Selasa, Mei 14, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 12(27)

Daurah tafsir 2019 sesi 12(26,27,28).(2)
21.Al anbiya(112)makkiyah
22.Al haj(78) madaniyah
23.almukminun(118)makkiyah
24.An nur(64) madaniyah
25.alfurqan(77)makkiyah
26. Asy syuara(227)makkiyah
👉27.An naml(93) makkiyah
28.Al Qasas(88) makkiyah
29.Al ankabut(69)makkiyah
30.Ar rum(60)makkiyah.

027.Surah An naml
Maksud penting surah  an naml ialah Allah taala nak sabitkan dia yg empunya berkat dan juga zat yg sama memiliki ilmu yg sempurna dan qudrat yg sempurna.
Ini perbezaan dgn surah sebelum.

Surah an naml bhg satu ayat 1-66,nak sabitkan bahawa Allah taala zat yg sempurna dan mempunyai ilmu yg sempurna.juga nak sabitkan allah taala mempunyai qudrat yg sempurna dan kuasa mengurus dan mentadbir yg sempurna.

Bhg ke2 kebanyakannya Takhwif ( penakutan) ,zajrun ( teguran membina  untuk nabi atau teguran keras untuk penentang da'wa) dan Tabsyir( berita gembira)
Dlm surah ini ada 2dalil aqli iaitu bermula pada ayat 86 dan beberapa kisah para anbiya.yg Allah bg kepada mereka kekuasaan dunia tapi tidak halang jadi hamba yg taat.
Juga tak bg apa2 kuasa dunia ,tepi tetap taat pada Allah.
Jadi nak diajar kepada hamba keadaan seorang hamba tidak boleh jadi sebab untuk dia tak taat pada Allah.
Ada ayat2 yg khusus hanya ada dlm quran dan ada juga ada dlm kitab terdahulu.

Surah  An naml
Bilangan ayat 93
Bilangan rukuk 7
Surah Makkiyah
Tertib turun yg ke 48
Bilangan paragraf  8
Paragraf 1ayat 1-6 pendahuluan
Paragraf 2 ayat 7-14 kisah nabi musa,dakwah kepada tauhid حاكميه(tuhan sbg penentu hukum,dan yg dia yg terbaik)dan akibat buruk taghut.
Paragraf 3 ayat 15-44 kisah nabi sulaiman,khilafahnya dibumi kerajaan tuhan dan tauhid حاكميه(tauhid yg dok ada dlm quran)
Paragraf 4 ayat 45-53 kisah nabi saleh dgn kaum tsamud dan akibat buruk kezaliman.
Paragraf 5 ayat 54-58 kisah nabi lut dan akibat buruk yg diterima kaum lut.
Paragraf 6 ayat 59 sumbangan para nabi dlm menyebarkan akidah tauhid
Paragraf 7 ayat 60-69 dalil2 tauhid الوهيه dan dalil حاكميهdisamping dalil2 menolak syirik dlm الوهيهdan حاكميه,ayat quran ada satu pun dah cukup inikan pula byk ayat.tauhid ini yg merupakan ajaran quran.
Paragraf 8 ayat 70-93 Penutup menghiburkan Rasullah,pemandangan kiamat dan akibat buruk syirik.

Mesej utama
1.Terimalah agama Islam dgn menerima seruan rasullah dan seruan alquran kepada kepercayaan tauhid dan hari akhirat.
2.Dalil2 tentang tauhid الوهيهdan dalil حاكميه.
3.Pemerintahan yg ada hendaklah digunakan untuk dakwah kepada tauhid.

Perkaitan dgn surah sebelum dan selepas...
1.
2.
Ayat tarjih

Perkataan yg diulang
Ash
Tahta
Ulm(menguasai)

Paragraf 1ayat 1-6 pendahuluan

Ayat 1
طس ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ

Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya),

Ayat 2
هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ

Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

Ayat 3
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ

Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.

Ayat 4
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ فَهُمْ يَعْمَهُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.

Ayat 5
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَهُمْ سُوءُ الْعَذَاب وَهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ الْأَخْسَرُونَ

Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang paling rugi.

Ayat 6
وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْآنَ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ

Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Paragraf 2 ayat 7-14 kisah nabi musa,dakwah kepada tauhid حاكميه(tuhan sbg penentu hukum,dan yg dia yg terbaik)dan akibat buruk taghut.

Ayat 7
إِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهْلِهِ إِنِّي آنَسْتُ نَارًا سَآتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ آتِيكُمْ
بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ

(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.

Ayat 8
فَلَمَّا جَاءَهَا نُودِيَ أَنْ بُورِكَ مَنْ فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا وَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru: "Berkat yang melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di daerah) sekelilingnya; dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam.

Ayat 9
يَا مُوسَىٰ إِنَّهُ أَنَا اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Ayat 10
وَأَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّىٰ مُدْبِرًا وَلَمْ يُعَقِّبْ ۚ
يَا مُوسَىٰ لَا تَخَفْ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ الْمُرْسَلُونَ

Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): " Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,

Ayat 11
إِلَّا مَنْ ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 12
وَأَدْخِلْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ ۖ
فِي تِسْعِ آيَاتٍ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَقَوْمِهِ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

"Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.

Ayat 13
فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ آيَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firan dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: " ini adalah sihir yang terang nyata!"

Ayat 14
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ

Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Paragraf 3 ayat 15-44 kisah nabi sulaiman,khilafahnya dibumi kerajaan tuhan dan tauhid حاكميه(tauhid yg dok ada dlm quran)

Ayat 15
وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا
عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

Ayat 16
وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ ۖ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنْطِقَ الطَّيْرِ
وَأُوتِينَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ ۖ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ

Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".

Ayat 17
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ

Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

Ayat 18
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ
ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut:
"Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing,
jangan Sulaiman dan tenteranya memijak
serta membinasakan kamu,
sedang mereka tidak menyedari".
👉Ini mukjizat nabi Sulaiman yg luarbiasa yg diberi oleh Allah.

Ayat 19
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًامِنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ
الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ
وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu,
dan berdoa dengan berkata:"
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku
dan kepada ibu bapaku,
dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai;
dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
👉

Ayat 20
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ

Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya)
lalu berkata:
"Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
👉Ini menunjukan nabi Sulaiman  juga manusia yg terhad kemampuannya

Ayat 21
لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُبِينٍ

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya,
atau aku akan menyembelihnya,
kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
👉Nabi Sulaiman marah kerana dia tidak tahu.
Gadai dia gembira.ini dia marah

Ayat 22
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطْتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِنْ سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ

Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu,
lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman):
"Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya,
dan aku datang kepadamu
dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
👉Burung belatuk tahu tapi nabi sulaiman tak tahu.i ni menunjukan nabi Sulaiman tidak tahu segala2 nya walaupun dia dan kelebihannya.
Burung belatuk pandai royat cerita dgn dalil .Kalu manusia tak pandai bawa cerita dgn dalil teruk dari burung belatuk.

Ayat 23
إِنِّي وَجَدْتُ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ

"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka
dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan)
dan ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
👉istana pasang siap dan besar.istana kayu.i ni kehidupan dunianya

Ayat 24
وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ
وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ

"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari
dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah,
dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka,
lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
👉ini kehidupan agamanya.

Ayat 25
أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ

"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah
yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit
dan di bumi,
dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan
serta apa yang kamu zahirkan.
👉Kata2 burung yg faham tentang tauhid

Ayat 26
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ۩

"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
👉lagi kata burung
Binatang yg menyelamatkan golongannya dan kata2 tauhid.

Ayat 27
قَالَ سَنَنْظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Nabi Sulaiman berkata:
Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
👉

Ayat 28
اذْهَبْ بِكِتَابِي هَٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانْظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ

"Pergilah bawa suratku ini,
serta campakkanlah kepada mereka,
kemudian berundurlah dari mereka;
dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".
👉

Ayat 29
قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba':
"Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.
👉Mulia kerana ada penama dan tujuan.
Surat dlm Islam mesti ada pengirim yg dikirim pada awal sekali.
Salah jika pengiriman ditulis ditempat  terakhir.

Ayat 30
إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ
وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman,
dan kandungannya (seperti berikut):
👉Ini surat rasmi dlm Islam.boleh tambat dikaki burung.
Maksud Bismillah,maksud drnya adalah sampaikan ajaran tauhid.bukan minta bantuan dan pertolongan Dr matahari

Ayat 31
أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

" `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' "
👉Isi surat.
1.jgn lawan ajaran tauhid
2.jgn lawan saya,nabi sulaiman
3.datang masuk islam atau sujud pada allah

Ayat 32
قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّىٰ تَشْهَدُونِ

Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini;
aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara
sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".
👉ini kelebihan bilkis,urusan pentadbiran bukan buat keputusan kesaorangan

Ayat 33
قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ

Mereka menjawab:
Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani merempuh peperangan;
dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu;
oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
👉Bhg lawan ,mereka bersedia.tapi semuanya bergantung kepada keputusan balkis

Ayat 34
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ

Raja perempuan itu berkata:
"Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri,mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
👉

Ayat 35
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ
فَنَاظِرَةٌ
بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ

"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,
kemudian aku akan menunggu,
apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"
👉

Ayat 36
فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ
قَالَ
أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ
فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ
مِمَّا آتَاكُمْ
بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,
berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya):
"Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda,
kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
👉

Ayat 37
ارْجِعْ إِلَيْهِمْ
فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ
لَا قِبَلَ لَهُمْ بِهَا
وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً
وَهُمْ صَاغِرُونَ

"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
👉

Ayat 38
قَالَ
يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ
أَيُّكُمْ
يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا
قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya):
"Wahai pegawai-pegawaiku,
siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?"
👉

Ayat 39
قَالَ عِفْرِيتٌ مِنَ الْجِنِّ
أَنَا آتِيكَ بِهِ
قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ ۖ
وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ

Berkatalah Ifrit dari golongan jin:
"Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu,
dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".
👉

Ayat 40
قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ
أَنَا آتِيكَ بِهِ
قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ
فَلَمَّا رَآهُ
مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ
قَالَ
هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي
لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ
وَمَنْ شَكَرَ
فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ كَفَرَ
فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah:
"Aku akan membawakannya kepadamu
dalam sekelip mata!"
Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku,
untuk mengujiku adakah aku bersyukur
atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah),
kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
👉Asif bin balkiyah,orang sangat rapat dgn Allah yg berdoa .lawan qudrat jin dgn doa ,doa lebih dr qudrat jin.

Ayat 41
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا
نَنْظُرْ
أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ

Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu,
supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu)
atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".
👉istana pasang siap.
Pusat kerajaan nabi Sulaiman di Palestin.
Orang yg matang atau pakar berfikir,isyarat sudah mencukupi untuk difahami.

Ayat 42
فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَٰكَذَا عَرْشُكِ ۖ
قَالَتْ
كَأَنَّهُ هُوَ ۚ
وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهَا
وَكُنَّا مُسْلِمِينَ

Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah singahsanamu?"
Ia menjawab:
"Boleh jadi inilah dia;
dan kami telah diberikan ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini,
dan kami pula adalah tetap berserah diri (menjunjung perintah Allah)".
👉

Ayat 43
وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ ۖ
إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ

Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu):
apa yang ia pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah;
sesungguhnya adalah ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
👉 kenapa sembah matahari?
Sebab Hijab masyarakat/resmi
Hijab ada 3
Hijab Hawa nafsu
Hijab Rasmi,suasana alam sekitar,masyarakat
Hijab Suilmakrifah

Ayat 44
قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ ۖ
فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً
وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا ۚ
قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ
مِنْ قَوَارِيرَ ۗ
قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي
وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini."
Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air,
serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya.
Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat
dari kaca".
(Mendengar yang demikian), Balqis berdoa:
"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
👉istana bilik kayu bukan kaca,menyebabkan dia tak pernah melihat kaca sebagai air.
Dgn melihat ini ,bilkis faham matahari bukan air tapi kaca.

Ada cerita karut .
Nabi Sulaiman ingin berkahwin dgn bilkis.
Nak tengok betis bilkis berbulu atau tidak.
Jin runsing dan tak bagi.
Nabi Sulaiman gila perempuan dlm jalan,salah satu dari 35 tempat riwayat yg salah.

Paragraf 4 ayat 45-53 kisah nabi saleh dgn kaum tsamud dan akibat buruk kezaliman.

Ayat 45
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا
أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ
فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata):
"Sembahlah kamu akan Allah!"
Maka tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.
👉Kisah ke3
Segi nabi ,nabi Sulaiman raja  paling hebat.
Segi umat,kaum tsamud paling hebat

Ayat 46
قَالَ يَا قَوْمِ
لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ ۖ
لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ
لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir):
"Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu,
(tidak) mendahulukan iman yang mendatangkan kebaikan kepada kamu?
Alangkah baiknya kalau kamu memohon ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
👉

Ayat 47
قَالُوا اطَّيَّرْنَا بِكَ
وَبِمَنْ مَعَكَ ۚ
قَالَ
طَائِرُكُمْ عِنْدَ اللَّهِ ۖ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ

Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu,
dan juga dengan sebab pengikut-pengikutmu!"
Nabi Soleh berkata:
Perkara yang menyebabkan baik dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya aku),
sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)".
👉

Ayat 48
وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ
يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ
وَلَا يُصْلِحُونَ

Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu,
ada sembilan orang yang semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat)
dan tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
👉

Ayat 49
قَالُوا
تَقَاسَمُوا بِاللَّهِ
لَنُبَيِّتَنَّهُ
وَأَهْلَهُ
ثُمَّ لَنَقُولَنَّ لِوَلِيِّهِ
مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ
وَإِنَّا لَصَادِقُونَ

Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan nama Allah,
bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh
dan pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam,
kemudian kita akan berkata kepada warisnya:
` Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya,
dan sesungguhnya kami adalah berkata benar '. "
👉

Ayat 50
وَمَكَرُوا مَكْرًا
وَمَكَرْنَا مَكْرًا
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat,
dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan,
sedang mereka tidak menyedarinya.
👉

Ayat 51
فَانْظُرْ
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ
أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ
وَقَوْمَهُمْ أَجْمَعِينَ

Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah hancurkan mereka
dan kaum mereka semuanya.
👉

Ayat 52
فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً
بِمَا ظَلَمُوا ۗ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap,
dengan sebab mereka berlaku zalim;
sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya).
👉

Ayat 53
وَأَنْجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا
وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman,
serta yang selalu bertaqwa.
👉

Paragraf 5 ayat 54-58 kisah nabi lut dan akibat buruk yg diterima kaum lut.

Ayat 54
وَلُوطًا
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ
أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ
وَأَنْتُمْ تُبْصِرُونَ

Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya)
ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji
sedang kamu nampak kejinya?
👉Mengetahui تُبْصِرُونَ

Ayat 55
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً
مِنْ دُونِ النِّسَاءِ ۚ
بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan,
kerana memuaskan nafsu syahwat kamu.
(Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
👉

Ayat 56
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ
إِلَّا أَنْ قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِنْ قَرْيَتِكُمْ ۖ
إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut
dan pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini;
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".

Ayat 57
فَأَنْجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ
إِلَّا امْرَأَتَهُ
قَدَّرْنَاهَا مِنَ الْغَابِرِينَ

Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya,
kecuali isterinya,
Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.

👉

Ayat 58
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ مَطَرًا ۖ
فَسَاءَ مَطَرُ الْمُنْذَرِينَ

Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan,
maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
👉

Paragraf 6 ayat 59 sumbangan para nabi dlm menyebarkan akidah tauhid

Ayat 59
قُلِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ
وَسَلَامٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَىٰ ۗ
آللَّهُ خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Segala puji tertentu bagi Allah
dan selamat sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya.
Manakah yang lebih baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu bagiNya?
👉Orang yg dipilih adalah golongan nabi saw.

Paragraf 7 ayat 60-69 dalil2 tauhid الوهيه dan dalil حاكميهdisamping dalil2 menolak syirik dlm الوهيهdan حاكميه,ayat quran ada satu pun dah cukup inikan pula byk ayat.tauhid ini yg merupakan ajaran quran.

Ayat 60
أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ
وَأَنْزَلَ لَكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَنْبَتْنَا بِهِ
حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ
مَا كَانَ لَكُمْ أَنْ تُنْبِتُوا شَجَرَهَا ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ

Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu?
Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari kebenaran (tauhid).
👉

Ayat 61
أَمَّنْ جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا
وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا
وَجَعَلَ لَهَا رَوَاسِيَ
وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan
dan telah menjadikan sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya
dan telah menjadikan untuknya gunung-ganang yang menetapnya;
dan juga telah menjadikan di antara dua laut (yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik itu) tidak mengetahui.
👉

Ayat 62
أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ
وَيَكْشِفُ السُّوءَ
وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
قَلِيلًا مَا تَذَكَّرُونَ

Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa kepadaNya,
dan yang menghapuskan kesusahan,
serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).
👉

Ayat 63
أَمَّنْ يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ
وَمَنْ يُرْسِلُ الرِّيَاحَ
بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
تَعَالَى اللَّهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut,
dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
👉

Ayat 64
أَمَّنْ يَبْدَأُ الْخَلْقَ
ثُمَّ يُعِيدُهُ
وَمَنْ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ۗ
أَإِلَٰهٌ مَعَ اللَّهِ ۚ
قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk,
kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya).
dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?
Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad):
"Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
👉

Ayat 65
قُلْ
لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ
وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi:
Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!"
Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
👉Malaikat atau nabi Musa dan sulaiman.

Ayat 66
بَلِ ادَّارَكَ عِلْمُهُمْ فِي الْآخِرَةِ ۚ
بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِنْهَا ۖ
بَلْ هُمْ مِنْهَا عَمُونَ

Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat (tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya; bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
👉zajrun

Ayat 67
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا
أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا
وَآبَاؤُنَا
أَئِنَّا لَمُخْرَجُونَ

Dan orang-orang yang kafir berkata:
"Adakah sesudah kami menjadi tanah,
dan juga datuk nenek kami,
adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
👉Syikayah.

Ayat 68
لَقَدْ وُعِدْنَا هَٰذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ قَبْلُ
إِنْ هَٰذَا إِلَّا أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

"Demi sesungguhnya,
kami telah dijanjikan dengan perkara ini,
kami dan juga datuk nenek kami dahulu;
ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
👉

Ayat 69
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ
فَانْظُرُوا
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi,
kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
👉

Paragraf 8 ayat 70-93 Penutup menghiburkan Rasullah,pemandangan kiamat dan akibat buruk syirik.

Ayat 70
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ
وَلَا تَكُنْ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,)
dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
👉Tasliyah

Ayat 71
وَيَقُولُونَ
مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan mereka bertanya:
"Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu,
jika betul kamu orang-orang yang benar?"
👉

Ayat 72
قُلْ
عَسَىٰ أَنْ يَكُونَ رَدِفَ لَكُمْ بَعْضُ الَّذِي تَسْتَعْجِلُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad):
"Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu".
👉

Ayat 73
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَشْكُرُونَ

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya kepada umat manusia seluruhnya
tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
👉

Ayat 74
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ
مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka
dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).
👉

Ayat 75
وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ
إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ

Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi,
melainkan tertulis dalam Kitab yang terang nyata.
👉

Ayat 76
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ
عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan
kepada Bani lsrail (perkara yang sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal ugama) yang mereka berselisihan padanya.
👉

Ayat 77
وَإِنَّهُ لَهُدًى
وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk
dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.
👉

Ayat 78
إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ بِحُكْمِهِ ۚ
وَهُوَ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan hukumNya,
dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
👉

Ayat 79
فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۖ
إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ

Oleh itu, berserahlah kepada Allah,
sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran yang jelas nyata.
👉

Ayat 80
إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ
وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ
إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ

Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu,
dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu,
apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).
👉Tasliyah kepada nabi.
Orang mati dan pekak asli tidak mampu mendengar.

Ayat 81
وَمَا أَنْتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَنْ ضَلَالَتِهِمْ ۖ
إِنْ تُسْمِعُ إِلَّا مَنْ يُؤْمِنُ
بِآيَاتِنَا فَهُمْ مُسْلِمُونَ

Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya menjauhi kesesatan mereka;
engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan Kami,
kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.
👉

Ayat 82
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ
أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِنَ الْأَرْضِ
تُكَلِّمُهُمْ
أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ

Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia,
Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka,
bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
👉Takhwif ukhrowi
Binatang boleh bercakap dibukit safar atau perkara yg luarbiasa akan berlaku apabila berlaku Qiamat.

Ayat 83
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا
مِمَّنْ يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا
فَهُمْ يُوزَعُونَ

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,
lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
👉Ini akhirat.

Ayat 84
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوا
قَالَ أَكَذَّبْتُمْ بِآيَاتِي
وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا عِلْمًا
أَمَّاذَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman:
"Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi?
Atau apakah yang kamu telah lakukan?"
👉Boleh jadi dipadang mashyar atau pinggir neraka.
Mendustakan ayat2 Allah dgn tidak mengetahui pun ayat2 Allah.
Selain mensyirikkan adalah menzalimi hamba Allah seperti membunuh nabi.

Ayat 85
وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ بِمَا ظَلَمُوا
فَهُمْ لَا يَنْطِقُونَ

Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka (berlaku kufur ingkar),
lalu mereka diam membisu.
👉

Ayat 86
أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ
لِيَسْكُنُوا فِيهِ
وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا ۚ
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya,
dan menjadikan siang terang-benderang?
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
👉

Ayat 87
وَيَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ
فَفَزِعَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ۚ
وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ

Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar - makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,
kecuali mereka yang dikekhendaki Allah;
dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk patuh.
👉Takhwif ukhrowi.

Ayat 88
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً
وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ
صُنْعَ اللَّهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ
إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku,
padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
👉Tepat dan tekun أَتْقَنَ

Ayat 89
مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ
فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا
وَهُمْ مِنْ فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya)
maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya,
dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
👉Undang2 akhirat.
Kebajikan yg sudah dikira makbul.

Ayat 90
وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ
فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ
هَلْ تُجْزَوْنَ
إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya)
maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka):
"Kamu tidak diberi
melainkan balasan apa yang kamu telah lakukan".
👉Aqidah syirik بِالسَّيِّئَةِ

Ayat 91
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ
الَّذِي حَرَّمَهَا
وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ
وَأُمِرْتُ
أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah Tuhan negeri (Makkah) ini
yang telah menjadikannya suci lagi dihormati
dan yang menguasai segala-galanya;
dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), 👉Dalil wahyu.

Ayat 92
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ ۖ
فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَنْ ضَلَّ
فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنْذِرِينَ

"Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran".
Oleh itu, sesiapa yang menurut petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya)
maka faedah perbuatannya itu akan terpulang kepada dirinya sendiri,
dan sesiapa yang sesat,
maka katakanlah kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
👉Arahan tabligh

Ayat 93
وَقُلِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ
سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ
فَتَعْرِفُونَهَا ۚ
وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung),
Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)";
dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
👉
🐈

Tiada ulasan:

Catat Ulasan