Jumaat, April 16, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(61)nota 16(362)

Daurah tafsir 2019 sesi 22(61)nota 16(362)

Zaman Diturunkan
Surah as-Shaff besar sekali kemungkinannya diturunkan pada tahun ke-3 Hijrah selepas orang-orang Islam mengalami kekalahan sementara dalam peperangan Uhud yang berlaku pada bulan Syawwaal tahun ke-3 Hijrah. Ketika itu orang-orang yang baru memeluk agama Islam dan orang-orang munafiq secara khususnya perlu sekali diberikan pengajaran dan asuhan supaya mereka tetap pendirian dalam jihad, ta'at kepada ketua dan bersepakat serta berdisiplin.

Perkaitan Surah As-Shaff Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
Di dalam Surah a1-Mujaadalah, al-Hasyr dan al-Mumtahanah telahpun disebutkan secara terperinci
aktiviti-aktiviti orang-orang munafiq, di dalam Surah as-Shaff ini pula mereka diseru supaya tidak menjadi jaguh bual, sebaliknya menjadi jaguh dalam perjuangan membela agama Allah dengan penuh keikhlasan, mereka diseru supaya menjadi أَنْصَارُ اللهِ . Selain diberikan berita gembira tentang kemenangan Islam, diceritakan juga tentang beberapa petua dan tips untuk mengalahkan musuh-musuh dari luar.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan إظهار dengan maksud kemenangan agama Islam disebutkan sebanyak 2 kali di dalam surah
ini (Ayat: 9 dan 14).

As-Saf 61:9
هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلْهُدَىٰ وَدِينِ ٱلْحَقِّ لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْمُشْرِكُونَ 
Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.

As-Saf 61:14
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوٓا۟ أَنصَارَ ٱللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّۦنَ مَنْ أَنصَارِىٓ إِلَى ٱللَّهِۖ قَالَ ٱلْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ ٱللَّهِۖ فَـَٔامَنَت طَّآئِفَةٌ مِّنۢ بَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ وَكَفَرَت طَّآئِفَةٌۖ فَأَيَّدْنَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ عَلَىٰ عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا۟ ظَٰهِرِينَ 
Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah,” lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kafir; lalu Kami berikan kekuatan ke-pada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka menjadi orang-orang yang menang.


2. Alif lam yang terdapat pada perkataan الدِّيْن surah ini adalah untuk menyatakan jenis, perkataan دِيْن dalam Bahasa Arab boleh bererti kekuasaan, undang-undang, balasan baik dan balasan buruk dan lain-lain. Perkataan الدِّيْن di sini dipakai dengan erti kekuasaan, ia merangkumi semua jenis kekuasaan.

Firman Allah لِيُظْهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ bererti untuk Allah nyatakan Islam mengatasi semua jenis kekuasaan
yang lain (Ayat 9).

362

Tiada ulasan:

Catat Ulasan