Sabtu, Disember 31, 2016

Daurah tafsir 2016 sesi 39 3:117-148

Ayat 117
مَثَلُ مَا يُنْفِقُونَ فِي هَٰذِهِ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
كَمَثَلِ رِيحٍ
فِيهَا صِرٌّ
أَصَابَتْ حَرْثَ قَوْمٍ
ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
فَأَهْلَكَتْهُ ۚ
وَمَا ظَلَمَهُمُ اللَّهُ
وَلَٰكِنْ أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam, kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik),
samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk,
yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri,
lalu membinasakannya; dan (ingatlah),
Allah tidak menganiaya mereka,
tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.d gn sebab ikut selain dr syariat.
👉siapa yg infaq tu?
Orang bawahan orang yahudi يُنْفِقُونَyg infaq yg bg pada ulamak mereka.ulamak telah ubahsuai hukum2 taurat ikut kehendak pengikut mereka.
Dgn golongan yg zalim ini,tidak boleh baik dgn mereka.
Berhenti dari amnm,menyebabkan manusia semakin jauh dari Allah.
Buat baik kepada orang yg tidak suka pada agama.
Maksud buat baik adalah bermesra dgn orang yg benci pada Islam.

Ayat 118
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُم
ْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا
وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ
قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ
وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ
قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai).
Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu.
Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya,
dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.
Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
👉
Ayat 119
هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُم
ْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ
وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ
وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا
وَإِذَا خَلَوْا
عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ
مِنَ الْغَيْظِ ۚ
قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ ۗ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka,
sedang mereka tidak suka kepada kamu.
kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran).
Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman",
tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri,
mereka menggigit hujung jari
kerana geram marah (kepada kamu),
katakanlah (wahai Muhammad):
"Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉Allah nak bg nampak,orang Islam suka buat baik pada orang yg tidak patut buat baik.
Muamalah biasa shj.
Yahudi ini tidak boleh memesrai

Ayat 120
إِنْ تَمْسَسْكُمْ حَسَنَةٌ تَسُؤْهُم
ْ وَإِنْ تُصِبْكُمْ سَيِّئَةٌ
يَفْرَحُوا بِهَا ۖ
وَإِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا
لَا يَضُرُّكُمْ كَيْدُهُمْ شَيْئًا ۗ
إِنَّ اللَّهَ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka;
dan jika kamu ditimpa bencana,
mereka bergembira dengannya.
Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa,
(maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun.
Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.
👉Lagi hasad dengki orang Yahudi
Yahudi berdengki pada orang Islam mempunyai kitab Quran.
Latihan sabar dan taqwa perlu untuk menang.
Tipudaya كَيْدُ
Ilmunya meliputi مُحِيطٌ
Sabar dan taqwa ,boleh memberi kemenangan diatas musuh.

Ayat 121
وَإِذْ غَدَوْتَ مِنْ أَهْلِكَ تُبَوِّئُ الْمُؤْمِنِينَ مَقَاعِدَ لِلْقِتَالِ ۗ
وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika engkau keluar pada pagi hari dari rumah ahlimu (di Madinah), dengan tujuan menempatkan orang-orang yang beriman pada tempat masing-masing untuk berperang (di medan perang Uhud).
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Peperangan dari zmn dulu ada menang ada kalah.
Jika ada sifat sabar dan taqwa ,baru menang .khalifah perlu latih rakyat untuk kalahkan musuh.
Bulan Syawal tahun 3h
Keluar dr rumah aisyah
Cerita Orang yg tiada sabar dan bertaqwa.

Ayat 122
إِذْ هَمَّتْ طَائِفَتَانِ مِنْكُمْ أَنْ تَفْشَلَا
وَاللَّهُ وَلِيُّهُمَا ۗ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut,
padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka;
dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal.
👉Pergi 1,000, balik 300 orang nak lawan 3,000.
Bani Harisah dan bani Salim nak balik ke madinah,tiada semangat berperang.
Kena fikir nak jadi yg boleh atau layak dapat pertolongan Allah.
Ikhtiar,bersangkut dgn orang lain kita mesyuarat dan bersangkut dgn diri sendiri kena istikharah.
Berlakunya perasaan berbelah bg sbb tiada taqwa dan sabar.

Ayat 123
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ
وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ
فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang).
Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
👉Dua sifat yg telah layak mendapat kemenangan,sabar dan taqwa,yg tiada dlm perang Uhud.
Bilangan orang sedikit shj أَذِلَّةٌ,

Ayat 124
إِذْ تَقُولُ لِلْمُؤْمِنِين
َ أَلَنْ يَكْفِيَكُمْ
أَنْ يُمِدَّكُمْ رَبُّكُمْ بِثَلَاثَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُنْزَلِينَ

(Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka):
"Tidakkah cukup bagi kamu,
bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?,"
👉nabi dok berdoa dan Allah Menolong kekuatan hati kamu يَكْفِيَكُمْdgn sifat taqwa

Ayat 125
بَلَىٰ ۚ
إِنْ تَصْبِرُوا وَتَتَّقُوا
وَيَأْتُوكُمْ مِنْ فَوْرِهِمْ هَٰذَا
يُمْدِدْكُمْ رَبُّكُمْ بِخَمْسَةِ آلَافٍ مِنَ الْمَلَائِكَةِ مُسَوِّمِينَ

Bahkan (mencukupi).
Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertaqwa,
dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing(dgn pakaian seragam tentera)
👉bilangan ini sebab berita2 yg sampai tentang jumlah  bilangan tentera musuh.

Ayat 126
وَمَا جَعَلَهُ اللَّهُ
إِلَّا بُشْرَىٰ
لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُمْ بِهِ ۗ
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu,
dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu.
Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉Rasa takut sebelum perang adalah suatu kekalahan awal.
Boleh nampak dgn akal,hilang gelisah
Rasa Tenteram hati,dari allah ,sifat manusia supaya rasa yakin dapat kemenangan hanya dr Allah.

Ayat 127
لِيَقْطَعَ طَرَفًا مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَوْ يَكْبِتَهُمْ
فَيَنْقَلِبُوا خَائِبِينَ

(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan dari orang-orang kafir atau menghina mereka (dengan kekalahan),
supaya mereka kembali dengan hampa kecewa.
👉Perang Badar ,perang diluar jangkaan.
Abu Suffian ,tahu orang madinah nak sekat lagilah dagangnya.
1,000orang tentera telah dihantar oleh Abu Jahal.
Tak dijangka berlaku perang Badar.
Kafir Quraisy telah kalah dan balik hampa selepas perang badar

Ayat 128
لَيْسَ لَكَ مِنَ الْأَمْرِ شَيْء
ٌ أَوْ يَتُوبَ عَلَيْهِمْ أَوْ يُعَذِّبَهُمْ فَإِنَّهُمْ ظَالِمُونَ

Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu,
(kerana urusan mereka tertentu bagi Allah),
Wasama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.
👉Perang uhud
Orang Islam kurang sifat taqwa dan sabar.
Keluar atau turun untuk khidmat kumpul.
Ketua kata ,jgn turun,ini arahan.
Ada yg berpendapat tak boleh turun jika dlm perang.
Ada yg kata,Tanpa arahan turun tidak boleh turun.
Khalid Al-Walid naik keatas bukit.bunuh tentera Islam dan mulai kalah.
Kerana apa ,kerana tak jaga lidah nabi .makna perkataan nabi mesti dijaga.
Bapa saudara nabi ,Hamzah telah dibunuh oleh wasyi.(juga bunuh musailamah kazab-nabi tak suka tapi telah masuk islam)
Jawapan Allah,agama tidak berkembang dgn perasaan yg engkau luahkan.
Btk Hukuman?bergantung kepada Allah.
Orang yg nabi tak suka,masuk islam.

Ayat 129
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاءُ
وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Ia mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya,
dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Ayat Ketegasan.

Ayat 130
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا الرِّبَا
أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.
👉infaq
Makan=ambil
kesan riba dan tak fikir tentang infaq tetapi semakin terkejar2 untuk dapat untung byk lagi. kerana cara itu cepat dan byk.cari jln baik untuk dapat rezeki halal.
Satu perempat kitab fekah untuk cara cari rezeki yg halal.
Tak berpada kumpul sedikit harta,malah sebyk2 mungkin.juga termasuk yg haram.

Ayat 131
وَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
👉
Jaminan untuk orang kafir
Ayat 132
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.
👉Tabsyir ukrowi
Huraian taqwa وَأَطِيعُوا

Ayat 133
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ
وَجَنَّةٍ
عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu,
dan (mendapat) Syurga
yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
👉orang Arab gambaran luas,luas syurga sekurang2nya 10xganda langit dan bumi.

Ayat 134
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ
وَالضَّرَّاءِ
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ
وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang
dan susah,
dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
👉Berlawanan dgn sifat orang yg cari riba.
Sentiasa nak infaq,samada ketika susah atau senang
Menelan kemarahan,tiada marah itu keldai
Memaafkan
Jadi,Tiada lubang untuk dosa.semuanya untuk dpt pahala.
Mutaqin Darjat 1

Ayat 135
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً
أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ
ذَكَرُوا اللَّه
َ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِم
ْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ
وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا
وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji,
atau menganiaya diri sendiri,
mereka segera ingat kepada Allah
lalu memohon ampun akan dosa mereka
dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -,
dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,
sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
👉Mutaqin darjat ke2
Dosa dgn manusia فَاحِشَةً
Dosa dgn hukum Allah

Ayat 136
أُولَٰئِكَ
جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِم
ْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ

Orang-orang yang demikian sifatnya,
balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
👉Orang darjat 1&2
yg sentiasa bertaubat akan diampunkan dosa oleh Allah.

Ayat137
خَلَتْ مِنْ قَبْلِكُم
ْ سُنَنٌ فَسِيرُوا فِي الْأَرْض
ِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap;
oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).
👉Takhwif duniawi.

Ayat 138
هَٰذَا بَيَانٌ لِلنَّاس
ِ وَهُدًى
وَمَوْعِظَةٌ لِلْمُتَّقِينَ

(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia,
dan petunjuk
serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
👉Tabrik kepada alquran

Ayat 139
وَلَا تَهِنُوا
وَلَا تَحْزَنُوا
وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ
إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
👉Pengulangan semula tentang jihad iaitu tentang perang Uhud.
Perkhabaran tentang nabi mati.
Terlepas benda yg sepatut boleh kerana kekalahan.
Kalah menang adalah ujian,ujian juga akan dpt pahala.

Ayat 140
إِنْ يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ
فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِثْلُهُ ۚ
وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ
وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
وَيَتَّخِذَ مِنْكُمْ شُهَدَاءَ ۗ
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ

Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera),
maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar).
Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran)
dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
👉Ayat yg meredakan perasaan.hikmat disebalik segala kejadian.
3.jln mudah kesyurga ,mati syahid
4.membersihkan orang beriman dari sifat kemunafikan.
5.

Ayat 141
وَلِيُمَحِّصَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ

Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir.
👉Orang munafik tidak akan mampu menghadapi dugaan

Ayat 142
أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ
وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ
وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu,
dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
👉manusia kena berjuang.
Jln perjuangan jihad dan infaq.jln yg akan diberikan syurga.
Laluan jihad mesti dilalui semua orang.

Ayat 143
وَلَقَدْ كُنْتُمْ تَمَنَّوْنَ الْمَوْتَ
مِنْ قَبْل
ِ أَنْ تَلْقَوْهُ فَقَدْ رَأَيْتُمُوهُ
وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ

Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil)
sebelum kamu menghadapinya.
Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya
dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).
👉Perang telah berlaku.

Ayat 144
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ
أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ
وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ
فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ
وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh).
Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun;
dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
👉Teguran.
Berita nabi mati.
Kesedihan nabi mati lebih berat dari kekalahan orang
Kita tetap ikut agama Allah,nabi je  mati .Allah tak mati.

Ayat 145
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تَمُوتَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ
كِتَابًا مُؤَجَّلًا ۗ
وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الدُّنْيَا
نُؤْتِهِ مِنْهَا
وَمَنْ يُرِدْ ثَوَابَ الْآخِرَةِ نُؤْتِهِ مِنْهَا ۚ
وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ

Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah,
iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah).
Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia,
kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu,
dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu;
dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.
👉Targhib kepada jihad.

Ayat 146
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّون
َ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا
لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
وَمَا ضَعُفُوا
وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ

Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah,
maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh).
Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
👉Tidak pengecut ضَعُفُوا
Badan tidak takut اسْتَكَانُوا

Ayat 147
وَمَا كَانَ قَوْلَهُمْ إِلَّا أَنْ قَالُوا
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.
👉Ini doa mereka yg teguh.

Ayat 148
فَآتَاهُمُ اللَّهُ ثَوَابَ الدُّنْيَا
وَحُسْنَ ثَوَابِ الْآخِرَةِ ۗ
وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Oleh itu, Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan.
👉balasan kemenangan dan harta ghanimah didunia dan diakhirat balasan syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan