Isnin, April 09, 2018

Sahih bukhari kitab solat sesi 33

Sesi 33
Bab boleh dikatakan masjid bani (anak2@keluarga)fulan

Ib dgn sanadnya meriwayat dari abdullah bin umar
Nabi saw telah mengadakan pertandingan antara kuda untuk perlumbaan bermula perkampungan bani sadiah ke wadaie.
Dan nabi mengadakan pertandingan bukan kuda yg tidak disediakan untuk perlumbaan lumba yg bermula perkampungan bani saniah ke masjid zuraiqin.
Dan abdullah bin umar telah menyertainya.

Idofah(pinjaman) ijaziyah.
Siapa masak nasi?allah
Siapa buat rumah?allah
Hakikatnya betul allah tetapi dipinjamkan kemampuan kepada tukang masak dan tukang rumah.

Bumi ini semua untuk allah,jadi tak leh syirik.
Bumi ini adalah hak allah.

Kaitan kelebihan saf pertama dgn kehidupan.
Saf pertama lebih utama kerana bersedia untuk mengantikan imam yg ada masalah,itulah kelebihan orang disaf depan iaitu kesediaan menggalas tanggungjawab.jika tak boleh dlm mengantikan imam boleh juga dlm bidang lain boleh memberi sumbangan unuk islam dlm bidang yg boleh dan mampu.

Masjid bani zurih?dari zaman nabi lagi.
Ada kah masjid ini semasa perlumbaan itu lagi atau selepasnya.

Orang bersedekah kepada pencuri,esuknya dia bg pada pelacur,esuknya dia bg pafda orang kaya.
Tetapi sedekah nya tetap dapat pahala dan telah menyebabkan pencuri,pelacur dan orangkaya memikir.

Kalu orang puji ambil tanah dan bubuh tanah dlm mulutnya.
Tapi ada kala nabi memuji sehingga di katakan ahli syurga
Ini menunjukan ada masa boleh puji dan tidak boleh dipuji.
Tak semua orang ,ada orang perlu diberi penghargaan

Pembelaan kuda supaya boleh jadi kuat dan tidak gemuk
Mula2 diberi makan yg sedap pah diberhentikan dan diberi makan yg biasa diberikan.ini akan menjadikanya kuat.
Anak pun begitu jika hanya diberi kemewahan akan merosakan anak.

Masjid walaupun dibina sepenuhnya oleh duit sesasorang bukan miliknya lagi,tapi ia menjadi hak allah sepenuhnya dan tak boleh dihalang sesiapa pun untuk dtg beribadah.
Tempat khusus untuk pembesar ,jika dah qomat tak dtg orang lain boleh duduk, tak boleh dibiar kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan