Sabtu, April 17, 2021

Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(363)

Daurah tafsir 2019 sesi 22(62)nota 16(363)

Surah Al Jum'ah
Tertib surah 62
Bilangan ayatnya 11
Bilangan rukuk 2
Surah Madaniyah
Tertib turunnya yg ke 110
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 ayat 1-3 Tujuan kebangkitan Rasul adalah untuk pembersihan jiwa manusia
Paragraf 2 ayat 4-8 Teguran keras terhadap orang-orang Yahudi dengan ilmu dan keturunan mereka serta tidak takut  mereka kepada pembalasan hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 9-11 Arahan supaya  tidak menjadikan  hari Jumaat  seperti hari sabtu disisi orang-orang Yahudi  dan perimbangan diantara  agama dan dunia.

Mesej utama 
1.Tujuan utama kebangkitan Rasul yg terakhir Muhamad  saw adalah untuk pembersihan jiwa manusia.
2.Keperluan adanya keseimbangan  diantara kehidupan beragama dan dunia.
3.Mengelak diri  daripada sifat sombong dengan keturunan dan ilmu seperti orang2 yahudi.
4.Bersihkanlah jiwa kamu dgn mengamalkan amalan2 kemasyarakatan dlm agama(seperti perhimpunan pada hari Jumaat)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan