Rabu, Mei 22, 2019

Qawaid tafsir 2019 sesi 17

Qawaid tafsir 2019 sesi 17

Kaedah 60

Larangan daripada perkara yang
boleh membawa kepada sesuatu
lebih mendalam ertinya daripada
larangan daripada sesuatu itu
sendiri awal-awal lagi.
قاعدة ٦٠ النَّهْيُ عَنِ اللَّازِمِ أَبْلَغُ فِي الدَّلَالَةِ عَلَى النَّهْيُ عَنِ الْمَلْزُمِ مِنَ النَّهْيِ عَنِ الْمَلْزُمِ اِبْتِدَاءً

Keterangan: Larangan daripada melakukan sesuatu ada dua bentuknya:
(1) Larangan daripada melakukan sesuatu itu sendiri. Contohnya ialah firman Allah:
لا تأكلو الربا
(Jangan kamu makan riba). Memang riba itulah yang dilarang kamu makan
(2) Larangan daripada melakukan sesuatu atau apa-apa yang boleh membawa kepada sesuatu yang sebenar-benarnya hendak dilarang.

Contohnya ialah firman Allah:
لا تقربوا الزنا
(Jangan kamu hampiri zina). Yang sebenar-benarnya hendak dilarang dan ditakuti
sangat manusia melakukannya ialah zina. Tetapi Allah tidak melarang terus
melakukan perbuatan itu, Dia sebaliknya melarang daripada perkara-perkara yang
boleh membawa kepada zina. Perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina itu.
juga haram dilakukan, walaupun tidaklah seteruk haramnya zina ibt. sendiri. Jika
dilihat kepada kedalaman erti larangan yang terdapat pada dua bentuk larangan itu,
maka larangan dalam bentuk kedua lebih mendalam berbanding bentuk pertama.
Kerana ia bererti mendekati perkara-perkaruyang membawa kepada zina pun dilarang
Allah, apatah lagi melakukannya, medekati zina sendiri tentulah lebih terlarang,
bagaimana pula dengan melakukan zina itu sendiri? Tentu lebih-lebih lagilah
terlarangnya.
Contoh-contoh untuk qaedah ke-60:
(1)

۞ قُلۡ تَعَالَوۡا۟ أَتۡلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمۡ عَلَیۡكُمۡۖ أَلَّا تُشۡرِكُوا۟ بِهِۦ شَیۡـًٔاۖ وَبِٱلۡوَٰلِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۖ وَلَا تَقۡتُلُوۤا۟ أَوۡلَـٰدَكُم مِّنۡ إِمۡلَـٰقٍ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكُمۡ وَإِیَّاهُمۡۖ وَلَا تَقۡرَبُوا۟ ٱلۡفَوَٰحِشَ مَا ظَهَرَ مِنۡهَا وَمَا بَطَنَۖ وَلَا تَقۡتُلُوا۟ ٱلنَّفۡسَ ٱلَّتِی حَرَّمَ ٱللَّهُ إِلَّا بِٱلۡحَقِّۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ

151. Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan
hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) vanq teranq daripadanva dan vang tersembun)'i dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syara'). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
(al-An'aam: 151 )

Jika dilihat kepada ayat di atas, ada beberapa perbuatan dilarang Allah di dalamnya.
Semuanya dilarang kita melakukannya secara langsung. Bahagian yang bergaris di
bawahnya sahaja yang dilarang Allah kita mendekatinya. Tetapi ia tidaklah bererti
kita dilarang mendekatinya sahaja, adapun melakukannya maka tidak dilarang!
Melakukannya juga dilarang, malah lebih-lebih lagi dilarang, niendekatinya sahaja
pun sudah dilarang!

(2)
وَلَا تَقۡرَبُوا۟ مَالَ ٱلۡیَتِیمِ إِلَّا بِٱلَّتِی هِیَ أَحۡسَنُ حَتَّىٰ یَبۡلُغَ أَشُدَّهُۥۚ وَأَوۡفُوا۟ ٱلۡكَیۡلَ وَٱلۡمِیزَانَ بِٱلۡقِسۡطِۖ لَا نُكَلِّفُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۖ وَإِذَا قُلۡتُمۡ فَٱعۡدِلُوا۟ وَلَوۡ كَانَ ذَا قُرۡبَىٰۖ وَبِعَهۡدِ ٱللَّهِ أَوۡفُوا۟ۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَذَكَّرُونَ

152. Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih
bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan
dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat

152. Dan ianganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik
(untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri) dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak memberatkan seseorang dengan kewajipan melainkan sekadar kesanggupannya dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu) dan pe{anjian (perintah-perintah) Allahhendaklah kamu sempurnakan. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat (mematuhiNya).
(al-An' aam : 152)

Bahagian yang bergaris di dalam ayat di atas sahaja yang berkenaan. Allah melarang
anda daripada mendekatiharta anak yatim dengan carayang tidak baik. Memakannya
dengan cara yang salah lebih-lebih lagilah terlarang, mendekatinya dengan cara yang
tidak baik saja pun sudah dilarang dan ia sudah merupakan satu kesalahan dan dosa,
apatah lagi memakannya. Allah hanya membenarkan anda mendekati harta anak
yatim dengan caruyatgbaik sahaja.

(3)
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوۤا۟ إِلَّاۤ إِیَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَیۡنِ إِحۡسَـٰنًاۚ إِمَّا یَبۡلُغَنَّ عِندَكَ ٱلۡكِبَرَ أَحَدُهُمَاۤ أَوۡ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَاۤ أُفٍّ وَلَا تَنۡهَرۡهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوۡلًا كَرِیمًا

23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Oh" dan janganlah engkau membentak mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
(a1- Israa':23).

Maksud sebenar Allah melarang seseorang anak daripada berkata "Oh" kepada kedua ibu bapa atau salah seorang dari keduanya ialah melarangnya daripada menyakiti mereka. ooOh" sahaja pun sudah dilarang, apalagi kalau dikatakan o'babi" atau "anjing" dan sebagainya kepada mereka. Lebih-lebih lagilah terlarang dan haram jika mereka dipukul atau didera. Menurut qaedah ke-60 yang sedang dibincangkan sekarang, melarang mengatakan "oh" sahaja kepada ibu atau bapa lebih mendalam lagi erti larangan dan haramnya
berbanding melarang terus daripada memukulnya. Ini kerana ia menyatakan lapisan- lapisan larangan dan perkara-perkara yang diharamkan, daripada yang paling rendah kepada yang lebih tinggi. Menyakiti ibu atau bapa dengan menyumpah, menyeranah dan memukul mereka tentulah lebih-lebih lagi terlarang dan tinggi levelkeharamannya berbanding "oh" yang dilarang itu.

Peringatan:
Qaedah ini tidak hanya berlaku pada f il nahi sahaja, Ia juga berlaku pada f il manfi (fi'il yang menafikan sesuatu perkara). Ini bererti menafikan lazim f il lebih
mendalam ma'nanya daripada menafikan f il itu sendiri.
Antara contohnya ialah firman Allah di bawah ini:

أَیۡنَمَا تَكُونُوا۟ یُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِی بُرُوجٍ مُّشَیَّدَةٍۗ وَإِن تُصِبۡهُمۡ حَسَنَةٌ یَقُولُوا۟ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ وَإِن تُصِبۡهُمۡ سَیِّئَةٌ یَقُولُوا۟ هَـٰذِهِۦ مِنۡ عِندِكَۚ قُلۡ كُلٌّ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۖ فَمَالِ هَـٰۤؤُلَاۤءِ ٱلۡقَوۡمِ لَا یَكَادُونَ یَفۡقَهُونَ حَدِیثًا

78. Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun. (an-Nisaa': 78).

Bahagian yang bergaris di bawahnya di dalam ayat di atas sahaja yang berkenaan. Mengatakan hampir-hampir tidak memahami lebih mendalam lagi ertinya daripada
mangatakan tidak memahami sahaja. Ayat di atas adalah ayat manfi, bukan ayat manhi. Kerana perkataan Y yang tersebut di situ adalah Y nafi, bukan Y nahi

Kaedah b

القاعدة العشرون قوله تعالى

وَمَن یُهِنِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِن مُّكۡرِمٍۚ

Qaedah Kedua Puluh:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
dan (ingatlah) sesiapa yangdihinakan oleh Allah, maka tidak akan ada sesiapapun yang dapat memuliakannya.
(al-Hajj:18).

القاعدة الحادية  والعشرون قوله تعالى

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَكُونُوا۟ مَعَ ٱلصَّـٰدِقِینَ

Qaedah Kedua Puluh Satu:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Wahai orang-orangyang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-
sama orang-orang yang benar.
(at-Taubah: I 19).

القاعدة الثانية  والعشرون قوله تعالى

إِنَّهُۥ مَن یَتَّقِ وَیَصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا یُضِیعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

Qaedah Kedua Puluh Dua:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Sebenarnya sesiapayang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahalaorang-orang yang berbuat kebaikan.
(Yusuf: 90).

القاعدة الثالثة  والعشرون قوله تعالى

وَأۡتُوا۟ ٱلۡبُیُوتَ مِنۡ أَبۡوَٰبِهَا

Qaedah Kedua Puluh Tiga:
Firman Allah s.w.t. Bermaksud:
Dan masuklah kerumah-rumah itu dari pintunya
(al-Baqarah: 189).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan