Selasa, Ogos 11, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0033

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0033

قاعدة 33
اَلْأَمْرُ الْمُطْلَقُ يَقْتَضِي الْوُجُوْبَ إِلَّا لِصَارِفِ

Perintah yang mutlaq memberi hukum wajib, kecuali apabila ada dalil yang memalingkannya daripada hukum wajib itu.

Keterangan: Maksud perintah mutlaq ialah perintah tanpa dalil wajib dan dalil tidak wajib. Perintah dalam keadaan mutlaq seperti itu dikira memberi hukum wajib, selagi tidak ada dalil yang memalingkannya kepada ma'na-ma'na yang lain. Dalam keadaan ada petunjuk dan dalil yang menunjukkan sesuatu perintah itu memberi ma'na yang lain selain wajib, maka mestilah ia dipakai dengan ma'na selain wajib. seperti sunat,harus dan lain-lain.Contoh perintah tanpa sebarang dalil yang menunjukkan wajib dan tidak wajibnya ialah firman Allah berikut:
(l)An-Nur 24:56

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 

Bermaksud: Dan dirikanlah sernbahyang, tunaikanlah zakat, dan ta'atlah kepada rasul,supaya kamu diberi rahmat. (an-Nuur:56).

(2)An-Nisa' 4:36

وَٱعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا۟ بِهِۦ شَيْـًٔاۖ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا وَبِذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْيَتَٰمَىٰ وَٱلْمَسَٰكِينِ وَٱلْجَارِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَٱلْجَارِ ٱلْجُنُبِ وَٱلصَّاحِبِ بِٱلْجَنۢبِ وَٱبْنِ ٱلسَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَٰنُكُمْۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ مَن كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا 
Maksudnya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim,orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai grang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.(an-Nisaa':36).

Contoh perintah yang ada petunjuk dan dalil yang memalingkannya daripada memberi erti wajib, sebaliknya ia memberi erti harus semata mata ialah dua firman Allah dibawah inj:
(1)dalil yang rnemalingkannya daripada memberi harus semata-mata ialah dua firman Allah 
Al-Ma'idah 5:2
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ۚ 
Bermaksud:Apabila kamu sudah halal (sudah membuka ihrammu), maka berburulah.
(al-Maa'idah:2).

(2)Al-Jumu'ah 62:10
فَإِذَا قُضِيَتِ ٱلصَّلَوٰةُ فَٱنتَشِرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَٱبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِ ٱللَّهِ وَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Maksudnya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan)supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
(al-Jumu'ah: 10).

Contoh perintah yang ada petunjuk dan dalil yang memalingkannya daripada memberi erti wajib dan ia memberi erti irsyadi sahaja ialah firman Allah di bawah ini:

Al-Baqarah 2:282
وَٱسْتَشْهِدُوا۟ شَهِيدَيْنِ مِن رِّجَالِكُمْۖ فَإِن لَّمْ يَكُونَا رَجُلَيْنِ فَرَجُلٌ وَٱمْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ ٱلشُّهَدَآءِ أَن تَضِلَّ إِحْدَىٰهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَىٰهُمَا ٱلْأُخْرَىٰۚ 

Bermaksud: Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (diantaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang lagi mengingatkannya. (al-Baqarah :282).

Contoh perintah yang ada petunjuk dan dalil yang memalingkannya daripada memberi erti wajib kepada erti ugutan dan ancaman التهديد ialah firman Allah di bawah ini:

Fushshilat 41:40
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِىٓ ءَايَٰتِنَا لَا يَخْفَوْنَ عَلَيْنَآۗ أَفَمَن يُلْقَىٰ فِى ٱلنَّارِ خَيْرٌ أَم مَّن يَأْتِىٓ ءَامِنًا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۚ ٱعْمَلُوا۟ مَا شِئْتُمْۖ إِنَّهُۥ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 


Bermaksud: Sebenarnya orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar mengenai ayat-ayat keterangan Kami, tidak terselindung keadaan mereka dari(pengetahuan) Kami. (Kalau sudah dernikian), maka adakah orang yang dihumbankan ke dalam Neraka lebih baik atau orang yang datang dalam keadaan aman dan selamat pada hari kiamat? (Katakanlah kepada orang-orang yang menyeleweng itu): Buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan(dan akan membalasnya).
(Fusshilat:40).

Dan contoh perintah yang ada petunjuk dan dalil yang memalingkannya daripada memberi erti wajib kepada erti تعجيز(menyatakan kelemahan pihak lawan) ialah firman Allah di bawah ini:
Yunus 10:38
أَمْ يَقُولُونَ ٱفْتَرَىٰهُۖ قُلْ فَأْتُوا۟ بِسُورَةٍ مِّثْلِهِۦ وَٱدْعُوا۟ مَنِ ٱسْتَطَعْتُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ 
Bermaksud: Atau (patutkah) mereka mengatakan "Muhamad mengada-adakannya".Katakanlah: "(Kalau benar yang kamu katakan itu), maka cubalah datangkan sebuah surah seumpamanya dan panggillah siapa-siapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang yang benar".
(Yunus:38).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan