Ahad, Disember 20, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 6 ms 125

Mishkat al-masabih kitab iman 6 ms 125

   Kepentingan Tauhid
٢١-وعَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ كُنْتُ رِدْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى حِمَارٍ يُقَالُ لَهُ عُفَيْرٌ قَالَ فَقَالَ يَا مُعَاذُ تَدْرِي مَا حَقُّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ وَمَا حَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ قَالَ قُلْتُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ فَإِنَّ حَقَّ اللَّهِ عَلَى الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا يُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَحَقُّ الْعِبَادِ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يُعَذِّبَ مَنْ لَا يُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفَلَا أُبَشِّرُ النَّاسَ قَالَ لَا تُبَشِّرْهُمْ فَيَتَّكِلُوا

21- Musaaz bin Jabal¹⁷³ meriwayatkan, katanya: "Aku pernah membonceng Rasulullah s.a.w. menaiki seekor keledai.¹⁷⁴ Yang memisahkan daku dengan Baginda s.a.w. hanyalah penyandar

___________________________________________________________

¹⁷¹ dengan mengurniakan kesejahteraan dan harta benda dan tidak bersegera menyiksa mereka. Allah s.w.t. lebih bersabar dalam menghadapi perbuatan menyakiti yang dilakukan terhadapNya berbanding manusia. Tetapi itu tidaklah bererti Dia menunda balasan terhadap mereka kerana terpaksa dan tidak mampu melaksanakannya bahkan kerana limpah kurniaNya semata-mata. Di dalam hadith ini terdapat isyarat bahawa bersabar menanggung gangguan  manusia dan tidak mudah membalas dendam itu adalah satu sifat terpuji. Itulah sebabnya ganjaran bagi setiap amalan manusia ada hadnya tetapi tidak ada had bagi ganjaran sabar. Lihatlah sebagai buktinya firman Allah s.w.t. berikut ini:

Az-Zumar 39:10
قُلْ يَٰعِبَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمْۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌۗ وَأَرْضُ ٱللَّهِ وَٰسِعَةٌۗ إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang berimanl Bertaqwalah kepada Tuhanmu. (Ingatlah) Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di Akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini Luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan (dikurniakan) pahala mereka dengan tidak terkira". (az-Zumar: 10).

¹⁷² Selain Bukhari dan Muslim hadits ini juga turut diriwayatkan oleh Ahmad, al-Humaidi, An-Nasaa'i, al-Bazzaar, Ibnu Hibbaan dan lain-lain.

¹⁷³ Nama dan salasilah nasab beliau sepenuhnya ialah Muaaz bin Jabal bin 'Amar bin Aus bin 'Aa'iz bin 'Adi al-Anshaari al-Khazraji. Kuniah Muaaz ialah Abu 'Abdir Rahman al-Madani. Muaaz bin Jabal memeluk agama Islam ketika berumur lapan belas tahun. Beliau telah ikut serta dalam peperangan Badar dan peperangan-peperangan lain selepasnya. Di kalangan sahabat, Muaz terbilang sebagai salah seorang yang berada di puncak keilmuan tentang hukum-haqam dan alQur'an. Berikut dikemukakan beberapa hadits Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan Muaaz. 
(1) Tirmizi dan lain-lain tokoh hadits meriwayatkan daripada Abi Qilaabah daripada Anas secara marfu' tentang beberapa orang sahabat yang disebutkan keistimewaannya oleh Rasulullah s.a.w. Antara mereka ialah Mu'aaz. Kata Rasulullah s.a.w.: وَأَعْلَمُهُمْ بِالْحَلَالِ وَالْحَرَامِ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ
Bermaksud: "Yang paling alim di antara mereka tentang halal dan haram Muaaz bin Jabal." 
(2) Rasulullah s.a.w. telah menyuruh orang ramai belajar al-Qur'an secara khusus dan mendalam dengan empat orang sahabat. Salah seorang daripada mereka ialah Mu'az.
اسْتَقْرِئُوا الْقُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ وَسَالِمٍ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ وَأُبَيِّ
Bermaksud: Sabda Baginda saw Pelajarilah al-Qur'an secara mendalam dengan 4 empat orang iaitu
Abdillah bin Mas'ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubai bin Ka'ab dan Musaaz bin Jabal. 
(Bukhari,Muslim, Ahmad, Ibnu Hibbaan, Nasaa'i dan lain-Iain).

(3) Muaz bin Jabal disebut Rasulullah s.a.w.


125

Tiada ulasan:

Catat Ulasan