Isnin, Januari 20, 2020

Tafsir nota 4(78)

Tafsir nota 4(78)

Dan (ingatlah), ketika Kami belah laut untukmu, lalu Kami selamatkan kamu ¹⁰³ dan Kami tenggelamkan (Fir'aun) dan kuncu-kuncunya sedang kamu sendiri menyaksikan (peristiwa itu).¹⁰⁴ [50].

¹⁰³ Tidak dijelaskan di sini bagaimana cara Allah membelah laut untuk mereka dan bagaimana mereka diselamatkan. Tetapi di dalam beberapa ayat yang lain Allah menjelaskannya. Lihat ayat-ayat berkenaan dii bawah ini:

Asy-Syu'ara' 26:63

فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ

Bemaksud: Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu." (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu dan menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah (dua) itu terangkat (membeku) seperti gunung yang besar.
(asy-Syu'araa':63).

Thaa Ha 20:77

وَلَقَدْ أَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِى فَٱضْرِبْ لَهُمْ طَرِيقًا فِى ٱلْبَحْرِ يَبَسًا لَّا تَخَٰفُ دَرَكًا وَلَا تَخْشَىٰ

Bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah wahyukan kepada (Nabi) Musa:"Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam, kemudian pukullah air laut (dengan tongkatmu), untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang akan ditangkap oleh musuh dan jangan pula engkau takut (akan tenggelam).
(Thaha:77).

¹⁰⁴ Bagaimanakah perihal Fir'aun dan bala tenteranya ditenggelamkan, tidak juga diterangkan di sini. Tetapi ia diterangkan pada beberapa tempat yang lain di dalam al-Qur'an. Lihat ayat-ayat berkenaan di bawah ini:

Asy-Syu'ara' 26:60

فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ

Asy-Syu'ara' 26:61

فَلَمَّا تَرَٰٓءَا ٱلْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَٰبُ مُوسَىٰٓ إِنَّا لَمُدْرَكُونَ

Asy-Syu'ara' 26:62

قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِىَ رَبِّى سَيَهْدِينِ

Asy-Syu'ara' 26:63

فَأَوْحَيْنَآ إِلَىٰ مُوسَىٰٓ أَنِ ٱضْرِب بِّعَصَاكَ ٱلْبَحْرَۖ فَٱنفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ كَٱلطَّوْدِ ٱلْعَظِيمِ

Asy-Syu'ara' 26:64

وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ ٱلْءَاخَرِينَ
Asy-Syu'ara' 26:65

وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُۥٓ أَجْمَعِينَ

Asy-Syu'ara' 26:66

ثُمَّ أَغْرَقْنَا ٱلْءَاخَرِينَ

Bermaksud: Maka Fir'aun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahariterbit.(60).
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang(Nabi) Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan." (61)
(Nabi Musa menjawab: Tidak! (Jangan fikir akan berlaku yang demikian)!Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan danpertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku.(62).
Lalu Kami wahyukan kepada (Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu."(Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu dan menjadilah air tiap-tiap bahagian yangterbelah (dua) itu terangkat (membeku) seperti gunung yang besar. (63).
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.(64).
Dan Kami selamatkan (Nabi) Musa serta orang-orang yang bersama denganriya,semuanya. (65).
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).(66).
(asy-Syu'araa':60-66).

78

Tiada ulasan:

Catat Ulasan