Jumaat, Julai 29, 2016

Fiqh bukhari mmay(muka 14)

Muka 14
Tentu sekali binatang buruan akan diterkam dan digigit oleh anjing perburuan lalu terkena air liur atau peluhnya. Allah bukan sahaja membenarkan penggunaan anjing untuk berburu malah mengira tangkapannya sebagai sembelihan yg sah. Binatang buruan yg ditangkap oleh anjing jika mati, dibenarkan kita memakannya walaupun tidak disembelih dan disamak (dibasuh 7X@8X dan salah satu daripadanya ialah dengan air tanah yg suci)  terlebih dahulu. Ini menunjukan anjing bukan sahaja sejenis binatang yg suci zatnya malah sejenis binatang yg sangat istimewa menurut al-quran.

2.5.1.2 Nabi saw bersabda didalam hadis yg diriwayatkan Adi Bin Hatim begini:

عن عدي بن حاتم قال سألت النبيصلى الله عليه وسلم فقال إذا أرسلت كلبك المعلم فقتل فكل وإذا اكل فلا  تأكل فإنما امسكه على نفسه قلت ارسل كلبي فأجد معه كلبا آخر قال فلا تأكل فإنما سميت على كلبك ولم تسم على كلب آخر

Bermaksud:Adi bin Hatim meriwayatkan katanya, Aku pernah bertanya Nabi saw (tentang anjing perburuan dan binatang buruan yg ditangkapnya), maka makanlah (dibenarkan kamu memakannya binatang buruan itu). Tetapi jika ia telah memakan (sesuatu daripada buruan itu) maka janganlah kamu makan. Ini kerana ia telah menangkap untuk dirinya sendiri. Saya bertanya (kata Adi), "Bagaimana kalau saya melepaskan anjing saya tiba2 saya dapati ada anjing lain bersamanya? Nabi saw bersabda, kalau begitu jangan kamu makan kerana kamu sesungguhnya telah membaca bismillah ketika melepaskan anjing mu, bukan anjing yg lain.
(hadis riwayat bukhari, muslim, ahmad, tarmizi, ibnu hibban. Baihaki dll)

2.5.1.3. Imam Bukhari dan lain2 juga mengemukakan satu hadis riwayat Ibnu Umar yg menunjukkan anjing adalah sejenis binatang yg suci, iaitu:

قال كانت الكلاب تبول وتقبل وتدبر في المسجد في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم يكونوا يرشون شيئا من ذالك

Muka 14

Tiada ulasan:

Catat Ulasan