Khamis, Mac 26, 2020

Makna surah 002:053-055

Makna surah 002:053-055

Tafsir nota baca 5 (80-82)

Tafsir nota 5(80)
Al-Baqarah 2:53

وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Al-Baqarah 2:54

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِۦ يَٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنفُسَكُم بِٱتِّخَاذِكُمُ ٱلْعِجْلَ فَتُوبُوٓا۟ إِلَىٰ بَارِئِكُمْ فَٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِندَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ

Al-Baqarah 2:55

وَإِذْ قُلْتُمْ يَٰمُوسَىٰ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ نَرَى ٱللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ ٱلصَّٰعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ

Dan (kenangilah) ketika Kami kurniakan kepada Musa Al-Kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan diantara kebenaran dan kepalsuan), supaya kamu mendapat petunjuk.106 [53]

Dan (kenangilah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku!Sesungguhnya kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana perbuatan mu menyembah patung anak lembu itu.107 Oleh itu bertaubatlah kepada Allah yang
menciptakanmu dan bunuhlah sendiri orang-orang yang bersalah dari kamu.108 Tindakan itu lebih baik kepadamu di sisi Allah Pencipta kamu. Lalu Allah menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."[54]

Dan (kenangilah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)." Maka kamu disambar petir, sedang kamu sendiri melihat(peristiwa itu)[55]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan