Sabtu, Ogos 11, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 19

40.Al mukminun/ghafir(85)makkiyah

41.al fusilat(54)makkiyah.
42.as syura(53)makkiyah
43.az zuhruf(89)makkiyah
44.ad dukhan(59)makkiyah
45.al jathiyat (37)makkiyah
46.al ahqaf(35)makkiyah
47.muhamad(38)madaniyah
48.al fath(29)madaniyah
49.al hujurat(18)madaniyah.
50 qaff(45)makkiyah

Surah Al mukminun/ghafir
Tertib surah 40
Bilangan ayatnya 85
Bilangan rukuk 9
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 60
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1 ayat 1-22 Nasihat supaya menerima seruan tauhid,kerasulan dan akhirat tanpa byk bertengkar dan bertekak
Paragraf 2 ayat 23-27Nasihat kepada pembesar2 quraisy supaya tidak bersikap dengan sikap firaun
Paragraf 3 ayat 28-54 Peristiwa benar seorang mukmin dari keluarga firaun
Paragraf 4 ayat 55-76 Arahan kepada Rasullah supaya terus menerus kepada ajaran tauhid dengan penuh  kesabaran dan istiqamah.
Paragraf 5 ayat 77-85 Nasihat  supaya menerima alquran berpandukan dalil2آفاقيdan تاريخي

Mesej utama
1.Nasihat supaya menerima seruan tauhid dan kepercayaan  kepada hari akhirat yg dikemukakan oleh al quran  berpandukan dalilتايخي،آفاقي،ٱنفسي،عقلي
2.Untuk mempertahankan kuasa dan pengaruh tidak perlulah manusia itu bertengkar,bertekak dan berbantah untuk menolak kebenaran

Surah al fusilat
Tertib surah 41
Bilangan ayatnya 54
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 61
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1 ayat 1-8 Pendahuluan dan pengenalan alquran
Paragraf 2 ayat 9-12 Dalil2 ٱفاقي untuk tauhid.
Paragraf 3 ayat 13-18 Dalil2 تاريخيuntuk tauhid-kisah kaum Aad dan Tsamud.
Paragraf 4 ayat 19-29 Akibat buruk musuh2 Allah (أَعْدَاءُاللّه)
Paragraf 5 ayat 30-36 Pahala orang yg berdakwah kepada ajaran tauhid yg dizalimi bersabar dan bersyukur
Paragraf 6 ayat 37-48 Dalil2 tauhid dan akhirat disamping pembatalan akidah syirik.
Paragraf 7 ayat 49-54 Dalil2 أنفسيuntuk orang2 yg tidak percaya kepada hari kemudian.

Mesej utama
Bersabar dan istiqamahlah setelah menerima seruan tauhid dan percaya kepada hari akhirat yg dikemukakan oleh al quran nescaya kamu akan diberi kejayaan didunia dan diakhirat.

Surah as syuura
Tertib surah 42
Bilangan ayatnya 53
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 62
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-12 Pengenalan wahyu alquran dan sifat2 tuhan disamping pembatalan akidah syirik.
Paragraf 2 ayat 13-20 Perintah menegakan agama
Paragraf 3 ayat 21-22 Pembatalan syariat yg diada2kan oleh orang2 musyirikin Mekah.
Paragraf 4 ayat 23-43 Pahala yg diperolehi  orang2 yg beriman dan sifat2 mereka.Dalil2 tauhid dan hari akhirat.
Paragraf 5 ayat 44-46 Akibat buruk yg akan diterima orang2 musyrikin dan orang2 kafir.
Paragraf 6 ayat 47-50 Perintah menerima seruan Allah dan dalil2 أنفسي
Paragraf 7 ayat 51-53 Tiga saluran wahyu dan kerasulan Muhamad.

Mesej utama
Tegakanlah sistem kemasyarakatan Islam berpandukan wahyu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan