertanya: "Siapa ini?" Aku menjawab, "Ummu Hani'."

Ummi Hani adalah kakak Ali bin Abu Talib
Suaminya bernama Hubairah yg tidak islam sehingga akhir hayat dimn dia mati dlm ugama Kristian.
Ummi Hani dtg menemui nabi untuk memaafka dan jgn dihukum dan dibebaskan suami dr tahanan nabi.s ayanb dia tidak mahu masuk Islam dan cabut lari ke mana.dan pergi ke Rom.
Dlm kitab Mutolah aah.nabi isra Dr rumah ummu Hani,2@3 tahun sebelum hijrah
Nabi pernah meminangnya ummu Hani.tapi ditolak.

4/12
Sirah ibnu Ishak dan muridnya Ibnu Hisyam ,Israkmikraj bermula dr rumah Ummi Hani bercanggah dgn Quran.
Ceritanya antara lain  dlm riwayat ibnu Ishak ,sebelum Israk dan solat dan bila balik solat pula bersama dan bila nabi nak bg tau pada waktu pagi,Ummu Hani pegang kain dan nampak perut nabi seperti kain qibbti.
Bg yg belajar hadis tidak akan menelan begitu sj.sebab bercanggah dgn quran
Ibnu Ishak tiada Sanad dan jika ada Sanad perawi yg cacat tidak boleh diterima.
Logik pun banyak menunjukan hadis itu tidak boleh diterima.
Hadis dr Ibnu Ishak seorang Syiah tidak boleh diterima.
Nabi terima perintah solat dlm israkmikraj sedang dikatakan hadis itu menyebut mereka (nabi dan Ummi Hani dan suaminya)solat .
Ummu hani kafir,dia Islam sewaktu pembukaan Mekah.
Solat kami ,kami tu siapa?
Hubaira itu musuh nabi ,macam mn nabi pergi ke rumahnya.dia pula tidak masuk Islam sehingga akhir hayat.jika diandaikan suaminya tiada.
Dan jika diterima nabi pernah meminangnya lagi teruklah keadaannya.nampak mesra dgn nabi.pegang nabi spt suami-isteri.kaedah diroyah.lagipun nabi ada anak dan Khadijah baru mati,apa jenis orang yg semacam ini.tidak munasabah semuanya.
Dan jika juga jika diterima,  Ummi Hani yg menolak pinangan nabi.bila??ini menjatuhkan kedudukan nabi.

5/12
Bila nabi meminang ummu hani?
Semuantak munasabah,ummumhanintak mahu pada nabi jika dia telah islam.
Jika sebelum hijrah ,ummu Hani belum islam dan jika selepas hijrah ,Abu Talib telah mati dan ummu hani telah bersuami.ini cerita yg tidak munasabah.
Lagi pun selepas dia menikah dgn Maimunah tahun ke7hijrah dan ada yg melarang nabi berkahwin lagi.tak mungkin nabi meminang ummu hani

Kenapa cerita ini ada??
Ummu Hani kakak kepada Ali .Syiah selalu ingin membesarkan Ali.seolah2 segala keberkatan dlm Islam disebabkan Saidina Ali.jika tidak Ali pun saudaranya.
Begitu juga cerita hijrah,k keluarga Abu bakar yg terlibat dan dari rumah Abu bakar.dikatakan Ali tidur di hijtempat nabi diwaktu mlm sedangkan nabi hijrah pada waktu tengahari.
Riwayat ini yg tiada dlm kitab hadis dan  bercanggah dgn Quran maka tertolak atau bercanggah dgn hadis yg lebih sahih.
Orang Syiah memang bertabiat begitu,hdk memuliakan ali contoh bila Kaabah tu mulia Syiah kata Ali dilahirkan dlm Kaabah.

Cerita ummu Hani ada pada tahun ke 8hijrah.
Orang yg sebut cerita ummu Hani untuk bg tau kelebihan dia dgn dah lama masuk islam .sedang ia cerita yg tidak betul dan palsu.dan berbagai cerita karut dr cerita ini.
Seperti ,baca wajaalna as dan tabur pasir.

Ummu Hani dtg ,Fatimah dok menabiri nabi yg sedang mandi.
Nabi tanya siapa itu?
Sudah tahu perempuan tapi tak pasti siapa.
Pengajaran.
Kena bg tau atau minta izin dan boleh tanya dan perlu dijawab dgn baik.
Jgn jawab saya.jawab dgn beritahu nama,itu hak orang yg dikunjungi.jika tuan rumah tak bg tak boleh masuk.jgn kata apa2.

6/12
Jika tuan rumah tanya ,bg tau nama bila di tanya
Sebut nama untuk tuan tahu dan untuk minta izin.j ika tak izin masuk ,maka tidak boleh masuk,itu hak tuan rumah atau orang yg dikunjungi.
Boleh jumpa perempuan.bukan tidak boleh langsung jumpa.
Nabi boleh kenal.jadi ini menunjukkan ia tak pakai tutup muka .
Kejadian Bilal nampak ada hitam di pipi seorang perempuan.ini menunjukkan wanita  tak pakai tutup muka.
Jika mandi ditempat lalu lalang mesti pakai tabir.
Nabi pakai tabir ketika mandi .
Adakah nabi pakai kain basahan.
Katakanlah dia tak pakai pun sudah boleh.tapi nabi  terkenal dgn seorang yg  sangat cermat.
Tidak boleh kata nabi mandi telanjang kerana tiada cerita yg jelas dan juga tidak boleh kata nabi pakai kain basahan tetapi lebih munasabah
Hadis mesti dilihat dgn byk lapis.dgn menggunakan kaedah akan byk pengajaran yg boleh diambil.

Nabi pakai tabir bila mandi.
Tabir takut orang tengok.
Tabir untuk orang lain.

Ini hadis Maimunah hadis  yg asas dlm bab mandi.u untuk menyatakan hukum.hadis ini dibw beberapa kali.ini cara bukhari ingin memberitahu hadis jgn dilihat selapis shj .byk yg boleh diambil pengajaran dari satu hadis.
Maimunah boleh bg tahu dgn jelas dr satu keadaan kepada keadaan yg lain.
Hadis ini telah dijadikan asas oleh Bukhari tentang mandi janabah.

«281» حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ: أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ قَالَتْ سَتَرْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَغْتَسِلُ مِنَ الْجَنَابَةِ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ صَبَّ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ، فَغَسَلَ فَرْجَهُ، وَمَا أَصَابَهُ، ثُمَّ مَسَحَ بِيَدِهِ عَلَى الْحَائِطِ أَوِ الأَرْضِ، ثُمَّ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلاَةِ، غَيْرَ رِجْلَيْهِ، ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى جَسَدِهِ الْمَاءَ، ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ. تَابَعَهُ أَبُو عَوَانَةَ وَابْنُ فُضَيْلٍ فِي السَّتْرِ.
[أطرافه 249، 257، 259، 260، 265، 266، 274، 276، تحفة 18064- 79/ 1].
Telah menceritakan kepada kami 'Abdan berkata,
telah mengabarkan kepada kami 'Abdullah berkata,
telah mengabarkan kepada kami Sufyan
dari Al A'masy
dari Salim bin Abu Al Ja'd
dari Kuraib
dari Ibnu 'Abbas
dari Maimunah ia berkata,
"Aku menutupi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saat beliau sedang mandi junub.
Beliau mencuci kedua tangannya, lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada tangan kirinya, lalu mencuci kemaluannya dan apa yang terkena (mani). Beliau kemudian menggosokkan tangannya ke dinding atau tanah.
Kemudian berwudlu sebagaimana wudlu untuk shalat kecuali kedua kakinya.
Kemudian beliau mengguyurkan air ke seluruh badannya. Kemudian menyudahi dengan mencuci kedua kakinya."
Hadits ini dikuatkan oleh Abu 'Awanah dan Ibnu Fudlail dalam masalah tabir (penutup)."

7/12
Suamiisteri boleh saling tengok aurat.tapi lebih kuat nabi pakai kain basahan.
Jika nabi tak pakai tak berapa lojik sebab isterinya dok tengok nabi mandi
Air mazi dan mani itu najis ,sebab nabi basuh khusus untuk itu.
Peristiwa ni berlaku beberapa kali.sebab Maimunah adalah isteri bukan hamba yg tidak mempunyai hak sbgmn isteri.tapi seperti inilah yg selalu yg nabi lakukan. jika sekali tidak boleh dijadikan asas.
Adalah Sunnah ketika mandi,ambil wuduk tidak lengkap sehingga sudah habis mandi baru basuh kaki.
Ada riwayat yg sebut ada tabir dan ada yg tidak sebut ada tabir.
Mutabik=penyokong
Ada beberapa orang yg ambil hadis ini termasuklah Abu 'Awanah dan Ibnu Fudlail dalam masalah tabir (penutup)."ini dinamakan  mutabaah (menyokong)

Bukan Sufian seorang yg ambil hadis ni dari A'masy ada beberapa orang.
Perbuatan menyokong ini dipanggil  mutabaah.mutabaah ada beberapa jenis.
Mutabaah taamah,drp awal ramai lagi yg ambil dr abdullah (yg atas serupa),seperti dlm hadis ni iman Bukhari ambil dr Abdan. selain Abdan ramai lagi yg ambil dr abdullah. kemudian yg diatas itu serupa.
Tapi bila disebut Mutabaah naqisoh  ialah sokong yg diatas iaitu sokong  Suffian
Satu lagi,bila dipanggil Mutabaah,perawi yg atas sekali atau sahabat  itu serupa iaitu Maimunah.

Jika sampai ke atas sahabat lain ini dipanggil syahid.
Hadis syahid adalah menguatkan juga .walaupun hadis Bukhari satu pun sudah kuat tapi jika ada sokongan lagi kuat.
Mutawatir ramai disetiap peringkat.ramai boleh dibuat dibuat hujjah.aa juga ramai yg tidak boleh dibuat hujjah seperti jemaah orang2 gila
Peringkat lain pun ada mutabik ,kena belajar asing pula
Pengajaran juga,
Boleh berkhidmat atau tolong menolong antara satu sama lain suamiisteri.tabir menabir

8/12
Adapun untuk khidmat ambil air pula macam mana?
Air payah pada masa tu.
Kena p ambil air
Ada Anas ,ada Abu rofek(hamba yg kemudian dimerdekakan) yg tolong ambil air.juga ada  ibnu abbas
Jadi boleh melibatkan orang lain untuk membantu ambil air.
Dan ini termasuk tolong menolong dlm kebajikan.
Juga boleh orang lain tahu tentang mandi wajib.budak2 boleh tahu ,bahkan ini sebagai pendidikan.
Ini bukan sesuatu yg memalukan atau tak boleh orang lain tahu.
Bahkan sahabat2 yg masih muda telah memahami perkara ini atau tutup serapat2nya dr budak2

Bab 22

باب إِذَا احْتَلَمَتِ الْمَرْأَةُ:
Jika seorang wanita bermimpi (basah)

-tajuk ini tergantung(hanya ada jika tapi tiada maka) dan jawapan nya ada dlm hadis.
-masalahnya adakah kena terus mandi bila wanita bermimpi bersetubuh?
-bermimpi dan nampak air (samad ada pada tubuh atau kain),baru wajib mandi
-mafhum mukhalafah,mimpi tak keluar air ,tak wajib mandi.
-kalau tak mimpi pun tapi keluar air mani .wajib kena mandi

«282» حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ امْرَأَةُ أَبِي طَلْحَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَحْيِي مِنَ الْحَقِّ، هَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا هِيَ احْتَلَمَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((نَعَمْ إِذَا رَأَتِ الْمَاءَ)).
[أطرافه 130، 3328، 6091، 6121، تحفة 18264].
Telah menceritakan kepada kami '
Abdullah bin Yusuf berkata
, telah mengabarkan kepada kami
Malik dari Hisyam bin 'Urwah dari Bapaknya
dari Zainab binti Abu Salamah
dari Ummu Salamah Ummul Mukminin, bahwa ia berkata, "Ummu Sulaim, isteri Abu Thalhah, datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dengan kebenaran. Apakah seorang wanita wajib mandi bila bermimpi?" Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Ya. Jika dia melihat air."

-ini menunjukkan wanita juga bermimpi,dan hukumnya sama dgn lelaki bila nampak air mani kena mandi

-ibrahim bin nakoie berpendapat tak payah mandi.bukhari nak tolak pendapat ini.

Ummu sulaim adalah isteri Abu Talhah ada yg kata mahram nabi dan yg kata tidak  mahram ,mahram sepersusuan.
Cara tanya ummu sulaim pandai.

9/12
Tanya pasal perempuan.
Wanita belahan lelaki,jadi biasanya hukum keatas lelaki sama dgn perempuan.kecuali jika ada Nas yg jelas berbeza dgn lelaki.
Hadis ini menunjukkan wanita juga mempunyai air mani.
Ahli falsafah yunani ,wanita tiada air mani.

Hadis ini memberitahu,wanita mempunyai air mani.
Ada juga yg berpendapat wanita tidak nyata keluar air mani.
Seorang yg tidak tahu,mesti bertanya .sikap ini sikap terpuji.perempuan Ansar dpt pujian nabi kerana bertanya.bahkan berdosa jika tidak bertanya.jika malu cari cara secara bijaksana dan menjaga adab.
Nabi bertanggungjawab menyampailan kepada kedua-dua jenis lelaki dan perempuan.

Ummu Salamah/Aisyah yg  bertanya ,adakah wanita beriktilam?
Aisyahmungkin tidak tahu sebab dia kahwin awal.
Isteri2 nabi tidak tahu??
Isteri nabi terpelihara dr gangguan syaitan atau tidak terdedah kepada dorongan2.
Perempuan kurang beriktilam berbanding dgn lelaki.
Lelaki juga ada kemungkinan juga tidak berlaku.
Tempat keluar jauh sehingga tidak nyata.

10/12
Kena mandi bila keluar sehingga diluar baru dikehendaki mandi.
Lelaki ,air yg keluar memancut.
Perempuan juga memancut tetapi tidak ketara.
Bg mazhab hanafi,lelaki yg keluar air tidak memancut tidak wajib mandi .
Isteri nabi bermimpi ?perkara ini tidak jelas dlm hadis.
Jadi kesimpulannya wanita ada juga yg ikhtilam seperti lelaki.dan hukum mandi seperti lelaki .
Panduan yg jelas memberitahu wanita ada air mani.
Minit,5:16
Air mani itu mendahului,maksudnya bakanya lebih kuat.kuat dr segi bakanya.
Bila ada air yg keluar, baru kena mandi.
Air mazi tidak sebanyak air mani.
Kenapa kena mandi?mandi tanda kesyukuran ada tanda atau bakat untuk mendapat zuriat.

11/12
Ikhtilam perempuan tidak sebanyak kaum lelaki.
Nabi junub tanpa ikhtilam/setubuh dan  kemungkinan boleh junub dgn ikhtilam

Rabu, September 21, 2016

Tafsir asas alquran sesi 29.

USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN
KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

v) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga/ yang dibicarakan tentangnya) kepada khithaab (orang yang dihadap cakap). Antara contoh penggunaannya di dalam al-Quran ialah: Bermaksud:
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbir sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3)
Yang Menguasai pemerintahan di hari Pembalasan (hari akhirat). (4)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki “Iyyaahu” (Dia sahaja), bukan “Iyyaaka” (Engkau sahaja).

vi) Pertukaran daripada ghaibah (orang ketiga / yang dibicarakan tentangnya) kepada takallum (orang yang bercakap),
Antara contoh penggunaannya didalam al-Quran ialah;
Bermaksud:
Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari) Bani Israil dan Kami telah angkat di antara mereka 12 orang pemimpin …. (al-Maa’idah: 12)
Sedangkan qias (bahasa biasa) menghendaki (Dia telah angkat) dalam bentuk ghaibah juga.

h) Istilah `tashrif al-Aayaat’ ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah di dalam al-Quran.
Antara lainnya ialah firman Allah berikut:
Bermaksud: Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik (tanahnya), tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut.
Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur (Al-A’raaf: 58)
Di dalam ayat di atas `tashrif al-Aayaat’ bererti menerangkan tanda-tanda kekuasaan, kemurahan dan sebagainya dengan berbagai cara.
Tashrif’ pada asalnya mempunyai beberapa erti. Antaranya memalingkan, pemalingan, memusing-musingkan, pemusingan, memutar-mutarkan, menukar, penukaran, mengubah, pengubahan, mengedarkan, mengisarkan dan lain-lain.
Tashrif al-Aayaat yang dimaksudkan di sini ialah Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dengan berbagai-bagai cara.
Kisah nabi Musa a.s. tersebut beberapa kali di dalam al-Quran. Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.
Apa yang diceritakan juga tidak seratus peratus sama.
Tentu ada yang berbeza. Demikian juga dengan kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis. Ia bukan sekali tersebut di dalam al-Quran.
Namun ada saja perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan. Perbezaan dalam pengisahan sesuatu cerita dan lain-lain itulah yang dikatakan`tashrif al-Aayaat .
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan. Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan saja. Padahal sebenarnya bukan. Alangkah banyaknya tersirat rahsia dan hikmat di sebalik `tashrif’ al-Aayaat’ dalam firman firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran al-Karim.
Apa yang perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al-Quran ialah mesti ada sudut-sudut tertentu yang hendak ditekankan oleh Allah setiap kali kisah Adam dan Iblis misalnya diceritakan

Kisah Adam adakalanya  diceritakan sebagai `ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya, bahawa manusia yang bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya, biar bagaimana besar sekalipun kesalahannya, tetap akan mendapat keampunan Allah. Manusia yang terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yang telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai Allah.  Allah sebaliknya telah mengajar Adam bagaimana cara bertaubat kepadaNya.  Manusia yang berdosa, tetapi benar-benar bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang menjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dengan berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran di sisiNya.
Adakalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.  Asal kejadian manusia meskipun hanya daripada tanah, namun Allah telah mengurniakan kepadanya darjat yang tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaqnya.  Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam,  Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dengan para malaikat.  Akan disebut juga tentang bagaimana Adam dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat. 

Ketika Allah hendak menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia, Dia akan menyebutkan juga manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Kisah Adam dan Iblis atau di sesetengah tempat disebutkan Syaitan, adakalanya diceritakan di dalam al-Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun-temurunnya. 
Betapa jahat dan liciknya  Syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yang telah membuatkan Adam dan Hawwa’ terkeluar dari syurga. 
Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya Syaitan didedahkan sepenuhnya.  Dengan merenung sedikit sahaja, anda akan sedar bahawa tidak ada pengulangan yang sia-sia didalam al-Quran.
Apa yang ada hanyalah `Tashrif al-Aayaat’ yang mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yang cukup bermakna kepada manusia. 
Kisah yang dikemukakan, meskipun sama pada pandangan kasar, namun maksud dan tujuannya berbeza. 
Demikianlah Allah menerangkan dengan berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebanyak mungkin pengajaran dan panduan daripadanya. Sebagaimana al-Quran menyatakan bagaimana Allah memutar-mutar dan memusing-musingkan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia, ia juga menyatakan bahawa Allah memutar-mutar, mengisar, memalingkan dan memusing-musingkan angin.

Bermaksud: Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yang diturunkan Allah dari langit lalu dihidupkanNya dengan air hujan itu bumi sesudah matinya; dan pada perkisaran angin terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal (al-Jaatsiyah:5).

Apa pula hikmatnya Allah mengisar dan memutar-mutar angin?  Bukankah angin itu sama jua pada zahirnya??  Ya, pada zahirnya memang sama, tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.  Kadang-kadang ia membawa datang awan.  Kadang-kadang pula membawanya pergi.  Kadang-kadang ada bersamanya guruh dan kilat.  Kadang-kadang ia hanya membawa hujan.  Kadang-kadang pula ia tidak berhujan, berguruh dan berkilat.  Ia hanya meneduhkan sahaja.  Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan di bumi sememangnya memerlukan sinar matahari.  Anginlah yang membawa awan pergi sehingga semuanya dapat menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing-masing daripadanya. 

Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.  Sinar matahari yang berlebihan mungkin memudharatkan. Anginlah juga yang menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.

Tashrif al-Aayaat sama dengan tashrif ar-Riyaah.  Banyak maksud dan tujuannya. Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama!.
Peringatan: Tashrif al-Aayaat paling banyak terdapat dalam penyampaian kisah-kisah. 
Dalam penyampaian ayat-ayat hukum tidaklah begitu banyak.  Ia paling sedikit digunakan dalam bab `aqidah.

🍓🍓🍓

Usul 12
Mencari dan mengesan struktur mikro ayat2 al Quran

Iltifak ,(sebelum ni sudah bincang)pertukaran penggunaan kata ganti nama.

5)pertukaran drp ghaibah (orang ke tiga/yg dibicarakan tentangnya) kepada khithaab(orang yg dihadap cakap).Antara contoh penggunaannya didlm Al-Quran ialah:
Bermaksud:
Fatihah 1-5
(2)segala puji bg Allah,tuhan yg Memelihara dan Mentadbir sekalian alam.
(3)Yg Maha Pemurah ,lagi Maha Mengasihani
(4)Yg Menguasai  pemerintahan di hari pembalasan(hari akhirat)
(5)Engkaulah shj (ya Allah)yg kami sembah dan kepada Engkaulah shj kami memohon pertolongan

Sedangkan qias (maksud mengikut penggunaan bhs biasa) mengkehendaki "iyyaaahu"(dia shj)bukan "iyyaaka"(engkau shj)
Tapi dah tuhe guna lagu tu ,itulah yg paling baik.
Lari dr kaedah biasa iltifak

Orang pertama

Orang kedua
Khittab orang yg dilawan bercakap

Orang ketiga

Contoh nya dlm surah Al-Fatihah

Ihsan ,menyembah Allah seolah2 nampak.jadi dok depan jika kau tak nampak dia,tuhe nampak mu.
Sembah tuhe makna dok depe,jadi bila nak minta maka jadilah kau.
Dr tak tahu dan tak kenal jadi kenal dan duduk depe kata kau lah
Manusia mempunyai naluri nak pada tuhe sbgmn sifat takut.juga seperti naluri kasih sayang dan naluri beragama dlm diri manusia.
Tuhe bg tau
Tuhan memelihara ,ini sifat rububiyah
Ar-Rahman ini nama Allah
Maliki Yaumiddin inilah asma wasifat
Dan sifat uluhiyyah itu pula  adalah yg layak disembah dipuji ,tuhe berhak menerima penyembahan .
Sifat 20 pun ada juga,cuma cara persembahan itu baru begitu cara (tauhid 3)uluhiyyah dan rububiyah dan asma wasifat.
Zohir ,sifat 20 pun tiada,tapi hakikat dia tuhe maha kuasa,ada dlm Quran jgn menyalahkan satu sama lain
Tauhid 3 memang byk.bukan ajaran Ibnu Taimiyah tapi ajaran quran.contoh sifat rububiyah dan uluhiyahmdlm Quran seperti dlm
1. surah Fatihah.

Juga dlm surah
2. Maryam Ayat 65
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ ۚ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
"Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadaNya; adakah engkau mengetahui sesiapapun yang senama dan sebanding denganNya?"

Pah nak kata trinity ko dlm surah ni? رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ini sifat rububiyah
Tauhid asmawasifat هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّاtak ada yg setanding dgn nya

3.Surah annas
Ayat 1
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.

👉Ini tuhe yg ada sifat rubibiyah
Ada tuhe lain yg jaga manusia?

Ayat 2
مَلِكِ النَّاسِ
"Yang Menguasai sekalian manusia,

👉Ini satu dari nama Allah,inilah asmawasifat.
Raja yg sebenar dan tak mati ,satu shj inilah tauhid

Ayat 3
إِلَٰهِ النَّاسِ
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

👉Ini sifat uluhiyah,tuhan yg menjaga ,mengurus,menjaga kita.
Ada yg kata tauhid 3 tiada dan yg satu lagi pun marah.
Kaedah sj yg berbeza.
-Kalu tahu satu dan menghormati sama lain akan jadi perbalahan.
Sedang keduanya betul.
Imam Ghazali sendiri yg bw assyairah pun bersifat terbuka boleh kritik assyairah

Iltifak dr ghaibah(orang yg ke tiga) kepada khittab(orang yg kedua)

Surah At tin
Ayat 1
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ
Demi buah Tiin dan Zaitun,

Ayat 2
وَطُورِ سِينِينَ
Dan Gunung Tursina,

Ayat 3
وَهَٰذَا الْبَلَدِ الْأَمِينِ
Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -

Ayat 4
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Ayat 5
ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ
Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,

Ayat 6
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.

Ayat 7
فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعْدُ بِالدِّينِ
(Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?

Ayat 8
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Yg naknya kaedah ,bila jumpa Ayat boleh masuk dlm kaedah mn?
Contoh pertukaran ghaibah kepada khittab ada dlm surah ini.dimana?ada kala dlm ayat yg sama ada kala Ayat yg dok dekat2.

فَمَا يُكَذِّبُكَ,ka ni orang panggil khitab
Khitab tu dr mn ,dr ka.ka tu sapa?
Ini tuhe hadap kepada orang ketiga.
Dia ialah manusia الْإِنْسَانَ
Bg Allah semua dok depe dia.
Hanya bg manusia kedudukan dua atau tiga
Asal manusia tiada kmdn ada,jika tiada balasan orang belum lagi mendapat balasan ,maka perlulah hari pembalasan.itulah tanda Allah tu adil.
Faedah iltifaat sangat byk.

Surah An-Naba
Ayat 21-30
Ayat 21
إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتْ مِرْصَادًا
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan -

Ayat 22
لِلطَّاغِينَ مَآبًا
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

Ayat 23
لَابِثِينَ فِيهَا أَحْقَابًا
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

Ayat 24
لَا يَذُوقُونَ فِيهَا بَرْدًا وَلَا شَرَابًا
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

Ayat 25
إِلَّا حَمِيمًا وَغَسَّاقًا
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -

Ayat 26
جَزَاءً وِفَاقًا
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

Ayat 27
إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَابًا
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal

Ayat 28
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا كِذَّابًا
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

Ayat 29
وَكُلَّ شَيْءٍ أَحْصَيْنَاهُ كِتَابًا
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

Ayat 30
فَذُوقُوا فَلَنْ نَزِيدَكُمْ إِلَّا عَذَابًا
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".

Ayat 21-29ayat ghaibah
(Neraka jahanam tempat ore jahat,minum air panas dan nanah)semua mereka dan tukar kepada kamu(khithaab)Ayat 30.

Surah abasa 1-4
Ayat 1
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ
Dia memasamkan muka dan berpaling,

Ayat 2
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ
Kerana dia didatangi orang buta.

Ayat 3
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)! -

Mu يُدْرِيكَini adalah dr dia pada Ayat 1&2,ini iltifak ,
Di sini iltifak adalah nabi Muhamad.
Walaupun buta,mesti dilayan.
Ketua2 Quraisy yg tak berubah.
Biasanya manusia mudah mengikut pemimpin.
Jadi dgn perubahan pemimpin akan memberi kesan yg besar lalu diberi perhatian oleh nabi dan masam pada  sahabatnya yg buta.
Cara teguran adalah DIA.
ini diketahui dgn adanya iltifak. وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰyg halus dan lembut
Kemenangan boleh dicapai walaupun pengikutnya cacat.
Ini teguran dgn kasihsayang dr ayah.
Janganlah mengimpikan pemimpin yg sangat2 sempurna

Ayat 4
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَىٰ
Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.

6)pertukaran drp ghaibah(orang ketiga/yg dibicarakan tentangnya) kepada takallum(orang yg bercakap),
Antara contoh penggunaannya didlm al Quran ialah  bermaksud:
Al maidah,12
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ وَآتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"

Dan sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia (dari)Bani Israil dan Kami(tadi kata Allah ) telah angkat diantara mereka 12 orang pemimpin
Sedangkan qias (bahasa biasa)mengkehendaki (Dia telah angkat)dalam bentuk ghaibah juga.
Kenapa tukar?
Nak nyatakan perlantikan itu resmi.
Contoh raja,beta bila resmi
Rasmi biasanya ramai.ini bermakna kekuatan.
Tuhe lah tidak ramai,tapinya perlantikan adalah sah dan kuat .ini keadaan atau kedudukan.

Al baqarah 21-23
Ayat 21
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Ayat 22
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Ayat 23
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Iltifak dr ghaibah kpd takallum
21)Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu
22) bumi ini untuk kamu

23) apa yang Kami (nak menunjukkan ramai atau makna resmi)turunkan

Surah isra Ayat 1
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Dia yg memperjln أَسْرَىٰ
Hambanya بِعَبْدِهِ
Kami بَارَكْنَا
Kami آيَاتِنَا
Tunjuk pada nabi لِنُرِيَهُuntuk orang yg nak jadi pemimpin,kena ada pengalaman,dan Allah angkat bg tunjukkan.
Ghaibah kepada takallum dan dr takallum kepada ghaibah.
Ini kaedah untuk memahami sesuatu ayat.

h)istilah'tashrif al aayaat' ini sebenarnya berpunca daripada beberapa firman Allah dlm Al-Quran

Antara lainnya ialah firman allah berikut:
Bermaksud:
Al-Araf:58
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan negeri yg baik (tanahnya)tanam-tanaman nya tumbuh (subur)dgn izin Allah dan negeri yg tidak baik (tanahnya),tidak tumbuh tanaman-tanamannya melainkan dgn keadaan bantut.Demikianlah Kami(🍃tanda2 keluasan) menerangkan tanda2(kemurahandan kekuasaan)Kami dgn berbagai cara bg orang2 yg (mahu)bersyukur.

Didlm Ayat diatas 'tashrif al-aayaat'bererti menerangkan tanda2 kekuasaan ,kemurahan dan sebagainya dgn berbagai cara.
'Tashrif pada asalnya mempunyai beberapa erti.Antaranya memalingkan,pemalingan,memusing-musingkan,memutar2kan,menukarkan,penukaran,mengubah,pengubahan,mengedarkan,mengisarkan dan lain2.
Tashrif al-aayaat yg dimaksudkan disini ialah
Allah menerangkan tentang sesuatu perkara dgn berbagai2 cara.
Kisah nabi Musa as tersebut beberapa kali didlm Al-Quran.Tetapi cara dan gaya penceritaannya tidak sama.Apa yg diceritakan juga tidak seratus peratus sama.Tentu ada yg berbeza.

Demikian juga dgn kisah nabi Adam as dan iblis..Ia bukan sekali tersebut didlm al Quran.Namun ada sj perbezaan firman Allah pengisahan ceritanya setiap kali ia dikemukakan.
Perbezaan dlm pengisahan sesuatu cerita dan lain2 itulah yg dikatakan 'tashrif al aayaat'.
Ia sama sekali tidak boleh dipandang ringan.Sepintas lalu ia kelihatan semacam pengulangan sj.Padahal sebenarnya bukan.
Alangkah byknya tersirat rahsia dan hikmat disebalik 'tashrif al-aayaat'dlm firman2 Allah SWT didlm Al-Quran al Karim.
Apa yg perlu difahami oleh para pelajar dan penuntut ilmu al Quran ialah mesti ada sudut2 tertentu yg hdk  ditekankan oleh allah setiap kali kisah Adam dan iblis misalnya diceritakan.

Perlu bimbingan untuk memahami pada tashrif al-Aayaat.

Kisah Adam ada kalanya diceritakan sebagai ibrah dan pengajaran kepada anak cucunya,bahawa manusia yg bertaubat kepada Tuhan dan menyesali perbuatan salahnya,biar bgmn besar sekali pun kesalahannya,tetap akan mendapat keampunan Allah.

Manusia yg terlanjur melanggar perintah Allah kerana sesuatu kelemahan semula jadinya seperti terlupa yg telah berlaku kepada Adam tidak dimurkai allah.
allah sebaliknya telah mengajar Adam  bgmn cara bertaubat kepadaNya.Manusia yg berdosa,tetapi benar2 bertaubat kepada Allah juga masih berpeluang mrnjadi kekasih Allah dan mungkin dianugerahi dgn berbagai darjat ketinggian dan pangkat kebesaran disisiNya.
🌲Bukti Allah terima taubat.
Ada kalanya kisah Adam diceritakan Allah untuk menyatakan kemuliaan manusia.Asal kejadiannya manusia meskipun hanya drp tanah,namun Allah telah mengurniakan kepadanya  darjat yg tinggi disebabkan keluhuran jiwa dan akhlaknya.
Apabila Allah hendak menyatakan kemuliaan manusia dan kelebihan Adam,Dia akan menyebutkan tentang ilmu Adam dan dialogNya dgn para malaikat.Akan disebut juga tentang bgmn Adam dapat membantu jawab kesemua soalan yg dikemukakan kepadanya dan malaikat pula tidak dapat .
Ketika Allah hdk menyatakan kebesaran dan kelayakan manusia,Dia akan menyebut juga manusia sebagai khalifah dimuka bumi.
🌿Bukan semua kisah Adam disebut tentang khalifah
Kisah Adam dan iblis atau di sesetengah tempat disebut syaitan,adakalanya diceritakan didlm al Quran untuk mengingatkan manusia kepada musuh turun temurun nya.Betapa jahat dan liciknya syaitan dapat dilihat kepada peristiwa tipu dayanya yg telah membuat Adam dan Hawa terkeluar dr syurga.Dalam keadaan ini kejahatan dan tipu daya syaitan didedahkan sepenuhnya.
🍀ingatan pentingnya berhati2 dari tipu daya syaitan.

Dengan merenung sedikit shj,anda akan sedar bhw tidak ada pengulangan yg sia2 didlm al Quran.Apa yg ada hanyalah 'Tashrif Al Aayaat'yg mengandungi pelbagai maksud dan tujuan yg cukup bermakna kepada manusia.
Kisah yg dikemukakan ,meskipun sama pada pandangan kasar,namun maksud dan tujuan berbeza.
Demikianlah Allah menerangkan dgn berbagai cara sesuatu kisah supaya manusia mendapat sebyk mungkin pengajaran dan panduan drpnya.
Sebagaimana al Quran menyatakan bgmn Allah memutar2:dan memusing2kan sesuatu kisah untuk dihidangkan kepada manusia,ia juga menyatakan bhw Allah memutar2,mengisar,memalingkan dan memusing2kan angin.
Apakah faedahnya memusingkan sesuatu kisah?faedahnya seperti Allah memusingkan angin.pusing angin ada nikmatnya.
Walaupun asalnya cerita Adam dan iblis tapi byk pengajarannya.

Bermaksud:
Al Jaatsiyah,5
وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ السَّمَاءِ مِنْ رِزْقٍ فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا وَتَصْرِيفِ الرِّيَاحِ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ

Dan pada pergantian malam dan siang dan hujan yg diturunkan Allah dr langit lalu dihidupkan Nya dgn air hujan itu buku sesudah matinya,dan pada perkisaran  angin terdapat tanda2 (keluasan Allah)bg kaum yg berakal.

Apa pula nikmatnya Allah mengisar dan memutar2 angin?Bukankah angin itu sama jua pd zahirnya?Ya,pada zahirnya memang sama,tetapi hikmat dan rahsia perjalanan angin adalah berbeza.Kadang2 ia membawa dtg awan.Kadang2 ada bersamanya guruh dan kilat.Kadang2 ia hanya membawa hujan.Kadang2 pula ia tidak berhujan,berguruh dan berkilat.Ia hanya meneduhkan shj.
Manusia ,binatang dan tumbuh2an dibumi sememangnya memerlukan sinar matahari.
Anginlah yg membawa awan pergi sehingga semuanya dpt menikmati sinar matahari dan mendapat habuan masing2 daripadanya.Ada ketikanya pula sinar matahari tidak diperlukan.Sinar matahari yg berlebihan mungkin memudaratkan .Anginlah juga yg menarik awan untuk meneduhi hidupan bumi.n nampak sama tapi maksud dan hasil berbeza.

Tashrif al-Aayaat sama dgn tashrif Ar riyaah.Byk maksud dan tujuannya.Meskipun pada zahirnya kelihatan semacam sama.

Peringatan
Tashrif al-Aayaat paling byk terdpt dlm penyampaian kisah2.Dalam penyampaian ayat2 hukum tidaklah begitu byk .Ia paling sedikit digunakan dlm bab aqidah.