Rabu, September 30, 2020

Tafsir asas quran nota 6(090).

Tafsir asas quran nota 6(090).

yang disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab syarat.Jawab qasam tidak diperlukan lagi. Jawab kepada salah satu daripadanya dikira sudah memadai dan mencukupi untuk kedua-duanya. Pada umumnya qasamlah yang disebutkan lebih dahulu daripada syarat. Contohnya:

Maryam 19:46
قَالَ أَرَاغِبٌ أَنتَ عَنْ ءَالِهَتِى يَٰٓإِبْرَٰهِيمُۖ لَئِن لَّمْ تَنتَهِ لَأَرْجُمَنَّكَۖ وَٱهْجُرْنِى مَلِيًّا
Bermaksud: Dia (bapanya) menjawab: Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku), niscaya engkau akan ku rejam dan (ingatlah! lebih baik) engkau tinggalkanlah daku buat (Maryam:46).

Oleh kerana di dalam ayat ini qasam disebutkan dahulu daripada syanat, maka لأرجمنك menjadi jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Taqdir ibaralriya ialah: 
وَالله إن لمتننه لأرجمنك
 yang masuk pada haraf syarat إن itu tidak sama dengan Laam yang masuk pada أرجمنك. Ia masuk pada haraf syarat إن untuk memberitahu bahawa jawab yang akan datang selepasnya adalah jawab qasam, bukan jawab atau jaza' bagi syarat. Kerana itu ia dipanggil الام الموطنة للقسم المحذوف atau Laam yang meratakan jalan untuk qasam yang dibuang" Laam ini biasanya memasuki إن شرطية Kadang-kadang ia juga memasuki haraf-haraf syarat yang lain selain إن, seperti ما  dan من . Sesetengah ahli ilmu Nahu menamakan Laam ini dengan Laam syarat. Kerana ia memasuki haraf syarat. Walau bagaimanapun, perlu sekali diingat bahawa    اللا الموطنة ini tidak semestinya tersebut sebelum haraf syarat. Kadang-kadang dalam keadaan qasam muqaddar atau qasammudhmar pun, ia tidak disebutkan. Contohnya dapat anda lihat pada firman Allah berikut:

Al-Ma'idah 5:73
لَّقَدْ كَفَرَ ٱلَّذِينَ قَالُوٓا۟ إِنَّ ٱللَّهَ ثَالِثُ ثَلَٰثَةٍۘ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّآ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌۚ وَإِن لَّمْ يَنتَهُوا۟ عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Bermaksud: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: BahawasanyamAllah ialah salah satu dari tiga tuhan. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Tuhan Yang Maha Esa dan jika metekl tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu. pasti orang- orang yang kafir dari antara mereka ditimpa siksaan yang pedih.(al-Maa'idah:73). 

Lihat khususnya bahagian yang bergaris di bawahnya. Taqdiribaratnya ialah: والله إن لم ينتهوا  hingga ke akhir ayat.

90

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0053.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0053.

Kaedah 53
قاعدة ٥٣  العَطْفُ(بالْوَاوِ)يَقْتَضِي الْمُغَايَرَةَ بَيْنَ الْمَعْطُوفِ وَالْمَعْطُوْفِ عَلَيْهِ مَعَ اشْتِرَاكِهِمَا فِى الْحُكْمِ الَّذِيْ ذُكِرَ لَهُمَا

Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,walaupun kedua2nya berkongsi pada perkara yg disebutkan untuk kedua2nya.

Keterangan: Meng'thafkan sesuatu perkataan kepada sesuatu perkataan yang lain
tidak diharuskan semata-mata kerana dua perkataan berkenaan berbeza pada lafaznya.
Apa yang diperlukan dalam 'athaf ialah ma'na kedua-duanya mestilah berbeza. 

Cuma
perbezaan itu ada beberapa tahapnya.

Tahap pertamanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang berbeza dan
berlainan hakikatnya, dengan erti ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada
ma'thuf 'alaih atau sebaliknya. Atau masing-masing daripadanya bukan merupakan
lazim bagi satu sama lain. Inilah bentuk 'athaf yang paling popular.

Tahap keduanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih saling berlaziman.
Maksudnya ialah bukanlah ma'thuf merupakan ma'thuf 'alaih itu sendiri, akan tetapi
setiap satu daripadanya tidak dapat dipisahkan daripada satu sama lain.

Tahap ketiganya ialah apabila  juzu' bagi sesuatu di'athafkan kepada sesuatu yang
merupakan kulnya atau keseluruhannya.

Tahap keempatnya ialah apabila perbezaan sifat dianggap sebagai perbezaan zat.
Maksudnya ialah ada dua sifat atau lebih bagi sesuatu. Satu daripadanya di'athafkan
kepada yang satu lagi sebagai ma'thuf 'alaihnya, dengan menganggap masing-masing
daripadanya sebagai zat yang berlainan.

Contoh 'athaf tahap pertama, iaitu apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang
berbeza dan berlainan hakikatnya, dan ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada
ma'thuf 'alaih atau sebaliknya(contoh kereta dan masjid). Selain itu, ma'thuf dan ma'thuf 'alaih juga tidak
berlaziman:

(1)
ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا فِی سِتَّةِ أَیَّامٍ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَسۡـَٔلۡ بِهِۦ خَبِیرًا
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas 'Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka
tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui(Muhammad) tentang Dia. al-Furqaan: 59).

Perkataan-perkataan    ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا  merupakan tiga benda atau hakikat yang berlainan, ia diikat dalam satu rangkaian 'athaf. Keharusannya berada dalam
rangkaian 'athaf adalah kerana kelainan hakikat setiap satu daripadanya. Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga ketiga tiga
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.

(2)
نَزَّلَ عَلَیۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیلَ(٣)
مِن قَبۡلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ شَدِیدٌۗ وَٱللَّهُ عَزِیزٌ ذُو ٱنتِقَامٍ(٤)
3.Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan
mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan
lnjil.
4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga
yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah
itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah). 
(Aali 'Imraan:
3-4).

Perkataan   ٱلتَّوۡرَىٰةَ   dan  وَٱلۡإِنجِیلَ  berada dalam rangkaian 'athaf. Kedua-duanya adalah kitab yang berlainan hakikatnya. Kelainan hakikat kedua-duanyalah yang mengharuskan kedua-dua perkataan itu diikat dalam satu rangkaian 'athaf dengan و.Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga kedua-dua
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.

Contoh 'athaf pada tahap kedua, iaitu apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih saling berlaziman. Dan setiap satu daripadanya tidak dapat dipisahkan daripada satu sama lain ialah

(1)
وَلَا تَلۡبِسُوا۟ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُوا۟ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula, padahal kamu semua mengetahuinya. 
(al-Baqarah:
42).

Mencampur adukkan yang benar dengan yang salah dan menyembunyikan yang benar
itu adalah dua perkara yang berbeza. Tetapi masing-masing daripadanya saling
berlaziman. Ini kerana semakin kuat seseorang mencampur adukkan yang benar
dengan yang salah bererti semakin kuatlah ia menyembunyikan kebenaran. Orang
yang menyembunyikan kebenaran pula semestinya mengemukakan kebatilan atau sesuatu yang salah sebagai ganti kebenaran atau sesuatu yang benar. Dengan begitu,
semestinya akan berlaku perbuatan mencampur adukkan yang benar dengan yang
salah.

(2)
وَمَن یُشَاقِقِ ٱلرَّسُولَ مِنۢ بَعۡدِ مَا تَبَیَّنَ لَهُ ٱلۡهُدَىٰ وَیَتَّبِعۡ غَیۡرَ سَبِیلِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ نُوَلِّهِۦ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصۡلِهِۦ جَهَنَّمَۖ وَسَاۤءَتۡ مَصِیرًا
115. Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yane beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk
melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah
seburuk-buruk tempat kembali. (an-Nisaa' : 115).

Menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w. sesudah terang nyata kepada seseorang
kebenaran petunjuk yang dibawanya dan mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman adalah dua perkara yang berbeza dan berlainan hakikatnya.
Tetapi kedua-duanya saling berlaziman. Kerana apabila seseorang menentang (ajaran)
Rasulullah s.a.w. sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk yang dibawa Baginda, sudah tentulah ia telah mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang
beriman. Dia tentulah bukan seorang yang beriman lagi. Sebabnya ialah orang yang beriman tidak akan menentang (ajaran) rasulullah. Begitu juga sebaliknya, orang yang
mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, sudah tentulah ia
seorang yang menentang rasulullah. Itulah yang dikatakan ma'thuf dan ma'thuf 'alaih
saling berlaziman. Dalam keadaan ini pun masih lagi dibolehkan kedua-duanya diikat
dalam rangkaian 'athaf dengan و. Kerana kedua-keduanya masih tetap juga berlainan
hakikatnya.
Contoh 'athaf pada tahap ketiga, iaitu apabila juzu' bagi sesuatu di'athafkan
kepada sesuatu yang merupakan kulnya atau keseluruhannya ialah:

(1)
حَـٰفِظُوا۟ عَلَى ٱلصَّلَوَٰتِ وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ وَقُومُوا۟ لِلَّهِ قَـٰنِتِینَ
238. Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wusthaa. Berdirilah kerana Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu'. (al-Baqarah:238).

Perkataan الصلاة   ٱلۡوُسۡطَىٰ  di'athafkan kepada perkataan ٱلصَّلَوَٰتِ  yang merupakan kul (keseluruhan) bagi  وَٱلصَّلَوٰةِ ٱلۡوُسۡطَىٰ  . Cara 'athaf seperti ini masih diharuskan mengikut
Nahu bahasa'Arab.

(2)
وَإِذۡ أَخَذۡنَا مِنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ مِیثَـٰقَهُمۡ وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبۡرَٰهِیمَ وَمُوسَىٰ وَعِیسَى ٱبۡنِ مَرۡیَمَۖ وَأَخَذۡنَا مِنۡهُم مِّیثَـٰقًا غَلِیظًا
7. Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari kamu (sendiri) dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putra Maryam, dan Kami telah mengambil
dari mereka perjanjian yang teguh. (al-Ahzaab:7).

وَمِنكَ وَمِن نُّوحٍ وَإِبۡرَٰهِیمَ وَمُوسَىٰ وَعِیسَى ٱبۡنِ مَرۡیَمَۖ 
semuanya ma'thuf kepada : مِنَ ٱلنَّبِیِّـۧنَ yang merupakan kul bagi kesemuanya.

Contoh 'athaf pada tahap keempatnya iaitu apabila perbezaan sifat dianggap
sebagai perbezaan zat, dan dalam keadaan ini salah satu daripadanya boleh
di'athafkan kepada yang satu lagi sebagai ma'thuf 'alaihnya, dengan menganggap
(menta'wilkan) masing-masing daripadanya sebagai zat yang berlainan, ialah:

(1)
سَبِّحِ ٱسۡمَ رَبِّكَ ٱلۡأَعۡلَى(١)
ٱلَّذِی خَلَقَ فَسَوَّٰ(٢)
وَٱلَّذِی قَدَّرَ فَهَدَىٰ(٣)
وَٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ(٤)
1. Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan),
2. Yang telah menciptakan.
3. Dan Yang telah mengatur(keadaan makhluk- makhlukNya)' serta memberikan hidayat petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);
4. Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,(al-A'la: 1-4).

Rangkaian perkataan   وَٱلَّذِی قَدَّرَ فَهَدَىٰ  dan  وَٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلۡمَرۡعَىٰ  merupakan ma'thuf. Dan  ٱلَّذِی خَلَقَ فَسَوَّٰ  merupakan ma'thuf 'alaih bagi kedua-kedua ayat yang tersebut selepasnya.
Bentuk 'athaf seperti ini diharuskan kerana setiap perkataan  ٱلَّذِی  yang terdapat
padanya dianggap sebagai zat-zat atau maushuf-maushuf yang berlainan. Padahal
semuanya adalah sifat bagi maushuf yang sama iaitu perkataan    رَبِّكَ yang terletak di ayat pertama Surah al-A'la.

(2)
ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡبِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ یُنفِقُونَ(٣)
وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡكَ وَمَاۤ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡـَٔاخِرَةِ هُمۡ یُوقِنُونَ(٤)
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari
rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu,
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). (al-Baqarah: 3-4)

 وَٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِمَاۤ أُنزِلَ إِلَیۡك 
Diikrab sebagai ma'thuf bagi 
ٱلَّذِینَ یُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَیۡب
Pada hal duanya adalah sifat bagi      المتقين yang terletak di akhir ayat kedua surah berkenaan. Ini
kerana masing- masing daripadanya dianggap atau dita'wilkan sebagai zat atau maushuf yang berlainan.

Demikianlah empat bentuk 'athaf (dengan و) yang diharuskan menurut tatabahasa
'Arab, meskipun tidak terdapat kelainan antara ma'thuf dan ma'thuf 'alaihnya dalam
erti kata yang sebenar-benamya.

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms083

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms083

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14

Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.ust.shamsuddin.

Misykatul masabiih 83.

Ahlil kitab yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad saw ⁹⁸. (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan  hak Allah dan hak tuan-tuannya( dengan
___________________________________________________________

dimaksudkan dengan Ahlil Kitab di dalam hadits ini ialah kalangan Yahudi yang percaya kepada Nabi Musa a.s. dan kalangan Nashara yang percaya kepada Nabi  Isa a.s. Antara tokoh yang termasuk dalam kumpulan ini ialah at-Thibi, al-Kirmaani, Hafiz Ibnu Hajar, Mulla  Ali al-Qaari dan lain-lain. Imam Bukhari r.a. juga termasuk dalam kumpulan kedua ini. Terdapat banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang menunjukkan dua golongan itulah yang dimaksudkan dengan Alili al-Kitab. Antara dalil berupa hadits ialah hadits berikut ini Abu Umamah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda
 من أَسْلَمَ من أَهْلِ الكِتَابَيْنِ فَلَهُ أَجْرُهُ مَرَّتَيْنِ وَلَهُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا وَمَنْ أَسْلَمَ من المُشْرِكِينَ فَلَهُ أَجْرُهُ وَلَهُ مِثْلُ الذي لنا وَعَلَيْهِ مِثْلُ الذي عَلَيْنَا
Sesiapa dari kalangan Ahli dua buah kitab (suci) yang maklum (iaitu Taurat dan Injil) memeluk agama Islam, ia mendapat pahala dua kali (ganda). Dia berhak mendapat (keistimewaan)seperti yang kita (orang-orang Islam) dapat dan bertanngungjawab juga seperti kita. Orang-orang musyrikin yang menleluk agama Islmn akan mendapat pahalanya. Dia berhak mendapat (keistimewaan) seperti yang kita (orang-orang Islarn) dapat dan bertanggungjawab juga seperti kita. 
(at-Thahaawi di dalam Musykilu al-Aatsaar, at-Thabaarani di dalam al-Mu'jamu al-Kabir dan Aluuad di dalam Musnadnya). 

Apa yang tersebut di dalam hadits Abu Umaamah dan hadits Abu Musa al-Asyari di atas bertepatan benar dengan firman Allah berikut ini
 
Al-Qasas 28:52
ٱلَّذِينَ ءَاتَيْنَٰهُمُ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِهِۦ هُم بِهِۦ يُؤْمِنُونَ 
Al-Qasas 28:53
وَإِذَا يُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ قَالُوٓا۟ ءَامَنَّا بِهِۦٓ إِنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّنَآ إِنَّا كُنَّا مِن قَبْلِهِۦ مُسْلِمِينَ 

Al-Qasas 28:54
أُو۟لَٰٓئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُم مَّرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا۟ وَيَدْرَءُونَ بِٱلْحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ 

Maksudnya: orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran. mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu. (52) 
dan apabila dibacakan (Al-Quran itu) kepada mereka, mereka berkata "Kami beriman kepadanya; Al-Quran itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan Kami,  Kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya)." (53) 
mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan. (54). 
(Al-Qashash:52-54). 

Jika dilihat kepada sebab nuzul bagi ayat-ayat ini, niscaya dapat diketahui siapa yang dimaksudkan dengan Ahli al-Kitab di dalam hadits di atas. 

At-Thabaraani mengemukakan satu riwayat  daripada Rifaa sah al-Quradzi r.a. Kata beliau:  
نَزَلَتْ هذه الاياتُ فِيَّ وَفِيْمَنْ آمَنَ مَعِي

Maksudnya: Ayat-ayat ini turun berkenaan denganku dan orang-orang yang telah beriman bersamaku. Thabaraani juga mengemukakan satu riwayat daripada 'Ali bin Rifaaah.

Kata beliau
 خرج عشرة من اهل الكتاب منهم أبي رفاعة إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأمنوا به فأوا فنرلت الذين آتَيْنَاهُمُ تلْكِتَابِ مِنْ قَبْلِهِ هُمْ بِهِ يُؤْمِنُون
Maksudnya:Sepuluh orang Ahli Kitab, termasuk ayah saya pergi kepada Nabi s.a.w. Lalu mereka beriman kepadanya dan mereka diganggu (oleh orang-orang yang tidak beriman). 

Maka turunlah firman Allah: "Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-kitab sebelum AlQuran, mereka beriman (pula) dengan Al-Quran itu." 

Orang-orang yang terlibat dalam peristiwa ini semuanya dari kalangan Bani Isra'il. Kitab yang mereka percayai pula adalah Kitab Taurat. Kata Qataadah ayat yang dikemukakan tadi turun berkenaan dengan  Abdullah

83

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(173).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(173).

(c) Rasulullah dituduh telah mencipta dan mereka al-Qur'an (Ayat: 5).بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ

Al-Anbiya 21:5
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

(d) Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Baginda ialah Baginda seorang penyair (Ayat: 5).بَلْ هُوَ شَاعِرٌ 

(e) Jawapan kepada orang-orang musyrikin diberikan bahawa tidak ada seorang rasul pun yang tidak
memerlukan kepada makan dan minum dan tidak ada seorang rasul pun yang hidup kekal (Ayat: 8).

Al-Anbiya 21:8
وَمَا جَعَلْنَٰهُمْ جَسَدًا لَّا يَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَمَا كَانُوا۟ خَٰلِدِينَ 
Dan Kami tidak menjadikan mereka (rasul-rasul) suatu tubuh yang tidak memakan makanan dan mereka tidak (pula) hidup kekal.

5. Salah satu tujuan utama kejadian alam semesta dan kejadian manusia.
Salah satu tujuan manusia dicipta ialah untuk menguji mereka dengan kebaikan dan keburukan, manusia
diberi kebebasan memilih antara yang baik dan yang buruk.
(a) Di dalam Surah al-Anbiya' dinyatakan bahawa kejadian langit dan bumi bukanlah untuk Allah
bermain-main dengannya bahkan ia sesuai dengan kehendak Allah yang penuh dengan hikmat (Ayat:16).

Al-Anbiya 21:16
وَمَا خَلَقْنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَٰعِبِينَ 
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main-main.

(b) Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengujinya dengan kebaikan dan keburukan. Ia akan menghadapi kesukaan dan kesedihan, setelah mati dia akan diminta menjawab tentang segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya (Ayat: 35).

Al-Anbiya 21:35
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.

6. Satu perkara ajaib telah didedahkan berkenaan dengan kejadian lanqit dan bumi.
Satu pendedahan ajaib telah dikemukakan tentang kejadian langit dan bumi bahawa kedua-duanya pada asalnya bercantum kemudian ia dipisahkan oleh Allah. Alangkah sesuainya pendedahan yang dibuat 1,400 tahun yang lalu dengan teori Big Bang yang dikemukakan oleh saintis moden (Ayat: 30).

Al-Anbiya 21:30
أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَٰهُمَاۖ وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwa langit dan bumi keduanya dahulunya menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman?

7. Pendedahan yang menakjubkan tentang air.
Pendedahan yang menakjubkan tentang air terdapat di dalam surah ini bahawa Allah menjadikan setiap
hidupan daripada air, kerana itu manusia dituntut supaya beriman kepada Allah (Ayat: 30).وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

173

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(169-173).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(169-173).

Surah Al Anbiya
Bilangan ayat 112
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah 
Tertib turun yg ke 73
Bilangan paragraf  8
Paragraf 1ayat 1-15 
Orang2 yg menuduh rasul terakhir boleh dibinasakan.
Paragraf 2 ayat 16-29 
Rasul terakhir dan kitab terakhir al quran ,penolakan terhadap syirik dan (menguatkan)aqidah tauhid
Paragraf 3 ayat 30-41 
Menerusi dalil2 tauhid uluhiyah dan tauhid rububiyah orang2 kafir diminta berhenti memperolok2kan nabi saw.
Paragraf 4 ayat 42-47 
Penghinaan terhadap tuhan2 (yg palsu)dan ancaman terhadap orang2 musyrikin.
Paragraf 5 ayat 48-50 
Seruan kepada tauhid yg sama2 ada didlm Taurat dan al-Quran.
Paragraf 6 ayat 51-93 Sejarah kenabian dan kerja para nabi,
Ayat 50-71 Kisah Nabi Ibrahim 
Ayat 72-73 Nabi Ishak dan Yaakub serta urusan kerasulan mereka
Ayat  74-75 Kisah Nabi Luth 
Ayat  76-77 Kisah Nabi Nuh 
Ayat  78-83 Kisah Nabi Sulaiman dan Nabi Daud 
Ayat 83-84  Kisah nabi Ayub 
Ayat  85-86 Nabi Ismail,Idris dan Zulkifli 
Ayat  87-88 Zun Nun Yunus 
Ayat  89-90 Nabi Zakaria dan Yahya 
Ayat  91 Maryam dan Isa 
Ayat 92-93  Seruan tauhid para rasul 
(Ayat  107 Rasullah saw )
Paragraf 7 ayat 94-106 Balasan yg berbeza untuk orang2 musyrikin dan ahli tauhid.
Paragraf 8 ayat 107-112 Arahan menjadi muslim dgn menerima dakwah  tauhid yg dibawa oleh Nabi akhir zaman.

Mesej utama surah ini.
1.Sekelian nabi menyeru kepada aqidah tauhid
2.Nabi Muhamad adalah rahmat untuk sekelian alam.Dialah pewaris ajaran Nabi Ibrahim yg sebenar dan dia adalah mata rantai terakhir para rasul.Oleh itu bersuluhkan dalil2  alquran janganlah kamu mendustakan rahmat Allah itu.berimanlah kepadanya kalau tidak musibah akan menimpa kamu.

169

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(170).

Zaman Diturunkan
Surah al-Anbiya' besar sekali kemungkinannya diturunkan sekitar tahun ke-9 dan ke-10 Kenabian, ia diturunkan di Mekah bersama-sama Surah al-Mu'minun. Ketika itu pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda adalah seorang penyair, seorang pendusta, bukan rasul, tidak lebih daripada manusia biasa dan lain-lain. Dalam keadaan itu, pengetahuan tentang sejarah para nabi dan kedudukan dan jawatan nabi-nabi perlu sekali diketahui. Itulah zaman di mana pertentangan diantara ahli tauhid dan ahli syirik berlaku dengan sengit sekali. Kerana itu pada ayat yang terakhir sekali di dalam surah ini, Tuhan sendiri diminta supaya membuat keputusan.

Perkaitan Surah Al-Anbiya Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya.
1. Di dalam Surah Maryam, melalui diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Kristian, mereka
diseru supaya meninggalkan aqidah tritunggal dan menerima aqidah tauhid yang murni.
2. Di dalam Surah Thaha terdapat diskusi dan perbincangan dengan orang-orang Yahudi dengan mengemukakan sejarah hidup Nabi Musa, mereka juga diseru kepada Islam.
3. Di dalam dua surah sebelum ini, Nabi 'Isa dan Nabi Musa banyak dijadikan sebagai bahan rujukan, didalam Surah al-Anbiya' ini pula dikemukakan sejarah hidup beberapa orang nabi secara umum dan ringkas. Sejarah hidup Nabi Ibrahim pula disebutkan secara terperinci. Di celah-celah cerita tentang sejarah hidup para nabi itu, manusia diseru supaya beriman kepada Nabi Muhammad yang merupakan
رَحْمَة لِلعَالَمِين
4. Di dalam Surah al-Anbiya' orang-orang musyrikin diberi amaran bahawa bumi mereka semakin sempit, orang-orang Islam akan berkuasa.
5. Di dalam Surah al-Hajj nanti, orang-orang Islam dibenarkan berperang untuk mempertahankan diri.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah al-Anbiya' setelah menyebutkan nama beberapa orang nabi dikatakan semua mereka adalah manusia yang baik dan manusia yang dipilih Allah. wahyu diberikan kepada mereka.
Nabi Musa (Ayat: 48), Nabi Harun (Ayat: 48) 
Nabi Ibrahim (Ayat: 41) Nabi Ishaq (Ayat: 72) 
NabiYa'qub (Ayat: 72) Nabi Luth (Ayat: 74) 
Nabi Nuh (Ayat: 76) Nabi Daud (Ayat: 78) 
Nabi Sulaiman(Ayat: 78) Nabi Ayyub (Ayat: 83) 
Nabi Isma'il (Ayat: 85) Nabi Idris (Ayat: 85) 
Zul Kifli (Ayat: 85)Zun Nun Yunus (Ayat: 87) 
Nabi Zakaiya (Ayat: 89) Nabi Yahya (Ayat: 90) 
'Isa bin Maryam (Ayat: 91)Rasulullah s.a.w. (Ayat: 107).

2. Di dalam surah ini beberapa nama nabi disebutkan kemudian dinyatakan peribadi dan perjuangan mereka secara ringkas.

170

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(171).

(a) Semua nabi adalah manusia, mereka makan dan minum seperti manusia-manusia lain. Mereka juga mati, tiada siapa pun dari mereka yang kekal (Ayat: 8).

Al-Anbiya 21:8
وَمَا جَعَلْنَٰهُمْ جَسَدًا لَّا يَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَمَا كَانُوا۟ خَٰلِدِينَ 

Dan Kami tidak menjadikan mereka (rasul-rasul) suatu tubuh yang tidak memakan makanan dan mereka tidak (pula) hidup kekal.

(Ayat:34).
وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ ٱلْخُلْدَۖ 
Dan Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia sebelum engkau (Muhammad); 

(b) Semua nabi-nabi itu diberikan wahyu bahawa tiada tuhan yang layak disembah (ilaah) melainkan Allah, kerana itu manusia hendaklah menyembah Allah semata-mata (Ayat:25).

Al-Anbiya 21:25
وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِىٓ إِلَيْهِ أَنَّهُۥ لَآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَٱعْبُدُونِ 
Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum engkau (Muhammad), melainkan Kami wahyukan kepadanya, bahwa tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Aku, maka sembahlah Aku.

(c) Semua para nabi dengan kehendak dan perintah Allah telah menjadi pemimpin dan imam kepada umat masing-
masing (Ayat: 73).

Al-Anbiya 21:73
وَجَعَلْنَٰهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَٰتِ وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِۖ وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
Dan Kami menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka agar berbuat kebaikan, melaksanakan shalat dan menunaikan zakat, dan hanya kepada Kami mereka menyembah.

(d) Semua para nabi melakukan kerja-kerja yang baik, mereka bahkan berlumba-lumba mengambil bahagian dalam kerja-kerja kebajikan (Ayat:73).وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَٰتِ

(Ayat:90)
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 
Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

(e) Semua nabi memerintahkan supaya umatnya bershalat dan berzakat dan mereka sendiri melakukannya (Ayat:73).
وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ 

(f) Sekalian nabi dan utusan Allah adalah orang-orang yang baik dan shaleh, mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlak dan peribadinya (Ayat: 72).

Al-Anbiya 21:72
وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ إِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةًۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا صَٰلِحِينَ 
Dan Kami menganugerahkan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yakub, sebagai suatu anugerah. Dan masing-masing Kami jadikan orang yang shalih.

(Ayat: 86).
وَأَدْخَلْنَٰهُمْ فِى رَحْمَتِنَآۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ 
Dan Kami masukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sungguh, mereka termasuk orang-orang yang shalih.

(g) Para nabi adalah hamba Allah yang sangat benar dan setia, mereka sangat kuat beribadat (Ayat: 73).
وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
171

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(172).

وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
(h) Semua nabi-nabi berdoa kehadrat Allah dengan penuh minat dan penuh harapan di samping penuh rasa takut dan gerun kepada Allah (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Al-Anbiya 21:90
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

(i) Sekalian nabi-nabi Allah adalah orang-orang yarlg khusyu'. Khusyu' ialah ketundukan jiwa dan
fikiran yang kesan-kesan baiknya temyata pada jasad dan anggota badan. (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ

(j) Sekalian nabi-nabi adalah contoh dalam kesabaran dan sifat istiqamah, ketika menghadapi keadaan-keadaan yang sulit, sifat sabar dan istiqamah mereka dalam menghadapinya berada di puncak dan mereka berpegang teguh dengan aqidah tauhid (Ayat: 85).

Al-Anbiya 21:85
وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا ٱلْكِفْلِۖ كُلٌّ مِّنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar.

(k) Umat bagi sekalian nabi sama, keluarga mereka juga sama, semuanya hamba-hamba Allah. Para nabi adalah wakil-wakil dan duta-duta dalam kerajaan Allah.

3. Rasulullah s.a.w. diperolok-olokkan dan dipermain-
mainkan.
(a) Orang-orang musyrikin bila saja melihat Rasulullah, memperolok-olokkan Baginda dengan berkata:
"Inilah dia orang yang memburuk-burukkan tuhan kita" (Ayat: 36).

Al-Anbiya 21:36
وَإِذَا رَءَاكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَٰذَا ٱلَّذِى يَذْكُرُ ءَالِهَتَكُمْ وَهُم بِذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ هُمْ كَٰفِرُونَ 

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat engkau (Muhammad), mereka hanya memperlakukan engkau menjadi bahan ejekan. (Mereka mengatakan), “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?” Padahal mereka orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pengasih.

(b) Rasulullah s.a.w. diberikan  تسلية  ditenangkan jiwanya dengan dikatakan rasul-rasul terdahulu juga diperolok- olokkan (Ayat: 41 ).

Al-Anbiya 21:41
وَلَقَدِ ٱسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُوا۟ مِنْهُم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Dan sungguh, rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) pun telah diperolok-olokkan, maka turunlah (siksaan) kepada orang-orang yang mencemoohkan apa (rasul-rasul) yang selalu mereka perolok-olokkan.

4. Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan.
(a) Orang-orang musyrikin Mekah merendah-rendahkan Rasulullah dengan kata mereka: "Dia seperti orang-orang lain, tidak lebih daripada seorang manusia" (Ayat: 3).

Al-Anbiya 21:3

لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْۗ وَأَسَرُّوا۟ ٱلنَّجْوَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ هَلْ هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْۖ أَفَتَأْتُونَ ٱلسِّحْرَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ 
Hati mereka dalam keadaan lalai. Dan orang-orang yang zhalim itu merahasiakan pembicaraan mereka, “(Orang) ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang manusia (juga) seperti kamu. Apakah kamu menerima sihir itu padahal kamu menyaksikannya?”

(b) Apabila mendengar wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah, orang-orang musyrikin berkata: "Ini
tidak lebih daripada mimpi-mimpi yang mengarut" (Ayat: 5).

Al-Anbiya 21:5

بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

172

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(169-173)s

(f) Sekalian nabi dan utusan Allah adalah orang-orang yang baik dan shaleh, mereka adalah orang-orang yang tinggi akhlak dan peribadinya (Ayat: 72).وَكُلًّا جَعَلْنَا صَٰلِحِينَ 
(Ayat: 86).إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ 

Al-Anbiya 21:72
وَوَهَبْنَا لَهُۥٓ إِسْحَٰقَ وَيَعْقُوبَ نَافِلَةًۖ وَكُلًّا جَعَلْنَا صَٰلِحِينَ 
Dan Kami menganugerahkan kepadanya (Ibrahim) Ishak dan Yakub, sebagai suatu anugerah. Dan masing-masing Kami jadikan orang yang shalih.

Al-Anbiya 21:86
وَأَدْخَلْنَٰهُمْ فِى رَحْمَتِنَآۖ إِنَّهُم مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ 
Dan Kami masukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Sungguh, mereka termasuk orang-orang yang shalih.

(g) Para nabi adalah hamba Allah yang sangat benar dan setia, mereka sangat kuat beribadat (Ayat: 73).
وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 

(h) Semua nabi-nabi berdoa kehadrat Allah dengan penuh minat dan penuh harapan di samping penuh rasa takut dan gerun kepada Allah (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Al-Anbiya 21:90
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

(i) Sekalian nabi-nabi Allah adalah orang-orang yarlg khusyu'. Khusyu' ialah ketundukan jiwa dan
fikiran yang kesan-kesan baiknya temyata pada jasad dan anggota badan. (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ

(j) Sekalian nabi-nabi adalah contoh dalam kesabaran dan sifat istiqamah, ketika menghadapi keadaan-keadaan yang sulit, sifat sabar dan istiqamah mereka dalam menghadapinya berada di puncak dan mereka berpegang teguh dengan aqidah tauhid (Ayat: 85). كُلٌّ مِّنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 

Al-Anbiya 21:85
وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا ٱلْكِفْلِۖ كُلٌّ مِّنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar.

(k) Umat bagi sekalian nabi sama, keluarga mereka juga sama, semuanya hamba-hamba Allah. Para nabi adalah wakil-wakil dan duta-duta dalam kerajaan Allah.

3. Rasulullah s.a.w. diperolok-olokkan dan dipermain-
mainkan.
(a) Orang-orang musyrikin bila saja melihat Rasulullah, memperolok-olokkan Baginda dengan berkata:
"Inilah dia orang yang memburuk-burukkan tuhan kita" (Ayat: 36).

Al-Anbiya 21:36
وَإِذَا رَءَاكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَٰذَا ٱلَّذِى يَذْكُرُ ءَالِهَتَكُمْ وَهُم بِذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ هُمْ كَٰفِرُونَ 
Dan apabila orang-orang kafir itu melihat engkau (Muhammad), mereka hanya memperlakukan engkau menjadi bahan ejekan. (Mereka mengatakan), “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?” Padahal mereka orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pengasih.

(b) Rasulullah s.a.w. diberikan  تسلية  ditenangkan jiwanya dengan dikatakan rasul-rasul terdahulu juga diperolok- olokkan (Ayat: 41 ).

Al-Anbiya 21:41
وَلَقَدِ ٱسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُوا۟ مِنْهُم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Dan sungguh, rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) pun telah diperolok-olokkan, maka turunlah (siksaan) kepada orang-orang yang mencemoohkan apa (rasul-rasul) yang selalu mereka perolok-olokkan.

4. Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan.
(a) Orang-orang musyrikin Mekah merendah-rendahkan Rasulullah dengan kata mereka: "Dia seperti orang-orang lain, tidak lebih daripada seorang manusia" (Ayat: 3).هَلْ هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْۖ

Al-Anbiya 21:3
لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْۗ وَأَسَرُّوا۟ ٱلنَّجْوَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ هَلْ هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْۖ أَفَتَأْتُونَ ٱلسِّحْرَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ 
Hati mereka dalam keadaan lalai. Dan orang-orang yang zhalim itu merahasiakan pembicaraan mereka, “(Orang) ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang manusia (juga) seperti kamu. Apakah kamu menerima sihir itu padahal kamu menyaksikannya?”

(b) Apabila mendengar wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah, orang-orang musyrikin berkata: "Ini
tidak lebih daripada mimpi-mimpi yang mengarut" (Ayat: 5).
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ

Al-Anbiya 21:5
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

(c) Rasulullah dituduh telah mencipta dan mereka al-Qur'an (Ayat: 5).بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ

Al-Anbiya 21:5
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

(d) Antara tuduhan yang dilemparkan kepada Baginda ialah Baginda seorang penyair (Ayat: 5).بَلْ هُوَ شَاعِرٌ 

Al-Anbiya 21:5
بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

(e) Jawapan kepada orang-orang musyrikin diberikan bahawa tidak ada seorang rasul pun yang tidak
memerlukan kepada makan dan minum dan tidak ada seorang rasul pun yang hidup kekal (Ayat: 8).

Al-Anbiya 21:8
وَمَا جَعَلْنَٰهُمْ جَسَدًا لَّا يَأْكُلُونَ ٱلطَّعَامَ وَمَا كَانُوا۟ خَٰلِدِينَ 
Dan Kami tidak menjadikan mereka (rasul-rasul) suatu tubuh yang tidak memakan makanan dan mereka tidak (pula) hidup kekal.

5. Salah satu tujuan utama kejadian alam semesta dan kejadian manusia.
Salah satu tujuan manusia dicipta ialah untuk menguji mereka dengan kebaikan dan keburukan, manusia
diberi kebebasan memilih antara yang baik dan yang buruk.
(a) Di dalam Surah al-Anbiya' dinyatakan bahawa kejadian langit dan bumi bukanlah untuk Allah
bermain-main dengannya bahkan ia sesuai dengan kehendak Allah yang penuh dengan hikmat (Ayat:16).

Al-Anbiya 21:16
وَمَا خَلَقْنَا ٱلسَّمَآءَ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا لَٰعِبِينَ 
Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya dengan main-main.

(b) Tujuan manusia dicipta adalah untuk mengujinya dengan kebaikan dan keburukan. Ia akan menghadapi kesukaan dan kesedihan, setelah mati dia akan diminta menjawab tentang segala tanggungjawab yang diberikan kepadanya (Ayat: 35).

Al-Anbiya 21:35
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِۗ وَنَبْلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلْخَيْرِ فِتْنَةًۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.

6. Satu perkara ajaib telah didedahkan berkenaan dengan kejadian langit dan bumi.
Satu pendedahan ajaib telah dikemukakan tentang kejadian langit dan bumi bahawa kedua-duanya pada asalnya bercantum kemudian ia dipisahkan oleh Allah. Alangkah sesuainya pendedahan yang dibuat 1,400 tahun yang lalu dengan teori Big Bang yang dikemukakan oleh saintis moden (Ayat: 30).أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَٰهُمَاۖ 

Al-Anbiya 21:30
أَوَلَمْ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَنَّ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَٰهُمَاۖ وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ 
Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwa langit dan bumi keduanya dahulunya menyatu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya; dan Kami jadikan segala sesuatu yang hidup berasal dari air; maka mengapa mereka tidak beriman?

7. Pendedahan yang menakjubkan tentang air.
Pendedahan yang menakjubkan tentang air terdapat di dalam surah ini bahawa Allah menjadikan setiap
hidupan daripada air, kerana itu manusia dituntut supaya beriman kepada Allah (Ayat: 30).وَجَعَلْنَا مِنَ ٱلْمَآءِ كُلَّ شَىْءٍ حَىٍّۖ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

173

Selasa, September 29, 2020

Tafsir asas quran nota 6(089).

Tafsir asas quran nota 6(089).

An-Najm 53:1
وَٱلنَّجْمِ إِذَا هَوَىٰ 
Bermaksud: Demi bintang semasa ia menjunam. 
(an-Najm:1).

Dari segi disebut fiil qasam dan muqsam bihi atau tidak disebut pula qasam terbahagi kepada dua bahagian. 
(1) Qasam zahir. (2) Qasam mudhmar.

Qasam zahir ialah ayat qasam yang disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Kadang-kadang fiil qasam dibuang, tetapi haraf jar و،ب  atau ت yang
merupakan haraf qasam bersama-sama 'muqsam bihi'nya tetap disebutkan.

Qasam mudhmar pula ialah ayat qasam yang tidak disebut dengan terang di dalamnya fiil qasam dan muqsam bihi. Bagaimanapun, jawab qasamnya dimulai dengan ل مؤكدة

(Laam yang merupakan kata penguat) yang menunjukkan ada sesuatu fiil qasam dengan 'muqsam bihi'nya yang dibuang. Antara contohnya ialah firman Allah berikut:

Aal-e-Imran 3:186

لَتُبْلَوُنَّ فِىٓ أَمْوَٰلِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ مِن قَبْلِكُمْ وَمِنَ ٱلَّذِينَ أَشْرَكُوٓا۟ أَذًى كَثِيرًاۚ وَإِن تَصْبِرُوا۟ وَتَتَّقُوا۟ فَإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ ٱلْأُمُورِ 

Bermaksud: Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diutamakan.
(Aali 'Imraan: 186).

Fi'il qasam bersama haraf qasam dan muqsam bihi'nya atau haraf qasam sahaja dengan muqsam bihi, iaitu والله seharusnya ditaqdirkan (diandaikan ada) di sini.

Antara Qasam Dan Syarat .
Qasam dan syarat mungkin terkumpul pada sesuatu tempat. Kedua-duanya memerlukan jawab. Dalam keadaan ini apa yang perlu dilihat ialah mana satu daripada dua perkara itu disebutkan dahulu. Kalau qasam disebut dahulu, maka jawab yang dikemukakan kemudian adalah jawab qasam. Jawab syarat tidak diperlukan lagi. Kalau syarat pula

89

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0052.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0052.

Kaedah 52
قاعدة 52 الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ

Yang dikira ialah umum lafaz(ayat), bukan sebab (turun)nya yang khusus.

Keterangan: Hukum umum dan khusus yang terdapat di dalam sesuatu ayat,mengambil kira sebab turunnya, terbahagi kepada 4 bahagian.
 (1) خاص بالاسم
(khas
dengan sebab disebut nama secara khusus). 

(2) عام مربوط بقرينه التخصيص
 (umum yang
terikat dengan petunjuk takhsis).

 (3) عام مربوط بقرينة التعيم
 (umum yang terikat dengan
petunjuk umum).

 (4) مجرد عن القرينة
(kosong daripada dalil yang menunjukkan
khususnya).

Yang dimaksudkan dengan خاص بالاسم itu ialah ayat-ayat yang ada tersebut di dalamnya nama seseorang secara khusus. Kandungan ayat itu adalah berkaitan dengannya secara khusus. Para 'ulama' bersepakat tentang ayat-ayat seperti itu adalah khusus dengan orang-orang berkenaan sahaja. Ia tidak merangkumi orang-orang lain.

Sebagai contohnya lihat saja firman Allah di dalam Surah al-Masad berikut:

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ(1)
مَا أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ(2)
سَيَصْلَىٰ نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ(3)
وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ(4)

1. Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama;
2.Hartanya dan segalayang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
3. Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
4.Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
5. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. (al-Masad:1-5).

Sebab turun bagi ayat-ayat di dalam Surah ini sangat masyhur. Ketika Rasulullah s.a.w. yang telah berada di atas bukit Shafa menyeru sekalian orang-orang Quraisy
supaya memeluk agama Islam, Abu Lahab lantas berkata: تبالك!ألهذا جمعتنا.(Cis!
Untuk inikah kamu kumpulkan kami?",

Maka turunlah ayat-ayat di dalam Surah ini.
Di dalamnya tersebut janji buruk dan ancaman untuk Abu Lahab secara khusus bersama-sama isterinya.
Yang dimaksudkan dengan  عام مربوط بقرينه التخصيص     ialah ayat-ayat yang tidak menyebut nama seseorang atau sesuatu golongan manusia atau sesuatu benda secara
khusus, tetapi sifatnya disebut dengan terang, dan kandungan ayat pula dikaitkan dengannya sahaja. Beberapa petunjuk atau dalil yang lain ada menunjukkan ia
sememangnya berkaitan dengan orang, golongan atau benda tertentu. Dalam keadaan ini juga para 'ulama' bersepakat tentang apa yang terkandung di dalam ayat itu hanya khusus dengannya sahaja. Ia tidak melarat kepada orang-orang lain, meskipun sifat-sifat seperti itu mungkin juga ada pada orang-orang lain. Contohnya dapat dilihat
pada dua ayat di dalam Surah al-Lail berikut:
وَسَیُجَنَّبُهَا ٱلۡأَتۡقَى(17)
ٱلَّذِی یُؤۡتِی مَالَهُۥ یَتَزَكَّىٰ(18)

17.Dan (sebaliknya) akan dijauhkan neraka itu daripada orang yang paling bertakwa
18. Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta
bendanya. (al-Lail: 17-18).

Para 'ulama' sepakat mengatakan ayat-ayat di atas diturunkan berkenaan dengan Abu Bakar yang membeli hamba-hamba sahaya lalu memerdehkakannya. Walaupun
namanya tidak tersebut di dalam ayat-ayat itu, tetapi sifat-sifatnya ada disebutkan.
Kerana itulah Imam Fakhruddin ar-Razi menulis 
أجمع المفسرون على أن المر ادمنه أبو بكر
(Ahli Tafsir ijma' tentang orang yang dimaksudkan dengan ayat itu ialah
Abu Bakar r.a.). 
(Mafatih al-Ghaib j.31 m/s 187).
Hadits-hadits sahih juga menyebutkan ,الأتقى(orang yang paling bertaqwa) yang
tersebut di dalam ayat itu ialah Abu Bakar. Maka kelebihan dan keutamaan yang tersebut di dalam ayat itu hanya khusus dengannya sahaja. Ia tidak  dikongsi oleh
orang-orang lain, meskipun mereka mungkin melakukan seperti yang dilakukan oleh Abu Bakar sesudah itu. 

Imam Fakhruddin ar-Razi juga beristidlal dengan ayat itu
bahawa selepas para nabi Abu Bakarlah manusia yang paling utama dan paling mulia.Alasan beliau ialah firman Allah berikut:

إن أكر مكم عند أللّٰه أتقكم
(Sesungguhnya orang
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa). Selain itu
kata beliau: 
لأن الأمة مجمعة على أنه أفضل الخلق بعد رسول الله صلى اللّٰه عليهوسلم
 (kerana umat
ijma' tentang dialah manusia yang paling utama selepas Rasulullah s.a.w.). 
(Mafatih
al-Ghaib j.31 m/s 188).

Kesimpulannya ialah walaupun dua ayat dari Surah al-Lail itu tidak menyebut dengan terang nama orang berkenaan, jumhur mufassirin tetap mengatakan ia khusus dengan
Abu Bakar kerana dua dalil di bawah ini:
(1) Perkataan ,الأتقىtelah digunakan dalam bentuk isim ma'rifah. Alif Laam di
permulaannya adalah للعهد yang memberi erti khusus dan tertentu dengan seseorang
sahaja. Semestinya orang itu dima'lumi semua orang pada ketika itu.
(2) Hadits-hadits sahih yang menyatakan sebab turun ayat itu mengaitkannya dengan Abu Bakar yang sangat banyak mengorbankan harta bendanya demi agama. Jika ada
orang lain membelanjakan hartanya di jalan Allah sebanyak Abu Bakar atau mungkin
lebih banyak lagi daripadanya,tetapjuga ia tidak akan melebihi Abu Bakar, walaupun
tentu juga ia akan mendapat pahala yang banyak.
Yang dimaksudkan dengan  عام مربوط بقرينة التعيم ialah ayat-ayat yang turun
sehubungan dengan peristiwa tertentu, tetapi lafaz yang digunakan untuknya adalah
umum.  Daripada lafaz ayat berkenaan sendiri atau dalil-dalil lain tidak pula terdapat
petunjuk yang mengkhususkannya dengan peristiwa berkenaan sahaja. Malah ia boleh merangkumi peristiwa-peristiwa lain yang ada persamaan dengannya. Berhubung
dengan ayat-ayat seperti ini sekalian ahli ilmu bersepakat tentang ia memberi erti
umum sesuai dengan lafaznya. Ia tidak terikat dengan peristiwa khusus yang merupakan sebab turunnya. Contohnya ialah beberapa ayat di permulaan Surah al-
Mujadilah. Memang terdapat di dalam hadits-hadits sahih bahawa ia turun sehubungan dengan peristiwa yang berlaku kepada seorang sahabat wanita Rasulullah
s.a.w. yang bernama Khaulah binti Hakim. Suaminya telah berkata kepadanya
أنت علىكظهر أمي
 (engkau kepadaku seperti belakang ibuku). 
Ayat yang menyatakan hukum
zhihar di situ bagaimanapun tidak mengkhususkannya dengan Khaulah dan suaminya.
Ia disebut secara umum merangkumi orang-orang lain juga yang berlaku kepada
mereka keadaan seperti itu. Semua orang yang melakukan zhihar terhadap isterinya
dikehendaki (wajib) memerdekakan seorang hamba sebelum menggauli isterinya. Jika
tidak mampu, maka ia hendaklah berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Dan jika
itupun tidak mampu dilaksanakan, maka ia hendaklah mernberi makan kepada enam
puluh orang miskin. Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan beberapa ayat di
permulaan Surah al-Mujadilah yang dimaksudkan :

قَدۡ سَمِعَ ٱللَّهُ قَوۡلَ ٱلَّتِی تُجَـٰدِلُكَ فِی زَوۡجِهَا وَتَشۡتَكِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَٱللَّهُ یَسۡمَعُ تَحَاوُرَكُمَاۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعُۢ بَصِیرٌ.

(2)ٱلَّذِینَ یُظَـٰهِرُونَ مِنكُم مِّن نِّسَاۤىِٕهِم مَّا هُنَّ أُمَّهَـٰتِهِمۡۖ إِنۡ أُمَّهَـٰتُهُمۡ إِلَّا ٱلَّـٰۤـِٔی وَلَدۡنَهُمۡۚ وَإِنَّهُمۡ لَیَقُولُونَ مُنكَرًا مِّنَ ٱلۡقَوۡلِ وَزُورًاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ.

(3)وَٱلَّذِینَ یُظَـٰهِرُونَ مِن نِّسَاۤىِٕهِمۡ ثُمَّ یَعُودُونَ لِمَا قَالُوا۟ فَتَحۡرِیرُ رَقَبَةٍ مِّن قَبۡلِ أَن یَتَمَاۤسَّاۚ ذَٰلِكُمۡ تُوعَظُونَ بِهِۦۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرٌ

(4)فَمَن لَّمۡ یَجِدۡ فَصِیَامُ شَهۡرَیۡنِ مُتَتَابِعَیۡنِ مِن قَبۡلِ أَن یَتَمَاۤسَّاۖ فَمَن لَّمۡ یَسۡتَطِعۡ فَإِطۡعَامُ سِتِّینَ مِسۡكِینًاۚ ذَٰلِكَ لِتُؤۡمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ وَتِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِۗ وَلِلۡكَـٰفِرِینَ عَذَابٌ أَلِیمٌ

1. Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil dia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya), sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
 Maha Melihat.

2. Orang-orang yang "zhiharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu
perkara yang mungkar dan dusta dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.

3. Dan orang-orang yar-g "zhiharkan" isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah
(suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan
mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.

4. Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu
kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliah) dan itulah batas-batas hukum Allah dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadilah:1-4).

Dan yang dimaksudkan dengan مجرد عن القرينة
 (kosong daripada dalil yang
menunjukkan khususnya) ialah ayat-ayat yang diturunkan sehubungan dengan
peristiwa tertentu, tetapi lafaz yang digunakan adalah umum. Daripada ayat berkenaan
sendiri atau dalil-dalil lain tidak terdapat petunjuk yang jelas mengkhususkannya
dengan peristiwa khusus itu sahaja atau ia merangkumi juga kes-kes lain seumpamanya. Berhubung dengan bahagian ini, para ahli ilmu ada berbeda pendapat
sedikit. Sebahagian mereka berpendapat ayat seperti itu dikhususkan dengan peristiwa
yang merupakan sebab turunnya. Tetapi jumhur 'ulama' dan fuqaha' berpendapat
sebaliknya. Bagi mereka, ia tidak khusus dengannya sahaja. Malah ia merangkumi
semua kes seumpamanya, sesuai dengan lafaz umum yang digunakan di dalam ayat
berkenaan.

Kesimpulannya ialah qaedah ke-52الْعِبْرَةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُصِ السٌَبَبِ [Yang dikira ialah
umum lafaz (ayat), bukan sebab (turun)nya yang khusus], hanya terpakai untuk dua
bahagian terakhir ini sahaja, iaitu عام مربوط بقرينة التعيم
(umum yang terikat dengan
petunjuk umum) dan عام مجرد عن القرينة(Umum yg kosong daripada dalil yang menunjukkan
khususnya).  Ia tidak melibatkan dua bahagian yang pertama.

Dua golongan 'ulama' yang berbeda pendapat tentang bahagian yang keempat ini
sebenarnya berbeda pada zahirnya sahaja. Pada hakikatnya mereka sama sahaja dalam
penerimaan ma'na umumnya. Apa yang membezakan mereka hanyalah golongan
pertama tidak memakai ma'na umum yang terdapat di dalam ayat berkenaan itu
sendiri untuk memasukkan kes-kes lain ke dalamnya. Mereka menggunakan dalil-
dalil yang lain untuknya, seperti hadits, ijma' atau qias. Sementara jumhur 'ulama'
pula memakai ayat berkenaan itu sendiri untuk memasukkan kes-kes lain juga, tanpa
melihat lagi kepada dalil-dalil yang lain.
Ayat di bawah ini merupakan salah satu contohnya:

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَیۡسَرَةٍۚ وَأَن تَصَدَّقُوا۟ خَیۡرٌ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ
Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai
dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua hutang) itu, lebih
baik bagimu, jika kamu mengetahui. 
(al-Baqarah:280).

Sebab turun ayat ini ialah Banu Mughirah ada berhutang dengan Banu 'Amar bin
'Umair. Setelah riba diharamkan, Banu 'Amar bin 'Umair hanya menuntut hutang asal (pokok) sahaja supaya dibayar oleh Banu Mughirah. Banu Mughirah meminta
supaya ditangguhkan pembayarannya, kerana pada ketika itu dalam kesempitan. Banu
'Amar berkeras. Mereka tidak mahu menerima penangguhan hutang oleh Banu
Mughirah, maka turunlah ayat 280 Surah al-Baqarah itu.

Para 'ulama' bersepakat tentang hukum yang terdapat di dalam ayat ini umum. Ia
tidak khusus dengan Banu Mughirah dan Banu 'Amar sahaja. Pemiutang (yg bg hutang)mana pun
dikehendaki dan dianjurkan agar memberi tempoh kepada penghutang yang berada
dalam kesukaran. Perbuatan menangguhkan pembayaran hutang kepada penghutang-
penghutang yang berada dalam kesempitan adalah satu pekerti yang mulia.

Jumhur 'ulama' cuma pendapat hukum umum itu diperolehi daripada ayat 280 itu juga, bukan daripada dalil-dalil yang lain. Sementara golongan 'ulama' yang mengkhususkan ayat itu dengan orang-orang yang terbabit di zaman Rasulullah s.a.w. sahaja, mereka mengumumkan hukum yang terdapat ayat itu bukan dengan ayat itu
sendiri, sebaliknya dengan dalil-dalil lain berupa hadits-hadits Rasulullah s.a.w. Sememangnya terdapat beberapa hadits yang menyatakan kelebihan pemiutang yang menangguhkan pernbayaran hutang oleh penghutangnya yang susah.

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms082

Mishkat al-masabih kitab iman 4 ms082

Misykatul masabih -syarah hadis-kitab iman- sesi 14
26 jan-14
Mishkat Al-Masabih-kitab iman-sesi 28
12 sept 14.

Misykatul masabiih 82

Ahli  Kitab percaya kepada Nabinya dan percaya pula kepada Muhamad d s.a.w.⁹⁸ (Kedua) Hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak tuan-tuannya (dengan
___________________________________________________________
 
Sâidina Umar bila bertemu Abu Musa al-Asyaari  berkata, Wahai Aba Musa! Buatlah kami ingat  kepada Țuhan (dengan membaca al-Qur'an).Di dalam satu riwayat yang lain beliau berkata : Buatlah berasa rindu kepada Tuhan (dengan membaca al-Qur'an), wahai Aba Musa' atas permintaan Umar itu, Abu Musa al-Ăsyaari pun membaca al-Qur'an di hadapannya.  Abu Abu Musa al-Asyaari adalah antara sahabat yang bertanggungjawab mengajar al-Qur'an dan agama secara mendalam kepada penduduk Basrah. Banyak sekalilah kelebihan dan keistimcwaan beliau, jika hendak disebutkan. Sebanyak tiga ratus enam puluh hadits (360) telah diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyaari. Bukhari dan Muslim bersepakat (sama-sama) meriwayatkan Iima puluh hadits daripadanya Bukhari bersendirian tanpa 'Muslim dalam meriwayatkan empat hadits dan Muslim pula bersendirian tanpa Bukhari dalam meriwayatkan dua puluh lima hadits daripada jumlah tersebut itu. Ramai sekali para tabiin telah meriwayatkan hadits daripada beliau. Meninggal dunia di Kufah pada tahun 50H. Kata sesetengah selepas itu lagi, ketika berumur 63 tahun.

⁹⁸ Perkataan Kitab walaupun zahirnya rnenunjukkan suatu erti yang umum, tetapi ia semestinya dipakai dengan erti khusus. Maksudnya ialah kitab yang diturunkan dari sisi Allah iaitu Kitab Taurat dan Kitab Injil. Al-Quran juga dipanggil al-Kitab. Kerana ia juga diturunkan dan sisi Allah. Apabila dikatakan "Menurut al-Kitab dan as-Sunnah', maka maksudnya ialah menurut al-Quran dan as-Sunnah. Para  ulama' berbeda pendapat tentang siapakah  golongan Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di dalam hadits di atas. 

Dalam menentukannya mereka terbahagi kepada dua kumpulan.
(1) Kumpulan yang berpendapat, Ahli al-Kitab yang dimaksudkan di sini ialah golongan Nashara sahaja.
Antara tokoh yang berpendapat begini ialah Abu 'Abdil Malik al-Buni, al-țAllamah at-Turpasyti dan lain-lain.
Antara alasan yans menjadi pegangan mereka ialah
(a) Hadits Abu Musa al-Asysari yang di atas juga, tetapi menerusi saluran riwayat yang lain. Lafaz hadits berdasarkan riwayat ini di dalam Sahih Bukhari bersama-sama dengan terjemahannya adalah seperti berikut:
 عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ  رَسُولُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  إِذَا أَدَّبَ الرَّجُلُ أَمَتِهُ  فَاَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا  وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فَتَزَوَّجَهَا  كَانَ لَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا آمَنَ بِعِيسَى ثُمَّ آمَنَ بِي فَلَهُ أَجْرَانِ وَالعَبْدُ إِذَا  اتَّقى رَبَّه وَأَطَاعَ مَوَالِيَهُ فَلَهُ أَجْرَانِ

Rasulullah s.a-w. bersabda, 'Mendapat dua pahala orang yang mendidik dan mengajarkan ilmu pengetahuan kepada hamba sahaya wanitanya dengan sempurna. Kemudian setelah dimerdekakan, dikahwininya hamba sahaya wanita itu. Mendapat dua pahala orang yang beriman kepada Kemudian beriman pula kepadaku. Mendapat dua pahala juga hamba, jika ia bertaqwa kepada Tuhan dan ta'at juga kepada tuan-tuannya." 

(b) Agama Yahudi telah pun termansukh dengan kedatangan agama Nashrani. Berpegang dengan agama yang telah dimansukhkan tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagaimana orang yang berpegang dengannya akan mendapat pahala? 

(2) Kumpulan yang berpendapat bahawa yang

82

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(172).

Daurah tafsir 2019 sesi 09(21)nota8(172).

وَكَانُوا۟ لَنَا عَٰبِدِينَ 
(h) Semua nabi-nabi berdoa kehadrat Allah dengan penuh minat dan penuh harapan di samping penuh rasa takut dan gerun kepada Allah (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Al-Anbiya 21:90
فَٱسْتَجَبْنَا لَهُۥ وَوَهَبْنَا لَهُۥ يَحْيَىٰ وَأَصْلَحْنَا لَهُۥ زَوْجَهُۥٓۚ إِنَّهُمْ كَانُوا۟ يُسَٰرِعُونَ فِى ٱلْخَيْرَٰتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًاۖ وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ 

Maka Kami kabulkan (doa)nya, dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya, dan Kami jadikan istrinya (dapat mengandung). Sungguh, mereka selalu bersegera dalam (mengerjakan) kebaikan, dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka orang-orang yang khusyuk kepada Kami.

(i) Sekalian nabi-nabi Allah adalah orang-orang yarlg khusyu'. Khusyu' ialah ketundukan jiwa dan
fikiran yang kesan-kesan baiknya temyata pada jasad dan anggota badan. (Ayat: 90).وَكَانُوا۟ لَنَا خَٰشِعِينَ

(j) Sekalian nabi-nabi adalah contoh dalam kesabaran dan sifat istiqamah, ketika menghadapi keadaan-keadaan yang sulit, sifat sabar dan istiqamah mereka dalam menghadapinya berada di puncak dan mereka berpegang teguh dengan aqidah tauhid (Ayat: 85).

Al-Anbiya 21:85
وَإِسْمَٰعِيلَ وَإِدْرِيسَ وَذَا ٱلْكِفْلِۖ كُلٌّ مِّنَ ٱلصَّٰبِرِينَ 
Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Mereka semua termasuk orang-orang yang sabar.

(k) Umat bagi sekalian nabi sama, keluarga mereka juga sama, semuanya hamba-hamba Allah. Para nabi adalah wakil-wakil dan duta-duta dalam kerajaan Allah.

3. Rasulullah s.a.w. diperolok-olokkan dan dipermain-
mainkan.
(a) Orang-orang musyrikin bila saja melihat Rasulullah, memperolok-olokkan Baginda dengan berkata:
"Inilah dia orang yang memburuk-burukkan tuhan kita" (Ayat: 36).

Al-Anbiya 21:36
وَإِذَا رَءَاكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِن يَتَّخِذُونَكَ إِلَّا هُزُوًا أَهَٰذَا ٱلَّذِى يَذْكُرُ ءَالِهَتَكُمْ وَهُم بِذِكْرِ ٱلرَّحْمَٰنِ هُمْ كَٰفِرُونَ 

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat engkau (Muhammad), mereka hanya memperlakukan engkau menjadi bahan ejekan. (Mereka mengatakan), “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhanmu?” Padahal mereka orang yang ingkar mengingat Allah Yang Maha Pengasih.

(b) Rasulullah s.a.w. diberikan  تسلية  ditenangkan jiwanya dengan dikatakan rasul-rasul terdahulu juga diperolok- olokkan (Ayat: 41 ).

Al-Anbiya 21:41
وَلَقَدِ ٱسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِّن قَبْلِكَ فَحَاقَ بِٱلَّذِينَ سَخِرُوا۟ مِنْهُم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Dan sungguh, rasul-rasul sebelum engkau (Muhammad) pun telah diperolok-olokkan, maka turunlah (siksaan) kepada orang-orang yang mencemoohkan apa (rasul-rasul) yang selalu mereka perolok-olokkan.

4. Rasulullah dituduh dengan pelbagai tuduhan.
(a) Orang-orang musyrikin Mekah merendah-rendahkan Rasulullah dengan kata mereka: "Dia seperti orang-orang lain, tidak lebih daripada seorang manusia" (Ayat: 3).

Al-Anbiya 21:3

لَاهِيَةً قُلُوبُهُمْۗ وَأَسَرُّوا۟ ٱلنَّجْوَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوا۟ هَلْ هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْۖ أَفَتَأْتُونَ ٱلسِّحْرَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ 
Hati mereka dalam keadaan lalai. Dan orang-orang yang zhalim itu merahasiakan pembicaraan mereka, “(Orang) ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang manusia (juga) seperti kamu. Apakah kamu menerima sihir itu padahal kamu menyaksikannya?”

(b) Apabila mendengar wahyu yang disampaikan oleh Rasulullah, orang-orang musyrikin berkata: "Ini
tidak lebih daripada mimpi-mimpi yang mengarut" (Ayat: 5).

Al-Anbiya 21:5

بَلْ قَالُوٓا۟ أَضْغَٰثُ أَحْلَٰمٍۭ بَلِ ٱفْتَرَىٰهُ بَلْ هُوَ شَاعِرٌ فَلْيَأْتِنَا بِـَٔايَةٍ كَمَآ أُرْسِلَ ٱلْأَوَّلُونَ 
Bahkan mereka mengatakan, “(Al-Qur'an itu buah) mimpi-mimpi yang kacau, atau hasil rekayasanya (Muhammad), atau bahkan dia hanya seorang penyair, cobalah dia datangkan kepada kita suatu tanda (bukti), seperti halnya rasul-rasul yang diutus terdahulu.”

172

K180.Tukarkan Panggilan Nakal, Degil Pada ‘Anak Banyak Akal’. Sebutan Itu Dikira Satu Doa.

K180.Tukarkan Panggilan Nakal, Degil Pada ‘Anak Banyak Akal’. Sebutan Itu Dikira Satu Doa.

Tiada anak yang dilahirkan “nakal”, semuanya berdasarkan bagaimana mak ayah membentuk peribadi anak. Ibu bapa kena faham, fasa anak nakal atau aktif adalah normal

Dalam tempoh 18 bulan hingga 3 tahun adalah tempoh yang mencabar kesabaran ibu bapa untuk berdepan dengan sikap anak. Waktu ini kita marah dan pukul pun anak masih belum faham kecuali kita gunakan beberapa cara yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Puan Maryam Jamadi.

Berikut perkongsiannya.

Terima kasih kepada mak ayah yang kongsikan ayat ini. Saya setuju dengan kenyataan ini.

Ya, semua anak akan mengalami fasa “nakal” atau aktif sebenarnya, kita yang dah jadi mak ayah pun sama juga. ?

Fasa “nakal” ini selalunya bermula semasa fasa autonomi (18 bulan – 3 tahun) dalam perkembangan emosi dan sosisal. Dimana anak akan mula mengamuk apabila tak dapat apa yang dikehendaki, nak lari kesana kemari ke tempat yang dia mahu, ambil apa yang dia mahu dan sebagainya.

Waktu inilah fasa kritikal membentuk tingkahlaku anak. Kalau mak ayah abaikan waktu ini, tingkahlaku negatif anak akan menjadi semakin berpanjangan.

Hari ini saya nak kongsikan tips penyelesaian masalah tingkahlaku anak yang biasa ada pada semua anak. Sesuai untuk anak berumur 18 bulan ke atas.

? MASALAH ANAK DAN PENYELESAIAN ?

1. Anak terlampau aktif di luar rumah.

Ramai orang ingat semakin kita kurung anak, semakin anak dapat dikawal. Sebenarnya tidak, semakin kita kurung semakin anak susah dikawal. Konsepnya sama dengan semasa anak baru “dapat kaki”, asyik nak berjalan sahaja sampai dah tak fikir apa-apa. Tetapi pasti sampai satu masa, anak akan mula kurangkan aktiviti berjalannya berbanding masa mula-mula “dapat kaki”. Betul tak?

Agak-agak kalau kita sekat anak dari berjalan dengan ikat kakinya, dia akan berhenti berjalan? Masa diikat sahaja anak berhenti berjalan, bila buka ikatan lagi kuat anak nak berjalan. Sama juga bila kita kurung anak, bila dilepaskan makin susah dikawal.

Dunia ini terlampau kecil bagi anak sehinggakan benda kecil pun dapat buat anak bahagia. Bawa pergi “shopping mall”, tak beli apa-apa pun anak dah bahagia sehingga nak lari kesana kemari.

Percaya tak kalau saya kata, ada perbezaan tahap aktif pada anak jika kita bandingkan anak yang mak ayah bawa keluar setiap hari dan anak yang mak ayah bawa keluar sebulan sekali? Sangat-sangat berbeza. Sebab itu, setiap kawasan perumahan pasti ada taman permainan kerana taman permainan adalah keperluan WAJIB untuk perkembangan anak-anak kita.

K182.Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi.

K182.Marah Anak Tanpa Marah-Marah. Faham Tip Ni Dulu Baru Mudah Kawal Emosi.

Sejak pegang title sebagai ibu ayah, dalam sehari ada tak rasa nak marah anak? Jika anak rasa ye itu normal tetapi perasaan ini boleh kita kawal jika tahu tekniknya.

Tidaklah anak kita asyik rasa takut je dengan ibu ayah sendiri. Ada tu paling kesian sehingga anak pula jadi trauma jika mereka ada buat kesilapan kecil.

Menerusi perkongsian dari Teacher Lin Talib, yang banyak menulis tentang perkembangan anak dan topik keibubapaan, ada 5 tip marah anak tanpa marah-marah.

5 Tip Marah Anak Tanpa Marah-Marah.

Tengok gambar bawah. Habis satu ruang tamu di tepung kan. Lantai kotor satu hal, kalau kena sofa tu ya ampunnnn dah lah susah nak bersihkan! Ishhh budak ni nak kena ni!!!

Macam tipu sangat kalau kata tak pernah marah anak. Bak kata Usop Wilcha dalam cerita Zombie Kampung Pisang…”Nampok benorr nipunya”.

Jadi saya kongsikan bagaimana tip untuk marah anak.. tanpa marah-marah.

Dan percayalah.. kata-kata yang keluar ketika marah…biasanya tak indah. Anak akan mudah terluka bukan kerana kita marah.. tapi kata-kata ketika marah.

1. DIAM.

Bila nampak sesuatu yang tak kena pada mata kita .. yang terus menjentik hati rasa nak marah.. diam dulu. Jangan terus jadi machine gun. Berterabur peluru kata-kata bila kita marah.

Nampak je tepung bersepai . Tarik nafas… Hembus… Dan diam. Diam ni dapat mengawal kita menghambur perkataan yang tidak elok pada anak kita… Selain itu.. ia mengawal diri kita dari bertindak di luar kawalan. Kadang ada sampai bantai anak padahal tertumpah tepung je.. sebab apa? Sebab dia tak diam. Dia gagal kawal amarah dia.

Diam dan lihat wajah anak kita. Dia senyum gembira je. Dalam diam itu zikir. Dalam diam itu kita syukur anak selamat. Hanya dengan diam.

2. TUKAR MINDSET.

Selalu kita dengar kan.. ” Alahhh budak -budakkk”. Okay.

Bila anak buat salah.. tertumpah itu..terpatah ini.. tercalar itu.. tersepah ini… Terus tukar mindset.

Anak ni..baru 3,5 tahun hidup. Mereka ni pendatang baru dalam dunia. Baru je 5 tahun hidup. Kita ni dah 30 tahun hidup. Mestilah beza banyak benda kita tahu berbanding dia..

Macam orang bekerja 30 tahun dengan orang bekerja baru 5 tahun.. manakan sama pengalaman mereka kan? Begitulah anak-anak.

Jadi, selagi kesalahan mereka tak mencederakan mereka dan orang lain…bertenang.. dan fikir…

” Mereka ni orang baru..mereka tak tahu”

Jadi tanggungjawab kitalah sebagai “lebih pengalaman” untuk ajar mereka. Tiada siapa akan terus pandai sesuatu bila di marah. Tetapi seseorang boleh pandai bila di tunjuk ajar. Kan?

Contoh: dari kecil kita ajar bangun pagi.. tapi bila masuk 9 tahun dia tak nak bangun dengan alasan malas Ha, ni wajib di marah.

3. PERLU DI MARAH.

Ya, ada masanya anak perlu dimarah. Bila tu? Bila anak mula tunjukkan sifat individual atau “degil”. Biasanya umur 8 tahun ke atas ni boleh di marah dah.

Tapi jangan marah melampau. Marah atas kesalahan itu sahaja. Tak perlu ungkit cerita dari zaman Parameswara sampai sekarang. Nyatakan kita marah pada attitude atau peel mereka..bukan marah pada diri mereka.

Contoh: ” Ali.. tolong basuh pinggan”

Ali tak menyahut sedangkan jarak dekat saja. Dah 3 kali tak menyahut kita boleh marah.

” Mak panggil Ali tak dengar ke?? Tuhan bagi telinga ni untuk dengar. Mulut untuk menyahut!”

Jadi kat sini anda lihat.. walaupun marah.. kita bagi reasoning atau solution kepada anak tentang kesalahan mereka. Kalau mak saya dulu dia tambah pakej piat telinga.

Siap je kerja disuruh.. peluk balik anak dan katakan dia anak yang baik.. selalu dengar cakap ibu bapa.. mak abah sayang dia..

Ini untuk ingatkan anak bahawa kita tetap sayangkan dia.. marah hanya atas sebab kesalahan.. tapi itu tidak menjejaskan kasih sayang terhadap dia. Jadi InsyaAllah.. anak akan faham tentang yang salahnya adalah perbuatan.. bukannya diri dia. Okay?

4. AJAK CARI SOLUSI.

Jika anak baru 4 tahun..dan dia terbuat salah.. macam tumpah air.. anda boleh ajak dia sama-sama fikir apakah yang perlu dia buat.

Contoh; air tumpah ” Alamak.. air tumpah! Macam mana ni? ”

Wujudkan interaksi dengan anak atas perbuatannya. Kiranya kita ambil tahu atau acknowledge perbuatan anak.

” Basah ni.. kalau jalan licin.. jatuh.. sakit!”

” Nak kena buat apa ni?” ” Ha! Jom kita lap lantai!”

Ambil kain dan ajak anak lap sama-sama.

” Yay! Dah bersih! Tak sakit! Pandaiii kakak”.

” Lain kali, kalau ada air atas lantai.. kakak lap cepat-cepat okay! Kakak jadi hero selamatkan orang. Tak jatuh!!”

Bila anak mengelap lantai.. di sini kita dah ajar anak konsep.

– Cause and Effect
– Mencari solusi atau problem solving
– Mengajar konsep bertanggungjawab atas kesalahan sendiri serta tanggungjawab atas masyarakat.

Sudah tentu anda perlu ulang perkara ini dan ajarkan beberapa kali tapi percayalah, bila anak sudah faham konsep-konsep di atas.. InsyaAllah anak akan membesar dengan cemerlang!

K183.Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar.

K183.Berhenti ‘Dera’ Anak Dalam Senyap. Ini Antara Punca Anak Kurang Rasa Hormat Pada Ibu Bapa Apabila Besar.

Pesanan untuk yang bergelar ibu bapa, berhenti ‘dera’ anak dalam senyap. Rupanya itu antara punca anak kurang rasa hormat pada kita bila besar nanti.

Abah, rama-rama ni nak warna apa?”.

“Warna je la apa-apa pun Izni,” sambil tangan sibuk scroll Facebook.

Sedar tak kita sedang ‘dera’ anak dalam senyap?

Ya, memang kita tidak dera melalui fizikal. Tidak rotan, tidak sebat dengan tali pinggang mahupun hanger, tidak menggunakan getah paip atau batang pokok betik untuk mendera, tapi dalam tak sedar ada ‘penderaan’ yang maha dasyat kita telah lakukan terhadap anak kita. Apakah penderaan itu?

1. Mengabaikan anak.

Dari segi emosi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lapisan minda seseorang itu dan terganggu untuk jangka masa pendek mahu pun panjang. Antara contoh yang paling mudah:

“Eh, mana ada saya abaikan anak saya. Makan minum dan pakaian semua cukup. Siap lebih lagi,”. Itu kata anda. Apa pula kata anak anda?

Cuba tengok situasi ini.

Anda balik kerja waktu petang. Seharian anda di pejabat, anak anda pula di tadika/sekolah. Waktu bersama anak dan isteri hanya sebelah malam.

Dan waktu malam inilah anak-anak nak bercerita dengan anda. Nak beritahu apa yang berlaku di tadika/sekolah. Betul? Tapi anda perasan tak, sewaktu anak anda bercerita, apa yang anda lakukan? Tengok muka anak anda? Atau anda lebih fokus pada televisyen? Atau Facebook? Whatsapp? Handphone di tangan?Anda sedar tak anda telah mengabaikan perasaan anak anda.

Bila anak ajak anda main, anda beri alasan penat, tak larat, walhal anda malas nak layan. Nak main handphone, game dan sebagainya. Betul?

2. Tidak memuji anak, tak beri sokongan.

Bila anak tolong kemas mainan, tolong basuh pinggan, tolong kita ambil air untuk minum, adakah kita memuji atau mengucapkan terima kasih? Sepatutnya dari kecil ini kita sudah melatih anak untuk berterima kasih kepada orang.

Anak dapat no. 7, no. 9, no. 19, adakah anda memuji anak? Beri kata-kata semangat? Atau anda langsung tak ambil tahu?

3. Jangan jadi batu/ dinding.

Anak hampiri kita, tanya kita tentang warna apa yang sesuai untuk warna lukisan rama-rama. Kita pula sibuk melayan video di Facebook. Tak menjawab persoalan anak kita, sehinggakan anak kita berlalu pergi. Punyalah batu kita ni. Tak bolehkah kita ‘Pause’ sebentar video tersebut dan bagi perhatian pada anak? Video tu akan hilangkah? Atau anda lebih rela perasaan anak anda hilang? Ya, ni kesilapan yang kita sedang buat.

4. Terlalu cerewet, teliti.

Jangan kita terlalu cerewet jika anak dalam situasi seperti ini:

Anak nak pakai selipar tak boleh, kena pakai kasut.

Anak nak pakai baju warna kuning tak boleh, kena pakai baju merah.

Anak dapat no.5, marah.

Kita nampak benda ini remeh, tapi hakikatnya penderaan ini boleh mengganggu emosi dan peribadi anak-anak.

5. Biar anak buat keputusan sendiri.

Ya, sesekali biarkan anak buat keputusan sendiri. Biar tahap ‘confident’ anak lebih tinggi. Jadi dia akan lebih berdikari dan tidak dibuli.

Anak tanya, “Abah, nak pakai baju ultraman ke baju upin ipin?”. Abah pun jawab, “Ikut suka Izni la nak pakai baju apa pun,”.
Betul ke jawapan kita? Salah !

Cuba begini, ” Malam ni Izni nak jadi ultraman ke upin ipin?” Jadi mereka boleh berfikir dan buat keputusan dari soalan kita itu. Semuanya kena bermain dengan kata-kata. Kita perlu lebih kreatif melayan kerenah anak-anak.

6. Merendah-rendahkan anak.

Pernah kita rendah-rendahkan anak depan orang? Tidakkan? Tapi sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan yang kita sebenarnya dah rendahkan anak-anak.

Contohnya, bila orang puji anak kita ” Rajinnya Amni tolong angkat pinggan mangkuk dan siap basuh,”.

Tapi kita pula jawab, “Biasalah tu, kat rumah orang dia rajin la sikit. Kalau kat rumah tu, pinggan lepas makan tinggal sahaja dalam sinki”. Pernah tak alami situasi ni? Dalam tak sedar kita dah lukakan emosi anak kita. Daripada nak jadi baik, terus tak baik-baik.

Alangkah lebih elok kita memuji anak kita, supaya pujian itu boleh dibawa ke rumah seandainya betul sekalipun anak kita malas.

7. Tidak memperjuangkan atau ‘back up’ anak.

Anak cakap, Abu curi pemadam dia. Kita hanya balas, “Tak apa lah, kita beli baru nanti,”.

Kita boleh sahaja balas, ” Mana boleh macam itu, itu hak Izni. Izni kena laporkan kepada guru. Tuntut semula hak Izni,”. Anak kita akan lebih rasa dihargai dan lebih berkeyakinan. Jangan biarkan anak kita jadi mangsa buli fizikal dan mental.

8. Sikap penolakan terhadap permintaan.

Tak semua benda kita boleh terima dan tak semua benda juga kita boleh tolak. Begitu juga dengan anak-anak.

Sesekali kita tunaikan permintaan anak. Jika kita tidak mampu, kita cuba berikan dalam bentuk/perkara yang lebih menyenangkan kita.

Tapi ingat, bukan selalu kita boleh penuhi. Jika tidak, nanti akan naik lemak pula. Kena tahu cara untuk atasi permintaan.

Kesimpulannya jangan merungut tiada masa untuk anak. Cuba bahagikan masa untuk mereka kerana mereka lahir dari darah daging kita. Kita yang mencorakkan mereka. Jika kita corakkan hitam, hitamlah jadinya.