Isnin, Ogos 29, 2016

Tafsir asas sesi 27.


USUL KE 12
MENCARI DAN MENGESAN STRUKTUR MIKRO DI DALAM AYAT-AYAT AL-QURAN

KAEDAH-KAEDAH MENGESAN STRUKTUR MIKRO AYAT-AYAT AL-QURAN

(d) “Husnu at-Takhallush” ialah berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan tanpa memotong percakapan, tetapi secara halus dan seni, sehingga tidak disedari pendengar, lantaran sangat sesuai dan secocok di antara kedua-duanya. Sesetengah ulama berpendapat “istithraad” dan “husnu at-takhallush” adalah benda yang sama. Sesetengah yang lain pula berpendapat kedua-duanya berbeza. “Isthithraad” bermaksud mencelah sesuatu perbincangan buat seketika. Kemudian kembali semula kepada perbincangan asal. “Husnu at-takhallush” pula tidak semestinya begitu. Mungkin setelah mencelah dengan sesuatu yang lain, perkara yang tersebut sebelumnya disambung kembali, mungkin juga tidak.

Contoh terbaik untuk “husnu at-takhallush” ialah firman Allah di dalam
Surah al-Muddattsir berikut: Bermaksud:
Apabila ditiup sangkakala, (8)
maka waktu itu adalah waktu (datangnya) dari yang sukar – (9)
kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10).
Ayat-ayat ini merupakan “husnu at-takhallush” daripada ayat-ayat sebelumnya. Ayat-ayat yang mengiringinya pula merupakan ‘husnu at-takhallush’ daripadanya.

Lihat ayat-ayat seterusnya:
Bermaksud: Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11)
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12)
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13)
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14)
Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; (15).
Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16)
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17)
Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka bebagai tuduhan (terhadap Al-Quran) – (18)
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi: Binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20)
Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal): (21)
Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22)
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh, (23)
Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24)
Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25).

Sekarang lihatlah ayat-ayat berkenaan bermula dari awal
Surahnya: Bermaksud:
Wahai orang yang berselimut! (1)
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2)
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya. (3)
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4)
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (5)
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. (6)
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh). (7)
Apabila ditiup sangkakala. (8)
maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sukar – (9)
kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). (10).
Biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), (11)
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, (12)
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. (13)
Dan Aku muahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. (14)
Kemudian dia ingin sangat, supaya Aku Tambahi lagi; (15).
Tidak sekali-kali (akan ditambahi)! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran). (16)
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. (17)
Kerana sesungguhnya dia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) – (18)
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)? (19) Sekali lagi; Binasalah dia hendaknya! Bagaimana dia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)? (20)
Kemudian dia merenung dan memikirkan (berkali-kali: Jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi dia gagal); (21)
Setelah itu dia memasamkan mukanya serta dia bertambah masam berkerut; (22)
Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh (23)
Serta dia berkata: (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya); (24)
Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia! (25) (al-Muddattsir: 1-25).

e.Al-Intiqaal” – ianya lebih kurang sama dengan “husnu at-takhallush” daripada segi berpindah daripada satu topik yang dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yang sememangnya dimaksudkan. Cuma kedua-duanya dipisahkan oleh perkataan "haazaa”.  Tujuannya ialah supaya pendengar tidak berasa jemu kerana dihidangkan dengan perkara yang sama saja.

Antara contohnya ialah firman Allah di dalam
Surah Shaad. Setelah selesai menyebutkan tentang para nabi a.s. Allah berfirman:
Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak), - (49)

Ayat ini merupakan ‘intiqaal’ (perpindahan atau pertukaran topik).
Al-Quran juga satu sebutan yang baik. Setelah disebutkan tentang para nabi a.s. Allah hendak menyebutkan pula di dalam al-Qur’an ini tentang orang-orang yang betaqwa (selain nabi-nabi) dan tempat kesudahan mereka, iaitu syurga.
Setelah menyebutkan kelebihan-kelebihan yang akan diperolehi mereka di dalam syurga, Allah berfirman pula:

Bermaksud: Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang derhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, - (55)

Bermula daripada ayat ini sekali lagi berlaku ‘intiqaal’ daripada ayat-ayat sebelumnya. Supaya lebih jelas di bawah ini dikemukakan ayat-ayat berkenaan secara lengkap:

Bermaksud: Ini adalah satu sebutan yang baik; dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (di akhirat kelak), - (49)

Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka; (50).
Sambil berbaring di dalam Syurga itu (di atas pelamin) mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya. (51)
Dan di sisi mereka pula ada bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata). Lagi yang sebaya umurnya. (52)
Inilah dia balasan yang dijanjikan kepadamu setelah selesai hitungan amal. (53) Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepadamu, pemberian yang tidak akan habis-habis:- (54) 
Beginilah (keadaan mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang derhaka benar-benar (disediakan) tempat kembali yang buruk, - (55)
Iaitu Neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah Neraka Jahannam; (56)
Inilah (azab neraka),biarlah mereka merasakannya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka); (57)
Dan azab seksa yang lain; yang berupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi. (58).

🐽

Usul 12-Mencari dan mengesan struktur mikro didlm ayat2quran.
Kaedah2 mengesan struktur mikro/annazmukhofih ayat2
alquran.

d)Husni at-takhallush
ialah berpindah dr satu  topik ketopik lain yg sememangnya dimaksudkan tanpa memotong percakapan ,tetapi secara halus dan seni,sehingga tidak disedari pendengar,lantaran sangat sesuai dan secocok diantara kedua-duanya.

Sesetengah ulama berpendapat "isthitraad" dan "Husni at takhallush"adalah benda yg sama.Sesetengah yg lain pula berpendapat  kedua -duanya berbeza.

"Isthitraad" bermaksud mencelah sesuatu perbincangan asal.

Husnu at takhallush pula tidak semestinya begitu.Mungkin setelah mencelah dgn sesuatu yg lain ,perkara yg tersebut sebelumnya disambung kembali,mungkin juga tidak .
contoh terbaik untuk "Husni at takhallush"ialah firman Allah didlm

Surah al muddattsir berikut
Ayat 8
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

Ayat 9
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

Ayat 10
عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ
Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya).

Ayat2 ini 8-10merupakan "Husni at takhallush" drp ayat2 sebelumnya.Ayat2 yg mengiringinya pula merupakan "Husnul at takhallush' drpnya.lihat ayat yg seterusnya.
7ayat awal surah mudadasir ini turun sesudah turunnya 5ayat surah al alaq.
Kaedah nak memahami struktur mikro/bhg kecil/nazmukhofif dlm surah.ibarat badan kita.
Kerangka kasar/struktur makro,kaitan surah dgn surah ,apa mesej utamanya .dan nak tahu Kerangka kasar kena tahu struktur mikro nya.
5ayat pertama tiada perintah kerja tapi suruh baca dan tulis,itu adalah asas ilmu.ini persediaan atas tugas nabi.
dan surah al muddattsir ini tugasnya.
Bgmn wahyu itu turun?
Nabi nampak Jibrail dan balik nabi selimut.
Bila nabi sampaikan Quran kepada Quraisy ,demo tu fikir macam2.
Awal surah ,bagi ancaman kebakaran neraka diakhirat diakhirat,tempat yg nyata dl kerugian .seolah2 semua manusia tidur dan dan lain2.

Lihat Ayat seterusnya

Ayat 11
ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),

Ayat 12
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَمْدُودًا
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,

Ayat 13
وَبَنِينَ شُهُودًا
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.

Ayat14
وَمَهَّدْتُ لَهُ تَمْهِيدًا
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Ayat 15
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;

Ayat 16
كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).
Ayat 17
سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

Ayat 18
إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran
Ayat 19
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

Ayat 20
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

Ayat 21
ثُمَّ نَظَرَ
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal)

Ayat 22
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

Ayat 23
ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

Ayat 24
فَقَالَ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ
Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

Ayat 25
إِنْ هَٰذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ
"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

Sekarang lihatlah ayat2 bermula dari awal surahnya
Ayat 1,dimana berlaku Husnul takhallush
Ini baru mula tugas nabi.
Sebelum dia ketar masa turun wahyu yg pertama.

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ
Wahai orang yang berselimut!

Ayat 2
قُمْ فَأَنْذِرْ
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).

🍁Ancaman/amaran bahaya akhirat,api neraka.manusia ni ralik seperti tidur.

Ayat 3
وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!

🍁Bila bg ancaman,akan tidak senang kerana manusia membesarkan selain Allah .sebab kerana Allahlah segalanya.

Ayat4
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.

🍁Bersihkan pakaian batin iaitu akhlak dan zahir.
Akhlaknya mulia,bersih batinnya.
Ugama lain ,bila nak dekat dgn Allah semakin kotor.
Toharoh perkara yg besar.
Orang musyrik najis,sebab aqidahnya syirik

Ayat 5
وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.

🍁Tinggalkan yg tak eluk,selain buat yg eluk.
Tukang sihir mengamalkan perkara2 kotor.kadang2 kena bunuh orang.

Ayat 6
وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.

🍁Perjuangan kena ikhlas,ini diajar ikhlas tidak mengharap balasan atas kebaikan yg dibuat

Ayat 7
وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!

🍁Kerana kerja ini byk cabaran

Ayat 8
فَإِذَا نُقِرَ فِي النَّاقُورِ
Kerana apabila telah ditiup sangkakala,

🍁Tadi arahan bimbingan dan panduan dlm 7 Ayat,sekarang tentang tiup sangkakala,walaupun tiada kaitan tapi apa yg diberitahu ini menentukan nasib manusia diakhirat nanti.
Nak diberitahu ,kerja kita disini ada kaitan diakhirat nanti.
Ayat seterusnya ,kafir Quraisy bukan nak terima kasih tapi dok rancang yg buat yg tak eluk kat nabi.

🍁Melepaskan diri dgn beradab=husnultakhollush
Sehingga tak perasan ia telah berubah.
Ayat 9&10 masih berakhir dgn ro.
Kaitan antara ayat  adalah struktur mikro.
Sebab itu Quran tiada bab.

Ayat 9
فَذَٰلِكَ يَوْمَئِذٍ يَوْمٌ عَسِيرٌ
Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar -

Ayat 10
عَلَى الْكَافِرِينَ غَيْرُ يَسِيرٍ

Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya)

Ayat 11
ذَرْنِي وَمَنْ خَلَقْتُ وَحِيدًا
(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak),
Ayat 12
وَجَعَلْتُ لَهُ مَالًا مَمْدُودًا
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak,
Ayat 13
وَبَنِينَ شُهُودًا
Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya.
Ayat 14
وَمَهَّدْتُ لَهُ تَمْهِيدًا
Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya.
Ayat 15
ثُمَّ يَطْمَعُ أَنْ أَزِيدَ
Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi;
Ayat 16
كَلَّا ۖ إِنَّهُ كَانَ لِآيَاتِنَا عَنِيدًا
Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami).

Ayat 17
سَأُرْهِقُهُ صَعُودًا
Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya.

Ayat 18
إِنَّهُ فَكَّرَ وَقَدَّرَ

Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran

Ayat 19
فَقُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?

Ayat 20
ثُمَّ قُتِلَ كَيْفَ قَدَّرَ

Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?

Ayat 21
ثُمَّ نَظَرَ

Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal)

Ayat 22
ثُمَّ عَبَسَ وَبَسَرَ

Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;

Ayat 23
ثُمَّ أَدْبَرَ وَاسْتَكْبَرَ

Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,

Ayat 24
فَقَالَ إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ يُؤْثَرُ

Serta ia berkata: " (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);

Ayat 25
إِنْ هَٰذَا إِلَّا قَوْلُ الْبَشَرِ

"Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!"

Suarah al maarij
Ayat 1
سَأَلَ سَائِلٌ بِعَذَابٍ وَاقِعٍ

Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,

Ayat 2
لِلْكَافِرِينَ لَيْسَ لَهُ دَافِعٌ

Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya -

Ayat 3
مِنَ اللَّهِ ذِي الْمَعَارِجِ

Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik -

🍁seolah tiada kaitan antara azab dgn tempat naik.Husnul takhallush,allah yg mempunyai tempat naik.itulah kaitannya.

Ayat 4
تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ

Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

Ayat ini cerita lain pula,segalagalanya dibawah kekuasaan tuhe.malaikat naik kepada allah.ada 24jam dan ada 25ribu tahun. Ukuran hari tidak sama.Quran dah bg tahu pada manusia akan perbezaan ini

Ayat 5
فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.

Surah Al araf
Ayat 156
وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ إِنَّا هُدْنَا إِلَيْكَ ۚ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ ۖ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ ۚ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالَّذِينَ هُمْ بِآيَاتِنَا يُؤْمِنُونَ

"Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.

Ayat 157
الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

Ayat 158
قُلْ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْيِي وَيُمِيتُ ۖ فَآمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ الَّذِي يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمَاتِهِ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".

Tiga ayat istidrok,mencelah dgn cerita lain dan balik semula pada cerita asal.
Sebelum 40 lebih cerita nabi Musa.
Pergi kepada cerita nabi Muhamad.
Muhamad dan Musa sama2 utusan Allah.
Pengikut nabi Musa telah teruk dan rosakkannya.
Kenapa Allah tak lanjutkan kepimpinan Yahudi??
Membunuh dan mendustakan nabi2.
Orang islam terima nabi Musa,tapi kenapa orang Yahudi tak mahu terima nabi Muhamad.
Kenapa dicelahkan disini

Surah assyuara
Ayat 69
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

Ayat 70
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

Ayat 71
قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya".

Ayat 72
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ
Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

Ayat 73
أَوْ يَنْفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ
"Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?"

Ayat 74
قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian".

Ayat 75
قَالَ أَفَرَأَيْتُمْ مَا كُنْتُمْ تَعْبُدُونَ
Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? -

Ayat 76
أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ
"(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

Ayat 77
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ
"(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

Ayat 78
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ
"Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

Ayat 79
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ
"Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,

Ayat 80
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
"Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;

Ayat 81
وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ
"Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;

Ayat 82
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَنْ يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ
"Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

Ayat 83
رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

Ayat 84
وَاجْعَلْ لِي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ
"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

Ayat 85
وَاجْعَلْنِي مِنْ وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ
"Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;

🍁Nak minta dgn tuhe,mesti ada adab puji tuhe.

Contoh husnultakhollush dan Husnulmadraj,menyatakan hajat dgn penuh sopan,ialah
Iyakanakbuduwaiyahkanastaiin

e)al intiqaal(perpindahan topik)
-ianya lebih kurang sama dgn Husnul at takhallush drp segi berpindah drp satu topik yg dimulakan sesuatu perbincangan kepada satu topik lain yg sememangnya dimaksudkan.cuma kedua-duanya dipisahkan oleh perkataan"haazaa".tujuannya ialah supaya pendengar tidak jemu kerana dihidangkan  dgn perkara yg sama sj.antara contohnya ialah  firman Allah didlm surah shaad.setelah selesai menyebut tentang para nabi as allah berfirman

Surah Shaad.
Ayat 49
هَٰذَا ذِكْرٌ ۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَآبٍ

(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -

Ayat ini (ada haaza)merupakan intiqaal(perpindahan atau pertukaran topik)Al-Quran juga satu sebutan yg baik.setelah disebut tentang para nabi as allah hendak menyebutkan pula didalam Al-Quran ini tentang orang bertaqwa(selain nabi2) dan tempat kesudahan mereka ,iaitu syurga.setelah menyebut kelebihan2 yg akan diperolehi mereka didalam syurga Allah berfirman pula :

Ayat 55
هَٰذَا ۚ وَإِنَّ لِلطَّاغِينَ لَشَرَّ مَآبٍ

Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -

Bermula drp Ayat ini sekali lagi berlaku intiqaal drp ayat2 sebelumnya ,kaitan syurga dgn neraka.supaya lebih jelas dibawah ini dikemukakan ayat2 berkenaan secara lengkap

Ayat 49
هَٰذَا ذِكْرٌ ۚ وَإِنَّ لِلْمُتَّقِينَ لَحُسْنَ مَآبٍ
(Segala sifat-sifat yang mulia) ini, adalah menjadi sebutan penghormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertaqwa, disediakan tempat kembali yang sebaik-baiknya (pada hari akhirat kelak), -

Ayat 50
جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ
Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;

Ayat 51
مُتَّكِئِينَ فِيهَا يَدْعُونَ فِيهَا بِفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ وَشَرَابٍ
(Mereka akan bersukaria) dalam Syurga itu sambil berbaring (di atas pelamin); mereka meminta di situ buah-buahan dan minuman yang berbagai jenisnya dan rasa kelazatannya.

Ayat 52
وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya.

Ayat 53
هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوْمِ الْحِسَابِ
Inilah dia balasan yang dijanjikan kepada kamu setelah selesai hitungan amal!

Ayat 54
إِنَّ هَٰذَا لَرِزْقُنَا مَا لَهُ مِنْ نَفَادٍ
Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis; -

Ayat 55
هَٰذَا ۚ وَإِنَّ لِلطَّاغِينَ لَشَرَّ مَآبٍ
Nikmat-nikmat ini (adalah untuk orang-orang yang bertaqwa). Dan Bahawa sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (dengan kekufuran atau kederhakaannya) seburuk-buruk tempat kembali, -

Ayat 56
جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا فَبِئْسَ الْمِهَادُ
Iaitu neraka Jahannam yang mereka akan menderita bakarannya; maka seburuk-buruk tempat menetap ialah neraka Jahannam;

Ayat 57
هَٰذَا فَلْيَذُوقُوهُ حَمِيمٌ وَغَسَّاقٌ
Ini sejenis azab seksa, maka hendaklah mereka merasainya, air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir (untuk minuman mereka);

Ayat 58
وَآخَرُ مِنْ شَكْلِهِ أَزْوَاجٌ
Dan azab seksa yang lain, yang serupa buruknya dan dahsyatnya adalah berbagai jenis lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan