Daurah tafsir 2019 sesi 30(112)nota 16(485-487)s
112.Surah Al ikhlas
Tertib surah 112
Bilangan ayatnya 4
Bilangan rukuk 1
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg 22
Bilangan paragraf 2
Paragraf 1 ayat 1-2 Keterangan tentang dua sifat positif untuk tauhid Zat Allah iaitu أَحَدٌdan الصَّمَدُ
Paragraf 2 ayat 3-4 لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
dan وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ,ketiga-tiga sifat negatif yang terkandung didalamnya tidak ada pada zat Allah swt.
Mesej utama
Keterangan tentang tauhid Zat Allah yg murni dengan menyebut sifat2 yang mengandungi حمد(sifat positif puji disitu) dan تنزيه (membersihkan allah daripada beranak, diperanakan,serupa dengan makhluk).
Zaman Diturunkan
1. Surah al-Ikhlas diturunkan sebaik sahaja da'wah secara terbuka bermula iaitu pada tahun ke-4 Kenabian, daripada tahun itu bermulalah siri kecaman dan tuduhan musuh-musuh Islam terhadap Rasulullah dan para sahabat yang baru memeluk agama Islam. Perkataan أَحَد yang tersebut di dalam surah ini sudah mula bergema pada ketika itu, setelah zaman kezaliman dan kekejaman orang-orang kafir Quraisy terhadap orang-orang Islam bermula, ucapan itulah juga yang bergema di mana-mana.
Apabila Umayyah bin Khalaf, seorang ketua kafir Quraisy menyiksa Bilal dengan membaringkannya diatas padang pasir yang panas setelah diletakkan batu besar di atas dadanya, perkataan أَحَد itulah yang terus kedengaran di bibir Bilal.
2. Daripada perkataan permulaan di dalam surah ini iaitu قُلْ dapat juga dikesan bahawa surah ini diturunkan selepas da'wah secara terbuka bermula.
Kelebihan Surah Al-Ikhlas
1. Surah ini menyamai ⅓ al-Qur'an. Shahih Bukhari, hadits 4,726.
2. Surah al-Ikhlas menyamai ⅓ al-Qur'an, ia hendaklah dibaca sebelum tidur pada waktu malam.
Shahih Muslim, hadits 1,922.
3. Rasulullah s.a.w. selalu membaca Surah al-Ikhlas di dalam rakaat yang ke-2 sembahyang sunat subuh.
Shahih Muslim, hadits 1,723.
4. Cintakan Surah al-Ikhlas membawa seseorang masuk syurga. Sunan Tirmizi, hadits 2,901 bertaraf hasan shahih.
5. Surah ini juga sunat dibaca dalam rakaat terakhir sembahyang witir. Sunan Abi Daud, hadits 1,426
bertaraf shahih.
6. Surah ini juga sunat dibaca dalam rakaat kedua sembahyang sunat selepas thawaf. Sunan Tirmizi,
hadits 869 bertaraf shahih.
7. Sebuah istana di dalam syurga disediakan untuk orang yang membaca 10 kali Surah al-Ikhlas. Musnad Ahmad, hadits 15,648 bertaraf dha'if.
Perkaitan Surah Al-Ikhlas Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Surah-surah sebelum ini menyebutkan sikap orang-orang musyrikin Mekah, khususnya pemimpin-pemimpin mereka apabila berhadapan dengan seruan tauhid oleh Rasulullah s.a.w., di dalam Surah al-Ikhlas ini dinyatakan tentang tauhid zat yang murni.
2. Di dalam surah akan datang pula disebutkan tentang tauhid rububiyyah dan manusia diminta supaya
memohon perlindungan kepada rabb daripada segala macam keburukan dan kejahatan.
Zaman turun.
Masa diisytiharkan agama Islam ini dakwah secara terbuka iaitu tahun ke 4, bila orang Islam mula menghadapi tekanan daripada kafir quraisy.
Bilal bila disiksa dia kata ahad.
Pengistiharan Allah satu sahaja, sedang kafir quraisy percaya malaikat anak tuhan.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
Daripada surah ini, beberapa perkara tentang tauhid zat dapat disimpulkan.
1. Allah adalah أَحَد, Esa, tunggal, unik dan tidak ada bandingan serta taraNya. Dia adalah pencipta yang
tidak ada umpamaNya di kalangan makhluk-makhlukNya.
2. Allah adalah الصَّمِد berti tidak ada sesuatu yang keluar daripadaNya dan tidak ada sesuatu yang lain masuk ke dalamNya. Dia adalah tuan yang sangat mulia kedudukanNya, sekalian makhluk berhajat kepadaNya sedangkan Dia sendiri tidak berhajat kepada apa-apa pun.
3. Allah لَمْ يَلِدْ beranak, ertinya ialah Dia bukan bapa kepada sesiapa pun dan tidak ada apa pun yang keluar daripadaNya, Dia tidak mempunyai anak lelaki atau anak perempuan. Anak-anak adalah sebahagian daripada ibu bapanya, sedangkan Allah tidak mempunyai juzu' dan bahagian.
4. Allah وَلَمْ يُلَدْ tidak diperanakkan, Dia tidak datang daripada mana-mana zat lain, tidak ada bapaNya dan tidak ada juga ibuNya. Dia tidak mendapat apa-apa melalui warisan, dengan kata lain tidak ada silsilah keturunanNya baik dari sebelah bawah atau sebelah atas, tiada sesuatu masuk ke dalamNya dan tiada juga sesuatu keluar daripadaNya. Dia tidak makan dan tidak minum, kemudian akhir sekali
dikatakan...
5. Iaitu وَلَمْ يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدُ tidak ada sesiapa pun sepertiNya, setandingNya, seumpamaNya atatmenyamaiNya,
tidak ada siapa yang setaraf dan sekedudukan denganNya. Sebelumnya telah dinyatakan tuhan tidak
mempunyai silsilah keturunan, baik dari sebelah atas atau sebelah bawah. Melalui ayat terakhir dari
surah ini dinyatakan bahawa tidak ada juga yang sebaya dan setara denganNya, ertinya Allah juga tidak
mempunyai saudara baik lelaki mahupun perempuan dan tidak juga mempunyai isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan