Ahad, Disember 20, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 6 ms 124

Mishkat al-masabih kitab iman 6 ms 124   
                                  
Sifat sabar dan pemaaf Allah taala 
Hadis 20.
عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَحَدٌ أَصْبَرُ عَلَى أَذًى سَمِعَهُ مِنْ اللَّهِ يَدَّعُونَ لَهُ الْوَلَدَ ثُمَّ يُعَافِيهِمْ وَيَرْزُقُهُمْ
dari Abu Musa Al asy'ari berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Tidak ada sesiapa  pun yang lebih bersabar¹⁶⁷ daripada Allah ketika  ucapan yang amat menyakitkannya (nya kembali kepada أَحَدٌ). Manusia mendakwa Dia  mempunyai anak¹⁶⁹  namun  begitu Dia  masih lagi memaafkan mereka¹⁷¹  dan memberi rezeki kepada mereka.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.¹⁷²

___________________________________________________________

raja-raja (sebelumnya) Kesesuaian hadith ini diletakkan di dalam Kitab al-lman ini tentu sekali dapat ditanngapi orang yang memerhatikan ma' nanya.

¹⁶⁶Imam Ahmad dan Abu Daud juga ada meriwayatkan hadits ini.

¹⁶⁷Maksudnya ialah tiada siapapun yang lebih tahap kesabarannya berbanding Allah. Sabar itu bererti menahan diri dari melakukan perkara yang tidak elok dan Allah s.w.t. suci daripada bersifat dengan sifat-sifat makhluk seperti ini. Kerana itu, yang dimaksudkan di sini ialah lazimnya, iaitu Allah tidak bersegera menimpakan balasan terhadap orang-orang yang berbuat kejahatan hingga ke hari akhirat nanti. Hafiz Ibnu Hajar berkata: " أصبر adalah isim tafdhil daripada Sangat Sabar (الصبور)adalah salah satu nama Allah yang indah ( لاأسماء الحسنى). Ertinya ialah Dia tidak cepat membalas perbuatan orang-orang yang berbuat dosa. 
Ma' nanya seakan-akan sama dengan (Penyantun).
Cuma الحليم bermaksud lebih mendalam sifat selamatnya daripada penyiksaan.

¹⁶⁸Perkataan أَذًى adalah isim مصدر bagi آذى يؤذي. la dipakai dengan erti مُؤْدٍ(yang menyakitkan).  Ertinya ia adalah kata sifat basg satu perkataan yang dibuang. Taqdirnya ialah كلام مؤذ  iaitu ucapan yang menyakitkan hati dan tidak elok yang diungkapkan oleh orang-orang kafir. يسمعه menjadi sifat bagi أذى Apabila kata-kata yang menyakitkan sampai ke telinga orang yang dimaksudkan, ia akan memberi kesan yang lebih mendalam kepadanya. Meskipun begitu, ini semua adalah mengambil kira kita sebagai manusia biasa. Adapun Allah, Dia Maha Mengetahui segala kata-kata yang dapat didengar dan yang sebaliknya.

¹⁶⁹ Ini adalah  jumlah isti'naf yang menerangkan maksud أذى Timbul persoalan di sini bahawa bukankah Allah s.w.t. itu Maha Suci daripada terkesan oleh kata-kata yang boleh menyakitkan hati kerana itu adalah satu kekurangan dan Allah itu Maha Suci daripada segala kekurangan? Lalu kenapa pula Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada siapapun yang lebih sabar daripada Allah ketika mendengar ucapan yang amat menyakitkannya?" Jawapannya ialah, yang dimaksudkan dengan kata-kata yang menyakitkan di sini ialah kata-kata yang menyakitkan rasul-rasul dan hamba-hambaNya yang saleh. Mendakwa Allah s.w.t. mempunyai anak itu menyakitkan hati mereka kerana ia bererti menidakkan keyakinan dan menolak seruan mereka bahawa Allah s.w.t. itu tidak berteman dan tidak mempunyai anak. Lalu dikaitkan 'menyakiti' itu kepada Allah untuk menyatakan dahsyatnya keingkaran mereka dan menunjukkan betapa seriusnya kata-kata mereka itu.

¹⁷⁰ dengan menghindarkan perkara-perkara yang tidak elok, bala bencana dan malapetaka daripada mereka.

124

Tiada ulasan:

Catat Ulasan