Tafsir asas quran nota 8(124).
(ix) muhkam ialah sesuatu perkataan atau ayat yang dapat difahami maksudnya sama ada menerusi dalil jali (terang) atau dalil khafi (tidak terang). Mutasyabih pula ialah sesuatu yang tidak ada langsung jalan untuk memahami dan mengetahuinya.
(x) Muhkam ialah sesuatu yang berdiri sendiri dan dapat difahami dengan sendirinya"
Mutasyabih ialah sesuatu yang tidak berdiri sendiri. Untuk memahaminya anda memerlukan kepada sesuatu yang lain.
Perkara-Perkara Yang Termasuk Di Bawah Ta'rif (Definisi) Mutasyabihaat.
Seperti telah disebutkan sebelum ini, bahawa para 'ulama' Tafsir terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan pembahagian ayat-ayat muhkamaat dan ayat-ayat
mutasyabihaat di dalam al-Qur'an" Ada yang mengatakan semua sekali ayat al-Qur'an itu muhkam. Ada yang mengatakan semua sekali mutasyabih dan ada juga yang mengatakan sebahagian daripadanya muhkam dan sebahagian yang lain pula mutasyabih.
Pendapat pertama dan kedua tidak perlu dibawa ke meja perbincangan. Kerana kedua-duanya hanya melihat dan menilai berdasarkan piawaian bahasa semata-mata".
Dalam perbincangan ini pendapat golongan ketiga sahaja yang diambil kira" Ayat-ayat bagaimanakah bagi mereka termasuk dalam muhkamaat dan ayat-ayat bagaimanakah
pula yang termasuk dalam mutasyabihaat?
Para 'ulama' sekali lagi berbeda pendapat dalam menanggapi persoalan ini" Menurut as-Suyuthi ayat-ayat mutasyabihaat ialah ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan atau ma'na-ma"na berikut:
(i) Sifat-sifat Allah.
(ii) Istiu'aa' Allah (di atas 'Arasy).
(iii) Nafs.
(iv) Wajah.
(v) 'Ain.
(vi) Yad.
(vii) Saaq.
(viii) Sifat hampir.
(ix) Sifat di atas.
(x) Sifat datang.
(xi) Silbt kasih.
(xii) Sifat marah atau murka.
(xiii) Sifat ridha.
(xiv) Sifat hairan atau kagurn.
(xi,) Siiat rahmat.
(xvi) Sifat ma'iyyah (وهو معكم).
(xvii) Sifat faraaghah (سفرغ لكم أيها الثقلان)
Daripada (iii) hingga (xvii) ini semuanya mutasyabihaat apabila dikaitkan dengan Allah s.w.t. Dan (xviii) Huruf-huruf ringkas di permulaan sesetengah Surah al-Qur'an
(الحروف المقطعة في أوائل بعض السور)
124
Tiada ulasan:
Catat Ulasan