Ahad, Jun 20, 2021

Tafsir asas quran nota 9(302)328

Tafsir asas quran nota 9(302)328

mengemukakan tafsiran saintilik. Andaikata mereka memang mempunyai tafsiran sainifik, tentulah akan sampai kepada kita tafsiran mereka itu namun jelas sekali ia tidak ada.

(2)Bekas Syerikhul Azhar , Syeikh  Mahmud Syaltut (tn. 1383H/ 196J M)
Dalam muqadimah tafsirnya,  Syeikh Syaltut telah mengencam sekelompok cendekiawan yang menguasai ilmu pengetahuan kontemporari dan teori-teori ilmiah, falsafah, dan sebagainya. kemudian dengan bekal pengetahuan itu mereka menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan kerangka pengetahuan yang ia kuasai itu.

Menurut  Syaltut terdapat dua kelemahan dalam penafsiran ini. Pertama, kerana al-Quran bukanlah kitab suci yang diturunkan untuk memberitahu manusia tentang berbagai disiplin ilmu lengkap berserta teori.teori ilmiahnya, Kedua, penafsiran saintitik seperti ini merupakan penafsiran yang mengabaikan sisi kemukjizatan al-Quran sebagai salah satu nilai paling tinggi. la akan mendorong manusia mentafsirkan alQur'an sesuka hati.

(3) Amin al-KhuIy (m, 1385 H/ 1966M)
Penolakan terhadap mereka yang hendak mengeluarkan al-Quran dari garisnya dalam dialek Arab yang mereka fahami dan dari dimensi yang mereka ketahui dari ilmu pengetahuan. la menolak mereka yang mengira bahawa dalam al-Quran memuat setuua pengetahunn orang-orang terdahulu dan terkemudian. keagamaan dan keduniaan, syariyah dan 'aqliyah.

(4)Dr. Muhammad   adz-Dzahabi (m,1977M)
Adz-Dzahabi menolak tafsiran dengan pendekatan sains, kerana penafsiran semacam itu keluar dari maksud dan menyimpang dari tujuan alQur'an. Al-Quran tidak diturunkan sebagai sumber berbagai ilmu, kedoktoran, astronotni, matematik, kimia, memanggil arwah dan lain-lain. namun sebagai buku petunjuk bagi rnanusia yang mengeluarkannya dari kegelapan menuju alam terang benderang.

Selain yang tersebut di atas. terdapat beberapa lagi nama-nama lain yang termasuk dalam golongan yang menentang dan tidak bersetuju dengan tafsiran saintitik terhadap al-Quran. Mereka ialah 'Abdul 'Azhim az-Zomaani. 'Anishah binti SAbdir Rahinan yang dikenali juga dengan Bintu as-Syathi, Shubhi as-Shaleh. Muhamad Syakir dan lain-lain.

328

Tiada ulasan:

Catat Ulasan