Selasa, Disember 15, 2020

Tafsir asas quran nota 9(189)12

Tafsir asas quran nota 9(189)12

4. Nasakh sebahagian atau juz'i(النسخ الجُني).

Nasakh Secara Terang Atau Shareh
Nasakh bahagian ini bermaksud, syara' menjelaskan dan menyatakan secara terang bahawa syari'at kemudian membatalkan atau menasakhkan syari'at terdahulu.

Contohnya firman Allah:

Al-Anfal 8:65
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِىُّ حَرِّضِ ٱلْمُؤْمِنِينَ عَلَى ٱلْقِتَالِۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُونَ صَٰبِرُونَ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفًا مِّنَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ 
Al-Anfal 8:66
ٱلْـَٰٔنَ خَفَّفَ ٱللَّهُ عَنكُمْ وَعَلِمَ أَنَّ فِيكُمْ ضَعْفًاۚ فَإِن يَكُن مِّنكُم مِّا۟ئَةٌ صَابِرَةٌ يَغْلِبُوا۟ مِا۟ئَتَيْنِۚ وَإِن يَكُن مِّنكُمْ أَلْفٌ يَغْلِبُوٓا۟ أَلْفَيْنِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ 

Bermaksud: Wahai Nabi, kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65) Sekarang Ailah
telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66) (al-Anfaal:65-66).

Dalam ayat 65 Allah mewajibkan orang Islam melawan musuh apabila orang Islam seramai 20 orang dan musuh 200 orang. Iaitu dalam nisbah 1:10. Hukum tersebut kemudiannya dimansukhkan secara terang atau shareh dengan ayat berikutnya, iaitu ayat 66 dalam surah
yang sama, iaitu wajib menghadapi rnusuh apabila mereka berjumlah 100 orang dan musuh 200 orang, nisbah 1:2.

Nasakh Secara Kandungan Atau Dhimni
Ia membawa maksud syara' mensyari'atkan satu hukum yang berlentangan dengan hukum terdahulu, sehingga tidak mungkin disatukan kedua-dua hukum tersebut, melainkan dengan

189

Tiada ulasan:

Catat Ulasan