Isnin, Januari 30, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 61 7:80-141

Ayat 80
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji,
yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
👉Kisah ke4
Maksud kedua surah ini.
Arahan supaya mengikuti syariat.
Apa yg Allah haramkan kena haramkan dan apa yg Allah halalkan kena halalkan.

Ayat 81
إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan,
bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas".
👉Fahisyah nabi lut yg menjadi larangan Allah
Melampaui batas dlm syirik dan dlm perkara yg halal dan haram.

Ayat 82
وَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوهُمْ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ
إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: "Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwa) mensucikan diri".
👉Nabi lut bg nasihat dan akhirnya ini jawapan Dr kaumnya.

Ayat 83
فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
👉Keluarganya adalah 2orang anak perempuannya.
Isterinya ada sifat Nifaq.

Ayat 84
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.
👉Kaum nabi lut yg tidak selamat

Ayat 85
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا ۗ
قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
فَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءَهُمْ
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا ۚ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib.
Ia berkata: "Wahai kaum sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu.
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan,
dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda
dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya (makmur teratur) dengan sebaik-baiknya.
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman.
👉Kisah ke5  ada hubungan dgn maksud ke2&ke3
Madyan nama bangsa
Contoh melayu ,tanah Melayu.
Madyan anak kepada nabi Ibrahim dan isteri nama Sapurah.
Nabi Syuib jadi nabi di daerah berniaga.
Kebyknya menipu dan ditegur oleh nabi Syuib.

Ayat 86
وَلَا تَقْعُدُوا بِكُلِّ صِرَاط
ٍ تُوعِدُونَ
وَتَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
مَنْ آمَنَ بِهِ وَتَبْغُونَهَا عِوَجًا ۚ
وَاذْكُرُوا إِذْ كُنْتُمْ قَلِيلًا فَكَثَّرَكُمْ ۖ
وَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

"Dan janganlah kamu duduk pada tiap-tiap jalan lalu-lalang,
dengan menakut-nakutkan
dan menghalangi orang-orang yang beriman dari melalui jalan Allah,
dan kamu pula menghendaki supaya jalan Allah itu bengkok terpesong.
Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya lalu Allah menjadikan kamu kembang ramai, serta perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berbuat kerosakan.
👉Dan lagi larangan.
Asal dr Madyan sedikit shj.
Kaum Aad dan tsamud yg buat kerosakan sebelum ini.

Ayat 87
وَإِنْ كَانَ طَائِفَةٌ مِنْكُمْ آمَنُوا بِالَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ
وَطَائِفَةٌ لَمْ يُؤْمِنُوا فَاصْبِرُوا
حَتَّىٰ يَحْكُمَ اللَّهُ بَيْنَنَا ۚ
وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ

"Dan jika ada segolongan dari kamu beriman kepada wahyu (perintah-perintah Allah) yang aku telah diutuskan untuk menyampaikannya,
dan segolongan lagi tidak beriman,
maka sabarlah
sehingga Allah menjalankan hukumNya di antara kita semua, dan Dia lah jua sebaik-baik hakim".
👉Masalah orang berniaga tak suka diganggu .

Ayat 88
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
مِنْ قَوْمِهِ
لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ
مِنْ قَرْيَتِنَا
أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا ۚ
قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ

Ketua-ketua yang sombong takbur
dari kaum Nabi Syuaib berkata:
"Sesungguhnya kami akan mengusirmu wahai Syuaib dan orang-orang yang beriman yang menjadi pengikut-pengikutmu dari negeri kami ini,
atau kamu berpindah kepada ugama kami".
Nabi Syuaib menjawab: "Adakah (kamu hendak melakukan yang demikian) sekalipun kami tidak menyukainya,(agama2 daerah ini)?
👉Jawapan balas kaum nabi Syuib.
Ini juga dituju kepada kafir Mekah yg menghalau nabi.
Agama bukan sesuatu paksaan

Ayat 89
قَدِ افْتَرَيْنَا عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
إِنْ عُدْنَا فِي مِلَّتِكُمْ
بَعْدَ إِذْ نَجَّانَا اللَّهُ مِنْهَا ۚ
وَمَا يَكُونُ لَنَا أَنْ نَعُودَ فِيهَا إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّنَا ۚ
وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۚ
عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا ۚ
رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا
وَبَيْنَ قَوْمِنَا
بِالْحَقِّ
وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

"Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah,
jika kami berpindah kepada ugama kamu
sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya.
Dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu.
Kepada Allah jualah kami bertawakal.
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan),
kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim".
👉agama2 yg tidak sebenar.

Ayat 90
وَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا
مِنْ قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْبًا
إِنَّكُمْ إِذًا لَخَاسِرُونَ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua yang kafir dari kaum Nabi Syuaib (kepada orang ramai):
"Sesungguhnya jika kamu mengikut Syuaib nescaya kamu dengan perbuatan yang demikian menjadilah orang-orang yang rugi".
👉Ikhtiar pembesar agar tidak ikut nabi Syuib ,Allah bg tau.

Ayat 91
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ

Maka mereka dibinasakan oleh gempa, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat masing-masing.
👉Mari 2sekali gus.

Ayat 92
الَّذِينَ كَذَّبُوا شُعَيْبًا
كَأَنْ لَمْ يَغْنَوْا فِيهَا ۚ
الَّذِينَ كَذَّبُوا شُعَيْبًا كَانُوا هُمُ الْخَاسِرِينَ

Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib (punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah mendiami negeri itu.
Orang-orang yang mendustakan Nabi Syuaib, merekalah orang-orang yang rugi.
👉

Ayat 93
فَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ
وَقَالَ يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي
وَنَصَحْتُ لَكُمْ ۖ
فَكَيْفَ آسَىٰ عَلَىٰ قَوْمٍ كَافِرِينَ

Kemudian Nabi Syuaib meninggalkan mereka sambil berkata:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat kepada kamu.
Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang kafir (yang telah binasa itu)".
👉

Ayat 94
وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَبِيٍّ
إِلَّا أَخَذْنَا أَهْلَهَا بِالْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ
لَعَلَّهُمْ يَضَّرَّعُونَ

Dan (Tuhan berfirman): Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri seorang Nabi (yang didustakan oleh penduduknya),
melainkan Kami timpakan mereka dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan penderitaan (penyakit),
supaya mereka tunduk merendah diri (insaf dan tidak berlaku sombong takbur).
👉Ayat ini dituju kepada orang mekah.

Ayat 95
ثُمَّ بَدَّلْنَا مَكَانَ السَّيِّئَةِ الْحَسَنَةَ
حَتَّىٰ عَفَوْا
وَقَالُوا قَدْ مَسَّ آبَاءَنَا الضَّرَّاءُ وَالسَّرَّاءُ
فَأَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Setelah (mereka tidak juga insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan kesenangan
hingga mereka kembang biak (serta senang-lenang)
dan berkata (dengan angkuhnya): "Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah merasai kesusahan dan kesenangan (sebagaimana yang kita rasakan)".
Lalu Kami timpakan mereka (dengan azab seksa) secara mengejut,
dan mereka tidak menyedarinya.
👉Istiqomah,memberi peluang untuk mereka berfikir.
Kata2 orang yg sesat وَقَالُوا قَدْ مَسَّ آبَاءَنَا الضَّرَّاءُ وَالسَّرَّاءُ
Sedangkan segala yg berlaku ada hikmah diatas apa  yg Allah buat.
Semua Mati yg tak buat persiapan ,dipanggil mati mengejut .

Ayat 96
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا
وَاتَّقَوْا
لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْض
ِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا
فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa(jaga diri dan anggota Dr menderhakai allah),
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami),
lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
👉Semua nabi ajar tauhid dulu,kemudian baru ajar syariat.
Jika betul aqidah maka betullah amalnya.
Nikmat hanya sekadar dunia tak dipanggil berkat.
Barokat بَرَكَاتٍ

Ayat 97
أَفَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا
بَيَاتًا
وَهُمْ نَائِمُونَ

Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka
pada malam hari,
semasa mereka sedang tidur?
👉Taqwir

Ayat 98
أَوَأَمِنَ أَهْلُ الْقُرَىٰ أَنْ يَأْتِيَهُمْ بَأْسُنَا ضُحًى وَهُمْ يَلْعَبُونَ

Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
👉Setiap usaha yg dibuat manusia tiada pulangan untuk syurga dipanggil main2.

Ayat 99
أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ

Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah?
Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
👉Rasa selamat dr rancangan Allah untuk hukum mereka bg daerah yg kufur.
Orang yg tak rasa selamat akan buat persiapan.

Ayat100
أَوَلَمْ يَهْدِ
لِلَّذِينَ يَرِثُونَ الْأَرْضَ
مِنْ بَعْدِ أَهْلِهَا
أَنْ لَوْ نَشَاءُ أَصَبْنَاهُمْ
بِذُنُوبِهِمْ ۚ
وَنَطْبَعُ
عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

Adakah (yang demikian itu tersembunyi dan) tidak jelas kepada orang-orang yang mewarisi negeri(orang mekah) itu sesudah penduduknya (hilang lenyap kerana ditimpa bencana),
bahawa kalau Kami kehendaki tentulah Kami akan menimpakan mereka pula dengan azab disebabkan dosa-dosa mereka,
dan Kami meteraikan di atas hati mereka sehingga mereka tidak dapat mendengar (nasihat-nasihat pengajaran)?
👉Ayat ini dituju kepada orang mekah.

Ayat 101
تِلْكَ الْقُرَىٰ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَائِهَا ۚ
وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَمَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا بِمَا كَذَّبُوا مِنْ قَبْلُ ۚ
كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِ الْكَافِرِينَ

Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad);
dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat),
sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu.
Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir.
👉Jumlah muktaridoh.
Nabi ini memang benar seorang nabi.
Takliliyah كَذَٰلِكَdgn makna zaalika.

Ayat 102
وَمَا وَجَدْنَا لِأَكْثَرِهِمْ مِنْ عَهْدٍ ۖ
وَإِنْ وَجَدْنَا أَكْثَرَهُمْ لَفَاسِقِينَ

Dan Kami tidak mendapati bagi kebanyakan mereka sebarang janji (yang ditepati), dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka melainkan orang-orang yang fasik.
👉keadaan orang yg dikunci mati hatinya

Ayat 103
ثُمَّ بَعَثْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ مُوسَىٰ
بِآيَاتِنَا
إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ
فَظَلَمُوا بِهَا ۖ
فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu,
dengan membawa ayat-ayat Kami
kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya,
lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu.
Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.
👉Cerita nabi Musa.
Kaum qibti,umatnyg wajib didakwah
Kaum Sibti,umat yg telah menyahut dakwah .
Nabi Musa ada golongan yg berjaya.b begitu juga sebhg dr umat dia.
Sebahagian dr umat dia ada yg tidak berjaya.iaitu tidak mentablighkan wahyu.menyebabkan mereka kandas.
Bila mentablighkan wahyu ,Allah bg kekuatan tidak terkesan dgn suasana.
Pengikut nabi Musa ,telah melihat sendiri nusral Allah.dimana Allah telah selamatkan dari jadi hamba abdi  kepada Firaun dan telah hancurkan Firaun.
Tapi kerana tak buat apa yg nabi Musa ,dlmannya jadi lemah.

Ayat 104
وَقَالَ مُوسَىٰ يَا فِرْعَوْنُ إِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Dan berkatalah Nabi Musa: "Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
👉Cerita umat yg didakwah.
Memperkenalkan diri terlebih dahulu.
Bukan sebagai anak angkat tapi mari sbg rasul.
Memperkenalkan itu penting.

Ayat 105
حَقِيقٌ عَلَىٰ أَنْ لَا أَقُولَ عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ ۚ
قَدْ جِئْتُكُمْ بِبَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
فَأَرْسِلْ مَعِيَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

"Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar.
Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu.
Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).
👉Wajib bercakap benar sebab ia seorang nabi.
Juga ada bukti seorang nabi.

Ayat 106
قَالَ إِنْ كُنْتَ جِئْتَ بِآيَةٍ
فَأْتِ بِهَا إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Firaun menjawab: "Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat
maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉

Ayat 107
فَأَلْقَىٰ عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُبِينٌ

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.
👉Mukjizat 1 nabi Musa.

Ayat 108
وَنَزَعَ يَدَهُ
فَإِذَا هِيَ بَيْضَاءُ لِلنَّاظِرِينَ

Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya,
tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.
👉Mukjizat ke2.

Ayat 109
قَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِ فِرْعَوْنَ
إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ

Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.
👉Kata2 atas dasar sombong.

Ayat 110
يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَكُمْ مِنْ أَرْضِكُمْ ۖ
فَمَاذَا تَأْمُرُونَ

"Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu". (Firaun bertanya):
"Oleh itu, apa yang kamu syorkan?"
👉Putar belit.
Bahasa yg menakutkan rakyat.

Ayat 111
قَالُوا أَرْجِهْ وَأَخَاهُ
وَأَرْسِلْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

Mereka berkata: "Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman)
serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);
👉Ahli mesyuarat bg tempuh.

Ayat 112
يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ

"Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".
👉

Ayat 113
وَجَاءَ السَّحَرَةُ فِرْعَوْنَ
قَالُوا إِنَّ لَنَا لَأَجْرًا
إِنْ كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ

Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun
lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah,
kalau kami dapat mengalahkannya?"
👉Kerja cari makan.

Ayat 114
قَالَ نَعَمْ
وَإِنَّكُمْ لَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)".
👉Akan diberi bulanan bayaran

Ayat 115
قَالُوا يَا مُوسَىٰ
إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ نَحْنُ الْمُلْقِينَ

Mereka berkata: "Hai Musa!
Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?"
👉Mukjizat atas dasar wahyu Allah.

Ayat 116
قَالَ أَلْقُوا ۖ
فَلَمَّا أَلْقَوْا سَحَرُوا أَعْيُنَ النَّاسِ
وَاسْتَرْهَبُوهُمْ وَجَاءُوا بِسِحْرٍ عَظِيمٍ

Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing),
mereka menyilap mata orang ramai
dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).
👉ini arahan wahyu Allah ,bukan nabi Musa suruh.
Nabi Musa tidak arah mereka lawan.
Sihir بِسِحْرٍbukan hakiki.

Ayat 117
وَأَوْحَيْنَا إِلَىٰ مُوسَى
ٰ أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ ۖ
فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ

Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!"
Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
👉arahan Allah.
Yg dibohongi يَأْفِكُونَ

Ayat 118
فَوَقَعَ الْحَقُّ
وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa),
dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.
👉Ahli sihir nampak kebenaran.

Ayat 119
فَغُلِبُوا هُنَالِكَ
وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ

Oleh itu, kalahlah Firaun
dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
👉Firaun dok ingat hari ini Musa akan kalah.

Ayat 120
وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ

Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
👉mengaku atau terima ajaran nabi Musa.

Ayat 121
قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.
👉Kata2 ahli sihir

Ayat 122
رَبِّ مُوسَىٰ وَهَارُونَ

"(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun".
👉Tamyiz,

Ayat 123
قَالَ فِرْعَوْنُ
آمَنْتُمْ بِهِ
قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ ۖ
إِنَّ هَٰذَا لَمَكْرٌ مَكَرْتُمُوهُ فِي الْمَدِينَةِ
لِتُخْرِجُوا مِنْهَا أَهْلَهَا ۖ
فَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu?
Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya.
Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).
👉Helah Firaun.

Ayat 124
لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ مِنْ خِلَاف
ٍ ثُمَّ لَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ

"Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,
kemudian aku akan memalang kamu semuanya".
👉Hukuman kerana tak minta izin.

Ayat 125
قَالُوا إِنَّا إِلَىٰ رَبِّنَا مُنْقَلِبُونَ

Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).
👉Kekuatan keimanan ahli sihir.

Ayat 126
وَمَا تَنْقِمُ مِنَّا
إِلَّا أَنْ آمَنَّا بِآيَاتِ رَبِّنَا
لَمَّا جَاءَتْنَا ۚ
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ

"Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami
melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami".
(Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".
👉Keistimewaan kerana yg mengajak itu adalah nabi Musa.
Yg kedua nampak sendiri qudrat Allah .
Dapat kekuatan yg luarbiasa.

Ayat 127
وَقَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِ فِرْعَوْنَ
أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْض
ِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ
قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ
وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ
وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ

Dan berkatalah pula Ketua-ketua dari kaum Firaun: "Adakah engkau (wahai Firaun) hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi (Mesir)
dan meninggalkanmu serta apa-apa yang dipuja olehmu?"
Firaun menjawab: "Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka
dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka".
👉Kerosakan memecah belah.

Ayat 128
قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ
اسْتَعِينُوا بِاللَّه
ِ وَاصْبِرُوا ۖ
إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ
يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۖ
وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya:
"Mintalah pertolongan kepada Allah
dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah,
diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya;
dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa"(orang yg boleh jaga syariat).
👉Tasliyah kepada kaum.

Ayat 129
قَالُوا أُوذِينَا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَأْتِيَنَا وَمِنْ بَعْدِ مَا جِئْتَنَا ۚ
قَالَ عَسَىٰ رَبُّكُمْ
أَنْ يُهْلِكَ عَدُوَّكُمْ
وَيَسْتَخْلِفَكُمْ فِي الْأَرْضِ
فَيَنْظُرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ

Mereka berkata: "Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami
dan sesudah engkau datang kepada kami". Nabi Musa menjawab: "Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi,
kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?"
👉Ahli sihir orang qibti.
Ayat ini ayat Syikayah.teruknya mereka.
Yakin ke atau gelisah??

Ayat 130
وَلَقَدْ أَخَذْنَا آلَ فِرْعَوْنَ بِالسِّنِينَ وَنَقْصٍ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau
dan kekurangan buah-buahan,
supaya mereka insaf mengambil pelajaran.
👉ada 8 ujian yg Allah timpakan keatas Firaun.

Ayat 131
فَإِذَا جَاءَتْهُمُ الْحَسَنَةُ قَالُوا لَنَا هَٰذِهِ ۖ
وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ
يَطَّيَّرُوا بِمُوسَىٰ وَمَنْ مَعَهُ ۗ أَلَا إِنَّمَا طَائِرُهُمْ عِنْدَ اللَّه
ِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata:
"Ini ialah hasil usaha kami",
dan jika mereka ditimpa kesusahan,
mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya.
(Tuhan berfirman):
Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah,
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.
👉Jika susah disandar kepada nabi Musa.

Ayat 132
وَقَالُوا مَهْمَا تَأْتِنَا بِهِ مِنْ آيَةٍ لِتَسْحَرَنَا بِهَا فَمَا نَحْنُ لَكَ بِمُؤْمِنِينَ

Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".
👉Nabi Musa ambil kesempatan untuk bg tahu.o rang susuh darjah kedegilan akan kurang.
Tapi Firaun tetap degil.

Ayat 133
فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الطُّوفَانَ
وَالْجَرَادَ
وَالْقُمَّلَ
وَالضَّفَادِع
َ وَالدَّمَ
آيَاتٍ مُفَصَّلَاتٍ
فَاسْتَكْبَرُوا وَكَانُوا قَوْمًا مُجْرِمِينَ

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan,
dan belalang,
dan kutu,
dan katak,
dan darah,
sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
👉kerana degil.

Ayat 134
وَلَمَّا وَقَعَ عَلَيْهِمُ الرِّجْزُ
قَالُوا يَا مُوسَى ادْعُ لَنَا رَبَّك
َ بِمَا عَهِدَ عِنْدَكَ ۖ
لَئِنْ كَشَفْتَ عَنَّا الرِّجْزَ لَنُؤْمِنَنَّ لَكَ
وَلَنُرْسِلَنَّ مَعَكَ بَنِي إِسْرَائِيلَ

Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul).
Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu,
dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".
👉siapa yg ditimpa musibah,maka dialah yg berdoa.
Cara tak berjaya,jika berjaya baru nak taat.
Yg sepatutnya,ttap ikut agama bila2 shj

Ayat 135
فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُمُ الرِّجْز
َ إِلَىٰ أَجَلٍ هُمْ بَالِغُوه
ُ إِذَا هُمْ يَنْكُثُونَ

(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka,
hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya,
tiba-tiba mereka mencabuli janjinya
👉

Ayat 136
فَانْتَقَمْنَا مِنْهُمْ
فَأَغْرَقْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ
بِأَنَّهُمْ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
وَكَانُوا عَنْهَا غَافِلِينَ

Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan mereka di laut dengan sebab mereka mendustakan ayat-ayat Kami
dan mereka sentiasa lalai daripadanya.
👉Sampai tempuh yg ke9

Ayat 137
وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُوا يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا ۖ
وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَىٰ
عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا ۖ
وَدَمَّرْنَا
مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ
وَقَوْمُهُ
وَمَا كَانُوا يَعْرِشُونَ

Dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu akan daerah-daerah timur bumi (Palestin) dan daerah-daerah baratnya,
yang Kami telah melimpahkan berkat padanya.
Dan telah sempurnalah Kalimah Allah (janjiNya) yang baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka (semasa mereka ditindas oleh Firaun),
dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun
dan kaumnya dan apa yang mereka telah dirikan (dari bangunan-bangunan yang tinggi)
👉

Ayat 138
وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَائِيلَ الْبَحْرَ
فَأَتَوْا عَلَىٰ قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَىٰ أَصْنَامٍ لَهُمْ ۚ
قَالُوا يَا مُوسَى اجْعَلْ لَنَا إِلَٰهًا
كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ ۚ
قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu
lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya.
(Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan".
Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
👉Boleh tengok dua,keselamatan diri mereka dan kematian firaun
Iktikaf يَعْكُفُونَ
Pada hal,satni tengok qudrat tak terkesan dgn wahyu sebab tak tabligh wahyu.

Ayat 139
إِنَّ هَٰؤُلَاءِ مُتَبَّرٌ مَا هُمْ فِيهِ
وَبَاطِلٌ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu),
akan dihancurkan apa yang mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik),
dan tetaplah salahnya apa yang mereka kerjakan itu".
👉puak2 sembah lembu.

Ayat 140
قَالَ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِيكُمْ إِلَٰهًا
وَهُوَ فَضَّلَكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ

Nabi Musa berkata lagi: "Patutkah aku mencari tuhan untuk kamu selain dari Allah,
padahal Ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?"

Ayat 141
وَإِذْ أَنْجَيْنَاكُمْ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ يَسُومُونَكُمْ سُوءَ الْعَذَابِ ۖ
يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ ۚ
وَفِي ذَٰلِكُمْ بَلَاءٌ مِنْ رَبِّكُمْ عَظِيمٌ

Dan (Tuhan berfirman): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya,
yang menyeksa kamu dengan azab seksa yang seberat-berat dan seburuk-buruknya;
mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu;
dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
👉Makna Fadola.

Ahad, Januari 29, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 60 7:59-79

Ayat 59
لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ
فَقَالَ يَا قَوْمِ
اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya,
lalu berkatalah ia: "Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah(tauhidlah kamu dlm ibadah),
(sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang besar (hari kiamat)"
👉kisah nabi Nuh,ada maksud ke3surah al a'raf.
Allah taala maha mengetahui dan maha berkuasa.
Tarhib, إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Ayat 60
قَالَ الْمَلَأُ مِنْ قَوْمِهِ
إِنَّا لَنَرَاكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Ketua-ketua dari kaumnya berkata:
"Sesungguhnya kami nampakmu (wahai Nuh) berada dalam kesesatan yang nyata".
👉setelah nabi Nuh bg nasihat,kaumnya jawab.
Pembesar2 الْمَلَأُ
Melihat لَنَرَاكَ
Kaum nabi Nuh dlm syirik.

Ayat 61
قَالَ يَا قَوْمِ لَيْسَ بِي ضَلَالَةٌ
وَلَٰكِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Nabi Nuh menjawab: "Wahai KaumKu! Tidak ada padaku sebarang kesesatan,
tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
👉jawab nabi Nuh.

Ayat 62
أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي
وَأَنْصَحُ لَكُمْ
وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu perintah-perintah yang (diutuskan oleh) Tuhanku,
serta aku memberi nasihat kepada kamu,
sedang aku mengetahui (melalui wahyu) dari Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
👉lagi jawapan nabi Nuh.

Ayat 63
أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ
عَلَىٰ رَجُلٍ مِنْكُمْ
لِيُنْذِرَكُمْ
وَلِتَتَّقُوا
وَلَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran dari Tuhan kamu
melalui seorang lelaki dari golongan kamu(jenis manusia)
untuk memberi peringatan kepada kamu,
dan supaya kamu bertaqwa
dan juga supaya kamu beroleh rahmat?".
👉Ajakan nabi Nuh.

Ayat 64
فَكَذَّبُوهُ
فَأَنْجَيْنَاهُ
وَالَّذِينَ مَعَهُ فِي الْفُلْكِ
وَأَغْرَقْنَا الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۚ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا عَمِينَ

Mereka terus mendustakannya,
lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera,
dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.
Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)
👉

Ayat 65
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًا ۗ
قَالَ يَا قَوْمِ
اعْبُدُوا اللَّه
َ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۚ
أَفَلَا تَتَّقُونَ

Dan kepada kaum Aad, (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Hud. Ia berkata: "Wahai kaumku!
Sembahlah kamu akan Allah(mentauhidkan Allah)
(sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya? "
👉kisah ke2,berani menyampaikan wahyu.
Ucapan nabi semua sama ,ajak mentauhidkan allah

Ayat 66
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَوْمِهِ
إِنَّا لَنَرَاكَ فِي سَفَاهَةٍ
وَإِنَّا لَنَظُنُّكَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata: "Sesungguhnya kami (wahai Hud) nampakmu berada dalam kebodohan,
dan sesungguhnya kami fikir engkau adalah dari orang-orang yang berdusta".
👉Kebodohan dan kurang waras سَفَاهَةٍ
Tidak cerdik tidak sama dgn kehendak masyarakat.

Ayat 67
قَالَ يَا قَوْمِ
لَيْسَ بِي سَفَاهَةٌ
وَلَٰكِنِّي رَسُولٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Nabi Hud menjawab: "Wahai kaumku!
Tidak ada padaku sebarang kebodohan(ketidakwarasan)
tetapi aku adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.
👉

Ayat 68
أُبَلِّغُكُمْ رِسَالَاتِ رَبِّي
وَأَنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أَمِينٌ

"(Tugasku) menyampaikan kepada kamu akan perintah-perintah (wahyu2@yang diutuskan oleh) Tuhanku,
dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah, bagi kamu.
👉Ingin kebaikan kepada orang yg dinasihati نَاصِحٌ
Dan amanah.

Ayat 69
أَوَعَجِبْتُمْ أَنْ جَاءَكُمْ ذِكْرٌ مِنْ رَبِّكُمْ
عَلَىٰ رَجُلٍ مِنْكُمْ
لِيُنْذِرَكُمْ ۚ
وَاذْكُرُوا إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ
مِنْ بَعْدِ قَوْمِ نُوحٍ
وَزَادَكُمْ فِي الْخَلْقِ بَسْطَةً ۖ
فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Adakah kamu merasa ragu-ragu dan hairan tentang datangnya kepada kamu nasihat pengajaran(wahyu) dari Tuhan kamu,
melalui seorang lelaki dari golongan kamu,
untuk memberi peringatan kepada kamu?
Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah
sesudah kaum Nabi Nuh,
dan Allah telah menambahkan kamu kelebihan (dan kekuatan) pada bentuk kejadian tubuh kamu.
Maka kenanglah akan nikmat-nikmat Allah supaya kamu berjaya".
👉Targhib.
Yg hidup zaman nabi Hud ,keturunan orang turun dr kapal.
Besar lagi kuat بَسْطَةً

Ayat 70
قَالُوا أَجِئْتَنَا لِنَعْبُدَ اللَّهَ وَحْدَهُ
وَنَذَرَ مَا كَانَ يَعْبُدُ آبَاؤُنَا ۖ
فَأْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ

Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata,
dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami?
(Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami,
jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉kata2 kaum add kepada nabi Hud.

Ayat 71
قَالَ
قَدْ وَقَعَ عَلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ رِجْسٌ وَغَضَبٌ ۖ
أَتُجَادِلُونَنِي
فِي أَسْمَاءٍ سَمَّيْتُمُوهَا
أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمْ
مَا نَزَّلَ اللَّهُ بِهَا مِنْ سُلْطَانٍ ۚ
فَانْتَظِرُوا
إِنِّي مَعَكُمْ مِنَ الْمُنْتَظِرِينَ

Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab(bala bencana) dan kemurkaan dari Tuhan kamu.
Adakah kamu hendak berbahas denganku
mengenai nama-nama (pujaan yg kamu sendiri berikan)yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya,
sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan(nama2 ini) sebarang bukti yang membenarkannya?
Maka tunggulah (kedatangan azab itu),
sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu".
👉jawab atas dasar ,bawa mari azab.

Ayat 72
فَأَنْجَيْنَاهُ
وَالَّذِينَ مَعَهُ بِرَحْمَةٍ مِنَّا
وَقَطَعْنَا دَابِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا ۖ
وَمَا كَانُوا مُؤْمِنِينَ

Maka Kami selamatkan dia
dan orang-orang yang bersamanya(sahabatnya), dengan rahmat dari Kami,
dan Kami (binasakan serta) putuskan keturunan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,
dan mereka bukanlah orang-orang yang beriman.
👉Akhir sekali Allah kata
Kami telah musnah akan baka dan keturunan وَقَطَعْنَا

Ayat 73
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۗ
قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ
مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ
قَدْ جَاءَتْكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ
هَٰذِهِ نَاقَةُ اللَّهِ
لَكُمْ آيَةً ۖ
فَذَرُوهَا
تَأْكُلْ فِي أَرْضِ اللَّهِ ۖ
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ
فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Dan kepada kaum Thamud (Kami utuskan) saudara mereka: Nabi Soleh.
Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata (mukjizat) dari Tuhan kamu;
ini adalah seekor unta betina (dari) Allah sebagai keterangan bagi kamu (membuktikan kebenaranku). Oleh itu, biarkanlah unta itu
mencari makan di bumi Allah,
dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (kalau kamu menyentuhnya)
maka kamu akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉kisah ke3 ,da'wa yg ke3,cerita kaum tsamud
Allah nak manusia tahu bhw Allah sj lah yg maha mengetahui dan berkuasa.
Huraian bg naqotullah,unta betina tanda qudrat
Padang Allah yg luas أَرْضِ اللَّهِ

Ayat 74
وَاذْكُرُوا
إِذْ جَعَلَكُمْ خُلَفَاءَ مِنْ بَعْدِ عَادٍ
وَبَوَّأَكُمْ فِي الْأَرْض
ِ تَتَّخِذُونَ مِنْ سُهُولِهَا قُصُورًا
وَتَنْحِتُونَ الْجِبَالَ بُيُوتًا ۖ
فَاذْكُرُوا آلَاءَ اللَّهِ
وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad,
dan di tempatkannya kamu di bumi,
(dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata,
dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah.(kemahiran yg tiada pada bangsa lain).
Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi".
👉Tagrib

Ayat 75
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
مِنْ قَوْمِهِ
لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ مِنْهُمْ
أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُرْسَلٌ مِنْ رَبِّهِ ۚ
قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ

Ketua-ketua yang sombong takbur
dari kaumnya
berkata kepada orang-orang yang dipandang lemah iaitu orang-orang yang telah beriman di antara mereka:
"Tahukah kamu bahawa Soleh itu diutus dari Tuhannya?" Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami beriman kepada apa(ajaran tauhid) yang ia diutus untuk menyampaikannya".
👉Pengikut yg lemah beriman

Ayat 76
قَالَ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا
إِنَّا بِالَّذِي آمَنْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ

Orang-orang yang sombong takbur itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap ingkar akan orang yang kamu beriman kepadanya".
👉jawapan pembesar kaum nabi soleh

Ayat 77
فَعَقَرُوا النَّاقَةَ
وَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ
وَقَالُوا يَا صَالِحُ ائْتِنَا بِمَا تَعِدُنَا
إِنْ كُنْتَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ

Maka mereka pun menyembelih unta itu,
dan mereka menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka,
sambil berkata: "Hai Soleh! Datangkanlah azab yang engkau telah janjikan kepada kami,
jika betul engkau dari Rasul-rasul yang diutus (oleh Allah)".
👉unta lambang qudrat.
Hina lambang qudrat mempercepatkan keputusan Allah.

Ayat 78
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ
فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ

Oleh itu, mereka pun dibinasakan oleh gempa bumi,
lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
👉gegaran الرَّجْفَةُ

Ayat 79
فَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ
وَقَالَ
يَا قَوْمِ لَقَدْ أَبْلَغْتُكُمْ رِسَالَةَ رَبِّي
وَنَصَحْتُ لَكُمْ
وَلَٰكِنْ لَا تُحِبُّونَ النَّاصِحِينَ

Maka Nabi Soleh pun meninggalkan mereka (sebelum azab ditimpakan,fa tu takkid)
sambil berkata:
"Wahai kaumku! Aku telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku,
dan aku telah memberi nasihat kepada kamu,
tetapi kamu tidak suka kepada orang-orang yang memberi nasihat".
👉

Sabtu, Januari 28, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 59 7:44-58

Ayat 44
وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابَ النَّارِ
أَنْ قَدْ وَجَدْنَا مَا وَعَدَنَا رَبُّنَا حَقًّا
فَهَلْ وَجَدْتُمْ مَا وَعَدَ رَبُّكُمْ حَقًّا ۖ
قَالُوا نَعَمْ ۚ
فَأَذَّنَ مُؤَذِّنٌ بَيْنَهُمْ
أَنْ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ

Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata:
"Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada".
Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan:
"Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas
orang-orang yang zalim".
👉Gambaran dalam syurga dan neraka.
Kelebihan penghuni syurga.
Allah adakan gambaran ini untuk kita jadi yakin.

Ayat 45
الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
وَيَبْغُونَهَا عِوَجًا
وَهُمْ بِالْآخِرَةِ كَافِرُونَ

Iaitu mereka yang menghalang (dirinya sendiri dan juga orang lain) dari menurut jalan Allah,
dan mencari helah menjadikan jalan itu bengkok terpesong,
sedang mereka pula tidak percayakan hari akhirat.
👉Perangai orang zalim diatas dunia halang orang lain dr jln Allah dan berusaha agak yg lurus jadi bengkok ikut samaran Hawa nafsunya.

Ayat 46
وَبَيْنَهُمَا حِجَابٌ ۚ
وَعَلَى الْأَعْرَافِ رِجَالٌ
يَعْرِفُونَ كُلًّا بِسِيمَاهُمْ ۚ
وَنَادَوْا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَنْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۚ
لَمْ يَدْخُلُوهَا وَهُمْ يَطْمَعُونَ

Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding,
dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masing.
Dan mereka pun menyeru ahli Syurga (dengan memberi salam, katanya): "Salaamun Alaikum" (salam sejahtera kepada kamu).
Sedang mereka, sendiri belum lagi masuk Syurga, padahal mereka ingin sangat memasukinya.
👉A'raf,suatu kedudukan sementara.tengah2.
Lewat sebab amalan baik sama amalan jahat.

Ayat 47
وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النَّارِ
قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka,
mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim".
👉zalim kerana syirik.

Ayat 48
وَنَادَىٰ أَصْحَابُ الْأَعْرَافِ رِجَالًا يَعْرِفُونَهُمْ بِسِيمَاهُمْ
قَالُوا مَا أَغْنَىٰ عَنْكُمْ جَمْعُكُمْ
وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَكْبِرُونَ

Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A'raaf menyeru beberapa orang (Ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya,
dengan berkata: "Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar)
dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu - tidak dapat menolong kamu".
👉Pertanyaan al araf

Ayat 49
أَهَٰؤُلَاءِ الَّذِينَ أَقْسَمْتُمْ لَا يَنَالُهُمُ اللَّهُ بِرَحْمَةٍ ۚ
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ
وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ

(Mereka bertanya pula kepada Ketua-ketua kaum kafir itu dengan berkata): "Itukah orang-orang yang kamu ejek-ejek dahulu dan kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan beroleh rahmat dari Allah? (Sekarang dikatakan kepada mereka):
` Masuklah kamu ke dalam Syurga, tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap kamu,
dan kamu pula tidak akan berdukacita. '
👉Ashabul a'raf tanya dan berdoa.

Ayat 50
وَنَادَىٰ أَصْحَابُ النَّارِ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ
أَنْ أَفِيضُوا عَلَيْنَا مِنَ الْمَاءِ
أَوْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ ۚ
قَالُوا إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَهُمَا عَلَى الْكَافِرِينَ

Dan (Tuhan menerangkan pula kehinaan ahli neraka dengan firmannya): ahli neraka menyeru ahli Syurga (dengan berkata): "Limpahkanlah kepada kami sedikit dari air
atau dari rezeki (makanan) yang telah dikurniakan Allah kepada kamu".
Mereka (ahli Syurga) menjawab: "Sesungguhnya Allah telah haramkan kedua-duanya atas orang-orang kafir".
👉ahli neraka minta dari ahli syurga.

Ayat 51
الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا
وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ
فَالْيَوْمَ نَنْسَاهُمْ
كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَٰذَا
وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara ugama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan,
dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya).
Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat),
Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari mereka ini,
dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
👉Kafir adalah orang yg menjadikan agama sendaan

Ayat 52
وَلَقَدْ جِئْنَاهُمْ بِكِتَابٍ فَصَّلْنَاهُ عَلَىٰ عِلْمٍ
هُدًى
وَرَحْمَةً لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya),
untuk menjadi hidayah petunjuk
dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
👉Sampaikan جِئْنَاهُمْ

Ayat 53
هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا تَأْوِيلَهُ ۚ
يَوْمَ يَأْتِي تَأْوِيلُهُ
يَقُولُ الَّذِينَ نَسُوهُ
مِنْ قَبْلُ
قَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ
فَهَلْ لَنَا مِنْ شُفَعَاءَ
فَيَشْفَعُوا لَنَا
أَوْ نُرَدُّ فَنَعْمَلَ غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ ۚ
قَدْ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran),
pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak),
berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran,
maka adakah untuk kami pemberi syafaat
supaya mereka memberi syafaat bagi kami
atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal,
lain daripada apa yang kami telah kerjakan?"
Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 54
إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ
يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ
يَطْلُبُهُ حَثِيثًا
وَالشَّمْسَ
وَالْقَمَرَ
وَالنُّجُومَ
مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ ۗ
أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ ۗ
تَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy;
Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti)
dan (Ia pula yang menciptakan) matahari
dan bulan serta bintang-bintang,
(semuanya) tunduk kepada perintahNya.
Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.
Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.
👉Ayat ini perkara penting yg ke3 dlm surah ini(da'wa surah)

Ayat 55
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ
إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
👉Bila telah tahu semua sifat Allah,serulah pada Allah.
Berlebih2an contohnya sebaik2nya yg ditunjukkan nabi.

Ayat 56
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا
وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ
إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنَ الْمُحْسِنِينَ

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya,
dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul).
Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.
👉Setelah Allah mengadakan peraturan yg baik.

Ayat 57
وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا
بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا
ثِقَالًا سُقْنَاهُ
لِبَلَدٍ مَيِّتٍ
فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ
فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ ۚ
كَذَٰلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ
لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan),
hingga apabila angin itu membawa awan mendung,
Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang),
lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,
kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan.
Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati,
supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).
👉begitulah mudah tumbuhnya sebagaimana kallah akan keluarkan dr bumi nanti

Ayat 58
وَالْبَلَدُ الطَّيِّبُ يَخْرُجُ نَبَاتُهُ بِإِذْنِ رَبِّهِ ۖ
وَالَّذِي خَبُثَ لَا يَخْرُجُ إِلَّا نَكِدًا ۚ
كَذَٰلِكَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَشْكُرُونَ

Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah;
dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur.
👉Begitu lah juga keadaan manusia ada yg gersang dan ada yg subur.