Jumaat, Mac 31, 2017

Daurah tafsir 2016 sesi 113 27:45-93

Ayat 45
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ
فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata):
"Sembahlah kamu akan Allah!"
Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.
👉Kisah ke3
Segi nabi ,nabi Sulaiman raja  paling hebat.
Segi umat,kaum tsamud paling hebat

Ayat 46
قَالَ يَا قَوْمِ
لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ ۖ
لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir):
"Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu,
(tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu?
Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
👉

Ayat 47
قَالُوا اطَّيَّرْنَا بِكَ
وَبِمَنْ مَعَكَ ۚ
قَالَ
طَائِرُكُمْ عِنْدَ اللَّهِ ۖ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ

Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu,
dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!"
Nabi Soleh berkata:
Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku),
sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)".
👉

Ayat 48
وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ
يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ
وَلَا يُصْلِحُونَ

Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu,
ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat)
dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
👉

Ayat 49
قَالُوا
تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ
لَنُبَيِّتَنَّهُ
وَأَهْلَهُ
ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ
مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ
وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah,
bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh
dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam,
kemudian kita akan berkata kepada warisnya:
` Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya,
dan sesungguhnya kami adalah berkata benar '. "
👉

Ayat 50
وَمَكَرُوا مَكْرًا
وَمَكَرْنَا مَكْرًا
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat,
dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan,
sedang mereka tidak menyedarinya.
👉

Ayat 51
فَانْظُرْ
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ
أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ
وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ

Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka
dan kaum mereka semuanya.
👉

Ayat 52
فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً
بِمَا ظَلَمُوا ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap,
dengan sebab mereka berlaku zalim;
sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
👉

Ayat 53
وَأَنْجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا
وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman,
serta yang selalu bertaqwa.
👉

Ayat 54
وَلُوطًا
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ
وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya)
ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji
sedang kamu nampak kejinya?
👉Mengetahui تُبْصِرُونَ

Ayat 55
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً
مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan,
kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.
(Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
👉

Ayat 56
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ
إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ
إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut
dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini;
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".

Ayat 57
فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ
إِلَّا امْرَأَتَهُ
قَدَّرْنَاهَا مِنَ الْغَابِرِينَ

Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya,
kecuali isterinya,
Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.

👉

Ayat 58
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ
فَسَاءَ مَطَرُ الْمُنْذَرِينَ

Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan,
maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
👉

Ayat 59
قُلِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ
وَسَلَامٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَىٰ ۗ
آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Segala puji tertentu bagi Allah
dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya.
Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
👉Orang yg dipilih adalah golongan nabi saw.

Ayat 60
أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَنْبَتْنَا بِهِ
حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ
مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu?
Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
👉

Ayat 61
أَمَّنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا
وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا
وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ
وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan
dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya
dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya;
dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
👉

Ayat 62
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ
وَيَكْشِفُ السُّوءَ
وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya,
dan yang menghapuskan kesusahan,
serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
👉

Ayat 63
أَمَّنْ يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ
وَمَنْ يُرْسِلُ الرِّيَاحَ
بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut,
dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
👉

Ayat 64
أَمَّنْ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
وَمَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya).
dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad):
"Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
👉

Ayat 65
قُلْ
لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ
وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi:
Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!"
Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
👉Malaikat atau nabi Musa dan sulaiman.

Ayat 66
بَلِ ادَّارَكَ عِلْمُهُمْ فِي الْآخِرَةِ ۚ
بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِنْهَا ۖ
بَلْ هُمْ مِنْهَا عَمُونَ

Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
👉zajrun

Ayat 67
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا
وَآبَاؤُنَا
أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Adakah sesudah kami menjadi tanah,
dan juga datuk nenek kami,
adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
👉Syikayah.

Ayat 68
لَقَدْ وُعِدْنَا هَٰذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

"Demi sesungguhnya,
kami telah dijanjikan dengan perkara ini,
kami dan juga datuk nenek kami dahulu;
ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
👉

Ayat 69
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَانْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
👉

Ayat 70
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَلَا تَكُنْ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,)
dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
👉Tasliyah

Ayat 71
وَيَقُولُونَ
مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka bertanya:
"Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar?"
👉

Ayat 72
قُلْ
عَسَىٰ أَنْ يَكُونَ رَدِفَ لَكُمْ بَعْضُ الَّذِي تَسْتَعْجِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu".
👉

Ayat 73
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya
tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
👉

Ayat 74
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ
مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka
dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).
👉

Ayat 75
وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi,
melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
👉

Ayat 76
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ
عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan
kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal ugama) yang mereka berselisihan padanya.
👉

Ayat 77
وَإِنَّهُ لَهُدًى
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 78
إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ بِحُكْمِهِ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya,
dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
👉

Ayat 79
فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۖ
إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ

Oleh itu, berserahlah kepada Allah,
sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.
👉

Ayat 80
إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ
وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ
إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu,
dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu,
apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).
👉Tasliyah kepada nabi.
Orang mati dan pekak asli tidak mampu mendengar.

Ayat 81
وَمَا أَنْتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَنْ ضَلَالَتِهِمْ ۖ
إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ
بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka;
engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,
kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.
👉

Ayat 82
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ
أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ
تُكَلِّمُهُمْ
أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia,
Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka,
bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
👉Takhwif ukhrowi
Binatang boleh bercakap dibukit safar atau perkara yg luarbiasa akan berlaku apabila berlaku Qiamat.

Ayat 83
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا
مِمَّنْ يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا
فَهُمْ يُوزَعُونَ

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
👉Ini akhirat.

Ayat 84
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوا
قَالَ أَكَذَّبْتُمْ بِآيَاتِي
وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا
أَمَّاذَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman:
"Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi?
Atau apakah yang kamu telah lakukan?"
👉Boleh jadi dipadang mashyar atau pinggir neraka.
Mendustakan ayat2 Allah dgn tidak mengetahui pun ayat2 Allah.
Selain mensyirikkan adalah menzalimi hamba Allah seperti membunuh nabi.

Ayat 85
وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ بِمَا ظَلَمُوا
فَهُمْ لَا يَنْطِقُونَ

Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar),
lalu mereka diam membisu.
👉

Ayat 86
أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ
لِيَسْكُنُوا فِيهِ
وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya,
dan menjadikan siang terang-benderang?
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
👉

Ayat 87
وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ
فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۚ
وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali mereka yang dikekhendaki Allah;
dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 88
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً
وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ
صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ
إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku,
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
👉Tepat dan tekun أَتْقَنَ

Ayat 89
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ
فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا
وَهُمْ مِنْ فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya)
maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya,
dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
👉Undang2 akhirat.
Kebajikan yg sudah dikira makbul.

Ayat 90
وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ
فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ
هَلْ تُجْزَوْنَ
إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya)
maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka):
"Kamu tidak diberi
melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan".
👉Aqidah syirik بِالسَّيِّئَةِ

Ayat 91
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ
الَّذِي حَرَّمَهَا
وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ
وَأُمِرْتُ
أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini
yang telah menjadikannya suci lagi dihormati
dan yang menguasai segala-galanya;
dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), 👉Dalil wahyu.

Ayat 92
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ ۖ
فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ
فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنْذِرِينَ

"Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran".
Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya)
maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang sesat,
maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
👉Arahan tabligh

Ayat 93
وَقُلِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ
سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ
فَتَعْرِفُونَهَا ۚ
وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung),
Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)";
dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan