Ayat 106
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
شَهَادَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْت
ُحِينَ الْوَصِيَّةِ
اثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ
أَوْ آخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ
إِنْ أَنْتُمْ ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ
فَأَصَابَتْكُمْ مُصِيبَةُ الْمَوْتِ ۚ
تَحْبِسُونَهُمَا
مِنْ بَعْدِ الصَّلَاةِ
فَيُقْسِمَانِ بِاللَّهِ
إِنِ ارْتَبْتُمْ
لَا نَشْتَرِي بِهِ ثَمَنًا
وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۙ
وَلَا نَكْتُمُ شَهَادَةَ اللَّهِ
إِنَّا إِذًا
لَمِنَ الْآثِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati,
ketika (ia mahu) berwasiat,
hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu,
atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu,
jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut.
Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang,
kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata:
"Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda,
walaupun orang itu dari kaum kerabat,
dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah,
(kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".
👉Ulamak kata ,ini ayat yg paling payah dlm Quran.sebab kena tahu cerita sebenar yg berlakunya dlm ayat ini.
Cerita mengenai 2orang nasora dan 1orang islam ,yg berniaga.
1.Budaili assahmi,ini islam sakit dan mati.
2.Tamindari,ini kemudianya masuk islam
3.Adi bin Badar,sebhg kata nasora tapi ada yg kata masuk Islam.
Jam,brg Perak bertahta emas kepunyaan Budaili yg telah diambil oleh Tamin dan Adi setelah kematiannya.
Budaili juga telah memberi surat yg disembunyi kepada waris yg tidak diketahui oleh Tamin dan Adi.
Bila waris Budaili tidak barang yg dihantar Budaili dan tahu dari surat itu barang itu sepatutnya ada.Ini telah dinafikan oleh Tamin dan yg membawa barang Budaili
Jadi Tamin dan Budaili telah bersumpah kata tiada
Orang dituduh ambil mesti bersumpah.
Tak lama brg itu diketahui telah dilelong sebab Adi dan Tamin jual.
Bila sumpah ke2 dibuat ,Adi dan Tamin kena bayar .
Ada juga yg kata ,Tamin telah menyesal dan mengaku akhirnya.2 cerita boleh jadi belaka.
Cuma brg telah dijumpai,keluarga budaili panggil 2orang saksi salah itu.
Ayat 107
فَإِنْ عُثِرَ عَلَىٰ أَنَّهُمَا اسْتَحَقَّا إِثْمًا
فَآخَرَانِ يَقُومَانِ مَقَامَهُمَا
مِنَ الَّذِينَ اسْتَ.حَقَّ عَلَيْهِمُ الْأَوْلَيَانِ
فَيُقْسِمَانِ بِاللَّه
ِ لَشَهَادَتُنَا أَحَقُّ مِنْ شَهَادَتِهِمَا
وَمَا اعْتَدَيْنَا
إِنَّا إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِينَ
Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu (sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati dalam perkara yang mereka menjadi saksi itu),
maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat,
yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan yang sebenarnya),
kemudian mereka bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata):
"Demi sesungguhnya, persaksian kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta),
dan kami tidak melampaui batas, (kerana jika kami berbuat demikian) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim
👉Dari saksi berubah jadi pendakwa.
Keluarga engkar,tak terima barang itu diambil secara beli.
Dgn ini barang jadi hak orang yg bersumpah,maka perlu dibayar ganti
Ayat 108
ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ
أَنْ يَأْتُوا بِالشَّهَادَةِ عَلَىٰ وَجْهِهَا
أَوْ يَخَافُوا
أَنْ تُرَدَّ أَيْمَانٌ بَعْدَ أَيْمَانِهِمْ ۗ
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاسْمَعُوا ۗ
وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
(Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya,
atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka).
Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya),
dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk(pimpinan) kepada kaum yang fasik.
👉hikmah pertama.Ini cara paling mudah manusia menyempurnakan saksi.
Hikmah kedua,sumpahan pertama akan dibatal setelah sumpahan kedua berlaku atau terima sumpahan itu.maka barang bertukar milik.
Ayat 109
يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ
فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ ۖ
قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا ۖ
إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya:
"Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?
" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu),
kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
👉Suasana akhirat.himpun semua rasul.tanya dgn lembut.apa yg dijwb kepada kamu oleh umat setelah mentablighkan wahyu.yg zahir atau semasa rasul masih hidup ikut rasul yg sebenar atau selepas kematian hanya Allah yg tahu.
Selepas ini tanya umat pula ,ini nak menunjukan Allah maha adil.
Ayat 110
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ
اذْكُرْ نِعْمَتِي عَلَيْك
َ وَعَلَىٰ وَالِدَتِك
َ إِذْ أَيَّدْتُكَ بِرُوحِ الْقُدُس
ِ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِي الْمَهْدِ وَكَهْلًا ۖ
وَإِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
وَالتَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيلَ ۖ
وَإِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّينِ كَهَيْئَةِ الطَّيْرِ بِإِذْنِي
فَتَنْفُخُ فِيهَا فَتَكُونُ طَيْرًا بِإِذْنِي ۖ
وَتُبْرِئُ الْأَكْمَهَ وَالْأَبْرَصَ بِإِذْنِي ۖ
وَإِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتَىٰ بِإِذْنِي ۖ
وَإِذْ كَفَفْتُ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَنْكَ
إِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ
فَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa;
dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca,
dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab(Quran) ,Taurat dan Kitab Injil;
dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu & dgn perintah Ku.
kemudian engkau tiupkan padanya,
lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku;
dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku;
dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu;
dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu,
ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan kitab injil(mukjizat),
lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata"
👉Ayat ini ada hubungan Ayat 116
Nikmat2 yg diberi kepada nabi Isa.
dan 4mukjizat.
Ayat 111
وَإِذْ أَوْحَيْتُ إِلَى الْحَوَارِيِّين
َ أَنْ آمِنُوا بِي وَبِرَسُولِي
قَالُوا آمَنَّا
وَاشْهَدْ بِأَنَّنَا مُسْلِمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman,
dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
👉Wahyu disini bermakna ilham.
seperti Surah nahl dan surah Maryam
Ayat 112
إِذْ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَم
َ هَلْ يَسْتَطِيعُ رَبُّكَ
أَنْ يُنَزِّلَ عَلَيْنَا
مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ ۖ
قَالَ
اتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam!
Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami
satu hidangan dari langit?"
Nabi Isa menjawab:
"Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
👉berlaku mukjizat.
Minta yg tidak patut
Ayat 113
قَالُوا
نُرِيدُ أَنْ نَأْكُلَ مِنْهَا
وَتَطْمَئِنَّ قُلُوبُنَا
وَنَعْلَمَ
أَنْ قَدْ صَدَقْتَنَا
وَنَكُونَ عَلَيْهَا مِنَ الشَّاهِدِينَ
Mereka berkata:
"Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat),
dan supaya tenang tenteram hati kami,
dan juga supaya kami ketahui dengan yakin,
bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami,
dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri"
👉permintaan
Ayat 114
قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا
مَائِدَةً مِنَ السَّمَاء
ِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا
لِأَوَّلِنَا
وَآخِرِنَا
وَآيَةً مِنْكَ ۖ
وَارْزُقْنَا
وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata:
Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit,
untuk menjadi hari raya bagi kami,
iaitu bagi kami yang ada hari ini
dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian,
dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu);
dan kurniakanlah rezeki kepada kami,
kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
👉doa nabi isa
Ayat 115
قَالَ اللَّهُ إِنِّي مُنَزِّلُهَا عَلَيْكُمْ ۖ
فَمَنْ يَكْفُرْ بَعْدُ مِنْكُمْ
فَإِنِّي أُعَذِّبُهُ
عَذَابًا لَا أُعَذِّبُهُ أَحَدًا مِنَ الْعَالَمِينَ
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu,
kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu),
maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
👉Ini Ayat jawapan dari Allah.
Siapa yg kufur,akan diturunkan azab.
Ada yg kata mereka bertukar jadi khinzir.
Ayat 116
وَإِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَم
َ أَأَنْتَ قُلْتَ لِلنَّاسِ
اتَّخِذُونِي وَأُمِّيَ إِلَٰهَيْنِ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ
قَالَ سُبْحَانَكَ مَا يَكُونُ لِي
أَنْ أَقُولَ مَا لَيْسَ لِي بِحَقٍّ ۚ
إِنْ كُنْتُ قُلْتُهُ فَقَدْ عَلِمْتَهُ ۚ
تَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِي
وَلَا أَعْلَمُ مَا فِي نَفْسِكَ ۚ
إِنَّكَ أَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam!
Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? '
" Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).
Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya.
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku,
sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
👉apa yg berlaku kepada nabi Isa sama seperti yg berlaku pada rasul2 yg lain.
Ayat 117
مَا قُلْتُ لَهُم
ْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ
أَنِ اعْبُدُوا اللَّه
َ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۚ
وَكُنْتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا
مَا دُمْتُ فِيهِمْ ۖ
فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي
كُنْتَ أَنْتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ ۚ
وَأَنْتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
"Aku tidak mengatakan kepada mereka
melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya,
iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu '
dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka,
dan Engkau jualah yang menjadi saksi atas tiap-tiap sesuatu.
👉Kholasoh
Ayat 118
إِنْ تُعَذِّبْهُم
ْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ
وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ
فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya)
kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu;
dan jika Engkau mengampunkan mereka,
maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
👉Kenapa Ayat ini tutup dgn الْعَزِيزُ الْحَكِيمُtentang keampunan?kerana dosa syirik tidak akan diampunkan selepas kematian.
Dan jika diampunkan juga atas dasar الْعَزِيزُ الْحَكِيمُmaha perkasa dan bijaksana bukan atas dasar ghafur.
Ayat 119
قَالَ اللَّهُ
هَٰذَا يَوْمُ يَنْفَعُ الصَّادِقِينَ صِدْقُهُمْ ۚ
لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ
ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Allah berfirman:
"Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka;
mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
👉Allah jawab sbg tabsyir.
Ayat 120
لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
وَمَا فِيهِنَّ ۚ
وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi
serta segala yang ada padanya;
dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Kholasoh surah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan