Tafsir asas quran nota 8(123).
pegangan Ahlu as-Sunnah Wa al-Jama'ah. Menurut beliau, inilah ta'rif yang terpilih" Al-Aamidi mengatakan takrif
(i) dan (ii) selepas ini adalah yang paling sahih.
(ii) Muhkam ialah perkataan atau ayat yang terang ma"nanya. Mutasyabih ialah yang tidak terang maknanya.
(iii) Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang terang dan jelas ma"nanya sehingga tidak mungkin dihapuskan dan tidak difahami. Mutasyabih pula ialah sesuatu perkataan atau ayat yang begitu tersembunyi dan rumit maknanya sehingga tidak dapat ditentukan,baik dengan 'aqal mahupun dengan naqal. Allah sahaja yang mengetahui tentangnya, seperti tentang bilakah akan berlaku hari kiamat, bilakah akan keluar Dajjaal dan maksud sebenar huruf-huruf ringkas di permulaan beberapa Surah al-Qur'an. Al-Aalusi mengatakan ini ialah pendapat tokoh-tokoh 'ulama' Hanafiyyah.
(iv) Muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang tidak dapat menerima kecuali satu ma"na atau tafsiran sahaja. Adapun mutasyabih, maka ia adalah sesuatu perkataan atau ayat yang dapat menerima beberapa ma'na dan tafsiran" Pendapat ini dikaitkan dengan Ibnu "Abbaas. Ia dipakai oleh kebanyakan Ushuliyyin. Imam asy-Syafi"e dan Shah Waliyyullah adalah antara tokoh yang menerima pakai ta'rif ini.
(v) Muhkam ialah sesuatu yang dapat difikir dengan 'aqal. Mutasyabih pula ialah sesuatu yang tidak dapat difikir dengan 'aqal, seperti bilangan raka'at sembahyang, kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan bukan di bulan Sya'ban dan lain-lain" Ini ialah pendapat al-Mawardi.
(vi) Ayat-ayat yang berkaitan dengan kewajipan dan tanggungjawab adalah muhkam.
Sementara ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah, perbandingan dan perumpamaan pula adalah mutasyabih.
(vii) Muhkam ialah ayat-ayat yang berkaitan dengan amalan Mutasyabih ialah yang hanya berkaitan dengan keimanan.
(viii) Ayat-ayat Naasikh adalah muhkam. Ayat-ayat mansukh pula adalah mutasyabih.
123
Tiada ulasan:
Catat Ulasan