Jumaat, Julai 31, 2020

K105.Anak Rampas Barang

K105.Anak Rampas Barang?

Ada 1 ketika ni, lama dulu, 
saya telah ajar Fateh, 
untuk meminta pada Baby Yumna dengan perkataan "Yumna, nak" dan tidak ambil barang dari tangan Yumna secara kasar.

Berjaya untuk Fateh. Fateh masa tu Happy sebab "Eh Yumna faham la", katanya.
"Tentulah, kata saya. Kita taknak nanti Yumna pun ambil kasar barang Abang nanti". 
Selalu beri dia 'view' besar dan mendatang.
.

Kemudian ada 1 time tu dalam kereta saya perasan KN ambil dengan cepat apa yg Yumna pegang (kategori 'rampas') untuk sesuatu yang KN rasa dia punya. 

Jadi saya ajar KN pula. Saya katakan, beri Yumna puas dulu pegang, sebab dia nak explore/main, lepas tunggu seketika, minta dengan skrip "Yumna, nak", Mummy pasti Yumna akan beri pabila diminta.
.

Jadi KN mula lakukan. Dan KN berjaya.
.
.

Bab mengambil dengan rampas ni kadangkala ibubapa jua lakukan dengan cepat, tanpa sedar apa yang anak sedang pegang.

Jadi apatah lagi anak kecil, mereka memang belum ada skil menunggu/social skill.

Jadi cek diri dulu,
kalau ada buat begitu, tukar, ambil dari tangan anak dengan meminta izin/maklum dulu.
"Sayang, Mama nak. Mama nak simpan". 
.

Untuk sesama anak pula, modelkan :

(i) skripnya dan 
(ii) caranya (tangan, intonasi, badan)
.

InsyaAllah mereka sangat cepat belajar sebenarnya.

Ia skil atau kemahiran sosial dan empati.
.

Selamat ajar anak cara ambil barang 😊

Maznah Ibrahim



Rabu, Julai 29, 2020

K102.Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1-3 Tahun. Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat.

K102.Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1-3 Tahun. Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat.
Bagi anak kecil berumur 1-3 tahun, ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’. Dalam bahasa Inggeris, umur ini kita panggil toddler, berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang. Yang seronoknya bagi budak umur ini, kita boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang.

Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham simple direction dan malah ada yang sudah boleh bercakap mengalahkan tukang jual sayur di pasar! Ada sahaja yang nak dibualnya. Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stres dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah.

Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ni? Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).

1.Jadikan masa makan anak suatu masa yang mudah dan menggembirakan.

Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak best di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.

1.Dont rush with toilet training.

Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya: 1) pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’. 2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih tu, baru senang nak diajar.

2.Puji kelakuan anak yang baik.

Haa.. yang ini penting! Jangan asyik tegur dan marah bila anak buat perangai. Sebaliknya, pujilah bila anak berkelakuan baik! ni sangat penting dalam membina hubungan baik ibu bapa dan anak dan juga untuk mendidik anak untuk terus baik. Puji yang mesti disuarakan, dan lebih baik lagi andai dapat dipeluk cium sekali. Itu baru betul!

3.Ambil berat penjagaan gigi anak.

Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.

4.Set waktu tidur anak.

Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.

5.Rajin-rajinkan diri bersembang dengan anak

Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).

6.Jangan terlalu strict dengan diri anda sendiri.

Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!

Selasa, Julai 28, 2020

K101.Ini Petanda Anak 5 Tahun Hatinya Sangat Terluka. Tapi Ramai Yang Marah Anak & Tak Faham Hatinya.

K101.Ini Petanda Anak 5 Tahun Hatinya Sangat Terluka. Tapi Ramai Yang Marah Anak & Tak Faham Hatinya.

Bila anak sudah 5 tahun dan masih suka merajuk dan mengamuk, memukul orang, menyakitkan orang, ini petanda semasa anak itu mengamuk semasa dia kecil, emosi amuk itu tidak dikendalikan dengan baik. Ibu bapa hanya menggunakan kaedah marah dan tengking untuk senyapkan anak.

Pada masa itu anak memang senyap, tapi emosi itu tidak dilepaskan dengan baik. Oleh itu anda akan mendapati anak ini mengamuk dengan lebih kuat dan mula ada ciri-ciri degil dan mungkin mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.
Ini petanda hati anak ini sudah banyak terluka dan dia sudah banyak merasakan tidak dikasihi. Jika ini berlaku, anda perlu mengatur langkah membetulkan persepsinya.

Di sini anda perlu bijak dan mengawal marah namun anda perlu tegas dan perlu mendisiplinkan anak itu. Kerana anak ini sudah terluka disebabkan banyak kekecewaan terutamanya di dalam perhubungan diantara dia dan anda atau pasangan anda, perkara itu perlu dibetulkan. Pada usia ini, anak itu mungkin akan mengatakan rasa hatinya, bahawa dia tidak dikasihi.

Jika ini berlaku, tarik nafas dan duduk di sebelah anak itu dan tenangkan hatinya dan cari punca yang menyebabkan dia merasakan dia tidak lagi dikasihi. Kadang-kadang puncanya mungkin semudah anda sudah tidak memandikannya dan menyuruh dia mandi sendiri. Terutama sekarang sudah ada adik baru. Ini kita namakan salah faham. Maka selesaikanlah salah faham ini.

Walaupun bila anak merajuk dan mengamuk kita perlu membetulkan anak dengan kelembutan, adakalanya semasa ini, kerana jeritannya begitu kuat dan membaling barang tidak mengikut kira, maka jika perlu anda boleh meninggikan suara untuk mendapatkan perhatiannya, siapa yang memimpin di sini.

Namun, bila meninggikan suara, lihat mata anak itu dengan kelembutan kasih-sayang. Dalam hati anda boleh berkata kepada hati, ‘aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik Aku sayang anak ku ini’.

Mengapa anda mahu mengatakan di dalam hati demikian? Kerana ini membentuk niat dan ini membantu anda memastikan bahawa bila suara kuat itu keluar, ianya keluar dengan tenaga kasih-sayang yang menerjah masuk ke hati anak yang terluka itu dan menjadikan hati itu menerima tenaga kasih-sayang itu. Inilah diantara cara kita mengawal keadaan dengan tegas dan penuh kasih-sayang. Kata kunci ialah pandang dengan kasih sayang. Anda perlu ‘take control’ dengan ‘tough love’.
.Jika anak itu ditengking dan dimarah atau bila dia merajuk diturutkan semua kehendaknya. Pada usia ini, anak itu sudah tahu dia mempunyai kuasa ke atas ibu bapanya dan ibu bapa boleh diatur-atur olehnya. Ini sangat merbahaya kerana anak itu boleh menjadi seperti ‘Anakku Sazali’.
Mengapa ini boleh berlaku, kerana bila anak meminta sesuatu, semua permintaannya dipenuhi walaupun ada yang tidak baik untuknya dan anda telah mengatakan tidak boleh, namun sebab hendak anak berhenti membaling barang, anda ambil jalan singkat, ikutkan saja kehendak anak itu.
Kata kunci di sini, BERTINDAK SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN dan bukan seorang yang mudah dimanipulasikan.
Nota Ringkas:
Bagaimana berhadapan anak 5 tahun yang mengamuk?
1.Tarik nafas dan ubah kedudukan kita untuk dapatkan ketenangan.
2.Lihat mata anak dengan penuh kasih sayang.
3.Kata dalam hati, “Aku meninggikan suara kepada anakku ini kerana aku sayang kepadanya dan aku perlu mengawal keadaan ini dan memimpinnya dengan baik. Aku sayang anak ku ini”.
4.Tinggikan suara untuk dapatkan perhatian anak.
InsyaAllah, kalau yang keluar dari hati, akan sampai ke hati juga.

Ibu Rose




Tafsir asas quran nota 4(044).

Tafsir asas quran nota 4(044).

Nombor surah 1
Nama Surah  Al-Faatihah
Juzu'1 
Makkiyyah Atau Madaniyyah
Bilangan Ayat-Ayatnya 7
Bilangan Ruku'nya
Nama lain bagi Surah
 (2)فاتحة الكتاب
(3)فاتحة القرأن
(4)أم الكتاب
(5)القرآن العظيم
(6)أم القرآن السبع المثاني
(7)الرقية
(8)الوقية
(9)سورة الكَنْز
(11)الشفاء
(12)الصلوة
(14)الشافية
(15)النور
(16)الأساس
(17)سورة الحمد 
(18)الشكر
(19)سورة الشكر 
(20)سورة السؤال /الدؤع
(21)سورة الحمد الثانية
(22)سورة الدعاء
(23)تعليم المسئلة
(24)سورة المناجاة
(25)سورةالتفويض
(26)سورة الكافية
(27)باب القران

Nombor surah 2
Nama Surah Al-Baqarah
Juzu'1,2,3
Madaniyyah
Bilangan Ayat-Ayatnya 286
Bilangan Ruku'nya 40
Nama lain bagi Surah
(1)سورة فسطاط ايقرن 
(2)سنام القران ( bonggol /kemuncak)
(3)سورة الزهراء(gemilang)



44

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0130)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0130)

digunakan secara berasingan daripada perkataan التقوى Adapun kalau kedua-duanya digunakan bersama maka ertinya akan berlainan, erti masing-masing daripadanya
akan terhad dan terbatas.
Contoh kedua-duanya digunakan bersama dapat dilihat pada firman Allah berikut:
(f)Al-Ma'idah 5:2

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ 

... Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan ketaqwaan,dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah
kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (al-Ma'idah: 2).

Di dalam ayat ini perkataan البر dan التقوى  telah digunakan bersama, erti kedua-duanya jadi lebih sempit daripada ertinya ketika digunakan secara berasingan. Erti البرى
sekarang ialah segala ucapan dan perbuatan yang disukai dan diredhai Allah baik zahir mahupun batin. Dan erti التقوى pula ialah meninggalkan segala perkara yang
diharamkan oleh Allah s.w.t.

Demikian juga dengan perkataan  الإثم dan العدوان  yang terdapat di dalam ayat 2 Surah al-Maa'idah yang dikemukakan di atas. Dalam keadaan kedua-duanya digunakan secara berasingan, ertinya sama sahaja. Erti الإثم dan العدون  apabila digunakan secara berasingan merangkumi segala-gala ma'shiat yang menyebabkan pelakunya berdosa. Tidak kira sama ada dosa yang dilakukannya hanya berkaitan dengan Allah sahaja atau ia juga melibatkan manusia lain. Tetapi dalam keadaan kedua-duanya digunakan bersama pula, erti kedua-duanya jadi terhad dan terbatas. Adapun apabila kedua-duanya digunakan bersama seperti di dalam ayat di atas maka erti الإثم  hanyalah dosa hamba kepada Allah sahaja. Dan العدوان pula hanyalah dosa kerana menceroboh hak-hak orang lain, sama ada berkaitan dengan darah, harta benda atau maruah mereka.


 130

Isnin, Julai 27, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms025.

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms025.

Misykatul masabiih 25

pakaian kelaparan dan ketakutan, disebabkan apa yang mereka lakukan(An nahl:112)

(2)Bersumpah atas nama orang Iain atau sesuatu yang Iain selain Allah.Kerana Rasullah saw telah bersabda:
مًنْ حَلَفَ بِغَيْرِ الله كَفَرَ أَوْأَشْرَكَ
Sesiapa yang bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia telah kufur atau syirik- 
(Ahmad, Tarmizi,Abu Daud at-Thayaalisi,Abu Ya'la, at-Thabaraani, al-Baihaqi, al-Haakim, Abu Awaanah dan Iain-Isa). 

(3) Memerangi orang Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda Memauki adalah kefasikan dan memeranginya adalah kekufuran (Bukhari, Muslim,Ahmad,Tirmizi,Nasaa'i, Ibnu Majah, Baihaqi, at-Thabaraani dan Iain-Iain). 

(4)Mencaci dan memburukan keturunan seseorang dan meratapi orang yang telah mati. Rasulullah saw:
اثنتان فى الناس هما بيهم كُفْرٌ الطَّعْنُ في الأنساب وتلنِّياحة على المية

Bemaksud: Dua sifat ada pada orang ramai. la mereka kufur. (Pertama) Mencaci dan memburukkan keturunan orang (Kedua) meratapi orang mati. 
(Muslim, Ahmad, Abu 'Awaanah dan Ibnu Mandah). 

(5) Mengaitkan diri dengan bukan ayah sendiri atau tidak mengakui keturunan sendiri yang sebenar. Rasullah saw
bersabda: 
لَا تَرْ غَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ
Bermaksud: Jangan kamu benci kepada keturunanmu.
(Sikap) Orang yang tidak suka kepada ayahnya itu adalah suatu kekufuran. (Bukhan, Ahmad dan Abu 'Awaanah).

Misykatul masobiih kitab iman sesi 00B 23-dis-12

Pendapat Pelbagai Aliran Agama (Firqah) Tentang Iman.
menurut Murji'ah tidak Iebih daripada nama kepada membenarkan agama Islam dengan hati(تصديق بالجنان) semata-mata. Pengakuan dengan lidah (إقرار بالسان) dan  عمل بالأركان( melakukan suruhan agama dengan anggota badan) bagi mereka bukan syarat dan dan bukan juga juzuk iman. Cogan  kata mereka ialah 
لا تضر مع الإيمان معصية كما تنفع الطاعة مع الكفر
 (Tidak melakukan maksiat kalau beriman. Tidak berguna keta'atan kalau ia dilakukan dalam kekufuran).  
إن المؤمن وإن عصي لا يدخل النار
(Sesungguhnya orang mu'min tidak akan rosak  walaupun ia melakukan maksiat). Firqah Karraamiyyah berpendapat, iman hanya  kepada إقرار بالسان atau pengakuan dengan lidah sahaja. Mengaku kebenaran agama Islam dengan lidah sahaja sudah memadai untuk seseorang manusia selamat. Sama ada ia disertai membenarkan agama Islam dengan hati atau tidak. Firqah (aliran) Jahmiah pula berpendapat, iman adalah nama kepada ilmu dan pengetahuan tentang agama Islam.Apabila seseorang mengetahui Islam adalah benar dan ia adalah agama Allah, itu bererti mereka sudah pun beriman. Iman mereka bahkan sudah sempurna!   firman Allah di dalam Surah al-Baqarah ini jelas menolak pendapat mereka:

Al-Baqarah 2:89

وَلَمَّا جَآءَهُمْ كِتَٰبٌ مِّنْ عِندِ ٱللَّهِ مُصَدِّقٌ لِّمَا مَعَهُمْ وَكَانُوا۟ مِن قَبْلُ يَسْتَفْتِحُونَ عَلَى ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فَلَمَّا جَآءَهُم مَّا عَرَفُوا۟ كَفَرُوا۟ بِهِۦۚ فَلَعْنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلْكَٰفِرِينَ 
 
Bermaksud: dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran), Yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa Yang telah mereka ketahui (kebenarannya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan Al Quran), mereka mengingkarinya; (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang-orang Yang kafir ingkar itu (alBaqarah:89). 

Golongan Khawarij berpendapat, iman adalah gabungan tiga rukun berikut:التصديق بالجنان(menerima atau membenarkan dengan hati),  (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) dan الإقرار بالسان(mengaku dengan lidah). Oleh kerana mereka menganggap العمل بالأركان sebagai juzu' hakiki (komponen sebenar) dan asas iman yang tidak dapat dipisahkan, mereka menghukum kafir terhadap orang yang meninggalkannya. Orang melakukan dosa besar bahkan akan kekal di dalam neraka menurut mereka. Golongan Mu'tazilah juga mempercayai iman adalah gabungan tiga rukun tersebut, tetapi seseorang tidak mengamalkan amalan agama, tidaklah sampai menjadi kafir. la bagaimanapun  terkeluar dari sempadan iman. Kedudukan orang-orang yang tidak mengamalkan perintall bagi agama adalah di antara sempadan iman dan sempadan kekufuran  منزلة بين النزلتين. Ahli as-

25

Daurah tafsir 2019 sesi 06(12)nota6(116)

Daurah tafsir 2019 sesi 06(12)nota6(116)
sesi 06(11,12,13,14)

Surah Yusuf
Tertib dlm quran 12
Bilangan ayat 111
Bilangan rukuk 12
Makkiyah
Tertib turun ke 53
Bilangan paragraf 3
Paragraf 1ayat 1-2 
Pendahuluan ;alquran diturunkan supaya manusia berfikir.
(bermaknanya mencetuskan fikiran manusia kepada kebenaran).
Paragraf 2 ayat 3-101 
Kisah nabi yusuf(dicelah kisahnya byk pengajarannya)
Paragraf 3 ayat 102-111
Penutup kepada surah.

Mesej utama.
1.Berita gembira untuk Rasullah tentang baginda akan menguasai Mekah dan Islam akan berkuasa dgn sepenuhnya.
2.Orang2 kafir Quraisy  Mekah akan menjadi seperti  saudara2 Yusuf yg kemudiannya mengharapkan belas kasihan.


116

Ahad, Julai 26, 2020

K100.Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak, Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik-Baik.

K100.Anak Akan Tengok Cara Ayah Layan Mak, Sebab Itu Kena Tunjuk Yang Baik-Baik.

Sebagai seorang ayah, anda perlu berwaspada dengan tingkah laku anda bila berhadapan dengan anak-anak. Anak-anak cenderung menjadikan ayahnya sebagai role model dalam hidupnya. Pernah tak dengar bila cikgu tanya anak-anak. “anda nak jadi apa besar nanti?” anak akan menjawab “Nak jadi macam papa!” Anak akan menjadikan ayahnya sebagai contoh.

5 Benda Anak Belajar Daripada Seorang Ayah

1. Anak belajar KEMAHIRAN BERUNDING.

+ Dengan mak, anak anak ni boleh mintak apa apa je sebab mereka tahu mereka boleh manipulasi mak mereka lebih daripada mereka boleh manipulasi ayah.

+ Ayah ni sifatnya lebih authoritative. Mereka terpaksa gunakan cara yang lebih halus untuk tackle dan tawan hati si ayah ni. Daripada situ mereka belajar skill berunding yang mana sangat diperlukan bila anak kita dah masuk ke alam pekerjaan nanti.

2. Anak belajar IKUT ARAHAN

+ Walaupun yang biasanya membebel ni emak tapi arahan seorang ayah lebih ringkas, jelas dan tegas.

+ Emak biasanya dah berpuas hati kalau 1/10 arahan mereka dipatuhi dan ditaati tapi jaga-jaga dengan arahan seorang ayah. Walau 9/10 arahan dah dipatuhi, ianya masih dikira melawan dan akan ada hukuman yang akan menanti.

3. Anak belajar KAWAL EMOSI

+ Dalam keadaan kecemasan dan tekanan, biasanya seorang ayah ni akan lebih tenang dan boleh buat keputusan

+ Daripada situ akan kita akan belajar untuk buat keputusan yang rasional dan logik walaupun sedang dikuasai emosi.

4. Anak belajar KEMAHIRAN MELINDUNGI.

+ Ayah ni sifat semulajadinya adalah PELINDUNG kepada keluarganya

+ Seorang ayah akan melindungi isterinya daripada semua jenis ancaman. Tak kira la ancaman penjahat luaran ataupun ancaman tekanan & kepenatan.

+ Dari sini lah anak kita belajar untuk menjadi pelindung kepada
 keluarganya sendiri suatu hari nanti

5. Anak belajar MELAYANI PASANGAN HIDUP
+ Cara layanan ayahnya kepada emaknya sendiri akan menjadi ‘references’ ataupun sumber yang akan anak kita contohi bila dia dah dewasa nanti.

+ Kalau ayahnya suka berkasar dengan emaknya, dia pun akan cenderung untuk berkasar dengan pasangan hidupnya nanti.

+ Ini kerana anak kita walau nampak macam tak tahu apa-apa, mereka ni pemerhati setia.

+ Mereka pantau semua kelakuan kita dan mereka akan tiru satu persatu kelebihan dan kekurangan kita. Itulah kenapa mereka ni adalah CCTV terbaik dunia!

p/s : Tolong ajarkan benda ni pada pasangan kita juga ye. t.me/NotaTaufiqRazif

K42.Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk. Jangan Marah Tapi Cepat-Cepatlah Peluk.

K42.Masuk 2 Tahun Anak Cepat Mengamuk. Jangan Marah Tapi Cepat-Cepatlah Peluk.

Kenapa aku rasa anak aku yang 2 tahun tu tak terkawal pula perangainya. Lain macam nakal!

Bertenang ibu-ibu. Usia 2 tahun adalah waktu di mana otak mereka sedang sangat pesat berkembang. Jadi mereka cuma berperilaku sesuai dengan kepesatan otak. Terlalu pesat sampai mereka tak tau nak halakan ke mana kemampuan kognitif otak mereka.

Bayangkan dengan tenaga banyak dan otak memaksa badan bergerak aktif untuk cuba macam-macam perkara baru. Tapi dalam masa yang sama otak masih belum ada kapasiti untuk kawal emosi. Kawalan impuls masih lemah.

Kerana itulah kita akan lihat anak 2 tahun ini sangat mudah tantrum. Nak buat sesuatu, tapi bila alami kesukaran, mereka tak dapat deal dengan perasaan kecewa.

Peluk anak. Bantu mereka kenal emosi dan deal dengan perasaan tersebut. Neocortex mereka juga sedang dalam proses nak membentuk sempurna.

Kalau mak ayah berjaya tangani mereka di fasa ini, lebih mudah juga otak logik mereka ini menangani bad feelings mereka di masa akan datang.

Wawa Shauqi

K92.Tengok Rumah Bersepah, Kain Bertimbun Ibu Stres. Lepas Ni Kena Belajar Let Go Perasaan.

K92.Tengok Rumah Bersepah, Kain Bertimbun Ibu Stres. Lepas Ni Kena Belajar Let Go Perasaan.

Buatlah ikut kemampuan, jangan dipaksa badan hingga otak pun stres. Situasi ini pasti ramai ibu yang melaluinya. Bekerja dan dalam masa sama kena uruskan anak serta selesaikan hal rumah tangga dah jadi perkara biasa.

Namun ada yang rasa sedikit stres bila memikirkan hal anak, nak masak, urus keperluan rumah sehingga tak tahu nak buat yang mana satu.
Kiranya kerja seorang ibu ini tak pernah habis. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Jika tak buat rasa tak senang duduk pula kan?

Apa yang dikongsikan oleh Puan Masturah Abu Bakar ini sangat betul. Ibu kena belajar let go perasaan. Kena faham kita bukanlah robot boleh buat semua perkara dalam satu masa. Berikan ruang dan masa daripada kita rasa tertekan dan asyik nak marah.

Berikut antara perkongsiannya:
Sejak ada anak no.3 ni, saya belajar let go perasaan. Macam ni..

Tangan kita ada dua je. Tapi nak uruskan banyak perkara. Rasa nak buat semua benda. Tapi masa tak cukup.

– Rumah bersepah. Sakit mata.
– Mainan merata-rata. Terpijak-pijak.
– Pinggan tak basuh. Sinki penuh.
– Baju menggunung. Tak basuh. Tak lipat.
– Parcel nak dipos masih tak berbungkus.
– Lauk masih tak masak.
– Anak tak mandi lagi.
– Diri sendiri tak mandi lagi.
– Pm customer tak berbalas lagi.
– Aktiviti anak-anak tak prepare lagi.

Panjangnya to do list. Stresssss sangat fikirkan.

Last-last kita baring. Tak dapat buat apa-apa sebab serabut. Langsung tak produktif. Mood ke laut. Marah anak-anak. Marah suami.

Sebab apa? Sebab kita nak semuanya perfect.

Rumah tersusun rapi. Mainan kemas tersimpan. Sinki bersih. Baju berlipat. Bakul kain kosong. Anak-anak dah siap wangi awal pagi. Lauk masak yang sedap-sedap. Aktiviti anak-anak dah well-prepared.

Kesian laaa kat diri sendiri. Badan kita ada satu je. Tangan kita ada dua je.
Berbaloi ke rumah kemas tapi diri sendiri tak happy? Penat. Emo. Overthinking. Kita fikir, kita terlebih fikir. Kita jadi letih. Kita jadi tertekan. Kita rasa kita gagal sebab tak boleh selesaikan semua. Rasa diri tak berguna.

Berbaloi ke? Tak berbaloi kan?

Jadi sayangi diri sendiri. Buat sikit-sikit. Let go perasaan nak perfect. It’s okay kalau semuanya tak siap, tak apa. Buat yang penting sahaja dulu. Kalau ada masa buat la.

Ambil masa. Take a breath.

Pujuk hati. Raikan kejayaan yang kecil. InsyaAllah kita tenang.

Masturah Abu Bakar


K90.Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif. Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak.

K90.Anak Tak Duduk Diam Itu Tak Semestinya Hiperaktif. Kena Caranya Mereka Boleh Jadi Bijak.

“Anak saya terlalu aktif..tak boleh duduk diam walau seminit..melompat sana, melompat sini. Nak tengok dia duduk diam, waktu dia tidur. Tidur pulak sekejap sahaja. Begitulah antara keluhan ibu-ibu yang anak mereka terlalu aktif.

Sebenarnya anak yang aktif menunjukkan mereka sihat. Otak mereka pantas berfikir untuk melakukan pelbagai aktiviti. Bayangkan jika anak kita terbaring saja, tentu kita susah hati juga dibuatnya.

Justeru ibu-ibu setkan minda kita untuk memandang situasi itu dari sudut yang positif bagi mengurangkan stres. Tip berikut mungkin boleh membantu kita dalam menangani anak-anak yang sentiasa aktif ataupun hiperaktif.
1) Tetapkan peraturan yang jelas untuk anak-anak dan seisi keluarga. Jangan fleksibel kerana kanak-kanak yang terlalu aktif ini mereka memerlukan peraturan yang jelas.
Beri penerangan dari mata ke mata tentang peraturan dan minta mereka mengulangi kembali apa yang kita katakan untuk memastikan mereka faham. Perlu faham jika anak buat kesalahan kita kena juga menghukum mereka sebagai pengajaran.

2) Rutin yang tetap boleh membantu kanak-kanak, termasuk kanak-kanak hiperaktif. Kebanyakan kanak-kanak cenderung untuk menghadapi kesukaran apabila tidak ada rutin yang tetap dan konsisten. Jika kanak-kanak tahu bahawa waktu tidur adalah pada pukul 9 malam, maka secara semula jadi, itu akan menjadi tabiatnya.
Bagi ibu bapa yang memang doktor sahkan anaknya dalam kategori hiperaktif, pastikan buat sesuatu aktiviti tidak lebih dari 30 minit kerana kanak-kanak hiperaktif sukar untuk fokus untuk jangka masa yang lama.

3) Gunakan masa lapang untuk membawa anak-anak keluar bersiar-siar ke taman permainan, membaca buku bersama-sama, atau sekadar bermain dan bergurau dengan mereka. Detik-detik seperti ini boleh membantu terutamanya untuk menjalin hubungan yang mesra dengan anak-anak dan meningkatkan daya tumpuannya secara berperingkat.

4) Elakkan anak daripada banyak menonton TV, dan jangan biarkan menonton TV pada waktu malam terlalu lama. Bunyi TV yang kuat dan kadang-kadang mengkhayalkan boleh merangsang kanak-kanak hiperaktif. Pilih satu atau dua rancangan yang sesuai untuk mereka tonton. Kanak-kanak hiperaktif lebih mudah belajar dengan melakukan aktiviti bukan dengan duduk menonton. Jadi, sediakan banyak aktiviti yang memerlukan pergerakan untuk mereka.

Oleh itu, ibu bapa harus tahu personaliti anak masing-masing. Kadang-kadang anak ini mereka sebenarnya nak perhatian daripada ibu bapa sahaja. Jika terlalu kerap menjerit, membentak atau memukul secara tak langsung perangai mereka boleh jadi semakin melampau.

Sebaiknya kesabaran yang tinggi sangat penting kerana setiap anak personalitinya berbeza-beza. Pendekatan yang berhemah, penuh kasih sayang boleh membantu anak-anak ini berjaya kelak.

Paling penting usah memberi label yang negatif seperti “buas” kepada mereka.

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0126)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0126)

menurut kadar kesanggupannya. . . . 
(al-Baqarah:233) .



Bahagian bergaris di dalam ayat di atas adalah yang berkenaan. Jika dilihat kepada
lafaznya maka ia merupakan sighah mudhari' yang memberi erti para ibu boleh
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh. Ia hanya satu cerita (khabar).
Tetapi dalam terjemahan yang diberikan di atas sebagai contohnya, sighah mudhari'
yang merupakan khabar (cerita) itu telah dipakai dengan erti insya'. Kerana itulah ia
diterjemahkan dengan para ibu hendaklah menyrsukan anak-anaknya. Perkataan
يرضعن dita'wilkan dengan لِيُرْضِعْن
Di sini juga qaedah ke-61 digunakan.

(2)
وَٱلۡمُطَلَّقَـٰتُ یَتَرَبَّصۡنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلَـٰثَةَ قُرُوۤءٍۚ وَلَا یَحِلُّ لَهُنَّ أَن یَكۡتُمۡنَ مَا خَلَقَ ٱللَّهُ فِیۤ أَرۡحَامِهِنَّ إِن كُنَّ یُؤۡمِنَّ بِٱللَّهِ وَٱلۡیَوۡمِ ٱلۡـَٔاخِرِۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِی ذَٰلِكَ إِنۡ أَرَادُوۤا۟ إِصۡلَـٰحًاۚ وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِی عَلَیۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَیۡهِنَّ دَرَجَةٌۗ وَٱللَّهُ عَزِیزٌ حَكِیمٌ


Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
-Sura Al-Baqarah, Ayah 228

228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru
(suci daripada haidh). . .. 
(a1-Baqarah:228).

Di dalam ayat ini sama seperti ayat yang diberikan sebelum ini, sighah mudhari' yang
memberi erti cerita (khabar) digunakan, tetapi dalam terjemahan yang diberikan
untuknya, sighah mudhari' yang merupakan khabar (cerita) itu telah dipakai dengan
erti insya' "hendaklah menahan diri". Dengan taqdir dan ta'wil لتربصن . Kenapakah
tidak digunakan saja sighah insya' itu? Jawabnya juga sama, qaedah ke-61,
إِيْرَادُ الْإِنْشَاءِ بِصِيْغَةِ الْخَبَرِ أَبْلَغُ مِنْ إِيْرَادِهِ بِصِغَةِ الْإِنْشَاءِ



قاعدة ٦٢   بَعْضُ الْأَسْمَا الْوَارِدَةِ فِي الْقُرْآنِ إِذَا أُفْرِدَ دَلَّ عَلَى الْمَعْنَى الْمُنَاسِبِ لَهُ ، وَإِذَا  قُرِنَ مَعَ غَيْرِهِ دَلَّ عَلَى بَعْضِ الْمَعْنِى  ، وَدَلَّ مَا قُرِنَ مَعَهُ عَلَى بَاقِيْهِ

Kaedah 62
Sesetengah kata nama di dalam al-Qur'an apabila disebut secara berasingan akan memberi erti
yang sesuai dengannya. Apabilaia disertakan dengan kata nama yang lain, ia hanya menunjukkansebahagian daripada ma'nanyasahaja. Ma'nanya yangsebahagian lagi pula diberikan oleh kata nama yang disertakanbersamanya.





126

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0129)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0129)

perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuanyang khusyu', laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan
yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatafinya,laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk
mereka ampunan dan pahala yang besar. (al-Ahzaab: 35).

Di dalam contoh (c) perkataan المؤمنون tersebut secara bersendirian dan berasingan,tidak disebutkan bersamanya perkataan المسلمين sebagaimana dalam contoh (d). Maka
menurut qaedah ke-62, perkataan   المؤمنون di dalam contoh (c) memberi ertinya yang lengkap dan sempuma.Ia merangkumi ma'na المؤمنون dan juga ma'na المسلمين kedua-
kedua sekali. Ma'na iman yang selengkapnya merangkumi تصديق (membenarkan dengan hati), اِنْقِيًاد (menurut perintah dengan melakukan apa yang diperintah), dan إِقْرَار
(mengaku dengan lidah). Sementara Islam pula bererti melaksanakan segala amalan zahir yang dituntut agama.

Oleh kerana perkataan المؤمنونdi dalam contoh (d) disebut bersama المسلمين, maka dalam keadaan itu masing-masing daripada dua perkataan itu memberi erti yang
khusus dengannya sahaja. Ma'na yang khusus dengan iman ialah تصديق (membenarkan dengan hati) semata-mata.

(e) Perkataan  البِرّ dan   التقوى  apabila masing-masing daripadanya digunakan berasingan akan memberi erti yang sama, ertinya ialah menjunjung segala titah perintah Allah
dan menjauhi segala laranganNya, tetapi apabila kedua-duanya digunakan bersama, maka erti yang diberikan oleh kedua-duanya adalah berlainan dan berbeza .
Contoh Perkataan   البِرّ yang digunakan bersendirian, tidak bersama-sama perkataan  التقوى di dalam firman Allah ialah:

لَن تَنَالُوا۟ ٱلْبِرَّ حَتَّىٰ تُنفِقُوا۟ مِمَّا تُحِبُّونَۚ وَمَا تُنفِقُوا۟ مِن شَىْءٍ فَإِنَّ ٱللَّهَ بِهِۦ عَلِيمٌ 

92. Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.
Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Aali 'Imraan:92).

Perkataan البِرّ di dalam ayat ini sama saja ertinya dengan التقوي  kerana ia telah


29

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)notabc6

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)notabc6
sesi 06(11,12,13,14)

Surah hud
Tertib surah 11 
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Surah makkiyah 
Tertib turun ialah yg ke 52
Bilangan paragrafnya ada 8

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24  pendahuluan tuntutan tauhid ibadat (yakni tauhid uluhiyah:tauhid ibadat byk jenis ,ada tauhid uluhiyah dan ada tauhid rububiyah.Ini tauhid ibadah tauhid uluhiyah)
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3 Ayat 50-60 kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123  Penutup, tuntutan tauhid ibadat.  (
Surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadat dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini yang juga merupakan kata kuncinya.Selalunya kata kunci ini ada didepan atau  ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya)

Mesej utama.
Dengan menerima seruan alQuran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada Allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .

110


007.Surah Al Araf 

Tertib Surah ke7 
Bilangan ayat 206
Surah Makkiyah 
Tertib turun 39
Bilangan paragraf ada 8.
Paragraf 1Ayat 1-58 pendahuluan
Paragraf 2 Ayat 59-64 Seruan nabi nuh dan kebinasaan kaum nuh
Paragraf 3 Ayat 65-72 seruan nabi hud dan kebinasaan kaum aad.
Paragraf 4 Ayat 73-79 seruan nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 80-84 seruan nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 85-102 seruan nabi syuib dan kebinasaan kaum syuaib
Paragraf 7 Ayat 103-171kisah nabi musa dan bani israel.
Paragraf 8
Ayat 172-206 Ini penutup.Ini secara kasar dgn pembahagian paragraf.Yaitu orang menegakan syirik itulah akibatnya.



Hud 11:25
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦٓ إِنِّى لَكُمْ نَذِيرٌ مُّبِينٌ 
Dan sungguh, Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata), “Sungguh, aku ini adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu,


Al-A'raf 7:59
لَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِۦ فَقَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ 
Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat (kiamat).


Mesej utama
1.Menyatakan undang2 tuhan dlm membinasakan bangsa2 dan undang2  penukaran bangsa2.
2.Sejarah dakwah 6 orang rasul(n,h,s,l,s,m)
3.Pengajaran drp kehancuran 6 bangsa(atau 6 kaum atau 6 umat)
4.Pembuktian tentang aqidah tauhid dan pembatalan  aqidah syirik.
5.Seruan  supaya beriman  kepada rasul terakhir  Muhamad saw.

110

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(111)
sesi 06(11,12,13,14)

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar belakangnya
Surah Hud diturunkan bersama-sama Surah Yunus di zaman pertengahan bahagian ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Madinah. Zaman terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun ke-11 Kenabian hingga ke tahun 13 Kenabian, bagaimanapun Surah Hud berkemungkinan besar diturunkan pada tahun 12 Kenabian, itulah zaman di mana Rasulullah s.a.w. dituduh dengan pelabagai tuduhan, seruan Baginda dipandang dengan penuh keraguan dan kesangsian, al-Qur'an dikatakan sihir yang nyata.

Ciri-Ciri Khusus Surah
1. Surah Hud merupakan surah yang menyatakan sifat jalal Allah, di dalamnya disebutkan bagaimana Allah memurkai bangsa-bangsa yang derhaka, berdosa dan melampaui batas dan bagaimana Allah membinasakan mereka, surah ini telah membuatkan Rasulullah s.a.w. menjadi tua.
2. Di dalam paragraf pertama dan terakhir surah ini terdapat ayat yang menuntut manusia supaya mentauhidkan ibadat kepada Allah semata-mata (توحيد عبادة)(Ayat 2 dan ayat 123).
3. Surah ini juga menerangkan bagaimana Allah melaksanakan sunnahNya dalam membinasakan
bangsa-bangsa dan sunnahNya dalam menggantikan mereka dengan yang lain, bahawa Allah membinasakan bangsa-bangsa setelah memberikan sedikit masa dan peluang kepada mereka, pada ketika itu Dia menyelamatkan orang yang baik-baik dan untuk memimpin dunia pula dibawakan umat yang lain sebagai gantinya.
4. Dari segi nazm (struktur makronya), Surah Hud menyerupai Surah al-A'raaf, kedua-duanya
mempunyai lapan paragraf, di dalamnya terdapat pendahuluan dan penutup, di antara pendahuluan dan
penutupnya pula terdapat kisah enam kaum yang dibinasakan secara berturut-turut dalam sejarah
kemanusiaan.
5. Apa yang berbeza ialah di dalam surah ini terdapat seruan para nabi kepada umat masing-masing
supaya mereka bertaubat dan beristighfar, supaya mereka terhindar daripada kemurkaan Allah.

Kelebihan Surah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالمُرْ سَلَاتُ وَ عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَ إِذَا الشّمْسُ كُوّرَتْ
Maksudnya:
Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, Surah an-Naba' dan Suah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" 
- Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٣٢97.Ia adalah satu hadits sahih.

Perkaitan Surah Hud Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Bermacam-macam dalil telah diberikan di dalam Surah Yunus sebagai menyempurnakan hujjah

111


Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(112)
sesi 06(11,12,13,14)

kepada orang-orang yang tidak percaya kepada keesaan tuhan (tauhid), kerasulan Muhammad s.a.w. dan juga hari akhirat. Di dalam Surah Hud ini, Allah mengemukakan enam peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, di mana Allah membinasakan orang-orang yang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang beriman sebagai menyempurnakan hujjah dari pihakNya.
2. Hujjah yang lengkap kepada orang-orang yang berada dalam keraguan.
Di dalam Surah Yunus sebelum ini tersebut bahawa al-Qur'an adalah kalam رب العالمين yang suci
daripada segala bentuk keraguan (Ayat: 37). Ketika menyatakan kesalahan orang-orang musyrikin Mekah, dikatakan mereka juga berada dalam keraguan (Ayat: 94). Di dalam ayat 104 surah yang sama
dikemukakan dalil kepada orang-orang yang ragu bahawa Tuhan yang mematikan manusia sahaja yang layak disembah. Di dalam Surah Hud dikemukakan bukti sejarah bahawa kaum Tsamud juga pernah berada dalam keraguan (Ayat: 62). Fir'aun dan pengikut-pengikutnya juga terperangkap dalam penyakit yang sama. (Ayat 110).
3. Cabaran kepada kaum musyrikin Ouraisy kerana menuduh Nabi s.a.w. mengada-adakan al-Qur'an.Di dalam Surah Yunus orang-orang musyrikin dicabar bahawa kalau kamu mengatakan al-Qur'an ini bukan kalam Allah dan ia hanya rekaan Muhammad, maka kamu dicabar supaya membawa hanya satu saja surah seumpamanya sebagai bukti kebenaran kamu (Ayat: 38) dan di dalam Surah Hud ini pula mereka dicabar bahawa jika kamu menuduh Muhammad berdusta kerana mengatakan al-Qur'an itu kalam Allah padahal ia tidak lebih daripada rekaannya semata-mata, maka kamu dicabar supaya membawa 10 surah seumpamanya jika kamu benar dalam da'waanmu itu. (Ayat: 13).
4. Jawapan kepada tuduhan sihir.
Di dalam Surah Yunus dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir kerana Baginda menyampaikan berita gembira dan ancaman menerusi ayat-ayat al-Qur'an (Ayat: 2). Sikap mereka tak ubah seperti sikap Fir'aun dan pembesar-pembesar negaranya yang menuduh mu'jizat yang diberikan kepada Musa a.s. sebagai sihir yang nyata (Ayat: 76).
Di dalam Surah Hud dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh kepercayaan kepada akhirat yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sihir yang nyata, mereka tidak dapat menerima manusia setelah mati akan dibangkitkan kembali. (Ayat:7).
5. Di dalam Surah Yusuf akan datang diberikan berita gembira kepada orang-orang yang bersabar dalam menghadapi kesukaran hidup, bahawa orang-orang yang beriman akan berjaya menghadapi tipu daya pihak yang menipu dan membuat perancangan jahat, orang-orang yang beriman juga akhirnya akan diberikan kekuasaan dan kemenangan.

112

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(113)
sesi 06(11,12,13,14)

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Berkali-kali tauhid ibadat dituntut di dalam Surah Hud. semua para nabi menyeru manusia supaya beribadat hanya kepada Allah.
(a) Rasul terakhir Muhammad s.a.w. dengan jelas berkata bahawa janganlah kamu sembah selain Allah,aku hanya pengancam dan pembawa berita gembira daripada Allah (Ayat: 2).
أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ 
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dari-Nya untukmu.

Perkara ini tersebut di permulaan Surah Hud dan juga di penghujung surah. Dengan perkataan فَاعْبُدْهُ Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mentauhidkan ibadat dan mentauhidkan tawakkal (Ayat:123).
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ
Dan milik Allah meliputi rahasia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. .

(b) Nabi Nuh a.s. juga membawa seruan yang sama, bahawa jangan kamu sembah selain Allah, aku takut kamu ditimpa azab yang pedih jika kamu menyembah selain Allah (Ayat:26).
أَن لَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۖ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ 
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Aku benar-benar khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat pedih.”

(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya dengan seruan yang sama, bahawa janganlah kamu menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Allah. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah). (Ayat 50).
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۖ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ 
Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka, Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. (Selama ini) kamu hanyalah mengada-ada.

(d) Nabi Shaleh a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaum Tsamud, bahawa janganlah kamu
menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang lain yang layak disembah selainNya. (Ayat: 61).
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 

dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Shalih. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. 


(e) Nabi Syu'aib a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaumnya, bahawa jangan kamu sembah
selain Allah, tidak ada siapa pun yang layak disembah selainnya (Ayat 84).
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 

Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syuaib. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. 

2. Surah Hud menyatakan bangsa-bangsa yang bersalah boleh selamat daripada dibinasakan jika mereka beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). Para nabi menceritakan kepada kaum yang berdosa dan derhaka bahawa mereka boleh terhindar daripada azab Allah dan dibinasakan sekiranya mereka bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
(a) Orang-orang kafir Quraisy Mekah diseru supaya beristighfar dan dinyatakan kelebihan dan faedah

113

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(114)
sesi 06(11,12,13,14)

taubat serta istighfar, bahawa mereka akan diberikan peluang untuk menikmati kehidupan hingga ke suatu masa yang ditentukan dan mereka tidak akan dibinasakan. Allah akan memberikan ganjaran sesuai dengan kebaikan yang dibuat oleh setiap orang manusia (Ayat: 3).
وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥۖ
Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan karunia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik. 

(b) Nabi Nuh a.s. juga pernah menyeru kaumnya supaya beristighfar, di dalam doanya Nuh pernah berkata: "Jika engkau tidak mengampuni dan mengasihaniku nescaya aku termasuk di kalangan orang-orang yang rugi". (Ayat: 47).Doa Nabi Adam a.s. juga lebih kurang begitu.

Hud 11:47
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku termasuk orang yang rugi.”



(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya yang durjana, sombong, zalim dan keras kepala supaya beristighfar, Baginda juga menyatakan kelebihan-kelebihan istighfar, bahkan Nabi Hud mengatakan kamu akan dihujani hujan rahmat jika bertaubat dan beristighfar, kamu juga akan diberi kekuatan tambahan daripada sebelumnya jika kamu bertaubat dan beristighfar. Nabi Hud pernah berkata 
(Ayat:52).
وَيَٰقَوْمِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا۟ مُجْرِمِينَ 

Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa.”

(d) Nabi Shaleh a.s. juga menyeru kaumnya yang musyrik iaitu kaum Tsamud supaya beristighfar kepada Allah dengan meninggalkan syirik dan memilih aqidah tauhid yang suci murni. Allah yang Maha dekat (قَرِيْب) lagi Maha menerima taubat (مُجِيْب). Dia mendengar seruan manusia, Dia mendengar doa-doa manusia dan Dia juga boleh memaaf dan mengampunkan manusia yang bersalah. Kata Shaleh (Ayat:61).
 فَٱسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ 
karena itu mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenankan (doa hamba-Nya).”

(e) Nabi Syu'aib a.s. juga menyeru kaumnya penduduk Madyan yang buruk pekerti, banyak melakukan dosa dan jahat supaya beristighfar kepada Allah, mereka selalu menipu dalam jual beli dengan mengurangkan timbangan dan sukatan, selain itu mereka juga mencuri dan merompak serta melakukan kerosakan di muka bumi. Katanya: "Allah Maha penyayang (رَحِيْمِ). Dia juga Maha pengasih (وَدُوْد),Allah s.w.t. menghikayatkan seruan Syu'aib itu di dalam firmanNya (Ayaf 90).
وَٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ 
Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih.”


3. Orang-orang musyrikin Mekah yang ragu terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad diingatkan bahawa umat-umat nabi yang lalu juga telah diseksa dan dihukum Allah kerana keraguan dan kesangsian mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh para nabi.
(a) Kaum Tsamud telah meragui da'wah yang disampaikan oleh Nabi Shaleh(Ayat: 62).

114

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)nota6(115)
sesi 06(11,12,13,14)

Hud 11:62
قَالُوا۟ يَٰصَٰلِحُ قَدْ كُنتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَآۖ أَتَنْهَىٰنَآ أَن نَّعْبُدَ مَا يَعْبُدُ ءَابَآؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِى شَكٍّ مِّمَّا تَدْعُونَآ إِلَيْهِ مُرِيبٍ 

Mereka (kaum Tsamud) berkata, “Wahai Shalih! Sungguh, engkau sebelum ini berada di tengah-tengah kami merupakan orang yang di harapkan, mengapa engkau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami? Sungguh, kami benar-benar dalam keraguan dan kegelisahan terhadap apa (agama) yang engkau serukan kepada kami.”


(b) Kaum Musa telah meragui da'wahnya (Ayat: 110).

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ فَٱخْتُلِفَ فِيهِۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِىَ بَيْنَهُمْۚ وَإِنَّهُمْ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ 

Dan sungguh, Kami telah memberikan Kitab (Taurat) kepada Musa, lalu diperselisihkannya. Dan kalau tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah dilaksanakan hukuman di antara mereka. Sungguh, mereka (orang kafir Mekah) benar-benar dalam kebimbangan dan keraguan terhadapnya (Al-Qur'an).


4. Orang-orang musyrikin menuduh Rasulullah s.a.w. membuat al-Qur'an. Mereka meragui al-Qur'an sebagai kalam Allah lalu mereka dicabar bahawa kalau kamu benar dalam tuduhan mu maka kamu boleh meminta pertolongan dan bantuan sekalian makhluk untuk menciptakan sepuluh surah seperti surah-surah al-Our' an.

(a) (Ayat: 13).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيَٰتٍ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ 

Bahkan mereka mengatakan, “Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Qur'an itu.” Katakanlah, “(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Qur'an) yang dibuat-buat, dan ajaklah siapa saja di antara kamu yang sanggup selain Allah,

 

(b) Allah menceritakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah menuduh nabi Muhammad mereka al-Qur'an dan Baginda disuruh supaya berkata (Ayat: 35).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ إِنِ ٱفْتَرَيْتُهُۥ فَعَلَىَّ إِجْرَامِى وَأَنَا۠ بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُجْرِمُونَ 
Bahkan mereka (orang kafir) berkata, “Dia cuma mengada-ada saja.” Katakanlah (Muhammad), “Jika aku mengada-ada, akulah yang akan memikul dosanya, dan aku bebas dari dosa yang kamu perbuat.”


5. Hak-hak asasi manusia untuk memilih agama diterima di dalam Surah Hud melalui lidah Nabi Nuh.
Allah berfirman: Bukti yang terang dari tuhanku ada padaku, aku mendapat rahmat dan hidayat daripadanya. Tetapi kalau kamu terus mahu menjadi buta maka aku tidak akan memaksakan seruanku kepada kamu dalam keadaan kamu tidak inginkannya" (Ayat: 28).

قَالَ يَٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَىٰنِى رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَٰرِهُونَ 

Dia (Nuh) berkata, ”Wahai kaumku! Apa pendapatmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan aku diberi rahmat dari sisi-Nya, sedangkan (rahmat itu) disamarkan bagimu. Apa kami akan memaksa kamu untuk menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya?


115


Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)notabc6s

Daurah tafsir 2019 sesi 06(11)notabc6s
sesi 06(11,12,13,14)

Surah hud
Tertib surah 11 
Bilangan ayatnya 123
Bilangan rukuk 10
Surah makkiyah 
Tertib turun ialah yg ke 52
Bilangan paragrafnya ada 8

Bilangan paragrafnya ada 8.
Paragraf 1ayat 1-24  pendahuluan tuntutan tauhid ibadat (yakni tauhid uluhiyah:tauhid ibadat byk jenis ,ada tauhid uluhiyah dan ada tauhid rububiyah.Ini tauhid ibadah tauhid uluhiyah)
Paragraf 2Ayat 25-49 kisah dakwah dan  kebinasaan kaum nabi nuh
Paragraf 3 Ayat 50-60 kisah kaum hud dan kebinasaan kaumnya kaum aad
Paragraf 4 Ayat 61-68 kisah dakwah nabi soleh dan kebinasaan kaum tsamud.
Paragraf 5 Ayat 69-83 kisah dakwah nabi lut dan kebinasaan kaum lut.
Paragraf 6 Ayat 84-95 kisah dakwah nabi syuib dan kebinasaan kaumnya
Paragraf 7Ayat 96-99 kisah dakwah nabi musa dan kebinasaan firaun dan keluarganya atau pendokong2nya.
Paragraf 8 Ayat 100-123  Penutup, tuntutan tauhid ibadat.  (
Surah ini yg menuntut supaya kita juga berada diatas tauhid ibadat dan berpegang pada tauhid uluhiyah sebagaimana permulaan surah ini yang juga merupakan kata kuncinya.Selalunya kata kunci ini ada didepan atau  ada dihujung.kalu kita perhati molek2 itulah mesej utamanya)

Mesej utama.
Dengan menerima seruan alQuran, ajaran tauhid dan bertaubat daripada syirik dan dosa2  selain memohon keampunan kepada Allah ,sesuatu kaum diberi peluang tanpa dibinasakan.jika tidak mereka juga akan dibinasakan seperti kaum2 sebelumnya .

Zaman Diturunkan Surah Dan Latar belakangnya.
Surah Hud diturunkan bersama-sama Surah Yunus di zaman pertengahan bahagian ke empat dan terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. di Madinah. Zaman terakhir kehidupan Rasulullah s.a.w. bermula dari tahun ke-11 Kenabian hingga ke tahun 13 Kenabian, bagaimanapun Surah Hud berkemungkinan besar diturunkan pada tahun 12 Kenabian, itulah zaman di mana Rasulullah s.a.w. dituduh dengan pelabagai tuduhan, seruan Baginda dipandang dengan penuh keraguan dan kesangsian, al-Qur'an dikatakan sihir yang nyata.

Ciri-Ciri Khusus Surah.
1. Surah Hud merupakan surah yang menyatakan sifat jalal Allah, di dalamnya disebutkan bagaimana Allah memurkai bangsa-bangsa yang derhaka, berdosa dan melampaui batas dan bagaimana Allah membinasakan mereka, surah ini telah membuatkan Rasulullah s.a.w. menjadi tua.
2. Di dalam paragraf pertama dan terakhir surah ini terdapat ayat yang menuntut manusia supaya mentauhidkan ibadat kepada Allah semata-mata (توحيد عبادة)(Ayat 2 dan ayat 123).
3. Surah ini juga menerangkan bagaimana Allah melaksanakan sunnahNya dalam membinasakan
bangsa-bangsa dan sunnahNya dalam menggantikan mereka dengan yang lain, bahawa Allah membinasakan bangsa-bangsa setelah memberikan sedikit masa dan peluang kepada mereka, pada ketika itu Dia menyelamatkan orang yang baik-baik dan untuk memimpin dunia pula dibawakan umat yang lain sebagai gantinya.
4. Dari segi nazm (struktur makronya), Surah Hud menyerupai Surah al-A'raaf, kedua-duanya
mempunyai lapan paragraf, di dalamnya terdapat pendahuluan dan penutup, di antara pendahuluan dan
penutupnya pula terdapat kisah enam kaum yang dibinasakan secara berturut-turut dalam sejarah
kemanusiaan.
5. Apa yang berbeza ialah di dalam surah ini terdapat seruan para nabi kepada umat masing-masing
supaya mereka bertaubat dan beristighfar, supaya mereka terhindar daripada kemurkaan Allah.

Kelebihan Surah
Rasulullah s.a.w. bersabda:
شَيّبَتْنِي هُودٌ وَالْوَاقِعَةُ وَالمُرْ سَلَاتُ وَ عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ وَ إِذَا الشّمْسُ كُوّرَتْ
Maksudnya:
Surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, Surah an-Naba' dan Suah at-Takwir telah membuatkan aku beruban (menjadi tua)" 
- Jami' At-Tirmizi, Kitab Tafsir, Bab Surah al-Waqi'ah,
Hadits ٣٢97.Ia adalah satu hadits sahih.

Perkaitan Surah Hud Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Bermacam-macam dalil telah diberikan di dalam Surah Yunus sebagai menyempurnakan hujjah kepada orang-orang yang tidak percaya kepada keesaan tuhan (tauhid), kerasulan Muhammad s.a.w. dan juga hari akhirat. Di dalam Surah Hud ini, Allah mengemukakan enam peristiwa yang benar-benar telah berlaku dalam sejarah, di mana Allah membinasakan orang-orang yang kafir dan menyelamatkan orang-orang yang beriman sebagai menyempurnakan hujjah dari pihakNya.
2. Hujjah yang lengkap kepada orang-orang yang berada dalam keraguan.
Di dalam Surah Yunus sebelum ini tersebut bahawa al-Qur'an adalah kalam رب العالمين yang suci
daripada segala bentuk keraguan (Ayat: 37). Ketika menyatakan kesalahan orang-orang musyrikin Mekah, dikatakan mereka juga berada dalam keraguan (Ayat: 94). Di dalam ayat 104 surah yang sama dikemukakan dalil kepada orang-orang yang ragu bahawa Tuhan yang mematikan manusia sahaja yang layak disembah. Di dalam Surah Hud dikemukakan bukti sejarah bahawa kaum Tsamud juga pernah berada dalam keraguan (Ayat: 62). Fir'aun dan pengikut-pengikutnya juga terperangkap dalam penyakit yang sama. (Ayat 110).
3. Cabaran kepada kaum musyrikin Ouraisy kerana menuduh Nabi s.a.w. mengada-adakan al-Qur'an.Di dalam Surah Yunus orang-orang musyrikin dicabar bahawa kalau kamu mengatakan al-Qur'an ini bukan kalam Allah dan ia hanya rekaan Muhammad, maka kamu dicabar supaya membawa hanya satu saja surah seumpamanya sebagai bukti kebenaran kamu (Ayat: 38) dan di dalam Surah Hud ini pula mereka dicabar bahawa jika kamu menuduh Muhammad berdusta kerana mengatakan al-Qur'an itu kalam Allah padahal ia tidak lebih daripada rekaannya semata-mata, maka kamu dicabar supaya membawa 10 surah seumpamanya jika kamu benar dalam da'waanmu itu. (Ayat: 13).
4. Jawapan kepada tuduhan sihir.
Di dalam Surah Yunus dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai tukang sihir kerana Baginda menyampaikan berita gembira dan ancaman menerusi ayat-ayat al-Qur'an (Ayat: 2). Sikap mereka tak ubah seperti sikap Fir'aun dan pembesar-pembesar negaranya yang menuduh mu'jizat yang diberikan kepada Musa a.s. sebagai sihir yang nyata (Ayat: 76).
Di dalam Surah Hud dinyatakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah telah menuduh kepercayaan kepada akhirat yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai sihir yang nyata, mereka tidak dapat menerima manusia setelah mati akan dibangkitkan kembali. (Ayat:7).
5. Di dalam Surah Yusuf akan datang diberikan berita gembira kepada orang-orang yang bersabar dalam menghadapi kesukaran hidup, bahawa orang-orang yang beriman akan berjaya menghadapi tipu daya pihak yang menipu dan membuat perancangan jahat, orang-orang yang beriman juga akhirnya akan diberikan kekuasaan dan kemenangan.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Berkali-kali tauhid ibadat dituntut di dalam Surah Hud. semua para nabi menyeru manusia supaya beribadat hanya kepada Allah.
(a) Rasul terakhir Muhammad s.a.w. dengan jelas berkata bahawa janganlah kamu sembah selain Allah,aku hanya pengancam dan pembawa berita gembira daripada Allah (Ayat: 2).
أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۚ إِنَّنِى لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ 
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku (Muhammad) adalah pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dari-Nya untukmu.

Perkara ini tersebut di permulaan Surah Hud dan juga di penghujung surah. Dengan perkataan فَاعْبُدْهُ Rasulullah s.a.w. diperintah supaya mentauhidkan ibadat dan mentauhidkan tawakkal (Ayat:123).
وَلِلَّهِ غَيْبُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَإِلَيْهِ يُرْجَعُ ٱلْأَمْرُ كُلُّهُۥ فَٱعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِۚ
Dan milik Allah meliputi rahasia langit dan bumi dan kepada-Nya segala urusan dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepada-Nya. .

(b) Nabi Nuh a.s. juga membawa seruan yang sama, bahawa jangan kamu sembah selain Allah, aku takut kamu ditimpa azab yang pedih jika kamu menyembah selain Allah (Ayat:26).
أَن لَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّا ٱللَّهَۖ إِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ أَلِيمٍ 
agar kamu tidak menyembah selain Allah. Aku benar-benar khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat pedih.”

(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya dengan seruan yang sama, bahawa janganlah kamu menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang layak disembah selain Allah. kamu hanyalah orang-orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta (terhadap Allah). (Ayat 50).
وَإِلَىٰ عَادٍ أَخَاهُمْ هُودًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥٓۖ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا مُفْتَرُونَ 
Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) saudara mereka, Hud. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. (Selama ini) kamu hanyalah mengada-ada.

(d) Nabi Shaleh a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaum Tsamud, bahawa janganlah kamu
menyembah selain Allah, tidak ada tuhan yang lain yang layak disembah selainNya. (Ayat: 61).
وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَٰلِحًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 
dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka, Shalih. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. 

(e) Nabi Syu'aib a.s. juga membawa seruan yang sama kepada kaumnya, bahawa jangan kamu sembah
selain Allah, tidak ada siapa pun yang layak disembah selainnya (Ayat 84).
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًاۚ قَالَ يَٰقَوْمِ ٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُۥۖ 
Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syuaib. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. 

2. Surah Hud menyatakan bangsa-bangsa yang bersalah boleh selamat daripada dibinasakan jika mereka beristighfar (memohon keampunan kepada Allah). Para nabi menceritakan kepada kaum yang berdosa dan derhaka bahawa mereka boleh terhindar daripada azab Allah dan dibinasakan sekiranya mereka bertaubat dan beristighfar kepada Allah.
(a) Orang-orang kafir Quraisy Mekah diseru supaya beristighfar dan dinyatakan kelebihan dan faedah taubat serta istighfar, bahawa mereka akan diberikan peluang untuk menikmati kehidupan hingga ke suatu masa yang ditentukan dan mereka tidak akan dibinasakan. Allah akan memberikan ganjaran sesuai dengan kebaikan yang dibuat oleh setiap orang manusia (Ayat: 3).
وَأَنِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُمَتِّعْكُم مَّتَٰعًا حَسَنًا إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَيُؤْتِ كُلَّ ذِى فَضْلٍ فَضْلَهُۥۖ
Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertobat kepada-Nya, niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan. Dan Dia akan memberikan karunia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik. 

(b) Nabi Nuh a.s. juga pernah menyeru kaumnya supaya beristighfar, di dalam doanya Nuh pernah berkata: "Jika engkau tidak mengampuni dan mengasihaniku nescaya aku termasuk di kalangan orang-orang yang rugi". (Ayat: 47).Doa Nabi Adam a.s. juga lebih kurang begitu.

Hud 11:47
قَالَ رَبِّ إِنِّىٓ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْـَٔلَكَ مَا لَيْسَ لِى بِهِۦ عِلْمٌۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِى وَتَرْحَمْنِىٓ أَكُن مِّنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Dia (Nuh) berkata, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu untuk memohon kepada-Mu sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikatnya). Kalau Engkau tidak mengampuniku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku termasuk orang yang rugi.”

(c) Nabi Hud a.s. juga menyeru kaumnya yang durjana, sombong, zalim dan keras kepala supaya beristighfar, Baginda juga menyatakan kelebihan-kelebihan istighfar, bahkan Nabi Hud mengatakan kamu akan dihujani hujan rahmat jika bertaubat dan beristighfar, kamu juga akan diberi kekuatan tambahan daripada sebelumnya jika kamu bertaubat dan beristighfar. Nabi Hud pernah berkata 
(Ayat:52).
وَيَٰقَوْمِ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا وَيَزِدْكُمْ قُوَّةً إِلَىٰ قُوَّتِكُمْ وَلَا تَتَوَلَّوْا۟ مُجْرِمِينَ 

Dan (Hud berkata), “Wahai kaumku! Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras, Dia akan menambahkan kekuatan di atas kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling menjadi orang yang berdosa.”

(d) Nabi Shaleh a.s. juga menyeru kaumnya yang musyrik iaitu kaum Tsamud supaya beristighfar kepada Allah dengan meninggalkan syirik dan memilih aqidah tauhid yang suci murni. Allah yang Maha dekat (قَرِيْب) lagi Maha menerima taubat (مُجِيْب). Dia mendengar seruan manusia, Dia mendengar doa-doa manusia dan Dia juga boleh memaaf dan mengampunkan manusia yang bersalah. Kata Shaleh (Ayat:61).
 فَٱسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى قَرِيبٌ مُّجِيبٌ 
karena itu mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenankan (doa hamba-Nya).”

(e) Nabi Syu'aib a.s. juga menyeru kaumnya penduduk Madyan yang buruk pekerti, banyak melakukan dosa dan jahat supaya beristighfar kepada Allah, mereka selalu menipu dalam jual beli dengan mengurangkan timbangan dan sukatan, selain itu mereka juga mencuri dan merompak serta melakukan kerosakan di muka bumi. Katanya: "Allah Maha penyayang (رَحِيْمِ). Dia juga Maha pengasih (وَدُوْد),Allah s.w.t. menghikayatkan seruan Syu'aib itu di dalam firmanNya (Ayaf 90).
وَٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ ثُمَّ تُوبُوٓا۟ إِلَيْهِۚ إِنَّ رَبِّى رَحِيمٌ وَدُودٌ 
Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertobatlah kepada-Nya. Sungguh, Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih.”


3. Orang-orang musyrikin Mekah yang ragu terhadap apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad diingatkan bahawa umat-umat nabi yang lalu juga telah diseksa dan dihukum Allah kerana keraguan dan kesangsian mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh para nabi.
(a) Kaum Tsamud telah meragui da'wah yang disampaikan oleh Nabi Shaleh(Ayat: 62).

Hud 11:62
قَالُوا۟ يَٰصَٰلِحُ قَدْ كُنتَ فِينَا مَرْجُوًّا قَبْلَ هَٰذَآۖ أَتَنْهَىٰنَآ أَن نَّعْبُدَ مَا يَعْبُدُ ءَابَآؤُنَا وَإِنَّنَا لَفِى شَكٍّ مِّمَّا تَدْعُونَآ إِلَيْهِ مُرِيبٍ 
Mereka (kaum Tsamud) berkata, “Wahai Shalih! Sungguh, engkau sebelum ini berada di tengah-tengah kami merupakan orang yang di harapkan, mengapa engkau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami? Sungguh, kami benar-benar dalam keraguan dan kegelisahan terhadap apa (agama) yang engkau serukan kepada kami.”

(b) Kaum Musa telah meragui da'wahnya (Ayat: 110).
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ فَٱخْتُلِفَ فِيهِۚ وَلَوْلَا كَلِمَةٌ سَبَقَتْ مِن رَّبِّكَ لَقُضِىَ بَيْنَهُمْۚ وَإِنَّهُمْ لَفِى شَكٍّ مِّنْهُ مُرِيبٍ 
Dan sungguh, Kami telah memberikan Kitab (Taurat) kepada Musa, lalu diperselisihkannya. Dan kalau tidak ada ketetapan yang terdahulu dari Tuhanmu, niscaya telah dilaksanakan hukuman di antara mereka. Sungguh, mereka (orang kafir Mekah) benar-benar dalam kebimbangan dan keraguan terhadapnya (Al-Qur'an).

4. Orang-orang musyrikin menuduh Rasulullah s.a.w. membuat al-Qur'an. Mereka meragui al-Qur'an sebagai kalam Allah lalu mereka dicabar bahawa kalau kamu benar dalam tuduhan mu maka kamu boleh meminta pertolongan dan bantuan sekalian makhluk untuk menciptakan sepuluh surah seperti surah-surah al-Our' an.

(a) (Ayat: 13).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِعَشْرِ سُوَرٍ مِّثْلِهِۦ مُفْتَرَيَٰتٍ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ 
Bahkan mereka mengatakan, “Dia (Muhammad) telah membuat-buat Al-Qur'an itu.” Katakanlah, “(Kalau demikian), datangkanlah sepuluh surah semisal dengannya (Al-Qur'an) yang dibuat-buat, dan ajaklah siapa saja di antara kamu yang sanggup selain Allah,

(b) Allah menceritakan bahawa orang-orang musyrikin Mekah menuduh nabi Muhammad mereka al-Qur'an dan Baginda disuruh supaya berkata (Ayat: 35).
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ إِنِ ٱفْتَرَيْتُهُۥ فَعَلَىَّ إِجْرَامِى وَأَنَا۠ بَرِىٓءٌ مِّمَّا تُجْرِمُونَ 
Bahkan mereka (orang kafir) berkata, “Dia cuma mengada-ada saja.” Katakanlah (Muhammad), “Jika aku mengada-ada, akulah yang akan memikul dosanya, dan aku bebas dari dosa yang kamu perbuat.”

5. Hak-hak asasi manusia untuk memilih agama diterima di dalam Surah Hud melalui lidah Nabi Nuh.
Allah berfirman: Bukti yang terang dari tuhanku ada padaku, aku mendapat rahmat dan hidayat daripadanya. Tetapi kalau kamu terus mahu menjadi buta maka aku tidak akan memaksakan seruanku kepada kamu dalam keadaan kamu tidak inginkannya" (Ayat: 28).
قَالَ يَٰقَوْمِ أَرَءَيْتُمْ إِن كُنتُ عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّى وَءَاتَىٰنِى رَحْمَةً مِّنْ عِندِهِۦ فَعُمِّيَتْ عَلَيْكُمْ أَنُلْزِمُكُمُوهَا وَأَنتُمْ لَهَا كَٰرِهُونَ 
Dia (Nuh) berkata, ”Wahai kaumku! Apa pendapatmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku, dan aku diberi rahmat dari sisi-Nya, sedangkan (rahmat itu) disamarkan bagimu. Apa kami akan memaksa kamu untuk menerimanya, padahal kamu tidak menyukainya?


115


Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms024

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms024

Misykatul masabiih 24

 
Pembahagian Kufur (Kekufuran). Lawan iman adalah kufur. Erti dan ta'rif kufur telah pun disebutkan sebelum ini  dengan erti dan tarif imam .Namun begitu para ulama telah membahagian pula kufur itu kepada dua bahagian utama. Pertama: Kufur besar ( الكفر الأكبر) yang menyebabkan seseorang tidak boleh dianggap mu'min dan muslim. Kufur besar ini juga menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam, kekal di dalam neraka dan tidak dapat   syafa'at oleh sesiapa pun. Kufur inilah yang merupakan lawan iman. la boleh berlaku atau terjadi dengan  kerana kepercayaan, perkataan, perbuatan, dan keraguan. Antara kufur yang termasuk dalam bahagian kufur besar ini ialah: (1) كفر الإنكر(Kufur ingkar). laitu mengingkari kebenaran agama Islam dengan hati dan lidah, kedua-duanya sekali. Kekufuran inilah yang tetdapat pada kebanyakan orang-orang kafir.(2) كفر الجحود(Kufur juhud). laitu mengingkari kebenaran agama Islam dengan lidah sahaja. Walaupun hati mengakui dan mengetahui kebenarannya. Seperti kekufuran Iblis yang melanggar perintah Allah supaya bersujud kepada Adam dan kekufuran orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w. (3) كفر العناد(kufur 'inad). laitu mengetahui kebenaran agama Islam dan menerimanya juga di dalam hati, di samping mengakui pula dengan lidah. Tetapi tetap tidak mahu menganut agama Islam. Seperti kekufuran Abu Thalib, bapa saudara Nabi s.a-w. (4) كفر النفاق (kufur nifaq). laitu mengakui kebenaran agama Islam dengan lidah. Tetapi hati tidak (5) كفر الشك (kufur syak). laitu kekufuran kerana masih lagi ada keraguan tentang kebenaran agama Islam.
Kedua: Kufur kecil (الكفر الأصغر). laitu kekufuran yang tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan tidak pula menyebabkannya kekal di dalam neraka. Istilah lain yang sering juga digunakan untuk kufur kecil ini ialah  (الكفر العملى)dan  كفر دون كفر. Kufur kecil ini walaupun tidak mengeluarkan seseorang daripada agama Islam kerana tidak merobohkan asas keimanan itu sendiri, namun ia boleh menjejaskan dan melemahkan imannya. Orang yang terlibat dengan kufur kecil ini dikira terlibat dengan dosa besar dan dimurkai Allah .Dia dikehendaki bertaubat dengan segera. Hakikat kufur kecil itu sebenarnya ialah ma'shiat-ma'shiat atau dosa-dosa besar yang disebut Rasulullah s.a.w. sebagai kekufuran. Atau kerana ia mengandungi bayang-bayang kesyirikan. Antara kufur yang termasuk dalam bahagian kufur kecil ini ialah: (1)  كفر النعمة  والإحسان(kufur ni'mat dan budi). Kufur ni'mat sebenamya adalah lawan kepada syukur. Seseorang yang tidak bersyukur kepada Allah atas ni'mat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, pada hakikatnya adalah seorang yang tidak tahu mengenang budi dan tanpa disedarinya dia sesungguhnya mengingkari dan menafikan ni'mat Allah itu apabila ia mengaitkannya dengan orang lain atau sesuatu yang lain selain Allah. Walaupun jauh di sudut hatinya dia masih beri'tiqad bahawa Allah jugalah yang mengurniakan semua itu kepadanya. Antara contoh kufur ni'mat ialah: (a) Menamakan anak-anak dengan nama yang   bayang-bayang kesyirikan. Seperti Abdul Husain, Abdur Rasul dan lain lain. Bukankah Allah yang mengurniakan anak kepada kita. Kenapa pula kita mengatakan anak itu hamba Husain atau hamba Rasul. Seolah-olahnya Husain dan Rasul pula yang mengurniakan anak itu kepada kita! (b) Beria-ia benar atau bersungguh-bersungguh sangat mengaitkan kesembuhan dengan sesuatu ubat atau rawatan seseorang doktor. Padahal yang menyembuhkan adalah Allah. Ubat dan doktor itu tidak lebih daripada sebab sahaja. Itulah yang dimaksudkan oleh Allah melalui dua firmanNya di bawah ini:An-Nahl 16:83
يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ ٱللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا وَأَكْثَرُهُمُ ٱلْكَٰفِرُونَ 
Bermaksud: Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian tergamak mengingkarinya; kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kufur ingkar. (An-Nahl:83).

An-Nahl 16:112
وَضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلًا قَرْيَةً كَانَتْ ءَامِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ ٱللَّهِ فَأَذَٰقَهَا ٱللَّهُ لِبَاسَ ٱلْجُوعِ وَٱلْخَوْفِ بِمَا كَانُوا۟ يَصْنَعُونَ 
Bermaksud: dan Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezkinya datang kepadanya melimpah ruah dari segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari ni'mat-ni'mat Allah itu, maka Allah merasakan kepada mereka

24


Sabtu, Julai 25, 2020

K88.Anak Akan Cerdik Sendiri. Tak Perlu Kejar Jadi Bijak. Biar Anak Puas Main Dulu.

K88.Anak Akan Cerdik Sendiri. Tak Perlu Kejar Jadi Bijak. Biar Anak Puas Main Dulu.

Pada usia anak 2 tahun ke atas mereka seakan mahu berdikari, seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri. 

Kadang tu bila dihalang boleh mengamuk. Adakah ini perkembangan yang bagus?

Jawapannya ya sebab waktu ini anak sedang meneroka dan belajar sesuatu dari persekitarannya.
Berdasarkan perkongsian Puan Aminah Hussain, ada beberapa peringkat perkembangan yang sepatutnya anak boleh buat pada usia dua tahun.

1.Berlari dan menyepak bola.

Secara fizikalnya anak sepatutnya sudah boleh berlari dan menyepak bola. Sesetengah kanak- kanak juga sudah boleh melompat, membuka seluar atau lampin pakai buang serta mulai meniru setiap perbuatan abang, kakak atau ibu bapanya. Jika diberi mainan anak mungkin akan merosakkannya dan mengoyak buku.

2.Berhati- hati dengan orang luar .
Iman semasa umurnya 2 tahun telah mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Dia menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari Ibu. Namun jika orang yang jarang dilihat berada disampingnya selama 10 hingga 15 minit dia akan mesra dengan orang itu, tapi masih sesekali melihat Ibu atau Abahnya, takut- takut hilang dari pandangan.

3.Mengenal anggota badan.
Anak juga sudah mampu mengenal anggota badan dengan baik. Seperti Iman yang petah bercakap di usianya 2 tahun, mata, telinga, perut, pusat, hidung dan mulut mampu dituturkan dan ditunjuk dengan tepat dan betul. Ajar anak tanpa menggunakan slang pelat dan inshaAllah anak- anak ibu semua akan mampu bercakap dengan baik pada usia 3 tahun.

4.Minat kepada buku.
Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap buku. Apabila diberi pen dan keras mereka mampu melukis bulatan yang kurang cantik. Kanak- kanak di usia 2 tahun juga mampu memahami arahan mudah seperti, “jom kita keluar sayang” atau soalan mudah seperti “nak makan nasi tak?”

5.Menghafal
Anak sudah mampu menghafal dan mengingat. Kemampuan mengingat anak akan meningkat pada usia 8 bulan hingga 3 tahun. Sekitar usia 2 tahun, anak dapat mengingat kembali kejadian-kejadian yang terjadi beberapa bulan sebelumnya. Mereka juga dapat memahami dan mengingat dua arahan ibu atau bapa serentak dan mampu mengulangi lagu atau zikir yang biasa didengarnya semasa hendak tidur.

Begitu banyak perkara yang mampu dibuat ketika anak berusia 2 hingga 3 tahun. Siapa yang menjadi role modelnya? Tidak lain dan tidak bukan ialah ibu dan bapanya sendiri. Jadi kepada ibu bapa, kawal diri anda, jangan mengeluarkan kata- kata atau melakukan perkara- perkara yang tidak sepatutnya. Berilah makanan yang baik- baik pada anak dan ajarlah anak sendiri jika ada masa.

Puan Aminah Husin



K86.Kanak-Kanak Yang Kuat Bermain Sebenarnya Pintar. Jangan Halang Untuk Kebaikan Kesihatan Emosi Mereka.

K86.Kanak-Kanak Yang Kuat Bermain Sebenarnya Pintar. Jangan Halang Untuk Kebaikan Kesihatan Emosi Mereka.

Bermain memang lumrah bagi kanak-kanak. Dengan bermain mereka dapat meneroka perkara baru dan secara tak langsung beberapa ilmu baru akan mereka pelajari. Bermain juga merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak. 

Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas. Fikiran mereka jadi lebih tenang dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak yang menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial & kesihatan emosi mereka.
7 sebab kenapa kanak-kanak perlu bermain:
1.Meningkatkan Kemahiran Berfikir.
2.Meningkatkan Kepekaan Deria.
3.Meningkatkan Kekuatan & Koordinasi Motor.
4.Menyihatkan Badan.
5.Belajar Kemahiran Sosial
6.Membentuk & Mengawal Emosi.
7.Belajar Gunakan Bahasa & Komunikasi

Aishah Kasim
Pakar pertuturan bahasa.

K39.Cara Didik Anak Umur 2 Tahun Yang Patut Ibu Ayah Buat. Ia Berbeza Dengan Anak Umur Setahun!

K39.Cara Didik Anak Umur 2 Tahun Yang Patut Ibu Ayah Buat. Ia Berbeza Dengan Anak Umur Setahun!

Cara didik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.

Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sitem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.

Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.

Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.

Perhatian dari ibu bapa pada usia keemasan ini sangat diperlukan kerana anak pada umur 2 tahun ini mempunyai tahap ingin tahu yang sangat tinggi dan dibimbangi jika tidak diberi perhatian boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.

Ini antara tips cara mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.

1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.


Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.

2. Luangkan masa dengan anak

Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.

Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.

3. Dedahkan anak pada aktiviti luar

Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.

Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.

4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan.

Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.

5. Sentiasa jaga keselamatan anak.

Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.

6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.

Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.

Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.

Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik.

K84.Kena Atasi Kalau Anak-Anak Suka Bergaduh, Kalau Tak Sampai Ke Besar Anak Jadi Penting Diri.

K84.Kena Atasi Kalau Anak-Anak Suka Bergaduh, Kalau Tak Sampai Ke Besar Anak Jadi Penting Diri.

“Adik, bak sini. Abang punya tu.” Abang minta dari adik. “Tak boleh. Ni adik punya juga. Wekk.” Adik menjelir lidah.

“Bak la sini. Kalau tak, tumbuk adik.” Abang berang “Tumbukla kalau berani.” Adik mencabar sambil melarikan diri.

Bingitla rumah tu kejap, bila si abang dengan adik bergaduh berebutkan mainan yang sama.

“Makkk..tolong mak. Tengok abang tu. Aaaaaaa.” Akhirnya adik kena pukul dengan abang.


“ Uwaaa…..uwaa…..makkk…makk..sakitt” adik menangis dengan kuat.

Aduh…memang memeningkan kepala bila anak-anak berkelahi. Lagi-lagi bila kena jadi referee. Penat betul! Inilah yang selalu buat kita cepat naik darah dan marah-marah.

Betul tak?

Bila kita nak menyelesaikan masalah, kita kena kaji dari mana masalah tu timbul. Apa puncanya.

Anak-anak berkelahi kerana berbagai sebab, antaranya;

1- Rasa kurang disayangi. Oleh itu mungkin timbul dengki.

2- Sering dibanding-bandingkan dengan seseorang. Oleh itu dia mungkin ‘retaliate’ atau memberontak. Lantaran berkelahi dengan orang yang dibanding tadi.

3- Sering menyaksikan perkelahian. Oleh itu menyangka itulah caranya berinteraksi di dalam keluarga itu.

4- Sekadar mahu mengekpresikan perasaannya.

5- Masih belum bijak bergaul dan masih mementingkan diri sendiri. Skil bertolak-ansur ini hanya wujud setelah anak itu masuk 3 tahun. Kerana terawal itu anak masih dalam fasa ‘individuating’.

Namun, ada anak yang cepat berakhir fasa ini, ada anak yang lambat. Ada anak yang sampai tua pun masih mementingkan diri. Kerana semasa fasa, ‘individuating’ ini tidak dikendalikan dengan bijak oleh ibu bapanya atau yang menjaganya.

Walau apapun sebabnya, persoalannya bagaimana hendak membuat mereka kurang berkelahi.

Kat sini, Ibu nak kongsi 7 tips, camna nak atasi anak-anak yang suka bergaduh ni. Tipsnya adalah :

1- Sering luahkan perasaan kasih anda kepada anak-anak dan biar nampak sama rata.

2- Berhenti membanding-bandingkan mereka.

Setiap anak ada keistimewaannya. Apa yang hendak kita nampakkan ialah keistimewaan mereka. Bila mereka merasakan mereka dikasih, mereka akan kurang melakukan perkara yang menjengkelkan. Namun, dalam bab ini juga ada perkara yang perlu kita timbangkan.

Jangan pula demi untuk menunjuk sayang, kita membenarkan anak-anak memperkudakan kita. Tegas, tetap tegas, kerana tegas adalah sebahagian dari kasih sayang. Tegas bukan garang!

3- Jika boleh elakkan bertengkar suami isteri di hadapan anak-anak. Mereka pasti akan mengikutnya.

4- Jika mereka sekadar mahu didengari dan mahu mengekpresi diri, berilah telinga anda dan dengar luahan hati mereka. Jika mereka merasakan mereka diberi perhatian, maka kuranglah mereka hendak bertekak.

5- Bila mereka baik dan tidak berkelahi, puji mereka dan katakan anda suka perangai mereka yang seperti itu.

6- Bila anak-anak sedang hangat berkelahi, leraikan dan usap kepala mereka sambil membaca ayat Al-Quran atau doa. Ajak mereka berdoa dan jika perlu pisahkan mereka dahulu sehingga tenaga marah itu susut.

7- Semasa mereka tidur, bisikan ke telinga mereka, bahawa mereka suka bermain dan bersama adik-beradik baik-baik. Jangan pula kata, ‘Jangan kelahi selalu’. Kata kuncinya ‘KELAHI’, jadi TUKAR kepada; “ Kamu suka berbaik-baik sesama adik-beradik. Kamu sayang adik-beradik.” Ini adalah memprogram minda di bawah sedar mereka.

Alhamdulillah, selesai 7 tips atasi anak bergaduh. Ini semua adalah hasil dari pengkajian dan pengalaman Ibu selama ni. Semoga ia dapat membantu dan memberi manfaat buat sayang semua.

Salam sayang.
Ibu Rose

Tafsir asas quran nota 4(043).

Tafsir asas quran nota 4(043).

(c) Nama-nama Surah.

Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama Surah.
(i) Sebahagian besar nama-nama Surah adalah tauqifi Bagaimanapun tdk semuanya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w"
(ii) Banyak daripada nama-nama Surah tidak tauqifi. Ia diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.
(iii) Sesetengah Surah mempunyai beberapa nama termasuk yg tauqifi.Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad, Nama keduanya ialah al-Qitaal.

(d) Surah-surah, Juzu'-juzu' dan Ruku'-ruku
(i) Di dalam al-Qur'an ada 114 Surah semuanya. Pembahagian Surah-surah kepada 114
adalah berdasarkan wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi. Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur'an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur"an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu'-.juzu' merupakan usaha sia-sia.Ia cuma untuk memudahkan penghafalan untuk solat tarawih.

(ii) Pembahagian al-Qur'an kepada 30 juzuk bukan tauqifi. Ia adalah hasil ulama yang datang kemudian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saidina Utsman lagi. Ia tidak sedikit pun membantu anda memahami al-Qur'an. Pembahagian al-Qur'an kepada juzu' itu hanyalah pembahagian kuantitatif semata-mata.

(iii) Pembahagian al-Qur'an kepada ruku'-ruku' juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu'-juzu'. merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat,kesesuaian topik juga ada diambil kira.

Di bawah ini dikemukakan carta pembahagian al-Qur'an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada, juzu-juzu'. ruku'-ruku' dan lain-lain.


43

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0128)

Qawaid tafsir 2018 nota 9(0128)

60. Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang
dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) AllahMaha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (atTaubah: 60).

Di dalam contoh (a) perkataan الفقراء tersebut secara bersendirian dan berasingan, tidak disebutkan bersamanya perkataan المساكين sebagaimana dalam contoh (b). Maka
menurut qaedah ke-62 yang sedang dibincangkan sekarang. Perkataan الفقراءdi dalam contoh (a) memberi ertinya yang lengkap dan sempurna. Ia merangkumi ma'na الفقراء dan   المساكين juga kedua-kedua sekali. Ma'na faqir ialah orang yang amat sengsara hidupnya, tidak mempunyai harta dan tenaga untuk memenuhi penghidupannya.Ma'na miskin pula ialah orang yang tidak cukup penghidupannya dan dalam keadaan
kekurangan. Di dalam contoh (b) pula perkataan الفقراء disebutkan bersamanya perkataan  المساكين maka dalam keadaan ini الفقراءmemberi ma'na faqir sahaja dan المساكين
 pula memberi ma'na miskin sahaja.

(c)Ibrahim 14:11
وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ 

Dan hanya kepada Allah sajalah hendaknya orang-orang mu'min bertawakkal(berserah diri). (Ibrahim: 11).


(d)Al-Ahzab 33:35
إِنَّ ٱلْمُسْلِمِينَ وَٱلْمُسْلِمَٰتِ وَٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَٱلْقَٰنِتِينَ وَٱلْقَٰنِتَٰتِ وَٱلصَّٰدِقِينَ وَٱلصَّٰدِقَٰتِ وَٱلصَّٰبِرِينَ وَٱلصَّٰبِرَٰتِ وَٱلْخَٰشِعِينَ وَٱلْخَٰشِعَٰتِ وَٱلْمُتَصَدِّقِينَ وَٱلْمُتَصَدِّقَٰتِ وَٱلصَّٰٓئِمِينَ وَٱلصَّٰٓئِمَٰتِ وَٱلْحَٰفِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَٱلْحَٰفِظَٰتِ وَٱلذَّٰكِرِينَ ٱللَّهَ كَثِيرًا وَٱلذَّٰكِرَٰتِ أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا 
35.Sesungguhnya laki-laki yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan
perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan 

 128

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms023

Mishkat al-masabih kitab iman sesi 4 ms023

Misykatul masobih-kitab iman-sesi 00A
09-Dis-12
_______________________________________________________________________________________________
kubra atau lain-lain yang secara total bercanggah dengan al-Quran dan as-sunnah. Menolak apa yang dibawa Rasullah saw secara terang pula adalah kekufuran dan menerimanya dengan  lidah sahaja atau  mengerjakannya secara lahir sahaja,sedangkan hati tidak menerimanya adalah  nifaq.
(7)Maulana Muhamad Anwar Syah al-Kashmiri berpendapat  الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه بما جاء به بالا عتماد علية صلى الله وسلم Bermaksud :Iman ialahbmembenarkan Nabi saw serta ajaran  yang dibawanya dengan semata-mata bersandar dan percaya kepadanya. Dengan itu orang yang membenarkan  ajaran  yang dibawa oleh  Nabi saw dengan bersandarkan kepada dalil-dalil aqliahnya sendiri masih tidak boleh dikatakan mukmin. Alasan beliau ialah  firman Allah di bawah ini:
An-Nisa' 4:65
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا۟ تَسْلِيمًا 
Bermaksud: Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka (manusia) tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau (pemutus) dalam mana-mana yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan apa telah engkau putuskan itu, dan mereka menerimanya dengan sepenuhnya. (An-Nisaa':65). 


(8) Iman Muhammad bin al-Hasan Bermaksud: dinukilkan Iman ialah berkata
الإيمان هو تصديق النبي صلى الله عليه وسلم بما جاء به التبري عن جميع ما سوى الله

Bermaksud :Iman ialah membenarkan Nabi s.a.w. serta ajaran yang dibawanya di samping berlepas diri daripada segala sesuatu selain Allah. Syeikh Ahmad Sarhindi yang dianggap sebagai mujaddid alaf kedua oleh ulama-ulama di benua kecil India, menyokong pendapat ini dengan mengemukakan firman Allah di bawah ini sebagai sandarannya:
  Al-Mumtahanah 60:4

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِىٓ إِبْرَٰهِيمَ وَٱلَّذِينَ مَعَهُۥٓ إِذْ قَالُوا۟ لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَءَٰٓؤُا۟ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةُ وَٱلْبَغْضَآءُ أَبَدًا حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا۟ بِٱللَّهِ وَحْدَهُۥٓ
 
Bermaksud: Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada. Ibrahim a.s. dan pengikut-pengikutnya, semasa mereka berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah selain Allah; Kami ingkari (kekufuran) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu buat selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah:4).

(9) Syeikh 'Abdul Qadir al-Jilaani, Syah Waliyyulah dan Qadhi Tsana'ullah Paniipati pula berpendapat, iman ada rupa zahir dan hakikat. Rupa zahir iman ialah  تصديق بالجنان(membenarkan dengan hati), إقرار باللسان(mengaku dengan Iidah) dan  عمل بالأركان (melakukan dengan angota badan). Hakikat iman pula ialah keinginan manusia sepenuhnya mengikut kehendak Syari'at (ugama Islam). Sandaran untuk hakikat iman itu dapat dilihat umpamanya di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh 'Amar bin al-Aash ini:
لَا يُوءْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُوْ هَوَاهُ تَبْعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ

 Bermaksud: Tidak beriman seseorang daripada kamu selagi keinginannya tidak mengikut apa (ajaran) yang telah ku bawa. (al-Baghawi di dalam Syarah as-Sunnahnya, di dalam Arba'innya, at-Thabaraani, Ibnu Abi 'Aashim dan lain-lain). 

Firman Allah berikut juga jelas mengisyaratkan kepadanya:

وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ ٱللَّهِۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِى كَثِيرٍ مِّنَ ٱلْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ ٱلْإِيمَٰنَ وَزَيَّنَهُۥ فِى قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ ٱلْكُفْرَ وَٱلْفُسُوقَ وَٱلْعِصْيَانَۚ أُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلرَّٰشِدُونَ 

Bermaksud: dan ketahuilah bahawa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kehendakmu dalam banyak perkara, tentulah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu 'cinta' kepada keimanan dan Dia menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka Itulah orang orang yang mengikuti jalan yang lurus, (Al-Hujuraat:7).

 Dengan rahmat dan inayat Allah semata mata, kita manusia yang lemah ini ditaklifkan (dibebani agama) hanya dengan rupa zahir iman sahaja. Padahal kesempurnaan iman itu tetap juga berada pada hakikatnya.

23