Tafsir quran dgn quran sesi 015
4 (71-73)
Tafsir nota 4(71)
Al-Baqarah 2:42
وَلَا تَلْبِسُوا۟ ٱلْحَقَّ بِٱلْبَٰطِلِ وَتَكْتُمُوا۟ ٱلْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Al-Baqarah 2:44
أَتَأْمُرُونَ ٱلنَّاسَ بِٱلْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ ٱلْكِتَٰبَۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Al-Baqarah 2:45
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ
Dan janganlah kamu campur adukkan (kelirukan) yang benar dengan yang batil, dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui.94 [42].
Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat serta ruku'lah bersama-sama orang-or ang yang ruku'.95 [43].
Patutkah kamu menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedangkan kamulupakan dirimu sendiri; padahal kamu membaca Kitab (Taurat), apakah kamu?tidak berfikir?96 [44].
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu.97 Sesungguhnya shalat ituamatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu'; [45].
iaitu) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya,dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.98 [46].
94 bahawa kamu dengan menyembunyikan kebenaran itu berada di atas kebatilan.Kerana bukankah Allah telah berfirman?:
Al-Qiyamah 75:14
بَلِ ٱلْإِنسَٰنُ عَلَىٰ نَفْسِهِۦ بَصِيرَةٌ
Al-Qiyamah 75:15
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُۥ
Bermaksud: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, (14)
meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya. (15).
(al-Qiyaamah :14-15).
Boleh juga ditafsirkan kebenaran yang mereka campur aduk dan kelirukan dengan kebatilan itu ialah keimanan mereka kepada sebahagian daripada apa yang terkandung di dalam Kitab Taurat. Dan kebatilan yang mereka campur aduk dan kelirukan dengan kebenaran pula ialah kekufuran mereka terhadap sebahagian kandungan Kitab Taurat,seperti tentang sifat-sifat Nabi Muhammad s.a.w. dan lain-lain yang tersebut di
71
Tafsir nota 4(72)
dalamnya. Itu disembunyikan oleh mereka dan tidak dipercayai mereka. Sikap mereka itu ditegur dan dikecam oleh Allah di dalam al-Qur'an begini:
Al-Baqarah 2:85
ثُمَّ أَنتُمْ هَٰٓؤُلَآءِ تَقْتُلُونَ أَنفُسَكُمْ وَتُخْرِجُونَ فَرِيقًا مِّنكُم مِّن دِيَٰرِهِمْ تَظَٰهَرُونَ عَلَيْهِم بِٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ وَإِن يَأْتُوكُمْ أُسَٰرَىٰ تُفَٰدُوهُمْ وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ إِخْرَاجُهُمْۚ أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَٰبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْىٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَاۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلْعَذَابِۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Bermaksud: Kemudian kamulah yang berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan mengusir segolongan daripada kamu dari kampung halamannya, kamu bantu membantu dalam melakukan dosa dan pencerobohan terhadap mereka; tetapi jika mereka datang kepadamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, padahal mengusir mereka itu (juga) diharamkan ke atas kamu. Apakah kamu hanya beriman kepada sebahagian ajaran Al-Kitab (Taurat) dan kufur terhadap sebahagian yang lain?Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat kelak mereka dikembalikan kepada azab yang paling dahsyat. Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu lakukan.
(al-Baqarah:85).
Orang-orang Yahudi juga terlibat dalam penyelewengan dan pemesongan KitabTaurat. Mereka telah menokok tambah kandungannya sehingga tidak diketahui lagi mana yang benar daripadanya dan mana pula yang tidak benar. Allah telah mendedahkan penyelewengan mereka itu dalam beberapa ayat al-Qur'an. Lihat sebagai contohnya dua firman Allah di bawah ini:
Al-Baqarah 2:79
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ ٱلْكِتَٰبَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ ٱللَّهِ لِيَشْتَرُوا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ
Bermaksud: Celakalah bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka celakalah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan celakalah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan.
(al-Baqarah:79).
Aali-Imran 3:78
وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُۥنَ أَلْسِنَتَهُم بِٱلْكِتَٰبِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَمَا هُوَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِندِ ٱللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِندِ ٱللَّهِ وَيَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Bermaksud: Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah ma'nanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat,padahal ia bukanlah dari Kitab itu dan mereka pula berkata: (Bahawa) ia adalah(datangnya) dari sisi Allah, padahal ia bukanlah dari sisi Allah dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
(Aali'Imraan:78).
95 Maksudnya ialah tunduk merendah dirilah kamu kepada Allah bersama-sama orang-orang lain yang tunduk merendah diri kepadaNya. Mendirikan shalat,
72
Tafsir nota 4(73)
menunaikan zakat dan tunduk kepada Allah itu adalah tanda orang-orang mu'min.Itulah yang disebut Allah di dalam firmanNya ini:
Al-Ma'idah 5:55
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمْ رَٰكِعُونَ
Al-Ma'idah 5:56
وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ
Bermaksud: Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, serta mereka tunduk (kepada Allah).(55).
Dan sesiapa yang mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.(56).
(al-Maa'idah:55-56).
Kalau tunduk kepada Allah itu adalah tanda orang-orang mu'min, maka tidak mahu tunduk kepada Allah pula merupakan tanda orang-orang kahr.
Lihat firman Allah dibawah ini sebagai buktinya:
Al-Mursalat 77:48
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱرْكَعُوا۟ لَا يَرْكَعُونَ
Bermaksud: Dan apabila dikatakan kepada mereka (orang-orang kafir): "Ruku'lah(tunduk merendah dirilah) kamu (kepada Allah), niscaya mereka tidak mahu ruku'.
(al-Mursalaat:48).
96 Inilah salah satu sikap dan perangai Ahli Kitab yang telah menyeleweng. Perangai seperti ini tidak patut diikuti. Ia adalah satu sikap dan perangai yang mengundang kebencian dan kemurkaan Allah. Orang-orang yang telah mempunyai kitab suci dari Allah sepatutnya tidak berperangai seperti itu. Justeru Allah menegur orang-orang mu'min yang berperangai begitu di dalam firmanNya ini:
As-Shaf 61:2
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
As-Shaf 61:3
كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ
Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (as-Shaff:2-3).
97 Memang sabar adalah sebaik-baik penolong bagi seseorang dalam menghadapi cabaran hidup. Dengan sabar manusia boleh berjaya mengatasi segala masalah, sama
73
Tafsir nota 4(74)
ada yang berkaitan dengan keugamaan mahupun keduniaan. Pendek kata sabar adalahpenjamin kejayaan dunia dan akhirat. Itulah sebabnya Allah begitu memuji orang-orang yang sabar. Allah selalu menyuruh hamba-hambanya supaya bersabar. Dia menyediakan syurga untuk orang-orang yang sabar. Cukuplah sabar sebagai penjamin kejayaan dan kemenangan apabila Allah bersama orang-orang yang sabar. Di tempat yang lain di dalam al-Qur'an, bimbingan yang sama diberikan dan ia ditutupi dengan firmanNya "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar". Berikut adalah firman Allah yang dimaksudkan:
Al-Baqarah 2:153
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagaipenolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar:
(al-Baqarah:153).
Shalat pula boleh menjadi penolong apabila Allah di dalam firmanNya yang lain menyebutkan bahawa antara khasiatnya ialah ia mencegah pelakunya daripada perkara keji dan mungkar.
Lihatlah firman Allah berkenaan di bawah ini:
Al-'Ankabut 29:45
ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bermaksud: Bacalah serta ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Al-Kitab(Al-Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan yang) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah (denganbershalat itu) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan(ingatlah) Al lah men getahui apa y ang kamu kerj akan.
(al-'Ankabut:45).
Antara khasiat shalat yang juga disebut Allah di dalam al-Qur'an ialah ia menarikrezeki dan kesudahan yang baik kepada pelakunya.
Firman Allah:
Thaa Ha 20:132
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصْطَبِرْ عَلَيْهَاۖ لَا نَسْـَٔلُكَ رِزْقًاۖ نَّحْنُ نَرْزُقُكَۗ وَٱلْعَٰقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
Bermaksud: Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yangmemberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orangyang bertakwa.
(Thaha:132).
98 Perihal menjadikan sabar dan shalat itu sebagai penolong (الاستعانة بهما) memanglah amat sukar, tetapi ia tidak sukar kepada orang-orang yang menerima bahawa mereka adalah hamba-hamba Allah dan percaya pula akan adanya hari pembalasan. Allah berfirman:
Al-Layl 92:5
فَأَمَّا مَنْ أَعْطَىٰ وَٱتَّقَىٰ
Al-Layl 92:6
وَصَدَّقَ بِٱلْحُسْنَىٰ
Al-Layl 92:7
فَسَنُيَسِّرُهُۥ لِلْيُسْرَىٰ
Bermaksud: Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa(mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya),(5)
serta membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga),(6) maka akan Kami sediakanbaginya jalan yang mudah (untuk mengerjakan kebaikan).(7).
(al-Lail:5-7).
74
Tiada ulasan:
Catat Ulasan