Jumaat, Mei 31, 2019

Daurah tafsir 2019 sesi 28(90)

Daurah tafsir 2019 sesi 28(90)
Sesi 28(89,90,91,92,93)

81.At takwir (29)makkiyah
82.Al Infitar(19)makkiyah
83.Al muthofifin (36)makkiyah.
84.Al insyiqaq (25)makkiyah.
85.Al buruj (22)makkiyah.
86.Attariq (17)makkiyah
87.Al a'la (19)makkiyah.
88.Al ghasyiyah(26)makkiyah
89.Al fajr(30)makkiyah
👉90.Al balad (20)makkiyah.

91.As syams (15)makkiyah.
92.Al lail (21)makkiyah
93.Ad dhuha(11)makkiyah.
94.Al shar(8)makkiyah
95.At tin (8)makkiyah
96.Al Alaq(19)makkiyah.
97.Al Qadr(5)makkiyah
98.Al bayyinah(8)madaniyah
99.Al zalzalah (8)madaniyah
100.Al Adiyat (11)makkiyah.

090.Surah Albalad.
Surah Al balad
Tertib surah 90
Bilangan ayatnya 20
Bilangan rukuk 1
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 35
Bilangan paragrafnya ada 4
Paragraf 1ayat1-4 Dunia adalah tempat yg penuh dgn ujian dan kesukaran ,manusia boleh
menjadi أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِapabila berjaya  menghadapi ujian dan kesukaran dunia.
Paragraf 2 ayat 5-10 Kedua2 jalan telah diletakan dihadapan manusia ,dia boleh menjadi seorang yg kedekut boleh juga menjadi seorang yg pemurah.
Paragraf 3 ayat 11-18  Menegakan keadilan  dan kesaksamaan dlm masyarakat adalah satu kerja pendakian  yg sukar الْعَقَبَةَ
Paragraf 4 ayat 19-20 Kesudahan hidup أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِdan    أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ   ِadalah berbeza

Mesej utama
1.Antara dua jalan ( النَّجْدَيْنِ)pilihlah jalan pendakian yg sukar.
2.Berusahalah untuk termasuk dlm
kumpulan أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
Minit 1:46-akhir
Apa sj dunia kena jadikan akhirat.
Seperti yg nabi dan sahabat buat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم

ِ لَا أُقْسِمُ بِهَٰذَا الْبَلَدِ
Aku bersumpah dengan negeri (Makkah) ini;
-Sura Al-Balad, Ayah 1

وَأَنْتَ حِلٌّ بِهَٰذَا الْبَلَدِ
Sedang engkau (wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
-Sura Al-Balad, Ayah 2

وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ
Demi manusia yang melahirkan zuriat, dan zuriat yang dilahirkannya;
-Sura Al-Balad, Ayah 3

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
-Sura Al-Balad, Ayah 4

أَيَحْسَبُ أَنْ لَنْ يَقْدِرَ عَلَيْهِ أَحَدٌ
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
-Sura Al-Balad, Ayah 5

يَقُولُ أَهْلَكْتُ مَالًا لُبَدًا
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
-Sura Al-Balad, Ayah 6

أَيَحْسَبُ أَنْ لَمْ يَرَهُ أَحَدٌ
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
-Sura Al-Balad, Ayah 7

أَلَمْ نَجْعَلْ لَهُ عَيْنَيْنِ
(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?)
-Sura Al-Balad, Ayah 8

وَلِسَانًا وَشَفَتَيْنِ
Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
-Sura Al-Balad, Ayah 9

وَهَدَيْنَاهُ النَّجْدَيْنِ
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
-Sura Al-Balad, Ayah 10

فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
-Sura Al-Balad, Ayah 11

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
-Sura Al-Balad, Ayah 12

فَكُّ رَقَبَةٍ
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
-Sura Al-Balad, Ayah 13

أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ
Atau memberi makan pada hari kelaparan -
-Sura Al-Balad, Ayah 14

يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
-Sura Al-Balad, Ayah 15

أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
-Sura Al-Balad, Ayah 16

ثُمَّ كَانَ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ وَتَوَاصَوْا بِالْمَرْحَمَةِ
Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.
-Sura Al-Balad, Ayah 17
👉Buat amal sampai mati.

أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
(Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
-Sura Al-Balad, Ayah 18

وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا هُمْ أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. -
-Sura Al-Balad, Ayah 19
عَلَيْهِمْ نَارٌ مُؤْصَدَةٌ
Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
-Sura Al-Balad, Ayah 20

Surah Al balad
Tertib surah 90
Bilangan ayatnya 20
Bilangan rukuk 1
Surah makkiyah
Tertib turunnya yg ke 35
Bilangan paragrafnya ada 4
Paragraf 1ayat1-4 Dunia adalah tempat yg penuh dgn ujian dan kesukaran ,manusia boleh
menjadi أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِapabila berjaya  menghadapi ujian dan kesukaran dunia.
Paragraf 2 ayat 5-10 Kedua2 jalan telah diletakan dihadapan manusia ,dia boleh menjadi seorang yg kedekut boleh juga menjadi seorang yg pemurah.
Paragraf 3 ayat 11-18  Menegakan keadilan  dan kesaksamaan dlm masyarakat adalah satu kerja pendakian  yg sukar الْعَقَبَةَ
Paragraf 4 ayat 19-20 Kesudahan hidup أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِdan    أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ   ِadalah berbeza

Mesej utama
1.Antara dua jalan ( النَّجْدَيْنِ)pilihlah jalan pendakian yg sukar.
2.Berusahalah untuk termasuk dlm
kumpulan أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ

Zaman turun.
Iaitu peringkat ke3 ,ketika kezaliman dan kejahatan orang2 kafir quraisy cukup teruk dan diri nabi juga turut terancam.tanah haram pun tak aman...pelik orang baik pun tak aman.

Kaitan dgn surah sebelumnya.
Mereka tak percaya hari akhirat,mereka tak menghiraukan orang2 yg susah ,terlalu cintakan harta benda,nerampas hak orang miskin dan anak yatim.makan harta pusaka dgn cara tak betul dan sebagainya.
Dlm surah ini diceritakan untuk menegakhan keadilan.untuk menegakan ekonomi yg stabil bukan kerja senang.
Aqobah sama macam bukit.
Dan orang2 yg buat kerja yg susah macam ni dan mengharapkan balasan diakhirat kelak ,ashabul maimanah..golongan kanan.secara ringkas bagi suratan tangan kanan.
Allah bg kebebasan pilih kebebasan untuk pilih  yg baik dan buruk.
Dlm surah selepas ini ,allah ilham kan kepada manusia boleh pilih yg baik dan yg buruk.

Tema atau kata kunci
Adalah َ أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ golongan pihak kanan
Golongan ini ramai.
Golongan yg berjaya.
Saling berpesan dgn kesabaran...
Saling mengasihi satu sama lain..

Golongan yg malang dlm mendaki. أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي كَبَدٍ
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
-Sura Al-Balad, Ayah 4
👉Semua manusia susah

أَيَحْسَبُ أَنْ لَمْ يَرَهُ أَحَدٌ
Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
-Sura Al-Balad, Ayah 7
👉Manusia itu sombong.

فَلَا اقْتَحَمَ الْعَقَبَةَ
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
-Sura Al-Balad, Ayah 11
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْعَقَبَةُ
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
-Sura Al-Balad, Ayah 12

فَكُّ رَقَبَةٍ
(Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
-Sura Al-Balad, Ayah 13
أَوْ إِطْعَامٌ فِي يَوْمٍ ذِي مَسْغَبَةٍ
Atau memberi makan pada hari kelaparan -
-Sura Al-Balad, Ayah 14
يَتِيمًا ذَا مَقْرَبَةٍ
Kepada anak yatim dari kaum kerabat,
-Sura Al-Balad, Ayah 15
أَوْ مِسْكِينًا ذَا مَتْرَبَةٍ
Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.
-Sura Al-Balad, Ayah 16
👉Tak boleh ke bg sikit?
Ini orang yg tak berjaya.
Nikmat diberi merdeka..

Orang2 yg mendustakan ayat2 allah itu أَصْحَابُ الْمَشْأَمَة

Tiada ulasan:

Catat Ulasan