Jumaat, Mei 24, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6:1-78)

Daurah tafsir 2019 sesi 04(6)

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah
👉6.Al anam(165)makkiyah
7.Al a'raf(206)makkiyah 006.Surah Al an'am

Surah yg diturunkan selalu gus.165 ayat
Ada yg kata satu mlm shj.
Semua Usul kaedah golongan syirik dikumpul disurah ini.
Punca &sebab.syirik dan Natijah syirik,dan siapa yg melakukan syirik.
Jadi perlu diusahakan unsur syirik tiada dlm diri kita.

Semua ada
Yahudi
Nasora
Munafikin
Musyrikin.
Terbahagi dua
Bhg pertama ayat1-117 nisbah pada  ketuhanan nak tolak dr hati manusia sudut iktiqadi(kepercayaan ,syirik takaroh)
Bhg dua Ayat 118-161,perbuatan yg dikira syirik, syirik amali.kena tinggalkan
Bhg tiga Ayat 162-165,sebut sekali gus ,penolakan kedua jenis syirik
Ada  17 dalil aqli untuk mensabitkan tauhid dan menolak aqidah syirik dan ada 2 dalil naqli.
Satu dalil naqli ahli kitab dan satu lagi dalil naqli anbiya.
Dan ada 2 dalil wahyi
Semua sekali ada 21 dalil,untuk mensabitkan tauhid dan akhirat.

Surah yg ke6
Nama surah Al Anam
Bilangan ayat 165
Bilangan rukuk 22
Surah makiyyah
Tertib turun yg ke55
Bilangan paragraf ada 7

Paragraf 1ayat 1-73 perdebatan dan dialog dgn orang2 musyrikin mekah.
Paragraf 2 ayat 74-94 seruan nabi ibrahim dan sekalian nabi dan termasuk nabi muhamad saw adalah tauhid
Paragraf 3 ayat 95-113 BMseruan kepada aqidah tauhid   penolakan terhadap kesyirikan
Paragraf 4 ayat 114-121,penolakan terhadap syirik dlm membuat undang2
Paragraf 5 ayat 122-135 penipuan dan kejahatan pimpinan penjenayah2 orang yg sombong
Paragraf 6 ayat 136-154 bidah2 yg dilakukan oleh orang2 kafir quraisy dan keterangan tauhid dlm syariat
Paragraf 7 ayat 155-165 ini intisari seruan tauhid dan penolakan terhadap syirik.

Mesej utama
1.Pewaris agama yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim dan aqidah tauhid yg dibawa oleh baginda dari kalangan bani Ismail bukan dari kalangan orang2 kafir mekah ,bahkan nabi muhamad saw.
2.Perbahasan dan pertikaian pendapat dgn orang2 Musyrikin Mekah .
3.Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan .
4.Bahagian2 tauhid.
5.Tuntutan2 aqidah tauhid.

Zaman turun ketika nabi saw berada diperingkat akhir benar dimekah,makna antara tahun 13&12kenabian sebelum hijrah

Surah ini adalah intisari atau pati kepada dakwah nabi saw selama 13,tahun dimekah.
Kalu ibu kepada surah makkiyah ialah surah ini,al anam
Kalu ibu kepada surah madaniyah ialah surah albaqarah.
Hok lain adalah perincian atas hok ini.

Antara khususiyah surah ini,
Surah baqarah bentuk kesalahan dan jenayah orang yahudi
Surah ali imran bentuk kesalahan dan jenayah orang nasara
Surah annisa bentuk masyarakat  negara islam .
Kelahiran keluarga islam macam mana?
Dan Surah almaidah menceritakan perincian lagi tentang hidayah yg diperolehi umat yg terakhir.
Lepas tu berpusing terus(dari surah madaniyah) ,al anam dan araf surah makkiyah.

1.Al fatihah( 7)makkiyah
2.albaqarah(283)madaniyah
3.ali imran(200)madaniyah
4.An nisa(176)madaniyah
5.Al maidah(120)madaniyah.
👉Cuaca(madaniyah) surah ini lebih kurang sama.
6.Al anam(165)makkiyah
👉cuacanya berbeza.
Cuba merasakan perbezaannya.
7.Al a'raf(206)makkiyah.
8.Al anfal(75)madaniyah.
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah.

Amar bin Nuhair yg bawa fahaman syirik.
Dia yg bw berhala.
Begitu juga Lat dan uzza
Lat asalnyaorang alim yg bancuh minuman untuk orang haji.selepas kematiannya ,dia dilantik jadi tuhan.
Orang buat cakra,anak panah dilempar untuk mihta isyarat dr tuhan.
Sesaorang yg menikah,lempar anak panah.kalu isyarat ya boleh berkahwin dan jika tidak ,tidak boleh berkahwin.

Minit 14

Kata kuncinya
Allah dan lawannya ,ghairullah (selain allah)
Bermacam macam gaya disekitar tu.
Tauhid dan syirik .
Misalnya
Al anam 164

قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
-Sura Al-An'am, Ayah 164
Ayat ini nak menolak rububiyah selain allah.
Ghairullah Juga untuk menolak syirik dlm ibadah dan syirik dlm berdoa.
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ اللَّهِ تَدْعُونَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?"
-Sura Al-An'am, Ayah 40
Surah ni betul2 bongkar

Seru selain allah dan anggap penyelamat atau pelindung
Ayat 14
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ يُطْعِمُ وَلَا يُطْعَمُ ۗ قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Ia pula yang memberi makan dan bukan Ia yang diberi makan?" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
-Sura Al-An'am, Ayah 14
Syirik mengambil selain dari allah sebagai pelindung.
Kuasa memilih.
Ghairullah dlm surah ini juga nak menolak syirik hakimiah,syurik tuhan sebagai hakim...ini satu bentuk syirik juga.
أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
(Katakanlah wahai Muhammad): "Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta Syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" Dan orang-orang yang Kami berikan kitab, mengetahui bahawa Al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.
-Sura Al-An'am, Ayah 114
Hakim tu pun, untuk berlaku adil kena ikut perintah allah
Syirik fi sifat.

Tauhid fi tanzif
Tauhid fi ikhtiar
Tauhid fi hakimiah
Tauhid dlm menghalal dan mengharamkan...kerana nak ambil hati isteri..nak haramkan makan lebah.
Ayat 118
فَكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ بِآيَاتِهِ مُؤْمِنِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.
-Sura Al-An'am, Ayah 118
👉Untuk jadi halal kena sebut nama allah ketika sembelih.

Tak boleh makan dan naik untuk yg ...itu syirik buat peraturan sendiri
Tengok ayat Ayat 139
وَقَالُوا مَا فِي بُطُونِ هَٰذِهِ الْأَنْعَامِ خَالِصَةٌ لِذُكُورِنَا وَمُحَرَّمٌ عَلَىٰ أَزْوَاجِنَا ۖ وَإِنْ يَكُنْ مَيْتَةً فَهُمْ فِيهِ شُرَكَاءُ ۚ سَيَجْزِيهِمْ وَصْفَهُمْ ۚ إِنَّهُ حَكِيمٌ عَلِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan mereka berkata lagi: "Apa yang ada dalam perut binatang-binatang ternak itu (jika ia lahirkan hidup) adalah halal bagi lelaki-lelaki kami dan haram bagi perempuan-perempuan kami". Dan jika ia (dilahirkan) mati, maka mereka (lelaki perempuan) bersekutu padanya (bersama-sama memakannya). Allah akan membalas mereka tentang apa yang mereka tetapkan (mengenai halal dan haram) itu. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
-Sura Al-An'am, Ayah 139
👉Pandai2 buat peraturan.
Allah mengharamkan syirik,derhaka kepada ibubapa ,bunuh anak dan macam2 lagi.
Tauhid rahmat,jika kasihsayang ibubapa hanya semasa hidup shj.

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلَائِفَ الْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Sura Al-An'am, Ayah 165
👉Apa makna خَلَائِفَ,tuhe nak suruh kita jaga dunia.kalu ore kafir jaga dunia dia tak akan ikut perintah allah.
Barulah jadi Pengganti allah.
Negara,peringkat politik antarabangsa kena ore islam baru mereka akan ikut perintah allah.
Kau tuhe dia jadi suami ,disitu tuhe uji dia.
Kalu pandai,tuhe uji disitu.
Tuhe bagi mata,tuhe uji disitu.
Jika buta ,tiada ujian.
Khalifah =pengganti.
Surah al mulk...siapakah yg paling baik amalannya.

Paragraf 1
Ayat 1-73
Perdebatan dan dialog dgn musyrikin mekah.

Mesej surah ini
1.Pewaris ajaran nabi ibrahim adalah nabi kita muhamad saw.
2.Pertikaian dgn orang2 musyrikin mekah.

Ni pati tauhid.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
-Sura Al-An'am, Ayah 162

لَا شَرِيكَ لَهُ ۖ وَبِذَٰلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
-Sura Al-An'am, Ayah 163

Ayat 1
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
َ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ
ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi,
dan menjadikan gelap dan terang;
dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.

👉 Pujian ini da'wa surah.
ini lah dalilnya yg pertama
Menyamakan يَعْدِلُونَ

Ayat 2
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ طِينٍ
ثُمَّ قَضَىٰ أَجَلًا ۖ
وَأَجَلٌ مُسَمًّى عِنْدَهُ ۖ
ثُمَّ أَنْتُمْ تَمْتَرُونَ

Dia lah yang menciptakan datuk nenek kamu dari tanah,
kemudian Ia tentukan ajal (kematian kamu)
dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat);
dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan).
👉Dalil2 yg zahir

Ayat 3
وَهُوَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَفِي الْأَرْضِ ۖ
يَعْلَمُ سِرَّكُمْ
وَجَهْرَكُمْ
وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ

Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi;
Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan
dan apa yang kamu lahirkan,
dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan
👉Kekuasaan allah

Ayat 4
وَمَا تَأْتِيهِمْ مِنْ آيَةٍ مِنْ آيَاتِ رَبِّهِم
ْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ

Dan tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka (yang kafir) dari keterangan-keterangan Tuhan mereka,
melainkan mereka selalu berpaling daripadanya (enggan menerimanya).
👉Zajrun( iaitu teguran)
Dalil demi dalil diperlihatkan oleh Allah tetapi manusia degil atau tak peduli untuk terima.

Ayat 5
فَقَدْ كَذَّبُوا بِالْحَقِّ لَمَّا جَاءَهُمْ ۖ
فَسَوْفَ يَأْتِيهِمْ أَنْبَاءُ
مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Sesungguhnya mereka telah mendustakan kebenaran (Al-Quran) ketika ia sampai kepada mereka.
Oleh itu, akan datanglah kepada mereka berita jenis azab (yang membuktikan kebenaran)
apa yang mereka selalu ejek-ejek itu (iaitu mereka akan ditimpa bala bencana).
👉Mendustakan
Berita azab أَنْبَاءُ

Ayat 6

أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا
مِنْ قَبْلِهِم
ْ مِنْ قَرْنٍ
مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْض
ِ مَا لَمْ نُمَكِّنْ لَكُمْ
وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِمْ مِدْرَارًا
وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمْ
فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ
وَأَنْشَأْنَا مِنْ بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan
berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka,
padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan)
yang tidak Kami berikan kepada kamu,
dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka,
kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka,
dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
👉Takhwif duniawi.
iaitu penakutan tentang keadaan yg akan berlaku didunia.

Ayat 7
وَلَوْ نَزَّلْنَا عَلَيْكَ كِتَابًا فِي قِرْطَاس
ٍ فَلَمَسُوهُ بِأَيْدِيهِمْ
لَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan kalau Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) sebuah kitab (yang bertulis) pada kertas,
lalu mereka memegangnya dengan tangan mereka, nescaya orang-orang yang kafir itu berkata:
"Ini tidak lain, hanyalah sihir yang terang nyata".
👉Yahudi ada kitab.
Jadi orang mekah nak Quran seperti itu juga, boleh sentuh dgn tangan.bukan nak ikut hanya nak untuk soal sahaja.
Ada yg ditulis tapi byk yg dihafal.

Ayat 8
وَقَالُوا
لَوْلَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ مَلَكٌ ۖ
وَلَوْ أَنْزَلْنَا مَلَكًا لَقُضِيَ الْأَمْرُ
ثُمَّ لَا يُنْظَرُونَ

Dan mereka berkata:
"Mengapa tidak diturunkan malaikat kepadanya? " padahal kalau Kami turunkan malaikat
nescaya selesailah perkara itu (kerana mereka tetap berdegil dan tidak akan beriman),
kemudian mereka tidak diberi tempoh (lalu dibinasakan dengan bala bencana secara mengejut).
👉Soalan ke2.
Dan Allah jawab.
Tak turunnya malaikat sbg hikmah.

Ayat 9
وَلَوْ جَعَلْنَاهُ مَلَكًا
لَجَعَلْنَاهُ رَجُلًا
وَلَلَبَسْنَا عَلَيْهِمْ مَا يَلْبِسُونَ

Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat,
tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya),
dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
👉Dlm ayat lain ,nak nabi juga malaikat.ini cuma dalih.

Ayat 10
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُم
ْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ

Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu,
lalu orang-orang yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi
apa yang mereka telah perolok-olokkan itu.
👉Ayat Tasliyah.
pujukan atau penghibur hati .

Ayat 11
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ
ثُمَّ انْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah
bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."
👉Takhwif duniawi. iaitu penakutan tentang keadaan yg akan berlaku didunia

Ayat 12
قُلْ لِمَنْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
قُلْ لِلَّهِ ۚ
كَتَبَ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ
لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ
الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ
فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?
" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah.
Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat.
Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya".
Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah),
maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
👉Dalil aqli i'tirafi
Dalil aqli I'tirafi
Ialah sejenis dalil yg memang diakui oleh pihak lawan(yakni musyrikin mekah),dalil yg menjelaskan betapa kudratnya Allah SWT didlm menciptakan perkara2 yg besar(الامور العظام)

Ayat 13
وَلَهُ مَا سَكَنَ فِي اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ۚ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan bagi Allah jualah apa yang ada pada waktu malam dan siang;
dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
👉Dalil aqli yg ke3 (Dalil aqli I'tirafi)

Ayat 14
قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَتَّخِذُ وَلِيًّا
فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ وَهُوَ يُطْعِمُ
وَلَا يُطْعَمُ ۗ
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَسْلَمَ ۖ
وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi,
dan Ia pula yang memberi makan
dan bukan Ia yang diberi makan?
" Katakanlah: "Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam),
dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): `Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu. ' "
👉Cara ajar atau taklik aqidah

Ayat 15
قُلْ إِنِّي أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّي
عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

Katakanlah: "Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku,
(akan dikenakan) azab hari yang besar (hari kiamat)".
👉Ini cara ke3

Ayat 16
مَنْ يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُ ۚ
وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya;
dan itulah kejayaan yang jelas nyata.
👉Cara yg akan berlaku diakhirat.

Ayat 17
وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ
فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ
وَإِنْ يَمْسَسْكَ بِخَيْر
ٍ فَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana,
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri;
dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan,
maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Dalil aqli ittiroqi yg ke4.
Bahaya dan kebaikan dr allah ,maka serulah Allah.

Ayat 18
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ ۚ
وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir);
dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya.
👉Memiliki kuasa penuh terhadap hamba.

Ayat 19
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً ۖ
قُلِ اللَّهُ ۖ
شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۚ
وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ
لِأُنْذِرَكُمْ بِهِ
وَمَنْ بَلَغَ ۚ
أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰ ۚ
قُلْ لَا أَشْهَدُ ۚ
قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ
وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?
" (Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu,
dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini,
supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu.
Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah: "Aku tidak mengakuinya".
Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa,
dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
👉Ini dalil wahyi

Ayat 20
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَه
ُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُم
ُ ۘ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad),
sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.
Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
👉Zajrun.
Taurat tiada bukti kukuh turun sekali gus.
Minit 42.

Ayat 21
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا
أَوْ كَذَّبَ بِآيَاتِهِ ۗ
إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah,
atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
👉Zajrun
Isytirod,mereka2 agama kemudian kata dr Allah.
Mendustakan ayat2allah juga zalim
Kedua2nya zalim

Ayat 22
وَيَوْمَ نَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا
ثُمَّ نَقُولُ لِلَّذِينَ أَشْرَكُوا
أَيْنَ شُرَكَاؤُكُمُ الَّذِينَ كُنْتُمْ تَزْعُمُونَ

Dan (ingatlah), hari (kiamat yang padanya) Kami himpunkan mereka semua,
kemudian Kami berfirman kepada orang-orang musyrik: "Manakah orang-orang dan benda-benda yang dahulu kamu sifatkan (menjadi sekutu Allah):?"
👉Takhrif ukhrowi.
Pemuja (yg buat syirik)dan yg dipuja (jin).
Pendapat rekaan تَزْعُمُونَ

Ayat 23
ثُمَّ لَمْ تَكُنْ فِتْنَتُهُم
ْ إِلَّا أَنْ قَالُوا
وَاللَّهِ رَبِّنَا مَا كُنَّا مُشْرِكِينَ

Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka
selain dari mereka menjawab dengan dusta: "
Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
👉Perkara yg tiada dalil adalah tidak kukuh.

Ayat 24
انْظُرْ كَيْفَ كَذَبُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ ۚ
وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَفْتَرُونَ

Lihatlah bagaimana mereka berdusta terhadap diri mereka sendiri,
dan bagaimana hilang lenyapnya dari mereka apa yang telah mereka ada-adakan (sebagai sekutu Allah) itu.
👉Orang yg syirik dok dlm keadaan syirik.

Ayat 25
وَمِنْهُمْ مَنْ يَسْتَمِعُ إِلَيْكَ ۖ
وَجَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ
أَكِنَّةً أَنْ يَفْقَهُوهُ
وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۚ
وَإِنْ يَرَوْا كُلَّ آيَةٍ لَا يُؤْمِنُوا بِهَا ۚ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوكَ يُجَادِلُونَك
َ يَقُولُ الَّذِينَ كَفَرُوا
إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran),
pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka,
yang menghalang mereka daripada memahaminya,
dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak);
dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul),
mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu,
sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu:
"Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".
👉Zajrun,teguran kepada yg dengar Quran tapi engkar.
Orang tahap 4dlm mendengar Al-Quran dgn tawajuh.
Hijab rohani أَكِنَّةً
Sedang isi Quran adalah mudah dan benih untuk faham tauhid pun telah ada.
Cerita Dongeng أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Dongeng tak perlu belajar dan dipedulikan.
Quran ,tak kata dongeng tapi tak belajar tetapi tak belajar tentangnya.
Syaitan heret orang tak tahu Quran ketika hampir mati.

Ayat 26
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْأَوْنَ عَنْهُ ۖ
وَإِنْ يُهْلِكُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ
وَمَا يَشْعُرُونَ

Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran
dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya,
padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak),
sedang mereka tidak menyedarinya.
👉Dia sendiri tak Belajar وَيَنْأَوْنَ
Dia halang belajar يَنْهَوْنَ

Ayat 27
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّار
ِ فَقَالُوا
يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ
وَلَا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا
وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi),
lalu mereka berkata:
"Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia,
dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami,
dan menjadilah kami dari golongan yang beriman".
👉Takhwif ukhrowi.
Tak ikut sudah seperti mendustakan.

Ayat 28
بَلْ بَدَا لَهُم
ْ مَا كَانُوا يُخْفُونَ مِنْ قَبْلُ ۖ
وَلَوْ رُدُّوا لَعَادُوا لِمَا نُهُوا عَنْهُ
وَإِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

(Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu;
dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya;
dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta.
👉Apa yg mereka tidak jelas masa didunia dahulu يُخْفُونَ
Aqidah tauhid dan akhirat .
Nak balik untuk belajar adalah janji bohong.

Ayat 29
وَقَالُوا إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا
وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini,
dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".
👉Syikayah (rungutan tentang sikap degil manusia ).
kedegilan orang terhadap akhirat.

Ayat 30
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ وُقِفُوا عَلَىٰ رَبِّهِمْ ۚ
قَالَ أَلَيْسَ هَٰذَا بِالْحَقِّ ۚ
قَالُوا بَلَىٰ وَرَبِّنَا ۚ
قَالَ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka dihadapkan kepada Tuhan mereka,
lalu Allah berfirman: "Bukankah hari kiamat ini suatu perkara yang benar?
Mereka menjawab: "Benar, demi Tuhan kami!"
Allah berfirman lagi: "Oleh itu, rasalah azab seksa neraka dengan sebab kamu telah kufur ingkar".
👉Bila tolak akhirat.

Ayat 31
قَدْ خَسِرَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِلِقَاءِ اللَّهِ ۖ
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَتْهُمُ السَّاعَةُ بَغْتَةً
قَالُوا يَا حَسْرَتَنَا عَلَىٰ مَا فَرَّطْنَا فِيهَا
وَهُمْ يَحْمِلُون
َ أَوْزَارَهُمْ عَلَىٰ ظُهُورِهِمْ ۚ
أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah;
sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka,
mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!"
Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka.
Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu.
👉Takhwif ukhrowi.
Tak padan dgn tolak atau dustakan akhirat.siksaan akhirat selama2nya.
Mati mengejut بَغْتَةً

Ayat 32
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ
وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan:
dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa.
Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?
👉Dua kemungkinan.
1.Baru faham dunia hanyalah main2,sebab tu dia kena azab.sepatutnya usahakan jadi sungguh2.
2.Dgn sebab dunia menipunya,dunia jadikannya permainan sehingga lupa buat persediaan.
Dunia semata2 akan jadi mainan.
Leka dr tanggungjawab adalah lahwun وَلَهْوٌ

Ayat 33
قَدْ نَعْلَمُ إِنَّهُ لَيَحْزُنُكَ الَّذِي يَقُولُونَ ۖ
فَإِنَّهُمْ لَا يُكَذِّبُونَك
َوَلَٰكِنَّ الظَّالِمِينَ بِآيَاتِ اللَّهِ يَجْحَدُونَ

Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita;
(maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu,
tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).
👉Tasliyahq kerana bila Masyarakat tak terima jadi sedih

Ayat 34
وَلَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ
فَصَبَرُوا عَلَىٰ مَا كُذِّبُوا
وَأُوذُوا
حَتَّىٰ أَتَاهُمْ نَصْرُنَا
ۚ وَلَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِ اللَّهِ ۚ
وَلَقَدْ جَاءَكَ مِنْ نَبَإِ الْمُرْسَلِينَ

Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan,
maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka
dan menyakiti mereka,
sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya);
dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu.
👉Allah bg tau ,bukan nabi saw sahaja.

Ayat 35
وَإِنْ كَانَ كَبُرَ عَلَيْكَ إِعْرَاضُهُمْ
فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ تَبْتَغِيَ نَفَقًا فِي الْأَرْض
ِ أَوْ سُلَّمًا فِي السَّمَاءِ
فَتَأْتِيَهُمْ بِآيَةٍ ۚ
وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدَىٰ ۚ
فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْجَاهِلِينَ

Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu;
maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya)
atau satu tangga untuk naik ke langit,
supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup).
Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya),
oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.
👉Zajrun,teguran.
Rasa berat yg berpada.
Terus sampaikan.

Ayat 36
إِنَّمَا يَسْتَجِيبُ الَّذِينَ يَسْمَعُونَ ۘ
وَالْمَوْتَىٰ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ
ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran);
sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak),
kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan.
👉Ada yg tak terima,tapi akan masih ada orang yg akan menerima.
Orang yg ada sifat dengar akan boleh menerima .
Orang mati tiada sifat dengar.
Perbandingan dr segi tak boleh mendengar langsung.
Orang degil telinga dengar tetapi hati dia tak dengar.

Ayat 37
وَقَالُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ آيَةٌ مِنْ رَبِّهِ ۚ
قُلْ إِنَّ اللَّهَ قَادِرٌ عَلَىٰ أَنْ يُنَزِّلَ آيَةً
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Dan mereka (golongan kafir musyrik) berkata: "Alangkah eloknya kalau diturunkan kepada Muhammad satu mukjizat dari Tuhannya?
" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah berkuasa menurunkan mukjizat",
akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan yang akan menimpa mereka kalau mereka enggan beriman).
👉Syikayah.
Setiap hari minta mukjizat bila jumpa nabi.belum cukup dgn mukjizat yg Allah dah ada.
Jika mukjizat yg diminta diberi mereka akan terus mati jika masih engkar

Ayat 38
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْض
ِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ
إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ ۚ
مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ۚ
ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi,
dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya,
melainkan mereka umat-umat seperti kamu.
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini;
kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
👉bagi binatang ,mati adalah hasyr bgnya.
Bg manusia hasyrnya dipadang mashyar

Ayat 39
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
صُمٌّ وَبُكْمٌ فِي الظُّلُمَاتِ ۗ
مَنْ يَشَإِ اللَّهُ يُضْلِلْهُ
وَمَنْ يَشَأْ يَجْعَلْهُ عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapNya),
dan sesiapa yang Ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan yang betul lurus.
👉zajrun.
Sesat ,kerana ikhtiar tolak tauhid dan kebenaran.
Jln lurus bermakna jln yg cepat sampai kesyurga.
Jalan tauhid,r ialah dan akhirat

Ayat 40
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّه
ِ أَوْ أَتَتْكُمُ السَّاعَةُ أَغَيْرَ اللَّهِ تَدْعُونَ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah,
atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain dari Allah (untuk menolong kamu),
jika betul kamu orang-orang yang benar?"
👉dalil ittiroki,dalil yg orang Mekah dah terima.

Ayat 41
بَلْ إِيَّاهُ تَدْعُون
َ فَيَكْشِفُ مَا تَدْعُونَ إِلَيْه
ِ إِنْ شَاءَ
وَتَنْسَوْنَ مَا تُشْرِكُونَ

Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru
lalu Ia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepadaNya jika Ia kehendaki;
dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).
👉tak boleh seru selain

Ayat 42
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ أُمَمٍ مِنْ قَبْلِكَ
فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاء
ِ وَالضَّرَّاءِ
لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ

Dan demi sesungguhnya Kami telah utuskan Rasul-rasul kepada umat-umat yang dahulu daripadamu (lalu mereka mendustakannya),
maka Kami seksakan mereka dengan kebuluran
dan penyakit,
supaya mereka berdoa (kepada Kami) dangan merendah diri (serta insaf dan bertaubat).
👉Takhwif duniawi
Cara mudah untuk allah kasih kepada kita.

Ayat 43
فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا
وَلَٰكِنْ قَسَتْ قُلُوبُهُمْ
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami?
Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran),
dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
👉tunduk merayu merendah diri تَضَرَّعُوا
Segala kesakitan dan kesusahan adalah peluang untuk tunduk merendah diri dan bertaubat.
Inilah tujuan ujian2 kesusahan,merayu dan menyerah diri.
Jika ada sifat ini ,Allah lepaskan kesusahan atau ujian2 itu

Ayat 44
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ
فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ
حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً
فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa(Quran) yang telah diperingatkan mereka dengannya,
Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan,
sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan),
maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
👉Buka atas dasar istidroj.
Zahir macam sayang tapi sebenarnya sebagai perangkap.
Tiada ikhtiar lagi مُبْلِسُونَ

Ayat 45
فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا ۚ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya.
Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut):
"Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam".
👉tiada baka yg tinggal

Ayat 46
قُلْ أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَخَذَ اللَّهُ سَمْعَكُمْ
وَأَبْصَارَكُم
ْ وَخَتَمَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ
مَنْ إِلَٰهٌ غَيْرُ اللَّهِ يَأْتِيكُمْ بِهِ ۗ
انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ ثُمَّ هُمْ يَصْدِفُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah melenyapkan pendengaran
serta penglihatan kamu,
dan Ia pula memeteraikan atas hati kamu?
Siapakah Tuhan selain Allah yang berkuasa mengembalikannya kepada kamu?
" Lihatlah bagaimana Kami berulang-ulang menerangkan tanda-tanda kebesaran Kami (dengan berbagai cara), dalam pada itu, mereka tetap juga berpaling - ingkar.
👉Semua hak Allah.jadi serulah Allah shj.

Ayat 47
قُلْ أَرَأَيْتَكُمْ إِنْ أَتَاكُمْ عَذَابُ اللَّهِ بَغْتَة
ً أَوْ جَهْرَةً
هَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الظَّالِمُونَ

Katakanlah:" Bagaimana fikiran kamu, jika datang kepada kamu azab Allah dengan tiba-tiba,
atau dengan terang-terangan (setelah diperlihatkan tanda-tanda yang menunjukkan kedatangannya),
siapakah yang akan binasa, selain dari kaum yang zalim?".
👉ayat ini iyadah Ayat 40

Musyirikun الظَّالِمُونَzalim besar.

Ayat 48
وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِين
َ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ ۖ
فَمَنْ آمَنَ وَأَصْلَحَ
فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Dan tiadalah Kami utuskan Rasul-rasul itu
melainkan sebagai pembawa berita gembira
dan pembawa amaran;
kemudian sesiapa yang beramal soleh,
maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka,
dan mereka tidak akan berdukacita.
👉Jawapan Allah memberitahu tugas rasul kepada orang mekah yg minta ditunjukkan mukjizat adalah menyampaikan wahyu.segala harta jadi sedekah.pusakanya hanya wahyu.

Ayat 49
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
يَمَسُّهُمُ الْعَذَابُ
بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

mereka akan dikenakan azab seksa
dengan sebab mereka berlaku fasik.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 50
قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ
وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ
وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ ۖ
إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ ۚ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ ۚ
أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku,
dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib;
aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat,
aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku".
Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik?
Tidakkah kamu mahu berfikir?"
👉Bukan tugas2 nabi.

Ayat 51
وَأَنْذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ
أَنْ يُحْشَرُوا إِلَىٰ رَبِّهِمْ ۙ
لَيْسَ لَهُمْ مِنْ دُونِهِ وَلِيٌّ
وَلَا شَفِيعٌ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut
bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat),
(padahal) tiadalah bagi mereka pelindung
dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 52
وَلَا تَطْرُد
ِ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ
بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ
يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ
مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِمْ مِنْ شَيْءٍ
وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِمْ مِنْ شَيْءٍ
فَتَطْرُدَهُمْ
فَتَكُونَ مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan janganlah engkau usir
orang-orang yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang,
sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata.
Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka,
dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu.
Maka (sekiranya) engkau usir mereka,
nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim.
👉Zajrun.
Pembesar Quraisy nak dtg belajar kepada nabi.
Nabi ingin mengasingkan,ditegur .
Perkara salah dlm masyarakat hanya budak yg belajar agama.
Juga berbeza kelas mengikut darjat.
Berbeza kelas sebab kepandaian tiada masalah.

Ayat 53
وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ
لِيَقُولُوا
أَهَٰؤُلَاءِ مَنَّ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنْ بَيْنِنَا ۗ
أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَعْلَمَ بِالشَّاكِرِينَ

Dan demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) dengan sebahagian yang lain (yang fakir miskin);
lalu orang-orang yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin yang beriman):
"Inikah orang-orangnya yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara kami? "
(Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang yang bersyukur.
👉Ujian Allah.
Kholasoh agama tak baik bg mereka.jadi Allah jawab tidak.
Jadi takutlah kepada Allah .

Ayat 54
وَإِذَا جَاءَكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ ۖ
كَتَبَ رَبُّكُمْ عَلَىٰ نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۖ
أَنَّهُ مَنْ عَمِلَ مِنْكُمْ سُوءًا بِجَهَالَة
ٍ ثُمَّ تَابَ مِنْ بَعْدِهِ
وَأَصْلَحَ
فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka),
maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!
Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah):
bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya,
kemudian ia bertaubat sesudah itu,
dan berusaha memperbaiki (amalannya),
maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
👉Tabsyir.
Nak tahu taubat makbul,lihat perubahan hidup.

Ayat 55
وَكَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ
وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ

Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar),
dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
👉Penjelasan dr quran

Ayat 56
قُلْ إِنِّي نُهِيتُ أَنْ أَعْبُدَ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۚ
قُلْ لَا أَتَّبِعُ أَهْوَاءَكُمْ ۙ
قَدْ ضَلَلْتُ إِذًا
وَمَا أَنَا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah".
Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu,
kerana kalau aku turut,
sesungguhnya sesatlah aku,
dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
👉Cara ajar Quran atau aqidah.

Ayat 57
قُلْ إِنِّي عَلَىٰ بَيِّنَةٍ مِنْ رَبِّي
وَكَذَّبْتُمْ بِهِ ۚ
مَا عِنْدِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِهِ ۚ
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۖ
يَقُصُّ الْحَقَّ ۖ
وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ

Katakanlah: "Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku;
sedang kamu mendustakannya(tanpa dalil dan bukti)
Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa);
hanya Allah jualah yang menetapkan hukum;
Ia menerangkan kebenaran,
dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
👉
Ayat 58
قُلْ لَوْ أَنَّ عِنْدِي مَا تَسْتَعْجِلُونَ بِه
ِ لَقُضِيَ الْأَمْرُ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ۗ
وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِالظَّالِمِينَ

Katakanlah: "Kalau ada padaku (kuasa menurunkan) azab seksa yang kamu minta disegerakan kedatangannya itu, nescaya selesailah perkara (yang sedang berbangkit) antaraku dengan kamu.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim".
👉Dalil aqli ( ialah sejenis dalil yg dapat diterima oleh setiap yg berakal atau boleh diterima oleh setiap yg memiliki naluri fitrah yg merupakan suatu perkara yg Allah SWT kurniakan kepada manusia sama rata) yg ke7.

Ayat 59
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ
لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ
وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ ۚ
وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا
وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْض
ِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,
tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja;
dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut;
dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya,
dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
👉Dalil aqli yg ke8

Ayat 60
وَهُوَ الَّذِي يَتَوَفَّاكُمْ بِاللَّيْلِ
وَيَعْلَمُ مَا جَرَحْتُمْ بِالنَّهَارِ
ثُمَّ يَبْعَثُكُمْ فِيهِ لِيُقْضَىٰ أَجَلٌ مُسَمًّى ۖ
ثُمَّ إِلَيْهِ مَرْجِعُكُمْ
ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari;
kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan.
Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.
👉Sabit kiamat.
Menidurkan يَتَوَفَّاكُمْ,s atu roh keluar.
Sehingga sampai tempuh أَجَلٌ مُسَمًّى

Ayat 61
وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ ۖ
وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَكُمُ الْمَوْت
ُ تَوَفَّتْهُ رُسُلُنَا
وَهُمْ لَا يُفَرِّطُونَ

Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hambaNya(qudrat Allah)
dan Ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan),
sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu,
lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat);
sedang mereka pula (malaikat itu
8.Al anfal(75)madaniyah
9.At taubah(129)madaniyah
10.yunus(109)makkiyah

006.Surah Al an'am

Surah yg diturunkan selalu gus.165 ayat
Ada yg kata satu mlm shj.
Semua Usul kaedah golongan syirik dikumpul disurah ini.
Punca &sebab.syirik dan Natijah syirik,dan siapa yg melakukan syirik.
Jadi perlu diusahakan unsur syirik tiada dlm diri kita.

Semua ada
Yahudi
Nasora
Munafikin
Musyrikin.
Terbahagi dua
Bhg pertama ayat1-117 nisbah pada  ketuhanan nak tolak dr hati manusia sudut iktiqadi(kepercayaan ,syirik takaroh)
Bhg dua Ayat 118-161,perbuatan yg dikira syirik, syirik amali.kena tinggalkan
Bhg tiga Ayat 162-165,sebut sekali gus ,penolakan kedua jenis syirik
Ada  17 dalil aqli untuk mensabitkan tauhid dan menolak aqidah syirik dan ada 2 dalil naqli.
Satu dalil naqli ahli kitab dan satu lagi dalil naqli anbiya.
Dan ada 2 dalil wahyi
Semua sekali ada 21 dalil,untuk mensabitkan tauhid dan akhirat.

Surah yg ke6
Nama surah Al Anam
Bilangan ayat 165
Bilangan rukuk 22
Surah makiyyah
Tertib turun yg ke55
Bilangan paragraf ada 7

Paragraf 1ayat 1-73 perdebatan dan dialog dgn orang2 musyrikin mekah.
Paragraf 2 ayat 74-94 seruan nabi ibrahim dan sekalian nabi dan termasuk nabi muhamad saw adalah tauhid
Paragraf 3 ayat 95-113 BMseruan kepada aqidah tauhid   penolakan terhadap kesyirikan
Paragraf 4 ayat 114-121,penolakan terhadap syirik dlm membuat undang2
Paragraf 5 ayat 122-135 penipuan dan kejahatan pimpinan penjenayah2 orang yg sombong
Paragraf 6 ayat 136-154 bidah2 yg dilakukan oleh orang2 kafir quraisy dan keterangan tauhid dlm syariat
Paragraf 7 ayat 155-165 ini intisari seruan tauhid dan penolakan terhadap syirik.

Mesej utama
1.Pewaris agama yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim dan aqidah tauhid yg dibawa oleh baginda dari kalangan bani Ismail bukan dari kalangan orang2 kafir mekah ,bahkan nabi muhamad saw.
2.Perbahasan dan pertikaian pendapat dgn orang2 Musyrikin Mekah .
3.Kritikan terhadap pelbagai bentuk kesyirikan .
4.Bahagian2 tauhid.
5.Tuntutan2 aqidah tauhid.

Zaman turun ketika nabi saw berada diperingkat akhir benar dimekah,makna antara tahun 13&12kenabian sebelum hijrah

Surah ini adalah intisari atau pati kepada dakwah nabi saw selama 13,tahun dimekah.
Kalu ibu kepada surah makkiyah ialah surah ini,al anam
Kalu ibu kepada surah madaniyah ialah surah albaqarah.
Hok lain adalah perincian atas hok ini.

Antara khususiyah surah ini,
Surah baqarah bentuk kesalahan dan jenayah orang yahudi
Surah ali imran bentuk kesalahan dan jenayah orang nasara
Surah annisa bentuk masyarakat  negara islam .
Kelahiran keluarga islam macam mana?
Dan Surah almaidah menceritakan perincian lagi tentang hidayah yg diperolehi umat yg terakhir.
Lepas tu berpusing terus(dari surah madaniyah) ,al anam dan araf surah makkiyah.

1.al fatihah(makkiyah)

2.albaqarah
3.ali imran.
4.an nisa
5.al maidah
👉Cuaca(madaniyah) surah ini lebih kurang sama

6.al anam( makkiyah)
👉cuacanya berbeza
Cuba merasakan perbezaannya.

7.al a'raf
8.al anfal(madaniyah)
9.at taubah(madaniyah)
10.yunus

sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).
👉Takhwif ukhrowi
Wafat dgn makna mati تَوَفَّتْهُ

Ayat 62
ثُمَّ رُدُّوا إِلَى اللَّهِ مَوْلَاهُمُ الْحَقِّ ۚ
أَلَا لَهُ الْحُكْمُ
وَهُوَ أَسْرَعُ الْحَاسِبِينَ

Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil).
Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu),
dan Dia lah secepat-cepat Pengira - Penghitung.
👉Cerita orang yg telah mati.

Ayat 63
قُلْ مَنْ يُنَجِّيكُمْ مِنْ ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْر
ِ تَدْعُونَهُ تَضَرُّعًا وَخُفْيَة
ً لَئِنْ أَنْجَانَا مِنْ هَٰذِهِ
لَنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut?
(Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata):
"Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini
nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur".
👉 Dalil aqli ittiroqi yg ke9.
Tauhid adalah syukur الشَّاكِرِينَ

Ayat 64
قُلِ اللَّهُ يُنَجِّيكُمْ مِنْهَا
وَمِنْ كُلِّ كَرْبٍ
ثُمَّ أَنْتُمْ تُشْرِكُونَ

Katakanlah: "Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu
dan dari segala jenis kesusahan;
dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)".
👉Jawapan

Ayat 65
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا
مِنْ فَوْقِكُمْ
أَوْ مِنْ تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ
أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا
وَيُذِيقَ بَعْضَكُمْ بَأْسَ بَعْضٍ ۗ
انْظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ

Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana),
dari sebelah atas kamu,
atau dari bawah kaki kamu,
atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak,
dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
👉Takhwif duniawi.

Ayat 66
وَكَذَّبَ بِهِ قَوْمُكَ
وَهُوَ الْحَقُّ ۚ
قُلْ لَسْتُ عَلَيْكُمْ بِوَكِيلٍ

Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran),
padahal ia adalah benar.
Katakanlah: "Aku bukanlah orang yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)".
👉Zajrun

Ayat 67
لِكُلِّ نَبَإٍ مُسْتَقَرٌّ ۚ
وَسَوْفَ تَعْلَمُونَ

Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya);
dan kamu akan mengetahuinya.
👉Setiap berita azab ada tarikhnya.
Ayat 68
وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ
حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ
وَإِمَّا يُنْسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ
فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami,
maka tinggalkanlah mereka
sehingga mereka memperkatakan soal yang lain;
dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka),
maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
👉Teguran tidak boleh bersama dgn orang membantah atau mempersendakan ayat2 Allah.
Sehingga mereka ubah tajuk perbualan.

Ayat 69
وَمَا عَلَى الَّذِينَ يَتَّقُونَ مِنْ حِسَابِهِمْ مِنْ شَيْء
ٍ وَلَٰكِنْ ذِكْرَىٰ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu,
akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.
👉Allah bg tau,tidak diberi tugas untuk hisab dosa2 orang kafir.

Ayat 70
وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا
وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ
وَذَكِّرْ بِه
ِ أَنْ تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَت
ْ لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلِي
ٌّ وَلَا شَفِيعٌ
وَإِنْ تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ
لَهُمْ شَرَابٌ مِنْ حَمِيمٍ
وَعَذَابٌ أَلِيمٌ
بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan,
dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia
dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu
supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji).
Tidak ada baginya pelindung
dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah.
Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya.
Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan.
Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak,
dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya,
disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
👉Allah bg tau secara teguran,zajrun

Ayat 71
قُلْ أَنَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّه
ِ مَا لَا يَنْفَعُنَا
وَلَا يَضُرُّنَا
وَنُرَدُّ عَلَىٰ أَعْقَابِنَا
بَعْدَ إِذْ هَدَانَا اللَّهُ
كَالَّذِي اسْتَهْوَتْهُ الشَّيَاطِين
ُ فِي الْأَرْض
ِ حَيْرَانَ لَهُ أَصْحَاب
ٌ يَدْعُونَهُ إِلَى الْهُدَى ائْتِنَا ۗ
قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۖ
وَأُمِرْنَا لِنُسْلِمَ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: "Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah,
sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita;
dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam),
seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang)
dalam keadaan bingung,
sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya):
"Marilah bersama-sama kami. "Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk,
dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".
👉Natijah beberapa dalil sebelum ini.

Ayat 72
وَأَنْ أَقِيمُوا الصَّلَاةَ
وَاتَّقُوهُ ۚ
وَهُوَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang
dan bertaqwa kepadaNya,
dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).
👉Dan dikatakan kepada kita semua.

Ayat 73
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ
وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ ۚ
قَوْلُهُ الْحَقُّ ۚ
وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ ۚ
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۚ
وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ

Dan Dia lah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar,
dan (Dia lah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: "Jadilah", lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar.
Dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala.
Ia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, dan Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
👉Dalil aqli yg ke10

Ayat 74
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ آزَرَ
أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آلِهَةً ۖ
إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَك
َ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar:
"Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan?
Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu
dalam kesesatan yang nyata".
👉Dalil naqli.
Sudah cukup untuk mengenali Allah.
Aazar pembuat patung
Patung yg diseru أَصْنَامًاkiblat tawajuh kepada ruh.
Yg diseru bukan patung tapi ruh.dan ada juga yg seru dikuburan tok wali.

Ayat 75
وَكَذَٰلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ
مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
👉

Ayat 76
فَلَمَّا جَنَّ عَلَيْهِ اللَّيْلُ رَأَىٰ كَوْكَبًا ۖ
قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ
فَلَمَّا أَفَل
َ قَالَ لَا أُحِبُّ الْآفِلِينَ

Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar),
lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?"
Kemudian apabila bintang itu terbenam,
ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
👉cara2 berdalil.

Ayat 77
فَلَمَّا رَأَى الْقَمَرَ بَازِغًا
قَالَ هَٰذَا رَبِّي ۖ
فَلَمَّا أَفَلَ
قَالَ لَئِنْ لَمْ يَهْدِنِي رَبِّي
لَأَكُونَنَّ مِنَ الْقَوْمِ الضَّالِّينَ

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya),
dia berkata: "Inikah Tuhanku?"
Maka setelah bulan itu terbenam,
berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku,
nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
👉ini malam

Ayat 78
فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً
قَالَ هَٰذَا رَبِّي
هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ
فَلَمَّا أَفَلَت
ْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ

Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya),
berkatalah dia: "Inikah Tuhanku?
Ini lebih besar".
Setelah matahari terbenam,
dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
👉ini siang hari

Ayat 79
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ
لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
حَنِيفًا ۖ
وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah
yang menciptakan langit dan bumi,
sedang aku tetap di atas dasar tauhid (lurus)
dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
👉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan