Rabu, Disember 28, 2016

Daurah tafsir 2016 sesi 37 3:55-80

Ayat 53&54
Menceritakan Perihal kaum nabi Isa.
Pembantu nabi Isa setelah diminta oleh nabi Isa.
Tapimbg Umat nabi saw ,Allah sendiri yg minta supaya membantu agama Allah, dok ada dlm surah saff.seperti pembantu agama dizaman Isa.
Manusia biasa shj tidur 309tahun iaitu Ashabul kahfi dan bangkit semula.
Juga Uzair ,Allah tidurkan dia 100tahun dan bangkit semula.

Ayat 55
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۖ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu(mematikan) dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
👉Ayat Tasliyah( pujukan atau penghibur hati .)
Disini  Allah angkat langit pada usia kurang 40tahun dan Isa akan turun semula diakhir zaman.Zaman kebangkitan Islam yg terakhir. dizaman imam Mahadi.
Disebuah menara masjid di Syria pada waktu Asar.
Dizaman ini akan berperang dgn nasora .
Imam Mahadi akan menjadi ketua perang  bersama nasora yg telah masuk Islam secara sukarela atau semasa perang.Dlm perang itu,nabi Isa telah bunuh dajjal.
Dajjal ketua orang Yahudi.
Bila Dajal telah mati,islam akan kuat.
Dajjal adalah fitnah paling besar bg umat akhir zaman.
Ramai manusia telah murtad akibat dajjal yg byk kelebihan dunia dan tidak biasa tahu kudrat Allah.
Jika sentiasa baca permulaan dan akhir surah kahfi ,ada perkara luarbiasa,jadi tidak mudah terpengaruh dgn luar biasanya dajjal.
Semasa turun berumur 40th dan mati ketika 60th.
Dajjal ketua syirik.yg bunuhnya adalah ketua tauhid adalah nabi Isa,imam Mahadi ketua tentera.
Pengangkatan nabi Isa adalah kudrat Allah.
Begitu juga  ashabul Kahfi tidur 100th adalah dgn kudrat Allah.
Satu masa nanti akan mati ٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ
Tetapi sekarang diangkat kelangit,Macam mn?tetapi seperti yg berlaku pada Ashabul Kahfi,ini kudrat.
Akan disucikan dari tuduhan zina dar tuduhan Yahudi dan Nasaro.
Ambil dgn sempurna إِنِّي مُتَوَفِّيكَambil jasad dan roh.
Mengambilmu(mematikan) dengan sempurna adalah ambil jasad dan roh.
Tidur ,ambil hanya nyawa sebhg.
 
Ayat 56
فَأَمَّا الَّذِينَ كَفَرُوا فَأُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ

Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.
👉Takhwif (penakutan tentang keadaan yg akan berlaku)
Keadaan yg Allah adakan semata2 sebagai  ujian .
Degil engkar dan menolak=kafir,akan diazab.

Ayat 57
وَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَيُوَفِّيهِمْ أُجُورَهُمْ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
👉amal yg menetapi syariat dan sunnah.

Ayat 58
ذَٰلِكَ نَتْلُوهُ عَلَيْكَ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ

Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat - (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).
👉sesuatu ayat yg mencelah dan bukti dia seorang nabi sebab semua cerita ini adalah wahyu dr Allah.melalui perantaraan Jibrail.

Ayat 59
إِنَّ مَثَلَ عِيسَىٰ عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia.
👉Kejadian luar biasa Isa sama seperti Adam,tiada ibu dan bapa,ini kekuasaan allah dan dia bukan Illah.
Luarbiasa bg manusia bukan bg allah.
Isa cuma tiada bapa.
Khalasohnya,Ciptaan Allah.bukan wakil Allah atau Illah.

Ayat 60
الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُنْ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.
👉Perkara sebenar ,Isa sama seperti adam dr Allah.

Ayat 61
فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَتَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta".
👉Jika masih membantah tentang nabi Isa bukan Illah maka buat Mubahalah iaitu doa laknat.Pernah berlaku dizaman Hafiz Ibnu hajar yg masih remaja,yg bermubahalah mati ketika dlm perjalanan balik,mati ditengah jln.
Aqidah sangat jelas dlm Quran.
Orang yg kena mubahalah akan cepat mati dan cepat lagi keneraka.jika tak mubahalah mati masuk neraka juga tapi lambat sedikit.
Isu aqidah jelas,sebab tu boleh mubahalah.isu fekah tidak boleh mubahalah.

Ayat 62
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ ۚ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Ini Natijah mubahalah.
Kisah Nabi Isa tidak Illah ,ada sangat benar dan tepat sekali.
Dari segi syariat tidak sama,aqidah sama.

Ayat 63
فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ
Kemudian kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.
👉Golongan yg  berusaha kerosakan aqidah (sebar ajaran sesat)akan dihukum .cepat atau tidak hukuman Allah lebih tahu ,juga bergantung kepada golongan muslihin (yg memperbetulkan umat).jika menyusahkan muslihin terus akan dapat hukuman. berdasar dari surah zuhruf

Ayat 64
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
👉Ini seruan tauhid dan Ini aqidah yg sebenar.
Akan jadi kafir bila Ikut orang atau ulamak dlm menetapkan syariat bukan Allah taala.
Masyarakat yg jahil jadi mangsa sebab mereka ikut ulamak sesat.
Dlm surah at taubah.

Ayat65-78,ialah 5syikayah yg ada kerana degil bukan kerana jahil.
Rasa benar sebab menyerupai Ibrahim.
bangsa nabi musa
bangsa arab,Muhamad ...ismail.....Ibrahim
bangsa yahudi,Yusuf....yaakub....ishak.....ibrahim
Bila giliran nasaro,dia cabar orang Islam,langgar syarat perdebatan.
Cerita ustaz Maulana Hadi.
Dia minta maaf sebab langgar peraturan tak boleh provok cabar orang Islam .
Dia mengaku  dia salah dan nasora telah kalah.
Majlis itu berkesudahan terzahir kehebatan wahyu dan Islam menang.
Islam mempunyai dalil aqidah yg jelas.
Perlu diketahui,Orang syaitan tidak akan  lepas dgn mudah.
Syaitan tidak pernah ada kasihan belas.
Syaitan akan perang habis2an.
Belajar Quran mesti reti tauhid dan reti sifat2 orang degil.
Bila tahu,maka perlu selamatkan diri dari sifat degil.

Ayat 65

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
👉Syikayah yg pertama.
Mengaku Ibrahim tokoh Yahudi dan tokoh nasaro.

Ayat 66
هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ حَاجَجْتُمْ فِيمَا لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.
👉Masalah bodoh  dan Masalah degil
Tak ambil ilmu dari kitab masing2.
Yg penting maklumat ilmiah.

Cerita kawan Maulana berdebat dgn orang yg tiada mazhab??akhirnya tak jadi berdebat.
Orang tiada ilmu sangat takut berdebat
Ilmiah ada sesuatu yg menyeronokan.
Ilmu hak semua orang.
Manusia kena bersedia ditegur sebab manusia tak mungkin mempunyai ilmu yg sempurna.

Ayat 67
مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.
👉Nabi Ibrahim tidak Yahudi dan nasaro,tetapi beragama hanif.
Hanif nama agama musyirikin di Mekah.tapi Ibrahim Hanif tauhid bukan Hanif yg syirik seperti musyirikin mekah.
Khalasohnya,ibrahim tidak syirik.
Jika syirik tiada kena mengena dgn ibrahim
Nabi mn yg paling rapat dgn ibrahim

Ayat 68
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.
👉Ini diberitahu orang paling rapat dgn ibrahim
Syikayah pertama,degil nak berdebat tapi tiada ilmu

Ayat 69
وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).
👉Syikayah yg kedua.
Ahli kitab kerja menyesatkan orang dgn dalil palsu ,dah la dia sesat nak orang lain juga sesat.
Dia tau dia salah ,dia nak orang lain salah.
Ini perangai ahli kitab.

Ayat 70
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
👉Ayat ini,dia sendiri (Yahudi dan nasaro,ahli kitab)yg sesat.

Ayat 71
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
👉Matan original,syarahan yg tidak original atau batil,ini campuran.
Semasa mengajar Bc hanya tulisan syarahan bukan bc matan yg asal.ini sembunyi yg hak menyebabkan manusia lain tidak faham.
Jika belajar Quran belajarlah quran bukan bc tulisan yg ditulis sendiri shj.

Ayat 72
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
👉Syikayah ke3
Perangai dan sifat manusia.dan usahakan kita tidak melakukan seperti mereka yg jahat.
Rancangan jahat segolongan manusia.
Beriman pagi dan kufur diwaktu petang
Pagi petang  tak penting tapi menunjukan had masa
Satu bentuk seniwara.
Rancangan2 Yahudi.

Ayat 73
وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَىٰ هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَىٰ أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ ۗ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
👉pesanan orang yg tidak ikhlas dan berdengki

Ayat 74
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.
👉Biasa nya tidak boleh terima kebenaran sebab dengki

Ayat 75
وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
👉Syikayah ke4 Khianat ilmu,menyebabkan rosak masyarakat.sanggup khianat ilmu kerana nak dunia.
Ulamak bukan semua baik dan bukan semua jahat. kerananya masyarakat rosak.Yg jahat kerana ada khayalan,allah akan maafkanya kerana dia berilmu.sebab tu sanggup buat byk kerosakan dan rasa tak salah buat jahat kepada orang jahil,dimana rasa selamat atas perbuatannya dan tidak berdosa.kalu buat jahat semasa berilmu baru tak boleh.ini sifat yg tidak selamat.
Syikayah ke4,khianat harta.
Khidmat ilmu nak dapat harta
Kesalahan kerana nak dunia

Ayat 76
بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ وَاتَّقَىٰ فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ
Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.
👉Sebenarnya Allah suka ulamak yg mengajar bertaqwa dr ilmu yg dia ada.
Program keduniaan kerosakan pendidikan Islam
Ini kesalahan meletakan dunia dlm pembelajaran agama.

Ayat 77
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَا خَلَاقَ لَهُمْ فِي الْآخِرَةِ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Takhwif (penakutan tentang keadaan yg akan berlaku diakhirat)

Ayat 78
وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua ugamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
👉Syikayah 5,khianat ilmu betul.putar belit يَلْوُونَ ahli kitab sehingga disangka itu isi kitab yg sebenar.
Loyar buruk,fasih tapi hujjah karut
Syikayah2 ini dituju kepada orang yg berilmu.

Ayat 79
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama(dalil naqli) dan hikmat(dalil aqli) serta pangkat Nabi(kefahaman yg sbenar) kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
👉Suruh jadi robbaniyin iaitu ajar dan mengajar.
Jadi hamba Allah yg sebenar/robbaniyin/orang Allah taala,2sifat.
1.Ajar kitab wahyu sehingga boleh ngajar. تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ
2.Belajar kitab wahyu وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Kitab Allah untuk semua hamba Allah.
Ulamak yg sebenar  mengajar yg sebenar sehingga yg diajar boleh mengajar.
Jika Ceramah shj ,ajar sekadarnya bukan jadi pandai dan boleh mengajar semula.
Syikayah yg ke5

Ayat 80
وَلَا يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلَائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا ۗ أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?
👉ini ulamak sebenar dan tentang kerasulan,tak ajar seru malaikat dan nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan