Isnin, Disember 14, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 36(084-089)

Sahih muslim kitab iman sesi 36(084-089)

Sahih muslim kitab iman sesi 34(084)

باب حُكْمِ إِيْمِانِ مَنْ طَعَنِ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةِ عَلَى الْمَيِّتِ: 

Bab (Status) Hukum Iman, Orang Yang Mencerca Nasab Dan Meratapi Orang Mati.²⁵¹

٥٥-عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ
55- Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua perkara pada manusia (muslim), kedua-duanya dapat menyebabkan mereka menjadi
kafir:²⁵² ( 1) Mencela keturunan²⁵³ dan (2) Meratapi mayat.²⁵⁴
___________________________________________________________
Orang-orang Islam yang sebenar tidak akan saling berbunuhan sesama sendiri. 
(4) Membunuh sesama sendiri itu adalah amalan orang kafir, atau petanda kekafiran seseorang. 
(5) Orang Islam perlu berwaspada dengan golongan- golongan yang menda'wa Islam, tetapi secara terang- terangan membunuh orang Islam yang bukan dari kalangan mereka tanpa sebarang alasan yang yang dibenarkan  Syara. 
(6) Kekufuran adalah suatu yang keji. Kerana itu ia mestilah dijauhi. 
(7)Orang-orang Islam mestilah rnenjauhi perkara keji, terutamanya jika ia membawa kepada kekejian yang lebih teruk.

²⁵¹ Tajuk di atas adalah pilihan al-Itsyubi. Imam Nawawi, Qadhi 'lyaadh dan kebanyakan penyusun matan membuat tajuk untuk hadits seterusnya begini: . '
 باب إطلاق اسم  الكفر على الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ  
(Bab Penggunaan Lafaz 'Kufur' Secara Mutlak Untuk Perbuatan Mencerca Nasab Dan Meratap),

Al-Ubbi membuat tajuk begini:
باب قوله صلى الله عليه وسلم ثنتان في الناس هما بهم كفر
(Bab Sabda Nabi s.a.w: Sifat Manusia Yang Merupakan Kekufuran Pada Mereka). 

As-Sanusi pula membuat tajuk begini'
باب الطعن في الأنساب والنياحة على الميت
(Bab Mencerca Nasab Dan Meratapi Orang Mati).

Al-Qurthubi tidak meletakkan apa-apa tajuk baharu untuk hadits berikutnya.


²⁵² Maksud perkataan'  kufur' atau  'kafir' yang disebutkan di dalam hadits ini sama sahaja dengan maksud 'karfir di dalam hadits 54 sebelum ini. Untuk itu sila lihat nota ²⁴⁶ dan ²⁵⁰

²⁵³ Sama ada keturunan sendiri atau keturunan orang lain. Termasuk dalam perbuatan mencela atau mencerca juga perbuatan mengubah atau menafikannya.


²⁵⁴ Perkataan النياحة itu asalnya bermakna meratap dengan tangisan yang kuat, tapi yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah perbuatan meratap itu sendiri, sama ada ia dilakukan dengan tangisan yang kuat ataupun dengan cara-cara lain, seperli memakai pakaian hitan,
mengibarkan bendera separuh tiang, membuat pengumuman secara besar-besaran, memuji-muji
si mati secara berlebihan dan sebagainya. Perkataan النياحة atau meratap di dalam hadits biasanya dikaitkan dengan kaum wanita, justeru pernah ada suatu ketika Rasulullah s.a.w. membai'ah kaum wanita dengan salah satu tuntutan baginda ialah mereka tidak boleh meratap. Larangan ini
sebenamya tidak khusus untuk kaum wanita sahaja, ia ditujukan kepada mereka secara khusus kerana pada masa itu, merekalah yang paling banyak terlibat dengannya. Antara kesimpulan

84
Sahih muslim kitab iman sesi 36(085)

بَابُ حُكْمِ إِيْمَانِ العَبْدِ الآببِقِ
Bab Hukum Iman Hamba Yang Lari.²⁵⁵
٥٦-عَنْ جَرِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا عَبْدٍ أَبَقَ فَقَدْ بَرِئَتْ مِنْهُ الذِّمَّةُ
56- Jarir r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seorang hamba sahaya lari dari tuannya, terlepaslah jaminan (Allah dan RasulNya) daripadanya.²⁵⁶


___________________________________________________________
yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Nasab atau keturunan manusia adalah suatu
yang amat penting dalam kehidupan mereka. Ia merupakan salah satu ni'mat besar kurniaan Tuhan untuk mereka. Mengingkarinya adalah suatu dosa besar dan boleh memporak-perandakan institusi kekeluargaan. 
(2) Manusia haruslah tahu mengenai asal-usul mereka. 
(3) Bahaya memalsukan ma'lumat penting. 
(4) Manusia tidak boleh dicela dan diejek kerana keturunannya.
(5) Haram meratapi orang mati. Cara yang sebetulnya dalam menghadapi kematian ialah bersabar.


²⁵⁵ Al-Itsyubi membuat tajuk bab seperti di atas. Imam Nawawi, Qadhi  'lyaadh dan kebanyakan
pennyusun matan Shahih Muslim membuat tajuk begini'
باب تسمية  العبد الآبق كافرا
(Bab Mengatakan Hamba Yang Lari Itu Kafir), 

al-Ubbi membuat tajuknya begini: باب إباق العبد
(Bab Hamba Yang Lari), 

as-Sanusi pula membuat tajuk bab ini begini: 
باب العبد الآبق إذا أبق فهو كافر
(Bab Hamba Yang Lari, Bila Dia Lari, Dia Jadi Kafir),

 al-Qurthubi tidak juga membuat sebarang tajuk di sini.


²⁵⁶ Maksud الذمة di sini ialah jaminan Allah dan rasulNya untuk melindungi dan membelanya. Keadaan ini akan berlaku sekiranya hamba itu menganggap perbuatan melarikan diri itu halal.

Sekiranya ia enggan bertaubat walaupun setelah diminta, dia mesti dibunuh keranakemufiadannya. Jika tidak begitu, maka dia hanya terkeluar daripada kehormatannya sebagai
seorang beriman yang mendapat jaminan Allah dan rasulNya. Dia bahkan boleh dihukurn atas perbuatannya melarikan diri itu. Tidak ada sesiapa pun boleh menghalang tuannya daripada menghukumnya jika ia mahu. 

Menurut Ibnu as-Shalah, perkataan  الذمة disini  boleh juga dipakai dengan ma'na kehormatan, ya'ni hamba itu tidak ada lagi kehormatannya. 
Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Seseorang hamba tidak boleh melarikan diri
daripada tuannya. Begitulah  hukumnya, jika tuannya tidak melakukan sebarang kejahatan terhadapnya. Jika si hamba didera oleh tuannya. pihak kerajaan haruslah memerdekakannya dan bekas tuannya itu tidak akan memiliki sebarang hak lagi atas hamba tersebut. Sekiranya dia tetap berkeras untuk mendapatkannya kembali, orans-orang Islam mestilah menghalangnya. 

(2) Kemerdekaan yang diperolehi oleh seorang hamba daripada tuannya dengan cara yang elok akan
membuatkan hubungan bekas hamba dan bekas tuannya itu bertambah rapat. Ikatan walaa' mengeratkan lagi hubungan seorang tuan dengan hambanya. Ia juga termasuk dalam hubungan kekeluargaan yang sah menurut Syara'. 
(3) Sebagaimana seorang manusia itu hanya boleh
diperhambakan melalui cara yang syar'i, kebebasannya juga mestilah hanya mengikut cara yang syar'i. 
(4) Perbuatan seorang hamba melarikan diri daripada tuannya adalah safu dosa besar. 

(5)
85

Sahih muslim kitab iman sesi 36(086)

٥٧-جَرِيرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَبَقَ الْعَبْدُ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ

57- Jarir bin'Abdullah r.a. meriwayatkan, katanya: Nabi s.a.r.v. bersabda: "Apabila seseorang hamba sahaya lari (dari tuannya), maka sembahyangnya²⁵⁷ tidak diterima.²⁵⁸

___________________________________________________________
Hadits-hadits sepert ini tidak seharusnya dijadikan bukti bahawa Islam menyukai dan merestui sistem perhambaan yang berlaku di sepanjang sejarah manusia.

²⁵⁷ Yang dimaksudkan di sini bukanlah sembahyang sahaja, tetapi merangkumi juga puasa dan lain-lain amalan kebajikan. Sembahyang disebutkan secara khusus di sini sebagai kinayah; kerana itulah amalan kebajikan yang paling utama.

²⁵⁸ Al-qurthubi berpendapat, hadits ini boleh dipakai secara zahir jika hamba itu menganggap perbuatannya itu halal; kerana dengan sebab itu dia menjadi kafir dan amalan kebajikan orang kafir memang tidak diterima oleh Tuhan. Jika dia tidak menganggapnya halal, sembahyangnya itu
tidak sah menurut pendapat orang yang mengatakan sembahyang di dalam rumah yang dirampas itu tidak sah. Orang-orang yang mengatakan sembahyang itu sah pula, mereka mengatakan hadits tersebut adalah untuk menyatakan besarnya dosa melarikan diri itu. Dosa yang diperolehinya kerana perbuatan tersebut adalah lebih besar daripada pahala yang diperolehinya daripada
sembahyangnya. Seolah-olahnya dia tidak mendapat pahala langsung, kerana yang paling utama untuknya ketika itu bukanlah ber'ibadat, tetapi kembali semula kepada tuannya. Pahala yang diperolehinya hasil daripada ber'ibadat itu tidak akan cukup untuk melepaskannya daripada hukuman yang bakal ditimpakan Tuhan ke atasnya. Hadits ini sama ma'nanya dengan sebuah hadits lain yang berbunyi: 
أن شارب الخمر لا تُقْبَلْ منه صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ يَوْمًا
Bermaksud: Sesungguhnya orang yang minum arak itu tidak diterima sembahyangnya selama empat puluh hari. (Hadits riwayat Nasaa'i, Daruqutni dan lain-lain). 

Menurut Ibnu as-Shalah pula, sembahyangnya itu tidak
diterima oleh Tuhan kerana ia disertakan dengan ma'shiat, tetapi ia sah sekiranya cukup syarat dan rukun-rukunnya. Tidak ada apa yang bercanggah di dalam hadits ini. Dengan kata lain, sembahyangnya itu tidak perlu diqadha' dan dia juga tidak akan dihukum oleh Tuhan kerana
meninggalkan sembahyang, cuma dia tidak mendapat pahala saja. Sembahyangnya itu hanya sekadar boleh melepaskan kewajipan. Pendapat beliau ini menarik.

 Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Amalan hamba hanya akan diterima, atau diberikan
pahala, atau berfaedah untuknya di akhirat kelak sekiranya hamba tersebut tidak melakukan dosa besar, terutamanya yang bersangkut-paut dengan manusia. 
(2) Seseorang yang telah melakukan dosa besar perlulah bertaubat agar amal 'ibadatnya berfaedah kepadanya. Sekiranya dosa itu berkaitan dengan manusia, dia perlulah menyelesaikannya dengan cara meminta ma'af,membayar ganti rugi, memulihkan keadaan, kembali kepada tuannya (dalam kes hamba yang lari) atau sebagainya yang diperlukan agar amalan kebajikannya diterirna kembali oleh Tuhan. 
(3)Tidak ada faedahnya 'ibadat yang disertakan dengan ma'shiat. 
(a) Tidak ada gunanya sibuk dengan perkara yang sunat, sekiranya perkara yang wajib pun belum terlaksana, begitu juga dengan perkara yang wajib, sekiranya perkara wajib yang lebih utama daripadanya belum terlaksana. 
(5) Soal keutamaan haruslah diberikan perhatian dalam memilih 'ibadat atau perkara-perkara lain yang akan dikerjakan.

86

Sahih muslim kitab iman sesi 36(087)
َ
بَابُ حُكْمِ إِيْمَانِ مَنْ قَالَ مُطِرَنَا يِنُوْءِ كَذَا
Bab Hukum Iman Orang Yang Berkata Kami Mendapat Hujan  Kerana Bintang Sekian.²⁵⁹

٥٨-عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الصُّبْحِ بِالْحُدَيْبِيَةِ فِي إِثْرِ السَّمَاءِ كَانَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ فَقَالَ هَلْ تَدْرُونَ مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ قَالَ أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِي مُؤْمِنٌ بِي وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِي كَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا فَذَلِكَ كَافِرٌ بِي مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ

58- Zaid bin Khalid al-Juliani²⁶⁰ meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. pernah mengimami kami shalat Subuh di Hudaibiyah,²⁶¹ sesudah pada malamnya hujan turun.

___________________________________________________________

²⁵⁹ Al-Itsyubi membuat tajuk seperti ini kerana berpendapat ianya lebih sesuai dengan Kitab al-Iman. Adapun orang lain seperti Imam Nawawi, Qadhi 'Iyaadh dan kebanyakan penyusun matan,mereka membuat tajuk begini; 
باب  بيان كفر مت قال مطرنا بالنوء
(Bab Menerangkan Kekufuran Orang Yang Berkata "Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang"). 

Al-Ubbi telah mernbuat tajuk begini:
باب أحاديث أصبح من عبادي مؤمن بي وكافر
(Bab Hadits-hadits "Ada Hamba-hambaKu Yang Beriman Dan Ada Juga Yang Kafir DenganKu Pada Waktu Pagi").

 As-Sanusi membuat tajuk begini: 

(Bab Orang Yang Berkata "Kami Mendapat Hujan Kerana Bintang-bintang" ltu Kafir). 
باب من قال مطرنا بالأنواء فهو كفر
Al-Qurlhubi pula membuat tajuk begini: 
باب نسبة الاختراع لغير الله سبحانه وتعالى حقيقة الكفر
(Bab Menisbahkan Sifat Pencipta ltu Kepada Selain Allah s.w.t. Adalah Kekufuran Yang Sebenar).

tun Nisball beliau ialah kepada Juhainah bin Zaid bin Laits bin Suud bin Aslam bin Ilhaaf binQudha'ah. Kuniah beliau ialah Abu Talhali al-Madani, ada juga yang mengatakannya Abu 'Abdir Rahman. Beliau adalah seorang Sahabat yang terkenal. Hadits beliau dikategorikan sebagai
"riwayat orang Hijaz". Beliau telah meriwayatkan sebanyak 81 buah hadits, Bukhari & Muslim sama-sama meriwayatkan sebanyak lima buah daripadanya. Imam Muslim bersendirian dalam meriwayatkan sebanyak tiga hadits daripada beliau; iaitu rirvayat beliau daripada: 
(1) Nabi s.a.w.,
(2) Utsman bin 'Affan, 
(3) Abu Talhah al-Anshari. Beliau telah meninggal dunia di Kufah pada penghujung zaman pemerintahan Mu'awiyah. Ada juga yang mengatakan di Madinah, pada tahun
78H ketika berusia 85 tahun.

²⁶¹ Ia adalah satu oasis yang jaraknya beberapa batu daripada Mekah. Boleh disebut sebagai Hudaibiyah  (mengikut loghat orang Yaman) atau Hudaibiyyah  (mengikut loghat orang lraq).Kebanyakan perawi meriwayatkan dengan lafaz "Hudaibiyyah".

87

Sahih muslim kitab iman sesi 36(088)

Setelah selesai shalat,²⁶² Nabi s.a.w. menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda:"Tahukah kanru sekalian, apa yang telah difirmankan Tuhanmu?" Jawab mereka, ''Allah
dan RasulNyalah yang lebih tahu."²⁶³ Sabda Nabi s.a.w.: "Allah berfirman: Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, ada di antaranya mu'min, dan ada pula yang kafir.
Orang yang berkata: "Hari hujan kerana kurnia dan rahmat Allah, dia mu'min (percaya)kepadaKu,²⁶⁴ kafir kepada bintang-bintang. Dan orang yang berkata. ''Hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, dia kafir (tidak percaya) kepadaKu²⁶⁵ dan beriman kepada bintang-bintang."²⁶⁶
___________________________________________________________

²⁶² Zahir hadits ini menunjukkan Nabi s.a.w. tidak terus duduk dengan menghadap ke arah qiblat sesudah memberi salam, sebaliknya Baginda berpusing ke arah kanan atau ke belakang dengan menghadap ke arah para ma'mun. Imam Malik berpendapat, inilah cara yang seeloknya dilakukan
oleh imam masjid sesudah selesai bersembahyang.

²⁶³Jawapan begini diberikan sebagai bersopan dengan Rasulullahh s.a.w. apabila diajukan soalan oleh baginda s.a.w. Mungkin juga ia berma'na, kami boleh mengagak, tetapi hal yang sebenarnya hanyalah diketahui oleh Allah dan RasulNya. Boleh jadi juga ia berma'na, kami langsung tidak tahu. Soalan itu bukan boleh dijawab oleh kami sebagai manusia biasa. Di dalam hadits ini, ia sesuai dipakai sama ada dengan ma'na yang pertama atau kedua.

²⁶⁴ kerana telah mempercayai hujan itu adalah ciptaanKu, bukannya ciptaan bintang-bintang.

²⁶⁵ kerana mengingkari ni'matKu, kurniaanKu dan rahmatKu.

²⁶⁶ kerana mempercayai bintang-bintang boleh melakukan sesuatu dan menurunkan hujan.
Menurut al-Qurthubi, yang dimaksudkan dengan "kafir" di sini ialah kekufuran yang sebenar, kerana ia dibandingkan dengan keimanan yang sebenar. Ia mungkin betul untuk orang yang mempercayai hujan itu adalah perbuatan bintang-bintang dan ciptaannya, bukannya ciptaan Allah
s.w.t. seperti mana yang dipercayai oleh setengah-setengah orang jahil dari kalangan ahli nujum,
naturalis dan orang Arab. Adapun orang yang mempercayai bahawa Allah s.w.t. lah yangmenjadikan hujan dan menciptakannya lalu dia mengatakan "kita mendapat hujan kerana bintang sekian-sekian", dia tidak jadi kafir. Namun dia telah melakukan kesalahan dari dua sudut: 
(1)Kerana telah menyalahi Syara'. Syara' memang telah melarang percakapan seperti itu secara umumnya. 
(2) Kerana telah bercakap seperti orang kafir. Sedangkan kita telah dilarang daripada menyerupai mereka melalui sabda Baginda s.a.w.:
خالفوا المشركين
Bermaksud: Biar berbezalah kamu daripada orang-orang musyrikin. 
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim). .

Rasulullah s.a.w. juga bersabda: خالفوا اليهود
Bermaksud: Biar berbezalah kamu daripada orang-orang Yahudi.(Hadits riwayat Abu Daud).

 Di dalam al-Qur'an juga terdapat larangan sedemikian. Allah s.w.t. berflman: ياأيها الذين أمنوا لا تقولوا راعنا
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu ucapkan "raa'ina". Perkataan ini asalnya digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengejek Nabi Muhamad s.a.w. Di dalam bahasa mereka ia berma'na "bodoh". Bila para sahabat mendengarnya, mereka menyangka ia adalah perkataan yang digunakan untuk memuliakan para Nabi, lalu mereka juga mengucapkannya dengan anggapan ia bermaksud: "perhatikanlah kami". Maka Allah menurunkan fimanNya yang melarang penggunaan perkataan

88

Sahih muslim kitab iman sesi 36(089)
___________________________________________________________
itu. Jika hujan dan lain-lain dikaitkan dengan sesuatu tanda berupa "sunnatullah", tidaklah pula ia terlarang. Rasulullah s.a.w. sendiri pemah bersabda: 
إذ نشات بحرية ثم تشاءمت فتلك عين غديقة
Bermaksud: Bila muncul awan dari sebelah lautan dan ia bertiup ke arah Syam, akan berlakulah hujan lebai selama beberapa hari. (Hadits riwayat Imam Malik).

 Menurut Imam Nawawi pula, para 'ulama' berselisih pendapat tentang maksud ''kufur" di dalam hadits ini dan mereka terbahagi kepada dua golongan: 
(1) Golongan yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan "kufur" di sini ialah kekufuran kepada Allair s.w.t. yang sebenar, yang menafikan iman dan mengeluarkan seseorang itu daripada agama Islam. Mereka mengatakan bahawa ini benar untuk orang yang beri'tiqad bahawa bintang itulah yang menyebabkan turunnya hujan seper-ti
anggapan orang jahiliyyah. Orang yang beri'tiqad seperti ini memang tidak diragui lagi tentang kekufurannya. Inilah pendapat jumhur 'ulama' termasuklah Imam as-Syafi'e dan inilah juga maksud zahir hadits tersebut. Golongan ini juga mengatakan bahawa orang yang mengatakan "kita mendapat hujan kerana bintang sekian-sekian" dengan beri'tiqad bahawa ia datang daripada Allah s.w.t. dengan rahmaNya, bintang itu pula tidak lebih daripada tanda dan alamatnya berdasarkan kebiasaan dan adat; seolah-olahnya dia mengatakan "kami mendapat hujan pada waktu sekian-sekian", maka ucapan dengan kepercayaan seperti ini tidaklah akan menjadikan
seseorang kafir, cuma mereka berselisih pendapat tentang kemakruhannya. Pendapat yang kuat ialah ia makmh tanzihi dan tidak  endatangkan dosa, sebabnya ialah ungkapan itu juga diucapkan oleh orang kafir,jadi ia kelihatan tidak elok jika diucapkan oleh seorang yang beriman, selain itu ia juga adalah syi'ar orang jahiliyyah dan orang yang setaraf dengan mereka. 
(2) Golongan ini menta'wilkan maksud "kufur" yang dinyatakan di dalam hadits tersebut dengan kufur nikmat Allah s.w.t. kerana membataskan perbuatan menurunkan hujan itu kepada bintang sahaja. Ini benar untuk orang yang tidak beri'tiqad bahawa bintang itu boleh melakukan apa-apapun. Ta'wilan ini disokong oleh riwayat terakhir di dalam bab ini yang menyebutkan: 
إصبح من النس شاكر وكافر
 Bermaksud: Ada di kalangan nanusia yang bersyukur dan ada yang kufur), juga riwayat iain yang menyebutkan: 
ما أنعمت على عبادي من نعمة إلا أصبح فريق منهم بها كافرين 
Bermaksud: tidak ada satu pun ni'mat untuk hamba-hambaKu melainkan ada di kalangan mereka yang jadi kafir kerananya.
Di dalam hadits yang lain pula Rasulullahh s.a.w. bersabda begini: 
ما أنزل الله تعالى من السماء من بركة إلا أصبح فريق من الناس بها كافرين
(bermaksud: "Tidak ada satu pun keberkatan yang diturunkan oleh Allah ta'ala dari langit melainkan ada satu golongan manusia yang menjadi kafir kerananya."
Rirvayat-riwayat ini semuanya menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan kufur itu ialah kufur ni'mat. Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1)Seseorang yang beriman haruslah menjaga percakapannya kerana adakalanya ia boleh
merosakkan iman. 
(2) Seorang yang beriman seharusnya beri'tiqad bahawa Allah s.w.t. adalahsatu-satunya penyebab kepada apa saja lang berlaku. 
(3) Percakapan atau perbuatan yang mencerminkan 'aqidah  orang kafir mestilah dielakkan agar ia tidak rnenimbulkan rasa was-was di dalam hati, atau rnendatangkan syak wasangka pada orang ramai.
(4) Orang Islam mesti berhati-hati dengan amalan yang sudah menjadi syi'ar orang kafir dan menjauhinya, walaupun pada dasarnya ia harus. 
(5) Orang Islam yang beriman tidak boleh mengelirukan orang ramai tentang pegangan 'aqidahnya. 
(6) Iman seseorang boleh dinilai melalui percakapannya.

89

Tiada ulasan:

Catat Ulasan