Kecacatan('Ilal)hadis sesi 018(0063)
(2)İmam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin, katanya: "Aku mendengar hadits daripada 10 orang (muhadditsin), lafaznya berbeza, tetapi ma'nanya sama.”
(3)İmam Tirmidzi dengan sanadya meriwayatkan daripada İbnu 'Aun, katanya: "İbrahim an-Nakha'i, Hasan al-Bashri dan 'Aamir asy-Sya'bi selalu meriwayatkan hadits berdasarkan ma'nanya. İbnu Sirin dan Rajaa' bin Haiwah pula menyampaikan hadits dengan lafaz asalnya.”
(4)Imam Tirmidzi dengan sanadya meriwayatkan daripada 'Aashim al-Ahwal, katanya: "Aku berkata kepada Abu 'Utsman an-Nahdi, "Engkau meriwayatkan sesuatu hadits kepada kami, lalü kemudiannya engkau meriwayatkannya tidak seperti (lafaz) yang telah engkau riwayatkan kepada kami sebelum itu?” Kata 'Aashim:
"Kamu pakailah yang pertama kali kamu dengar.”
(5)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Hasan al-Bashri, katanya: "Apabila kamu telah menepati ma'na hadits, maka itü sudah pun mencukupi.¹⁰⁷
(6)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Mujahid, katanya: 'Kamu boleh meringkaskan hadits jika kamu mahu, tetapi janganlah kamu menambahnya.¹⁰⁸
(7)Imam Tirmidzi dengan sanadnya meriwayatkan daripada Zaid bin Hubaab daripada seorang lelaki, katanya: "Pernah Sufyan ats-Tsauri keluar kepada kami, lalü beliau berkata: "Jika aku berkata kepadamu bahawa aku meriwayatkan kepadamu segala apa yang aku dengar, maka janganlah kamu percaya (membenarkan daku), ia hanya makna (hadits sahaja).
(8)Imam Tirmidzi dengan sanadya meriwayatkan daripada al-Hasan bin Huraits katanya: "Aku mendengar Wakii' berkata: "Jika riwayat berdasarkan müna tidak dibenarkan, maka binasalah manusia.¹⁰⁹
___________
¹⁰⁷ la bemıaksud bahawa tidak perlulah kamu ingat lafaz hadits, yang pentingnya ialah kamu dapat menyampaikan mas nanya dengan tepat.
¹⁰⁸ Menurut kebanyakan muhadditsin, hadits boleh diringkaskan dengan syarat orang yang hendak meringkaskannya itü adalah orang alim. Kerana orang alim hanya akan membuang mana-mana bahagian yang tidak merosakkan müna hadits. Seolah-olahnya hadits yang dibuang adalah hadits lain dan yang diambil pula adalah hadits lain.
63
Tiada ulasan:
Catat Ulasan