Isnin, April 09, 2018

Sahih bukhari kitab solat sesi 31

Sesi 31

Bab 10

Bab kaffarah berludah didlm masjid

Ib m dr.  Anas bin malik dari nabi ,berludah masjid satu kesalahan dan kaffarahnya adalah menimbusnya

Jika tak boleh timbus ludah maka berdosa lah meludah.
Tapi tidak sebesar dosa zina atau mengumpat atau jimak dibulan puasa
Kaffarahnya adalah dgn menimbus.
Diluar masjid boleh meludah dan jika kearah kiblat

Bab 11
Bab menimbus kahak (air ludah,kahak dan hingus)dlm masjid

Dosa tidak boleh dibiarkan

Iman bukhari meriwayatkan dari abu hurairah dari nabi saw telah berkata apabila sesorang berdiri untuk solat maka jgn lah meludahkan kehadapan sesungguhnya allah berada dihadapan dan jgn ke sebelah kanan kerana disebelah kanan ada malakan(malaikat)berludahlah kesebelah kiri atau kebawah kaki kiri.dan hendalah menimbusnya

Bab 12
Bab apabila sesaorang terdorong untuk meludah hendaklah dia mengambil ludahnya dgn hujung  kainnya

Imam bukhari meriwayatkan dari anas bin malik sesungguhnya dia melihat rasullah saw nampak air ludah didinding kiblat menyebabkan nampak airmuka nabi berubah.dan dia membuangnya dgn tangan dan dia berkata sesungguhnya apabila sesorang berdiri untuk solat sesungguhnya allah berada dihadapannya atau tuhannya berada dihadapannya dan kiblatnya maka janganlah dia meludah kehadapannya tapi meludah kesebelah kiri atau bawah kakinya dan menimbusnya.

Kaffarah= menghapuskan
Kaffarah ada berbagai cara,wuduk,doa selepas majlis.
Kafir= menutup
kafir ada kaitan dgn kaffarah
Quran,allah akan kaffarahkan dosa2 kecil jika menjauh dosa besar.
Kaffarah=masalah persaorangan,orang islam shj.
Had@hudud=masalah dgn allah.manusia tidak boleh memaafkan dan termasuk juga orang kafir juga kena hudud
Qisas juga manusia dgn manusia lain.

Jika tutup keaiban saudara dia ,allah tutup keaiban diakhirat.
Air ludah tidak salah,yg salah sebab ludah dlm masjid.
Mengantuk tidak salah tetapi merbahaya kalu sedang memandu atau ketika didengarkan ayat quran atau kelas pengajian.

Penghormatan kepada malaikat yg dtg berada dimasjid
Malaikat dok disebelah kanan orang yg bersolat
Malaikat mulhim=malaikat yg memberi ilham yg baik
Malaikat rahmat.yg sangat perlu setiap saat.
Berok dtg ketika koma dan boleh bercakap,siapa beruk tu?boleh jadi jin@ malaikat

Kinayah
contoh saya nak ambil bunga yg cantik ditepi rumah tuan.
Boleh makna nak bunga atau nak meminang anak perempuan

Boleh atau tak boleh, tak boleh guna aqal.ini ditentu oleh allah dan rasul.

Lian boleh buat dlm masjid.
Solat untuk orang lain adalah tiada dan disebut dlm hadis.
Posa dan haji ada,tapi tak boleh diqiaskan dgn solat.

Cerai kinayah,kena tanya niat@maksud.
Kinayah membuang ludah begitu begini adalah dia tak bg ludah.paling tinggi guna sapu tangan untuk ludah atau meludah diluar masjid.  

Bg bukhari dr segi hakikat boleh meludah sebab air ludah bukan najis.
Dilarang meludah adalah untuk menghormati masjid dan juga malaikat yg ada dlm masjid.

Malaikat tak suka perkara yg kotor dan menjijikan(bukan najis)
Mesti berusaha untuk berbaik2 dgn malaikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan