Khamis, Ogos 23, 2018

Daurah tafsir darulkausar sesi 20

41.al fusilat(54)makkiyah.
42.as syura(53)makkiyah
43.az zuhruf(89)makkiyah
44.ad dukhan(59)makkiyah
45.al jathiyat (37)makkiyah
46.al ahqaf(35)makkiyah
47.muhamad(38)madaniyah
48.al fath(29)madaniyah
49.al hujurat(18)madaniyah.
50 qaff(45)makkiyah

Surah az zuhruf
Tertib surah 43
Bilangan ayatnya 89
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 63
Bilangan paragrafnya ada 9
Paragraf ayat 1-8Pendahuluan ,tujuan seruan alQuran dan sikap orang2 musyrikin.
Paragraf 2 ayat 9-14Dalil2 adanya hari kemudian berasaskan tauhidربوبيه dan خالقيه
Paragraf 3 ayat 15-25 Penolakan syirik في الذات
Paragraf 4 ayat 26-45 Bukti kebenaran ajaran tauhid yg dibawa Nabi Muhamad drp Nabi Ibrahim
Paragraf 5 ayat 46-56 Seruan tauhid oleh nabi Musa dan sikap firaun
Paragraf 6 ayat 57-66 Seruan tauhid oleh nabi isa dan penentang2nya
Paragraf 7 ayat 67-73 Kesudahan orang2 yg bertaqwa.
Paragraf 8 ayat 74-80 Kesudahan orang2 yg durjana.
Paragraf 9 ayat 81-89 Kesimpulan penolakan syirik dan bukti tauhidألوهيه

Mesej utama surah ini
1.Hendaklah kamu menerima tuhan yg menguasai langit sebagai raja yg menguasai bumi.
2.Tauhid خالية dan tauhid ربوبيه shj tidak memadai,manusia juga hendaklah menerima tauhid ألوهية dan عبادة serta tauhid حاكيمية

Zaman atau Masa turun surah ini.
Zaman akhir ,peringkat ke 4.
Kehidupan nabi dimekah boleh di bahagi 4
1.Zaman menyebar islam secara sulit
2.Zaman menyebar dakwah secara terbuka
3.Zaman mula2 kesan nyata,macam tuduhan kepada nabi dan diperolok2an.
4.Zaman peringkat akhir.iaitu ciri2 atau tanda sebagai panduan.Peringkat ini ada ancaman2 drp  kafir quraisy secara khusus sampai nak bunuh nabi danerkataan ttt seperti perkataan makar ,nak bunuh ,nak halau ini tanda peringkat ke4.Iaitu masa tahun ke10-13kenabian kemudian hijrah.
Surah ini diagak oleh ahli tafsir, lima tahun lebihkurang selepas surah duhkan dan jathiyah,
Zaman ini juga nabi dituduh dgn berbagai tuduhan seperti ahli sihir dan ada perancangan nak bunuh nabi saw.

Surah ad dukhan
Tertib surah 44
Bilangan ayatnya 59
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 64
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-8 Pengenalan tentang al Quran dan seruan tauhid berpandukan al Quran
Paragraf 2 ayat 9-16Sikap orang2 musyrikin,kritikan2 mereka dan keraguan serta penolakan mereka terhadap adanya hari akhirat.
Paragraf 3 ayat 17-33Kisah penentangan Firaun dan Bani Israel dan kisah Bani Israel terselamat drp kekejaman Firaun
Paragraf4 ayat 34-37 Penolakan adanya hari akhirat oleh orang2 musyirikin Mekah  dan ancaman untuk mereka dgn mengemukakan contoh kebinasaan kaum Tubba'
Paragraf 5 ayat 38- 42 Tujuan kejadian alam semesta
Paragraf 6 ayat 43- 50 Perincian layanan yg akan diberikan kepada orang2 musyrikin dan kafir didlm neraka
Paragraf 7 ayat 51-57 Layanan yg akan diberikan kepada orang2 yg bertaqwa didlm syurga
Paragraf 8 ayat 58-59 Pengulangan seruan alQuran,menghiburkan Rasullah dan ancaman ketua2 kafir Quraisy

Mesej utama.
1.Balasan buruk yg akan diterima oleh orang2 yg menolak seruan alquran  dan mengingkari  aqidah tauhid dan akidah  adanya  hari akhirat ialah kebinasaan didunia dan masuk akan neraka.
2.Demikian juga balasan kepada orang2 yg mengikuti jejak Firaun memuja dunia dan mencari pengaruh dan kedudukan yg tinggi tanpa sebenar  dimuka bumi.

Surah al jathiyat
Tertib surah 45
Bilangan ayatnya 37
Bilangan rukuk 4
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 65
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-6 Dalil2 alQuran tentang akidah tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat  drp العزيز الحكيم
Paragraf 2 ayat 7-11Kesombongan musyirikin Mekah,sikap suka memperolok2an ayat2 Allah dan kesyirikan  mereka dlm menyembah selain dr Allah.
Paragraf 3 ayat 12-15 Dalil2 keperluan bersyukur dan dalil2 (تاريخي(أيام الله
Paragraf 4 ayat 16-20 Tujuan syariat Muhamad selepas syariat Bani Israel
Paragraf 5 ayat 21-25 Perbahasan dgn golongan atheis yg hanya menurut hawa nafsu
Paragraf 6 ayat 26-35Keadaan hari qiamat ,akibat buruk orang2 durjana,sombong dan memperolok2kan agama
Paragraf 7 ayat 36-37 Puji2an kepada tuhan semesta alam yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Mesej utama
1.Tuhan yg Maha Perkasa lagi
Maha Bijaksana(العزيز الحكيم)telah menjadikan alam semesta ini mempunyai tujuan tersendiri.
2.Untuk menerangkan tujuan itu,dalil2 alQuran  dikemukakan.
3.Oleh itu kamu hendaklah beriman kepada seruan tauhid dan kepercayaan kepada hari akhirat yg dibawanya.
4 Hindarilah drp pemujaan dunia dan hawa nafsu

Surah  al ahqaf
Tertib surah 46
Bilangan ayatnya 35
Bilangan rukuk 6
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 66
Bilangan paragrafnya ada 10
Paragraf 1 ayat 1-3 Tujuanالعزيزالحكيمmenurunkan alQuran
Paragraf 2 ayat 4-6 Musyirikin Mekah yg percaya kepada tauhid خالقيةjuga dituntut menerima tauhid دعاء dan tauhid ألوهية
Paragraf 3 ayat 7-11 Kritikan orang2 kafir terhadap Muhamad dan alQuran  aqidah tauhid
Paragraf 4 ayat 12-14 Sudut keserupaan antara kitab Taurat dan alQuran seruan beristiqamah diatas
Paragraf 5 ayat 15-20 Perbezaan sikap  antara sibapa yg berakidah tauhid dan si anak yg kafir ,akibat buruk sifat takabur ,fasiq dan amalan jahat.
Paragraf 6 ayat 21-26 Seruan tauhid oleh Nabi Hud dan penolakan serta olok2an oleh kaum Aad yg musyrik dan jahat
Paragraf 7 ayat 27-28 Keadaan tidak berdaya dan lemahnya tuhan2 yg disembah  oleh irang musyrik jetika mereka dibinasakan
Paragraf 8 ayat 29-32 Perihal jin yg mendengar al Quran ,pendakwah dan oenyebar ajaran tauhid dikalangan jin
Paragraf 9 ayat 33-34 Dalil tentang adanya hari akhirat melalui tauhidخالقية
Paragraf 10 ayat 35 Nasihat kepada Rasullah saw supaya sabar dan cekal  disamping ancaman akan binasa kepada orang2 fasiq.

Mesej utama
Setelah percaya kepada alQuran yg diturunkan
olehالعزيز الحكيم,mendapat pengajaran  drp akibat buruk yg menimpa kaum Aad yg musyrik,kamu hendaklah menjadi pendakwah kepada alQuran  seperti sikap golongan jin yg beraqidah tauhid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan