Tafsir asas quran nota 9(302)269
daripada hadits-hadits aahaad sahaja. Selain itu ia juga tidak menepati syarat nasakh yang ditentukan oleh pihak yang menerima konsep nasakh sekalipun.
Contoh yang dapat dikemukakan untuk bahagian (iii) pula iaitu ayat yang mansukh tilawah dan hukumnya, kedua-dua sekali ialah seperti tersebut di dalam atsar 'Aaishah berikut, kata beliau:
كان فيما أُنزِل مِن القرآنِ عشرُ رضَعاتٍ معلوماتٍ يُحرِّمْنَ ثمَّ نُسِخْنَ بخَمْسٍ معلوماتٍ فتُوفِّي رسولُ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم وهنَّ ممَّا نقرَأُ مِن القرآنِ
Bermaksud: Antara ayat al-Qur'an yang pernah diturunkan ialaعَشْرُ رَضَعَاتٍ يُحَرِّمْنِ
(sepuluh kali penyusuan yang ma'lum mengharamkan). Kemudian ia dimansukhkan dengan lima kali penyusuan yang ma'lum. Setelah itu Rasulullah s.a.w. wafat, dalam keadaan ia termasuk dalam ayat al-Qur'an yang masih dibaca.
(Hadits riwayat Malik, Muslim, an-Nasaa'i, Ibnu Hibbaan. al-Baihaqi dan lain-lain).
Zahir atsar 'Aaishah ini menunjukkan bahagian ayat yang menyatakan lima kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengannya masih ada di dalam al-Qur'an dan ia masih dibaca sehingga Rasulullah s.a.w wafat. Seolah-olahnya yang dimansukhkan tilawahnya hanyalah bahagian ayat yang menyatakan sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya sahaja, padahal kedua-dua bahagian tersebut dimansukh tilawahnya. Kerana itulah kedua-duanya tidak terdapat di dalam al-Qur'an yang ada hingga ke hari ini.
Ertinya ialah hukum sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya mansukh dengan bahagian ayat yang menyatakan lima kali penyusuan sahaja. Adapun lima kali penyusuan, maka hukumnya tidak dimansukhkan. Meskipun tilawahnya juga di mansukhkan. la menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan penyusunya. Jadi yang diterima sebagai mansukh tilawah dan hukumnya hanyalah sepuluh kali penyusuan menjadikan anak yang disusui, mahram bagi penyusu dan orang-orang tertentu yang ada kaitan dengan pemusunya sahaja.
Demikianlah atsar itu diterima pakai oleh sekian ramai 'ulama'. Sementara segolongan ulamak yang lain pula tidak menerima apa yang disebutkan sebagai ayat al-Qur'an di dalam atsar itu
269
Tiada ulasan:
Catat Ulasan