Makna surah 002:021-022
Al-Baqarah 2:21
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Al-Baqarah 2:22
ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai sekalian manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang terdahulu daripadamu 49 supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. [21]
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit,50 lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan sebagai rezeki untukmu; maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, 51 padahal kamu semua mengetahui(bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa 52 [22]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan