Selasa, Oktober 31, 2017

Tafsir asas sesi 43.

Sambungan Usul 14
Bab kesinambungan dan kesesuaian diantara perkataan Muqsam bihi  dan muqsam alaih

Pelajar al quran hdklah mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih.Khususnya apabila Allah bersumpah dgn fenomena alam dan makhluk ciptaanNya.Ia perlu merenung dgn mendlm untuk mendapatkan rahsia dan hikmat yg tersimpan disebalik perhubungan antara ke2 rukun qasam(sumpah)itu.
Dengan mengetahui perhubungan dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih,kebesaran al quran dan keagungannya akan menguasai minda sesaorang.
Perhubungan antara keduanya adakalanya nyata dan adakalanya pula agak tersembunyi.
Minda yg tajam dan jiwa yg  hening jua akan dapat menangkap sesuatu  yg tersembunyi atau tidak nyata.

Beberapa contoh kesesuaian dan kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih.

(1)Berdasarkan tertib turun alquran,surah yg  mula2 sekali mengandungi sumpah ialah Surah al qalam.Dipermulaannya terdapat sumpah Allah.

Lihat firman Allah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 1

مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
-Sura Al-Qalam, Ayah 2

وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
-Sura Al-Qalam, Ayah 3

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
-Sura Al-Qalam, Ayah 4

Muqsam bihi terdapat didlm ayat pertama surah. ن ۚ وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ
Muqsam bi hi َالْقَلَمِ   
Muqsam bihi َمَا يَسْطُرُونَ
Ayat 2-4 pula merupakan muqsam alaih atau jawab qasam
Ayat 2
مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Ayat3
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
Ayat 4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Pena dan apa yg mereka tulis -yg tersebut sebagai muqsam bihi didlm ayat surah al-qalam ini telah dipakai oleh para ulama tafsir dgn dua erti.
(a)semua pena atau alat tulis yg digunakan oleh manusia untuk menulis .Apa yg mereka tulis pula bermaksud apa sj yg ditulis manusia.
(b)Pena yg digunakan oleh para sahabat untuk menulis dan mencatat al-quran yg diturunkan kepada nabi saw.Apa yg mereka tulis pula bererti al quran yg ditulis oleh para sahabat didlm mushaf2.

Al-quran yg diturunkan kepada Muhamad merupakan nikmat Allah kepadanya dan juga kepada seluruh manusia.Ia penuh dgn kebenaran,panduan hidup dan keajaiban.
Bagaimana boleh seorang yg telah menerima al-quran yg begitu sifatnya dari Allah dan menyampaikannya kepada manusia dituduh gila oleh pembesar2 Quraisy?!
Padahal orang yg dituduh mereka sebagai gila itu hidup bersama mereka sekian lama dan mereka sendiri mengakui tentang kebijaksanaan dan ketinggian akhlaknya.
Bukan al-quran shj membuktikan kebenaran Muhamad,kewujudan beliau dikalangan mereka sendiri buat sekian lama juga merupakan bukti yg terang tentang kebenarannya.Tiada orang lain yg lebih mengenalinya daripada mereka.
Kenapa mereka tetap menuduhnya gila?Tidak lain ,kerana alquran itulah juga.
Kalaulah manusia-termasuk orang2 kafir quraisy-memerhatikan al-quran dan membandingkannya dgn buku2 lain yg ditulis manusia,tentu mereka akan sedar bahawa al-quran itu bukan hasil ciptaan manusia.
Ia adalah kalam Allah.Manusia tidak akan mampu menandinginya,bahkan tidak akan mampu mengadakan satu surah pun seumpamanya.

Muqsam alaih yg tersebut didlm ayat 2-4 bukan dikemukakan untuk menghibur hati Nabi saw.
Bukan juga memujuk beliau yg begitu sakit hati dan sedih dgn kata2 kesat dan tuduhan liar yg dilemparkan oleh pemuka2 Quraisy terhadap beliau.
Ia sebaliknya merupakan bukti yg membenarkan Muhamad saw dan mendustakan orang2 yg menuduhnya gila.Orang2 yg menuduhnya itulah sebenarnya yg gila.Nabi saw yg yakin bahwa beliau adalah rasul yg haq dari Allah dan diperkuat pula dgn al quran ,tentunya tidak terkesan dgn tuduhan2 palsu seperti itu.
Itulah ringkasan kaitan antara muqsam bihi dan muqsam alaih dlm surah al qalam ini.
Ini cuma secara ringkas,jika nak detail kena perjelaskan lagi.

Ada beberapa perkara yg perlu kita sedar dan perlu dikaitkan dgn pelajaran yg telah lepas.

Mengikut Tertib yg ada dlm mashaf.
Mula2 sumpah dlm surah annisa
Satu lagi tertib adalah tertib nuzul atau turun Quran.maka surah qalam  adalah sumpah yg mula2 sekali.
Sekarang kita nak tahu kaitan muqsam bihi dan muqsam alaih.

Tuhan bersumpah dgn pena atau kalam atau makhluk.
Pen adalah kejadian yg dibuat oleh makhluk.
Kejadian Tuhan yg mula2 sekali adalah Qalam.

Tulis2 ini perkara besar.Akan diperhitungkan nanti.
Besar makna,tulisan akan ditanya,kerana berlaku perang,akan dapat hidayah dll.
Penulis akan ada sentiasa.
Cuma tulis dua macam
Tulisan ada 2macam ,satu sebar fitnah dan satu lagi sebar kebaikan. Dgn sebab tulis akan dapat hidayah .
Sain guna pen,boleh diluluskan dan segala2nya boleh berlaku.
Bila tulis ,ada benda yg ditulis.
Byknya buku diperpustakaaan.
Buku ,yg mencerahkan atau mengelapkan fikiran.
Sebab itu allah bersumpah dgn pen.
Tulisan menyebabkan berlaku revolusi.
Bertumpah darah ,bermula dgn tulis.
Quran  ditulis dan hadis juga ditulis.
Sapa tulis?
Apa yg ditulis?Tulis dgn apa?

Dlm kitab yg tersimpan dgn rapi
Ibu segala kita,tempat yg tertulis.
Ada sudah ditulis sebelum kewujudan kita lagi.
Kita sj yg tak tahu.
Boleh nak sebar dan macam2.
Yg tak boleh ,Tulisan di Louhmahfuz tak boleh disentuh dan quran.
Jika orang yg bawa kitab yg seperti dituduh gila.
Tengok dulu yg dibawa,jgn main tuduh.
Tengok akhlaknya,
Padahal dia boleh baca.
Pada hal muhamad yg paling cerdik.
Jika nak ikut tuduh,boleh tuduh belaka.
Nak nilai tengok dulu apa yg dibawa.
Yg dibawa atau disuruh adalah keadilan,adakah ini salah.

Tengok 3 perkara ini

Ayat 2
مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

Ayat3
وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
Ayat 4
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Ini yg tuhan perkemaskan dan ini yg nak jadi panduan.
Orang bw kebenaran akan jadi molek.
Setelah 23tahun dapat sambutan.
Apa yg dibw dan perangainya.
Tengok akhlaknya.tapi sifat orang kata kat orang gila tu ,macam mn pula?
Akhlak nabi macam mana?
Akhlak nabi adalah Quran.
Pernah nabi pukul hamba.larang memukul hamba adalah.
Pukul hamba.tidak pernah
Pukul isteri,tidak pernah.
Jenis pemaaf
10tahun Anas berkhidmat,tak pernah nabi tanya kenapa buat begini?Itu Anas bg tau.

Baca ayat beikutnya,
فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka (tidak lama lagi) engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
-Sura Al-Qalam, Ayah 5
بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua.
-Sura Al-Qalam, Ayah 6

Siapakah sebenarnya yg gila??
Bukan yg dituduh gila.
Ada ke dlm dunia ini ,dok pakai yg gila?
Terima nabi seorang amanah tetapi sanggup tuduh nabi bila nabi bw quran.
Nabi yg tolong selesaikan masalah angkat hajarul aswad.
Pengajaran,dlm perjuangan ini tidak boleh cepat2.
Sampai masa tuhan akan ubah juga.
Belum sampai masa kena sabar.
Jgn jadi sehibilhud(nabi yg telah ditelan oleh ikan)
Hadis,Jgn kamu melebihkan aku drp yunus bin mata'.
Perjuangan perlukan masa seperti buah akan luruh bila tiba masa.buat sj kerja .jgn ga'duh.tak sampai masa teruskan sj.
Ini lah kerja (menyampaikan agama)jariah.pahala yg akan mengalir.
Sebab itulah muqsam alaih.
Orang gila tu hanya sangat jarang dan untuk pengajaran.
Tiba2 begitu ramai sekali dok ikut orang gila?
Bahkan orang jadi baik bila dia ikut amarannya.
Kenapa akhlaknya molek?
Sebab dia ikut quran.
Sebab itu ulamak ramai yg menulis.
Nabi seorang sangat yakin dgn quran.

(2)Contoh ke2 melihat kesinambungan antara muqsam bihi dan muqsam alaih.Berdasarkan tertib turun surah al fajr yg ke5 mengandungi sumpah allah
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ وَالْفَجْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Demi waktu fajar;
-Sura Al-Fajr, Ayah 1

وَلَيَالٍ عَشْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);
-Sura Al-Fajr, Ayah 2

وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
-Sura Al-Fajr, Ayah 3

وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْرِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan malam, apabila ia berlalu; -
-Sura Al-Fajr, Ayah 4

هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna?
-Sura Al-Fajr, Ayah 5

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
-Sura Al-Fajr, Ayah 6
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya)
-Sura Al-Fajr, Ayah 7
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)?

-Sura Al-Fajr, Ayah 8
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)?

-Sura Al-Fajr, Ayah 9

وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh?

-Sura Al-Fajr, Ayah 10

الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ

(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).

-Sura Al-Fajr, Ayah 11
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
-Sura Al-Fajr, Ayah 12

Jika orang belajar ilmu balaghah bahasanya sangat unik dan tinggi.

وَالْفَجْرِ
وَلَيَالٍ عَشْرٍ
وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
وَاللَّيْلِ إِذَا يَسْر
هَلْ فِي ذَٰلِكَ قَسَمٌ لِذِي حِجْرٍ
Hujungnya berakhir dgn raa.
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ
الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ
وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ
وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ
الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ
فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ
Hujungnya berakhir dgn dal
Ini adalah termasuk dlm muhasinat lafziyah.
Padahal bukan syair.,orang yg reti bahasa arab akan terpegun.

Begitu juga dgn isinya.besar isinya.
Al quran cuba kaitkan kita dgn sejarah.
Suruh kita belajar dari sejarah,supaya kita selamat.
Tapi sekali tengok tiada apa?
Cuba selami maksudnya.
Selepas mengemukakan 4benda,muqsambihi ,(yg tuhan buat bersumpah dgnnya.
1. Demi waktu fajar;
2. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah);...mlm yg mana?
3. Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
4. Dan malam, apabila ia berlalu; -
Setelah itu baru dikemukakan muqsam alaih .
Muqsam alaih dok jauh.
Tadi dlm surah qalam,muqsamalaih dok dekat tapi ini muqsam alaih dok jauh dgn beberapa peristiwa.
Ma antabinik..muqsam alaih
مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Engkau (wahai Muhammad) - dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).
-Sura Al-Qalam, Ayah 2

Surah fajr tidak ,ia diselangi atau dipisahkan dgn ,beberapa peristiwa.beberapa cerita.cerita itu sebagai pengajaran.kena beringat ,tuhan dok tunggu tu.tuhan dok perhati
إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
-Sura Al-Fajr, Ayah 14

👉👉Labirmirsod لَبِالْمِرْصَادِ ini kalu kita adalah askar yg pergi kedepan.dia dok tunggu dan intai.
Beringat sikit ,tuhan dok perhati.berapa kaum telah dihancurkan.Begitu sunnah allah ,memang tuhe perhati dan yg tidak betul akan lenyap.
Ini baru muqsam alaih
Masuk hutan jgn tak tetu kalu,setiap langkah kena beringat.

إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat)
-Sura Al-Fajr, Ayah 14

Sebagaimana allah telah mengawasi umat2 yg terdahulu ,allah juga akan mengawasi umat2 semasa umat nabi muhamad dan menghukumnya.
Manusia nak hancur atau tukar dgn benda lain.begitulah.
Muqsam bihi itu kehancuran kaun add ,kaum tsamud waktu tuhan bersumpah dgnnya iaitu waktu malam,waktu fajr yg sepuluh,waktu genap dan ganjil.
Puak2 itu kalu dengar ,sudah takut .
Sebab itu kena beringat hukum tuhan boleh dtg bila2 masa jika bersalah seperti rakyat yg melanggar undang2 negara ,polis akan dtg bila2 masa.
Kaum nabi saleh ,hukuman dtg waktu fajr.
Kenapa tuhan hancurkannya?

Kemudian allah mengemukakan kisah kehancuran 3kaum yg bermaharaja dinegerinya.Selepas itu baru dikemukakan muqsam alaihinya

Mereka telah mendustakan ayat2 tuhan.
Mendustakan seorang rasul sama mendustakan semua rasul2 sebab ajarannya sama,yg menyebabkan kemurkaan allah.
Mereka hanya fikir mereka sentiasa selamat,tiba2 dtg azab allah.jgn .bila azab allah dtg tiada apa lagi tinggal .
Tuhan buat untuk manusia fikir dan pengajaran.
Kerja umat islam adalah royat dan royat.
Hari 10 muharam,selamat dari kejaran firaun (yg bunuh anak lelaki dan penghambaan bani israel)

Azab tuhan pada loni ,cara loni.
Jika nak selamat ,jagalah agama.
Saddam Hussin ,parti ba aah telah lama meninggalkan islam

Surah al haqqah.
Kaitan muqsambihi dan muqsam alaihi.
Makna demi yg genap dan yg ganjil ada byk tapi disini kaitan muqsam bihi dan muqsa alaih shj.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan