Khamis, Januari 19, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 51 5: 67-105

Bhg ke2 surah,
ummunazzimah
Tugas nabi mentablighkan ilmu.
Bila tiada ilmu yg tidak nabi sampaikan maka bermulalah ilmu sesat.

Ayat 67
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ
بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ ۖ
وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ
فَمَا بَلَّغْتَ رِسَالَتَهُ ۚ
وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ ۗ
إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ

Wahai Rasul Allah!
Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu;
dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya),
maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya;
dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia.
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
👉supaya nabi sampaikan semua ilmu yg diperlukan sampaikan.
Ada ilmu yg wajib disampaikan tapi masyarakat tak boleh terima dan byk masalah.
Jadi ada perkara yg berat yg nak nabi sampaikan.
Ayat ini menunjukan nabi tidak boleh tidak menyampaikan ilmu.
Terus Tabligh بَلِّغْ
Ayat ini ayat yg rumit.
Turun tahun 8@9 hijrah,bukan pada waktu awal .
Sedang nabi dah buat kerja sekian lama.
Jgn sembunyikan.
Nabi sampaikan semua sekali.
Wahyu mesti disampaikan semua sekali.
Ayat Quran yg tidak disampaikan akan ditanya.
Atas Ayat ni nabi suruh sahabat baca,tulis,hafaz,sampaikan Quran.
Sapa yg byk hafaz Quran akan diberi byk harta rampasan.
Tertinggal satu ayat telah melanggar tugas.
Dlm tabligh wahyu jgn bimbang,allah jamin

Ayat 68
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَاب
ِ لَسْتُمْ عَلَىٰ شَيْء
ٍحَتَّىٰ تُقِيمُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنْجِيل
َوَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ مِنْ رَبِّكُمْ ۗ
وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ
مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ
طُغْيَانًا
وَكُفْرًا ۖ
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab!
Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama(ilmu kitab)
sehingga kamu tegakkan (semua ngajar tiada yg sembunyi)ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad)
dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)"
Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu,
akan menambahkan kederhakaan
dan kekufuran kepada kebanyakan mereka.
Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
👉ada 4Masalah tabligh pertama ayat 68 .
Masalah ke2,ayat 72
Masalah ke3 Ayat 73
Masalah ke4ayat 76
Ini masalah berbangkit Ayat tabligh.
Bhs yg digunakan bahasa yg jelas.
Kalu tabligh ala kadar satu kecuaian. 

Ayat 69
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا
وَالَّذِينَ هَادُوا
وَالصَّابِئُون
َ وَالنَّصَارَىٰ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ
وَالْيَوْمِ الْآخِر
ِ وَعَمِلَ صَالِحًا
فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman,
dan orang-orang Yahudi,
dan orang-orang Saabiein,
dan orang-orang Nasrani -
sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w)
dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh,
maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka pula tidak akan berdukacita.
👉persamaan dlm terima atau sampaikan wahyu.

Ayat 70
لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلًا ۖ
كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُول
ٌ بِمَا لَا تَهْوَىٰ أَنْفُسُهُم
ْ فَرِيقًا كَذَّبُوا
وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ

Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil
dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul.
(Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka,
mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu,
dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.
👉zajrun bg golongan Taurat.

Ayat 71
وَحَسِبُوا أَلَّا تَكُونَ فِتْنَةٌ
فَعَمُوا
وَصَمُّوا
ثُمَّ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
ثُمَّ عَمُوا
وَصَمُّوا كَثِيرٌ مِنْهُمْ ۚ
وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana,(sekalipun membunuh dan mendustakan nabi)
lalu mereka membutakan mata
dan memekakkan telinga,
kemudian Allah menerima taubat mereka,
setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. (Walaupun dibukakan pintu taubat
Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan.
👉teguran untuk yahudi

Ayat 72
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ
وَقَالَ الْمَسِيحُ
يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ
رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۖ
إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ
فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
وَمَأْوَاهُ النَّارُ ۖ
وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata:
"Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:
" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah,
Tuhanku dan Tuhan kamu,
Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain,
maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka;
dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
👉masalah ke2
Kekal dlm neraka.

Ayat 73
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ
قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ ۘ
وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۚ
وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan".
Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa.
Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉masalah ke3
Ilah yg ada sifat Tuhan adalah Allah.
Hujung Ayat,takhrif ukhrowi.

Ayat 74
أَفَلَا يَتُوبُونَ إِلَى اللَّهِ
وَيَسْتَغْفِرُونَهُ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)?
Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉tahgrib kepada taubat.

Ayat 75
مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ
قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ
وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ ۖ
كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ ۗ
انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآيَات
ِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ

Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul
yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar(sangat membenar kebenaran)
mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga).
Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka),
kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
👉Isa bukan Tuhan.
Mereka makan makanan,menafikan ini Tuhan.

Ayat 76
قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا
وَلَا نَفْعًا ۚ
وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah,
yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat?
Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
👉masalah ke4

Ayat 77
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ
لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ غَيْرَ الْحَقِّ
وَلَا تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ
وَأَضَلُّوا كَثِيرًا
وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ

Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab!(hei orang ngaji atau orang yg berilmu)
Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar,(letak nabi Isa sbg Tuhan)
dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini (ulamak terdahulu atau bercanggah dgn kitab asal)dan telah menyesatkan banyak manusia,
dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"
👉zajrun
Ahli kitab=orang yg telah ada ilmu kena betul atau kena tambah
Ulamak dahulu yg sesat قَوْمٍ
Ghulud adalah melampau تَغْلُوا
Dituju kepada ahli ilmu yg sesat.kerana ikut nafsu.
Manusia Angkat sesaorang jadi wali dan Kmdn seru.sedang ini sepatutnya Allah yg angkat dan manusia tidak tahu.
Dituju kepada golongan yg ikut ulamak yg fahaman nya sesat atau ikut hawa nafsu.

Ayat 78
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ
عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ
ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا
وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil)
melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam.
Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka
dan selalu menceroboh.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 79
كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ
لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan.
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
👉mereka saling tidak cegah mungkar pula.
Mungkar jadi berleluasa.
Mungkar jadi besar dan merebak

Ayat 80
تَرَىٰ كَثِيرًا مِنْهُمْ
يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ
لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ
أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ

Engkau melihat banyak dari mereka (ahli kitab yg munafik)
menjadikan orang-orang kafir (musyrik,zahirnya kafir) teman rapat mereka.
Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak)
iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka,
dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka)
👉zajrun kpd munafikin.

Ayat 81
وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّه
ِ وَالنَّبِيِّ
وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ
مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ
وَلَٰكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ

Sekiranya mereka beriman kepada Allah
dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya,
nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat,
akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
👉peluang dr allah

Ayat 82
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا
الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ
وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً
لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ
ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ
قِسِّيسِينَ
وَرُهْبَانًا
وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.
Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani"
yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita
dan ahli-ahli ibadat,
dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
👉taasub kafir syirik sama seperti orang kafir yahudi.
Nasora agak lembut dan sama dgn munafikin dan ada munafikin yg jadi Islam tulen.
Tak mungkin guru nya menyeleweng, Sangka baik pada benda yg tidak patut قِسِّيسِينَdan tidak cenderung kepada dunia dan tidak sombong

Ayat 83
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ
تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْع
ِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ
يَقُولُونَ
رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran),
sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
👉tabsyir kpd orang yg tidak sombong.
Air mata ,kesan dr kefahaman.

Ayat 84
وَمَا لَنَا لَا نُؤْمِنُ بِاللَّهِ
وَمَا جَاءَنَا مِنَ الْحَق
ِّ وَنَطْمَعُ أَنْ يُدْخِلَنَا رَبُّنَا مَعَ الْقَوْمِ الصَّالِحِينَ

"Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah
dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami,
padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh"
👉dok dlm gereja tempat tak betul dan bila ada Islam mereka dapat kebenaran.

Ayat 85
فَأَثَابَهُمُ اللَّهُ بِمَا قَالُوا
جَنَّات
ٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَار
ُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ

Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan,
(iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai;
mereka pula tetap kekal di dalamnya.
Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.
👉dimakbulkan oleh Allah.

Ayat 86
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir
serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
mereka itulah ahli neraka.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 87
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ
وَلَا تَعْتَدُوا ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu);
kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
👉menolak syirik amali.seperti berpantang benda halal.
Perlu dihentikan pantangan yg sebegini.
Boleh berpantang jika ada sebab.
Jgn buat pandai dlm hukum Tuhan.

Ayat 88
وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ
وَاتَّقُوا اللَّه
َ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik,
dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
👉disini adalah hukumnya harus.

Ayat 89
لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ
وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ
بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ
فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِين
َ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ
أَوْ كِسْوَتُهُمْ
أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ
ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ
وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ
كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah),
akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh.
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin
dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu,
atau memberi pakaian untuk mereka,
atau memerdekakan seorang hamba.
Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut),
maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah.
Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.
👉jadi haram dgn sebab sumpah(ini ikhtiar kita sendiri)
Sumpah yg dibenarkan dan disengajakan.

Ayat 90
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِنَّمَا الْخَمْر
ُ وَالْمَيْسِرُ
وَالْأَنْصَابُ
وَالْأَزْلَامُ
رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Bahawa sesungguhnya arak,
dan judi,
dan pemujaan berhala,
dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.
👉jgn halalkan yg haram.
Najis rohani رِجْسٌ

Ayat 91
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَان
ُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَة
َ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ
وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّه
ِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ
فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian
di antara kamu dengan sebab arak dan judi,
dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah
dan daripada mengerjakan sembahyang.
Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
👉Tujuan perbuatan haram.

Ayat 92
وَأَطِيعُوا اللَّهَ
وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ
وَاحْذَرُوا ۚ
فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ
فَاعْلَمُوا
أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ

Dan taatlah kamu kepada Allah
serta taatlah kepada Rasul Allah,
dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya).
Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu),
maka ketahuilah,
bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
👉

Ayat 93
لَيْسَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
ِ جُنَاحٌ فِيمَا طَعِمُوا
إِذَا مَا اتَّقَوْا
وَآمَنُوا
وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
ِ ثُمَّ اتَّقَوْا وَآمَنُوا
ثُمَّ اتَّقَوْا وَأَحْسَنُوا ۗ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman
serta mengerjakan amal yang soleh .
pada apa yang telah mereka makan dahulu,
apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh,
kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
👉sebelum tahu tak mengapa dan bila tahu kena taubat
Sifat baik,ihsan

Ayat 94
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللَّهُ بِشَيْءٍ مِنَ الصَّيْدِ تَنَالُهُ أَيْدِيكُم
ْ وَرِمَاحُكُمْ لِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَخَافُهُ بِالْغَيْبِ ۚ
فَمَنِ اعْتَدَىٰ بَعْدَ ذَٰلِك
َ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu
dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya semasa ia tidak dilihat orang.
Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian
maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.
👉pantang larang semasa ihram.

Ayat 95
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۚ
وَمَنْ قَتَلَهُ مِنْكُمْ مُتَعَمِّدًا
فَجَزَاءٌ مِثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ هَدْيًا بَالِغَ الْكَعْبَة
ِ أَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسَاكِينَ أَوْ عَدْلُ ذَٰلِكَ صِيَامًا لِيَذُوقَ وَبَالَ أَمْرِهِ ۗ عَفَا اللَّهُ عَمَّا سَلَفَ ۚ
وَمَنْ عَادَ فَيَنْتَقِمُ اللَّهُ مِنْهُ ۗ
وَاللَّهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram.
Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja,
maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu,
sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih
dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci),
atau bayaran kaffarah,
iaitu memberi makan orang-orang miskin,
atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin;
supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya.
Allah maafkan apa yang telah lalu;
dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya;
dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
👉dijelaskan lagi larangan.

Ayat 96
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ
وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ ۖ
وَحُرِّمَ عَلَيْكُمْ صَيْدُ الْبَرِّ مَا دُمْتُمْ حُرُمًا ۗ
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut,
dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya)
dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran;
tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram.
Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
👉binatang laut tiada masalah.

Ayat 97
جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَام
َ قِيَامًا لِلنَّاسِ
وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ
وَالْهَدْيَ
وَالْقَلَائِدَ ۚ
ذَٰلِكَ لِتَعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ
وَمَا فِي الْأَرْضِ
وَأَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu,
sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup),
demikian juga bulan-bulan yang mulia,
dan binatang-binatang korban,
dan kalong-kalong binatang korban itu.
Yang demikian itu, supaya kamu ketahui
bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit
dan apa yang ada di bumi,
dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉kubur tak boleh jadi tempat ibadah.

Ayat 98
اعْلَمُوا
أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَاب
ِ وَأَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Ketahuilah oleh kamu,
bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka),
dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya).
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 99
مَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ ۗ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا تَكْتُمُونَ

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja;
dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
👉tugas rasul dan umat dia.

Ayat 100
قُلْ لَا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّب
ُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ ۚ
فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.
Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
👉apa2 yg lahir dr nafsu
Apa2 yg lahir dr wahyu.

Ayat 101
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ
إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
وَإِنْ تَسْأَلُوا عَنْهَا حِينَ
يُنَزَّلُ الْقُرْآنُ تُبْدَ لَكُمْ عَفَا اللَّهُ عَنْهَا ۗ
وَاللَّهُ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu,
dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran,
tentulah akan diterangkan kepada kamu.
Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran);
kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
👉Yg jelas sebar.tak jelas kena tanya.jgn tanya yg tak berfaedah dan tak penting.
Umat boleh belajar cara dari kehidupan para sahabat.
Contohnya rejam.

Ayat 102
قَدْ سَأَلَهَا قَوْمٌ مِنْ قَبْلِكُم
ْ ثُمَّ أَصْبَحُوا بِهَا كَافِرِينَ

Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu,
kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya).
👉tanya soalan yg tidak baik.

Ayat 103
مَا جَعَلَ اللَّهُ مِنْ بَحِيرَةٍ
وَلَا سَائِبَةٍ
وَلَا وَصِيلَةٍ
وَلَا حَامٍ ۙ
وَلَٰكِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۖ
وَأَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah,
tidak juga Saa'ibah,
tidak juga Wasilah
dan tidak juga Haam.
Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah;
dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
👉unta بَحِيرَةٍ
Ore kita,aye.untuk dia puja dan seru selain dr allah.

Ayat 104
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ
تَعَالَوْا
إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ
وَإِلَى الرَّسُولِ
قَالُوا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آبَاءَنَا ۚ
أَوَلَوْ كَانَ آبَاؤُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ شَيْئًا
وَلَا يَهْتَدُونَ

Dan apabila dikatakan kepada mereka:
"Marilah
menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran),
dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab:
"Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya".
Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
👉Syikayah,rungutan

Ayat 105
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ ۖ
لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ ۚ
إِلَى اللَّهِ مَرْجِعُكُمْ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah).
Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya).
Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
👉degil tiada ubat.
Jgn ikut menjadi degil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan