Khamis, September 19, 2019

058.Surah Al mujadilah.

058.Surah Al mujadilah.
Ini surah yg turun dimadinah.
Didlmnya ada beberapa peraturan islam dan teguran kepada munafikin.
Surah ini mengenai pasangan suami isteri yg miskin,
Nama suami=Aus bin samit
Nama isteri=Khaulah
dimana suaminya telah menziharkan isterinya.
Ikut peraturan orang yahudi isteri haram lah untuk suaminya.

Surah Al mujadilah
Tertib surah 58
Bilangan ayatnya 22
Bilangan rukuk 3
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 105
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 Ayat 1-4حُدُودُأللهperlu  dijaga dalam  keadaan berlaku zihar terhadap isteri.
Paragraf 2 Ayat 5-13المُنافِقُونَ المُحَادُّونaktiviti2 orang2 munafik yg menentang pemerintah Islam.
Paragraf 3 Ayat 14-22 Berita gembira tentang kemenanganحِزْبُاللهdan kegagalan حِزْبُ الشيطان

Mesej utama
Propaganda orang2 munafiq yg dilakukan secara sulit boleh memecahbelahkan masyarakat  Islam dan melemahkan negara.

Ayat 1
قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا
وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ
وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ

Sesungguhnya Allah telah mendengar (dan memperkenan) aduan perempuan yang bersoal jawab denganmu (wahai Muhammad) mengenai suaminya, sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara yang menyusahkannya),
sedang Allah sedia mendengar perbincangan kamu berdua.
Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
👉Berdoa قَوْلَ

Ayat 2
الَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْكُمْ مِنْ نِسَائِهِمْ مَا هُنَّ أُمَّهَاتِهِمْ ۖ
إِنْ أُمَّهَاتُهُمْ إِلَّا اللَّائِي وَلَدْنَهُمْ ۚ
وَإِنَّهُمْ لَيَقُولُونَ مُنْكَرًا مِنَ الْقَوْلِ وَزُورًا ۚ
وَإِنَّ اللَّهَ لَعَفُوٌّ غَفُورٌ

Orang-orang yang "ziharkan" isterinya dari kalangan kamu (adalah orang-orang yang bersalah, kerana) isteri-isteri mereka bukanlah ibu-ibu mereka.
Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah perempuan-perempuan yang melahirkan mereka.
Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan yang demikian) memperkatakan suatu perkara yang mungkar dan dusta.
Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
👉 Ini undang2 zihar dan resam jahiliyah .
Mazhab imam syafie berdosa besar
Mazhab lain dosa biasa.

Ayat 3
وَالَّذِينَ يُظَاهِرُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ
ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا قَالُوا
فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا ۚ
ذَٰلِكُمْ تُوعَظُونَ بِهِ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Dan orang-orang yang "ziharkan" isterinya,
kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya),
maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur.
Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
👉Ini hukum kifarah.

Ayat 4
فَمَنْ لَمْ يَجِدْ
فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ
مِنْ قَبْلِ أَنْ يَتَمَاسَّا ۖ
فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَإِطْعَامُ سِتِّينَ مِسْكِينًا ۚ
ذَٰلِكَ لِتُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ۚ
وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۗ
وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba),
maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.
Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa,
maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin.
Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan iman kamu kepada Allah dan RasulNya (dengan mematuhi perintahNya serta menjauhi adat Jahiliyah).
Dan itulah batas-batas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
👉Ini adalah hukuman

Ayat 5
إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
كُبِتُوا كَمَا كُبِتَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۚ
وَقَدْ أَنْزَلْنَا آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ
وَلِلْكَافِرِينَ عَذَابٌ مُهِينٌ

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata.
Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,
👉Zajrun pada munafikin.
Feelmadi tapi makna mustakmal كُبِتُوا

Ayat 6
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا
فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا ۚ
أَحْصَاهُ اللَّهُ وَنَسُوهُ ۚ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Semasa mereka semuanya dibangkitkan hidup semula oleh Allah (pada hari kiamat),
lalu diterangkan kepada mereka segala yang mereka telah kerjakan.
Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya.
Dan (ingatlah), Allah menjadi Saksi akan tiap-tiap sesuatu.
👉

Ayat 7
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ
مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَىٰ
ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ
إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ
إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ
ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ
إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi?
Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada.
Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Ini teguran terhadap munafikin.

Ayat 8
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ نُهُوا عَنِ النَّجْوَىٰ
ثُمَّ يَعُودُونَ لِمَا نُهُوا عَنْهُ
وَيَتَنَاجَوْنَ بِالْإِثْمِ
وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ
وَإِذَا جَاءُوكَ
حَيَّوْكَ بِمَا لَمْ يُحَيِّكَ بِهِ اللَّهُ
وَيَقُولُونَ فِي أَنْفُسِهِمْ
لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللَّهُ بِمَا نَقُولُ ۚ
حَسْبُهُمْ جَهَنَّمُ يَصْلَوْنَهَا ۖ
فَبِئْسَ الْمَصِيرُ

Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) akan orang-orang (Yahudi) yang telah dilarang daripada perbuatan berbisik-bisik,
kemudian mereka berbalik melakukan perbuatan yang telah dilarang itu serta mereka berbisik-bisik berkenaan dengan melakukan dosa dan pencerobohan serta kederhakaan kepada Rasulullah?
Dan lagi apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi salam hormat bukan dengan lafaz salam hormat yang diberikan Allah kepadamu;
dan mereka berkata sesama sendiri: "(Kalau benar Muhammad utusan Tuhan, maka) sepatutnya kami diseksa oleh Allah disebabkan (kata-kata buruk) yang kami ucapkan itu?"
Cukuplah untuk mereka neraka Jahannam, yang mereka akan dibakar di dalamnya; maka itulah seburuk-buruk tempat kembali.
👉Zajrun ke2

Ayat 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
إِذَا تَنَاجَيْتُمْ
فَلَا تَتَنَاجَوْا بِالْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُولِ
وَتَنَاجَوْا بِالْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Apabila kamu berbisik-bisik sesama sendiri, maka janganlah kamu berbisik-bisik untuk melakukan dosa dan pencerobohan serta perbuatan derhaka kepada Rasulullah; dan (sebaliknya) berbisiklah untuk berbuat kebajikan dan bertaqwa.
Dan hendaklah kamu tetap bertaqwa kepada Allah yang kepadaNya kamu semua akan dihimpunkan (pada hari kiamat untuk dihitung amal kamu dan menerima balasan).
👉Undang2 yg allah ajar kepada orang beriman.

Ayat 10
إِنَّمَا النَّجْوَىٰ مِنَ الشَّيْطَانِ
لِيَحْزُنَ الَّذِينَ آمَنُوا
وَلَيْسَ بِضَارِّهِمْ شَيْئًا إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) Syaitan,
untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita;
sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah;
dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.
👉

Ayat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِي الْمَجَالِسِ
فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ
وَإِذَا قِيلَ انْشُزُوا
فَانْشُزُوا
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ
وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ
وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain)
maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu.
Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
👉Munafik sengaja duduk didepan nabi dan tak beri peluang sahabat penting datang dekat nabi saw.

.....
Daurah tafsir 2016 sesi 180 Al mujadilah 12-22
Ayat 12
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُولَ
فَقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَةً ۚ
ذَٰلِكَ خَيْرٌ لَكُمْ وَأَطْهَرُ ۚ
فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengadap dan bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah, maka hendaklah kamu bersedekah (kepada fakir miskin) sebelum kamu mengadapnya;
(pemberian sedekah) itu adalah lebih baik bagi kamu dan lebih bersih.
Dalam pada itu, kalau kamu tidak ada benda yang hendak disedekahkan, (kamu dibenarkan juga mengadapnya mengenai perkara yang tak dapat dielak), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉ini undang2 ke3 cara hidup bermasyarakat.
Ketua dgn rakyat jelata.iaitu jgn ganggu majlis rasmi pemimpin orang2 besar.
pemimpin ada  masa yg berjumpa dgn orang yg rapat dan penting.
Munafik ganggu nabi saw dgn lingkung nabi atau heret nabi pada suasana mereka.
Menyebabkan sahabat menunggu nabi.
Jadi allah suruh sedekah.
Munafik tidak suka jihad dan infaq.
Dgn mengingkari sedekah boleh diketahui munafik .

Ayat 13
أَأَشْفَقْتُمْ أَنْ تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوَاكُمْ صَدَقَاتٍ ۚ
فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا
وَتَابَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ
فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ
وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Adakah kamu takut (akan kemiskinan) kerana kerap kali kamu memberi sedekah sebelum kamu mengadap? Kalau kamu tidak melakukan (perintah) itu,
dan Allah pun memaafkan kamu (kerana kamu tidak mampu),
maka dirikanlah sembahyang dan berikanlah zakat (sebagaimana yang sewajibnya),
serta taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan segala amalan yang kamu lakukan.
👉munafik dah tak dtg jumpa nabi sebab malu

Ayat 14
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ تَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
مَا هُمْ مِنْكُمْ وَلَا مِنْهُمْ
وَيَحْلِفُونَ عَلَى الْكَذِبِ
وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)?
Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik);
dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta,
sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
👉Zajrun dan takhwif ukhrowi.

Ayat 15
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ
إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat;
sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
👉Natijah mereka amat berat.
Sumpahan bukan kerana allah

Ayat 16
اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً
فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
فَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ

Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh),
maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah;
oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
👉Merekammenggunakan sumpah.

Ayat 17
لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ
هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah.
Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
👉Ini nak beritahu akhirat mereka.

Ayat 18
يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعًا
فَيَحْلِفُونَ لَهُ كَمَا يَحْلِفُونَ لَكُمْ ۖ
وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ عَلَىٰ شَيْءٍ ۚ
أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْكَاذِبُونَ

(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat),
maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu;
dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka).
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
👉Masih Bersumpah juga diakhirat nanti.

Ayat 19
اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنْسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ ۚ
أُولَٰئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ ۚ
أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.
👉Ini sebab kenapa jadi munafikin.

Ayat 20
إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
أُولَٰئِكَ فِي الْأَذَلِّينَ

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
mereka termasuk dalam golongan yang amat hina.
👉Rugi sebab menentang allah.

Ayat 21
كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي ۚ
إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasulKu tetap mengalahkan (golongan yang menentang) ".
Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa.
👉Allah buat kemenangan.

Ayat 22
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ
يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ
وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ
أَوْ أَبْنَاءَهُمْ
أَوْ إِخْوَانَهُمْ
أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ
أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ
وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ
أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ
أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka,
atau anak-anak mereka,
atau saudara-saudara mereka,
ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya;
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
👉Alamat golongan orang yg betul2 beriman tidak akan bermesra.

......



👽
058.Surah Al mujadilah
Minit 37-56
Minit 37.
mujadilah=perempuan yg menegur atau berbincang  berdialog atau berbahas
Mujadalah=perbuatan yg berdialog/berbahas
Wajadilhum=ini lah perbuatan ,feel amar.
Siapakah perempuan ini?
Seorang perempuan,nama dia Khaulah bt Saklah.
Dialah yg dimaksudkan mujadilah dlm surah ni.
Saidina Umar  dizaman dia, orangramai tak tahulah (generasi baru)
Ada seorang perempuan,dia turun dari kenderaan dan dia hormat  dan dia hampar kain suruh duduk dan hormat.
Orang tanya kenapa ni,khalifah begitu hormat pada perempuan tua?
S.Umar jawab ,inilah perempuan yg tuhan  dengar seruan dia atau permintaan dia.dari langit allah bw turun surah ni.istimewa.
Suami dia melakukan zihar terhadapnya..
Zihar dari zohor=belakang.
Dia mengadu kepada allah.
Minit 41
Surah Al mujadilah
Tertib surah 58
Bilangan ayatnya 22
Bilangan rukuk 3
Surah madaniyah
Tertib turunnya yg ke 105
Bilangan paragrafnya ada 3
Paragraf 1 Ayat 1-4حُدُودُأللهperlu  dijaga dalam  keadaan berlaku zihar terhadap isteri.
Paragraf 2 Ayat 5-13المُنافِقُونَ المُحَادُّونaktiviti2 orang2 munafik yg menentang pemerintah Islam.
Paragraf 3 Ayat 14-22 Berita gembira tentang kemenanganحِزْبُاللهdan kegagalan حِزْبُ الشيطان

Mesej utama
Propaganda orang2 munafiq yg dilakukan secara sulit boleh memecahbelahkan masyarakat  Islam dan melemahkan negara.

Minit 42
Jadi kita kena berhati2,kena baiki ,ada yg tak puas hati baiki,jgn jadi fitnah.
Ikut cara nabi untuk mengatasi orang2 munafik.
Kena belajar dr quran ,semua orang.

Zaman turun mujadalah atau mujadilah,turun selepas turun surah al ahzab,kira2 pada tahun ke5 hijrah  bulan zulhijjah
Zaman orang2 munafik cukup kuat.
Macam2 propaganda yg disebarkan oleh mereka,tentang nabi ,tentang keluarga nabi ,tentang sahabat2,macam2,semua ini untuk melemahkan masyarakat Islam.
Antaranya Zaid bin Haritsah berkahwin dgn Zainab bt Jahsy.Kemudian bercerai dgn Zainab berkahwin dgn nabi.
Tradisi merek tidak boleh berkahwin dgn anak angkat
Setahun kemudian turun surah annur.
Minit 45
Antara jaga adalah ikut peraturan allah.bukan ikut nenek moyang.
Contoh zihar.

Perkaitan dgn surah sebelum
Surah alhadid keperluan berjihad ,musuh luar.
Surah ini beritahu musuh dalaman.iaitu orang munafik
Kena tahu musuh dlm dan luar.
Musuh dalam adalah hizbu syaitan

Kata kunci atau tema surah ni adalah dua kumpulan
Satu,hizbullah dan yg kedua hizbusyaitan.
Ayat 22
Cabaran sentiasa akan ada
Cabaran ini ada faedah ,baiki diri dan cuba atasi.

Yg kedua,orang memusuh ajaran allah akan jadi hina.
Ayat 5&20

Minit 48
Berkasihsayang dan bermusuh atas dasar aqidah
ayat 22
Ayat 22
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ
أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ ۖ
وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ۚ أُولَٰئِكَ حِزْبُ اللَّهِ ۚ
أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,
tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya,
sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka,
atau anak-anak mereka,
atau saudara-saudara mereka,
ataupun keluarga mereka.
Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya;
dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.
Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya.
Merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

Dlm surah ini juga mengatakan orang munafik selalu bisik2 dan slow benda2 yg tak eluk kearah meruntuh  dan merosakan hubungan institusi ayat 7
Ayat 7
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۖ
مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَىٰ ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ
إِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَا أَدْنَىٰ مِنْ ذَٰلِكَ وَلَا أَكْثَرَ إِلَّا هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi?
Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada.
Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
👉Sedikit atau ramai,tuhan tahu.
Orang munafik tak kenal sifat tuhan.
Bisik2 untuk perlanggaran dan maksiat.
Nak bincang,bincang yg bukan dosa atau untuk kebajikan.
Bisik2 suami isteri contoh untuk anak2  digalakan.
Bisikan2 jahat dr syaitan .

Ayat 7&8
Ismi dan udwan

Bgmn nak bergaul dlm masyarakat juga ada, ayat 21.
Orang beriman berdasarkan iman.

Minit 56



Tiada ulasan:

Catat Ulasan