Jumaat, September 20, 2019

Daurah tafsir 2016 sesi 048 Al maidah 1-32

Daurah tafsir 2016 sesi 048 Al maidah 1-32
005..Surah Al maidah
(1-32)
Dlm surah Fatihah
Jln,Lurus,manusia tidak dimurkai dan tidak sesat
Golongan dimurkai dan sesat,
Surah baqarah ,sifat Yahudi (dimurkai)
Surah ali imran ,sifat Nasaro (sesat)
Surah an nisa ,sifat Munafikin(sesat),ada juga sifat yahudi
Surah Maidah, ketiga2 disebut.Tapi yg byk tentang nasaro.Kedua Yahudi .Ketiga munafikin.

Dari segi aqidah ,Surah ini terbahagi 2
Bahagian pertama ayat 1-66
Menyebut tentang syirik tasyaruh (dari segi aqidah,puja dan seru) juga tentang Syirik amali (tawaf ,iktikaf dll amalan).

Bahagian ke2 ,ayat 67-120.
Kebanyakan mengenai ummumuslihah(undang2 ibadah,tentang aqidah) dan ummunazzimah(peraturan hidup ,undang2 hidup,supaya ada pengcegahan).
Tanpanya akan ada musibah.manusia jadi jahat.semua orang kena tanggung bala.
Ayat 1-14.ummuslihah

Syirik bermula dgn jahil.bila ditegur tak mahu dengar.
Dari jahil jadi degil.
Hak sebagai orang Islam,iktikad halal sebagai halal ,yg haram kata haram.
Gaya bhs tegas

Ayat 1-14,nak elak syirik amali.

Ayat 1
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ ۚ
أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِ
إِلَّا مَا يُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ
غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ
وَأَنْتُمْ حُرُمٌ ۗ
إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ

Wahai orang-orang yang beriman,
penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya),
kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu.
(Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram.
Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.
👉Baqarah mengenai sifat2 Yahudi
Ali-Imran mengenai sifat2 Nasaro
Annisa mengenai sifat2 munafikin juga yahudi.
Al Maidah mengenai ke3tiga golongan
Penuhi أَوْفُواatau semua ajaran islam
Menggalak yg halal dan mengharamkan yg haram
Binatang ternakan halal
Ada juga jadi haram bila ihram.sebab dilarang berburu.
Syirik amali antaranya bernazar bukan kerana allah.

Ayat 2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ
وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ
وَلَا الْهَدْيَ
وَلَا الْقَلَائِدَ
وَلَا آمِّين
َ الْبَيْتَ الْحَرَام
َ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ
وَإِذَا حَلَلْتُمْ
فَاصْطَادُوا ۚ
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْم
ٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ
أَنْ تَعْتَدُوا ۘ
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى
ٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ
وَالْعُدْوَانِ
ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ
إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati
mengenai syiar-syiar ugama Allah,
dan mengenai bulan-bulan yang dihormati,
dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban),
dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu,
dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan)
dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci);
dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.
Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh(melakukan kezaliman dan penganiayaan). Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,
dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
👉nazar2 yg haram.
Masyarakat jahil buat sepertimana syariat dimasjidilharaam dikuburan wali.percaya ada kelebihan
Puja kubur.
Seru wali
Rezeki فَضْلًا
Ini pantang larang di tanah haram.
Boleh berburu فَاصْطَادُوا
Buat salah benci,tapi tak boleh mengatakan yg buruk terhadap mereka .
Nama2 Allah.

Minit 23

Hubungan hamba dgn hamba الْبِرِّ(kebajikan)
Hubungan hamba dgn allah َالتَّقْوَى(taqwa)
Yg berlawan dgn taqwa الْإِثْمِ(dosa)
Yg berlawan  الْبِرِّ pula adalah َالْعُدْوَانِ(

Kebajikan= الْبِرِّ
Keji dan mungkar= الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Ayat 3
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ
وَالدَّمُ
وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ
وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِه
ِ وَالْمُنْخَنِقَةُ
وَالْمَوْقُوذَةُ
وَالْمُتَرَدِّيَةُ
وَالنَّطِيحَة
ُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ
وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ
ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ
الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ
فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي
وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ
فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih),
dan darah (yang keluar mengalir),
dan daging babi (termasuk semuanya),
dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah,
dan yang mati tercekik,
dan yang mati dipukul,
dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi,
dan yang mati ditanduk,
dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya),
dan yang disembelih atas nama berhala;
dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah.
Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya).
Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu,
dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu,
dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya),
kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
👉Orang mekah dulu makan bangkai dan darah.sebab bg mereka Allah yg matikan
Seperti mahfuzoh مَخْمَصَةٍ ,mati seperti dipukul ,tapi boleh dimakan dgn sebab Peluru:bulat,gores ditangan luka sebab  tajam.
Cari taqdir dgn campak benda بِالْأَزْلَامِ
Kalu berserta aqidah فِسْقٌ
Juga Tabsyir. الْيَوْمَ
Turun kali ke2 الْيَوْمَturun semasa haji perpisahan tahun 10 hijrah berbeza dgn pertama turun selama setahun.
Tahun 9hijrah tahun terakhir orang kafir boleh kemekah.

Ayat 4
يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ
قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۙ
وَمَا عَلَّمْتُمْ مِنَ الْجَوَارِحِ
مُكَلِّبِينَ
تُعَلِّمُونَهُنَّ
مِمَّا عَلَّمَكُمُ اللَّهُ ۖ
فَكُلُوا مِمَّا أَمْسَكْنَ عَلَيْكُمْ
وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?"
Bagi menjawabnya katakanlah:
"Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik,
dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu.
Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu.
Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu
dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu);
dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah);
Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
👉orang mekah makan apa sj yg tekak mereka lalu untuk makan.
2 syarat,Dia berhenti atas arahan dan tak makan mangsa itu.atau gigit shj sehingga

Ayat 5
الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ ۖ
وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ حِلٌّ لَكُمْ
وَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَهُمْ ۖ
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ
وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ
وَلَا مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ ۗ
وَمَنْ يَكْفُرْ بِالْإِيمَانِ
فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik.
Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu,
dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).
Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman,
dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian),
bernikah bukan berzina,
dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan.
Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
👉Untuk umat sebelum ini ada yg haram,tetapi telah dihalalkan.

Ayat 6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِق
ِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ
وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا
فَاطَّهَّرُوا
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ
أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ
أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ
أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ
فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً
فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ
وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ ۚ
مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ
وَلَٰكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ
وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil),
maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu,
dan kedua belah tangan kamu meliputi siku,
dan sapulah sebahagian dari kepala kamu,
dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib;
dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air),
atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air,
atau kamu sentuh perempuan,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi),
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(ikut lah syariat ini)
👉Ummumuslihah.
Antara sebab kufur adalah menolak syariat.
Tayamun فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ
Cara2 bersuci dlm Islam adalah mudah.

Ayat 7
وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
وَمِيثَاقَهُ الَّذِي وَاثَقَكُمْ بِه
ِ إِذْ قُلْتُمْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu,
ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)"
Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
👉Pengulangan semula Ayat pertama.ayat pertama,sempurnakan semua ajaran Islam.
Termasuk yg ferdu dan yg sunat.
Nikmat Allah dlm ayat ini adalah Islam.

Ayat 8
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ
شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ
وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman,
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan.
Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.
Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
👉Sebelum ni dah jumpa Ayat seperti ini ,disana tentang undang2,yg ini jaga perjanjian.
Benci menyebabkan syariat dilanggar.

Ayat 9
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۙ
لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman
dan beramal soleh,
mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
👉tabsyir,berita gembira.

Ayat 10
وَالَّذِينَ كَفَرُوا
وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا
أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Dan orang-orang yang kafir (engkar Ayat Allah)
serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran),
merekalah ahli neraka(neraka Jahim)
👉Takhwif ukhrowi

Ayat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُم
ْ إِذْ هَمَّ قَوْم
ٌ أَنْ يَبْسُطُوا إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُم
ْ فَكَفَّ أَيْدِيَهُمْ عَنْكُمْ ۖ
وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Wahai orang-orang yang beriman,
kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu),
lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu.
Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah;
dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
👉Pengulangan semula hukum yg disebut sebelum ini.
Pertolongan Allah dlm perang Khandak adalah kudrat,tapi hamba telah berikhtiar.
Berserah setelah melakukan taat.

Ayat 12
وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ
وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا ۖ
وَقَالَ اللَّهُ إِنِّي مَعَكُمْ ۖ
لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلَاةَ
وَآتَيْتُمُ الزَّكَاة
َ وَآمَنْتُمْ بِرُسُلِي
وَعَزَّرْتُمُوهُمْ
وَأَقْرَضْتُمُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا
لَأُكَفِّرَنَّ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۚ
فَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ مِنْكُمْ
فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ

Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya),
dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing);
dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya).
Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat,
dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah),
dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu,
dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.
Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian,
maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul
👉Contoh orang yg derhaka atau tidak taat atau mungkir janji.jgn jadi seperti ini.
Jika nak Allah tolong,perintah Allah kena jaga.i badan dah dan aqidah.

Ayat 13
فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ
لَعَنَّاهُمْ
وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً ۖ
يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ ۙ
وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ ۚ
وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَىٰ خَائِنَةٍ مِنْهُم
ْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ ۖ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۚ
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka,
Kami laknatkan mereka,
dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran).
Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar,
dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya.
Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan,
kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat).
Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat)
dan janganlah dihiraukan,
kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
👉Natijah2 atau sifat2 yg membatalkan perjanjian.
Ubah suai wahyu يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ
Hati baik akan menjadi sebab kesyurga
Allah laknat,hati jadi keras disebabkan melanggar perjanjian.
Akibat akan lupa ajaran atau perkara paling penting seperti aqidah.

Ayat 14
وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ
أَخَذْنَا مِيثَاقَهُم
ْ فَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ
فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ
وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ
وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ

Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani",
Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka,
maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya,
lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan
dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat;
dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.
👉Contoh ke2
Byk fahaman syirik dan berpuak2.
Kalau kita berpuak2,mereka akan bersatu.
Tanpa aqidah tidak akan selamat dr neraka.
Jika lupa tauhid,allah akan tanamkan kebencian .

Ayat 15
يَا أَهْلَ الْكِتَاب
ِقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا
يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا
مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَاب
ِوَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ
قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ
وَكِتَابٌ مُبِينٌ

Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci,
dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah,
dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
👉Syirik iktiqadi atau tasaruh
Apa yg penting bg rasul adalah wahyu نُورٌ

Ayat 16
يَهْدِي بِهِ اللَّهُ
مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ
سُبُلَ السَّلَامِ
وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَات
ِ إِلَى النُّورِ
بِإِذْنِهِ
وَيَهْدِيهِمْ
إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya,
dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya;
dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
👉makna يَهْدِي pimpin  atau kekalkan

Ayat 17
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ
هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۚ
قُل
ْ فَمَنْ يَمْلِكُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا
إِنْ أَرَادَ أَنْ يُهْلِكَ الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَم
َ وَأُمَّهُ
وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ۗ
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْض
ِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۚ
يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad):
"(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun
kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam
beserta ibunya
dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Isa dan ibunya makhluk.

Ayat 18
وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى
ٰ نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ
وَأَحِبَّاؤُهُ ۚ
قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ ۖ
بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ
مِمَّنْ خَلَقَ ۚ
يَغْفِرُ لِمَنْ يَشَاُء
وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَاءُ ۚ
وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖ
وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata:
"Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan)
bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya.
Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya),
demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya.
Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"
👉Syikayah,rungutan kedegilan Yahudi.
Yahudi lawan kekasih Allah tapi mengaku kekasih Allah.

Ayat 19
يَا أَهْلَ الْكِتَاب
ِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا
يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَىٰ فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُل
ِ أَنْ تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِنْ بَشِيرٍ
وَلَا نَذِيرٍ ۖ
فَقَدْ جَاءَكُمْ بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ ۗ
وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai Ahli Kitab!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus),
supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat):
"Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)".
Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran.
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
👉Pengulangan Ayat ke15

Ayat 20
وَإِذْ قَالَ مُوسَى
ٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُم
ْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَاءَ
وَجَعَلَكُمْ مُلُوكًا
وَآتَاكُمْ مَا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِنَ الْعَالَمِينَ

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi,
dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya),
dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
👉Contoh manusia tidak ingin menegakkan agama ketika hidup didunia.
Tiada usaha untuk dapat  amalkan agama dan menyebarkannya sedang nabi sudah datang dan kitab sudah ada.

Ayat 21
يَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَة
َ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ
وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَىٰ أَدْبَارِكُمْ
فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya);
dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur)
maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".

👉Tidak ikut arahan Tuhan.
Wahyu dlm btk arahan Allah.
Rugi apa?

Ayat 22
قَالُوا يَا مُوسَىٰ
إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا
حَتَّىٰ يَخْرُجُوا مِنْهَا
فَإِنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ

Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa,
dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya;
kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
👉Tolak arahan agar masuk.sebab negeri itu telah ditetapkan untuk kamu.
Ini golongan yg menolak arahan pakai keadaan.

Ayat 23
قَالَ رَجُلَانِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُون
َ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُوا عَلَيْهِمُ الْبَابَ
فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ
فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ ۚ
وَعَلَى اللَّهِ فَتَوَكَّلُوا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan),
lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya:
"Seranglah mereka melalui pintu itu,
kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang;
dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang),
jika benar kamu orang-orang yang beriman"
👉Zaman akhir nabi musa.

Ayat 24
قَالُوا يَا مُوسَى
ٰ إِنَّا لَنْ نَدْخُلَهَا أَبَدًا
مَا دَامُوا فِيهَا ۖ
فَاذْهَبْ أَنْتَ
وَرَبُّكَ فَقَاتِلَا إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ

Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya;
oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka.
Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
👉selama2 bererti Tak bersedia langsung.
Tetap berdegil.
Lalu nabi Musa berdoa kepada allah

Ayat 25
قَالَ رَبِّ إِنِّي لَا أَمْلِكُ
إِلَّا نَفْسِي وَأَخِي ۖ
فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun);
oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
👉Perasaan nabi Musa dan berdoa.
Umat nabi Musa adalah umat yg telah lama ditarbiyah sewaktu di Mesir lagi.
Dia hadapi dgn doa setelah berusaha.minta dipisahkan.

Ayat 26
قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ ۛ
أَرْبَعِينَ سَنَةً ۛ
يَتِيهُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ
فَلَا تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ

Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun,
mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".
👉Ini Keputusan Allah.
Berpusing2 dipadang tih.
Nabi Musa wafat .
Sesat dlm bumi yg sempit يَتِيهُونَ
Hadirnya generasi baru.

Ayat 27
وَاتْلُ عَلَيْهِم
ْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَق
ِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا
فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا
وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ
قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ
قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai)
dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya,
iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah).
Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).
Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab:
"Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
👉 Contoh kedua tak ingin menegakkan agama.
Dok sj dgn makna tak buat kerja agama.
Hasilnya Takut pada anak-beranak sendiri.
Habil bela binatang ternak
Qabil menanam.ambil yg tidak baik untuk allah.
Sifat dengki menimbulkan rasa nak bunuh disebabkan kelebihan yg Allah anugerahkan.

Ayat 28
لَئِنْ بَسَطْتَ إِلَيَّ
يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي
مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ
إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku,
aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu.
Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
👉

Ayat 29
إِنِّي أُرِيدُ
أَنْ تَبُوءَ بِإِثْمِي
وَإِثْمِكَ
فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ۚ
وَذَٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku)
dan dosamu sendiri.
Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka,
dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".
👉setelah nasihat dibuat

Ayat 30
فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ
قَتْلَ أَخِيهِ
فَقَتَلَهُ
فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya.
Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
👉nafsu mendesak فَطَوَّعَتْ
Ellah,bunuh adalah nafsu

Ayat 31
فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا
يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ
لِيُرِيَه
ُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ ۚ
قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَاب
ِ فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي ۖ
فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya.
(Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini,
supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?".
Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
👉Otak Qabil jadi benak.
Bodoh lebih dari binatang burung gagak.

Ayat 32
مِنْ أَجْلِ ذَٰلِكَ
كَتَبْنَا عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ
أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا
بِغَيْرِ نَفْسٍ
أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ
فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا
وَمَنْ أَحْيَاهَا
فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا ۚ
وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ
ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُم
ْ بَعْدَ ذَٰلِكَ
فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ

Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil,
bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu,
atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,
maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya;
dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia,
maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.
Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang;
kemudian,
sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
👉jika tidak dinasihati akan jadi zalim tanpa nasihat.
Nabi bukan sj ditolak tapi dibunuh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan