Qawaid tafsir 2019 sesi 06
Kaedah 53
قاعدة ٥٣ العَطْفُ(بالْوَاوِ)يَقْتَضِي الْمُغَايَرَةَ بَيْنَ الْمَعْطُوفِ وَالْمَعْطُوْفِ عَلَيْهِ مَعَ اشْتِرَاكِهِمَا فِى الْحُكْمِ الَّذِيْ ذُكِرَ لَهُمَا
Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,walaupun kedua2nya berkongsi pada perkara yg disebutkan untuk kedua2nya.
Keterangan: Meng'thafkan sesuatu perkataan kepada sesuatu perkataan yang lain tidak diharuskan semata-mata kerana dua perkataan berkenaan berbeza pada lafaznya. Apa yang diperlukan dalam 'athaf ialah ma'na kedua-duanya mestilah berbeza.
Cuma perbezaan itu ada beberapa tahapnya.
Tahap pertamanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang berbeza dan
berlainan hakikatnya, dengan erti ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada
ma'thuf 'alaih atau sebaliknya. Atau masing-masing daripadanya bukan merupakan
lazim bagi satu sama lain. Inilah bentuk 'athaf yang paling popular.
Tahap keduanya ialah apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih saling berlaziman.
Maksudnya ialah bukanlah ma'thuf merupakan ma'thuf 'alaih itu sendiri, akan tetapi
setiap satu daripadanya tidak dapat dipisahkan daripada satu sama lain.
Tahap ketiganya ialah apabila juzu' bagi sesuatu di'athafkan kepada sesuatu yang merupakan kulnya atau keseluruhannya.
Tahap keempatnya ialah apabila perbezaan sifat dianggap sebagai perbezaan zat.
Maksudnya ialah ada dua sifat atau lebih bagi sesuatu. Satu daripadanya di'athafkan
kepada yang satu lagi sebagai ma'thuf 'alaihnya, dengan menganggap masing-masing
daripadanya sebagai zat yang berlainan.
Kita ada 4 tingkat kaedah atof dgn wau yg boleh diguna pakai.
Athaf(dengan و)mengkehendaki ada kelainan dan perbezaan diantara ma'thuf dan ma'thuf'alaih,bukan sama .
Contoh.
Roaitu sayaroh wal masjididal..
Kereta saya tengok ,masjid pun saya tengok.
Tengok dikongsi oleh kedua2.
Tetapi adakah hakikat kereta dan masjid itu sama?
Tidak sama.
Nama saidina umar dan kunyahnya..
Rohaitu abu hafsin umar..ini betul
Hakikatnya orang sama.
Rohaitu abu hafsin wa umaro..salah.
4tu ada perbezaan dan tetapi tak sama juga.jika sama betul tidak akan diatof dgn wau.
Dia ada tahap kelainan.
Contoh lelakiperempuan...manusia sama tetapi jantina tak sama.
Contoh 'athaf tahap pertama, iaitu apabila ma'thuf dan ma'thuf 'alaih memang berbeza dan berlainan hakikatnya, dan ma'thuf bukan merupakan sebahagian daripada ma'thuf 'alaih atau sebaliknya(contoh kereta dan masjid). Selain itu, ma'thuf dan ma'thuf 'alaih juga tidak berlaziman:
(1)
ٱلَّذِی خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا فِی سِتَّةِ أَیَّامٍ ثُمَّ ٱسۡتَوَىٰ عَلَى ٱلۡعَرۡشِۖ ٱلرَّحۡمَـٰنُ فَسۡـَٔلۡ بِهِۦ خَبِیرًا
59. Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas 'Arsy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka
tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia.
(al-Furqaan: 59).
Perkataan-perkataan ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ وَمَا بَیۡنَهُمَا merupakan tiga benda atau hakikat yang
berlainan, ia diikat dalam satu rangkaian 'athaf. Keharusannya berada dalam
rangkaian 'athaf adalah kerana kelainan hakikat setiap satu daripadanya. Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga ketiga tiga
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.
Ini maktuf hakikatnya lain.tahu dr mana?
Dri wau sebiji tu.
Tulisan A.Hasan...
Kuda bgma tangkas ada masa ia jatuh.
Orang alim pun ada masa cakap mengarut.
A .hasan kata tiada azab kubur.
Neraka ditunjuk kepada mereka pada pagi dan petang....jadi azab kubur tiada.
Cuba bc hadis..ya allah aku berlindung dari azab kubur dan azab neraka.
Jika lemah kaedah akan terlepas dan tidak tahu dimana silap kita atau silap orang..
Tak boleh kata bila benda sama dgn wau.
Keharusannya berada dalam
rangkaian 'athaf adalah kerana kelainan hakikat setiap satu daripadanya. Masing-masing daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga ketiga tiga
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.
Yg kedua...
نَزَّلَ عَلَیۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَیۡنَ یَدَیۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیلَ
3. Dia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan
mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripadanya dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan
lnjil.
Yg kita nak sini...
وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِیلَ
Makna cerita taurat dan injil tak sama.
Jika dianggap sama ,tak betul sebab ada wau .
مِن قَبۡلُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَأَنزَلَ ٱلۡفُرۡقَانَۗ إِنَّ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ لَهُمۡ عَذَابٌ شَدِیدٌۗ وَٱللَّهُ عَزِیزٌ ذُو ٱنتِقَامٍ
4. Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia dan Dia juga
yang menurunkan Al-Furqan (yang membezakan antara yang benar dengan yang
salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah
itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi
berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
(Aali 'Imraan:
3-4).
Perkataan ٱلتَّوۡرَىٰةَ dan وَٱلۡإِنجِیلَ berada dalam rangkaian 'athaf. Kedua-duanya adalah kitab
yang berlainan hakikatnya. Kelainan hakikat kedua-duanyalah yang mengharuskan
kedua-dua perkataan itu diikat dalam satu rangkaian'athaf dengan و.Masing-masing
daripadanya bukan merupakan juzu' kepada yang lain, bukan juga kedua-dua
perkataan itu berlaziman antara satu sama lain.
Hakikat ,Injil bukan juzuk dari injil.
Kaedah b(panduan hidup)
قاعدة الخامسة قوله تعالى
وَقَدۡ خَابَ مَنِ ٱفۡتَرَىٰ
Qaedah Kelima:
Firman Allah s.w.t.Bermaksud:
sesungguhnya orang yang
berdusta, tetap hampa dan kecewa. (Thaha:61).
Semakin besar dustanya semakin besarlah ruginya.
Kerugiannya akan ikut membesar bersama dusta.
Mengaku jadi nabi..dusta yg besar dan dahsyat.
Kekecewa dan hampa dan ruginya terlalu besar.
Bukan anak tapi dibinkanya..dusta juga.
Pusaka yg diterima haram.
Allah akan biarkan begitu shj?tidak.
Buat hadis palsu juga dusta...tempah tempat duduk dalam neraka.
Contoh termasuk perkara dusta adalah fitnah.
Kisah benar kata maulana Asri,seorang kawan yg bijak telah di fitnah dgn dadah yg diletak dalam beg sekolah dan dia repot polis.kawannya ditangkap polis tidak dapat meneruskan pengajian ,hancur seluruh hidupnya kerana tidak boleh meneruskan apa yg sepatutnya dia mampu.Merengkut dlm penjara dan dipulau oleh keluarga.
Bagaimana pun kawan berdusta itu telah kemalangan putus tangan .
Dia telah terfikir ini mungkin itu adalah disebabkan kesalahan yg telah dilakukan lalu dia memutuskan untuk minta maaf dari kawan itu.
Selepas itu dia telah pula jatuh sakit dan terpaksa berkerusi roda.inilah ٱفۡتَرَىٰ
Tak cukup dengan hanya istighafar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan