Khamis, Julai 28, 2016

Tafsir Asas Quran (Sesi 10).

SAMBUNGAN) Usul ke 8 
Memahami al-Quran Berdasarkan Tertib Turun Ayat.
1. Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Pertama Kenabian Wahyu pertama bermula dengan turunnya lima ayat daripada

Surah al-‘Alaq.
Turunnya ialah pada bulan Ramadhan.
Dalam masa tiga tahun pertama itu turun sebanyak 13 surah (tidak semesti selengkapnya) kepada Rasulullah s.a.w.
Perinciannya dapat anda lihat di bawah ini:
Surah ke 96 – Al-‘Alaq -Lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq merupakan wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w.
Surah ke 74 – Al-Muddatstsir -Selepas itu turun pula ayat di permulaan
Surah Al-Muddatstsir.
Surah ke 73 – Al-Muzammil -Lapan ayat di permulaannya diturunkan
Surah pertama – al-Faatihah -Ia mengandungi tujuh ayat dan diturunkan lengkap sebagai satu surah.
Surah ke 93 – ad-Dhuha -Surah ini mengandungi 11 ayat. Ia diturunkan selengkapnya selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati Nabi s.a.w.
Surah ke 94 – al-Insyirah -Surah ini juga diturunkan selepas tempoh senggang turun wahyu (fitrah wahyu) untuk menghiburkan hati nabi s.a.w.
Surah ke 81 – at-Takwir -Sebahagian besar kandungan surah ini menggambarkan keadaan dan suasana di hari kiamat. Manusia diberi peringatan tentangnya.
Surah ke 82- al-Imfithaar -Surah ini juga menggambarkan perihal hari kiamat. Manusia diberi peringatan lagi tentangnya.
Surah ke 97 – al-Qadr -Surah ini menyatakan kelebihan dan nilai wahyu Allah berupa al-Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Surah ke 99 – al-Zilzaal -Ia menggambarkan perihal hari kiamat dan mengingatkan manusia tentangnya.
Surah ke 100 – al-‘Aadiyaat -Selain menceritakan tentang kehidupan selepas kematian, surah ini juga menceritakan tentang beberapa sifat keji manusia.
Surah ke 101 – al-Qaari’ah -Surah ini menceritakan tentang hari kiamat dan beberapa perkara yang akan nyata di hari itu.
Surah ke 103 – al-Ashr -Rahsia yang membuatkan seseorang manusia tidak kerugian dalam kehidupan dunia diberitahu Allah melalui surah ini.

2.   Senarai Surah-surah Yang Diturunkan Di Peringkat Kenabian.
Kira-kira 42 surah diturunkan di peringkat kedua ini.
Di peringkat ini Nabi s.a.w telah berdakwah kepada umum secara terbuka.
23 surah daripadanya diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka.
Ia bermula pada tahun ke 4 Hijrah bersamaan 613 masihi.
7 daripadanya diturunkan sebelum berlakunya hijrah para sahabat ke Habsyah.
Dan 12 daripadanya pula diturunkan selepas hujrah mereka ke Habasyah.
Perincian 23 surah yang diturunkan selepas baginda s.a.w memulakan dakwah kepada umum secara terbuka dapat anda lihat di dalam carta berikut:
Surah ke 112 – al-Ikhlas -Melalui surah ini Nabi s.a.w diperintahkan supaya menyampaikan ‘aqidah dan konsep tauhid zat (pengesaan Zat Allah s.w.t)
Surah ke 95 – at-Tiin -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w
Surah ke 55 – ar-Rahman -Ia diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.  
Surah ke 77 – al-Mursalat -Ia juga diturunkan di zaman (di peringkat) pendustaan oleh orang-orang kafir terhadap Nabi s.a.w.
Surah ke 75 – al-Qiyaamah -Peringatan daripada Allah agar tidak diikuti pimpinan yang menolak kewujudan hari akhirat.  
Surah ke 76 – ad-Dahr atau al-Insaan -Jalan yang benar telah pun diberikan oleh Allah kepada manusia (dan jin), maka mereka tidak patut lagi mengkufuriNya.
Surah ke 78 – an-Naba -Perbandingan keadaan golongan (at-Thaghiin) atau golongan yang tidak percayakan hari akhirat dengan orang-orang yang bertaqwa (al-muttaqiin) di akhirat nanti.  
Surah ke 79 – an-Naaziaat -Perbandingan di antara orang-orang yang menjalani kehidupan dunia dengan penuh kesedaran dan keyakinan tentang akan adanya hari kiamat dan hari pembalasan dan orang-orang yang tidak mempercayainya di samping menjalani kehidupan dunia dengan melampaui batas hukum tuhan.  
Surah ke 83 – al-Muthaffifin -Penyelewengan dalam pengurusan harta benda di kalangan masyarakat yang mengejek dan menghina perjuangan  dakwah nabi s.a.w.  
Surah ke 84 – al-Insyiqaq -Ia diturunkan ketika masyarakat sedang mengejek dan menghina ajaran yang dikemukakan oleh Rasulullah s.a.w
Surah ke 80 –‘Abasa -Tatasusila dakwah dalam masyarakat yang menghina dan mencemuh ajaran islam.
Surah ke 87 – Al-A’la -Diturunkan ketika nabi Muhammad s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
Surah ke 88 – al-Ghasyiyah -Surah ini juga diturunkan ketika nabi s.a.w sibuk memberi peringatan kepada masyarakat tentang hari kemudian.
Surah ke 102 – at-Takaatsur -Faham kebendaan yang sangat menebal di kalangan pimpinan Quraisy Mekah didedahkan. Akibat buruk yang akan diterima mereka di hari kemudian juga didedahkan di dalam surah ini.
Surah ke 104 – al-Humazah -Akhlak buruk dan sifat bakhil pimpinan Quraisy  
Surah ke 105 – al-Fiil -Peringatan kepada kaum Quraisy, khususnya pimpinan mereka bahawa Ka’abah akan dijaga Allah.  
Surah ke 106 – Quraisy -Perintah kepada pimpinan Quraisy agar menyembah ampunya rumah Allah.  
Surah ke 107- al-Ma’un -Pendedahan akibat yang akan menimpa pimpinan Quraisy kerana mendustakan hari akhirat.  
Surah ke 108 – al-Kautsar -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pimpinan Quraisy  
Surah ke 109 al-Kafirun -Berbicara terus-terang dengan pimpinan Quraisy  
Surah ke 111 – al-Masad -Ramalan kebinasaan yang akan dialami pemimpin tertinggi Quraisy dan isterinya  
Surah ke 113 – al-falaq -Perintah mengisytiharkan tauhid rububiyyah kepada umum.  
Surah ke 114 - an-Naas -Perintah mengisytiharkan tauhid uluhiyyah dan kekuasaan mutlak adalah hak Allah semata-mata. Peringatan: Diperingkat nabi s.a.w didustakan, turun
surah al-Falaq dan ayat-ayat berbaki daripada
surah al-Muddattsir dan
al-Muzammil.

🍇🍇
23 mac 16.

Senarai 13 surah yg diturunkan peringkat pertama kenabian th 1-3 kenabian dlm masa 3 tahun.
Tertib turun

1.5ayat al-alaq yg pertama(96).mula2 turun.Tak dok no 1

2.al-mudasir(74),5 ayat pertama

3.almuzalmil(73),8 ayat permulaan

4.alfatihah(1)diturun lengkap sebagai satu surah.

5.adduha(93),11ayat turun lengkap ,wathatilwahyi,untuk tasliah,menghiburkan nabi.lama tidak turun,beberapa bulan sj.

6.alinsyirah(94) atau insyirah  xal-insyirah,selepas tempuh senggang,untuk

7.attaqwir(81)

8.alimfitar(82)

9.alqadar(97)

10.alzilzaal(99)

11.aladiyat(100)

12.alqadariah(101)

13.alashr(103)

Peringkat ke2 kenabian

Tahun ke 4-Tahun ke 5
Dakwah secara terbuka,42 surah.
23surah di th  4 kenabian
7 surah sebelum hijrah ke Habsyah antara th ke4&5kenabian dan
12 surah selepas hijrah ke habsyah.

1.Al-Ikhlas
2.At-tin(95)-mula mendustakan nabi saw
3.Arrahman(55)-jin dan manusia
4.Almursalat(77)-ada unsur pendustaan
5.Alqiyamah(75)-secara halus larangan ikut ketua quraisy
6.Al-Insan(76)assabil=jln yg dipilih,jln allah ,jln orang yg bersyukur atau jln orang yg kafir
7.Annaba'-cerita pelik
Ayat 21

Peringkat ke 2,th 4-5

8.Annaziat(79),kritik masyarakat/ sistem
9.Almutoffin(83),kritik masyarakat/sistem,teguran allah terhadap nabi.kena jaga pengikut.walaupun orang yg hina dina,bimbingan jaga pengikut
10.Al -insyikok(84)
11.abasa(80)
12.Al-Ala(87)-hari akhirat
13.alghasyiyah(88)
14.Attakasur(102)-yg terasa kafir quraisy-faham kebendaan dikalangan pemimpin quraisy,tukar pemimpin,kitab revolusi,mengubah dunia dan pemimpin ,mesej utama
15.alhumazah(104),sifat bakhil pemimpin quraisy
16.alfiil(105)
17.alquraisy(106),kritik pemimpim quraisy
18.almaun(107),ancaman kepada pemimpinan quraisy
19.alkausar(108),ancaman
20.alkafirun(109),bicara terus terang
21.almasad(111)ancaman dgn pimpinan dan isterinya
22.alfalaq(113),perintah umum tauhid rububiyah
23.annas(114),perintah mengisytihar tauhid rububiyah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan