Sabtu, April 30, 2022

K999. 8 tips tingkatan keyakinan diri.

K999. 8 tips tingkatan keyakinan diri..

8 perkara ini dapat membantu menambah keyakinan diri dan dapat mengatasi masalah yang timbul

-kes depresion,isu axiety,  taknak p sekolah, dibuli dsbgnya.
-disebalik itu adanya rasa kurang keyakinan
- atau bergelut dengan rasa rendah diri  ini  terdedah kepada masalah mental

1.Berjaga-jaga dengar self kritisma.
Maksudnya pemikiran diri kita sendiri yang mengkritik diri kita sendiri.
Perkara ini mungkin disebabkan kutukan orang lain terhadap dirinya bahkan  disebabkan dia sendiri sebut pada diri dia tentang diri dia mungkin berdasarkan pengalaman, sejarah ataupun sekadar persepsi dia sendiri terhadap dirinya. Jika diulang-ulang ,ia akan membentuk skima cara pemikiran sesaorang itu.
Bila sudah kenal pasti self kritisma ini, apa yang nak diperbuat?
Tanaman diri kita bukan semestinya fakta
Maksudnya bila pemikiran itu  datang, perkara itu tak semestinya betul. Contoh pemikiran kata bodoh. Tak mestinya betul bodoh atau tak pandai.
Ia hanyalah lintasan pemikiran. Ianya betul2 bodoh bila kita menerima pemikiran itu sebagai hakikat dan bertindak sebagaimana pemikiran itu nak kita bertindak. Itulah sebenarnya menjadikan kita tak pandai.
Pemikiran adalah seperti angin lalu datang dan pergi.
Diri kita langit yang terbentang.
Kena selalu cakap dengan diri kita.


2.Belajar untuk tolak usaha negatif yang selalu datang dalam diri kita.
Ganti pemikiran yang negatif itu dengan pemikiran yang lebih realistik.
Contoh: lawan dengan perkata yang lebih realistik.tak semestinya tak dapat jawab satu sudah tak pandai. Atau sebab tak pandailah kita nak belajar. Atau sebab itu kita terus belajar atau dulu pernah kita pelajar baik itu biasa , pemikiran yang realistik.
Cantik yang subjektif.ada yang cantik tak perangai tak eluk.

3.Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain tanpa tujuan yang betul.
Perbandingan ini biasanya datang tanpa dirancang. Tiada siapa pun yang sukakan dirinya dibandingkan dengan orang lain. Ini akan menganggu diri kita. Selalu percaya apa yang kita nampak pada orang lain itu bukan hakikat sebenarnya.

4.Selalu ingat kekuatan kita walaupun kekuatan itu kecil pada mata kita. 
Boleh tulis atau senaraikan.
Supaya boleh merasa nilai kekuatan itu.

5. Jaga kesihatan diri kita.
Tidur kena cukup.
Senaman 
 Rutin kesihatan setiap hari yang menyebabkan kita rasa banyak benda yang kita capai dalam hidup .
Bila badan kita sihat ia akan eningkatkan keyakinan  diri kita.

6. Bantu orang lain atau berbuat baik kepada orang lain.
Senyum kepada orang 
Buat kebajikan .
Kita berkongsi.
Sebab  usaha ini walaupun kecil ia akan membantu menambah keyakinan diri sendiri.


7.Bersedia memaafkan diri kita.
Kadang-kadang  disebabkan kesilapan yang pernah kita lakukan dalam hidup dan menerima hakikat yang kita ini tidak sempurna. Kesilapan itu boleh berlaku. Belajar menerima dan memaafkan. 

8.Sentiasa ada kehendak dan keinginan perbaiki diri. Belajar memperbaiki diri kita. 
Betul kita ada kekurangan  dan tak macam orang lain tetapi  kita bukan robot yang kaku dah tak boleh diubah lagi.
Manusia ada banyak  sangat potensi.

Contoh: Dr Roza nizam jadi tukang masak  untuk 500 orang dengan cara adanya keinginan dan peluang  .
Jangan jadikan kelemahan pusat fokus tetapi arahkan kepada usaha yang boleh kita kawal.
Belajar perkara walaupun kecil sekali pun ianya akan meningkatkan keyakinan diri sendiri.

Cuba 8 perkara ini mudah2an,
Keyakinan ini  tumbuh berkembang sedikit demi sedikit.
Keyakian ini bukan hitam putih atau ada tiada.
Keyakinan ini datang dalam batasannya sedikit, sederhana dan banyak. 
Jadi belajar sedikit demi sedikit untuk berubah supaya  sampai suatu ketika 'keyakinan diri ' itu akan bantu diri untuk lebih yakin bukan untuk bangga tetapi untuk hidup lebih mampu menghadapi apa2 cabaran yang datang dalam hidup.
Selamat mencuba. 







Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(313-320)20s

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 102(313-320)20s
20/3/22

٥٤ -باب مَا جَاءَ (باب الأحاديث التى وصلت إلينا من النبى الله عليه وسلم في) فِي نَضْحِ بَوْلِ الْغُلاَمِ قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ: 

54 - Bab Merenjisi Air Pada Air Kencing Bayi Laki-Laki Sebelum Ia Makan (Makanan Selain Susu Ibu). 

٧١ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ دَخَلْتُ بِابْنٍ لِي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّهُ عَلَيْهِ 

قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَزَيْنَبَ وَلُبَابَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ وَهِيَ أُمُّ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبِي السَّمْحِ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَأَبِي لَيْلَى وَابْنِ عَبَّاسٍ 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ قَالُوا يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلَامِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا
(Sanad atau isnad)
71 - Qutaibah dan Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Utbah 

(👉Dengan sanadnya  Imam Tirmizi meriwayatkan)

daripada Ummi Qais binti Miĥshan,⁶³⁸ kata beliau: “Aku masuk menemui Nabi s.a.w. dengan membawa bersama anak laki-lakiku⁶³⁹ yang belum makan makanan (masih bayi),⁶⁴⁰ tiba-tiba anakku mengencinginya. Maka Nabi s.a.w. pun meminta supaya diambilkan air, lalu Baginda merenjiskan air itu pada air kencingnya.”⁶⁴¹ 


Beliau (Tirmizi) berkata: “Dalam bab ini ada juga riwayat daripada Ali,⁶⁴² Aisyah,⁶⁴³ Zainab,⁶⁴⁴ Lubābah⁶⁴⁵ binti al-Harits, iaitu Ummu al-Fadhl bin `Abbās bin `Abdil Mutthalib, Abu as-Samĥ,⁶⁴⁶  Abdullah bin `Amar,⁶⁴⁷ Abu Laila⁶⁴⁸ dan Ibnu `Abbās.⁶⁴⁹

(Imam Tirmizi buat komentar terhadap hadits yang dikemukakan ini. Dari sini ulamak boleh mengesan pendapat Imam Tirmizi)
Ini pendapat bukan seorang ahli ilmu, baik dari kalangan sahabat Nabi s.a.w., Tābi`īn atau orang-orang setelah mereka, seperti Ahmad dan Ishaq(bin Rahawih atau Rohuyah). Mereka berkata: “Air kencing anak laki-laki itu(memadai) direnjis, sedangkan air kencing anak perempuan pula dibasuh, ini jika keduanya belum makan, jika keduanya telah makan, maka kedua-duanya dibasuh.”⁶⁵⁰

Minit 12
- tindakan imam Tirmizi yang dilihat dari komentarnya, jika dia tak buat tajuk lain maka itulah pilihannya


٥٤ -باب مَا جَاءَ (باب الأحاديث التى وصلت إلينا من النبى الله عليه وسلم في) فِي نَضْحِ بَوْلِ الْغُلاَمِ قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ: 
54 - Bab Merenjisi Air Pada Air Kencing Bayi Laki-Laki Sebelum Ia Makan (Makanan Selain Susu Ibu). 

-perkataan مَا pada باب مَا جَاءَ adalah mausul ada 2 bahagian.
Ini  مَا   ma mausul ismi musytarok.
- belum makan قَبْلَ أَنْ يَطْعَمَ, sebab itu diterjemah الْغُلاَمِ dengan bayi.
-perkataan الْغُلاَمِ kadang2 diguna untuk dewasa iaitu penggunaan sebagai majaz. Sebab orang tua asalnya  الْغُلاَمِ dulu.
-sebagai bahasa kiasan boleh dipanggil sheikh  sebab ambilkira dia boleh akan jadi sheikh jika panjang umur.
Minit 36
- bayi, kanak2, remaja, dewasa...bahasa arab lebih terperinci lagi peringkat2 ini.
- dalam perut dipanggil janin
- dilahirkan  sehingga habis menyusu panggil sobil (jamaknya sibyan)
- dari lepas menyusu sehingga 7 tahun dipanggil ghulam.
Tetapi dalam hadits ini diguna الْغُلاَمِ untuk bayi yang sedang menyusu, boleh juga mengambilkira yang sebelumnya.
-10tahun dipanggil yaafik.
-15tahun dipanggil tazawanu.
-25tahun dipanggil qumud
-25-30tahun dipanggil alamtengah
-40tahun dipanggil sumul
-40-50 tahun dipanggil kahlun
-50-80tahun dipanggil sheikh
->80 tahun dipanggil himm....hafiz ibnu hajar
-boleh bc sendiri untuk dapat lebih 
- nikmat baca quran dan hadits dengan faham alangkah ! Tidak buta bahasa arab.

-Qutaibah dan Ahmad bin Manī` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada az-Zuhri daripada `Ubaidillah bin `Abdillah bin `Utbah ...sudah ada tentang perawi2 


Hani baca dari Gombak.
_____________
⁶³⁸ Biodata Ummu Qais Binti Miĥshan Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fatĥul Bāri menukilkan kata-kata Ibnu `Abdil Barr bahawa nama sebenar Ummu Qais ialah Judzāmah. As-Suhaili dan Abul Qāsim al-Jauhari pula berkata, nama sebenarnya ialah Aaminah. Ummu Qais adalah adik beradik `Ukāsyah bin Miĥshan al-Asadi. 
-sahabat yang masyhur,minta ter
- 7000 orang masuk syurga..Ukasyah telah dapat mendapat sebelumnya.orang lain sudah tidak boleh selepas nya
minit 54
Beliau termasuk salah seorang wanita yang memeluk agama Islam di Mekah pada peringkat awal (di zaman Nabi s.a.w.). Beliau juga terbilang sebagai salah seorang sahabat wanita Nabi s.a.w. yang berhijrah ke Madinah di peringkat awal. 
Di dalam Sahih Bukhāri dan Sahih Muslim tidak ada haditsnya selain hadits ke-71 ini dan satu lagi hadits di dalam Kitab at-Thib. Kedua-dua haditsnya mengisahkan 
tentang anaknya. Boleh dikatakan kebanyakan pengarang kitab-kitab utama hadits mengambil haditsnya. Tetapi haditsnya yang diambil oleh Tirmidzi untuk Kitab 
Sunannya hanya satu ini sahaja.
- dia termasuk assabiqunalawalun .
At-Taubah 9:100
وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلْأَوَّلُونَ مِنَ ٱلْمُهَٰجِرِينَ وَٱلْأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا ٱلْأَنْهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًاۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ 
Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan mereka pun ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.

- telah istihar Allah redha
وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِإِحْسَٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا۟ عَنْهُ
-salah seorang yang meriwayatkan hadits darinya maulanya 
- Islam tidak nak memperhambakan manusia.
- kaffarah juga memerdekakan hamba.
- tuan yang memerdekakan berhak mendapat pusaka.
- Nabi saw ada 100orang hamba. Ini sangat kaya.  Pilih akhirat dengan memerdekakan hamba, yg dipanggil mawali.
-dari satu kitab
- hilang akal jgn mandikan anakku dengan air sejuk nanti dia mati..sebab sedih sangat.
-Ukasyah mengadu
- nabi saw dtg dan kata (doakan) panjanglah umurnya.
- maulanya kata Umur Ummi Qoais , 100 tahun.
- tetapi hadits yang ceritakan tentang Umi Qoais itu lemah dan ada dalam sunan nasaei , sebab perawinya abu hasan majhul sebab itu mmay tak bawakan hadits itu
1jam 5minit
- hadits, untuk sekadar cerita anaknya mati sudah boleh dipakai .
- hadits juga menunjukan perhubungan  nabi saw atau sahabat dengan perempuan, sehingga membawa atau menceritakan tentang hal anaknya .
-kejauhan perhubungan menyebabkan banyak penyelengangan yang berlaku.



⁶³⁹ Anak laki-laki Ummu Miĥshan ini kemudiannya mati ketika masih kecil lagi semasa hayat Rasulullah s.a.w. Namanya tidak diketahui. Demikian kata hafiz ibnu hajar. 

⁶⁴⁰ Yang dimaksudkan dengan “belum makan makanan” di sini ialah anak itu belum makan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu, tamar semasa ditaĥnīkkannya dan madu yang diberikan kepadanya sama ada sebagai ubat atau untuk tujuan yang lain. Pendek kata tidak ada makanan lain yang mengenyangkannya selain susu ibu. 
Inilah kesimpulan daripada kata-kata Imam an-Nawawi di dalam Syaraĥ Muslim dan Syaraĥ Muhadzdzab. Demikian juga disebutkan oleh hafiz ibnu hajar, ibnu Qudāmah 
dan lain-lain `ulama’.Kata ibnu at-Tīn, “Mungkin maksud Ummu Miĥshan dengan katanya: “anak laki-lakiku yang belum makan makanan” itu ialah anaknya belum makan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Mungkin juga dia membawa anaknya kepada Nabi s.a.w. ketika ia baru dilahirkan untuk ditaĥnik oleh Baginda s.a.w. Kalau benar kemungkian kedua ini, maka penafiannya bererti umum, iaitu ia memang belum makan apa-apa selain susu ibunya.” 

Fatimah baca

⁶⁴¹ Di dalam riwayat Muslim tersebut begini:
 فَلَمْ يَزِدْ عَلَى أَنْ نَضَحَ بِالْمَاءِ 
Maksudnya :“Tidak ada apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selain merenjiskannya.”

Ini bererti Nabi s.a.w. tidak membasuhnya seperti membasuh najis-najis yang lain.

Inti Sari Hadits:
(1) Hadits ini menunjukkan air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibu juga najis yang wajib dihilangkan. Cuma cara menghilangkannya sahaja berbeza daripada cara menghilangkan najis-najis yang lain. Merenjisnya sahaja dikira sudah memadai untuk menghilangkan kenajisannya.Kata al-Khatthābi, “Orang yang mengharuskan air kencing bayi seperti itu direnjis 
sahaja bukanlah kerana ia menganggap air kencing bayi seperti itu tidak najis, tetapi kerana ia menganggapnya sebagai najis yang ringan.” 
- najis mukhafah atau najis ringan.
- najis mutawasit
- najis berat

(2) Ia menyatakan cara menyucikan air kencing bayi seperti itu. Merenjis dan menyimbah air sahaja ke atasnya sudah dikira memadai untuk menyucikannya. Tidak
perlu ia dibasuh seperti najis-najis yang lain.

(3) Salah satu sifat mudah dan keterbukaan Islam dapat dilihat melalui hadits ini. Air kencing bayi seperti itu tidak wajib dibasuh dengan agak bersungguh seperti membasuh najis-najis lain. Najisnya dapat dihilangkan dengan hanya merenjis atau menyimbahnya sahaja.

(4) Di dalamnya terdapat panduan bermesra dengan masyarakat, berlemah lembut dengan mereka dan bersifat dengan sifat merendahkan diri dalam pergaulan hidup.

(5) Di dalamnya juga terdapat pedoman daripada Rasulullah s.a.w. mengenai kasih sayang terhadap kanak-kanak. Lihat bagaimana Rasulullah mengambil anak Ummu Miĥshan yang dibawakan kepadanya dan meletakkan anak itu dalam haribaannya. Apabila anak itu kencing, tidak pula Rasulullah s.a.w. kelihatan marah dan gusar, sebaliknya menampakkan ringannya air kencing bayi seperti itu dan menghilangkannya dengan menyimbahnya sahaja.

(6) Sifat Rasulullah yang tergambar di dalam hadits ini sesuai sekali dengan sifat Baginda yang digambarkan oleh Allah di dalam al-Qur’an:
 Al-Qalam 68:4 وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ 
Bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam:4).
 
At-Taubah 9:128
لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan kebaikan bagimu, (dan) dia pula amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang yang beriman. (at-Taubah:128).

(7) Betapa sayangnya para sahabat kepada Rasulullah s.a.w. dan betapa mengharapnya mereka akan keberkatan dan kebertuahan Baginda. Antara buktinya ialah mereka membawakan anak-anak mereka kepada Rasulullah s.a.w. demi mendapatkan keberkatan dan doa kebaikan darinya.

(8) Keelokan mentaĥnīk bayi dan mendapatkan doa keberkatan orang-orang berilmu yang shaleĥ untuk anak-anak. Mungkin itu juga maksud Ummu Miĥshan pergi menemui Nabi s.a.w. dengan membawa bersama anak laki-lakinya.`Aaishah meriwayatkan:
كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِيَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ
Bermaksud: Sesungguhnya kanak-kanak selalu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentaĥnik mereka. Pernah 
dibawakan seorang bayi kepada Baginda, tiba-tiba bayi itu kencing di atas haribaannya. Maka Baginda meminta dibawakan air, lalu tempat terkena air kencing 
itu disimbahnya. Baginda tidak membasuhnya (seperti membasuh najis-najis yang lain). 
(Hadits riwayat Muslim).

Tirmizi dari Pucung

⁶⁴² Hadits `Ali dikemukakan oleh Aĥmad dan pengarang-pengarang kitab Sunan kecuali an-Nasā’i. Isnādnya sahih. Lafaznya adalah seperti berikut:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي بَوْلِ الْغُلَامِ الرَّضِيعِ يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلَامِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ قَالَ قَتَادَةُ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلَا جَمِيعًا
Bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda tentang (air kencing) bayi yang sedang menyusu: “Renjislah air kencing bayi laki-laki dan basuhlah air kencing bayi 
perempuan.”

Kata Qatādah, “(Hukum) Ini selagi keduanya tidak makan makanan (lain selain susu ibu sebagai makanan yang mengenyangkan), kalau keduanya telah makan, maka air 
kencing kedua-duanya (hendaklah) dibasuh.”


⁶⁴³ Hadits aisyah dikemukakan oleh Bukhāri, Muslim dan lain-lain. Lafaznya ialah:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُؤْتَى بِالصِّبْيَانِ فَيُبَرِّكُ عَلَيْهِمْ وَيُحَنِّكُهُمْ فَأُتِيَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ بَوْلَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ
Bermaksud: Sesungguhnya selalu dibawakan kepada Rasulullah s.a.w. kanak-kanak, Baginda mendoakan keberkatan untuk mereka dan mentaĥnīk mereka. Pernah 
dibawakan seorang bayi kepadanya, tiba-tiba bayi itu kencing di atas (riba)nya. Maka Baginda meminta supaya dibawakan air, lalu menyimbah tempat yang terkena air 
kencing itu dengannya. 

⁶⁴⁴ Hadits Zainab iaitu Zainab binti Jaĥsyin isteri Nabi s.a.w. dikemukakan oleh at-thabaraani di dalam al-Mu`jam al-Kabīr dengan panjang lebar. Ia juga dikemukakan 
oleh `Abdur Razzāq di dalam Mushannafnya dan Imam Bukhāri di dalam at-Tārīkh al-Kabīrnya. Antara yang tersebut di dalamnya ialah:
إِنَّهُ يُصَبُّ مِنَ الغُلَامِ وَيُغّسَلُ مِنَ الْجَارِيَةِ
Bermaksud: Sesungguhnya air kencing bayi laki-laki memadai dengan disimbah (sahaja), dan air kencing bayi perempuan (pula) perlu dibasuh.

Di dalam isnādnya terdapat Laits bin Abi Sulaim, seorang perawi dhaif. Kerananya hadits ini dianggap dhaif.


⁶⁴⁵ Hadits Lubābah dikemukakan oleh Aĥmad, Abu Daud, Ibnu Majah, ibnu khuzaimah dan lain-lain. Lafaznya ialah:
 قَالَتْ كَانَ الْحُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي حِجْرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَقُلْتُ الْبَسْ ثَوْبًا وَأَعْطِنِي إِزَارَكَ حَتَّى أَغْسِلَهُ قَالَ إِنَّمَا يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْأُنْثَى وَيُنْضَحُ مِنْ بَوْلِ الذَّكَرِ
Bermaksud: Kata beliau (Lubābah), “Ĥusain bin `Ali pernah berada di atas ribaan Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba ia kencing di atasnya. Aku pun berkata (kepada Rasulullah s.a.w.), “Pakailah kain lain dan berikan kepadaku kainmu itu, biar aku membasuhnya. Maka bersabdalah Baginda: “Hanya air kencing bayi perempuan sahaja perlu dibasuh. Air kencing budak laki-laki (memadai dengan) disimbah sahaja.

1jam27minit
-buku tulisan  mmay, Husin dilahirkan pada tahun ke9 hijrah. Sebab ada yang kata dia lahir tahu  ke4.
Fatimah berkahwin dengan Ali selepas Perang Uhud pada tahun ke3 hijrah. Mengandung memerlukan 9 bulan, tahun ke4 Hasan dulu lahir selepas itu baru Husin tahun ke5 tetapi berdasar banyak riwayat dia lahir tahun ke 9 hijrah.
Ini buktinya , Lubabah(Ummu Fadal) memeluk Islam setelah pembukaan Mekah . Pembukaan Mekah pada tahun ke8 hijrah. Sebelum itu dia duduk dengan Abbas, bapa saudara Nabi saw. Selepas balik dari situ ada beberapa lagi peperangan berlaku, kira2 sampai di Madinah pada tahun ke9hijrah atau katalah sampai tahunke 8 juga. Bila Husin ni lahir?
Beliaulah yang menyambut kelahiran Husin ini. Fatimah duduk dimana? Bukankah Fatimah duduk di Madinah.
Lubabah bermimpi anggota Nabi saw tercabut dan jatuh keribaanya.Itu mimpi.
Jika lahir tahun ke4 Husin sudah umur berapa tahunkah ketika di Madinah masa Lubabah yang sudah ada diMadinah dan minta kain dan jaga Husin selain menyambut kelahiran Husin.

1jam 34 minit.

Sobri dari Puncak Alam

⁶⁴⁶ Abu as-Samĥ adalah maula (hamba bebasan) Nabi s.a.w. dan khadam Baginda. Nama sebenarnya tidak diketahui, beliau hanya dikenali dengan nama panggilan 
tersebut “Abu as-Samĥ”. Sesetengah `ulama’ mengatakan namanya Iyād. Tidak diketahui Abu as-Samĥ ini meriwayatkan hadits selain hadits bab ini. Hadits Abu as-
Samĥ yang dimaksudkan itu dikemukakan oleh Abu Daud, Nasā’i, Ibnu Majah dan lain-lain. Di dalamnya tersebut:
يُغْسَلُ مِنْ بَوْلِ الْجَارِيَةِ وَيُرَشُّ مِنْ بَوْلِ الْغُلَامِ
Bermaksud: Air kencing budak perempuan (perlu) dibasuh, dan air kencing budak laki-laki (memadai dengan) direnjis.


⁶⁴⁷ Hadits `Abdullah bin `Amar dikemukakan oleh at-Thabarāni di dalam al-Mu`jamu al-Ausath dengan isnād yang hasan. Lafaznya ialah:
أُتِيَ بِصَبِيٍّ ، فَبَالَ عَلَيهِ  فَنَضَحَهُ ، وَأُتِيَ بِجَارِيَةٍ، فَبَالَتّ عَلِيْهِ ، فَغَسِلَهُ
Bermaksud: Dibawakan kepada Nabi s.a.w. seorang bayi laki-laki. Lalu ia kencing di atas Baginda, maka (tempat yang terkena) kencingnya disimbah (sahaja) oleh Baginda, dan dibawakan (juga) kepada Nabi s.a.w. seorang bayi perempuan lalu ia kencing di atas Baginda, maka (tempat yang terkena) kencingnya dibasuh oleh Baginda.


⁶⁴⁸ Hadits Abu Laila dikemukakan oleh Aĥmad, Ibnu Abi Syaibah, ad-Dārimi, at-Thaĥāwi dan lain-lain dengan sanad yang tidak begitu kuat. 

- hadits wafilbab tidak mmay bawakan dan ada juga ada

⁶⁴⁹ Hadits ibnu abbaas pula dikemukakan oleh `Abdur Razzāq dan ad-Dāraquthni. Sanadnya dhaif.


⁶⁵⁰ Al-Imam Abu Bakr Ibnu al-Mundzir berkata, “Ahli ilmu berbeda pendapat tentangmasalah ini. Sekumpulan `ulama’ berpendapat, “Air kencing bayi laki-laki direnjis 
(sahaja untuk menghilangkan kenajisannya), selagi ia belum makan apa-apa makanan (selain susu ibu). Air kencing bayi perempuan (perlu) dibasuh (untuk menghilangkan kenajisannya). Inilah yang diriwayatkan daripada `Ali, Ummu Salamah, `Athā’ dan al-Ĥasan. Ini juga pendapat Aĥmad dan Ishaq.
Sekumpulan `ulama’ pula berpendapat, “Air kencing perlu dibasuh untuk menghilangkan kenajisannya, tidak kira sama ada air kencing orang dewasa atau kanak-kanak, laki-laki atau perempuan. Air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibunya juga sama hukumnya, baik bayi laki-laki atau bayi perempuan. 

Antara tokoh fuqahā’ yang berpendapat begini ialah Ibrahim an-Nakha`i, Sufyan ats-Tsauri dan Abu Tsaur. 
Ada juga dinukilkan daripada al-Ĥasan dan an-Nakha`i bahawa mereka berpendapat, air kencing bayi laki-laki dan bayi perempuan yang belum makan apa-apa selain susu 
ibu perlu direnjis sahaja untuk menghilangkan kenajisannya.

Kata Ibnu al-Mundzir, “Berdasarkan hadits Ummu Qais, air kencing bayi laki-laki wajib direnjis dan air kencing bayi perempuan pula (wajib) dibasuh.” 
(Lihat al-Ausath j.2 m/s 142-143).

Imam an-Nawawi berkata, “Terdapat tiga pendapat `ulama’ mengenai cara menyucikan air kencing bayi laki-laki dan perempuan. Ketiga-tiganya juga merupakan pandangan tokoh-tokoh dalam mazhab Syafi`e.

(1) Pendapat yang sahih, masyhur dan terpilih ialah air kencing bayi laki-laki memadai dengan disimbah. Air kencing bayi perempuan pula tidak memadai dengan
disimbah, bahkan ia mesti dibasuh seperti najis-najis yang lain.

(2) Merenjis air pada air kencing bayi yang belum makan apa-apa selain susu ibu sudah memadai untuk menghilangkan kenajisannya, baik bayi itu laki-laki atau 
prempuan.

(3) Merenjis atau meyimbah air tidak memadai untuk menghilangkan kenajisan air kencing bayi, sama ada laki-laki atau perempuan. 

Kedua-dua pandangan yang terakhir ini telah disebut oleh pengarang Kitab at-Tatimmah dan lain-lain dari kalangan ashĥāb kita (tokoh-tokoh dalam mazhab Syafi`e).

Antara orang yang membezakan cara menghilangkan najis air kencing bayi laki-laki dan perempuan ialah `Ali bin Abi Thālib, `Athā’ bin Abi Rabāĥ, al-Ĥasan al-Bashri, Aĥmad bin Ĥambal, Ishaq bin Rāhawaih, sekumpulan `ulama’ Salaf, ashĥāb al-ĥadīts (Ahlul Ĥadīts), Ibnu Wahab dari kalangan murid-murid Malik dan ada juga diriwayatkan daripada (Imam) Abi Ĥanīfah.

Antara orang yang berpendapat wajib dibasuh air kencing bayi laki-laki dan perempuan kedua-duanya ialah Abu Ĥanīfah dan Malik menurut pendapat yang masyhur dinukilkan daripada mereka berdua. Demikian juga pendapat Ahlul Kūfah. Kata Ibnu Daqīq al-`Iid, “Mereka pakai qias dalam masalah ini. Mereka juga menta’wil apa yang tersebut di dalam hadits dengan lafaz: ُولم يغسِله (dan Baginda tidak membasuhnya). Kata mereka, itu bermaksud, Nabi s.a.w. tidak membasuhnya dengan bersungguh- sungguh. Sedangkan ta’wilan mereka itu menyalahi zahir (hadits). Apa yang tersebut di dalam hadits-hadits lain tentang adanya perbezaan dalam cara membasuh air kencing bayi laki-laki dan perempuan, semuanya menolak pandangan mereka. Kerana mereka tidak membezakannya. 
(Lihat Syarĥ Muslim an-Nawawi j.3 m/s195, Fatĥul Bāri j.1 m/s 391). 


Beberapa Perhatian Dan Peringatan Berkaitan Dengan Hadits Ini:
(1) Imam an-Nawawi juga berkata, “Khilaf yang berlaku dalam masalah ini hanyalah tentang cara membersihkan sesuatu yang terkena air kencing bayi laki-laki yang
belum memakan sesuatu sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Adapun tentang kenajisan air kencing itu, maka tidak ada khilaf tentangnya.  Sesetengah tokoh dalam mazhab kita (mazhab Syafi`e) bahkan menukilkan ijmā` para `ulama’ tentang kenajisan air kencing bayi laki-laki seperti itu pun. Tidak ada orang
yang menyalahinya selain Daud az-Zhāhiri. Kata al-Khatthābi, “Orang yang mengharuskan air kencing bayi seperti itu direnjis sahaja bukanlah kerana ia menganggap air kencing bayi seperti itu tidak najis, tetapi kerana ia menganggapnya sebagai najis yang ringan.” Inilah pendapat yang betul. Apa yang dinukilkan oleh Abul Ĥasan Ibnu Batthāl dan kemudiannya oleh Qādhi `Iyādh daripada Syafi`e dan lain-lain bahawa mereka berpendapat air kencing bayi seperti itu suci, kerana itulah ia hanya direnjiskan sahaja, tidak benar sama sekali nukilan itu.

(2) Tokoh-tokoh fuqahā’ mazhab Syafi`e berbeda pendapat tentang maksud renjis atau simbah air ke atas tempat yang terkena air kencing kanak-kanak seperti itu. 
Sebanyak manakah air diperlukan untuk  membersihkannya ?
Sebahagian mereka berpendapat, air yang disimbah jika diperah tidak akan menitis. Sekadar itu pun sudah memadai. Sebahagian yang lain pula berpendapat, air yang direnjis atau disimbah hendaklah agak banyak sehingga melebihi air kencing bayi itu sendiri, tetapi tidaklah sampai ia mengalir atau menitis dengan banyak seperti yang diperlukan ketika membasuh najis-najis yang lain. Kata mereka, itulah maksud ِنَضْح(simbah) atau ُرَش(renjis) yang tersebut di dalam hadits-hadits. Basuh atau غسل dalam erti kata sebenarnya seperti ketika membasuh najis-najis yang lain tidaklah dikehendaki, kerana ia dinafikan dengan kata: يغسله ولم yang bermaksud: dan Nabi s.a.w. tidak membasuhnya. 

(3) Simbah atau renjis itu memadai hanya untuk menghilangkan kenajisan air kencing bayi yang belum makan makanan lain sebagai makanan yang mengenyangkannya selain susu ibu. Adapun kalau ia telah makan makanan lain sebagai makanan yang
mengenyangkannya, maka tidak ada cara lain untuk menghilangkan kenajisannya melainkan dengan membasuhnya seperti membasuh najis-najis yang lain. 
Membasuhnya adalah suatu yang wajib tanpa ada khilaf di kalangan `ulama’.

(4) Para `ulama’ juga cuba menyelami hikmat di sebalik perbezaan di antara cara menghilangkan najis air kencing bayi laki-laki dan bayi perempuan. Kenapa kenajisan 
air kencing bayi perempuan tidak dapat dihilangkan seperti air kencing bayi laki-laki? Kenapa air kencing bayi perempuan yang belum makan apa-apa makanan selain susu ibu juga perlu dibasuh seperti najis-najis lain dan tidak memadai dengan disimbah atau direnjiskan sahaja seperti air kencing bayi laki-laki? 


Di bawah ini dikemukakan beberapa pandangan yang telah diberikan oleh para `ulama’ berhubung dengan hikmahnya:

(1) Kebanyakan orang lelaki dan perempuan lebih suka membawa bayi laki-laki ke dalam majlis-majlis mereka, khususnya dalam masyarakat `Arab di zaman Rasulullah 
s.a.w. Apabila bayi dibawa ke mana-mana, maka terdedahlah mereka kepada kencing bayi yang tidak menentu. Dalam keadaan itu kewajiban membasuh kencingnya seperti najis-najis lain setiap kali ia kencing tentu sekali menyusahkan. Sedangkan ia sudah merupakan sesuatu yang tidak dapat dikawal dan dielakkan dengan mudah, bahkan telah termasuk dalam perkara عموم البلوى  . Antara keistimewaan hukum Islam ialah terdapat di dalamnya konsep tidak menyusahkan 
penganutnya (رفع الحرج ) .Dan supaya tidak menyusahkan, maka diringankanlah cara menghilangkan kenajisannya. 

(2) Air kencing bayi laki-laki tidak tumpah setempat, sebaliknya ia terpencar-pencar. Adakalanya ia memanjang dan bertaburan ke merata tempat. Berbeza keadaannya 
dengan air kencing bayi perempuan yang tumpah boleh dikatakan setempat sahaja. Jika diwajibkan membasuh setiap bahagian tempat yang terkena air kencing bayi laki-
laki, tentulah menyukarkan. Kerana itulah hukum menghilangkan kenajisannya diringankan.


(3) Air kencing bayi perempuan lebih keras dan lebih hancing berbanding air kencing bayi laki-laki. Sebabnya ialah mizaj tubuh lelaki lebih panas dan kering berbanding 
mizaj tubuh wanita yang sejuk dan kelembapan. Kepanasan mizaj lelaki itulah yang mengurangkan sedikit bau air kencingnya. Lebih-lebih lagi air kencing bayi yang
makanannya hanyalah susu ibunya. 



Jumaat, April 29, 2022

K999.Plan.Tidak membiarkan saja mengalir (ikut flow) arus persekitaran semasa.

K999.Plan.Tidak membiarkan saja mengalir (ikut flow) arus persekitaran semasa.

Beritahu anak siap-siap apa mereka AKAN LALUI,
apa batasan mereka TIDAK boleh dan BOLEH lakukan,
agar mengurangkan kepeningan kita mengurus emosi dan tingkahlaku mereka.

Suasana tidak biasa untuk mereka,
Juga merupakan tidak rutin untuk kita (sedia cekap/efisien).

Namun sebagai individu yang lebih dewasa, matang dan lebih berpengalaman, 
Kita bertanggungjawab LEBIH untuk 
SABAR, dan MEMBIMBING suasana ke arah paling minima risiko tidak selamat..

Take care everyone.

💚
Maznah Ibrahim

p/s:
💖 Selamat pulang berhari raya ke kampung halaman masing-masing,
💖 Puasa kita masih berbaki 3.5 hari, 3 malam dan 1 malam ganjil di bulan Ramadhan tahun ini, InsyaAllah.
💖 Sudah cek email - surat kasih sayang saya?

Khamis, April 28, 2022

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 104(320-330)s17/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 104(320-330)s17/4/22
17/4/22

Jami ' tirmizi kitab bersuci sesi 103(320-330)s17a
٥٥-( قال) حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ (قال) حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِم( قال) حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ( قال) حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ وَقَتَادَةُ وَثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَاسًا مِنْ عُرَيْنَةَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ فَاجْتَوَوْهَا فَبَعَثَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي إِبِلِ الصَّدَقَةِ وَقَالَ اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا فَقَتَلُوا رَاعِيَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا الْإِبِلَ وَارْتَدُّوا عَنْ الْإِسْلَامِ فَأُتِيَ بِهِمُْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ مِنْ خِلَافٍ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ وَأَلْقَاهُمْ بِالْحَرَّةِ قَالَ أَنَسٌ فَكُنْتُ أَرَى أَحَدَهُمْ يَكُدُّ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا وَرُبَّمَا قَالَ حَمَّادٌ يَكْدُمُ الْأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَنَسٍ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالُوا لَا بَأْسَ بِبَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ

72- Al-Hasan bin Muhammad az-Za`farāni meriwayatkan kepada kami, katanya: `Affān bin Muslim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥammād bin Salamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ĥumaid, Qatādah dan Tsabit meriwayatkan kepada kami 
👉 (Imam Tirmizi dengan sanadnya meriwayatkan) daripada 
Anas, beliau berkata: “Beberapa orang dari puak `Urainah⁶⁵¹ datang ke Madinah, lalu mereka tidak suka berada di Madinah.⁶⁵² Maka Rasulullah s.a.w. pun mengirim mereka ke (tempat) unta zakat. Beliau s.a.w. bersabda: “Minumlah kamu susu dan air kencingnya.”⁶⁵³  Lalu mereka membunuh
penggembala⁶⁵⁴  Rasulullah s.a.w. dan menggiring (menghalau atau membawa lari) unta-unta berkenaan serta murtad.⁶⁵⁵ Kemudian (setelah ditangkap) mereka dihadapkan kepada Nabi s.a.w., beliau memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang, mata mereka (pula) dicelak dgn besi panas (paku besar yg dipanaskan dgn api)⁶⁵⁶  dan mereka dibuang ke Ĥarrah.”⁶⁵⁷ Anas berkata: “Aku Melihat salah seorang dari mereka jatuh tersungkur hingga pasir masuk ke dalam mulutnya, lalu mereka mati.” Kadang-kadang Ĥammād berkata: “Ia menggigit tanah dengan mulutnya, sehingga mereka semua mati.”⁶⁵⁸
 
Abu `Isa berkata: “Ini adalah hadits hasan shahih.⁶⁵⁹ Ia telah diriwayatkan daripada Anas bukan hanya melalui satu saluran riwayat sahaja. Itu adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu, mereka mengatakan: “Tidak mengapa dengan
air kencing binatang yang boleh(halal) dimakan dagingnya.”⁶⁶⁰



_______________________
-sudah bincang  dan ada lagi yang perlu dibincangkan lagi
- hadits inilah menyebabkan berlakunya khilaf.
-ada kata tak boleh
- ada kata boleh najis dijadikan ubat.
-masalah pertama khilaf pendapat meminum air kencing unta.
- masalah kedua, bolehkah berubat dengan benda- benda haram.iaitu ada najis.ini belum bincang.
-masalah  ketiga , hukum terhadap orang yang membunuh manusia.dalam hadits ini nampak teruk sangat  yang diharam oleh hadits yang lain yang dipanggil muslah. Begitukah cara bunuh dalam Islam?

-beberapa nota perlu diingat terlebih dahulu.
-beliau s.a.w. bersabda: “Minumlah kamu susu dan air kencingnya.”⁶⁵³ sebahagiannya telah bincang.

-berpakat membunuh satu orang kena bunuh semua.
-lihat nota ⁶⁵⁴

sambungan pada hari 17/4/22 Tirmizi baca
⁶⁵⁴ Nama penggembala Rasulullah s.a.w. ini menurut riwayat at-Thabaraani yang agak kuat sanadnya ialah Yasār. Yasār adalah hamba Rasulullah s.a.w. Sesetengah `ulama’ pula berkata, penggembala Rasulullah s.a.w. itu adalah anak Abu Dzarr al-Ghifāri r.a. Berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim hanya seorang sahaja penggembala disebutkan. 

Berdasarkan riwayat Abu `Awānah di dalam Mustakhrajnyaª
dan at-Thaĥāwi di dalam Syarĥ Musykilil Aatsāªª  pula tersebut dua orang penggembala sebenarnya, tetapi yang terbunuh hanya seorang sahaja. 

ª ini nama jenis kitab, kitab hadits ada banyak jenis. Ada berbagai jenis kitab. Mustakhrajnya ini mesti kena ada
 asasnya, kitab lain yang mempunyai sanad lain. Tetapi kitab 
Mustakhraj ini yang berasas kitab sahih muslim , ini bermakna hadits2 dalam sahih muslim itu ada didalamnya. Cuma saluran riwayatnya berlainan begitu juga dengan sanadnya.
Yakni hadits2 didalam Mustakhraj berdasar kitab tertentu tetapi sanad dan salurannya ada tidak sama dengan kitab tertentu itu.
Kelainan boleh jadi sedikit atau banyak. Yang pasti tidak betul2 seperti kitab asalnya.
Faedahnya menguatkan lagi kitab asalnya kerana kitab asal itu tidak hanya mempunyai saluran  riwayat itu sahaja tetapi  ada lagi yang lainnya.
Lagi hebat  orang buat Mustakhrajnya lagi lagi kuatlah Mustakhrajnya seperti Abu Awanah seorang tokoh hadits.
Kalu  Mustadhrajnya Al-Hakim  juga jenis kitab hadits yang sanadnya atau perawi2nya sama dengan kitab tertentu.
Perawi2nya itu ada dalam kitab tertentu  misalnya Mustakhrajnya ala sahihin,ini asas bagi kitab ini ialah bukhari dan muslim yakni perawi2 bukhari dan muslim itu  mereka kumpul pula hadits mereka yang lain yang tidak ada didalam bukhari dan muslim sedang mereka perawi bukhari dan muslim. Bermakna perawi2 itulah yang menyebabkan kitab Bukhari jadi lebih atau istimewa. Kiranya   apabila sesaorang pengarang   kitab hadits itu buat kitab Mustakhraj, bermakna dia nak cerita perawi2 itu tidak hanya meriwayatkan apa yang ada didalam bukhari muslim sahaja. Banyak lagi hadits2 mereka yang lain yang tidak di masukan oleh bukhari muslim dalam kitab mereka. Seolah2 ada banyak lagi hadits2 yang menepati syarat bukhari dan muslim. Kira2 tinggilah hadits2 itu. Sejauh mana kebenarannya, perlulah ditengok pula.  Bgmnpun pada dasarnya itulah maksudnya Mustakhraj.
Selain itu ada kitab yang bernama Ajzak atau  juzuk dan lain2 lagi kitab imam bukhari. Kitab ini mengumpul mengenai perkara tertentu sahaja. Misalnya kitab bukhari yang mengumpulkan hadits2 yang menyebutkan tentang mengangkat2 tangan dalam solat ketika mana.contoh ketika takbiratulihram,ketika nak rukuk, ketika bangun dari rukuk dan ada lagi tempat lain. Tak kira sahaih atau tidak. Setakat mana yang ada dikumpulkan didalam itu.
Ada juga kitab hadits yang mengumpulkan hadits tentang bacaan makmun dalam solat berjemaah. Bagaimana makmun nak baca dibelakang imam terutamanya ummulkitab mesti bacakah atau tidak. Kitab ini dipanggil kitab Ajzak.
Ada juga jenis  kitab Musnad. Cara susunnya mengikut darjat kedudukan perawi, kalu dikalangan sahabat , riwayat Abu bakar yang mula2 sekali, kemudian riwayat Umar , kemudian Usman .
Jadi kita kena faham bila sebut Mustakhraj , itu apa?


ªª ialah atsar yang musykil atau  mengelirukan atau jenis kitab yang bertentangan. Termasuk atsar sahabat yang nampak bertentangan, jadi dia hurai khusus yg  berkenaan yang musykil itu. imam tahawi ada tulis 2 kitab.

Yang seorang lagi sempat melarikan diri dalam keadaan menangis ketakutan dan luka-luka. Dialah yang menceritakan tentang kawannya yang telah dibunuh oleh mereka. 

- ada yang Allah beritahu melalui mukjizat.
- bukan semua diberitahu oleh Allah melalui mukjizat
-ini kawan atau sahabat yang tidak sempat dibunuh.
- berdasarkan kesaksian dia lah dilaksanakan hukuman.
-berhubungan dengan satu peristiwa ke baca banyak hadits , jgn baca hanya satu hadits untuk gambaran yang lengkap.

Di bawah ini dikemukakan bahagian yang berkenaan daripada hadits Abu `Awānah dan at-Thaĥāwi yang berpunca daripada riwayat Mu`āwiah bin Qurrah daripada Anas itu: 
minit 31
فَخَرَجُوا أحَدَ الرَّاعِيَيْنِ، وَذَهَبُوا بِالإِبِلِ، قَالَ وَجَاءَ الْآخِرُ وَقَدْ جُرِحَ، فَقَالَ: قَدْ قَتَلُوا صَاحِبِي وَذَهَبُوا بِالْإِبِلِ
Bermaksud: “Maka pergilah mereka (ke kawasan penternakan unta-unta), lalu mereka membunuh salah seorang daripada dua orang penggembala (unta), dan melarikan unta-unta. Kata perawi (Anas): “Yang seorang lagi (yang tidak terbunuh,kemudiannya) datang dalam keadaan luka-luka. Dia berkata: “Mereka telah membunuh kawanku dan telah melarikan unta-unta.”

-ada pengembala unta umum yakni unta zakat dan ada juga pengembala Rasullah saw sendiri.
- jadi ada lebih daei satu dari pengemgala itu.
- tetapi pengembala yang mati seorang.

Di dalam riwayat-riwayat Bukhari tiada khilaf tentang yang terbunuh adalah penggembala Rasulullah s.a.w.

⁶⁵⁵ Mungkin sekali mereka sebenarnya adalah orang-orang munafiq (puak urainah dan ukil)  mereka tidak boleh tinggal diMadinah . Dikira Islamnya yang zahir walaupun mereka bukan sahabat lagi. Dalil bukan Islam terikat dengan hukum Islam ). Mereka dari awal lagi berpura-pura memeluk agama Islam dan berbai`ah dengan Rasulullah s.a.w.


Saleh Mokhtar(Ampang selangor)baca

⁶⁵⁶ Hukuman yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. ini bersesuaian dengan ayat muĥārabahªªª  di dalam al-Qur’an di mana Allah berfirman:

ªªª kes yang melakukan  jenayah pembunuhan atau pemberontakan terhadap Allah dan Rasul serta mengambil harta benda dan  murtad juga.
- kenapa mereka dibuat begitu atas balasan perbuatan yang telah mereka lakukan 


328____________________

Al-Ma'idah 5:33
إِنَّمَا جَزَٰٓؤُا۟ ٱلَّذِينَ يُحَارِبُونَ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَسْعَوْنَ فِى ٱلْأَرْضِ فَسَادًا أَن يُقَتَّلُوٓا۟ أَوْ يُصَلَّبُوٓا۟ أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم مِّنْ خِلَٰفٍ أَوْ يُنفَوْا۟ مِنَ ٱلْأَرْضِۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْىٌ فِى ٱلدُّنْيَاۖ وَلَهُمْ فِى ٱلْءَاخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
Bermaksud: Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dihukum bunuh, atau dipalang (disalib), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bersilang, atau dibuang negeri. Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar. (al-Mā’idah:33).

-hukuman Rasullah saw  adalah berdasarkan ayat ini yakni ayat muharabah dari perkataan يُحَارِبُونَ dalam ayat ini.

Hukuman ini juga sesuai dengan firman Allah berikut:
 Al-Ma'idah 5:45
وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Bermaksud: Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan 
hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka (juga) hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak 
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mā’idah:45).

- ini dipanggil ayat qisas dari perkataan قِصَاصٌۚ yang ada dalam ayat ini.
- yang hidup yang tinggal oleh simati dipanggil waliyulmaktul
- waliyulmaktul diberi kuasa untuk membalas.
Al-Isra' 17:33
وَلَا تَقْتُلُوا۟ ٱلنَّفْسَ ٱلَّتِى حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلْحَقِّۗ وَمَن قُتِلَ مَظْلُومًا فَقَدْ جَعَلْنَا لِوَلِيِّهِۦ سُلْطَٰنًا فَلَا يُسْرِف فِّى ٱلْقَتْلِۖ إِنَّهُۥ كَانَ مَنصُورًا 
Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barang siapa dibunuh secara zhalim, maka sungguh, Kami telah memberi kekuasaan membalas kepada walinya, tetapi janganlah walinya itu melampaui batas dalam pembunuhan. Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.

Al-Ma'idah 5:45
 فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ 
Bermaksud:  Tetapi sesiapa yang melepaskan hak 
membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Mā’idah:45).

-melepaskan hak membalasnya= memaafkan
Atau ayat lain
 فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ


Al-Baqarah 2:178
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلْقِصَاصُ فِى ٱلْقَتْلَىۖ ٱلْحُرُّ بِٱلْحُرِّ وَٱلْعَبْدُ بِٱلْعَبْدِ وَٱلْأُنثَىٰ بِٱلْأُنثَىٰۚ 👈فَمَنْ عُفِىَ لَهُۥ مِنْ أَخِيهِ شَىْءٌ فَٱتِّبَاعٌۢ بِٱلْمَعْرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَٰنٍۗ ذَٰلِكَ تَخْفِيفٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَرَحْمَةٌۗ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَلَهُۥ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan. 👉Tetapi barangsiapa memperoleh maaf dari saudaranya, hendaklah dia mengikutinya dengan baik, dan membayar diat (tebusan) kepadanya dengan baik (pula). Yang demikian itu adalah keringanan dan rahmat dari Tuhanmu. Barangsiapa melampaui batas setelah itu, maka ia akan mendapat azab yang sangat pedih.
Minit48

- kena bayar diat...cara bayar bermacam-macam.
- boleh maaf pula..hak hamba
-bagi hukum hudud tidak boleh sebab hak Allah
- hukum qisas hak hamba.
- ramai yang tak tahu hukum ini sebab tak belajar dan hukum pula tidak berjalan.
- ugama tinggal hanya solat,puasa, padahal itu pun bukan nya banyak.
-keistimewaan  quran adalah  merangkumi semua
- seperti qurtubi buat buku hukum hakam walau ayatnya tidaklah banyak tetapi panjang lebar  perbincangannya dan banyak jilid, menyebabkan kita boleh nampak kehebatan alquran.
- dapat keampunan dan bayaran diat bukan sia- sia tetapi Allah beri keampunan atau penebus dosa disamping duit diat.
- bunuh sengaja atau tidak berbeza juga hukumnya.
Siapa yang kena bayar?
Minit 52
-perjalanan hukum dinegara kita terhad kepada nikah kahwin ibadat
- sudut jenayah dan muamalat  masih tidak lengkap.
- kedaulatan undang-undang Islam tidak ada lagi
- pembunuhan yang tidak sengaja..memerdekakan hamba yang perlu dibayar oleh keluarga pembunuh.
Jika sengaja, pembunuh itu sendiri kena bayar.
Ada juga separa .
Ini menyebabkan kekuatan  hubungan keluarga.
- supaya keluarga ambil berat  terhadap ahli2 keluarganya.
-hukum Islam sendiri mengukuhkan keluarga masing-masing.

Hadits ke-73 selepas ini menjelaskan kenapa Rasulullah telah menghukum supaya mata mereka dicelak dengan besi panas. Sebabnya ialah kerana mereka telah berbuat 
begitu terhadap penggembala Nabi s.a.w. sebelum membunuhnya. 

Inilah salah satu landasan hukum yang dipakai oleh segolongan `ulama’ berhubung dengan hukum balasan yang setimpal (القصاص بالمثل )ªªªªª dalam kes jenayah. 


ªªªªª hukum balasan yang setimpal dipakai oleh Malik, Syafie dan Ahmad hadits ini. Abu Hanifah,  qisas telah mansukh maka hanya bunuh sahaja. 
Nabi saw larang  Muslah iaitu  menyiksa sebelum diibunuh. Hukum dijalankan dengan ihsan. Ihsan dengan cara sebaik2nya. Bunuh dengan qitlah (masdar nauie) atau cara bunuh yang sebaik2nya . Cara paling baik dengan memancung. Kerana pancung paling  tidak menyiksa tapi mengerunkan orang melihat. Supaya mereka yang tengok akan takut. Dihukum depan ramai orang. Kepada yang hendak tengok. Bukan wajib tengok cuma boleh jika nak tengok. Cara mematikan binatang pun kena ihsan yaitu dengan cara sembelih .
Bagi Abu Hanifah, susahnya nak betul2 sama bila qisas.

Ayat فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱعْتَدُوا۟ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْۚ
barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu.

Ini asas qisas.
Jika lebih dah tak sama.
Penumbuk budak tidak sama penumbuk Juara dunia Muhamad Ali.
Bayar gantirugi lebih baik bila tak sama.
Minit 1jam 17minit

Al-Baqarah 2:194
ٱلشَّهْرُ ٱلْحَرَامُ بِٱلشَّهْرِ ٱلْحَرَامِ وَٱلْحُرُمَٰتُ قِصَاصٌۚ فَمَنِ ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْ فَٱعْتَدُوا۟ عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا ٱعْتَدَىٰ عَلَيْكُمْۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلْمُتَّقِينَ 
Bulan haram dengan bulan haram, dan (terhadap) sesuatu yang dihormati berlaku (hukum) qisas. Oleh sebab itu barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

-hukuman mumasalah jika kesalahan kaum nabi lut adalah dilarang.

Ash-Shura 42:40
وَجَزَٰٓؤُا۟ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَاۖ فَمَنْ عَفَا وَأَصْلَحَ فَأَجْرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّٰلِمِينَ 
Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zhalim.

-Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal,وَجَزَٰٓؤُا۟ سَيِّئَةٍ سَيِّئَةٌ مِّثْلُهَاۖ
-ini susah nak dapat.
-tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah. Sungguh, Dia tidak menyukai orang-orang zhalim.
- dlm mana2 ayat ada perkataan مِّثْلُهَاۖ

Ash-Shura 42:41
وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ مَا عَلَيْهِم مِّن سَبِيلٍ 
Tetapi orang-orang yang membela diri setelah dilakukan kezhaliman terhadapnya, tidak ada alasan untuk menyalahkan mereka.

-ini asas hukum qisas dalam Islam.
- Abu Hanifah kata nabi melakukan hukuman ini adalah secara siasah sebab bukan untuk serupa .bgmn pun telah mansukh katanya.
Minit 1jam 31 


⁶⁵⁷ Kawasan bumi yang berkerikil dan terdapat batu-batu hitam yang besar-besar. Di sebelah utara dan selatan Madinah memang terdapat agak luas kawasan bumi seperti itu.


Abdul basir baca
⁶⁵⁸ Antara pengajaran, pedoman, panduan dan hukum-hakam yang dapat disimpulkan daripada hadits ini ialah:
(1) Hadits ini menunjukkan ada rombongan dari luar datang mengunjungi Nabi s.a.w.di Madinah. Nabi s.a.w. pula melayan mereka dengan baik. Makanan, minuman dan 
lain-lain keperluan mereka disediakan semasa di Madinah. 

(2) Di antara yang datang ada yang terus memeluk agama Islam dan ada juga yang tidak terus memeluk agama Islam. Rombongan puak `Urainah dan `Ukl yang tersebut 
di dalam hadits ini memeluk agama Islam setelah sampai di Madinah, tetapi kemudiannya mereka murtad.

329

(3) Segolongan besar `ulama’ telah menjadikan hadits ini sebagai hujah mereka tentang tidak najisnya air kencing binatang yang halal dimakan. Demikian juga tahinya. 

(4) Berubat dan merawat penyakit tertentu dengan susu dan air kencing unta memang disyariatkan melalui hadits ini dengan kesepakatan `ulama’. 

(5) Disyariatkan pembalasan yang setimpal 
(الْمُمَاثَلَة فِي القِصَاص)
dalam banyak kes jenayah. Dan ia tidak termasuk dalam “mutslah” yang dilarang Nabi s.a.w. di dalam hadits-haditsnya. 

(6) Disyariatkan membunuh beberapa orang yang terlibat dalam pembunuhan seseorang manusia. Sama ada mereka membunuhnya secara curi atau secara terbuka.

(7) Ubat-ubat yang suci dan tidak najis seeloknya diberikan kepada pesakit. Ubat-ubat  daripada bahan yang najis atau haram hanya diberikan dalam keadaan dharurat dan terdesak sahaja.

(8) Menghukum orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi, termasuk membunuhnya jika mereka terlibat dalam pembunuhan merupakan tanggungjawab pihak berkuasa negara.

(9) Keharusan membelanjakan atau menggunakan hak umum seperti harta zakat dan lain-lain untuk orang-orang yang berhak menerimanya. 

(10) Orang-orang yang tidak biasa dengan cuaca sesuatu tempat biasanya terdedah kepada bermacam-macam penyakit.

⁶⁵⁹ Selain Tirmidzi, ia diriwayatkan juga oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, an-Nasā’i, Ibnu Majah, al-Bazzaar, Ibnu Abi Syaibah, Abu Ya`la, Ibnu Hibbaan dan 
lain-lain. 

⁶⁶⁰ Daripada kata-kata Tirmidzi ini dapat difahami bahawa majoriti ahli ilmu di kalangan Salaf berpendapat air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan tidak najis. Dan beliau juga cenderung kepada pendapat itu. Kerana itulah Imam Tirmidzi tidak mengemukakan langsung dalil dan hujah golongan yang mengatakan ia najis.

-kita kena sedar imam tirmizi ulamak mutaqodimin.
Sedang hafiz ibnu hajar majoriti tak sama dengan imam tirmizi.

330


Rabu, April 27, 2022

niat

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَابِ قًالَ قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم

  إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

 فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إِلى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ

وَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنَّيَا يُصِيْبُهَا أَوِمْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهَجْرَتُهُ إِلَى مَا هَا جَرَإِلَيْهِ

 

Maksudnya:

 

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

Isnin, April 25, 2022

K999.BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG NI

K999.BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG NI...

Sebenarnya mengkritik, mengecam, menempelak, membandingkan anak-anak zaman ini tidak menjadikan mereka dengan sekelip mata berubah menjadi generasi yang berbeza rupanya/keadaannya. 

Apa juga masalah, akhirnya, persoalan paling penting ialah - jadi kita nak buat apa? 

Jadi jom jadi sebahagian dari solusi, bukan sebahagian dari punca masalah psikologi generasi harini. 

Apa nak buat? Mulakan dengan 3 perkara yang sangat basic ini. 

Kalau nak bina resilience anak-anak (dayatahan/kekuatan/kebingkasan Psikologi), paling asas Ibu ayah fokus kepada 3 perkara: 

1. Attachment (keterhubungan anak dengan kita)
2. Initiative (dayatindak anak untuk menyelesaikan masalah)
3. Self-regulation (kemampuan urus emosi dan tingkahlaku) 

Macam mana? 

1. Attachment - beli jiwa anak dengan banyakkan masa bersama, mendengar, bermain bersama, cipta moments menggembirakan, berkongsi minat.

2. Initiative - jangan selesaikan semua masalah anak bagi pihak dia, galakkan problem-solving, raikan kekuatan, galak dan puji bila perlu, ajar skills problem-solving. 

3. Self-regulation - ajar anak namakan emosi, uruskan emosi, ajar cara coping dengan masalah, ajar urus stress, model cara self-regulation. 

#psikologisikecil

Ahad, April 24, 2022

Usul dirayah hadis 0068-0080 16/11/22(usul 47)

Usul dirayah hadis 0068-0080 16/11/22(usul 47)
Sesi 80

Usul (47) Setiap hadits yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki atau perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka, atau mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.
Antara contohnya ialah:
Contoh Pertama: 
من آتاه الله عزوجل وجها حسنا واسما  حسنا وجعله في غير شائن له فهو من صفوة الله عزوجل في خلقه
Bermaksud: Orang yang dikurniakan Allah s.w.t. wajah yang cantik dan nama yang bagus, serta diletakkan pula pada tempat yang tidak meng`aibkannya, bererti dia adalah 
salah seorang pilihan Allah di kalangan makhlukNya.

Rujukan:
Al-Baihaqi – Syu`ab al-Iman j.3 m/s 278, Ibnu `Asākir - Tārīkh Dimasyq j.48 m/s 362, at-Thabaraani – al-Mu`jamu al-Aushath j.4 m/s 386, Ibnu `Adi – al-Kāmil j.3 m/s 320, 
al-Haitsami – Majma` az-Zawā’id j.8 m/s 194, Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s159-160), ad-Daaraquthni – Ta`līqāt ad-Dāraquthni `Ala al-Majrūĥīn m/s 123-124, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah j.1 m/s 102, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 199, as-Syaukaani- al-Fawaa’idu al-Majmu`ah m/s 221, 
Ibnu al-Qaiyyim - al-Manaaru al-Munif m/s 62.

Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi mengemukakan hadits di atas dengan sanad berikut:
أنبأنا.....،وسلم
(2) Setelah mengemukakannya Ibnu al-Jauzi berkata, “Ini adalah hadits tidak sahih. 
Adapun Salīm, maka kata Yahya: “Dia tidak tsiqah.” An-Nasā’i berkata tentangnya, 
“Martūk al-Ĥadīts.” Abu Ĥātim Ibnu Hibbaan berkata, “Dia meriwayatkan hadits-hadits maudhu` daripada perawi-perawi tsiqāt.” Ad-Daaraquthni pula meletakkan 
kesalahan di atas pundak Khalaf, bukan Salīm.” Khalaf bagi Ad-Daaraquthni adalah

68

Usul dirayah hadis 0069

seorang pereka hadits. Sementara Salīm pula perawi muqārab, dan ia tidak tertuduh mereka (mengada-ngadakan) hadits. 
(Lihat adz-Dzahabi di dalam Mizān al-I`tidāl j.1 m/s 659, ad-Daaraquthni - Ta`līqāt ad-Dāraquthni `Ala al-Majrūĥīn m/s 123-124).

(3) Al-Haitsami berkata tentang Khalaf yang tersebut di dalam sanad itu bahawa “Di dalamnya ada Khalaf perawi dha`if.” Ibnu `Adi pula di bawah biografi Salīm bin 
Muslim al-Khassyāb berkata, “Kebanyakan apa yang diriwayatkannya tidak maĥfūzh.” 

(4) Bukan orang yang berwajah cantik sahaja terpilih di sisi Allah di kalangan makhlukNya, orang yang hodoh rupanya juga mulia dan terpilih di sisi Allah, jika ia tidak melakukan sesuatu yang meng`aibkan dirinya.

(5) Menurut ajaran agama Islam, terpilihnya seseorang atau tidak di sisi Allah bukan terletak pada rupa paras yang diperolehi manusia tanpa ada sebarang ikhtiarnya. 
Manusia akan dinilai Allah hanya berdasarkan perbuatan yang memang berada dalam batas ikhtiarnya.
Contoh Kedua: 
النظر إلى الوجه الجميل عبادة
Bermaksud: Memandang / melihat wajah yang cantik adalah satu ibadat.

Rujukan:
(Ibnu al-Qaiyyim - al-Manaaru al-Munif m/s 62 & Naqdu al-Manqūl m/s 54, (Al-`Ajaluni, Kasyfu al-Khafaa’ j.2 m/s 384), (Mulla `Ali al-Qari - al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 370-371, Muhammad bin Khalil at-Tharabulsi - al-Lu’lu’ al-Marshu` m/s 210, Sulaiman bin Shāleh al-Khirāsyi – Aĥādīts La Tashiĥĥu 
m/s 1.

Komentar:
(1) Ibnu al-Qaiyyim menukilkan bahawa gurunya Ibnu Taimiyyah ketika ditanya tentang hadits contoh kedua di atas berkata, “Itu adalah kedustaan dan kekarutan yang
diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Tidak ada sesiapa pun meriwayatkannya dengan isnad yang sahih. Ia adalah hadits maudhu`.”

69

Usul dirayah hadis 0070

(2) Wajah cantik siapakah yang kononnya disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melihatnya adalah satu ibadah itu? Lelakikah atau perempuan? Wajah cantik maĥramkah atau bukan maĥram? Tidak pula tersebut!

(3) Mungkin hadits-hadits yang diberikan di bawah nanti dapat dikaitkan dengannya!
١-النظر إلى على عبادة
Bermaksud: Melihat / memandang kepada `Ali adalah ibadat.
2 -النظر إلى وجه العالم عبادة، وكذا الجلوس معه واألكل والكالم
Bermaksud: Melihat wajah orang alim adalah satu ibadah. Demikian juga duduk dan 
makan bersamanya, dan berbual-bual dengannya. 

Bermaksud: Melihat perempuan yang cantik dan warna hijau menambahkan kecerahan mata.

Akan tetapi ketahuilah, semua hadits tersebut itu juga maudhu`. Tiada khilaf di antara para `ulama’ hadits tentang maudhu`nya.

(4) Hadits-hadits seperti inilah agaknya digunakan oleh pembawa-pembawa ajaran sesat untuk mengharuskan ma`shiat dan menyebarluaskannya dalam masyarakat.

(5) Sukar sekali kepada orang-orang yang mengenali ajaran Nabi Muhammad s.a.w., menerima hadits-hadits seperti itu sebagai sabda Baginda. Ia terlalu remeh, karut dan 
mustahil terkeluar dari mulut seorang nabi.

(6) Mana mungkin Rasulullah menganjurkan suatu perkara yang boleh menjerumuskan umatnya ke dalam ma`shiat! Selain itu, perbuatan melihat dalam keadaan terpaku 
pandangan pada wajah seseorang yang dilihat, kerana kecantikannya semata-mata, tentu sekali akan membuatkan orang yang dilihat berasa resah, rimas dan serba salah!!Apakah Rasulullah s.a.w. akan menganjurkan perbuatan seperti itu?!

(7) Lebih mudah lagi untuk diterima kalau dikatakan “Melihat / memandang wajah nabi adalah suatu ibadat”. Namun, yang seperti ini pun tiada, apalagi kalau seperti tersebut di dalam contoh kedua di atas!

70

Usul dirayah hadis 0071

Contoh Ketiga: 
أطلبو الخير عند حسان الوجوه
Bermaksud: Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya.

Rujukan:
At-Thabaraani – al-Mu`jamu al-Ausath j.6 m/s 176, Abu Nu`aim – Akhbār Ashfahān j.2 m/s 59 & 214, Abu Ya`la – Musnad Abi Ya`la j.4 m/s 385, al-Bukhari – at-Tārīkh al-Kabīr j.1 m/s 51/157, al-Khathīb al-Baghdādi – Tārīkh Baghdād j.7 m/s 11 & j.13 
m/s 160, Abul Qāsim Tammām – al-Fawā’id j.1 m/s 340, Abu asy-Syeikh – Amtsāl al-Ĥadīts m/s 106-110, Ibnu `Adi – al-Kāmil j.4 m/s 293, Ibnu al-Jauzi – al-Maudhū`āt j.2 
m/s 159-160, as-Suyuthi - al-La’āli’ al-Mashnū`ah j.2 m/s 65-67, al-Albaani - Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-Maudhu`ah j.6 m/s 376.

Komentar:
(1) Hadits di atas kononnya telah diriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi s.a.w.dengan sedikit perbedaan pada lafaz-lafaznya. Mereka ialah `Aaishah, Ibnu `Abbaas, `Abdullah bin `Umar, Jābir bin `Abdillah, `Abdullah bin `Amar, Anas bin Malik, Abu Hurairah dan Abu Bakrah.

(2) Semua saluran riwayat daripada para sahabat yang tersebut tadi bermasalah, kerana adanya perawi-perawi matrūk, pereka hadits, pendusta dan perawi-perawi lain yangditajrīĥ dengan teruk oleh para `ulama’ Rijāl hadits.

(3) Menurut as-Suyuthi, yang terbaik daripadanya ialah hadits `Aaishah. Tetapi ia juga tidak sahih. As-Suyuthi telah mengemukakan hadits `Aaishah melalui tiga saluran 
riwayat:
(i) Dengan sanad al-`Uqaili seperti berikut:)
(العقيلي) حدثنا محمد بن إسماعيل حدثنا الحسن بن علي الحلواني حدثنا يزيد بن هارون أنبأنا شيخ من قريش عن 
الزهري عن عائشة قالت قال رسول هللا اطلبوا الخير عند حسان الوجوه وتسموا بخياركم وإذا أتاكم كريم قوم 
فأكرموه.

71



Usul dirayah hadis 0072

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi menukilkan kata-kata Muhammad bin Isma`il (guru al-`Uqaili) bahawa Syeikh yang tidak tersebut namanya di dalam sanad itu ialah Sulaiman bin Arqam. Dia adalah seorang perawi matrūk.

(ii) Dengan sanad Ibnu `Adi seperti berikut:
(ابن عدي)......الوجوه

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi berkata, “Al-Ĥakam, hadits-haditsnya maudhu`.”

(iii) Dengan sanad Imam Bukhari di dalam at-Tārīkh al-Kabīrnya, seperti berikut:
(البخاري).....الوجوه

Setelah mengemukakannya as-Suyuthi berkata, “Al-Mulaiki (perawi) matrūk.”Walaupun as-Suyuthi mengatakan al-Mulaiki mempunyai beberapa orang mutābi` yang
turut meriwayatkan hadits itu daripada Jabrah, namun kewujudan mereka tetap tidak akan menaikkan taraf hadits itu sehingga menjadi lebih baik. Beberapa orang mutābi` 
yang dimaksudkan oleh as-Suyuthi di sini ialah: 
(i) Isma`il bin `Ayyāsy dalam riwayat Abu Ya`la berikut:
(ii) Khalid bin `Abdir Rahman al-Makhzūmi menurut riwayat al-Baihaqi di dalam
Syu`ab al-Iman berikut:
أخبرنا.....جبرة
(iii) `Abdullah bin `Abdul `Azīz daripada Jabrah, sebagaimana disebutkan oleh al-Baihaqi di dalam Syu`ab al-Iman secara ta`līq.


72


Usul dirayah hadis 0073

Sebabnya hadits contoh ketiga riwayat `Aaishah itu tidak menjadi lebih baik walaupun ada riwayat mutāba`ahnya ialah kerana beberapa alasan seperti di bawah ini: 
(i) Di dalam riwayat Abu Ya`la terdapat Isma`il bin `Ayyāsy. Walaupun beliau dianggap seorang alim di Syam dan tsiqah oleh sesetengah tokoh Rijāl hadits, namun 
kebanyakan mereka menganggap beliau perawi dha`if, terutamanya apabila meriwayatkan hadits daripada orang-orang yang tidak senegeri dengannya. Tidak jelas 
Jabrah binti Muhammad bin Tsābit itu orang mana, kerana beliau sendiri adalah perawi majhul. Sedangkan Isma`il bin `Ayyāsy adalah orang Syam.
(ii) Khalid bin `Abdir Rahman al-Makhzūmi adalah seorang perawi yang dikatakan ذاهب  الحديث  
oleh Imam Bukhari. Dzāhibul Ĥadīts adalah satu lafaz jarĥ yangmenunjukkan kedha`ifan yang teruk pada seseorang perawi. Hadits-hadits perawi dzāhibul ĥadīts tidak boleh dijadikan hujah dan tidak tidak boleh juga dijadikan sebagai sokongan. Abu Haatim pula berkata tentangnya, “Mereka telah meninggalkan haditsnya ( تركواحديثه) “Ini juga lafaz jarĥ yang teruk terhadap perawi. Hadits seseorang
perawi yang dikatakan begini juga tidak boleh dijadikan hujah dan tidak boleh dijadikan sebagai sokongan.

(iii) `Abdullah bin `Abdul `Azīz pula tidak jelas yang mana satu. Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi, maka boleh dikatakan semua `ulama’ Rijāl 
menganggapnya perawi dha`if. Kata Ibnu Hibbaan, dia perawi matrūk.Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz az-Zuhri, maka kata al-`Uqaili, “Riwayatnya tidak berasas sama sekali.” Adz-Dzahabi pula berkata, “Dia adalah orang yang sama dengan`Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi yang tersebut sebelum ini.
Kalau ia `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-Madani pula, maka sama saja orangnya dengan`Abdullah bin `Abdul `Azīz bin Abi Tsābit al-Laitsi atau `Abdullah bin `Abdul `Azīz 
az-Zuhri. Kecuali kalau `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-`Umari az-Zahid, kerana beliau dikatakan tsiqah oleh an-Nasā’i. Tetapi beliau perawi Sunan Tirmidzi. 
Riwayat daripada `Abdullah bin `Abdul `Azīz dikemukakan oleh al-Baihaqi hanya secara ta`liq sahaja. Ini menunjukkan riwayat itu bagi al-Baihaqi adalah dha`if, dan

73

Usul dirayah hadis 0074

`Abdullah bin `Abdul `Azīz yang tersebut di dalam sanadnya itu tentunya bukan `Abdullah bin `Abdul `Azīz al-`Umari az-Zahid. 
(iv) Jabrah / Khairah dan ibunya adalah dua orang perawi majhul. Di kalangan `ulama’ Rijāl hadits tidak ada orang yang menyebut namanya (biografinya) di dalam kitab-kitab 
mereka, meskipun nama ayahnya ada tersebut. Hafizh Ibnu Hajar mengatakan ayahnya shadūq. Ibnu Hibbaan pula mengatakan beliau tsiqah. Ramai juga orang meriwayatkan daripadanya. 

(v) Terdapat Idhthirāb pada sanadnya. Di dalam sesetengah saluran tersebut nama Jabrah, dia meriwayatkan daripada ayahnya. Di dalam sesetengah saluran riwayat pula 
dia meriwayatkan daripada ibunya, bukan dari bapanya. Di dalam sesetengah saluran riwayat, namanya Khairah bukan Jabrah. Sementara nama ibunya pula langsung tidak
diketahui.

(4) Sekarang mari kita nilai pula hadits contoh ketiga itu berpandukan kaedah dirayah hadits. Apa ertinya “Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya”? 
Apakah ia bererti, kerana kebaikan itu hanya ada pada orang-orang yang berwajah cantik sahaja? Kalau begitu, jelas ia bercanggah dengan kenyataan.

(5) Adakah orang-orang yang berwajah cantik itu baik semuanya? Tentu sekali tidak. Atau adakah mereka lebih baik daripada orang-orang yang tidak cantik wajahnya? 
Tidak juga dapat dipastikan. Kalau begitu, apa ertinya?

(6) Apakah “kebaikan” yang dimaksudkan di dalam hadits itu? Hartakah? Duitkah? Dermakah? Ilmukah? Kemahirankah? Pertolongankah? Atau apa sebenarnya? 
Cakaplah apa pun, kebaikan-kebaikan dalam pelbagai bentuk dan rupanya tidak hanya ada pada orang-orang yang berwajah cantik sahaja. Ini kenyataan.

(7) Kebaikan yang tersebut di dalam hadits ini mungkin bermaksud hajat-hajat, mengambil kira lafaz yang terdapat di dalam sesetengah riwayat 
(اطلبوا الحوائج عند حسان)
Kalaulah diterima sekalipun kebaikan itu dengan erti hajat, maka tidak semua hajat anda dapat diselesaikan oleh orang-orang yang berwajah cantik!


74


Usul dirayah hadis 0075

(8) Hadits-hadits seperti ini mendedahkan orang-orang yang menerimanya kepada perangkap penipuan yang sering muncul dalam masyarakat melalui wajah-wajah yang cantik.

(9) Hadits ini tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan hadits sahih berikut:
 إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan. 
(Hadits riwayat Muslim, Tirmidzi, Ahmad, at-Thabaraani, al-Haakim dan lain-lain). 

Sebabnya ialah konteks kedua-duanya berbeza dan berlainan. Kerana itu tidak boleh ia dijadikan sebagai riwayat mutāba`ah atau syawāhid bagi hadits contoh keempat. Untuk mengetahui perbezaan konteks, anda hendaklah melihat hadits إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
itu selengkapnya. Lihat umpamanya versi riwayat Imam Muslim ini:
 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ
Bermaksud: Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya walaupun seberat dzarrah kibr (kesombongan). (Maka) Berkatalah seorang
lelaki, “Sessungguhnya ada orang suka pakaiannya cantik dan kasutnya juga cantik.” 
(Mendengar kata-kata orang itu) Nabi s.a.w. (pun) bersabda: “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan. Kibr (kesombongan) yang dimaksudkan ialah 
menolak kebenaran dan menghina orang.” 

(10) Orang-orang yang tidak menerima hadits contoh ketiga tersebut sebagai maudhu`, malah menganggapnya sahih, hasan atau dha`if sahaja paling teruk pun, menta’wilkannya dengan beberapa ta’wilan. Di bawah ini diperturunkan ta’wilan-ta’wilan mereka:

(i)حسان الوجوه  tidak dipakai mereka dengan erti orang-orang yang berwajah cantik, sebaliknya ia hanya bererti orang-orang yang manis mukanya dan mesra.

(ii) Orang-orang yang berwajah cantik itu memang bukan semuanya baik dan tidak semestinya baik, tetapi lebih diharapkan ada kebaikan pada mereka. Menurut bahasa

75

Usul dirayah hadis 0076

orang-orang yang menta’wil begini, dikatakan (هم مظنة للخير)kerana kecantikan luaran pada kebiasaannya menunjukkan kecantikan dalaman seseorang.

(iii)حسان الوجوه  bukan bererti orang-orang yang berwajah cantik, tetapi ia bererti pemimpin-pemimpin atau ketua-ketua yang baik-baik. Kerana salah satu erti popular 
bagi perkataan وجه (jama`nya ialah وجوه) dalam bahasa `Arab ialah ketua.

(iv) الوجوه حسان bukan bererti orang-orang yang berwajah cantik, tetapi ia bererti orang-orang yang manis mukanya apabila diminta sesuatu daripadanya, dan ketika memberi 
juga mukanya manis. Antara bukti yang menyokong pendapat mereka ialah jawapan Ibnu `Abbaas ketika orang-orang berkata kepadanya: “Alangkah ramai orang-orangyang hodoh, tetapi mereka menyempurnakan hajat-hajat orang ramai”. Maka kata Ibnu `Abbaas: “Maksud Beliau (Nabi s.a.w.) ialah orang-orang yang manis mukanya ketika diminta hajat.” 
Lihat sebagai contohnya hadits Ibnu `Abbaas yang dikemukakan oleh al-Khathīb al-Baghdādi di dalam Tārīkh Baghdād (j.7 m/s 461) di bawah ini:
أخبرنا....الحاجة
Hadits Ibnu `Abbaas yang dijadikan sebagai bukti ini juga sangat dha`if. Ia sebenarnya tidak layak dijadikan sebagai bukti dan hujah. Setiap saluran riwayatnya mengandungi 
perawi-perawi yang sangat bermasalah. Ada di antaranya pendusta, pereka hadits, matrūk majhūl, dan lain-lain.

Di dalam riwayat al-Khathīb al-Baghdādi ini juga terdapat perawi-perawi seperti itu. 
Mush`ab bin Salām at-Tamīmi adalah seorang perawi yang dikatakan dha`if oleh `Ali bin al-Madīni, Yahya dan Abu Daud. Ibnu Hibbaan pula berkata, “Dia perawi yang
banyak tersalah dan tidak boleh dijadikan hujah.” 
(Lihat al-Maudhū`āt j.2 m/s 163, Mīzān al-I`tidāl j.4 m/s 120). 

(11) Setelah diketahui bahawa semua saluran riwayat tentangnya bermasalah berpandukan kaedah riwayat hadits dan Ilmu Rijāl Hadits, di samping itu, ia bercanggah

76.

Usul dirayah hadis 0077

pula dengan kaedah dirayah hadits, maka sudah tidak diperlukan lagi ta’wilan-ta’wilan tersebut. Apa yang tinggal sebagai panduan untuk kita ialah pengalaman, ma`lumat-
ma`lumat yang lebih banyak tentang seseorang, atau lain-lain petanda yang menunjukkan perangai dan tabi`atnya, berpandukan ilmu-ilmu seperti ilmu firasat, ilmu 
Qiyāfah dan sebagainya.

(12) Bagi penulis, andaikata hadits tersebut bertaraf hasan atau hanya dha`if ringan sahaja, dan ia boleh diterima dengan syarat dita’wil, maka keempat-empat ta’wilan 
yang dikemukakan pada poin (10) di atas memang mempunyai nilainya yang tersendiri.
Contoh Keempat:
عليكم....،بالنار
Bermaksud: Carilah orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya, kerana sesungguhnya Allah malu hendak menyiksa (orang yang ber)wajah cantik dengan neraka.

Rujukan:
Ibnu al-Jauzi- al-Maudhu`aat j.1 m/s 160-161, as-Suyuthi – al-La’aali’u al-Mashnu`ah 
j.1 m/s 104, al-Khathīb al-Baghdādi – Tārikh Baghdād j.7 m/s 282-283, al-Manār al-Munīf m/s 62, al-Fawā’id al-Majmū`ah m/s 218, Ibnu `Arraaq al-Kinaani – Tanzih as-
Syari`ah al-Marfu`ah j.1 m/s 174, Mulla `Ali al-Qari- al-Asraaru al-Marfu`ah Fi al-Akhbaari al-Maudhu`ah m/s 436, al-Albaani- Silsilatu al-Ahaditsi ad-Dha`iifah Wa al-
Maudhu`ah j.1 m/s 133, Muhammad bin Khalil al-Massyisyi at-Tharabulsi - al-Lu’lu’ al-Marshu` m/s123. 
Komentar:
(1) Ibnu al-Jauzi mengemukakan hadits itu melalui tiga saluran riwayat. Lihat sanad-
sanadnya bersama matannya di bawah ini:
١- أنبأنا....أبي
77


Usul dirayah hadis 0078

الطيب....بالنار.

٢-أنبأنا....بالنار

٣-أنبأنا...بالنار
(2) Setelah mengemukakannya Ibnu al-Jauzi mengomentarinya dengan berkata, “Ini adalah hadits maudhu`. Orang yang dikatakan telah mengada- ngadakannya ialah Abu Sa`id al-Ĥasan bin `Ali bin Zakariya bin Sāleh bin `Aashim bin Zufar al-`Adawi. 
Perawi-perawi selalu mentadlīskan namanya supaya tidak dikenali. Ini adalah satu jenayah yang teruk dilakukan mereka terhadap Islam.
Di dalam isnad pertama, dia disebut dengan nama al-Ĥasan bin Shāleh. 
Di dalam isnad kedua, dia disebutkan dengan nama Abu Sa`id al-Ĥasan bin `Ali. Di dalam isnad ketiga 
pula dia disebut dengan nama al-Ĥasan bin `Ali bin Zufar. Dia seorang yang sangat berani terhadap Allah. Apalah gunanya dia mengadakan hadits itu kalau dia sendiri tahu 
bahawa berapa ramai orang-orang yang cantik wajahnya, tetapi tetap juga masuk neraka, kerana mereka mati dalam keadaan kafir?! 
Ibnu `Adi berkata, “Abu Sa`id al-`Adawi mengada-ngadakan (mereka) hadits. Kami menganggap bahkan yakin dialah yang telah mereka hadits itu.”
Ibnu Hibbaan berkata, “Dia selalu meriwayatkan (hadits) daripada syeikh-syeikh yang tidak pernah dilihatnya dan mengada-ngadakan hadits atas nama orang-orang yang
dilihatnya.”
Ad-Daaraquthni pula berkata, “Dia perawi matrūk.”

78

Usul dirayah hadis 0079

Hadits yang lebih kurang sama mafhumnya dengan hadits contoh keempat itu ialah 
yang diriwayatkan oleh ad-Dailami. Lihat hadits yang dimaksudkan bersama sanadnya 
di bawah ini:
(الديلمي)....الححدق
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan menyiksa orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya.

Perawi-perawi di bawah ar-Raqāsyi majhūl semuanya. Nama-nama mereka tidak ditemui di dalam kitab-kitab Rijāl hadits. Ar-Raqāsyi pula walaupun seorang perawi 
Sunan Ibni Majah dan dianggap shadūq, namun setelah datang ke Baghdad fikirannya bercelaru teruk, sehingga banyaklah kesilapan yang berlaku pada sanad-sanad dan juga matan-matan hadits yang diriwayatkannya. 

Boleh jadi hadits ini berpunca daripada kecelaruan fikirannya yang sangat teruk itu. boleh jadi juga ia merupakan hasil rekaan salah seorang perawi majhul di bawahnya. Demikianlah kata al-Albāni.

Ibnu `Arrāq pula di dalam Tanzīh asy-Syarī`ah menulis, “Di dalam Sanadnya ada Ja`far bin Ahmad ad-Daqqāq, dialah puncanya pada pandanganku.” 

(4) Tidak ada sebarang keraguan tentang kekarutan dan kepalsuan hadits-hadits seperti ini, kerana ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam. Islam mengaitkan pembalasan amalan seseorang manusia di akhirat kelak dengan amalan-amalan dan usaha-usaha yang dilakukannya semasa di dunia. Jika baik, maka baiklah balasannya. Dan jika jahat atau buruk, maka buruklah pula balasannya. Sesuai dengan firman Allah:

Az-Zalzalah 99:7فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُۥ 
Az-Zalzalah 99:8وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ 
Bermaksud: Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia 
akan melihat (balasan)nya. (7)
Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat 
(balasan)nya juga. (8) (Az-Zalzalah:7-8

79


Usul dirayah hadis 0080
(5) Hadits-hadits seperti itu memang bercanggah dengan ajaran Islam yang tidak mentaklifkan manusia dengan sesuatu yang di luar daripada batas batas ikhtiar dan 
kemampuannya. Mendapat wajah yang cantik atau warna anak mata yang hitam bukan berada dalam ikhtiar dan pilihan manusia. Kerana itu ia tidak seharusnya menjadi sebab bagi seseorang masuk syurga atau neraka.
(6) Ia juga bercanggah sekian banyak hadits Rasulullah s.a.w. Antaranya ialah sabda 
Baginda berikut:
إِنَّ اللَّهَ عزوجل لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ
Bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa-rupa dan harta bendamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan-amalanmu. 
(Hadits riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibbaan dan Ibnu Majah). 

(7) Kalaulah semata-mata mempunyai wajah yang cantik dapat menghindarkan seseorang daripada masuk neraka, niscaya Abu Lahab adalah antara orang yang tidak
akan Allah masukkan ke dalam neraka. Sebabnya ialah ia sangat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya. Bukankah kerana Abu Lahablah Surah al-Masad diturunkan Allah s.w.t.? Dan bukankah Allah telah berfirman di dalamnya:
Al-Masad 111:3 سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ 
Bermaksud: Kelak dia (Abu Lahab) akan masuk ke dalam api (neraka) yang marak menjulang. (al-Masad:3).

(8) Daripada perbincangan dan kajian yang lalu dapatlah kiranya difahami kenapakah Imam Ibnu al-Qayyim pernah berkata bahawa setiap hadits yang menyebutkan 
kelebihan orang-orang yang berwajah cantik, pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka, atau 
mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu, dusta dan rekaan semata-mata.

80

Daurah tafsir 2022s

Daurah tafsir 2022s
-disini bermula tahun 2008.
-di India dalam bahasa urdu telah bermula pada tahun 44 lagi sehingga hari ini.
-makna alquran juga akan terjaga.
-ada guru, ada kitab, ada masa.
- hari pertama, ke2 dan ke3 baca risalah dulu.
- tak pernah khatam quran seumur hidup tetapi pergi jumpa Allah !

Ini satu dari cara2 belajar tafsir.
RISALAH TAFSIR
Sebelum masuk kepada pengajian tafsir ayat ayat Al Quran, Para penuntut akan diperkenalkan dengan asas usul (kaedah) Tafsir Al Quran yang ringkas. Dalam Pengajian Daurah Tafsir, asas usul Tafsir Al Qur'an ini dikenali sebagai RISALAH TAFSIR.  Para penuntut Daurah Tafsir  disarankan untuk membaca dan memahami Risalah Tafsir sepertimana yang akan di syarahkan di awal Daurah.   

Risalah Tafsir ini mengandungi 4 bahagian seperti berikut :
1. Mukadimah dan Istilah Tafsir
2. Fawaid Tafsiriah
3. Mabahisut Tauhid
4. Masaalatul Ilah

Kefahaman pelajar kepada risalah ini akan membantu kepada kefahaman penjelasan kepada penafsiran Al Qur'an. 

Kitab Risalah Tafsir dalam Bahasa Arab akan disediakan kepada para penuntut yang mengikuti Daurah Tafsir. Terjemahan rumi disediakan sepertimana dibawah dalam bentuk PDF. Terjemahan ini telah disediakan oleh pelajar lama (terjemahan risalah yang tidak rasmi), walau bagaimanapun kandungan menepati apa yang di sampaikan sepertimana Daurah Tafsir tahun 2014.

Daurah Tafsir adalah pengajian tahunan meliputi seluruh ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Qur’an tentang tafsir dari awal hingga akhir tanpa meninggalkan walau satu ayat

Disini dihuraikan pengenalan bagi Al-Quran, tentang tafsir, darjat tafsir dan takwil yang terkandung pada risalah pertama di dalam Mukadimah Tafsir

Pentingnya kita mempelajari dan memahami kitab yang diturunkan Allah ke atas Nabi Muhammad ﷺ yang dinukilkan daripada nabi kepada seluruh umatnya untuk mengetahui maksud sebenar yang dituntut Allah kepada semua hambaNya demi mencapai kebahagian di dunia dan akhirat

Daurah tafsir 2021 kuliah 0001(12-26)s

Pengenalan kepada 16 Istilah

Untuk kita lebih memahami Ilmu Tafsir Quran, kita hendaklah mahir tentang istilah-istilah kepada surah-surah dalam Quran. Tidak semua ayat-ayat dalam Quran membawa penekanan yang sama. Kefahaman pelajar bergantung kepada sejauh mana kefahaman mereka tentang istilah-istilah ini.
Setiap surah dalam Quran akan termasuk di bawah ketegori salah satu istilah ini. Setiap  surah akan ada sekurang- kurangnya satu. Ada surah yang ada lebih dari satu istilah, sebagai contoh, Surah Baqarah ada semua 16 istilah. Istilah-istilah ini adalah hasil dari rujukan 50 kitab tafsir dalam 4 bahasa. Ianya adalah kelebihan yang Allah berikan kepada ulama yang telah menyusun istilah-istilah ini. Nama beliau adalah Maulana Husain Ali al-Wani.

1. Dakwa/Maksud Asal bagi sesuatu Surahمقصود أو دعوى
Pokok perbahasan surah itu. Apa yang Allah hendak sampaikan. Ianya adalah ‘Maksud’ surah itu diturunkan. Ianya paling penting yang kita kena tahu dahulu. Kena faham maksud ayat itu. Oleh itu, semasa kita baca ayat-ayat yang lain, jangan lari dari Dakwa itu. Kita 
kena kaitkan ayat-ayat yang lain dengan Dakwa Surah itu.
Dakwa Surah juga dikenal sebagai tajuk perbahasan dan kajian sesuatu surah itu.Untuk menerangkan Dakwa itu, Allah dibawakan dalil-dalil dalam ayat lain. Ayat-ayat lain 
sebagai penyempurnaan kepada Dakwa Surah itu.

Ada surah-surah iaitu ‘hamim tujuh’, hanya ada satu Dakwa untuk ketujuh-tujuh surah. 
Ada surah yang ada lebih dari satu Dakwa. Sebagai contoh, ayat Dakwa ada tiga dalam 
Surah Baqarah.
Selain dari Dakwa utama, Ada surah yang ada tanwirul(penjelasan tambahan dari dakwa), iaitu ‘Dakwa tambahan’. Ini selalunya disampaikan dalam bentuk soalan dan jawapan.
Dakwa umpama biji untuk satu pokok. Semua bahagian lain pokok itu seperti akar, dahan, batang dan sebagainya tentu ada hubungan dengan biji itu. Kerana semua berasal dari biji itu. Oleh itu, semua ayat ada hubungan dengan Dakwa surah itu.

Ada tiga bahagian perbincangan di dalam Dakwa Surah:
A. Tauhid. Allah nak kita kenal Dia. Kalau baca quran tapi tak kenal Allah, tak kena kalau begitu. Oleh kerana itu, kebanyakan surah dalam Quran adalah tentang Allah.
B. Risalah – kerasulan. Cara untuk dapat keredhaan Allah adalah dengan mengikut Rasul. 
Hanya dengan cara ini sahaja. Selain dari cara ini ditolak dan akan menyebabkan kemurkaan Allah.
– Sedikit sahaja Dakwa tentang risalah. Hal Risalah banyak diuraikan dalam hadis. Ini juga penting kerana Hadis adalah Wahyu Kedua.
C. Akhirat. Allah nak kita buat persiapan untuk jumpa Dia. Dan Allah hanya berjumpa dengan hambaNya dalam syurga. Iaitu kita dapat berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah redha kepada kita. Kita belajar ayat-ayat Dakwa tentang Akhirat kerana kita kena yakin bahawa ada satu alam selepas mati. Itulah alam yang akan kekal.
– Ayat-ayat tentang Akhirat lebih banyak dari ayat-ayat tentang Risalah. 1/4 dari Quran  menceritakan tentang Akhirat. Dan kebanyakan ayat tentang Akhirat ini duduknya di hujung Quran.
Ketiga-tiga perkara ini adalah kesimpulan agama Islam.

Percakapan tentang agama berlegar dalam tiga perkara ini. Kena ada tiga-tiga perkara ini, barulah lengkap agama.
Ketiga-tiga perkataan ini pula dibahagikan kepada dua maf’ul.
A. Kena tahu lawan kepadanya. Sebagaimana kita nak kenal putih, kena tahu hitam.Oleh itu, untuk kita tahu tauhid, kena tahu tentang syirik. Oleh kerana tidak faham 
perkara ini, banyak kalangan orang Islam yang belajar tauhid, tapi lintang pukang agama mereka sebab tidak tahu tentang syirik. Maknanya, walaupun mereka dah belajar, tapi mereka gagal juga. Lihatlah kepada Syahadah kita. Perkataan La ilaaha itu maksudnya ‘tolak syirik’. Jadi kena 
tolak syirik dahulu sebelum kita dapat faham Tauhid. Kalau tak kemas perkara ini, boleh menyebabkan amalan ibadat semuanya ditolak. Maka sia-sialah amal ibadat kita yang 
dibuat bertahun-tahun lamanya. Ini penting sekali kerana syarat amalan diterima adalah pembuat ibadat itu mesti seorang Muslim, bukan? Kalau ada masalah akidah, maka tidak sempurna keislaman seseorang, dan mereka yang tidak sempurna Islamnya, tidak diterima amal ibadatnya.
Dan inilah perkara inilah yang paling dikacau oleh syaitan terhadap hamba. Hal tauhid lah yang mereka akan terkam dahulu. Kerana masalah Tauhid sahaja, amalan semua kosong dan tidak dinilai langsung oleh Allah. Perumpaan Akidah ini adalah ibarat belon. Nak tiup belon, pastikan tidak ada lubang langsung pada belon itu. Kalau ada lubang tidak ditampung, akan ada masalah untuk kita tiup belon dan kumpul udara dalam belon itu. Udara itu adalah ibarat amal ibadat kita. Dan untuk pecahkan belon, cukup dengan satu lubang sahaja, tidak perlu banyak. Maknanya, buat satu syirik sahaja, dah rosak semua akidah kita dan amal ibadat kita semuanya hancur.

Dan untuk menerangkan Tauhid, Allah terangkan semua lubang-lubang syirik dalam Quran  ini. Ketahuilah bahawa Quran ini mengandungi 80% hal tauhid. 20% sahaja hal-hal lain. Maka kena belajar semua ayat Quran kerana takut ada tertinggal. Seperti yang kita kata, untuk memecahkan belon, cukup dengan hanya satu jarum sahaja. Oleh itu, kena baca dan kena faham Quran dulu sebelum kita buat amal ibadat. Sebab itulah para sahabat tidak benarkan anak mereka belajar ilmu lain sebelum belajar ilmu Tafsir Quran.
Malangnya, ramai yang tak faham kepentingan belajar Tafsir Quran dan kepentingan belajar Tauhid. Ramai yang tak jelas sebab tak belajar. Padahal bukan susah nak faham. Tapi ramai yang tak mahu belajar juga.
Syirik ini pula hal dalaman. Iaitu ianya perkara dalam hati kita. Tak nampak di luar, jadi susah untuk dikesan. Oleh itu, tuan badan kena belajar sendiri. Sebab itu semua kena 
belajar Tafsir Quran. Supaya kita boleh suluh hati kita supaya selamat daripada melakukan syirik.

B. Berkenaan Risalah, iaitu risalah Kenabian. Oleh itu, kita kena tahu apakah perbuatan dan amalan Nabi – sunnah. Lawan kepada Sunnah adalah bidaah iaitu perkara yang Nabi dan sahabat tak buat. Jadi kena pastikan apakah amalan agama yang kita lakukan itu adalah sunnah atau tidak.Tentang perkara feqah, terdapat perselisihan antara ulama-ulama mazhab dan kita kena tahu bahawa kebanyakan perkara yang disampaikan oleh ulama mazhab adalah sunnah kerana di belakang mereka adalah rujukan kepada para sahabat. Maka apa yang mereka 
bawa itu tidak dikira bidaah. Perselisihan pendapat tidak ada masalah kecuali kalau ada bidaah.
Risalah banyak disebut dalam hadis. Oleh kerana itu, selain Quran, kena juga belajar hadis.

C. Maf’um Akhirat. Apabila roh sudah ditarik, dan sudah mula dipertontonkan apa yang hamba itu akan dapati dari nasibnya – baik atau buruk, itu sudah dikira sebagai permulaan akhirat dah. Itulah permulaannya, sampai kepada abadi yang tiada hujung.Apa yang dialami oleh mereka yang hampir itu dinamakan ‘nazak’. Saat itu, taubat dah tidak bernilai lagi dan amalan tidak dikira lagi. Padahal roh ada dalam tubuhnya lagi. Oleh itu, semua amal kebaikan kena buat sebelum itu. Banyakkan amalan selama mana nyawa tak sampai ke halqum.
Lawannya adalah dunia. Kerana bahayanya dunia kepada manusia, Allah huraikan juga tentang dunia dalam Quran. Allah Maha tahu tentang dunia lebih dari kita, jadi Dia 
beritahu kepada kita supaya kita tahu hakikat sebenar dunia itu. Supaya kita berwaspada dan dapat elak tipudaya dunia.

2. Dalil. دليل 
Setiap Dakwa mesti ada dalil. Dalil adalah suatu bukti yang dikemukakan bagi mensabitkan Dakwa. Biasanya Allah mendatangkan berbagai-bagai dalil dalam Quran dengan tujuan untuk mensabitkan Dakwa Surah. Biasanya, di mana sahaja ada Dakwa, di situ akan ada dalilnya. Dan kebiasaannya, Dalil akan datang menyelusuri Dakwa.
Pemahaman dalil yang mantap akan memberikan seseorang itu kefahaman yang tinggi  terhadap Dakwa Surah itu.

Dalil terbahagi kepada tiga jenis: Aqli, Naqli dan Wahyi.
A. Dalil Aqli – عقلي
Dalil Aqli ialah sejenis dalil yang dapat diterima oleh setiap yang berakal atau boleh diterima oleh setiap yang memiliki naluri fitrah yang Allah berikan kepada semua orang. 
Oleh itu sekiranya manusia tidak di kuasai oleh hawa nafsu jahat atau suasana yang buruk yang merosakkannya, nescaya dengan akal dan fitrah yang sedia ada, mereka dapat memahami setiap tuntutan dalil seterusnya penerimaan dalil akan membawa kepada penerimaan da’wa. Dengan kata lain, dalil itu didatangkan bagi tujuan mengajak manusia kepada penerimaan da’wa.

Dalil Aqli ini terbahagi pula kepada tiga jenis:
a. Dalil Aqli Anfusi – انفسي عقلي دليل
Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t tentang qudrat dan iradahNya didalam mencipta akan sesuatu yang ada pada diri manusia itu sendiri. 
Melalui dalil aqli anfusi, seseorang yang berakal dapat memahami betapa sempurnanya ciptaan Allah s.w.t, sekaligus mengajak manusia itu mengakui dan 
menerima bahawa Allah s.w.t jualah zat yang wajib disembah dan ditaati.

b. Dalil Aqli Afaqi – آفاقي عقلي دليل
Ianya adalah suatu dalil yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t tentang qudrat dan iradahNya di dalam mencipta akan sesuatu yang ada di luar diri manusia itu yakni daripada segenap ufuk pada alam semesta.

Dalil aqli afaqi dibahagi kepada tiga:
– ‘ilwi علوي – atas langit hingga ‘arasy ilahi.
– sifli سفلي– permukaan bumi, segala lautan dan daratan termasuk malaikat, jin dan sebagainya.
– jawwi جِّوي– udara, seperti burung dan sebagainya (bawah pada langit yang pertama).

c. Dalil aqli I’tirafi (اعترافي عقلي دليل )
Ianya adalah sejenis dalil yang memang diakui oleh pihak lawan (yakni musyrikin Mekah), dalil yang menjelaskan betapa kudratnya Allah s.w.t didalam mencipta perkara- perkara yang besar ( اليظام االمور ).Jadi apabila pihak lawan telah menerima perkara-perkara besar seterusnya akan diajak untuk menerima juga bahawa Allah s.w.t jualah yang mengurus perkara-perkara besar dan seperti itulah Allah 
mengurus perkara-perkara kecil ( الحقيرة االمور ) yang mereka silap faham iaitu mereka memahami perkara-perkara kecil (الحقيرة االمور )di urus oleh wakil-wakil Allah s.w.t kepada kefahaman yang sebenar, wallohua’lam. 
Biasanya dalil-dalil I’tirafi ini berbentuk soalan dan jawapan.

B. Dalil Naqli – نقلي
– ialah sejenis dalil berbentuk nukilan daripada kisah-kisah hikayat atau nukilan berbentuk perkataan. Dalil naqli ini menjadi bahan bukti kedua selepas dalil aqli. Dalil ini adalah jenis yang boleh dilihat dan boleh didengar. Ianya didapati dari riwayat dan ayat-ayat Quran. Terbahagi pula kepada 7 jenis:
a. Dalil Naqli Kutubi – كتبي نقلي – Allah zahirkan dalam kitab terdahulu
b. Dalil Naqli Anbiya’i Mufassal – صل ِّمف أنبيائي نقلي –Apabila disebut nama Nabi-nabi secara spesifik.
c. Dalil Naqli Anbiya’i Mujmal – مجمل أنبيائي نقلي – mujmal bermaksud ‘ringkas’. Ini apabila disebut ‘nabi’ sahaja tanpa disebut nama.
d. Dalil Naqli Ahlu Kitab – الكتاب اهل نقلي – apabila disebut berkenaan pengikut Nabi-Nabi yang ada kitab seperti Kitab Taurat, Injil dan Zabur
e. Dalil Naqli Jinni – جنى نقلي – dalil yang menyebut amalan, kata atau perlakuan jin. Ini adalah keranna jin pun ada yang menerima tauhid. Kalau jin boleh terima, kenapa manusia tidak boleh menerimanya?
f. Dalil Naqli Malaki – ملكى نقلي – Dalil yang menyebut tentang iman para malaikat. Kerana mereka juga menerima tauhid.
g. Dalil Naqli Hayawani – حيوانى نقلي – Dalil-dalil tentang ketaatan binatang. Ini kerana binatang pun terima tauhid.

C. Dalil Wahyi- وحي دليل
– Ianya adalah ‘titah khas’ kepada Nabi untuk disampaikan. Semua ayat-ayat lain adalah wahyu yang perlu disampaikan kepada umat, tapi ada ayat-ayat yang mempunyai titah 
yang khas. Ianya disebut dengan lafaz yang khusus supaya baginda sampaikan tuntutan tauhid dalam ibadat atau adat.Ini menghilangkan salah anggap manusia, kerana ada yang kata yang Nabi memandai sahaja suruh beritahu sesuatu perkara. Dulu orang tohmah kepada Nabi, sekarang manusia kata kepada kita pula yang menyampaikan ayat-ayat Quran ini. Termasuk orang kafir yang tidak 
menerima Nabi Muhammad. Maka, kepada mereka, kita katakan, kita kena sampaikan kerana sudah ada arahan khusus dari Allah untuk sampaikan ajaran itu kepada manusia, maka itulah sebabnya kita kena sampaikan.
– Biasanya senang dikenali apabila ada perkataan قل (katakanlah) di dalam ayat itu Atau ‘aku telah diperintahkan oleh Tuhanku’ Atau ‘telah diwahyukan kepadaku’. Atau ayat-ayat lain yang semakna dengannya.

3. Takhwif Ukhrawi – تخويف  أخرو
Ianya adalah ayat-ayat penakutan dengan kejadian akhirat. Diberikan ayat-ayat sebegitu supaya kita takut dan beringat. Sepatutnya, apabila kita baca ayat-ayat Quran berkenaan 
akhirat, kita dah takut dah. Sepatutnya kita lebih takut kepada akhirat lebih dari takut kepada manusia.
Akhirat itu bermula dari sakaratul mawt seorang makhluk sampai ke dalam neraka atau syurga. Ayat takhwif didatangkan oleh Allah s.w.t supaya pihak lawan yang masih enggan menerima da’wa itu akan merasa takut serta bimbang terhadap masa depan mereka, lalu melalui takhwif ukhrowi ini akan mendorong mereka mengakui serta menerima da’wa yang terdapat dalam Quran.

Contoh Takhwif Ukhrawi adalah
Maryam 19:86
وَنَسُوقُ ٱلْمُجْرِمِينَ إِلَىٰ جَهَنَّمَ وِرْدًا 
Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga. (Maryam:86)

4. Takhwif duniawi –  تخويف دنيوي
Ianya adalah penakutan dengan keadaan di dunia. Ayat-ayatsebegini memberitahu kita yang kalau kita tolak agama, dalam dunia lagi dah boleh kena azab. Ketahuilah yang ancaman seksa itu boleh dikenalah semasa kita hidup di dunia lagi. Kesusahan yang dikenakan oleh Allah tidak akan mampu diselamatkan oleh sesiapa pun. Dalam Bahasa Arab, sebagai contoh, dinamakan ايام الله ayyaamullah (Hari-hari Allah) di mana Allah menceritakan bagaimana kaum-kaum yang terdahulu telah diberikan dengan azab mereka di dunia lagi seperti kaum Aad, Tsamud, Firaun dan sebagainya.
Contoh Takhwif Duniawi adalah

Maryam 19:98
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًۢا 
Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka; 
(Maryam:98)

5. Tabshir Ukhrawi –  تبشير أخروي
Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira dengan keadaan di akhirat bagi yang menerima. Mereka yang menerima da’wa akan diberikan dengan nikmat yang tidak 
terhingga.
Contoh tabshir ukhrawi adalah ayat
Al-Kahf 18:107
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّٰتُ ٱلْفِرْدَوْسِ نُزُلًا 
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (Kahf:107)
6. Tabshir Duniawi –  تبشير دنيوي
Ianya adalah ayat-ayat tentang berita gembira tentang perkara yang boleh diterima di dunia lagi kepada mereka yang menerima Da’wa. Ianya tentang kepuasan hidup yang akan dimiliki oleh orang yang menerima da’wa, seperti 
yang diberikan kepada para Nabi. Ianya adalah kepuasan yang tidak dapat dirasai oleh orang kafir. Kalau sesuatu perkara itu orang kafir pun boleh dapat, maka itu bukanlah 
tabshir duniawi yang dimaksudkan. Ia bukanlah kekayaan kerana ramai orang kaya tapi mereka bunuh diri mereka. Lihatlah bagaimana Nabi miskin belaka tetapi mereka puas dengan kehidupan mereka. Lihatlah bagaimana Nabi sengaja tolak kekayaan dari hidup baginda walaupun baginda boleh dapat perkara itu. Jadi takkan Nabi tak dapat tabshir ini? Nabi bersyukur kerana Nabi dah dapat kepuasan. Kepuasan hidup Nabi adalah menderita 
kerana Allah. Inilah kenikmatan sebenar.Ini bukanlah menyuruh kita menolak nikmat zahir. Tapi ianya memberitahu kita bahawa bukan nikmat zahir sahaja. Nikmat zahir itu pun tidak ada harga pun sebenarnya. Apabila isteri Nabi teringin lebih sikit dari kenikmatan dunia, Nabi dengar sahaja, terus baginda terasa. Mereka boleh dapat semua itu, tapi kalau mereka hendakkan kenikmatan dunia, mereka tak layak duduk dengan Nabi. Nabi sedih kerana mereka tak faham sedangkan mereka duduk dengan Nabi. Pada baginda, kalau isteri-isteri yang duduk dengan baginda pun tidak faham, orang lain macam mana lagi? Oleh kerana baginda amat terkesan dengan peristiwa itu, Nabi tak bercakap selama sebulan dengan mereka. Waktu itu, Saidina Umar terus pergi berjumpa Nabi untuk bertanyakan samada baginda telah menceraikan isteri-isteri baginda kerana dia takut kalau Nabi ceraikan anaknya Habsah kerana anaknya adalah salah seorang isteri Nabi. Waktu itulah dia melihat keadaan rumah Nabi. Beliau sedih  dengan keadaan itu dah telah menyuruh baginda berdoa supaya diberikan lebih lagi dari hal dunia. Nabi kata: kamu tak faham lagi? Apa yang mereka dapat di akhirat lebih baik lagi. Semakin kita menderita, semakin tinggi di akhirat.
Sedikit sahaja disebut tabshir dunia kalau dibanding dengan tabshir ukhrawi. Kerana segala kenikmatan dunia ini akan kena tinggal pun akhirnya. Oleh kerana ianya tidak kekal, maka cukuplah disebut sedikit sahaja.
Contoh tabshir duniawi adalah ayat

An-Nasr 110:1إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad 
berjaya menguasai negeri Makkah), (an-Nasr:1)

7. Shikayah atau shakwa – شكاية atau  tasyjil ialah lapuran Allah atas sikap dan perangai  kaum yang degil
Ianya adalah ayat rungutan Allah tentang sikap degil manusia. Allah nukilkan dalam Quran ini, perkataan- perkataan hambaNya yang degil. Ianya adalah jenis ayat apabila Allah menceritakan tentang kata-kata mereka yang tak munasabah. Seumpamanya seperti Allah nak kata: Tengoklah betapa teruknya mereka ini …. tengoklah kata-kata mereka….Atau, kata-kata mereka yang mencabar Nabi dan menghina Nabi. Memang kedudukan kebanyakan Nabi-Nabi adalah rendah dalam dunia, sampai ada yang mencabar dan menghina Nabi atau pembawa Dakwa. Maknanya, bukan Nabi sahaja yang dihina. Tujuan 
mereka menghina begitu adalah kerana nak tundukkan pembawa Dakwa dan menghalang mereka dari menyampaikan da’wa.Cara untuk kenal ayat-ayat sebegini adalah apabila ada kata قال atau قالوا .Contoh ayat 
Shikayah adalah

Al-Isra' 17:90وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا 
Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), 
sehingga engkau memancarkan matair dari bumi, bagi Kami. (al-isra’: 90)

8. Zajrun – زجر
Ini adalah jenis ayat-ayat teguran. Ada dua jenis: kepada yang mengikut Quran dan juga kepada yang melawan.
Dikira sebagai ‘teguran membina’ atau nasihat yang berguna, jikalau ianya diberikan kepada Nabi dan umat Islam yang beriman.Kalau kepada yang melawan, ianya adalah ‘teguran keras’.Kedua-dua jenis teguran itu adalah untuk memperbaiki sifat manusia. Termasuk teguran 
yang membina pun. Ini susah sikit nak faham. Sebagai contoh dalam taubah:41, Allah berfirman
At-Taubah 9:41
ٱنفِرُوا۟ خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَٰهِدُوا۟ بِأَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan 
berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Dalam ayat ini, suruhan Allah adalah untuk semua sekali umat Islam waktu itu pergi untuk berjihad. Allah telah pesan untuk kosongkan Madinah untuk berperang di Tabuk. Tabuk itu adalah tempat yang jauh, waktu itu adalah musim panas dan musuh yang hendak dihadapi adalah ramai. Ditambah pula yang hasil kurma waktu itu sedang elok dah boleh kutip. Itu semua adalah dugaan-dugaan berat untuk pergi berperang. Ramai yang sudah tidak mahu pergi berperang dan ada beberapa munafik datang jumpa Nabi untuk beri alasan palsu. Tapi Nabi beri izin. Kerana Nabi beri izin itulah yang Allah tegur. Inilah yang dinamakan ‘teguran membina’. Ini terdapat dalam ayat Taubah:43, dimana Allah telah tegur dan maafkan Nabi.

At-Taubah 9:43
عَفَا ٱللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَتَعْلَمَ ٱلْكَٰذِبِينَ 
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau 
mengetahui orang-orang yang berdusta? 

Sepatutnya Nabi tak bagi izin. Kalau baginda tidak benarkan, tentulah akan dapat tahu siapakah yang beriman dan siapa yang munafik, kerana yang munafik tentu tidak akan pergi berperang. Tapi, disebabkan Nabi telah beri izin kepada mereka untuk tidak berperang, maka tidaklah jelas siapakah yang munafik dan siapa yang tidak.Dengan ayat ini, mengajar kita bahawa kalau Khalifah sudah beri perintah untuk berjihad, yang tidak pergi adalah munafik.Kadangkala Nabi ditegur kerana khilaful awla – perkara yang lebih baik dari yang baik. Bukanlah Nabi telah buat satu kesalahan tetapi ianya adalah kesilapan sahaja yang tidak dipersalahkan kepada Nabi. Oleh itu, kena berhati-hati dalam menghurai ayat sebegini, kerana takut kita kata sesuatu kata yang tak sesuai terhadap Nabi. Kerana tidaklah sama teguran kepada Nabi dan teguran kepada puak penentang.

Contoh ayat Zajrun untuk penentang pula adalah seperti yang disebut dalam Ghafir:83

Ghafir 40:83
فَلَمَّا جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَرِحُوا۟ بِمَا عِندَهُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-
keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata);

9. Tasliah atau tasalli –تسلية/ تسلىّ 
Ini adalah ayat-ayat pujukan atau penghibur hati kepada penyebar Da’wa. Apabila kita berdakwah menyampaikan ajaran agama, akan ada yang kata buruk terhadap kita. Apabila itu berlaku, hati ini akan kecewa sungguh. Kepada mereka yang menerima dugaan itu, ada ayat-ayat yang Allah turunkan kepada Nabi dan penyebar da’wah sebagai penghibur dan pujukan hati. Allah memberitahu kita untuk menelan apa yang kena kepada kita, nanti akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Susah sekejap sahaja di dunia. Diberikan ayat-ayat sebegitu supaya mereka mendapat ketenangan dalam menyebar da’wa.
Ada tiga jenis ayat-ayat Tasliah:

a.Al balwa iza ammat khaffatالبلوى اذا  عَّمت خفِّت
Musibah itu jika ianya umum, iaitu apabila tahu yang orang lain pun terkena juga, maka yang menerimanya juga akan rasa ringan. Kita rasa ringan sebab tak rasa kita sahaja yang kena, tapi ramai juga yang lain kena – kita tidak berseorangan yang kena. Adalah kurang sedikit rasa kesusahan itu. Contoh, kalau kita sakit perut, kita akan rasa kurang kalau kita tahu yang ramai lagi yang sakit perut. Sebagai contoh, ayat Fathir: 25
Fatir 35:25
وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَبِٱلزُّبُرِ وَبِٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُنِيرِ 
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu, (maka yang demikian itu tidaklah menjadi hal) kerana sesungguhnya orang-orang yang terdahulu sebelum mereka telah juga mendustakan (Rasul masing-masing), mereka telah didatangi Rasul-rasulnya dengan 
membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan Kitab-kitab (nasihat pengajaran) serta Kitab-kitab (syariat) yang terang jelas.
Dalam ayat ini, Nabi dan penyebar Da’wa diberitahu yang bukan mereka sahaja yang kena tolak dalam dakwah mereka, tapi orang-orang terdahulu sebelum mereka pun kena juga. Maka, itu mengurangkan sedikit keresahan dan sakit hati yang dialami oleh Nabi.

b. Tarqul qaliili lil kathir.  ترك القليل للكثير Meninggalkan yang sedikit untuk mendapatkan yang lebih besar nilainya dan lebih banyak.
Seperti yang kita tahu, Allah tak limpahkan kelebihan keduniaan kepada pendakwah seperti yang diberikan kepada mereka yang menentang dakwah. Kadang-kadang kita lihat orang yang kafir dan yang menentang Islam, kehidupan dunia mereka nampak sangat mewah. Sedangkan kita lihat penyeru Da’wa seperti Nabi kita sendiri seperti tidak ada apa-apa dalam dunia ini, hidup dengan serba kedaifan. Tapi dalam masa yang sama mereka 
kena dakwah kepada mereka-mereka yang kaya dan berkedudukan tinggi dalam dunia. Semua ini mencabar Nabi dan penyeru Da’wa sedikit sebanyak.Tapi Allah beritahu dunia ini kecil sahaja, dan akhirnya, semuanya akan ditinggalkan. Allah memujuk: Tahanlah sekejap kesengsaraan yang dialami semasa di dunia ini. Ianya tidak ada apa-apa pada hakikatnya. Hasilnya, mereka kan dapat kelebihan di akhirat yang lagi besar. Dengan membaca ayat-ayat itu, menjadi ringan untuk menghadapi segala susah yang kita alami di dunia.
Contoh ayat sebegini adalah seperti ayat Ali Imran:196

Aal-e-Imran 3:196لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ
Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh bebasnya orang-orang yang kafir bergerak di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

c.Tarqul mubalaati bil mukhaaliifin biadai’ syukri
ترك المباالة بالمخالفين بأداء الشكر على نيم المنيم
Tidak mempedulikan sikap segala yang menentang dengan cara menyempurnakan kesyukuran.

Allah mengajar kita supaya jangan layan apa kata mereka yang menentang, tapi banyakkan syukur kepada Allah. Jangan hirau dengan cakap para penentang. Syaitan sampaikan kata kata mereka kepada kita kerana syaitan nak kita berhenti dakwah. Kenanglah bagaimana Allah dah bagi Quran, bagi wahyu, bagi Nabi kepada, dan itu sudah sebesar-besar nikmat dah. Dengan mengingati nikmat Allah kepada kita, hati kita akan jadi tenang. Fikirkan yang 
positif. Kenangkan juga nikmat iman yang Allah dah berikan kepada kita. Sibukkan hati dengan ibadat kepada Allah. Ucapkan syukur kepada Allah sentiasa. Jangan serabutkan fikiran dengan perkara-perkara yang tidak penting. Ingatlah bahawa kesusahan yang kita alami ini akan mendapat balasan baik di akhirat. Kita kena Tawajuh (hadapkan wajah) kepada Allah. Lihatlah bagaimana Nabi tenang dan damai walaupun baginda dikelilingi dengan musuh yang ramai, kerana baginda telah diberikan dengan ayat-ayat tasliah macam ini.
Contoh ayat tasliah jenis ini: Taha:130

Ta Ha 20:130
فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ 
Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan, dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya; dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan).

10. Umur muslihah –  أمور مصلحة
Ianya adalah ayat-ayat yang mengajar amalan-amalan yang memberi kesan kepada islah (memperbaiki) diri.
Apabila kita terima Allah dan kenal Allah, maka kita akan berkeinginan untuk mendekatkan diri dengan Allah dan cara untuk menghampirkan diri kepadaNya adalah dengan cara ibadat yang Nabi ajar berdasarkan dari Quran.
Bukan setiap manusia yang terima Islam itu sudah sempurna agama mereka. Maka kena ada  usaha untuk memperbaiki diri. Nak dapat hasil, kena luang masa. Dan untuk mendapatkan  ilmu, ianya berhajat kepada tempoh dan melalui proses.
Dalam kita berdakwah, kita mesti akan bertemu penentang yang ramai. Walaupun ianya berat, tapi kita kena sampaikan juga. Dan untuk menyampaikan dakwah, kita sendiri kena 
hidup dalam sistem yang baik yang boleh jadi tauladan kepada orang lain. Jangan orang lihat cara hidup kita yang buruk sampai mereka tidak selera nak dengar dakwah kita. Ini termasuklah perkara yang nampak macam kecil seperti menjaga kebersihan dan sebagainya. Apabila hidup kita elok, barulah senang nak sampaikan dakwah. Baru orang 
pandang baik kepada kita. Tidaklah sama sahaja kita dengan orang perangai buruk. Kadang perangai buruk kita menjadikan orang susah terima islam. Untuk mendapatkan kehidupan yang baik, memerlukan kepada ayat-ayat jenis umur munazimah yang akan diterangkan selepas ini.
Jadi ayat-ayat umur munazimah ini utk menyusun hidup kita jadi baik harmoni, bertimbang rasa dan supaya menjadi baik. Untuk mengamalkan ayat-ayat umur munazimah, kena ada amalan khusus yang Allah beri untuk menyusun kita. Itulah umur muslihah. Bila umur muslihah betul, barulah umur munazimah menjadi.
Ayat penekanan adalah ayat-ayat tentang ibadat khas seperti solat. Allah mendidik kita dengan solat. Contohnya ayat-ayat umur muslihah adalah seperti firman Allah dalam 2:238
Al-Baqarah 2:238
حَٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلْوُسْطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَٰنِتِينَ 
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Solat yang baik adalah solat yang menjaga khusyuk dan dengan berjemaah di masjid. Merekalah yang boleh dibentuk menjadi masyarakat yang baik. Ayat ini dimasukkan di antara ayat-ayat muamalah dan mu’asharah. Kalau tak belajar, tak nampak kaitan antara ayat-ayat itu.
Kaitan yang lain adalah apabila kita buat baik di satu bahagian, ianya akan merangsang kebaikan di bahagian lain. Kerana ianya menjadi satu dorongan. Itu sebab diselangi ayat umur muslihah dan umur munazimah.

Dari kebaikan yang ada itu, ‘adat’ jadi elok dan teratur. Ada empat jenis adat dalam kehidupan:
1. Mu’asharah – adat dengan keluarga.
2. Muamalah – hubungan sesama masyarakat. Iaitu hubungan satu keluarga dengan keluarga yang lain. Semua ada kerja masing-masing yang perlu dijalankan. Kita sentiasa memerlukan sesuatu dari orang lain. Ianya memerlukan pertukaran keperluan yang baik antara satu sama lain.
3. Siasatul madaniah – Masyarakat yang baik kena ada pemimpin. Jadi ayat-ayat jenis ini mengajar sistem pentadbiran.
4. Akhlak dan budi pekerti. Ini merangkumi semua perhubungan antara manusia dan manusia dan juga antara manusia dan kepada haiwan juga. Inilah agama.

11. Umur munazimah –  أمور منظمة
Ayat-ayat ini mengajar cara hidup bermasyarakat. Ini adalah kesinambungan dari umur muslihah. Oleh itu, kena ada umur muslihah dahulu. Kerana itu di celah-celah ayat umur 
munazimah, akan ada ayat umur muslihah. Ianya adalah ayat-ayat tentang kaedah hidup bermasyarakat termasuk nikah kahwin, jual beli, cara memiliki harta, cara membelanjakan harta, pembahagian harta pusaka dan 
undang-undang jenayah (apabila berlaku keterlanjuran) serta cara-cara “muhakamah” (mengadili). Ingatlah bahawa kita tidak dapat menjalankan tugas dakwah kalau kehidupan kita sendiri kucar kacir. Susah hendak menjalankan kerja dakwah kalau kehidupan kita 
sendiri tidak boleh dicontohi. Ini adalah masalah besar yang dihadapi oleh kita sekarang. 
Lihatlah bagaimana kita hidup berpuak-puak dan berpecah belah.Belajarlah bagaimana Quran ini boleh menyusun hidup kita. Semua sudah disentuh dalam Quran asalkan kita mahu belajar.

Contoh ayat-ayat Umur Munazimah adalah seperti ayat tentang mu’asyaroh dalam 2:226
لِّلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِن نِّسَآئِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍۖ 
Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri-isteri mereka, diberikan 
tempoh empat bulan.
Juga ayat tentang mua’malah dalam 2:282
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَٱكْتُبُوهُۚ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.

12. Idmaj – ادماج atau Jumlah Mahfuzah
Ada perkataan dalam Quran yang tidak disebut dalam tapi sebenarnya ada. Ini adalah kerana ianya sudah dihazafkan (dihilangkan). Ianya adalah suatu jumlah yang tiada disebut di dalam al-Quran, tetapi mesti ditakdirkan bagi melahirkan makna sebenar sesuatu ayat, atau dinamakan di dalam istilah lughah (bahasa) arab, “jumlah muqaddaroh”.
Sebagai contoh dalam bahasa Melayu: Perkataan ‘terima kasih’ sebenarnya telah dihazafkan, sepatutnya panjang lagi (aku ucapkan terima kasih kepada kamu) tapi kita 
sebut ‘terima kasih’ sahaja. Ini adalah berkaitan dengan ilmu balaghah.
Contoh ayat Idmaj adalah 2:17

Al-Baqarah 2:17مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ ٱلَّذِى ٱسْتَوْقَدَ نَارًا
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api;

13. Idkhal ilahi –  ادخال الهى atau soal muqaddar 
Ianya bermaksud:’ pencelahan Tuhan’. Antara ayat yang ada hubungan antara satu sama lain. Tujuannya supaya ada penekanan khas kepada ayat tersebut. Ia menunjukkan yang ada benda penting Allah nak beritahu.
Kadang-kadang ianya dimasukkan kerana Allah nak beri jawapan kepada soalan muqaddarah iaitu jawapan kepada pihak lawan. Macam ada soalan yang akan timbul dari 
mereka setelah diberitahu sesuatu perkara dalam Quran. Maka, untuk tutup terus hujah mereka, Allah beri jawapan terus. Ini untuk memastikan fakta yang disampaikan dalam Quran itu mantap.

Contoh ayat idkhal ilahi ada terdapat dalam Ghafir:28
وَإِن يَكُ كَٰذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُۥۖ 
Kalau ia seorang yang berdusta maka dia lah yang akan menanggung dosa dustanya itu,

Ayat ini diletakkan dicelah hujah dalam ayat yang sama:
َرَجُلٌ مُؤْمِنْ مِنْ آلِ فِرعَوْنِ
seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun

14. I’aadah – اعادة
Ianya bermaksud ‘pengulangan semula’. Diulang kalimah yang telah disebut sebelumnya supaya hukum dalam ayat sebelumnya boleh difahami dengan lebih mudah.
Atau kalimah itu akan mendekatkan semula hukum yang akhir dengan kandungan kandungan yang panjang sebelumnya. Contoh terdapat dalam Waqiah:83 dimana ada
pengulangan perkataan فَلَوْلَا
Aْl-Waqi'ah 56:83
فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ 
Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya.

Al-Waqi'ah 56:86
فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ 

Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada 
kekuasaan Kami),

Diulang perkataan فَلَوْلِا dalam ayat 86. Inilah yang dipanggil I’aadah.

Dalam rentetan ayat-ayat ini, Allah menceritakan tentang keadaan orang yang hampir mati. Tiada ada sesiapa yang boleh menahan roh untuk keluar dari jasad. Walau bagaimana berkuasa pun seseorang itu, dia tidak akan dapat menahan roh dari keluar. Sekuat mana pun seseorang itu, dia kena mengalah satu hari dimana kematian datang dan terpaksa akur kepada qudrat Allah. Allah cabar mereka yang ada kuasa, kenapa mereka mengalah waktu itu? Kalau betul kamu berkuasa, maka tahanlah roh itu dari keluar. Waktu itu semua tahu yang tidak ada sesiapapun yang boleh sekat. Kalau kamu mengalah waktu itu, kamu patut mengalah kepada hukum Allah yang lain dan percaya bahawa ada kehidupan selepas mati. 
Ayat ini diberikan kepada mereka kerana mereka tak percaya ada akhirat.Allah nak beritahu yang akhirat dan pembalasan itu ada. Diberikan penekanan kepada 
mereka dengan dibawakan ayat-ayat dalam kaedah ini.

15. Khatmul qalbi –  ختم القلب
Ayat yang menceritakan bagaimana Allah akan ‘kunci mati mata hati’.
Ianya adalah ayat-ayat yang didatangkan sebagai keputusan terakhir kepada penentang Dakwa. Setelah diberi peluang berkali-kali bagi mereka untuk menerima dakwah. Setelah didatangkan kepadanya akal, pancaindera dan telah dibawakan pembawa Dakwa, dari kalangan Nabi dan pengikutnya. Semua bawa dalil dan bukti serta contoh tauladan dan nasihat berguna. Semua itu dibawa supaya mereka menerima dakwa. Tapi mereka masih berdegil. Maka Allah, pada satu waktu akan menarik balik peluang untuk mereka mengikut  hikmahNya dan taqdirNya. Setelah peluang itu tidak ada lagi, akan dikunci mati hati 
mereka. Waktu itu tidak ada jalan yang boleh menyampaikan mereka kepada haq. 
Penarikan peluang itulah yang dinamakan Khatmul qalbi. Ini adalah tahap keempat. Maknanya, sebelum terjadi perkara ini, ada tiga peringkat lain sebelum itu. Maka kena 
beringat-ingat takut kita pun terkena juga. Peringkat-peringat itu adalah:
1. Syak atau was-was terhadap ugama.
2. Berada di atas kesesatan (dolalah).
3. Sentiasa mujadalah (membantah dan melawan).
4. Kunci mati mata hati.

Mengunci mati hati manusia bukan kerja kita. Kita pun tak boleh kata seseorang itu telah dikunci mati hatinya. Kita jangan ambil kerja Tuhan pula dengan mengatakan seseorang itu tidak ada harapan lagi untuk terima iman. Kita baca ayat ini untuk kita sendiri beringat, 
bukannya nak hukum orang lain. Dan supaya kita dapat ingatkan kepada orang lain. Sebab ramai yang tak tahu langsung perkara ini.

Tiga perkara berkenaan Khatmul qalbi ini disebut dalam Quran.
1. Apakah Khatmul qalbi itu.
2. Cara ianya berlaku dan kenapa berlaku.
3. Siapa yang melakukan Khatmul qalbi itu. Tentulah yang hanya boleh melakukannya adalah Allah. Hanya Allah yang menentukan siapa yang akan dikunci mati hati mereka. 
Ianya dilakukan mengikut ‘hikmah ilahiah’. Allah sahaja yang tahu kenapa hati mereka dikunci mati.
Apabila kita mati dalam keadaan itu, ianya adalah Su’ul khatimah dan ianya adalah perkara 
yang amat malang. Maka kita kena minta berlindung darinya.
Contoh: a’raf :179
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ ٱلْجِنِّ وَٱلْإِنسِۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ ءَاذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَآۚ أُو۟لَٰٓئِكَ كَٱلْأَنْعَٰمِ بَلْ هُمْ أَضَلُّۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْغَٰفِلُونَ 
Untuk mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); 
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Ayat ini menceritakan apakah Khatmul qalbi. Iaitu mereka yang ada hati tapi kebenaran tidak akan masuk.
Bagaimana pula cara ianya berlaku? Allah sebut dalam Mutaffifin:14

Al-Mutaffifin 83:14
كَلَّاۖ بَلْۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ 
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka 
kerjakan.

Allah telah menutup hati mereka sampaikan mereka tak boleh nak nampak kebenaran.

Siapakah yang melakukan Khatmul qalbi itu? Allah lah yang melakukannya. Seperti Allah 
sebut dalam Baqarah: 7

Al-Baqarah 2:7
خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْۖ وَعَلَىٰٓ أَبْصَٰرِهِمْ غِشَٰوَةٌۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.

16. Rabtul qalbi –  ربط القلب
Ianya adalah lawan kepada Khatmul qalbi. Ianya adalah peneguhan hati atau keyakinan yang sejati. Maksudnya, seseorang itu diberikan iman yang sempurna yang membawa kepada kejayaan. Ianya akan diberikan kepada hamba yang berusaha.Iman yang tidak sempurna akan sentiasa melanggar hukum Allah. Iman mereka ada, tapi 
tidak sempurna. Menyebabkan dia akan diazab beberapa lama di neraka. Mereka yang iman sempurna tidak akan masuk neraka langsung.Ianya adalah Ayat-ayat yang menceritakan tentang hati Pembawa Dakwa. Iaitu mereka 
yang belajar dan menerima Quran. Mereka Istiqamah dalam pendirian mereka. Mereka akan menegakkan hukum dalam segala ujian. Mereka tetap teguh walaupun mereka diuji 
dengan berbagai-bagai ujian. Hati mereka sampai ke peringkat sukar kembali kepada kesesatan. Mereka takkan sesat dah kerana mereka telah memiliki Rabtul qalbi. Kalau orang lain, ada lagi kemungkinan boleh jatuh ke lembah kesesatan.Ini pun tahap iman yang keempat. Ada tahap tahap lain sebelumnya. Inilah tahap yang kita 
mahu. Semua tahap-tahap itu disebut dalam Quran.
1. Sifat inabah
2. Duduk di atas jalan hidayah.
3. Istiqomah.
4. Diteguhkan hatinya di atas aqidah tauhid.
Nabi dan para sahabat telah sampai ke tahap keempat ini. Sebab itu mereka boleh dijadikan sebagai contoh tauladan. Selain dari mereka, tidak boleh lagi dijadikan contoh 
kerana belum tentu mereka itu telah selamat. Kerana kita tak tahu mereka tahap mana. Macam Nabi dan para sahabat, telah diberitahu oleh Allah yang mereka telah sampai ke tahap keempat. Semua sahabat dikira sebagai ‘adil’. Merekalah neraca syariat yang kita kena ikut.
Contoh yang diberikan: Kahfi:14

Al-Kahf 18:14
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَٰهًاۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًا شَطَطًا 
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan 
mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”

Semua pemuda Kahfi itu telah mendapat Robtul Qalbi. Mereka sanggup berdiri menegakkan hujah berdepan dengan raja yang zalim. Maka Allah telah berikan Robtul Qalbi kepada mereka. Mereka telah dilindungi dalam gua untuk menjaga akidah mereka. Para wali, seperti Pemuda Kahfi ini, ada sifat ini. Oleh kerana mereka telah dijadikan sebagai contoh, maka kita kena jadikan mereka sebagai contoh. Iaitu kita kena cakap tentang kebenaran 
walaupun kita berdepan dengan orang yang bahaya, yang boleh memudharatkan kita. Oleh itu, kita boleh mendapat Robtul Qalbi ini kalau kita sampaikan kepada mereka yang 
melawan.
Allahu a’lam.