Isnin, Mei 13, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 04(4)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(4)

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
👉4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah
8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah

004.Surah annisa
Tertib surah yg ke 4
Bilangan ayat 176
Bilangan rukuk 24
Surah madaniyah 
Tertib turunnya surah ni adalah yg ke 92,
semua ada 114
Bilangan paragrafnya berpandukan kajian berdasarkan struktur mikro surah,dia dapat bhgkan kepada
9 paragraf.
Carta ni...

Paragraf 1ayat 1-43 Hukum2 untuk melahirkan masyarakat yg baik
Paragraf 2 ayat 44-57 Menyeru ahli kitab kepada islam
Paragraf 3 ayat 58-59 Hak2 kerajaan dan rakyat
Paragraf 4 ayat 60-104 Orang2 munafiq dan jihad
Paragraf 5 ayat 105-115 Hikmat turun alQuran
Paragraf 6 ayat 116-134 Perselisihan diantara Bani ismail dan bani israel.
Paragraf 7 ayat 135-152 Perintah membersihkan diri daripada sifat nifaq dan berlaku adil dan saksama
Paragraf 8 ayat 153-175 Kritikan terhadap ahli kitab khususnya orang kristian
Paragraf 9 ayat 176 Undang2 pusaka.

Mesej utama
1.menyampaikan dakwah islam keseluruh dunia.khususnya kepada ahlil kitab dan orang2 kristian.
2.perintah supaya orang2 islam bebas dari sifat nifaq.mereka hendaklah hidup dgn ajaran tauhid
3.perintah supaya melahirkan masyarakat yg kukuh bermula drp keluarga hingga kepada sebuah negara.

Kalu nak tengok dr segi rob ayat ,dia ada kaitan .
Cerita surah sebelum ni tentang masyarakat islam.

Perbincangan kita adalah dari surah ali imran ayat 102.
Ini semua berkenaan ummatan wasatan.tidak berpecah belah.
Orang islam pernah berpecah dlm perang uhud dan mati syahid.kekalahan pd peringkat awal.
Dari segi ini,Dia ada hubungan dgn surah annisa.
Hidup dlm komuniti islam.
Bgmn jemaah islam yg kuat terbentuk ?Iaitu kena ada  keluarga.disitulah kena bentuk.
Surah annisa adalah pembentukan masyarakat islam.

Surah ini byk berbicara tentang perempuan.
Kena faham betul2 tentang orang perempuan samada dr segi haknya dan tanggungjawabnya.semua orang islam kena tahu peranan orang perempuan.dia asalnya dr satu orang .surah ini berbicara kehidupan masyarakat yg dikehendaki oleh islam yg mana pada ummatan wasato.
Asalnya dr nabi adam seorang shj.
Terjadi dr seorang lelaki.
Tak bincang panjang.
Min jinsiyah...bukan min tabiin,punca jadi berselisih faham..
Sebuah asas masyarakat adalah  bermula dgn dua orang dlm keluarga.boleh anak,cucu..dari satu keluarga jadi masyarakat.
Cara hidup mesti kena ada sistem ,peraturan dan adab2, yg sesuai dgn ummat wasatan yg disebut dlm surah sebelum ini
Orang yahudi pun begitu juga tapi telah rosak dan dah tak sesuai dijadikan contoh.
Ada juga cerita tentang kekeluargaan dlm surah annisa ini

Paragraf satu
Ayat 1-43 mengandungi hukum2 atau  peraturan untuk melahirkan masyarakat yg baik.nak dapat masyarakat  yg baik macam mana?tujuan kita nak dapat ghairul ummah atau ummatan wasato.apa ciri2 yg layak menjadi ummah contoh?
Mahkota kepimpinan sudah berubah dari bani israel.
Bila ramai mati syahid,ramai jadi janda.anak jadi yatim.
Siapa yg nak jaga dan nak bela nasib mereka?Nak jadi khirul ummah,keluarga yg ditinggalkan kerana peperangan tetap terpelihara.
Pah dtg pula hukum pusaka.
Pusaka nak bahagi lagu mana?
Bila seorang lelaki berkahwin dgn perempuan masing2 ada hak dan tanggungjawab.
Ketua dlm keluarga hingga kepada negara.

Paragraf 2 ayat 44-57
Menyeru ahlil kitab kepada islam.
Albaqarah untuk yahudi
Ali imran untuk nasara
Annisa ni masih ada lagi ,sebab mereka ini juga ada juga tentang keluarga dll.
44-57,memang mengenai ahlil kitab.
Mereka adalah orang kafir dan akan masuk neraka.
Ini adalah akibat dari kesyirikan .
Allah taala tidak kira berdasarkan keturunan.

Paragraf 3 ayat 58-59
Hak2 kerajaan dan rakyat
Sebelum ini hak2 isteri dan suami.
Sebelum berkahwin tak kenal pun .tetapi bila dah berkahwin  kena tunaikan hak dan tanggungjawab.dan perjanjian untuk hidup bersama.ini unit yg kecil.
Sebab apa kita kahwin?
Hak asas ialah beranak.
Duduk bersama baru dapat anak.
Dari satu kepada dua dan seterusnya semakin ramai.
Ada yg memerintah dan ada yg diperintah.ini dlm keluarga.
Begitulah juga bila  kerajaan yg besar .
Menunaikan amanah,politik islam lebih dekat dgn amalan demokrasi.
Pilih yg layak memerintah
Begitu juga pilih suami atau isteri.
Jgn pilih yg tak layak.
Apa2 pun kena bg kepada ahli.
Hukum dgn adil ,ini pemerintahan.. yg memerlukan pemerintah.
Apa itu adil?
Kena hukum menurut apa yg allah nak.
Kakuntak hukum mengikut apa yg allah tetapkan jadi kafir ,zalim atau fasik.
Taat kepada ulil amri,bersyarat bukan membuta tuli.
Sama juga dlm keluarga,kalu ayah buat yg tak betul boleh ikut?tak boleh.
Orang munafik dan jihad.
Jika dlm negara yg boleh mengancam ialah puak2 munafik inilah.
Ini lah melemahkan negara atau keluarga islam,iaitu orang yg tidak yakin

Paragraf 4 ayat 60-104 Orang2 munafiq dan jihad

Paragraf 5 ayat 105 -115
Hikmat turun al quran
Ini rahsia kejayaan kita.
Hidup bermasyarakatb,bermacam2 keadaan kita.

Paragraf 6 ayat 116-134
Perselisihan antara bani ismail dan bani israel.
Ayat 116
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
-Sura An-Nisa', Ayah 116
👉Bani ismail orang arab.juga telah menyeleweng juga.
Musyrikin pada hakikatnya ikut syaitan.
Surah almaidah akan lebih luas lagi termasuk hukum negara dan jenayah.
Ibrahim tidak nasaro dan tidak musyrik.

Paragraf 7 ayat 135-152
Kena bersih dari sifat2 nifaq.
Sifat munafik bermuka2,bermain2 dgn ibadah
Ayat 145 ..neraka paling bwh.

Paragraf 8 ayat  153-175
Kritikan terhadap ahli kitab.
Albaqarah ,ali imran dimadinah.

Paragraf 9 ayat 176-200.
Undang2 pusaka.
Mula2 kelahiran
Hujung surah ,hujung hidup iaitu pusaka.

Ali Imran 73
قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ
يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ
وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
👉Ahli kitab tak bersedia nabi Muhamad sbg rasul.
Jadi Allah bg tau kenabian adalah kurniaan Allah .
Allah bebas memberi kurnia kepada siapa yg dikehendakinya
Surah Fatihah bg tau golongan sesat.
Munafikin termasuk nasaro.,sbhg sifat telah ada Islam.
Musyrikin termasuk yahudi.

Ali Imran 74
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

👉Munafikin=Nasaro.sesat kerana jahil,separuh sudah bersama orang Islam cuma hatinya.
Surah ini byk mengenai munafikin.

Terbahagi dua
Bhg pertama ayat 1 -57
Ada 14perkara ummumunazzimah,cara hidup umat Islam sesama mereka.umum mengenai wanita.umum hidup dgn cara yg adil.
Sebelum ini layanan terhadap wanita sangat zalim.
Peraturan hidup ahli tauhid

Bhg ke2 ayat 58-175
Penjelasan mengenai 11undang2 cara mentadbir,sbhg kepada pemerintah dan sbhg kepada rakyat jelata.
Adil dgn umat Islam dan juga bukan Islam.
Lelaki dan wanita sama shj.berpeluang memasuki syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan