Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(122).

Tafsir asas quran nota 8(122).

(3) ,Ada pula yang mengatakan sebahagian ayat al-Qur'an muhkamaat, sebahagian yang lain pula mutasyabihaat. Inilah pendapaat yang betul dalam bab ini. Dalil yang menjadi pengangan mereka ialah firman Allah berikut:

Aal-e-Imran 3:7

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ مِنْهُ ءَايَٰتٌ مُّحْكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٌۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَآءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِى ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 
Bermaksud: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhamad) Kitab Suci al-Qur'an. Sebahagian dari al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas
dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) al-Qur'an dan yang selainnya ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-
samar, tidak terang maksudnya). Adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar
dari al-Qur'an untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui
Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. 
(Aali 'Imraan:7).

Erti Muhkam Dan Mutasyabih Menurut Istilah.
Para 'ulama' juga berbeda pendapat dalam menta'rifkan (mendefinisikan) ma'na muhkam dan mutasyabih. Di bawah ini dikemukakan beberapa ta'rifnya (definisinya)
sepertimana yang dikemukakan oleh para 'ulama' usul:
(i) Muhkam ialah sesuatu yang diketahui maksudnya, sama ada kerana kejelasannya atau kerana dapat dita'wil (ditafsirkan). Mutasyabih pula ialah sesuatu yang diketahui Allah sahaja, seperti bilakah akan berlaku hari kiamat, bilakah akan keluar Dajjaal dan maksud sebenar huruf-huruf ringkas di permulaan beberapa Surah alQur'an. Menurut al-Qurthubi inilah ta'rif mutasyabih yang terbaik. Al-Aalusi mengaitkannya dengan

122

Tiada ulasan:

Catat Ulasan