Surah qasas ,nabi saw perlu berani sbgmn nabi Musa .
Surah ankabuut ,umat nabi perlu berani mentablighkan wahyu seperti nabi saw berani.
Bhg pertama1-40pasti ada musibah2 bg yg menerima wahyu
Bhg dua 41-akhir.penentang wahyu Allah akan dihukum oleh Allah nanti diakhirat.
Ayat 1
الم
Alif, Laam, Miim.
Ayat 2
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا
آمَنَّا
وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman",
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
👉Da'wa surah.
Ayat 3
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ
فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ
الَّذِينَ صَدَقُوا
وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman,
dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
👉Tasliyah
Allah zahirkan فَلَيَعْلَمَنَّ
Ayat 4
أَمْ حَسِبَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ أَنْ يَسْبِقُونَا ۚ
سَاءَ مَا يَحْكُمُونَ
Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab Kami?
Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu.
👉Da'wa ke2
Ayat 5
مَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ اللَّهِ
فَإِنَّ أَجَلَ اللَّهِ لَآتٍ ۚ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Sesiapa yang percaya akan pertemuannya dengan Allah (untuk menerima balasan),
maka sesungguhnya masa yang telah ditetapkan oleh Allah itu akan tiba (dengan tidak syak lagi);
dan Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Ada hubungan dgn Ayat 1
Buat amalan persediaan menemui allah.
Maha mendengar susah payah kamu dlm taat
Ayat 6
وَمَنْ جَاهَدَ
فَإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam)
maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk.
👉Jihad hamba hanyalah untuk kebaikan hamba itu sendiri.
Jihad adalah sanggup susah payah atau utamakan Din Allah sesuatu dari yg lain
Hasil jihad akan ada balasan.
Ayat 7
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَنُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ
أَحْسَنَ الَّذِي كَانُوا يَعْمَلُونَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan-kesalahan mereka,
dan Kami akan membalas apa yang mereka telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan.
👉Tabsyir
Ayat 8
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حُسْنًا ۖ
وَإِنْ جَاهَدَاكَ
لِتُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ
فَلَا تُطِعْهُمَا ۚ
إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ
فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,
maka janganlah engkau taat kepada mereka.
Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
👉jihad mesti diteguhkan walaupun ditentang oleh ibubapa.
Allah bg tau,buat baik pada ibubapa cuma tidak boleh taat bila disuruh syirik.
Ayat 9
وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
لَنُدْخِلَنَّهُمْ فِي الصَّالِحِينَ
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, sudah tentu Kami akan masukkan mereka dalam kumpulan orang-orang yang soleh (dengan mendapat sebaik-baik balasan).
👉Tabsyir lagi.
Amal Soleh menepati sunnah
Golongan soleh,ahli syurga.
Ayat 10
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ
فَإِذَا أُوذِيَ فِي اللَّهِ
جَعَلَ فِتْنَةَ النَّاسِ كَعَذَابِ اللَّهِ
وَلَئِنْ جَاءَ نَصْرٌ مِنْ رَبِّكَ
لَيَقُولُنَّ إِنَّا كُنَّا مَعَكُمْ ۚ
أَوَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِمَا
فِي صُدُورِ الْعَالَمِينَ
Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah";
kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah,
ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia).
Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu,
mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?
👉Zajrun tentang kaum munafik,zahir Islam tapi dlman tidak sama.
Ayat 11
وَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا
وَلَيَعْلَمَنَّ الْمُنَافِقِينَ
Dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman,
dan sesungguhnya Ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.
👉Tabsyir dan hikmah sanggup susah payah kerana agama.Ini nilai hamba
Orang munafik tidak akan sanggup susah payah.
Ayat 12
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
لِلَّذِينَ آمَنُوا
اتَّبِعُوا سَبِيلَنَا
وَلْنَحْمِلْ خَطَايَاكُمْ
وَمَا هُمْ بِحَامِلِينَ
مِنْ خَطَايَاهُمْ مِنْ شَيْءٍ ۖ
إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ
Dan berkata pula orang-orang yang kufur ingkar kepada orang-orang yang beriman:
"Ikutlah jalan ugama kami, dan kami sedia menanggung kesalahan-kesalahan kamu (kalau kamu mengira perbuatan itu salah)".
Padahal mereka tidak akan dapat menanggung kesalahan orang-orang yang bersalah itu sedikitpun,
dan sesungguhnya mereka adalah berdusta.
👉Syikayah dan Takhwif ukhrowi
Kafir disini ialah munafik
Ayat 13
وَلَيَحْمِلُنَّ أَثْقَالَهُمْ
وَأَثْقَالًا مَعَ أَثْقَالِهِمْ ۖ
وَلَيُسْأَلُنَّ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَمَّا كَانُوا يَفْتَرُونَ
Dan sesungguhnya mereka akan menanggung beban-beban dosa mereka
dan beban-beban (dosa orang-orang yang mereka sesatkan) bersama-sama dengan beban-beban dosa mereka sendiri;
dan sesungguhnya mereka akan ditanya pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ada-adakan secara dusta itu.
👉Dosa disebabkan Fahaman yg syirik atau dosa menyesatkan orang.
Ayat 14
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَىٰ قَوْمِهِ
فَلَبِثَ فِيهِمْ أَلْفَ سَنَةٍ
إِلَّا خَمْسِينَ عَامًا
فَأَخَذَهُمُ الطُّوفَانُ
وَهُمْ ظَالِمُونَ
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya,
maka tinggalah ia dalam kalangan mereka selama sembilan ratus lima puluh tahun;
akhirnya mereka dibinasakan oleh taufan
sedang mereka berkeadaan zalim (dengan kufur derhaka).
👉Dali naqli.lama masa nabi Nuh berada dlm kaumnya 950 tahun.zalim kerana syirik kepada Allah.
Ayat 15
فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَصْحَابَ السَّفِينَةِ
وَجَعَلْنَاهَا آيَةً لِلْعَالَمِينَ
Maka dengan itu Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera,
dan Kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami
dan memberi pengajaran insaf kepada sekalian makhluk.
👉
Ayat 16
وَإِبْرَاهِيمَ
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
اعْبُدُوا اللَّهَ
وَاتَّقُوهُ ۖ
ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ibrahim,
ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Sembahlah kamu akan Allah
dan bertaqwalah kepadaNya;
yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu tahu (membezakan yang baik dari yang buruk).
👉
Ayat 17
إِنَّمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ
أَوْثَانًا
وَتَخْلُقُونَ إِفْكًا ۚ
إِنَّ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقًا
فَابْتَغُوا عِنْدَ اللَّهِ الرِّزْقَ
وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ ۖ
إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
"Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang,
tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.
Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu,
tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu;
oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah,
dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah),
kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan.
👉
Ayat 18
وَإِنْ تُكَذِّبُوا
فَقَدْ كَذَّبَ أُمَمٌ مِنْ قَبْلِكُمْ ۖ
وَمَا عَلَى الرَّسُولِ
إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
"Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran ugama Allah yang aku sampaikan kepada kamu),
maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya);
dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata".
👉Jumlah muktaridoh.
Ayat 19
أَوَلَمْ يَرَوْا
كَيْفَ يُبْدِئُ اللَّهُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ ۚ
إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.
👉Dalil aqli mengenai kebangkitan dan hidup semula.
Ayat 20
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا
كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ۚ
ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi,
serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya;
kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Dalil dgn melihat berjalan dimuka bumi ini.
Ayat 21
يُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ
وَيَرْحَمُ مَنْ يَشَاءُ ۖ
وَإِلَيْهِ تُقْلَبُونَ
"Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang ingkar),
dan Ia juga yang memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendakiNya (iaitu orang-orang yang beriman);
dan kepadaNyalah kamu semua akan dikembalikan (untuk menerima balasan).
👉
Ayat 22
وَمَا أَنْتُمْ بِمُعْجِزِينَ فِي الْأَرْضِ
وَلَا فِي السَّمَاءِ ۖ
وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ
مِنْ وَلِيٍّ
وَلَا نَصِيرٍ
"Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi
dan tidak juga di langit (sekalipun);
dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung
dan penolong yang lain dari Allah
👉
Ayat 23
وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ
وَلِقَائِهِ
أُولَٰئِكَ يَئِسُوا مِنْ رَحْمَتِي
وَأُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah
dan pertemuan denganNya,
mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu;
dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉
Ayat 24
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ
إِلَّا أَنْ قَالُوا
اقْتُلُوهُ أَوْ حَرِّقُوهُ
فَأَنْجَاهُ اللَّهُ مِنَ النَّارِ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ
لَآيَاتٍ
لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Kemudian, seruan Nabi Ibrahim tidak dijawab oleh kaumnya
melainkan dengan kata-kata (tentangan yang keras):
"Bunuhlah dia atau bakarlah dia".
Maka Allah selamatkan Nabi Ibrahim dari api (yang disediakan oleh kaumnya).
Sesungguhnya peristiwa yang demikian,
mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang (mahu) beriman.
👉
Ayat 25
وَقَالَ
إِنَّمَا اتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا
مَوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ
ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَة
ِيَكْفُرُ بَعْضُكُمْ بِبَعْضٍ
وَيَلْعَنُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا
وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ
وَمَا لَكُمْ مِنْ نَاصِرِينَ
Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya): "Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala,
tidak menyembah Allah itu,
hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain,
dan setengah kamu pula akan melaknatkan setengahnya yang lain;
dan (kesudahannya) tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
👉
Ayat 26
فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ ۘ
وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَىٰ رَبِّي ۖ
إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Setelah itu Lut beriman kepadanya
dan Nabi Ibrahim pun berkata: "Aku hendak berhijrah kepada TuhanKu,
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
👉hijrah ke Syam.
Ayat 27
وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ
وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ
النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ
وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا ۖ
وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ
Dan Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya) dan Yaakub (cucunya);
dan Kami jadikan dalam kalangan keturunannya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama;
dan Kami berikan balasannya yang baik di dunia;
dan sesungguhnya adalah ia, pada hari akhirat, dari orang-orang yang soleh.
👉
Ayat 28
وَلُوطًا
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ
مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut
tatkata ia berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji,
yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.
👉
Ayat 29
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ
وَتَقْطَعُونَ السَّبِيلَ
وَتَأْتُونَ فِي نَادِيكُمُ الْمُنْكَرَ ۖ
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ
إِلَّا أَنْ قَالُوا ائْتِنَا بِعَذَابِ اللَّهِ
إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
"Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)?
Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)?
Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu?
" Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek):
"Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".
👉
Ayat 30
قَالَ رَبِّ انْصُرْنِي
عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
Nabi Lut berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)".
👉
Ayat 31
وَلَمَّا جَاءَتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُشْرَىٰ
قَالُوا إِنَّا مُهْلِكُو أَهْلِ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ ۖ
إِنَّ أَهْلَهَا كَانُوا ظَالِمِينَ
Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: "Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini),
sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim".
👉Daerah sadum
Ayat 32
قَالَ إِنَّ فِيهَا لُوطًا ۚ
قَالُوا نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَنْ فِيهَا ۖ
لَنُنَجِّيَنَّهُ
وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
Nabi Ibrahim berkata: "Sebenarnya Lut ada di bandar itu". Mereka menjawab: "Kami mengetahui akan orang yang tinggal di situ.
Sesungguhnya kami akan menyelamatkan dia
dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) -
kecuali isterinya, ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan".
👉
Ayat 33
وَلَمَّا أَنْ جَاءَتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ
وَضَاقَ بِهِمْ
ذَرْعًا
وَقَالُوا لَا تَخَفْ
وَلَا تَحْزَنْ ۖ
إِنَّا مُنَجُّوكَ
وَأَهْلَكَ إِلَّا امْرَأَتَكَ
كَانَتْ مِنَ الْغَابِرِينَ
Dan ketika datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Lut, ia merasa dukacita dengan kedatangan mereka,
dan merasa tidak terdaya untuk mengawal mereka (dari gangguan kaumnya);
dan (setelah melihatkan halnya yang demikian), utusan-utusan itu berkata:
"Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita, sesungguhnya kami akan menyelamatkanmu
dan keluargamu (serta pengikut-pengikutmu) - kecuali isterimu,
ia adalah dari orang-orang yang dibinasakan.
👉
Ayat 34
إِنَّا مُنْزِلُونَ عَلَىٰ أَهْلِ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ رِجْزًا
مِنَ السَّمَاءِ
بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
"Sesungguhnya kami (diutuskan) untuk menurunkan atas penduduk bandar ini azab
dari langit,
disebabkan mereka melakukan kejahatan (kufur dan maksiat)".
👉
Ayat 35
وَلَقَدْ تَرَكْنَا مِنْهَا
آيَةً
بَيِّنَةً
لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan demi sesungguhnya, Kami telah (binasakan bandar itu dan telah) tinggalkan
bekas-bekasnya sebagai satu tanda (yang mendatangkan iktibar)
bagi orang-orang yang mahu memahaminya.
👉
Ayat 36
وَإِلَىٰ مَدْيَنَ أَخَاهُمْ شُعَيْبًا
فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ
وَارْجُوا الْيَوْمَ الْآخِرَ
وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib;
lalu ia berkata: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah,
dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat,
dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi".
👉
Ayat 37
فَكَذَّبُوهُ
فَأَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ
فَأَصْبَحُوا فِي دَارِهِمْ جَاثِمِينَ
Maka mereka mendustakannya,
lalu mereka dibinasakan oleh gempa bumi,
serta menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing.
Ayat 38
وَعَادًا وَثَمُودَ
وَقَدْ تَبَيَّنَ لَكُمْ مِنْ مَسَاكِنِهِمْ ۖ
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ
فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ
وَكَانُوا مُسْتَبْصِرِينَ
Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh);
dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka;
dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka:
amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah).
👉
Ayat 39
وَقَارُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَامَانَ ۖ
وَلَقَدْ جَاءَهُمْ مُوسَىٰ بِالْبَيِّنَاتِ
فَاسْتَكْبَرُوا
فِي الْأَرْضِ وَمَا كَانُوا سَابِقِينَ
Dan (ingatkanlah juga peristiwa kebinasaan) Qarun dan Firaun serta Haman.
Dan demi sesungguhnya Nabi Musa telah datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang jelas nyata,
lalu mereka berlaku sombong takbur di bumi (mendustakannya),
padahal mereka tidak dapat melepaskan diri (dari azab Allah).
👉
Ayat 40
فَكُلًّا
أَخَذْنَا بِذَنْبِهِ ۖ
فَمِنْهُمْ
مَنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِبًا
وَمِنْهُمْ
مَنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ
وَمِنْهُمْ مَنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ
وَمِنْهُمْ مَنْ أَغْرَقْنَا ۚ
وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ
وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya,
iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu;
dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi;
dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut.
Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
Ayat 41
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ
كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ
وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ
لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya);
padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah,
kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
👉
Ayat 42
إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ مِنْ شَيْءٍ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Sesungguhnya Allah mengetahui (kepalsuan) apa jua yang mereka sembah yang lain daripadaNya,
dan Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
👉
Ayat 43
وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ ۖ
وَمَا يَعْقِلُهَا إِلَّا الْعَالِمُونَ
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia,
dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
👉
Ayat 44
خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِلْمُؤْمِنِينَ
Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang layak dan berhikmat;
sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.
👉
Tiada ulasan:
Catat Ulasan