Selasa, November 13, 2018

079.Surah An naziat

079.Surah An naziat
Dari  surah qiamah sehingga surah al a'la membicarakan tentang akhirat hanya cara yg berbeza2.
Bila baca quran ini boleh nampak akhirat dgn jelas oleh mata hati.
Akhirat hanya nampak dgn bc ayat allah,allah akan bg nampak insyallah.
Surah al a'la ,surah sabbihi hingga akhir quran sebahagian besar mengenai kepentingan aqidah atau tauhid yg menjadi bekalan untuk ke akhirat.
Dgn aqidah dan amalan yg sempurna (tidak bidah)akan kesyurga

Surah An naziat
Tertib surah 79
Bilangan ayatnya 46
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 81
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-7  Dalil tentang adanya hari akhirat  drp angin ,awan dan para malaikat.
Paragraf 2 ayat 8-14 Dalil tentang adanya hari akhirat drp kekuasaan tuhan dan kelemahan manusia
Paragraf 3 ayat 15-26 Dalil tentang adanya hari akhirat drp sejarah Firaun.
Paragraf 4 ayat 27-33 Dalil tentang adanya hari akhirat drp sifat kuasa dan rububiyah Allah.
Paragraf 5 ayat 34-41 Balasan kepada orang2 yg derhaka kepada tuhan dan orang2 yg taat kepadanya adalah berbeza.
Paragraf 6 ayat 42-46 Orang2 yg takut kepada Allah  bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat.

Mesej utama
1.Terimalah  akidah  hari  kemudian yg dikemukakan  oleh al quran.
2.Jgnlah kamu memilih  jln Firaun dan jln kesesatan,sebaliknya hendaklah kamu memilih  hidup dgn penuh rasa takut dan gerun kepada Allah.

Minit 1:40-1:51
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
-Sura An-Nazi'at, Ayah 1

وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا
Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
-Sura An-Nazi'at, Ayah 2

وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا
Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
-Sura An-Nazi'at, Ayah 3

فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا
Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
-Sura An-Nazi'at, Ayah 4

فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا
Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)! -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 5

يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ
Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
-Sura An-Nazi'at, Ayah 6

تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ
Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
-Sura An-Nazi'at, Ayah 7

قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
-Sura An-Nazi'at, Ayah 8

أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ
Pemandangannya tunduk gerun.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 9

يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ
Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
-Sura An-Nazi'at, Ayah 10

أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً
"Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?"
-Sura An-Nazi'at, Ayah 11

قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ
Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!"
-Sura An-Nazi'at, Ayah 12

فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua), -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 13

فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 14

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
-Sura An-Nazi'at, Ayah 15

إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
Sura An-Nazi'at, Ayah 16

اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
-Sura An-Nazi'at, Ayah 17

فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ
"Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
-Sura An-Nazi'at, Ayah 18

وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
-Sura An-Nazi'at, Ayah 19

فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَىٰ
(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 20

فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ
Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
-Sura An-Nazi'at, Ayah 21

ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ
Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
-Sura An-Nazi'at, Ayah 22

فَحَشَرَ فَنَادَىٰ
Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 23

فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi".
-Sura An-Nazi'at, Ayah 24

فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ
Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 25

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
-Sura An-Nazi'at, Ayah 26

أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
-Sura An-Nazi'at, Ayah 27

رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
-Sura An-Nazi'at, Ayah 28

وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 29

وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَاهَا
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 30

أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
-Sura An-Nazi'at, Ayah 31

وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
-Sura An-Nazi'at, Ayah 32

مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 33

فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَىٰ
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 34

يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَىٰ
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 35

وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَنْ يَرَىٰ
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 36

فَأَمَّا مَنْ طَغَىٰ
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 37

وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 38

فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 39

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 40

فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 41

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?"
-Sura An-Nazi'at, Ayah 42

فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا
Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
-Sura An-Nazi'at, Ayah 43

إِلَىٰ رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 44

إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 45

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 46

Surah An naziat
Tertib surah 79
Bilangan ayatnya 46
Bilangan rukuk 2
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 81
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-7  Dalil tentang adanya hari akhirat  drp angin ,awan dan para malaikat.
Paragraf 2 ayat 8-14 Dalil tentang adanya hari akhirat drp kekuasaan tuhan dan kelemahan manusia
Paragraf 3 ayat 15-26 Dalil tentang adanya hari akhirat drp sejarah Firaun.
Paragraf 4 ayat 27-33 Dalil tentang adanya hari akhirat drp sifat kuasa dan rububiyah Allah.
Paragraf 5 ayat 34-41 Balasan kepada orang2 yg derhaka kepada tuhan dan orang2 yg taat kepadanya adalah berbeza.
Paragraf 6 ayat 42-46 Orang2 yg takut kepada Allah  bersiap sedia untuk menghadapi hari kiamat.

Mesej utama
1.Terimalah  akidah  hari  kemudian yg dikemukakan  oleh al quran.
2.Jgnlah kamu memilih  jln Firaun dan jln kesesatan,sebaliknya hendaklah kamu memilih  hidup dgn penuh rasa takut dan gerun kepada Allah.

Masa turun
Lebih kurang sama masa  surah annaba tadi.
Iaitu pada peringkat ke2 iaitu antara tahun 4-5 kenabian.
Ketika itu ada dakwah secara terbuka.

Kaitan surah ini dgn surah sebelum ini.
Kalu dlm surah ini perbandingan antara mutaqin dan tonghin.maka dlm surah annaziat,perbandingan antara toghin dan  ghosyiah(orang2 yg takut ) kepada Allah.
Orang2 yg takut kepada Allah,ghasyiah,ghasyifin perbandingannya dgn orang2  yg tonghin.
Dlm surah ini 3 kali disebut ghasyiah.
Maknanya benda ini benda penting.sifat ini boleh menyelamatkan sesaorang .
Ayat ke19
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ' "
-Sura An-Nazi'at, Ayah 19
👉Ghasyiah فَتَخْشَىٰ
Tagho lawannya.

Minit 1:45
Tertib dlm
Hukum quran bukan bermakna telah  berlaku .
Pada hal hukum didunia ,mati dlm laut tu berlaku dulu baru akhirat tetapi kenapa seokah hukum akhirat berlaku dulu.
Dlm qawaid kelmarin kita sudah bertemu ,inilah antaranya.

Ini pengajaran untuk orang yg takut kepada tuhan
Ayat 45
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 45

👉Orang yg tidak takut tak jadi apa.
Makna sifat takut tu molek,sebab perlu untuk kita.takut yg kena cara.
Itu kata kunci.

Lagi kata kunci Rasullah saw disebut munzir ,torgwa pecahan dia .
Cinta pada dunia ,pada ayat 40
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 40
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
-Sura An-Nazi'at, Ayah 41
👉Balasannya syurga

Ayat 17
اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
-Sura An-Nazi'at, Ayah 17

Ayat 30
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَاهَا
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya), -
-Sura An-Nazi'at, Ayah 30
👉kejadian bumi...mukjizat quran.

Minit 1:51

Tiada ulasan:

Catat Ulasan