Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0064)
Perkara Ke-Sepuluh:
Perawi-Perawi Tsiqaat Yang Tinggi Kedudukannya Dan Perbezaan Darjat di antara Mereka.
Mula-mula sekali Imam Tirmidzi membicarakan tentang perawi-perawi dha'if. Kemudian tentang perawi-perawi yang dipertikaikan dan sekarang pula tentang perawi-perawi tsiqaat yang tinggi kedudukannya, perawi-perawi yang betul-betul ingat hadits-hadits dan masak dengannya.
Perawi-perawi hebat itu pun tidak sama darjatnya, ada tinggi rendahnya. Mereka semuanya hebat, tetapi sebahagiannya ada yang lebih hebat daripada yang Iain-lain. Penentu kepada perbedaan kedudukan dan darjat mereka adalah dua perkara berikut:
¹⁰⁹ Maksudnya ialah mustahil manusia dapat mengingat semua hadits yang didengarnya daripada nabi s.a.w. tepat dan betul-betul seperti lafaz yang telah disebut oleh Untuk s.a.w. Jika riwayat berdasarkan ma'na tidak dibenarkan, tentulah binasa manusia kerana haditshadits Untuk s.a.w. yang sepatutnya menjadi panduan mereka tidak akan sampai kepada mereka semuanya.
Didalam al-Mu'jam al-Kabir at-Thabaraani terdapat satu
hadits marfu', begini adanya:
حدثنا....بأس
Bermaksud: At-Thabaraani dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ya'qub bin 'Abdillah bin Sulaiman bin Ukaimah al-Laitsi daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: "Pernah kami mengunjungi Nabim s.a.w. Kami katakan kepadanya: "Kami tebus engkau dengan bapa-bapa dan ibu-ibu kami wahai Rasulallah. Sesungguhnya kami mendengar hadits daripadamu, tetapi kami tidak mampu menyampaikannya sebagaimana yang kami dengar. Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila kamu tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal dan kamu menepati ma'nanya, maka tidak mengapa." (At-Thabaraan al- Mu'jamu al-Kabir j.7 m/s 100).
Pernah hadits ini disebutkan di hadapan Hasan al-Bashri, maka beliau berkata: لولا هذا ما حدثنا(jika tidak kerananya, niscaya kami tidak meriwayatkan hadits).
Setelah mengemukakan hadits at-Thabaraani ini al-Haitsami berkata, "Saya tidak melihat orang yang menyebutkan tentang Ya'qub dan juga ayahnya." (al-Haitsami — Majma' Zawa'id j.2 m/s 439-440). Maksud beliau ialah mereka perawi majhul. Ibnu al-Jauzi menyenaraikan hadits ini sebagai hadits maudhu'. Alasan beliau ialah di dalam isnadnya ada seorang perawi bernama al-WaIid bin Salamah, ia dituduh berdusta dan mereka hadits. Selain itu sanadnya juga mudhtharib. Kerana itu, hadits ini paling tinggi pun hanyalah hadits yang sangat dha'if. Ibnu Mandah dan Ibnu Qaani' pula mengemukakannya melalui satu saluran sanad yang lain. Tetapi di dalam sanadnya juga terdapat perawi pendusta dan pereka hadits'. Namanya ialah 'Umar bin Ibrahim al-Hasyimi. Demikian disebutkan oleh Hafiz Ibnu Hajar didalam al- Ishabah j.10 m/s 71-72
64
Tiada ulasan:
Catat Ulasan